29
Abdullah Bin Ago D20112055835 Tugasan 1 HIQ 3063 (I’JAZ AL-QURAN) KURMA DAN KHASIATNYA KEPADA IBU-IBU MENGANDUNG NAMA PELAJAR ABDULLAH BIN AGO NO. ID D20112055835 NO. KUMPULAN: UPSI03(A131PJJ) NAMA PENSYARAH:EN. ABD RAHMAN BIN ABD GHANI 1

assgmnt ijaz al-quran.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Abdullah Bin AgoD20112055835

Tugasan 1HIQ 3063 (IJAZ AL-QURAN)KURMA DAN KHASIATNYA KEPADA IBU-IBU MENGANDUNG

NAMA PELAJARABDULLAH BIN AGONO. IDD20112055835NO. KUMPULAN: UPSI03(A131PJJ)

NAMA PENSYARAH:EN. ABD RAHMAN BIN ABD GHANI

ISI KANDUNGAN

BilPerkara

Muka Surat

1

Isi Kandungan2

2

Abstrak3

3

Pendahuluan4-6

4

Skop Kajian7

5

Objektif kajian7

6

Kelebihan dan khasiat buah kurma dalam Al-Quran dan Hadith8-11

7

Pembuktian khasiat buah kurma melalui kaedah saintifik12-15

8

Kelebihan dan khasiat buah kurma kepada ibu mengandung16-19

9

Kesimpulan20

10

Rujukan21

ABSTRAKKurma atau lebih dikenali sebagai Tamar adalah sejenis tumbuhan atau nama saintifiknya, Phonex dactylifera boleh dimakan sama ada yang masak atau mentah. Buah ini mengandungi pelbagai khasiat terutamanya untuk ibu yang sedang mengandung. Dalam Al-Quran telah dinyatakan khasiat Buah Kurma seperti yang dialami oleh Siti Maryam ketika beliau mengandungkan Nabi Isa. Dalam Surah Maryam ayat ke-25, Allah berfirman yang bermaksud Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia akan gugur atasmu kurma yang masak...Ayat ini menjelaskan khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang mengandung atau dalam nifas. Ia menceritakan bahawa Allah memerintahkan Maryam memakannya ketika beliau dalam keadaan lemas semasa hendak bersalin. Unsure zat besi dan kalsium yang terkandung dalam kurma adalah unsure paling tinggi bagi membentuk susu ibu, pertumbuhan kanak-kanak serta pembentukan darah dan sumsum tulang. Kajian sains menunjukkan khasiat yang terkandung dalam buah kurma seperti vitamin A, B1, B2, B7, asid folik, kalsium, zat besi, magnesium dan banyak lagi telah membuktikan bahawa perubatan Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w merupakan perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Kertas kerja ini akan membentangkan berkenaan dengan khasiat dan manfaat buah kurma yang boleh diperolehi terutamanya untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

