8
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENDAHULUAN Kajian ini adalah mengenai tahap penguasaan murid-murid tahun 3 terhadap  penggunaan huruf besar pada pang kal kata nama khas. Oleh sebab itu, pengkaji akan membincangkan mengenai beberapa perkara seperti teori dan kajian terdahulu yang  berkaitan dengan huruf besar, kata nama k has, kaedah serta strategi kajian. 2.2 TEORI BERKAITAN Dalam kajian ini saya akan menggunakan Teknik Bulatan untuk memantapkan  penguasaan murid-muri d terhadap penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Teknik yang akan digun akan memerlukan latih tubi selain dari k efahaman konsep yang baik. Watson (1930) berpendapat untuk mengukuhkan perkara yang dipelajari d alam ingatan, latihan h endaklah dijalankan berulang kali. Vygotsky (1934) pula menyatakan, ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh dengan pembelajaran terdahulu.

BAB 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bab 2

Citation preview

  • BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 PENDAHULUAN

    Kajian ini adalah mengenai tahap penguasaan murid-murid tahun 3 terhadap

    penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Oleh sebab itu, pengkaji akan

    membincangkan mengenai beberapa perkara seperti teori dan kajian terdahulu yang

    berkaitan dengan huruf besar, kata nama khas, kaedah serta strategi kajian.

    2.2 TEORI BERKAITAN

    Dalam kajian ini saya akan menggunakan Teknik Bulatan untuk memantapkan

    penguasaan murid-murid terhadap penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama

    khas. Teknik yang akan digunakan memerlukan latih tubi selain dari kefahaman

    konsep yang baik. Watson (1930) berpendapat untuk mengukuhkan perkara yang

    dipelajari dalam ingatan, latihan hendaklah dijalankan berulang kali. Vygotsky

    (1934) pula menyatakan, ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh

    dengan pembelajaran terdahulu.

  • Dalam peringkat perkembangan kognitif menurut Piaget, (1954) kanak-kanak

    berumur 7 11 tahun berfikir secara logik dan konkrit. Pemikirana kanak-kanak

    tidak lagi bersifat egosentrik dan mula menerima pandangan orang lain. Ini

    bermakna mereka boleh menerima mengapa mereka harus diberikan latih tubi untuk

    memperbaiki kelemahan mereka. Pada peringkat ini juga, mereka boleh

    menyelesaikan masalah secara cuba-jaya serta belajar dari kesilapan.

    Menurut Havighurst (1953) proses pertumbuhan kanak-kanak 6 12 tahun

    menyediakan kanak-kanak untuk pengalaman pembelajaran seperti membaca,

    menulis dan mengira. Dalam aktiviti latih tubi juga akan dapat mengekalkan ingatan

    jangka pendek di mana maklumat baru diaktifkan secara ulang sebut berkali-kali.

    Menurut Woolfolk (1998) pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental

    manusia berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya

    semula untuk digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Model Pemprosesan

    Maklumat Gagne (1985) berikut.

  • Rajah 3 : Model Memproses Maklumat Gagne, 1985

    2.3 KAJIAN LEPAS

    Kamarudin Hj Husin (1988) menyatakan bahawa tulisan ialah bahasa yang bertulis

    dengan lambang- lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan

    bahasa.

    Oleh sebab itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak

    daripada sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk

    mengelak permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti

    kekeliruan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.

  • Zailan Jemat ( 2005 ) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh

    dituliskan di tengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu

    kesalahan tanda baca. Kaedah imej visual dipilih bagi membantu masalah murid

    dalam menggunakan huruf kecil pada huruf pertama perkataan pertama sesebuah

    ayat, menggunakan huruf kecil pada Kata Nama Khas dan menggunakan huruf besar

    pada Kata Nama Am.

    Menurut Abdul Karim Jaafar, huruf besar digunakan pada huruf pertama

    yang memulakan ayat, kata nama khas, pada huruf pertama selepas tanda seru, tanda

    soal dan tanda petik.

    Azman Wan Chik (1987) dalam kajiannya mendapati kekerapan kesilapan

    tanda baca 75 orang murid tahun lima dan enam di Melaka umumnya melebihi 50%.

    Secara khusus, peratus kesilapan 40 orang murid dalam kumpulan satu bahasa adalah

    seperti yang berikut:

    Tidak menggunakan huruf besar pada huruf pertama awal ayat (68.83%)

    Tidak menggunakan noktah pada akhir ayat (65.85%)

    Tidak menggunakan koma bagi memisahkan anak kalimat yang mendahului

    induk kalimat (32.93%)

    Menggunakan huruf besar pada tempat yang tidak diperlukan (29.87%)

  • Sementara Mohd. Isa, Haradin dan rakan-rakan (1996) dalam kajian mereka

    melaporkan 96% pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Sabah

    melakukan kesilapan tanda baca, termasuk penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

    Dalam ujian berbeza di sekolah sama, mereka melaporkan 80% pelajar yang sama

    melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar dan huruf kecil.

