Click here to load reader
Upload
abdul-raqib-bin-md-hanipah
View
1.113
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia di semenanjung Tanah Melayu
didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum
lain. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik mewujudkan pula kepelbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini
berlaku adalah disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan serta perubahan
struktur politiknya.
Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia pada awal abad ke-18
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang
ada di Tanah Melayu mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang
menyebabkan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Sebelum penjajahan
barat, migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China
dan India ialah aktiviti ekonomi dan perladangan.
M.G. Smith menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang
mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik
pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai
kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas
dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama.
Masyarakat majmuk di Malaysia wujud daripada pelbagai kaum dan etnik.
Setiap etnik mempunyai keunikan sosiobudaya tersendiri. Istilah etnik berasal daripada
perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Etnik ialah kelompok manusia
yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa,
kegiatan ekonomi, orientasi politik, hiburan dan sebagainya. Etnik dikelaskan melalui
perbezaan budaya, demografi dan sempadan geografi. Contohnya Sabah, Sarawak
dan Semenanjung di Malaysia. Berikut merupakan rajah pecahan etnik-etnik di
Malaysia.
Malaysia
Semenanjung
Melayu
Melayu Anak JatiSuku Johor, Suku Kedah, Suku Kelantan, Suku Orang Laut, Suku Pahang, Suku Patani, Suku Perak, Suku
Terengganu
Melayu Anak Dagang
Suku Aceh, Suku Banjar, Suku Batak, Suku Boyan (Bawean), Suku Bugis,
Suku Cham, Suku Jambi (Melayu Jambi), Suku Jawa, Suku Kampar
(Melayu Kampar, Suku Kerinci, Suku Mandailing, Suku Minangkabau, Suku Rawa, Suku Riau (Melayu Riau), Suku Utsul (Cham
Hainan)Melayu Kacukan~Melayu Arab
~Melayu Cina - tidak termasuk Cina-muslim. ~Melayu India - tidak
termasuk India-muslim dan Mamak.
Orang AsliSemang(Negrito), Kensiu, Kintak,
Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq, Senoi, Temiar, Semai, Semoq Beri,
Jah Hut, Mahmeri, Che Wong, Melayu Proto (Melayu Asli), Orang
Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai, Temuan.
lain-lain
Serani
Siam Malaysia
SABAHKADAZANDUSUN
Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Dusun Labuk, Dusun Kimaragan, Dusun Tobilung, Dusun
Segama / Subpan,Dusun Tambanuo, Dusun Tambunan, Dusun Tatana, Kadazan
Papar,Kadazan Penampang,Tagahas, Tangara, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,
Bagahak
BAJAUIranun, Bajau, Suluk, Ubian,Binadan
MURUT
PAITAN
BONGGI
IDAHAN
MELAYU BRUNEI
LUNDAYEH
IBAN
KEDAYAN
BISAYA
KIMARANG
RUMANAU
MINOKOK
TIDUNG
BUNDU
KIMENSI
LOBOU
ORANG ULU
FILIPINO
KOKOS
BUGIS
JAWA
BANJAR
S A R A W A K
IB A N
M E L A Y
U S A R AW A K
S u k u B ru n e
i (M e la
y u B ru n e
i) , S u k u D a y a
k -M u s li
m , S u k u M e la y
u (M e la
y u S u m ate ra )
M E L A NA U
B ID A YU H
B ia tah -
P a d aw a n ,
B u k a r/S a d o
n g - S e r ia
n , J a g o i/S in g a i - B a u , S e la ka u /L a
ra - L u n d u
B IS A YA
K E D A YA N
O R A NG U L U
K a y an ,
K e n ya h ,
K a ja ng ,
K e jam a n , P u n a
n , U k it. P e n a
n , L u n
B a w an g , L u n
D a y eh ,
M u ru t,
B e raw a n ,
K e la b it
KAUM-KAUM LAIN DI MALAYSIA
CINA
Suku Hokkien,
Suku Hakka, Suku
Kantonis, Suku
Hainan, Suku
Hoklo, Suku Hui,
Suku Henghua,
Suku Peranakan,
Suku Teochew
INDIA
Suku Tamil, Suku
Bengali, Suku
Gujerati, Suku
Malayali, Suku
Sinhala, Suku
Telugu,Suku
Punjabi
PERANAKAN
Baba dan Nyonya
Chetty
YAHUDI MALAYSIA
Kesemua entik di Malaysia unik dan menarik namun fokus dalam tugasan ini
ialah dua kaum/etnik iaitu kaum peranakan baba dan nyonya di Semenanjung Malaysia
dan etnik Bisaya di Sabah.