PENDAHULUANPokok Kurma atau Tamar, phoenix dactylifera dalam bahasa saintifiknya merupakan sejenis pokok palma dalam genus phoenix. Disebabkan penanamannya telah berlaku sejak dahulu lagi, taburan asalnya tidak diketahui. Namun begitu beberapa kesimpulan boleh dibuat bahawa sejarah asal pokok kurma ini adalah dari suatu tempat di wahah gurun, Afrika Utara dan mungkin Asia Barat Daya.Pokok kurma adalah tanaman tradisional di Negara Iraq, Semenanjung Arab, Afrika Utara, Afrika Barat hingga ke Maghribi dan telah dijelaskan ditempat-tempat tersebut dalam Al-Quran. Terdapat bukti arkeologi pada penanaman pokok kurma di Arabia Timur pada tahun 6000 sebelum masihi (Alvarez-Mon 2006). Pada zaman berikutnya, suku arab menyebarkan kurma di sekitar Asia Selatan dan Tenggara, Afrika Utara dan Sepanyol. Pokok kurma diperkenalkan di Mexico dan California oleh orang Sepanyol pada tahun 1765, sekitar Misi San Ignacio. Buah kurma telah menjadi makanan harian orang timur tengah untuk beribu-ribu tahun. Mereka dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi dan telah ditanam sejak zaman silam dari Mesopotamia ke prasejarah Mesir mungkin seawall 4000 tahun sebelum masihi.Pokok kurma mengambil masa empat hingga tujuh tahun selepas ditanam sebelum ia berbuah. Ia boleh mengeluarkan Viable yields untuk tuaian komersial diantara tujuh hingga sepuluh tahun. Pokok kurma matang dapat mengeluarkan antara 80 hingga 120 kilogram buah kurma pada musim tuaian. Proses penuaian perlu dilakukan secara berperingkat kerana tidak semua buah tersebut masak pada masa yang sama. Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti semasa memasuki pasaran, sikat-sikat kurma haruslah nipis dan dimasukkan ke dalam beg atau ditutup sebelum ia masak supaya buah yang lain dapat membesar dan kaedah ini boleh melindunginya daripada cuaca dan perosak.Buah kurma mengalami empat peringkat untuk masak, yang mana telah dikenali diseluruh dunia dengan nama Arabic mereka kimri (matang), khalal (saiz penuh,ranggup), rutab (masak,lembut) dan tamar (masak,kering). Bagi setiap 100 gram buah kurma yang segar, ia mengandungi sumber premium vitamin C dan membekalkan 230 kcl (960KJ) tenaga.Buah kurma mengandungi sedikit air. Ia akan menjadi lebih berkonsentrasi apabila melalui proses pengeringan, walaupun vitamin C dalam buah tersebut boleh hilang ketika prose situ. Dalam negara Islam, kurma dan yoghurt atau susu biasanya menjadi hidangan tradisional pertama apabila tibanya waktu berbuka puasa sewaktu Bulan Ramadhan.Antara pokok buah kurma yang ditanam secara besar-besaran adalah Aabel (Libya), Ajwah, Al-barakah, Amir Hajj atau Amer Hajj, Abid Rahim (Sudan), Barakawi juga dari Sudan,Barhee atau kurma cahaya dan Birer juga dari Sudan. Antara pengeluar terbesar buah kurma adalah Iraq, Arab Saudi, Mesir, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Algeria, Pakistan, Sudan, Libya dan China. Dianggarkan penghasilan buah kurma setiap tahun adalah sekitar 17,000,000 tan bagi kesemua negara pengeluar ini.Kelebihan buah kurma telah disebutkan dalam Al-Quran dan hadis s.a.w dalam Surah Maryam ayat ke-25. Allah berfirman yang bermaksud: Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak... Disebut juga dalam hadith yang berbunyi: Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan pada hari itu:. Antara hadith lain yang menerangkan berkenaan buah kurma adalah seperti berikut yang bermaksud : Daripada Adiy Bin Hatim, ia berkata ; saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda: Hindarilah api neraka walaupun (dengan member sedekah) sebelah buah kurma. Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah kurma kita terhindar dari api neraka.Buah kurma dianggkat tinggi oleh Rasulullah s.a.w kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Kandungan protein dalam buah kurma adalah antara 1.8% hingga 2.0%, kandungan serat antara 2.0% hingga 4.0%, manakala kandungan gula pula antara 50% hingga 57%. Kandungan gula yang terdapat dalam buah kurma adalah dalam kumpulan glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi dalam bentuk yang paling ringkas dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia.Ini bermakna apabila kita memakan buah kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula yang terdapat dalam kebanyakkan buah-buahan yang lain dikenali sebagai fruktosa. Gule tebu atau gula pasir pula biasanya mengandungi sukrosa yang tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dicernakan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dijaga dengan baik, buah kurma adalah sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan tugasan harian. Khasiat buah kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak. Malah buah kurma juga amat berkhasiat bagi para ibu mengandung kerana unsure zat besi yang terdapat dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi para ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

