25
TUGASAN KUMPULAN 1

Assgmnt Group

Embed Size (px)

Citation preview

TUGASAN KUMPULAN

1.0 PENGENALANGuru mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan, beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru juga bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka adalah Role Model atau suri teladan yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah.Tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di kemudian hari memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan suatu yang mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, Justeru itu nadi penggerak ke arah tujuan suci itu ialah para guru atau pendidik. Sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.Sekolah juga merupakan ladang bagi menyemai dan menuburkan benih-benih aspirasi Negara . Ini kerana sebagai ladang semaian , sekolah menjadi tempat pertama segala aspirasi disemai dan kemudiannya disuburkan agar menajdi pokok yang besar dan kukuh . Pembentukan generasi akan datang bermula dari sebuah sekolah , di tangan seorang guru yang membentuk masyarakat sesuai dengan apa yang sering disebutkan Sekolah Membentuk Masyarakat; Masyarakat Membentuk Sekolah. Guru sebagai insan pembentuk generasi mempunyai peranan yang besar . Inilah yang sering disebutkan orang jika seorang doktor melakukan kesilapan, seorang pesakit mungkin mati tetapi jika seorang guru melakukan kesilapan, satu generasi akan mati.

2.0 RUKUN NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARASebelum melihat apakah peranan guru dalam merealisasikan kedua-dua aspirasi Negara itu, terlebih dahulu , elok kita lihat sepintas lalu perincian aspirasi ini. Kedua-dua Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan antara cabang yang menjadi aspirasi Negara . Kedudukannya dapat dilihat dalam rajah di bawah.

Rajah 1 : Aspirasi Negara 2.1 RUKUN NEGARARukun Negara yang digubal selepas tragedi 13 Mei 1969 dan diisytihar pada 31 Ogos 1957 merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia. Ideologi nasional ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum disamping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni, berdemokrasi, adil, liberal, progresif dan beretika.Lima prinsip utama dalam Rukun Negara adalah :-Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan kesusilaanLima prinsip dalam Rukun Negara diperkenalkan untuk memenuhi matlamat seperti dalam Rajah 2 :-.2.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANDalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Falsafah pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem pendidikan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan bagi peningkatan kualiti pendidikan negara. Peranan falsafah dalam pendidikan adalah merupakan tunjang kepada semua aktiviti dan usaha pendidikan di negara kita. Ia menekankan perkembangan individu yang menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Justeru pada tahun 1988, kerajaan telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai satu kerangka pembentukan insan yang diharapkan iaitu :-

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.3.0 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN RUKUN NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDKAN KEBANGSAANKedua-dua aspirasi tersebut merupakan suluh kepada pembinaan modal insan mulia dalam usaha membentuk sebuah Negara bangsa yang berkualiti . Justeru sebagai guru yang ditanggungjawabkan mengajar, mendidik dan membentuk insan , guru merupakan agen terpenting dalam menjayakan aspirasi ini. Peranan guru ke arah menjayakan aspirasi ini dapat dilihat melalui hujah-hujah berikut. 3.1 Guru pembentuk perpaduan rakyat .Aspirasi Rukun Negara dan Falsafah Pendididkan Negara adalah dua daripada cabang kea rah pembentukan seuah Negara bangsa. Justeru, untuk membina sebuah Negara bangsa ini, menjadi tanggungjawab guru utnuk menyatupadukan kepelbagaian bangsa dalam kelas yang diajar sebagai satu bangsa berdaulat dan bersatu padu. Jurang perbezaan antara kaum hendaklah dirapatkan dengan menjadikan kurikulum dan kokurikulum sebagai medium dalam meningkatkan hubungan harmoni dan itegrasi kaum agar dapat meningkatkan perpaduan dan kerjasama antara mereka. Sentiment perkauman atau diskriminasi perlu dielakkan sebalikya nilai-nilai persamaan dan kerjasama antara kaum dipupuk dan disuburkan bagi mewujudkan integrasi nasional sehingga terhasilnya nilai-nilai identiti sebuah bangsa.

3.2 Peranan guru sebagai suri teladan atau role modelSebagai penyemai nilai murni dalam FPK dan Rukun Negara, guru merupakan cerminan terbaik bagi pelajar. Dalam hal ini, guru seharusnya memiliki kualiti sifat dan peribadi yang tinggi , mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak berjudi dan tidak mengambil minuman keras, mempunyai integriti yang tinggi . Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar sejajar dengan harapan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis menurut aspirasi FPK dan Rukun Negara .Nilai-nilai ketatanegaraan yang tinggi dari aspek kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti seperti membangunkan sikap cinta dan setia kepada negara dengan tujuan melahirkan generasi yang cintakan negara. Guru sebagai suri teladan harus memperlihatkan kecintaan yang tinggi pada Raja dan Negara sebagai langkah menerapkan Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Tindakan guru mencemuh institusi raja dan Negara akan mencemarkan dan menyulitkan usaha menanam kecintaan pelajar kepada Negara ini. Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan perlu diintegrasikan dalam subjek yang diajar di samping menggalakkan murid-murid agar menyanjung tinggi warisan kebudayaan Negara .3.3 Guru perlu menyediakan pendidikan berkualiti Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa dalam Rukun Negara dan FPK hanya dapat dicapai jika masyarakatnya mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang pendidikan. Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan bahawa pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia selaras aspirasi FPK itu. Pendidikan berkualiti tinggi itu dapat dicapai jika guru sentiasa bersedia menimba ilmu baharu, tidak mengalah dengan ledakan teknologi yang mungkin baru bagi mereka malah bersedia mendepani apa sahaja perubahan dasar pendidikan kebangsaan. Pengenalan program Pembelajaran Alaf 21 membuka ruang kepada guru untuk berkreatif dan berinovasi untuk menyediakan bilik darjah yang bukan sahaja ceria dan cantik, malah penuh informasi dan ini tentunya menuntut pengorbanan besar para guru dari segi masa,tenaga malah , wang ringgit. Penjelmaan bilik darjah yang cantik dan ceria menjadikan murid teruja untuk ke sekolah dan seronok untuk belajar.