Kaum Peranakan Baba Dan Nyonya
Sejarah Asal Usul
Sistem Sosial
Bahasa-Bahasa Baba(dialek Melayu)
Agama-Agama tradisional Cina/Buddha
Perayaan-Tahun Baru Cina
-Perayaan Tanglong
Adat ResamPerkahwinan:
-mengamalkan perkahwinan tradisional Cina
Pakaian-perempuan:kebaya dan kain sarung
-kasut manik
Makanan-masakan "Nyonya" yang menggunakan
rempah masakan Melayu.
Hiburan-nyanyian lagu dong dang sayang dan tarian
pada majlis perkahwinan
Kaum di Semenanjung Malaysia: Kaum Peranakan Baba Nyonya
Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka
merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di
Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan
berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah
Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal
sebagai pusat perdagangan.
Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta
tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari
pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba
dan anak perempuan disebut Nyonya.
Ada sumber yang menyatakan pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan
Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara
Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa
pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim
melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah
menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan
kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya
dan akhirnya lahirnya Peranakan.
Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang
mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya
pemakanan yang unik. Namun begitu, banyak sumber menyatakan bahawa Peranakan
adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan, hal ini mungkin akan lari
daripada faktor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara
ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim.
“ Masyarakat Baba Nyonya adalah pertembungan antara dua budaya, Melayu
dan Cina, yang menjadi sebahagian daripada lambang keunikan kebudayaan Melaka
serta satu faktor yang menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke negeri ini.”
Utusan Malaysia 20 Mac 2008.
Kaum Baba Nyonya yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu
sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Masyarakat
baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah
golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka
fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam
pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.
Agama yang dianuti kebanyakan kaum Baba Nyonya ialah agama Agama
tradisional Cina dan Buddha. Mereka meraikan meraikan perayaan Tahun Baru Cina
dan Perayaan Tanglung. Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan
dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan
gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah
menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi
oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk
agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di
Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja)
kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Kebanyakan generasi muda kaum
Baba Nyonya kini menganuti agama Kristian.
Adat resam oleh Kaum Baba Nyonya dipengaruhi unsur adat resam Melayu dan
Cina. Sistem kekeluargaan mereka masih kekal bersifat kecinaan, walaupun mereka
telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China tetapi tocang yang dianggap
sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki
kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun tidak diamalkan.
Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang
sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain seperti adat
istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai
pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional.
Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan
Melayu.
Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah
diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah
menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama
dengan masyarakat Melayu. Contohnya masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi
percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh
apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya
bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi
berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang
jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.
Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam
perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’,
masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air
penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.
Selain itu juga, ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada
waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya
bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan
langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan
yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.
Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba
lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya,
keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak
perempuan ke China untuk mencari suami. Orang Peranakan biasanya berkahwin
dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin
choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat,
yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin
idaman. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina
merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan
Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang
dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang
bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing
dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam
balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan
tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta
kepandaian menyerikan lagi persembahan.
Kaum Baba Nyonya berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh
nenek moyang mereka. Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu
terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.
baju kebaya nyonya dan batik sarung
Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan
kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus
yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk
menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh
dari Jepun. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga
Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai
1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah
tumit.
Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan "Nyonya" yang menggunakan
rempah masakan Melayu. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan
tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan
masakan masyarakat Melayu. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai
adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam
pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.
Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya
berlatarkan kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang
yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan.
Contohnya dalam majlis perkahwinan kaum Baba Nyonya diserikan dengan lagu
berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh
para hadirin di jamuan. Bagi generasi kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti
pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya
seketika dahulu kini telah berkurangan.