SKOP KAJIANAL-Quran merupakan sebuah kitab yang lengkap dan mengandungi pelbagai mukjizat dan keajaiban. Sebahagian besar keajaiban yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran telah dibuktikan benar melalui kajian-kajian sains dan teknologi yang dilakukan oleh para ilmuan di seluruh dunia. Jusretu, skop kajian ini akan mengupas salah satu daripada keajaiban yang terdapat dalam Al-Quran dan telah dibuktikan benar melalui kajian sains dan teknologi iaitu khasiat buat kurma terhadap ibu mengandung.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk: Menyingkap rahsia dan kelebihan buah kurma yang terdapat dalam Al-Quran dan hadith rasulullah s.a.w. Menghubungkaitkan khasiat buah kurma seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadith dengan kajian-kajian saintifik seterusnya membuktikan bahawa Al-Quran dan sains sememangnya tidak boleh dipisahkan. Membongkar kelebihan dan khasiat buah kurma kepada ibu mengandung.

KELEBIHAN DAN KHASIAT BUAH KURMA DALAM AL-QURAN DAN HADITH.Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak ataupun yang mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah Kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab, buah kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, buah kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Rasulullah s.a.w.Diriwayatkan daripada Abdullah bin jaafar katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w memakan buah-buahan dengan kurma masak. Rasulullah s.a.w juga telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda :Sesiapa yang memakan 7 biji tamar Ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu. Khasiat utama Ajwah seperti yang disebut dalam hadith di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah sesuai dengan kemuliaanya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah s.a.w.Terdapat juga dalam Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan bua kurma ini, seperti yang dialami oleh Siti Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa sebagaimana yang disebut dalam Surah Maryam ayat ke-25:Maksudnya: dan goncangkanlah pokok kurma itu kepadanya, nanti ia akan gugur atasmu kurma yang masak.Ayat tersebut menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam situasi ingin bersalin. Allah memerintahkan Siti Maryam memakan buah kurma sedangkan ketika itu beliau dalam keadaan lemah dan lesu hendak bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur nutrien yang diperlukan tubuh manusia telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w adalah lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran bahan kimia yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.Baginda Rasulullah s.a.w juga menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh ahmad, Daripada Anas bermaksud: Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tidak terdapat kurma, maka baginda rasulullah s.a.w akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka baginda meminum beberapa teguk air. Antara hadith lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya: Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Hindarilah apai neraka walaupun (dengan member sedekah) sebelah buah kurma.Terdapat banyak lagi hadith yang menyebutkan tentang kelebihan buah kurma. Antaranya ialah:Pertama, diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : ku melihat Rasulullah s.a.w memakan buah-buahan dengan kurma masak.Kedua, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud : Rasulullah s.a.w berpesan : Beri makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang sedang hamil dan barang siapa memakan buah kurma tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu menjadi seorang yang penyabar dan bersopan santun kerana makanan siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah kurma. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada kurma, sudah tentu Allah telah member makan ( kepada Siti Maryam).

Ketiga, diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, beliau berkata : Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka puasa dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.Keempat, diriwayatkan oleh Aishah yang menjelaskan, buah kurma mengandungi ubat : Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.Secara ringkasnya, daripada ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang disebutkan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat iaitu:a. Kurma dikatakan tumbuhan yang amat bermanfaat kepada manusia serta mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan telah terbukti. Dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.b. Buah kurma sebagai sumber tenaga segera. Buah kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh badan mereka yang memakannya. Ini berdasarkan peristiwa dimana Allah memerintahkan Siti Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa, kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.c. Memakan buah kurma dapat membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran. Ini berdasarkan maksud hadith Rasulullah yang bermaksud : Beri makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang sedang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.d. Dengan buah kurma dapat mengambil keberkatan sewaktu kelahiran bayi. Ini adalah berdasarkan amalan sunah rasulullah s.a.w melakukan tahnik sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Musa katanya yang bermaksud : Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.e. Buah kurma adalah makanan yang paling sempurna. Berdasarkan maksud sabda Rasulullah s.a.w : Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.f. Buah kurma boleh membunuh kuman dalam badan. Ini kerana, Saidina Ali pernah meriwayatkan bahawa : barangsiapa yang memakan 7 butir tamar (kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman dalam badannya.

