25
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130901/re_07/Beri- polis-lebih-sengat-artikel http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kes-pukul-letak- wang-sebagai-perangkap-1.67779-laporan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2009&dt=0116&sec=Forum&pg=fo_01.htm Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupaun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang biasa mencabar. Adakah gejala ini merupakan satu kebiasaan dan tidak perlu dibanteras? Adakah gejala ini menjadi kebanggaan para remaja kini yang mampu mewujudkan pelbagai kumpulan berhaluan kiri sehinggakan tiada sebarang tindakan diambil? Mungkinkah ini salah satu cara ppergaulan yang diinginkan untuk memupuk semangat perpaduan? Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian. Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya

Assgmnt Pm Sln 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MORAL

Citation preview

Page 1: Assgmnt Pm Sln 1

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130901/re_07/Beri-polis-lebih-sengat-artikelhttp://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kes-pukul-letak-wang-sebagai-perangkap-1.67779-laporan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0116&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupaun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang biasa mencabar. Adakah gejala ini merupakan satu kebiasaan dan tidak perlu dibanteras? Adakah gejala ini menjadi kebanggaan para remaja kini yang mampu mewujudkan pelbagai kumpulan berhaluan kiri sehinggakan tiada sebarang tindakan diambil? Mungkinkah ini salah satu cara ppergaulan yang diinginkan untuk memupuk semangat perpaduan? Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian. 

      Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah. 

      Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis

Page 2: Assgmnt Pm Sln 1

dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan daripada alat-alat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah. 

      Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja. 

      Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. 

      Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan

Page 3: Assgmnt Pm Sln 1

di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan. 

      Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini. 

      Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertamabh serius lagi. Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Johor (JPJ) ada mengadakan kawalan jalan raya terutamanya pada waktu malam untuk mengawasi keadaan jalan raya supaya tiada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku seperti lumba haram. Tindakan JPJ ini sememangnya wajar dilakukan agar kegiatan jenayah lain dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat rempit enggan berlumba secara haram kerana takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang sedemikian, jenayah-jenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia – See more at: http://stpm-study.blogspot.com/2013/11/langkah-langkah-mengatasi-jenayah.html#sthash.xwob4yQQ.dpuf

Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk  mengukuhkan, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan dan ini meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran.

http://bm-gejalasosial.blogspot.com/2010/10/masalah-gejala-sosial-di-dalam-kalangan.html

 Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara.  Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan

Page 4: Assgmnt Pm Sln 1

akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Kesan Ke atas Individu  Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

Kesan Ke atas Keluarga  Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Institusi Kekeluargaan

Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun sukar untuk mendapat bimbingan

Page 5: Assgmnt Pm Sln 1

memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja. 

Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan. 

b) Pengaruh Rakan-Rakan

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan. 

c) Kekuatan Diri Sendiri

Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit di dalam gengsterisme. Mereka yang terlibat di dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dan terkapai-kapai mencari jalan kehidupan mereka. Desakan keluarga dan kesempitan hidup boleh mendorong mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya ke atas pendidikan mereka dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan yang biasa. Mereka hilang tumpuan kerana sikap inferioriti di kalangan mereka sendiri berbanding dengan pelajar yang rajin dan tekun berusaha. Ketiadaan ‘role model’ yang sesuai juga dianggap faktor pendorong pembabitan mereka di dalam gengsterisme. 

d) Kesan Persekitaran

Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gengsterisme. Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gengsterisme. 

e) Media Massa

Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah lakuyang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan. 

g) Didikan Agama

Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini. 

Antara punca yang menyebabkan berlaku kegiatan gangsterisme ialah pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya menpunyai pengaruh

yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu kerana kesilapan bergaul dengan rakan yang buruk boleh mengakibatkan remaja

tersebut juga menjadi jahat .Pada zaman sekarang,golongan remaja dikatakan lebih suka bergaul rapat dengan rakannya dan

menganggap mereka sebagai rakan sebenar jika berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada

Page 6: Assgmnt Pm Sln 1

anaknya.Jadi,tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng atau samseng yang mempunyai budaya dan

peraturan masing masing.Contohnya di sekolah,aktiviti yang lazim dilakukan oleh golongan gangster ialah membuli pelajar yang

lemah,mengutip yuran perlindungan daripada kalangan pelajar,peras ugut,ponteng sekolah,merosakkan harta benda sekolah,ketagihan

rokok dan lain lain .