Etnik Bisaya
Sejarah Asal Usul
Sistem Sosial
Bahasa- bahasa Bisaya
Agama-Islam
Perayaan-Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap
tahun
Adat Resam-Jika langkah bendul atau kataliban berlaku,
pihak lelaki perlu membayar denda
Pakaian- pakaian hitam untuk Tarian Liliput
- pakaian pengantin tradisonal
Makanan-ambuyat
Hiburan-Tarian Liliput Tarian Sayau Bagarus dan
Tarian Bubu -alat tradisional kulintangan Bisaya
Menurut kepercayaan orang tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada
sebutan “Mabisa Iya” yang membawa maksud seseorang lelaki atau wanita nampak
tampan dan gagah serta cantik. Sebutan itu kemudian bertukar kepada Bisaya
sehingga hari ini.
Beyer H.O pada 1926, Hester E.D pada 1954 dan Harrison pada 1956 ialah
perkataan Bisaya kemungkinan berasal daripada Empayar Srivijaya (Sonza, 1972).
John Carol menyatakan perkataan Bisaya berasal daripada pahlawan yang bernama
Sri Visaya (1960). Derek Headly (1950) pula menyatakan Sultan Brunei ketika
kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda menyebut:
“Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya ketika melihat gadis di situ. Antara
keunikan etnik Bisaya yang diakui ramai adalah fizikal mereka yang tampak seperti
orang Cina atau mungkin campuran Filipina.
gadis Bisaya
Majoriti 50,000 etnik Bisaya bertapak di Beaufort, Sabah. Di Beaufort, etnik ini
mendiami kawasan Klias dan sepanjang tebing Sungai Padas. Namun, peninggalan
sejarah serta cerita mengenai mereka lebih tepat diperoleh daripada masyarakat di
Beaufort kerana beberapa lokasi sekitar daerah itu menjadi titik tolak perkembangan
malah kisah mengenai kehebatan masyarakat Bisaya di Sabah.
Sejarah etnik Bisaya bermula lebih kurang pada abad ke-13. Kaum Bisaya
mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas
Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya
dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi. Peringkat
awal kaum Bisaya memeluk Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang
dari tanah Arab. Sehingga kini etnik Bisaya di Sabah merupakan penganut Islam yang
taat. Etnik Bisaya di Sabah adalah berbeza dengan Bisaya di Sarawak yang
kebanyakan mereka beragama Kristian.
Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak
lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar
menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad
Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei
beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun tahun yang sama.
Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar
sebagai Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini.
Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan
baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya
Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada
tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang
bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil yang kemudiannya mangkat
pada tahun 1961 Masihi.
Jika diteliti bahasa Bisaya menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa
Melayu. Orang Bisaya ramah dan berbudi bahasa. Etnik Bisaya hidup dalam kawasan
kampung terancang dan menjalankan aktiviti pertanian. Ada yang mengusahakan
produk sagu kerana hampir semua masyarakat Bisaya gemar memakan sagu, malah
menjadikannya sebagai makanan asasi menggantikan nasi iaitu ambuyat merupakan
sajian makanan tradisional yang menyelerakan.
Cara penyediaan ambuyat ini tidaklah sukar kerana bahan-bahan yang
diperlukan sangat mudah iaitu tepung sagu dan ia boleh dicecah dengan kuah mengikut
cita rasa masing-masing. Ambuyat dihasilkan dengan tepung sagu digaul bersama air
panas yang mendidih hingga menjadikannya kental dan kembang. Ambuyat ini pada
kebiasaannya dimakan menggunakan kayu sepit. Penggunaan kayu sepit adalah bagi
membolehkan ambuyat yang kental itu dipusing dan terbelit pada kayu tadi.
Penyediaan kuah atau cecah untuk dimakan bersama ambuyat adalah satu
kemestian kerana rasa ambuyat agak tawar dan ia lazat dimakan ketika masih panas.
Namun, kelazatan ambuyat bergantung kepada keenakan jenis kuahnya. Ada yang
memakan ambuyat dengan kari atau air rebus putih ikan tongkol, tenggiri dan senangin
yang dicampur sayur dan cili merah. Ambuyat amat menarik kerana tidak perlu
dikunyah sebaliknya ia perlu terus ditelan begitu sahaja.
Sama juga dengan suku kaum lain di Sabah, etnik Bisaya mempunyai tarian
tradisinya tersendiri. Antara tarian tersebut adalah Tarian Sayau Bagarus, Tarian Bubu
dan Tarian Liliput.
Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan
secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh
jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Tarian ini
dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak
mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara
tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput
sehingga pesakit sedar atau sembuh. Upacara ini hanya akan ditamatkan setelah
semangat orang itu kembali ke badannya. Penari bagi tarian ini memakai pakaian
hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan canang.