PEMBUKTIAN KHASIAT BUAH KURMA MELALUI KAJIAN SAINTIFIK

Menurut satu kajian yang bertajuk The Fruit of The Date palm: Its Possible Use As The Best Food For The Future yang dijalankan oleh Al-Shahib. W dan Marshall. RJ, buah kurma mampu menjadi satu makanan yang sangat ideal pada masa hadapan. Ini kerana buah kurma mengandungi 15 jenis garam mineral, kaya dengan vitamin dan mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Buah kurma mengandungi kadar karbohidrat antara 44-88%, serat 6.4-11.5%, protein 2.3-5.6%, lemak 0.2-0.5% dan minyak 0.2-0.5%. protein yang terdapat dalam buah kurma terbina daripada 23 jenis asid amino yang sebahagiannya tidak terdapat dalam buah-buahan yang lain.Antara mineral yang terdapat dalam buah kurma ialah kalium, boron, kalsium, kobalt, besi, magnesium, mengenes, fosforus, natrium, zink dan flourin. Vitamin yang terdapat dalam buah kurma pula ialah vitamin C, B1, B2, B7, asid nikotinik dan vitamin A. justeru, kepelbagaian sumber garam mineral dan vitamin ini menjadikan buah kurma sebagai makanan yang sangat ideal pada masa hadapan. ( International Journal of Food and Science Nutrition, 54(4):247-259)Manakala dalam kajian yang dilaporkan oleh A. zaid dan P.F. de Wet di laman web Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah tajuk Origin, Geographical Distributation and Nutritional Values of Date Palm pula menyatakan bahawa buah kurma adalah makanan yang sangat berkhasiat. Menurut kajian Genske and weers (1973), mereka mengambil satu kilogram buah kurma dari jenis deglet Noor dan mereka mendapati ia mengandungi 220 gram air, 730 gram gula (kalori), 22 gram protein, 2 gram lemak, 19 gram zat-zat logam, 6480 miligram zat besi, 10 miligram natrium, 500 unit vitamin A, 0.9 miligram vitamin B1, 1 miligram vitamin B2 dan 22 miligram vitamin B7. Malah ia juga mengandungi silicon, klorin dan sulfur pada kadar yang sederhana.Selain itu, gula yang terdapat dalam buah kurma kebanyakkannya terdiri daripada kumpulan glukosa dan fruktosa. Kumpulan ini juga dikenali sebagai invert sugars. Antara kelebihannya ialah ia mudah diserap ke dalam badan tanpa perlu melalui proser penghadaman seperti kumpulan gula yang lain. Tambahan pula magnesium yang terdapat dalam buah kurma adalah semulajadi dan jarang ditemui dalam sumber pemakanan semulajadi yang lain. Magnesium yang tinggi ini mampu mencegah daripada penyakit kanser.Beberapa penyelidik telah menjalankan kajian terhadap buah kurma. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa buah kurma sememangnya mengandungi pelbagai manfaat dan kelebihan. Antara kajian-kajian tersebut ialah:I. Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat membantu mencengkam rahim semasa proses kelahiran anak, memperkuatkan urat-urat rahim ketika hampir waktu bersalin dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan risiko berlakunya tumpa darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.II. Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada penyakit sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. Selain itu, jus kurma mampu meransang selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan sistem perkumuhan badan manusia. Disamping itu, ia boleh meningkatkan tenaga seksual dan juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.III. Mengikut kajian ahli sains Mesir telah terbukti khasiat buah kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran anak.IV. Menurut ahli gizi IPB, Dr Hardinsyah MS yang merupakan Pengarah Klinik Konsultasi Gizi dan Klub Diet IPB, buah kurma mengandungi zat nutrient yang hampir lengkap