16
 PENGENALAN Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Hal ini kerana  proses kehidupan di Bandar lebih terdedah kepada risiko impak pembangunan yang negatif  berbanding di kawasan luar bandar. alah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlu kan pemant aua n tahap kua liti hid up yan g ber ter usa n ker ana terd apa t pel bagai mas alah alam sekitar yan g men gir ingi seti ap pemban gunan, sala hsa tuny a iala h masa lah  jerebu. !erebu boleh didefinisikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udarase lain dari pada kandunga n ud ara tulen da n be rsi h ya ng boleh membawa kesan  buruk kepada manusia dan juga tumb uhan termasuk berbagai jenis binatang. Kea daa n atmosf era dik atak an ber jere bu seki ranya terd apa t par tikula t tera mpa i di dalamnya dal am kep eka tan yan g ting gi dan kandungan kelembapa n yan g rendah. "ni meny eba bka n jara k pengli hat anmenj adi kabur atau kur ang jel as. #i kawasan tropik a, kelajuan angin biasanya perlahan.Bagi tempoh$tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. #alam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. %empoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar  &egara akanmenyumbang kepada pembentukan jerebu '!abatan (lam Sekitar, Kementerian Sumber (sli dan (lam Sekitar alaysia) (ssalamualaikum wth dan salam * alaysia. +ang Berusaha %uan Haji ah #ahwi b +a, uru besar Sekolah Kebangsaan Kamil -, +ang Berusaha barisan penolong kanan, rakan$ rakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekelian. Sy ukur (lhamduli lla h kerana dengan limpah dan inayah&ya ma ka dapa t ki ta  bersama$sama berkumpul di #ewan %unas Bakti APA DIA JEREBU? Page 1

ASMT JEREBU

Embed Size (px)

DESCRIPTION

assignment

Citation preview

PENGENALANSejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Hal ini kerana proses kehidupan di Bandar lebih terdedah kepada risiko impak pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakanpusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salahsatunya ialah masalah jerebu. Jerebu boleh didefinisikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udaraselain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan burukkepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dankandungan kelembapan yang rendah. Ini menyebabkan jarak penglihatanmenjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar Negara akanmenyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia)

Assalamualaikum wth dan salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Tuan Haji Mah Dahwi b Ya, Guru besar Sekolah Kebangsaan Kamil 2, Yang Berusaha barisan penolong kanan, rakan-rakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekelian.Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan inayahNya maka dapat kita bersama-sama berkumpul di Dewan Tunas Bakti

APA DIA JEREBU?Jerebuadalah satu fenomena tradisiatmosferadi mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarahmencemarkejelasan langit.Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.Ia juga dianggapfenomena udara kering.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkinmenyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagaiasbut(sejenispencemaran udaraberat).Jerebu juga terhasildaripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasapembakaranditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.

PENCEMARAN UDARAIndeks Pencemaran UdaraIndeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida danozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPUKualiti udara0 50Baik

51 - 100Sederhana

101 - 200Tidak sihat

201 - 300Sangat tidak sihat

301 - 400Berbahaya

401 - 500Sangat berbahaya

Lebih 501Darurat

Jerebu Malaysia 2013Baru-baru ini Malaysia telah dikejutkan dengan fenomenapencemaranjerebuyang menular di seluruh Malaysia yang dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di wilayahRiau, Indonesia. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.Berikut merupakancarta Indeks Pencemaran Udara (IPU)jerebu bagi negeri dan daerah yang terjejas denganbencana jerebuyang telah direkodkan pada Isnin melalui rujukan daripada laman web rasmi Jabatan Alam SekitarNegeriKawasan7 Pagi11 Pagi5 Ptg