Di samping itu,faktor seterusnya ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian ibubapa terhadap anak mereka. Hal ini kerana

kecenderungan ibubapa mengejar kekayaan semata-matanya sehinggalah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap

anaknya.Keadaan ini telah menyebabkan golongan remaja ini hidup dalam keadaan yang terbiar .Ibubapa tidak mengetahui tentang

kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah. Jadi, terdapat segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme

misalnya peras ugut supaya menarik perhatian daripada ibu bapa.Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme disebabkan

mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi keluarga ibu tunggal.Dengan itu,mereka memilih tindakan yang drastik

seperti ,menghisap gum,merokok memberontak,melawan dan akhirnya menjadi samseng yang suka menimbulkan masalah sosioal.

Tambahan lagi,pengaruh media massa juga menjadi punca yang mendorong masalah gangsterisme ini terus berleluasa.Dalam era

globalisasi ini,media massa yang berbentuk bercetak dan eletronik yang bersifat negatif semakin sukar dikawal oleh pihak

kerajaaan.Justeru,tindaklaku remaja senang dipengaruhi dengan filem yang tidak bermoral dan beretika yang dibawa dari negara

barat.Contohnya,aksi,tindaklaku,perwatakan yang bersifat negatif,keganasan yang ditayangkan dalam filem akan menjadi ikutan

kepada remaja kini sehinggalah ia menjadi role model bagi remaja.Dengan kata lain ,pembentukan personaliti,sikap dan sifat

seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan bagi zaman remaja sekarang untuk mencontohi apa yang

dilakukan oleh pelakon dalam filem yang ditontoni.

Oleh kerana kegiatan gangsterisme telah menjejaskan keselamatan dan ketenteraman dalam kalangan masyarakat,maka pelbagai

langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera.

http://www.pkpim.org.my/2012/05/15/gejala-gangsterisme-dalam-kalangan-pemuda-salah-laku-secara-berpersatuan/

Negara Malaysia merupakan Negara yang menjunjung keamanan dan keharmonian sebagai teras kenegaraan bagi mencapai taraf Negara maju dan berdaya saing,dalam kita berusaha

Page 7: Assgmnt Pm Sln 1

mengekalkan keharmonian sedia ada,terdapat beberapa gejala yang secara tidak langsung menjejaskan usaha tersebut dalam konteks norma masyarakat dan keharmonian sosial,antaranya ialah gejala gangsterisme.Hampir seringkali akhbar arus perdana melaporkan mengenai perlakuan gangsterisme dimana pemuda merupakan tunjang bagi gejala negatif berkenaan.Perlakuan seakan-akan jaguh dan suka menunjuk kekuatan dan mencabar antara satu sama lain,tidak ketinggalan kegiatan memeras ugut dan melakukan konfrontasi secara mental dan fizikal dengan pihak-pihak yang lemah.Kegiatan ini sudah tentu tidak akan dilakukan secara berseorangan,ianya dilakukan secara berkumpulan,kerana setiap kali mereka berada dalam suatu perkumpulan maka mereka akan merasakan mereka begitu gagah dihadapan orang lain slogan-slogan retorik membakar kejantanan mereka seperti “anak jantan pantang dicabar!!”. “Persatuan” salah laku ini memperlihatkan ketidakmatangan segelintir orang muda kita dalam dalam rencah kehidupan.

Gangsterisme adalah suatu perbuatan salah laku yang sudah lama wujud dan masih berterusan sehingga kini.Keadaan lebih merumitkan apabila kegiatan ini turut dipelopori oleh remaja perempuan dan juga kanak-kanak. Apa yang dapat diperlihatkan masa kini,gangsterisme ini adalah tingkah laku yang melanggar norma dan batasan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh sosial. Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berkemampuan untuk mewujudkan gang ataupun persatuan. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu persatuan yang mempunyai ciri -ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Thraser (1963) menyatakan bahawa kewujudangangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang bertukar kepada perlakuan devian(perkumpulan samseng). Secara evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan gangster yang seringkali melakukan tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti sosial. Ikatan yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi lebih erat,kerana telah teruji “kredibiliti” mereka sebagai samseng yang melakukan aktiviti jenayah berisiko seperti bergaduh dan beberapa jenayah keganasan yang lain ditambah semangat setia kawan atau kukuh serta mengamalkan tradisi kumpulan. Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada tahun 2008 seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan(Violence Crime) manakala selebihnya jenayah harta benda.Menurut statistik berkenaan, remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan). Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan 147 tangkapan. Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641 orang).Faktor yang dipercayai kenapa gejala ini tercetus dan menjadi trend seluruh dunia masih samar dan telah digaris pandukan beberapa faktor seperti media,rakan sebaya,dan keadaan setempat namun dengan pendapat Bodinger-de-Uriarte (1993),yang mendapati faktor untuk mendapatkan kuasa dan status merupakan penyebab utama para remaja menyertai gangster jalanan di Amerika Syarikat yang Majoriti daripada gangster tersebut merupakan