dengan komposisi yang seimbang, walaupun dalam jumlah yang sedikt. Kajian beliau mendedahkan bahawa: Buah kurma segar (kurma basah) segar mengandungi kadar air dan vitamin yang lebih banyak. Kandungan gula pada kurma ini mudah dicerna oleh tubuh. Terdapat banyak manfaat buah kurma basah seperti dapat mengawal laju gerakan rahim, menambah masa systole (denyutan jantung ketika darah dipam ke pembuluh nadi), mencegah terjadinya pendarahan pada perempuan ketika melahirkan anak serta mempercepatkan proses pengembalian kedudukan rahim seperti sedia kala. Ini kerana buah kurma segar terdapat hormon yang menyerupai hormone oxytocine yang dapat membantu proses kelahiran bayi. Buah kurma kering tinggi dengan kandungan tenaga tetapi kandungan air dan beberapa vitamin lebih rendah, bahkan kandungan vitamin C juga mungkin hilang kerana proses pengeringan. Buah kurma kering berfungsi untuk menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing kerana ia mengandungi serabut-serabut yang berfungsi mengawal laju gerakan usus dan menguatkan rahim terutamanya ketika melahirkan anak.Selain itu,terdapat banyak lagi kegunaan dan kelebihan buah kurma kepada manusia. Antaranya ialah: Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula dalam buah kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Menurut satu kajian, memakan 100 gram kurma dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah dengan menghalang penyerapan lemak atau kolestrol dalam usus besar sehingga kadar kolestrol dalam darah menurun. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti the. Kemudian ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Buah kurma boleh mencegah penyakit kronik sepertipenyakit jantung dan kencing manis. Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Buah kurma mampu meransang dan memudahkan kehamilan. Prof Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan meransang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga. Buah kurma meningkatkan kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran. Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Jus kurma juga merupakan penawar mujarab untuk mengatasi masalah insomnia. Buah kurma juga dapat mencegah stroke. Buah kurma memiliki zat garam mineral seperti kalsium dan kalium yang dapat meneutralkan asid dalam perut seterusnya boleh mengubati gangguan usus yang kronik yang disebabkan oleh ketidakserasian dengan gluten. Buah kurma juga memiliki vitamin A yang sangat berguna untuk mata, pertumbuhan tulang, metabolism lemak, ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit,kesihatan kulit serta menenangkan sel-sel saraf. Kandungan kalium pada buah kurma juga diperlukan oleh badan untuk membantu melancarkan sistem saraf. Buah kurma banyak mengandungi zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia dan kekurangan sel darah merah. Bagi yangs erring mengalami batuk, jus kurma dapat membantu menyembuhkannya. Ini kerana kandungan gula dalam buah kurma dapat menghilangkan gatal-gatal di bahagian kerongkong sekaligus menghentikan batuk. Buah kurma yang direbus dapat melancarkan saluran air kencing. Buah kurma Ajwah dapat digunakan sebagai alat pelindung dan mencegah daripada gangguan jin. Kandungan flourin dalam buah kurma boleh meningkatkan kesihatan gigi. Selenium dalam buah kurma amat diperlukan oleh sistem pertahanan badan dan mampu mencegah kanser. Magnesium dalam buah kurma juga mampu mencegah kanser. Justeru sebahagian penyelidik mendapati penduduk yang tinggal di bahagian Sahara jarang menghadapi kanser kerana mereka banyak makan buah kurma.