Tarian Liliput Tarian Sayau Bagarus
Proses mendapatkan sagu ini telah mengilhamkan etnik Bisaya mencipta Tarian
Sayau Bagarus. Tarian tersebut menunjukan 5 cara mereka mendapatkan sagu, iaitu
menebang pokok rumbia, membuka kulit, mangarus, menginjak dan menyaring. Tarian
ini terkenal dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang. Etnik Bisaya juga
mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan
semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru.
Bagi penganut Islam kaum Bisaya, upacara perkahwinan mereka telah
dipengaruhi oleh ugama Islam selain dari elemen pakaian tradisi mereka. Banyak
perkara dianggap menyusahkan dalam proses perkahwinan etnik Bisaya seperti
tempoh merisik tiga hari dan keluarga lelaki perlu tinggal cuci kawah selepas majlis.
Tempoh memberi kata putus selepas adat merisik dibuat menjadi petunjuk sama
ada pihak perempuan sudi atau tidak menerima lelaki sebagai menantu. Jika dalam
masa tiga hari keputusan dapat dibuat, tandanya mereka bersetuju tetapi jika sudah
memasuki tempoh seminggu maka boleh dianggap lelaki itu tidak bernasib baik. Adat
ini biasanya dilakukan sebagai satu peringkat awal sebelum peminangan secara rasmi
dibuat dan perbincangan selanjutnya mengenai jumlah berian (hantaran) diputuskan.
Etnik Bisaya juga tidak banyak bezanya dengan orang Melayu dalam menentukan
jumlah hantaran.
Dahulu, hantaran kahwin tidak sampai RM1,000 tetapi kini sesiapa yang mahu
berkahwin dengan gadis Bisaya perlu menyediakan paling kurang pun RM6,000 dan
ada yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Faktor yang paling utama
ialah taraf pendidikan,kedudukan dan kerjaya perempuan itu. Jika tidak bekerja, nilai
hantarannya adalah kira-kira RM6,000. Wang hantaran pula biasanya perlu diserahkan
semuanya sebulan sebelum majlis perkahwinan. Ketika bertunang, cukup dengan
menyarung cincin dan bertukar dulang hantaran.
Pada zaman dahulu ada adat paling utama selepas majlis perkahwinan iaitu
pasangan pengantin perlu tinggal selama tiga hari di rumah keluarga pihak perempuan
sebelum ke rumah keluarga lelaki untuk tinggal pula di situ selama seminggu dan
kemudian berpatah balik ke rumah perempuan untuk tiga hari lagi. Paling unik dalam
adat perkahwinan etnik ini ialah penggunaan gulungan rokok daun yang perlu diselit di
mulut pasangan pengantin sepanjang tempoh bersanding. Sehingga kini masih ada
yang mengamalkan adat itu tetapi menggunakan rokok tembaga yang berukir cantik
sebagai pengganti gulungan rokok daun.
Pelamin juga tidak ada dalam adat Bisaya kerana dulu pengantin hanya
bersanding di atas kotak kayu yang dihias cantik. Konsep perkahwinan dalam
masyarakat ini agak ringkas dan tidak banyak berbeza dengan orang Melayu mungkin
kerana mereka juga beragama Islam.
Etnik Bisaya juga mengamalkan sistem yang melindungi sesuatu ikatan
perkahwinan dengan meletakkan syarat sekiranya berlaku perceraian yang berpunca
daripada pihak wanita maka wang hantaran perlu dipulangkan sebanyak dua kali
ganda. Namun jika lelaki yang meminta perceraian, wang hantaran dianggap hangus.
Perubahan dalam adat perkahwinan masyarakat Bisaya antara lain adalah disebabkan
berlaku perkahwinan campur dan perubahan zaman selain mengelakkan kos yang
sangat tinggi jika kekal dengan cara lama.
Langkah bendul atau kataliban (berkahwin dengan adik sedangkan kakaknya
belum berkahwin) dalam masyarakat Bisaya adalah sesuatu yang dianggap serius
kerana sehingga hari ini. Pihak lelaki perlu membayar denda seperti sepersalinan
pakaian kepada kakak pengantin perempuan sekiranya berlaku sebegitu. Namun, kini
nilai denda itu digantikan dengan duit di mana pengantin lelaki perlu membayar RM100
untuk seorang kakak.