Page 8: Assgmnt Pm Sln 1

gang lelaki dan ahli-ahli terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang etnik yang sama sedikit sebanyak boleh dijadikan sebab yang kukuh kenapa gejala ini wujud kemudian ianya menjadi trend seluruh dunia.Gangsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di MalaysiaSejak kebelakangan ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda dalam aktiviti -aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di negara ini. Fenomena ini telah menunjukkan bertambah kejadian yang tidak masuk akal sebagai contoh membakar bilik guru, vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah. Apa yang membimbangkan ialah, mengenai  terdapatnya hasil satu kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan pada tahun 1999. Laporan kajian ini yang diumumkan tidak lama dahulu menjelaskan tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah -sekolah menengah seluruh negara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah di Malaysia adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai pertubuhan salah laku.Dan yang paling membimbangkan,sekolah-sekolah menengah agama yang selama ini menjadi dakapan masyarakat untuk melahirkan generasi yang berwibawa tidak terlepas dengan gejala ini.Beberapa kes-Kes yang diketengahkan mengenai Kegiatan gengsterisme yang melibatkan memukul pelajar “meletup‟ pada tahun 2003 dengan menunjukkan banyak kes terjadi di sekolah.Di antara rentetan kejadian itu ialah kes di mana ,8 orang pelajar tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah dibuang sekolah termasuk 2 orang yang telah mengugut warden dengan menggunakan parang.Seramai 20 orang pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR) telah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kegiatan gengsterisme melalui kumpulan yang dikenali sebagai “The High Council” dimana ahli bertemu secara rahsia dalam waktu yang singkat di sebelah pagi untuk melakukan kegiatan membuli pelajar junior dan penderaan psikologikal.Di Sekolah Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka lebih kurang 20 orang pelajar bergaduh di kantin sekolah dan memukul sesama sendiri menggunakan kerusi.  Salah seorang daripada mereka telah mengalami kecederaan di dahi dan menerima rawatan di hospital.Sementara polis telah menahan  9 orang pelajar berusia 16 dan 17 tahun selama 2 hari untuk

membantu siasatan pihak polis. Gejala ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati di antara kumpulan pelajar kerana isu seperti balas dendam, hendak menunjukkan kuasa kumpulan yang hebat, membuli pelajar junior dan juga kerana aduan perbuatan salah laku kumpulan ini kepada pihak berwajib. Perlu difahami bahawa kesemua jenayah ini dilakukan secara “berpersatuan”.

  Peranan Organisasi Islam.Persatuan Pelajar dan lain-lain organisasi Islam mahupun badan bukan kerajaan yang bersifat islami sangat diperlukan bagi memainkan peranan untuk berkerjasama dengan Institusi awam seperti Polis,dan pihak sekolah bagi membincangkan hal ini secara serius,serta menyatakan beberapa konklusi dan konsensus secara bersama ,kerana gejala ini adalah gejala yang serius,ianya berlaku mungkin kerana keinginan untuk berpersatuan (Society Desire) yang sememangnya wujud secara individual dalam kalangan setiap anak muda,seluruh dunia jelas bahawa setiap Organisasi islam yang wujud mempunyai matlamat yang murni untuk anak muda