KELEBIHAN DAN KHASIAT BUAH KURMA KEPADA IBU MENGANDUNG

Telah dibutkan dalam Al-Quran bahawa manusia itu diciptakan melalui tiga tahap dalam rahim ibunya: ..Dan menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan, yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? ( Al-Quran, 39:6).Seperti mana yang kita fahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahawa seseorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahap yang berbeza. Sesungguhnya telah dirungkaikan dalam biologi moden bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga peringkat yang berbeza dalam rahim ibunya. Secara ringkasnya penerangan perkembangan bayi dalam rahim ibunya adalah seperti berkut:1) Tahap pre-embrionik. Pada tahap pertama zigiot tumbuh membesar melalui pembelahan sel dan terbentuk segumpulan sel yang kemudiannya membenam diri pada dinding rahim. Seiring dengan pertumbuhan zigot yang semakin membesar, pada saat ini sel-sel penyusuannya (ibu) juka akan mengatur diri mereka sendiri membentuk tiga lapisan.2) Tahap embrionik. Pada tahap ini proses embrionik berlaku sekitar lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai embrio dan juga pada tahap ini organ dan sistem bayi mula terbentuk dari lapisan-lapisan sel tersebut.3) Tahap terakhir adalah fetus. Ia bermula pada bulan kelapan kehamilan sehingga kelahiran bayi. Ciri khusus tahap ini apabila fetus menyerupai wajah manusia dengan kedua-dua tangan dan kakinya.

Semasa berlakunya proses kehamilan, si ibu perlu menjaga pelbagai aspek termasuklah kesihatan, pemakanan dan sebagainya. Pemakanan yang baik semasa hamil akan menjamin kesihatan si ibu dan juga kandungannya. Di sini akan diterangkan bahawa pemakanan buah kurma mengandungi pelbagai khasiat dan kelebihan kepada para ibu yang sedang mengandung.Menurut kajian sains, telah disahkan bahawa buah kurma mengandungi sejenis ransangan yang dapat membantu memperkuatkan otot-otot bahagian rahim wanita yang sedang mengandung pada peringkat bulan-bulan terakhir kandungan. Ini adalah perlu kerana di saat kelahiran bayi ia membantu melebarkan pangkal rahim dan membantu ibu supaya mudah untuk melahirkan anak. Pada waktu yang sama ia mengurangkan pendarahan selepas bersalin.Pakar pemakanan pula mengesahkan buah kurma adalah diantara buah-buahan yang terbaik untuk wanita selepas bersalin kerana ia mengandungi elemen yang meredakan rasa murung dan tekanan emosi dikalangan ibu-ibu yang baru bersalin disamping keadaanya yang lemah semasa melahirkan anak. Hal ini dikuatkan lagi oleh firman Allah dalam Al-Quran yang menyatakan khasiat buah kurma yang dirakamkan oleh Allah dalam bantuan-Nya kepada Maryam ketika hendak melahirkan Nabi Isa dalam Surah Maryam ayat ke-25 yang bermaksud: dan goncangkanlah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan..

Ayat tersebut menjelaskan berkenaan khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang hampir melahirkan anak apabila Allah memerintahkan Siti Maryam memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah semasa bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur-unsur zat besi dan kalium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah bukanlah sejenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah tentu ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf dunia antarabangsa.Doktor Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya, Ath-Thibb an-Nabawy wal Ilmil Hadith (Perubatan Ala Mabi dan ilmu moden) mengatakan :, Hikmah dari ayat ini secara falsafah kedoktoran adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat memerlukan makanan dan minuman yang kaya dengan unsur gula, hal ini adalah kerana kebanyakan kecederaan otot-otot rahim di saat bayi dilahirkan, tambahan lagi apabila hal itu memerlukan waktu tyang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengawal pergerakan rahim dan menambah masa sistolen (ransangan jantung ketika darah dipam ke pembuluh nadi). Dan kedua unsure itu banyak terkandung dalam ruthab (buah kurma basah), kandungan gula dalam ruthab (buah kurma basah) sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh manusia.