    Menurut Mohd Salim Ahmad (1994), aspek tanda baca dan ejaan seolah-olah

    seperti masalah kecil dalam aspek kemahiran bahasa pendidikan Bahasa Melayu di

    sekolah rendah dan menengah. Hal ini menyebabkan pelajar kurang memberi

    perhatian terhadap tanda baca dalam penulisan mereka. Guru pula kurang memberi

    penekanan terhadap tanda baca dalam pengajaran mereka.

    Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdullah

    Hamid Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda

    atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua

    jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan

    kata nama am, huruf pertama tidak semestinya huruf besar. Kata nama khas ialah

    kata yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,

    benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan

    seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf

    besar. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan

    nama khas tidak hidup. Nama khas hidup pula dibahagikan kepada dua, iaitu

    manusia dan bukan manusia.

  • Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), kata nama khas dieja dengan huruf

    besar pada awal perkataan. Kata nama khas digunakan khusus merujuk manusia,

    benda, tempat, negara, bangsa, institusi dan seumpamanya.

    Menurut Sulaiman Masri (2006), nama am dan nama khas merupakan dua

    unsur mekanik dalam penulisan. Penulisan nama am dan nama khas perlu mematuhi

    peraturan tertentu. Misalnya, penggunaan huruf besar, dianggap penting kerana

    huruf ini member makna serta pengertian tersendiri apabila digunakan dalam konteks

    yang tertentu.

    Nik Safiah Karim (2003) juga menyatakan, satu lagi aspek penggunaan tanda

    sempang yang mengelirukan adalah yang melibatkan huruf besar. Sebagai contoh

    ialah huruf besar bagi menandakan rujukan kepada Tuhan. Misalnya, rahmat-Mu

    dan hamba-Nya. Di sini, tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil

    yang mendahuluinya dengan huruf besar yang mengikuti. Hal ini berlaku juga pada

    nama khas yang lain. Misalnya, anti-Rusia, pro-Malaysia dan pan-afrika, termasuk

    bagi huruf besar yang mendahului huruf kecil, misalnya KDN-nya. Gelaran si pula

    lazimnya dieja dengan huruf kecil, kecuali ketika berada pada permulaan ayat atau

    sebagai nama khas.

    Sulaiman Masri (2006) juga menyatakan, singkatan nama khas untuk gelaran

    dan jawatan ditulis dengan huruf besar dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf.

  • Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan menggunakan teknik dan

    kaedah berbeza bagi mengatasi masalah penggunaan huruf besar pada kata nama

    khas. Carmelya (2010) telah menggunakan imej visual untuk membantu

    mengurangkan masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam

    penulisan yang mana beliau menggunakan keluarga ayam sebagai bahan bantu

    utama untuk mengatasi masalah penggunaan huruf kecil pada huruf pertama dalam

    perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan

    beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang bermakna kerana beliau berjaya

    mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.

    Siti Saadiah (2012) di dalam kajiannya terhadap beberapa murid tahun

    tiga telah melaksanakan teknik pengajaran berkumpulan, teknik warna dan latih

    tubi bagi mengatasi masalah penggunaan huruf besar.

    Norhaidi (2009) pula menyenaraikan cara-cara yang digunakan untuk

    membantu kanak-kanak yang menulis dengan mencampur-adukkan huruf besar dan

    huruf kecil iaitu;

    Latih tubi menyalin ayat atau tulisan.

    Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat.

    Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja.

    Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat

    yang di salin.

    Salin latihan ayat dalam buku garis tiga

  • Sediakan lembaran kerja tulisan.

    Praktis tatabahasa-salin Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

    Galakkan murid menulis perkataan berdasarkan gambar.

    Menggunakan keratan akhbar, minta pelajar menyalin ayat yang

    mengandungi Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diperoleh daripada

    keratan akhbar.

    Permainan bahasa.

    2.4 KESIMPULAN

    Pelbagai kaedah dan teknik telah digunakan dalam kajian lepas ini untuk mengatasi

    masalah penguasaan penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Kajian-

    kajian tersebut amat menarik perhatian saya untuk mengkaji permasalahan sama

    yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 yang saya ajar. Maklumat-maklumat dari

    kajian-kajian lepas ini akan saya gunakan untuk mengatasi masalah murid-murid

    saya pula melaui teknik yang saya pilih iaitu Teknik Bulatan.