Page 9: Assgmnt Pm Sln 1

berbakti di bawah naungan organisasi tersebut tetapi rata-rata anak muda kita masih memilih untuk menjadikan “persatuan“ Kongsi Gelap sebagai wadah “pelaburan” mereka.Melihat kepada realiti ini organisasi Islam yang wujud harus menyediakan wadah program yang khas bagi  memperlihatkan kewujudan mereka di mata orang muda yang sedang berpeleseran di jalanan dan berinteraksi secara tidak formal dengan mereka sebelum mereka terjebak dengan gejala ini serta gejala negatif yang lain dan mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai permasalahan mereka sekaligus membawa permasalahan mereka ke perbincangan di peringkat awam serta dilakukan kajian terperinci mengenai gejala ini menerusi pandangan amal islami.Dari sini perlu dilihat keperluan dakwah lapangan sebagai satu kaedah dakwah yang mesti ditekankan sebagai agenda utama dalam mana-mana organisasi islam.Kebanyakan Pimpinan (Qiadah) mahupun barisan ahli (Jundiyyah) dilatih dalam keadaan suatu yang selesa atau dilatih dalam bentuk teori semata-mata,sedangkan dakwah itu bukan sahaja perlu diuji dari sudut keilmuan semata-mata,bahkan ianya harus diuji dengan ketahanan samada dari aspek mental dan fizikal dengan kesediaan untuk turun ke lapangan bagi menzahirkan interaksi dakwah yang praktikal kepada anak-anak muda yang berpeleseran di jalanana .Sudah menjadi suatu Keperluan bagi setiap Organisasi Islam untuk menyediakan unit aktivis dakwah yang bertindak khusus untuk ke lorong-lorong dan ke lapangan bagi melaksanakan misi Amar ma’ruf nahi Mungkar.Banyak para pendukung organisasi masyarakat yang apabila ditanya kenapa mereka tidak mahu terlibat menangani permasalahan masyarakat khususnya gejala gangsterisme dan mungkar; maka mereka akan menjawab bahawa mereka ; “tidak tahu, tak pernah buat, tak ada kepakaran, bukan bidang mereka, tak ada kuasa, tak tahu nak mula dan sebagainya” jawapan-jawapan seperti tadi memperlihatkan virus “aku tidak pedulisme” menyerang pendukung Organisasi Islam . Walhal proses ini tidaklah serumit yang mereka bayangkan. Umpamanya ada TIGA syarat yang ramai orang menyedarinya tetapi oleh kerana telah tertanam sekian lama banyak sikap suka mencari alasan untuk tidak berbuat dan sentiasa berfikiran negatif maka syarat-syarat berikut menjadi terlalu sukar untuk mereka penuhi;1.Organisasi masyarakat mesti melihat keberkaitan di antara apa yang berlaku kepada masyarakat dengan kewujudan organisasi mereka;Untuk apa organisasi masyarakat itu diwujudkan seperti masjid, surau, jawatankuasa penduduk dan sebagainya; memenuhi keperluan ahli masyarakat atau kepentingan pemimpin atau untuk siapa?Sesebuah organisasi yang mendakwa bahawa mereka memperjuangkan nasib masyarakat tidak layak berbuat sedemikian jika apa yang berlaku di dalam masyarakat hanya ditontoni dan disunggutkan.Yang dikatakan keberkaitan itu ialah apabila sesebuah organisasi itu bersama-sama dengan masyarakat di waktu suka-duka, senyum-tangis dan gembira-sedih. 2.Organisasi itu mesti bersedia untuk menilai serta merubah beberapa justifikasi dan pendekatan mereka.Ini sangat perlu dilakukan kerana dengan segala macam ungkapan dan diskusi tidak akan bermakna apa-apa jika perspektif dan tindakan tidak ada sebarang hala tuju.Mesti ada keberanian untuk melihat apa yang telah dilakukan selama ini.Adakah ia masih ditakuk lama lalu ia perlu diubah agar menjadi lebih dinamik dan relevan dengan masyarakat.Relevan itu sendiri mempunyai erti dan makna yang sangat praktik dan realistik. 3.Organisasi itu mestilah bersedia untuk belajar dan membina jaringan dengan kelompok-kelompok lain terutama dalam komuniti setempat.Sudah banyak yang disebut bahawa nama-nama organisasi sukarela tidak boleh lagi berada di dalam kelompoknya sahaja umpama berlari dalam bulatan.Ini kerana

Page 10: Assgmnt Pm Sln 1

kelompok yang dimaksudkan itu sudah usang dan serba ketinggalan. Ia mesti bersedia untuk melihat di luar sana dan belajar dari sesiapapun baik individu mahupun kumpulan.Tidak terbatas juga kesediaan untuk belajar dari golongan yang lebih rendah keupayaan dan golongan sering pula dipinggirkan dari aliran arus perdana.Dengan memainkan peranan yang komprehensif dalam masyarakat,gejala gangsterisme ini dapat ditangani dengan baik kerana kewujudan Organisasi Islam yang sanggup turun ke lapangan untuk bersama-sama dengan golongan muda yang berpeleseran,sekaligus tidak menolak kemungkinan bahawa usaha ini membuka perspektif baru dalam kalangan golongan muda yang tercari-cari platform mereka untuk beraktivisme sesama rakan sebaya kerana adanya organisasi islam yang memperlihatkan kewujudan mereka sebagai platform untuk golongan muda beraktivisme dengan aktiviti yang positif.