Gotong-royong dilakukan sepenuhnya dalam perkahwinan Bisaya. Lebih unik,
beberapa hari sebelum kenduri kahwin keluarga pihak lelaki perlu hadir di rumah bakal
pengantin perempuan untuk membantu kerja persiapan. Sekiranya tidak hadir, denda
akan dikenakan seperti tidak dibenarkan naik ke rumah ketika majlis perkahwinan.
Menambah keunikan majlis perkahwinan dalam adat Bisaya ialah tetamu tidak
boleh makan selagi pengantin lelaki belum sampai. Majlis jamuan biasanya bermula
selepas majlis persandingan dan dilakukan secara berhidang. Kerja cuci kawah dan
mengemas sisa daging kerbau adalah kerja pengantin lelaki.
pakaian pengantin masyarakat Bisaya
Etnik Bisaya mempunyai persembahan badaup dan kulintangan, iaitu alat muzik
yang digunakan ketika ‘bagandang’ membabitkan beberapa jenis alat muzik seperti
gong dan caklempong. Lagu rakyat yang masih dinyanyikan sebahagian orang Bisaya
iaitu ‘badaup’ yang dianggap paling popular menjadi irama yang dimainkan terutamanya
dalam pesta menuai padi pada setiap kali tibanya musim atau hari keramaian seperti
ketika menyambut Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun dan juga ketika
mendodoi anak. ‘Badaup’dinyanyikan oleh wanita dan sehingga kini masih ada
kumpulan badaup bergerak aktif dalam masyarakat Bisaya.
.
Bedaup Kulintang
Selain muzik, Bisaya terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisi. seperti
pulas jari (mitompulas), gusti kaki (mibinti) dan gusti tangan (miambit) yang
menonjolkan imej kekuatan masyarakat itu sejak dulu. Kaum Bisaya mempunyai
kraftangan mereka sendiri yang berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam
padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan.
Antaranya bubu salihid, kalambigas dan lasok.
Etnisiti bermaksud rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti
wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas di mana anggotanya merasa
disatukan dengan sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnisiti kedua-dua
kaum Baba Nyonya dan etnik Bisaya jelas dilihat melalui perkahwinan. Orang
Peranakan atau kaum Baba Nyonya biasanya berkahwin dengan pasangan setempat
yang sama darjatnya. Begitu juga dengan etnik Bisaya tambahan lagi dengan adanya
adat paling utama selepas majlis perkahwinan iaitu pasangan pengantin perlu tinggal
selama tiga hari di rumah keluarga pihak perempuan sebelum ke rumah keluarga lelaki
untuk tinggal pula di situ selama seminggu dan kemudian berpatah balik ke rumah
perempuan untuk tiga hari lagi. Namun, generasi kini sudah mengamalkan perkahwinan
campur di mana kaum atau etnik ini berkahwin dengan kaum atau etnik lain.
Prejudis tidak jelas dilihat dalam kedua-dua etnik dan kaum ini. Prejudis
bermaksud pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya
tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.
Streotaip pula bermaksud kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau
buruk sesuatu kumpulan etnik. Contoh streotaip ialah banyak perkara dianggap
menyusahkan dalam proses perkahwinan etnik Bisaya seperti tempoh merisik tiga hari
dan keluarga lelaki perlu tinggal cuci kawah selepas majlis ( laporan Azrul Affandi Sobry
dalam akhbar Berita Harian Online pada 12.10.2010). Manakala bagi kaum Baba
Nyonya, lelaki kaya kaum Baba Nyonya paling menggemari chin choay atau
perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.
Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok
etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata atau prasangka yang wujud di kalangan
etnik disebut sebagai diskriminasi. Contoh diskriminasi yang wujud di kalangan etnik
Bisaya ialah pemberian wang hantaran. Faktor yang paling utama penentu jumlah wang
hantaran ialah taraf pendidikan,kedudukan dan kerjaya perempuan itu. Orang
Peranakan atau kaum Baba Nyonya pula biasanya berkahwin dengan pasangan
setempat yang sama darjatnya. Diskriminasi kaum cukup jelas digambarkan dengan
perbezaan darjat yang diambil kira dalam menentukan sesuatu perkahwinan dalam
kaum Baba Nyonya ini.