3.4 Menggunakan kegiatan kokurikulum sebagai landasan membangun sumber manusia.

Pembentukan generasi yang seimbang yang termaktub dalam FPK dan generasi yang harmonis dan progresif seperti terakam dalam Rukun Negara bermaksud watak insam yang dihasilkan adalah insane kamil iaitu yang sempurna dari segi ilmu dan sahsiahnya Melahirkan generasi yang bijaksana sahaja tidak sempurna tanpa watak manusia baik yang menolak rasuah dan kebobrokan akhlak. Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan kokurikulum juga amat penting dalam membentuk watak dan sahsiah pelajar.selain mengembangkan lagi bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab dalam bersukan dan berseni menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan suatu jambatan kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang. Watak-watak berkeperibadian yang tinggi serta kepimpinan berasaskan nilai inilah secara tidak langsung yang akan menghasilkan produk berkualiti untuk kemajuan negara pada masa akan datang untuk meneroka kemajuan dan perubahan yang sifatnya membangun bukan meruntuhkan. Inilah peranan utama guru yang mempunyai tahap profesianal yang tinggi dalam pembentukan watak insan kamil demi kepentingan pembentukan negara bangsa. Ini kerana dalam aspirasi FPK, pelajar bukan sahaja perlu cerdas dari aspek intelektual semata-mata malah harus juga seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan sahsiahnya dan ini tentulah selaras dengan Rukun Negara yang mahukan kewujudan masyarakat yang bersatu padu , demokrasi, adil dan harmonis. guru seharusnya dapat menterjemah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum. Penekanan yang lebih dalam bidang ko kurikulum, contohnya dalam sukan dan aktiviti persatuan dan kelab merupakan salah satu cara yang berkesan ke arah pembentukkan individu yang terpelajar, terdidik dan mempunyai sahsiah yang lebih positif

3.5 Mempertingkat kualiti amalan profesionalisme kendiri

Sebagai individu yang diberi latihan ikhtisas untuk menggalas tanggungjawab merealisasikan aspirasi Negara, guru haruslah memastikan amalan profesionalismenya sentiasa berada pada tahap terbaik. Mempersiapkan diri sebaik-baiknya sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula merupakan langkah pertama . Selain itu, guru perlulah menonjolkan esteem kendiri serta menampilkan kecekapan dan ketrampilan mendidik,mencerna dan merefleksi keilmuan, keterbukaan minda dan penyampaian maklumat yang berkualiti. Guru perlu membina rangkaian dengan pendidik-pendidik di seluruh ngara dan dunia dengan memanfaatkan media sosial kini agar dapat berdialog dan berinteraksi secara intelektual agar dapat meuaskan horizon pemikiran. Selain itu, guru perlu banyak membaca buku-buku berkaitan pedagogi, falsafah dan motivasi dalam usaha meluaskan kotak fikir di samping menggunakannya dalam membentuk keperibadian bangsa. Guru seharusnya terlebih dahulu perlu memahami dan menghayati tentang pengertian setiap pernyataan yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara supaya mereka berkeupayaan untuk mendidik pelajar-pelajar ke arah matalamat yang bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana kejayaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara banyak bergantung kepada sejauh mana guru memahami konsep-konsepnya dan bagaimana mereka menerapkannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.0 RUMUSAN

Sesungguhnya sebagai insan yang diberi kepercayaan untuk menggalas dan merealisasikan cita-cita dan aspirasi Negara, guru sebagai pendidik mempunyai peranan yang sangat besar dalam mewarnai rupa wajah generasi akan datang. Dalam hal ini keintegritian guru merupakan sesuatu yang sangat ditagih . Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya di mata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibu bapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan. Maruah dan harga diri seorang guru itu terletak pada kemampuannya tekal dengan nilai integriti yang tinggi dalam dunia yang penuh cabaran ini.Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah menjadi landasan kepada sistem pendidikan kebangsaan. Ia juga adalah gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat negara ini melalui proses pendidikan. Semua program dan aktiviti pendidikan adalah terbitan daripada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Sementara Rukun Negara pula adalah satu cita-cita murni dalam membentuk sebuah Negara bangsa Malaysia yang demokratik,progresif dan harmonis yang menjadikan prinsip-prinsipnya sebagai pedoman Hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara tidak dapat direalisasikan dan tidak bermakna jika ianya tidak dapat difahami dan dihayati serta dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan. Tanggungjawab dalam merealisasikan hasrat ini terletak dibahu guru dalam menerapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara kepadapelajar-pelajar.Warga guru sebagai pelaksana segala agenda dalam bidang pendidikan adalah insan yang bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu sistem pendidikan itu sendiri. Sehubungan itu, guru seharusnya memperkembangkan profesionalisme mereka dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui penglibatan di dalam segala latihan yang berkaitan dengan mendapat sokongan padu dan galakan daripada pihak pengurusan pendidikan

20