Mencontohi Streetsafe Boston FoundationOrganisasi Streetsafe Boston ini boleh dikatakan antara organisasi bukan islam yang harus dijadikan contoh dalam menangani jenayah keganasan seperti gangsterisme.StreetSafe Boston adalah organisasi pembangunan Belia yang khas dimana matlamatnya untuk mewujudkan suatu inisiatif kesedaran dalam kalangan komuniti bagi membantu mengurangkan kadar jenayah keganasan dalam kalangan belia secara aktif.Dengan menggunakan kaedah The Ripple effect theory suatu kaedah dimana sebilangan kecil anak muda memainkan peranan untuk mengawal jenayah keganasan jalanan dengan mendekati masyarakat jalanan melalui khidmat masyarakat dan program-program kesedaran komuniti.Dengan cara mewujudkan akses “proven risk population” iaitu populasi komuniti yang paling banyak kes jenayah dilaporkan secara statistik kepada langkah pro sosial yang berpartisipasi dalam mengurangkan tarikan terhadap sebarang bentuk jenayah keganasan dalam kalangan belia,ataupun dalam erti kata lain konsep “from zero to hero” dimana konsep ini sekumpulan para belia yang pernah terlibat dengan jenayah keganasan kemudiannya dilatih untuk menjadi aktivis yang penuh integriti serta pengetahuan dan dilengkapi kemahiran perhubungan turun ke jalanan masing-masing bagi memudahkan mesej-mesej kesedaran disampaikan melalui mereka kepada ahli-ahli kumpulan keganasan yang berkuasa di jalanan mereka.Dengan pendekatan sebegini ianya secara tidak langsung ianya dapat mewujudkan suatu atmosfera komuniti yang positif kerana mesej yang disampaikan itu adalah mesej kesedaran  dari aktivis yang mana pernah menjadi ahli gang atau terlibat dengan kegiatan kumpulan samseng tersebut,sudah tentu ianya mesej yang bersifat sentimental kerana disampaikan oleh bekas ahli gang itu sendiri kepada ahli gang yang lain kerana langkah sebegini mampu memperlihatkan bahawa masih ada lagi ruang-ruang kesedaran untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bebas dari jenayah keganasan.Dan antara program yang dirangka oleh organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat ini ialah kempen “Boston Night Tour” dimana kempen ini diadakan pada waktu malam di sekitar jalanan Boston di mana waktu ini kebanyakan kumpulan samseng aktif melakukan kegiatan mereka dan ramai belia yang terlibat, latihan-latihan yang diberikan kepada aktivisnya dari segi mental dan fizikal sangat tersusun seperti kelas berdebat,kelas komunikasi penyampaian,kelas menembak dan kelas seni mempertahankan diri Wing chun secara tidak langsung mampu dijadikan bekalan persediaan untuk mereka berhadapan dengan samseng-samseng ganas di jalanan bagi menyampaikan mesej kesedaran .

Page 11: Assgmnt Pm Sln 1

Sebagai penggerak masyarakat kita perlu bersikap prihatin dan  memberi perhatian kepada anak muda agar tidak terjebak dengan gejala negatif ini. Sikap peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling dengan bersikap proaktif terhadap gejala gangsterisme yang berlaku di kawasan setempat amat dituntut. Selain memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak gangsterisme kepada ahli-ahli masyarakat yang lain terutamanya para pemuda.Dalam konteks amal islami, Apabila sesebuah perjuangan dakwah itu gagal dikemudikan  dengan bijak oleh penerajunya mengikut situasi dan kondisi yang berkembang pada zaman ini, maka akan berlaku kejanggalan dan kebejatan dalam mengharungi gelombang yang beralun. Ini bukan bermakna perjuangan dakwah lapangan itu harus mengubahsuai  mengikut kehendak arus tetapi dari segi taktik dan strategi ia perlu bersilat dengan geraklangkah yang mengena dan perancangan yang menepati sasaran dan kemudiannya berakhir dengan penyudah yang dihajati.

http://www.scribd.com/doc/33815710/Punca-Berlakunya-Gengsterisme-Dan-Langkah-langkah-Mengatasinya

Soalan: Gejala samseng dan gengster di sekolah menengah di seluruh negaramembuktikan bahawa pelajar telah berani mencabar undang-undang negaradan peraturan

Page 12: Assgmnt Pm Sln 1

sekolah.Huraikan punca berlakunya gengsterisme dan langkah-langkah untukmengatasinya.