Secara dasarnya, buah kurma diperkaya dengan vitamin B6, asid folik, kalium, zat besi dan magnesium. Unsur magnesium amat sukar diperolehi dalam bentuk semulajadi sedangkan ia amat penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah. Justeru, fakta ini membuktikan bahawa pengambilan buah kurma bagi ibu mengandung adalah amat bermanfaat kerana ia mengandungi pelbagai khasiat terutamanya kandungan magnesium yang wujud secara semulajadi.Kajian sains juga menunjukkan, semasa sedang dalam proses melahirkan anak, ibu akan menjadi lesu kerana kandungan gula dalam darah akan menurun dengan mendadak. Pada masa tersebut kehadiran unsur karbohidrat dan kalium amat penting bagi ibu tersebut kerana unsur tersebut membekalkan tenaga yang diperlukan. Menurut ensikopedia kesihatan (health.yahoo.com) dalam tajuk potassium Content Of Fruits, Vegetables, And Other Food oleh Sydney Youngerman-Cole (RN, BSN, RND), kalium ialah zat logam yang menyeimbangkan cecair dalam badan disamping memantapkan fungsi saraf serta otot.Krispin Sullivan, seorang pakar dalam bidang Pemakanan Klinikal dalam artikelnya yang bertajuk Great Pains: Tips for Having an easy Childbirt menyebutkan bahawa semasa melahirkan anak, tenaga si ibu dapat dipulihkan dengan memberinya makan buah-buahan, jus, sayur-sayuran atau yang seumpamanya yang kaya dengan kalium, magnesium, natrium dan sulfur. Bahan-bahan ini bukan sahaja memulihkan tenaga malah ia akan membantu dalam memudahkan proses kelahiran anak.Seperti yang telah disebutkan, buah kurma sememangnya kaya dengan karbohidrat. Malah menurut laman web Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian bangsa-Bangsa Bersatu (www.fao.org), buah kurma bukan sahaja kaya dengan karbohidrat malah juga kaya dengan kandungan dan magnesium disamping mengandungi kandungan natrium dan sulfur yang yang sederhana. Justeru, buah kurma dibuktikan amat sesuai untuk ibu mengandung sekaligus menampakkan bahawa perintah Allah kepada Siti Maryam supaya memakan buah kurma semasa hampir melahirkan Nabi Isa sememangnya saintifik berdasarkan penemuan semasa.Buah kurma juga memperkayakan susu ibu dengan pelbagai kandungan zat yang berkhasiat bagi menjamin kesihatan bayi untuk membesar dan mencegah bayi daripada dijangkiti penyakit. Unsur zat besi yang terkandung dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya ia dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.Rasulullah s.a.w juga menekankan pentingnya buah kurma dan kesan positifnya terhadap pertumbuhan janin bayi dalam kandungan. Justeru itu baginda Rasulullah s.a.w mengesyorkan para wanita memakan buah kurma untuk kesihatan bayi. Ia juga berperanaan dalam pertumbuhan kanak-kanak serta pembentukan darah dan sumsum tulang. Malahan kajian-kajian lain yang dijalankan, membuktikan bahawa buah kurma merupakan antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga di dalam tubuh badan manusia. Buah kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan kebahagian otak dan anggota lain untuk digunakan sebagai sumber tenaga dalam melakukan aktiviti harian.Buah kurma bukan sahaja diamalkan memakanya semasa hamil atau setelah melahirkan anak, tetapi ia juga baik diamalkan dalam menyambut kelahiran bayi iaitu semasa tahnik sesuai dengan menyahut sunnah bagi Rasulullah s.a.w. Tahnik adalah amalan sunah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kepada bayi yang baru dilahirkan dengan cara menggosokkan buah kurma yang lembut ke bahagian lelangit bayi. Ini dapat dihayati apabila Imam Bukhari dan Muslim menyatakan sebuah hadith daripada Abu Musa yang berkata : Aku dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada nabi dan baginda menamakannya Ibrahim. Kemudian baginda melakukan tahnik menggunakan buah kurma serta mendoakannya keberkatan. Kemudian baginda menyerahkannya semula kepadaku.Sunnah tahnik ini telah dibuktikan secara saintifik dalam satu kajian yang bertajuk The Analgesic (Pain Killing) Effect of Sucrose In Full Term Infants: A Randomised Controlled Trial yang dilakukan oleh Nora Haouari, Christhoper Wood, Gillian Griffiths dan Malcolm Levene di Leeds General Infirmary England. Mereka mendapati bahawa gula terutamanya sukrosa dapat menjadi bahan pencegah sakit bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Malahan gula adalah selamat untuk digunakan. Sebagaimana diketahui, kandungan gula dalam buah kurma sememangnya tinggi iaitu antara 50% hingga 57%. Justeru, kajian sains tadi membuktikan bahawa tahnik mampu menghilangkan perasaan sakit yang menimpa bayi selepas dilahirkan kerana buah kurma kaya dengan kandungan gula.

