BAB 2 form1

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 2 JIRIM

JIRIM??? JIRIM Bahan yang mempunyai JISIM dan memenuhi RUANG (Isipadu). Contoh- semua benda hidup dan bukan hidup adalah jirim kerana mempunyai jisim dan isipadu Adakah udara sejenis jirim???

Tiga keadaan jirimcecair pepejal gas

jirim

Eksperimen

Bagaimana terhasil 3 keadaan jirim? Teori kinetik jirim mengatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah kecil dan diskret (terasing) yang dikenali sebagai atom. Atom unit asas bagi jirim

Sifat-sifat jirimSifat-sifat Bentuk Pepejal Tetap Cecair Mengikut bentuk bekas Tetap Tetap Sukar gas Mengikut bentuk bekas Tetap Tidak tetap boleh

Jisim Isipadu kebolehmampatan

Tetap Tetap Tidak boleh

susunan zarah-zarahPepejal Cecair gas

Zarah-zarah tersusun rapat, seragam, sedikit ruang kosong antara zarah-zarah. Zarah-zarah hanya bleh begetar dalam kedudukan masing-masing

Zarah-zarah tidak tersusun, kurang rapat berbanding pepejal Zarah-zarah bebas bergerak, menggelongsor dan berlanggar antara satu sama lain

Zarah-zarah tidak tersusun dan berjauhan antara satu sama lain Zarah-zarah bebas bergerak secara rawak ke semua arah dan berlanggar antara satu sama lain.

Kajian susunan zarah dalam pepejal.Permulaan eksperimen Prosedur: 1)Kepingan kecil kristal kuprum (II) sulfat dimasukkan ke dalam tabung uji yang dipenuhi oleh gel. 2)Tabung uji diterbalikkan tanpa digoncang dan dibiarkan selama beberapa hari.

Akhir eksperimen Pemerhatian: Kuprum (II) sulfat biru perlahan-lahan merebak ke dalam gel. Selepas beberapa hari, gel menjadi keseluruhannya biru. Krital kuprum (II) sulfat telah hilang. Kesimpulan: Penyerapan kuprum (II) sulfat oleh gel menunjukkan bahawa terdapat ruang diantara zarah gel. Kadar penyerapan yang perlahan menunjukkan bahawa zarah gel disusun berhampiran bersama-sama (terdapat ruang kecil di antara zarah).

Kajian susunan zarah dalam cecairPermulaan eksperimen Prosedur: Sejumlah kecil kristal kalium permanganat dimasukkan ke dalam silinder penyukat (measuring cylinder) yang dipenuhi dengan air. Alat radas kemudiannya ditinggalkan dan dibiarkan selama beberapa jam. Akhir eksperimen Pemerhatian: Warna ungu Kalium permanganat perlahan-lahan merebak ke seluruh bahagian air dalam beberapa jam. Kesimpulan: Keupayaan kalium permanganat untuk merebak didalam air menunjukkan bahawa terdapat ruang antara zarah cecair (air). Kadar penyerapan yang perlahan menunjukkan bahawa zarah disusun agak rapat (terdapat ruang kecil di antara zarah).

Kajian susunan zarah dalam gasPermulaan eksperimen Prosedur: Beberapa titik bromin (bromine) dititis ke dalam balang gas yang mempunyai penutup. Balang gas kosong diterbalikkan di atas balang gas diisi dengan yang bromin. Penutup kemudiannya dialihkan/dikeluarkan. Akhir eksperimen Pemerhatian: Gas bromin berwarna perang kemerahan (reddish-brown) merebak dengan cepat ke dalam balang gas yang berisi udara. Kesimpulan: Keupayaan gas bromin merebak ke dalam udara menunjukkan bahawa udara (gas) mempunyai ruang kosong di antara zarah-zarahnya. Kadar ia merebak yang cepat/pesat (rapid rate) menunjukkan bahawa zarah-zarahnya tersusun longgar (terdapat ruang yang besar di antara zarah-zarah gas).

Konsep ketumpatan Keapungan bergantung kepada ketumpatan. Bahan yang berbeza mempunyai ketumpatan yang berbeza. Definisi ketumpatan- jisim seunit isipadu objek berkenaan Formula : Ketumpatan = jisim isipadu Unit: kg/m3 atau g/m3

Penggunaan sifat jirim dalam kehidupan seharian Besi dan kayu digunakan untuk membina bangunan. Rangka kereta diperbuat dari besi Minyak wangi dan air boleh disimpan didalam pelbagai bekas Gas cecair petroleum dan oksigen didalam tangki Udara dipam ke dalam tayar untuk dimampatkan

Penggunaan konsep ketumpatan didalam kehidupan seharian Pengangkutan kayu balak Pelampung boya dan pelampung pukat Rakit Belon udara panas Kapal selam