Jawapan cadangan:

Hakikat bahawa gejala samseng dan gengster di sekolah menengah diseluruh negara membuktikan pelajar telah berani mencabar undang-undang negara dan peraturan sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak.Pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama berlakunyagengsterisme di sekolah menengah. Hal ini demikian, kerana kumpulangengster akan mendorong pelajar lain terlibat dalam gejala gengster. Malahan,perbuatan samseng dan gengster adalah menjadi syarat terhadap ahli sesuatukumpulan. Mereka bukan sahaja mengugut secara berkumpulan, tetapi juga membuli, bergaduh malah mencederakan pelajar lain di sekolah. Selain itu,mereka turut melakukan kegiatan gengster demi mempertahankan maruahkumpulan. Mereka sanggup menyahut cabaran dari kumpulan lain supayabertapak kukuh dalam sekolah. Jelasnya, pengaruh rakan sebaya merupakanfaktor utama berlakunya gengsterisme.Kekurangan pendidikan agama dan moral turut menjadi puncaberlakunya gengsterisme. Pendidikan agama dan moral bukan sahaja dapatmembentuk modal insan yang berakhlak mulia pada masa hadapan tetapi jugadapat menerapkan nilai-nilai murni pada diri seseorang pelajar.

 Nilai-nilaimurni yang dapat diterapkan oleh pelajar membolehkan mereka bertindakberdasarkan amalan yang baik. Malangnya, guru-guru di sekolah kurangmemberi pendidikan agama dan moral kepada pelajar kerana menganggappendidikan ini kurang penting berbanding subjek lain.Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengatasi masalahgengsterisme di sekolah. 

Pihak sekolah harus melibatkan semua pelajar dalamaktiviti persatuan mahupun kelab. Kebanyakan pelajar terlibat dalam gejala gengster berpunca daripada masa yang terluang. Dengan mempelbagaikanaktiviti persatuan di sekolah, hal ini dapat menarik perhatian dan penyertaandaripada semua pelajar dalam sekolah. Oleh itu, guru penasihat wajarmenambahkan aktiviti yang dapat menarik penyertaan para pelajar untukmengatasi gejala gengster di sekolah menengah.

Selain itu, kempen cegah jenayah wajar dilaksanakan. Pihak sekolahboleh menjemput bekas-bekas penjenayah datang ke sekolah untuk membericeramah. Hal ini merupakan langkah yang paling berkesan kerana bekas-bekaspenjenayah dapat menyampaikan pengalaman dan penderitaan yang pernahdialami oleh mereka kepada para pelajar di sekolah. Dengan ini, pelajar-pelajardi sekolah akan

Page 13: Assgmnt Pm Sln 1

mendapat kesedaran malah menanam azam yang tinggi supayameninggalkan kegiatan gengsterisme. Jelasnya, kempen cegah jenayah wajardijalankan untuk membendung masalah gengsterisme.Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu supaya masalahgengsterisme di sekolah menengah dapat diatasi. Hal ini bukan sahajamewujudkan keamanan sekolah, malah kemajuan turut dicapai.

http://www.scribd.com/doc/54426799/Cara-Menangani-Gejala-Gengsterisme-Atau-Kegiatan-Samseng-Di-Kalangan-Murid-Adalah-Gejala-Di-Mana-Kumpulan-Murid-Ini-Mengganggu-Ketenteraman-Sekolah-Da

Di sekolah, pihakpengurusan sekolah perlu mengambil tindakan-tindakan pencegahan sebagai langkah awal dalam menanganigejalagangsterisme dikalanganpelajar.Langkahpertama yangmungkinbolehdiambiladala

Page 14: Assgmnt Pm Sln 1

hdenganmemperbanyakkanpendedahanmengenaikeburukankegiatangengsterismekepadapelajar.Pihakpengurusansekolahdengankerjasamapengetua, semua gurudanstafsekolahperlusentiasamengingatkanpelajar agartidakmelibatkandiridengangejalatidaksihatini.Peringatanmungkinbolehdilakukansemasaperhimpunansekolah, semasa proses pengajaranmatapelajaran agama dan moral, melaluiaktiviti-aktiviti lain didalamdanluarbilikdarjahsertaceramah- ceramahdan program motivasi di sekolah

http://my.opera.com/karanganbm/blog/gangsterisme

b) Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya.

http://www.scribd.com/doc/54057126/Cara-menangani-Gengsterisme

Page 15: Assgmnt Pm Sln 1

Di sekolah, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan-tindakan pencegahan sebagai langkah awal dalam menangani gejalagangsterisme di kalangan pelajar. Langkah pertama yang mungkin bolehdiambil adalah dengan memperbanyakkan pendedahan mengenai keburukan

http://www.scribd.com/doc/25908708/Cara-menangani-Gengsterism

http://bmkumpulan6.blogspot.com/2010/08/gengsterisme.html

Langkah yang kedua ialah peranan sekolah. Sekolah mempunyai tanggungjawab yang

besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari

peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah

boleh menganjurkan kem kesedaran untuk mengelakkan mereka daripada terlibat dalam

gengsterisme. Kokurikulum juga penting  dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar.

