19
1 TUGASAN MPU 1034 TUGASAN 3 : NO. 2 (T-TEST) AZLINA BINTI AWI 2. T-TEST T-Test ialah satu ujian statistik inferensi yang digunakan untuk membandingkan dua atau lebih kumpulan data selang atau nisbah. T-Test membandingkan perbezaan min antara dua kumpulan Ciri-ciri T-Test: Skala pengukuran selang atau nisbah. Skala data selanjar dengan nilai jarak yang sama jauh Data kajian perlu bertaburan normal (normaliti) Pensampelan secara rawak Saiz sampel mengandungi 10 subjek dan ke atas Kajian untuk menentukan perbezaan yang signifikan secara statistik antara dua kumpulan a. One Sample T-Test One Sample T-Test atau Ujian T satu sampel digunakan untuk membandingkan skor min sampel dengan skor min populasi. Ujian ini digunakan apabila data yang dikumpul memenuhi semua syarat ujian-t, iaitu data sela atau nisbah, taburan

ASMT 3 NO 2 (T TEST) AZLINA AWI.docx

Embed Size (px)

Citation preview

TUGASAN MPU 1034TUGASAN 3 : NO. 2 (T-TEST)AZLINA BINTI AWI

2. T-TEST T-Test ialah satu ujian statistik inferensi yang digunakan untuk membandingkan dua atau lebih kumpulan data selang atau nisbah. T-Test membandingkan perbezaan min antara dua kumpulan Ciri-ciri T-Test: Skala pengukuran selang atau nisbah. Skala data selanjar dengan nilai jarak yang sama jauh Data kajian perlu bertaburan normal (normaliti) Pensampelan secara rawak Saiz sampel mengandungi 10 subjek dan ke atas Kajian untuk menentukan perbezaan yang signifikan secara statistik antara dua kumpulan

a. One Sample T-Test One Sample T-Test atau Ujian T satu sampel digunakan untuk membandingkan skor min sampel dengan skor min populasi. Ujian ini digunakan apabila data yang dikumpul memenuhi semua syarat ujian-t, iaitu data sela atau nisbah, taburan populasi normal (biasanya berlaku apabila N sama atau melebihi 50).

Situasi: Seorang guru ingin mengetahui sama ada markah subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) kumpulan pelajar yang dipilih untuk menyertai Kem KHB mewakili purata markah keseluruhan pelajar yang menduduki Ujian KHB. Seramai 50 pelajar dipilih untuk menyertai kem tersebut. Diketahui bahawa purata markah keseluruhan pelajar yang menduduki Ujian KHB ialah 65 markah.

Hipotesis KajianHipotesis Nul: Purata markah Ujian Pertengahan Tahun subjek KHB kumpulan pelajar yang menyertai kem KHB tidak mewakili purata markah semua pelajar yang menduduki peperiksaan subjek KHB.Hipotesis Penyelidikan: Purata markah Ujian Pertengahan Tahun subjek KHB kumpulan pelajar yang menyertai kem KHB mewakili purata markah semua pelajar yang menduduki peperiksaan subjek KHB.

i. Data dengan penerangan dalam format SPSS

Data yang dimasukkan dalam sistem SPSS di atas ialah markah bagi subjek KHB yang diperolehi kumpulan pelajar terpilih dalam Ujian Pertengahan tahun yang lalu. Markah yang dimasukkan melibatkan 50 orang pelajar dan semasa ujian, kehadiran pelajar adalah 100% atau semua hadir. Julat markah adalah daripada 0 hingga 100.0. Markah terendah yang diperolehi oleh pelajar ialah 35.0 dan markah tertinggi ialah 83.0.

Untuk memudahkan perekodan data bagi pelajar yang tidak hadir, markah bagi pelajar yang tidak hadir direkodkan dengan nilai 999.0. Namun bagi ujian ini, tiada pelajar yang tidak hadir. Keputusan t-test for one sample bagi data yang dimasukkan adalah seperti di bawah.

ii. Output t-test for one sample

One-Sample Statistics

NMeanStd. DeviationStd. Error Mean

MARKAH KHB5064.16010.58181.4965

One-Sample Test

Test Value = 65

tdfSig. (2-tailed)Mean Difference95% Confidence Interval of the Difference

LowerUpper

MARKAH KHB-.56149.577-.8400-3.8472.167

iii. Analisis Output t-test for one sample

Keputusan ujian menunjukkan nilai t = -.561 tidak signifikan kerana nilai p = .577 dan ini menunjukkan nilai p > .05. Ini bererti pengkaji gagal menolak hipotesis nul. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa purata markah Ujian Pertengahan Tahun subjek KHB bagi kumpulan yang menyertai kem KHB tidak mewakili purata markah semua pelajar yang menduduki peperiksaan subjek KHB.

b. Independent group T-Test for Independent group digunakan apabila kita mahu membandingkan skor min bagi beberapa pembolehubah yang berselang, untuk dua kumpulan yang berbeza yang terlibat.

Situasi: Seorang guru subjek Matematik ingin mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara dua kumpulan pelajarnya iaitu Kelas 1 dan Kelas 2 dari segi markah ujian Matematik. Guru tersebut memilih secara rawak dua sampel dari Kelas 1 dan Kelas 2. Setiap sampel mempunyai 30 subjek. Kedua-dua sampel diberi ujian Matematik yang sama.