KESIMPULAN

Dan Dial ah yang menurunkan hujan dari langit lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau. Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk,rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang yang beriman (Surah Al-Anam ayat :99)Berdasarkan petikan firman Allah di atas, jelas di sini Allah ingin membuktikan kekuasaan-Nya dengan menjadikan buah yang lazat (tamar) dan dengannya seseorang itu akan bertambah imannya apabila mengkaji kejadian buah tamar, zaitun dan anggur. Dan sememangnya yang telah kita ketahui buah tamar mempunyai banyak khasiat sama ada baik untuk kesihatan dan juga merawat penyakit. Sesungguhnya benar kata Rasulullah s.a.w tiada buah yang terbaik di dunia ini melainkan buah kurma atau tamar dan sekiranya ada yang lebih baik dari itu maka Allah akan memberikannya kepada Siti Maryam disaat melahirkan Nabi Isa. Kita sebagai umat Islam pada masa ini tidak seharusnya memandang rendah akan kelebihan buah kurma yang di ceritakan di dalam Al-Quran ini dan tidak hanya menjamahnya pada bulan puasa sahaja. Kalau kita lihat dari segi kajian saintifik yang tersebut di atas, dapat kita rumuskan bahawa kurma sememangnya memberi pelbagai khasiat disamping kaya dengan vitamin yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan kita.Melalui Surah Maryam juga, telah Allah ceritakan khasiat kurma kepada para ibu yang sedang bersalin. Kurma secara tidak lansung memberi tenaga kepada wanita yang lemah setelah melahirkan bayi dengan mengembalikan semula tenaga seperti yang diceritakan di atas. Dan hari ini kajian sains telah banyak membuktikan kelebuhan buah kurma yang telah diceritakan di dalam Al-Quran dan seterusnya dunia hari ini telah menerima buah tamar antara cara yang terbaik untuk penjagaan kesihatan dan juga ubat untuk merawat pelbagai penyakit kronik seperti stroke, kencing manis dan sebagainya.Dengan sebegitu banyaknya manfaat khasiat kurma maka ia tidak wajar lagi dijadiakn juadah berbuka puasa semasa bulan Ramadhan sahaja. Umat Islam perlu mentradisikan kurma sebagai pencuci mulut semasa makan atau menggantikannya sebagai makanan ringan yang sedia ada mengandungi karbohidrat, gula, garam, lemak, pewarna dan perasa tiruan yang boleh membawa pelbagai komplikasi penyakit.

RUJUKANQuran Saintifik : Meneroka Kecemerlangan Al-Quran melaluiTeropong Sains, Dr Danial Bin Zainal Abidin, PTS Millenia Sdn. Bhd. 2009.Teladan Wanita Dalam Dakwah Jan 20, 08.Islamic View Of Mary, Wikipedia.comAllah Lebih Mengetahui Alam Rahim, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Utusan Malaysia Online, 30.01.2009.Maryam: An Exemplary Muslim Woman Harunyahya.com.16