Aktiviti persatuan, kelab dan unit beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi

citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang  sama

mempertahankan pencapaian akademiknya serta mendisiplinkan pelajar. Langkah lain

termasuklah peranan kerajaan. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan adalah

dengan mengehadkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang

Page 16: Assgmnt Pm Sln 1

ketat menerusi tindakan kerajaan  mampu menyedarkan pelajar tentang bahayanya

pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme.  Walaupun hukuman penjara tidak boleh

menyelesaikan sepenuhnya kes yang berkaitan dengan gengsterisme ,tetapi sekurang-

kurangnya hukuman ini boleh dijadikan sebagai salah satu alat kawalan untuk mengurangkan

pembabitan pelajar dalam gejala tersebut .

Kesimpulannya, remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi,sosialdan

politik bagi sesebuah negara. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa,

masyarakat, keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama demi memastikan

remaja kini bebas dari  gejala gengsterisme.  Semua pihak haruslah berganding bahu

membanteras aktiviti negatif  ini agar  tidak berlarutan dan bertambah serius lagi.

http://belajarmengarang.blogspot.com/2012/05/contoh-karangan-spm-langkah-langkah_28.html

Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara lebih tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan vandalisme di dalam kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.

http://pbmsmkadeputra.blogspot.com/2013/07/punca-berlakunya-gengsterisme-dan.html

Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah gengsterisme di sekolah.Pihak sekolah harus melibatkan semua pelajar dalam aktiviti persatuan

Page 17: Assgmnt Pm Sln 1

mahupun kelab. Kebanyakan pelajar terlibat dalam gejala gengster berpunca daripada masa yang terluang. Dengan mempelbagaikan aktiviti persatuan di sekolah, hal ini dapat menarik perhatian dan penyertaan daripada semua pelajar dalam sekolah. Oleh itu, guru penasihat wajar menambahkan aktiviti yang dapat menarik penyertaan para pelajar untuk mengatasi gejala gengster di sekolah menengah.       Selain itu, kempen cegah jenayah wajar dilaksanakan. Pihak sekolah boleh menjemput bekas-bekas penjenayah datang ke sekolah untuk memberi ceramah. Hal ini merupakan langkah yang paling berkesan kerana bekas-bekas penjenayah dapat menyampaikan pengalaman dan penderitaan yang pernah dialami oleh mereka kepada para pelajar di sekolah. Dengan ini, pelajar-pelajar di sekolah akan mendapat kesedaran malah menanam azam yang tinggi supaya meninggalkan kegiatan gengsterisme. Jelasnya, kempen cegah jenayah wajar dijalankan untuk membendung masalah gengsterisme.        Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu supaya masalah gengsterisme di sekolah menengah dapat diatasi. Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan sekolah, malah kemajuan turut dicapai.

http://worldnathan.blogspot.com/2011/09/kejadian-buli-ataupun-gengsterisme.html

Kejadian buli ataupun kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar di negara ini mencatatkan kadar peratusan yang semakin tinggi sejak akhir-akhir ini. Media cetak dan media elektronik semakin kerap melaporkan kejadian seumpama ini. Kebanyakan kejadian ini membabitkan pelajar sekolah menengah.Sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan dikhuatiri kejadian ini akan menyebabkan kejadian yang lebih buruk sehingga membabitkan kematian dalam kalangan mangsa yang terlibat. Oleh yang demikian,pelbagai langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

           Pada masa ini, setiap sekolah mempunyai kaunselor sepenuh masa yang bertugas  mengikut waktu pejabat. Kaunselor perlu memainkan peranan yang lebih proaktif bagi menangani masalah ini. Disebabkan kebanyakan pelajar yang terlibat dalam gejala ini merupakan pelajar yang bermasalah, kaunselor perlu memberikan khidmat nasihat dan  memantau  kegiatan pelajar  yang  terbabit. Pihak kaunselor perlumengenal pasti masalah dan cuba mencari  jalan  penyelesaian. Sekiranya kaunselor memainkanperanannya dengan berkesan, masalah ini pasti dengan mudah dapat diatasi.