JohorKota Tinggi78*74*68*

JohorLarkin Lama111*107*108*

JohorMuar148*132*125*

JohorPasir Gudang83*75*74*

KedahAlor Setar63*64*64*

KedahBakar Arang, Sg. Petani75*77*98c

KedahLangkawi58*57*55*

KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu108*114*114*

KelantanTanah Merah90*93*98*

MelakaBandaraya Melaka182*141*128*

MelakaBukit Rambai260*170*150*

Negeri SembilanNilai145*149*150*

Negeri SembilanPort Dickson335*292*193*

Negeri SembilanSeremban153*169*171*

PahangBalok Baru, Kuantan198*191*147*

PahangIndera Mahkota, Kuantan171*166*138*

PahangJerantut106*111*123*

PerakJalan Tasek, Ipoh70*73*87*

PerakKg. Air Putih, Taiping63*66*76*

PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh79*82*100*

PerakSeri Manjung141*148*171*

PerakTanjung Malim128*137*152*

PerlisKangar62*63*63*

Pulau PinangPerai72*72*83*

Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai79*79*88*

Pulau PinangUSM70*71*81*

SabahKeningau78*77*74*

SabahKota Kinabalu76*75*73*

SabahSandakan50*50*51*

SabahTawau39*41*41*

SarawakBintulu75*77*73*

SarawakILP Miri75*76*80*

SarawakKapit63*66*71*

SarawakKuching70*72*75*

SarawakLimbang72*73*69*

SarawakMiri81*82*84*

SarawakSamarahan74*75*78*

SarawakSarikei85*88*92*

SarawakSibu85*102*106*

SarawakSri Aman64*67*70*

SelangorBanting178*180*209*

SelangorKuala Selangor117*128*157*

SelangorPelabuhan Kelang296*288*319*

SelangorPetaling Jaya198*193*196*

SelangorShah Alam157*162*171*

TerengganuKemaman249*253*197*

TerengganuKuala Terengganu95*98*100*

TerengganuPaka159*158*151*

Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur191*198*189*

Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur157*160*168*

Wilayah PersekutuanLabuan82*80*79*

Wilayah PersekutuanPutrajaya155*152*156*

Petunjuk* =Habuk Halus (PM10) | c = Ozon (O3)a =Sulfur Dioksida (SO2) | d = Karbon Monoksida (CO)b =Nitrogen Dioksida (NO2) | & = Lebih daripada satu pencemarUpdated 11:00 Malam

Pengiraan IPU JerebuNilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2,NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggidiambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya,kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemaryang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozonadalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawahpengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruapyang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagimembentuk ozon di permukaan bumi.

PUNCA-PUNCA TERJADINYA JEREBUDi Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu:

Pembakaran Secara TerbukaKejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantandan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeritelah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukansahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangkamasa yang panjangSebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.Pembakaran Bahan ApiPembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:S + 2O2-----------SO4 Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hydrogen dan membentuk asid karbonat.

Proses PerbandaranSelain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini ( Tuan Pah Rokiah Syed Husin,2003: 102)Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yangakan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada disekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang,gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainya (Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah,1997: 147-148)

langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebuMelalui PendidikanPengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga bolehdijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap pentingkerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar (Department of Invironment, 1989).Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaranorang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi social dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyatdi Negara lebih maju.

Larangan Pembakaran TerbukaUntuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula,kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yangharus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri dan ia telah merebak ke Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monsun barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120).

Pembenihan AwanAkibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

Kempen HijauKerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok dirumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau membantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alams ekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdul Samad Hadi,1990: 442).

Penggunaan CFCKloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam petisejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan (propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu,sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) (Abdul Latif Ibrahim, 1992: 57)

Bagi mencegah masyarakat daripada sebarang penyakit merbahaya akibat darigejala jerebuini, berikut adalahlangkah keselamatanyang perlu diambil sepanjang musim jerebu ini Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap Sentiasa minum air kosong/mineral. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat, Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka

kesan Jerebu terhadap golongan DAN BERPENYAKITTerdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ialah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.Partikel yang mempunyai bahan kimia iaitu penyebab jerebu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Kesannya, pelbagai penyakit wujud terutama yang melibatkan penyakit salur pernafasan seperti asma dan konjunktivitis serta mengancam golongan yang berisiko dan mereka yang mengalami alahan kepada udara yang tidak sihat.

Oleh kerana jerebu berbahaya kepada kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan daripada bahaya jerebu amat penting diikuti oleh masyarakat. Kandungan jerebu dan kesannya amat signifikan kepada masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi kehidupan yang sihat. Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu : Kanak-kanak. Orang tua. Perokok. Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. Golongan berpenyakit seperti :

Asma. Bronkitis. Radang paru-paru. Penyakit paru-paru yang kronik. Penyakit jantung. Alahan.Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah : Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. Sukar bernafas atau sesak nafas. Mata pedih dan berair. Hidung berair dan kerap bersin. Kulit badan terasa gatal-gatal. Sakit-sakit dada.Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah : Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi Tidak merokok di dalam rumah terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

RUMUSANSecara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak seharusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemarandan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita

RUJUKANAb. Latif Ibrahim (1992).Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar diMalaysia: Satu Pendekatan Geografi,Bahagian Geografi PusatPengajianIlmuKemanusiaan, Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia.

Chan Ngai Weng (2002).Pembangunan, Pembandaran dan PeningkatanBahaya dan Bencana di Malaysia , Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990).Pembangunan dan Alam Sekitar diMalaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 1