Hipotesis KajianHipotesis Nul: Tidak terdapat perbezaan antara pelajar Kelas 1 dan Kelas 2 dari segi markah peperiksaan subjek Matematik.Hipotesis Penyelidikan: Terdapat perbezaan antara pelajar Kelas 1 dan Kelas 2 dari segi markah peperiksaan subjek Matematik.

i. Data dengan penerangan dalam format SPSS

Data yang dimasukkan dalam sistem SPSS di atas ialah markah bagi subjek Matematik yang diperolehi oleh dua kumpulan pelajar iaitu Kelas 1 dan Kelas 2. Markah yang dimasukkan melibatkan 30 orang pelajar bagi setiap kumpulan dan semasa ujian, kehadiran pelajar adalah 100% atau semua hadir. Julat markah adalah daripada 0 hingga 100.0. Markah terendah yang diperolehi oleh pelajar ialah 53.0 dan markah tertinggi ialah 83.0.

Untuk memudahkan perekodan data bagi pelajar yang tidak hadir, markah bagi pelajar yang tidak hadir direkodkan dengan nilai 999.0. Namun bagi ujian ini, tiada pelajar yang tidak hadir. Keputusan t-test for independent group bagi data yang dimasukkan adalah seperti di bawah.

ii. Output t-test for independent group1

Group Statistics

KELASNMeanStd. DeviationStd. Error Mean

MARKAH MATEMATIK13063.433310.414461.90141

23071.20009.970301.82032

Independent Samples Test

Levene's Test for Equality of Variancest-test for Equality of Means

FSig.tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95% Confidence Interval of the Difference

LowerUpper

MARKAH MATEMATIKEqual variances assumed.007.934-2.95158.005-7.766672.63229-13.03576-2.49757

Equal variances not assumed-2.95157.890.005-7.766672.63229-13.03597-2.49736

iii. Analisis Output t-test for independent group

Keputusan kajian adalah signifikan (t = -2.951), df = 58, p < .05 iaitu .005). Hipotesis Nul ditolak dan pengkaji membuat keputusan bahawa terdapat perbezaan antara kedua-dua kumpulan pelajar Kelas 1 dan Kelas 2 dari segi markah Matematik.Nilai perbezaan min (-)7.6667 yang dipaparkan dalam jadual statistik di atas menunjukkan bahawa markah Matematik pelajar dari Kelas 2 lebih tinggi daripada markah Matematik pelajar dari Kelas 1.

c. Dependent group

T-Test for Dependent Group digunakan apabila setiap individu dalam sampel diukur dua kali dan kedua-dua data pengukuran digunakan untuk dibuat perbandingan.

Situasi: Seorang guru menjalankan program latih tubi untuk untuk meningkatkan markah Ujian Fizik. Untuk mengetahui sama ada program latih tubi tersebut dapat meningkatkan markah Ujian Fizik, 30 pelajar dipilih secara rawak daripada semua pelajar yang mengambil subjek Fizik. Semua sampel diberikan ujian sebelum dan selepas program latih tubi dijalankan.

Hipotesis KajianHipotesis Nul: Tidak terdapat perbezaan peningkatan markah Ujian Fizik sebelum dan selepas program latih tubi dijalankan.Hipotesis Penyelidikan: Terdapat perbezaan peningkatan markah Ujian Fizik sebelum dan selepas program latih tubi dijalankan.

i. Data dengan penerangan dalam format SPSS

Data yang dimasukkan dalam sistem SPSS di atas ialah markah bagi subjek Fizik yang diperolehi oleh pelajar dalam dua ujian yang berasingan. Markah Fizik 1 ialah markah yang diperolehi pelajar sebelum pengkaji melaksanakan satu program latih tubi untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Manakala Markah Fizik 2 merupakan markah yang diperolehi pelajar dalam ujian kedua selepas mengikuti program latih tubi. Markah yang dimasukkan melibatkan 30 orang pelajar dan semasa ujian, kehadiran pelajar adalah 100% atau semua hadir. Julat markah adalah daripada 0 hingga 100.0. Markah terendah bagi Markah Fizik 1 yang diperolehi oleh pelajar ialah 53.0 dan markah tertinggi ialah 83.0. Manakala bagi Markah Fizik 2 pula, yang terendah ialah 58.0 dan markah tertinggi ialah 90.0.

Untuk memudahkan perekodan data bagi pelajar yang tidak hadir, markah bagi pelajar yang tidak hadir direkodkan dengan nilai 999.0. Namun bagi ujian ini, tiada pelajar yang tidak hadir. Keputusan t-test for dependent group bagi data yang dimasukkan adalah seperti di bawah.

ii. Output t-test for Dependent group

Paired Samples Statistics

MeanNStd. DeviationStd. Error Mean

Pair 1MARKAH FIZIK 168.0333307.734761.41217

MARKAH FIZIK 271.9667308.310701.51732

Paired Samples Correlations

NCorrelationSig.

Pair 1MARKAH FIZIK 1 & MARKAH FIZIK 230.958.000

Paired Samples Test

Paired DifferencestdfSig. (2-tailed)

MeanStd. DeviationStd. Error Mean95% Confidence Interval of the Difference

LowerUpper

Pair 1MARKAH FIZIK 1 - MARKAH FIZIK 2-3.933332.39156.43664-4.82636-3.04031-9.00829.000

iii. Analisis Output t-test for Dependent group

Keputusan kajian adalah signifikan (t = -9.008, df = 29, p = .000 < .05). Hipotesis nul ditolak dan pengkaji membuat keputusan bahawa terdapat perbezaan markah Ujian Fizik sebelum dan selepas program latih tubi dijalankan. Nilai skor min yang lebih tinggi selepas program latih tubi dijalankan iaitu 71.9667 berbanding nilai min yang diperolehi sebelum program latih tubi iaitu sebanyak 68.0333. Ini menunjukkan bahawa program latih tubi meningkatkan markah Ujian Fizik.