          Selain itu, lembaga disiplin sekolah  perlu juga memainkan peranan masing-masing. Pihak sekolah tidak seharusnya membebankan tugas untuk mengatasi masalah ini kepada seseorang guru sahaja. Nama pelajar yang

Page 18: Assgmnt Pm Sln 1

terbabit dengan  kejadian buli ataupun  gengsterisme  perlu direkodkan selain diberikanamaran. Pelajar-pelajar yang terbabit secara berulang-ulang perlu dibawa ke mesyuarat lembaga disiplin untuk diambil tindakan yang sewajarnya seperti menggantung persekolahan mereka bagi jangka masatertentu. Hal ini pasti   dapat  menyedarkan pelajar tentang kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka.

http://vandalisme-vandalisme.blogspot.com/2009/09/langkah-langkah-mengatasi-vandalisme.html

ii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

http://pakreatif.blogspot.com/2011/03/gengsterisme-di-sekolah.html

3. Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar [PIBG]- Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi- Pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat kepentingan mereka.- Pelajar mempunyai saluran utk menyelesaikan masalah

4. Penguatkuasaan disiplin di sekolah perlu tegas dan berterusan.- Usaha yang berterusan perlu dilakukan utk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan persekitaran dan masa.- Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran.

angkah-langkah mengatasi Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah yang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, kerjasama antara semua pihak adalah amat penting bagi membanteras gejala ini. Kerjasama semua pihak termasuk ibu

Page 19: Assgmnt Pm Sln 1

bapa,pelajar, serta tidak terkecuali pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) diperlukan. Kerjasama tersebut akan mewujudkan satu persekitaran yang bebas dari unsur-unsur keganasan dan gengsterisme. Langkah seterusnya ialah peranan dan pemantauan ibu bapa. Ibu bapa perlu perlu melakukan pemantauan dan pengawalan terhadap gerak-geri anak-anaknya. Ibu bapa juga perlu mengambil berat terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh anaknya sama ada di sekolah dan di luar sekolah. Oleh itu pihak berwajib perlu memandang serius terhadap masalah sosial ini

http://pengajianamcgsue.forumotion.com/t 1143- langkah-mengatasi-masalah-gengsterisme

Langkah seterusnya adalah penguatkuasaan peraturan sekolah. Pihak sekolah perlu menguatkuasakan peraturan sekolah dengan mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Bagi mereka yang terlibat dengan gengsterisme, pihak sekolah perlu mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka seperti memberi surat amaran, hukuman rotan dan gantung persekolahan. Walaubagaimanapun, pelajar yang didapati mencederakan pelajar-pelajar lain pula haruslah ditukarkan ke sekolah juvana.

Sebenarnya, gejala gengsterisme sangat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, mereka yang terlibat dengan jenayah gengsterisme ini perlu dikaunseling dan dimotivasikan agar wujud kesedaran dalam diri mereka tentang bahayanya gengsterisme terhadap diri mereka. Apabila timbulnya kesedaran dalam diri mereka, secara tidak langsung mereka akan menjauhkan diri daripada gengsterisme. Minat mereka untuk terus belajar juga akan semakin menebal dalam diri mereka melalui proses motivasi dan kaunseling. Tambahan pula, keyakinan diri juga akan dipertingkat dalam proses pembelajaran dan diperkuatkan lagi dengan pencapaian akademik yang memuaskan mahupun baik. Dengan ini, masa hadapan mereka akan terjamin.

http://masalahsosialdimalaysia.blogspot.com/ 2010/08/ gengsterisme.html

angkah-langkah mengatasi Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah yang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, kerjasama antara semua pihak adalah amat penting bagi membanteras gejala ini. Kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa,pelajar, serta tidak terkecuali pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) diperlukan. Kerjasama tersebut akan mewujudkan satu persekitaran yang bebas dari unsur-unsur keganasan dan gengsterisme. Langkah seterusnya ialah peranan dan pemantauan ibu bapa. Ibu bapa perlu perlu melakukan pemantauan dan pengawalan terhadap gerak-geri anak-anaknya. Ibu bapa juga perlu

Page 20: Assgmnt Pm Sln 1

mengambil berat terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh anaknya sama ada di sekolah dan di luar sekolah. Oleh itu pihak berwajib perlu memandang serius terhadap masalah sosial ini