6
1 ‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB: KONSEP, IMPLEMANTASI DAN IMPLIKASI Zainuddin Ismail 1 [email protected] Unit Bahasa Arab, 1 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abstrak: Usaha penulis untuk berinovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pengajaran dan pembelajaran) kemahiran bahasa Arab serta mencari pendekatan alternatif yang lebih berkesan telah menyerlahkan konsep ‘arah bahasa’ ketika melaksanakan proses tersebut. ‘Arah bahasa’ adalah satu istilah untuk menggambarkan ‘permulaan’ dan ‘kesudahan’ bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajar an bahasa kedua/asing, sama ada dari bahasa pertama (B1) ke bahasa sasaran (B2) atau sebaliknya dari bahasa sasaran (B2) ke bahasa pertama (B1). Memperakui kewujudan ‘arah bahasa’ dan melaksanakan tuntutannya, sama ada dari sudut strategi atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran, memadai untuk memberi alternatif baru serta mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa asing atau kedua yang sedia ada. Kertas kerja ini mengupas konsep ‘arah bahasa’ dalam pengajaran dan pembelajaran, menghuraikan pengalaman terbatas penulis ketika melaksanakannya di UKM, dan membincangkan implikasi perlaksanaannya sekiranya ia diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep ‘arah bahasa’ ini perlu dibincangkan agar ia memberi ruang bagi tenaga akademik yang ingin mencuba alternatif lain dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya, di samping ia diharapkan akan menjana penyelidikan seterusnya demi mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Arab yang lebih berkesan buat masa sekarang dan akan datang. Kata kunci: bahasa asing, inovasi pengajaran, pendekatan pengajaran bahasa, arah bahasa, strategi pengajaran dan pembelajaran PENGENALAN Mempelajari bahasa kedua/asing secara tabiinya menunjukkan kepada kewujudan dua bahasa iaitu bahasa pertama atau ibunda (B1) dan bahasa kedua atau sasaran (B2). Ini kerana secara logiknya perkataan ‘kedua’ itu sendiri tidak akan wujud tanpa ‘pertama’. Begitulah dengan bahasa. Kewujudan dua bahasa ini dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Hanyalah kadang-kadang bahasa pertama tidak dimanfaatkan sepenuhnya dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa asing atau bahasa kedua di peringkat lebih tinggi. Sebagai contoh, pembelajaran dan penguasaan ungkapan I go to school everyday’ atau ‘I went to school yesterday’ memerlukan kepada kewujudan dua bahasa. Ini kerana mempelajari bahasa Inggeris dengan meminggirkan kewujudan bahasa Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN 978-967-5478-78-9

‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileKata kunci: bahasa asing, inovasi pengajaran, pendekatan pengajaran bahasa, arah bahasa, strategi pengajaran dan pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileKata kunci: bahasa asing, inovasi pengajaran, pendekatan pengajaran bahasa, arah bahasa, strategi pengajaran dan pembelajaran

1

‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

BAHASA ARAB: KONSEP, IMPLEMANTASI DAN IMPLIKASI

Zainuddin Ismail1

[email protected]

Unit Bahasa Arab,1

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak: Usaha penulis untuk berinovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(pengajaran dan pembelajaran) kemahiran bahasa Arab serta mencari pendekatan alternatif

yang lebih berkesan telah menyerlahkan konsep ‘arah bahasa’ ketika melaksanakan proses

tersebut. ‘Arah bahasa’ adalah satu istilah untuk menggambarkan ‘permulaan’ dan

‘kesudahan’ bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua/asing, sama ada

dari bahasa pertama (B1) ke bahasa sasaran (B2) atau sebaliknya dari bahasa sasaran (B2) ke

bahasa pertama (B1). Memperakui kewujudan ‘arah bahasa’ dan melaksanakan tuntutannya,

sama ada dari sudut strategi atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran, memadai untuk

memberi alternatif baru serta mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

bahasa asing atau kedua yang sedia ada. Kertas kerja ini mengupas konsep ‘arah bahasa’

dalam pengajaran dan pembelajaran, menghuraikan pengalaman terbatas penulis ketika

melaksanakannya di UKM, dan membincangkan implikasi perlaksanaannya sekiranya ia

diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep ‘arah bahasa’ ini perlu

dibincangkan agar ia memberi ruang bagi tenaga akademik yang ingin mencuba alternatif lain

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya, di samping ia diharapkan akan

menjana penyelidikan seterusnya demi mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran

kemahiran bahasa Arab yang lebih berkesan buat masa sekarang dan akan datang.

Kata kunci: bahasa asing, inovasi pengajaran, pendekatan pengajaran bahasa, arah bahasa,

strategi pengajaran dan pembelajaran

PENGENALAN

Mempelajari bahasa kedua/asing secara tabiinya menunjukkan kepada kewujudan dua bahasa

iaitu bahasa pertama atau ibunda (B1) dan bahasa kedua atau sasaran (B2). Ini kerana secara

logiknya perkataan ‘kedua’ itu sendiri tidak akan wujud tanpa ‘pertama’. Begitulah dengan

bahasa. Kewujudan dua bahasa ini dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa memang

sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Hanyalah kadang-kadang bahasa pertama tidak

dimanfaatkan sepenuhnya dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa asing atau bahasa

kedua di peringkat lebih tinggi. Sebagai contoh, pembelajaran dan penguasaan ungkapan ‘I

go to school everyday’ atau ‘I went to school yesterday’ memerlukan kepada kewujudan dua

bahasa. Ini kerana mempelajari bahasa Inggeris dengan meminggirkan kewujudan bahasa

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: ‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileKata kunci: bahasa asing, inovasi pengajaran, pendekatan pengajaran bahasa, arah bahasa, strategi pengajaran dan pembelajaran

2

ibunda, samalah seperti mempelajari bahasa Turki seperti ‘çay içmek istiyorum’ dan

menghuraikan maknanya dengan mengulangi ungkapan tadi di samping menambah satu atau

dua perkataan lain dalam bahasa Turki seperti lezzetli, tatlı, ben, sen, sıcak çay dan

sebagainya. Bahasa ibunda tidak dianggap penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ini dan kadangkala digantikan dengan lukisan ‘seorang lelaki sedang

memegang satu cawan sambil menunjukkan kepada dirinya’ atau pergerakan tertentu yang

dilakonkan oleh guru.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan ayat bahasa Turki tersebut? Adakah

ia bererti ‘saya suka minum…’? minum apa? teh, kopi, susu? Adakah gambar itu membawa

erti ‘saya hendak minum …’ atau ‘saya sedang minum…’ atau ‘saya suka minum…’? Ini

ialah fenomena ‘meminggirkan’ bahasa ibunda dalam proses pembelajaran dan pengajaran

bahasa dengan berpegang kepada prinsip bahawa bahasa ibunda ‘tidak boleh’ digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua/asing sama sekali atau penggunaan

bahasa ibunda tidak akan membentuk dan membawa penguasaan bahasa sasaran dengan baik.

Sebaliknya, ramai yang beranggapan bahawa pelajar akan lebih memahami bahasa sasaran

sekiranya sesuatu konsep atau makna bahasa sasaran itu dilambangkan dengan lukisan dan

‘pergerakan-pergerakan’ fizikal dari para pengajar.

Mereka yang memperakui kewujudan dua bahasa serta hubungan keduanya yang

saling bantu-membantu di antara satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bahasa, dan peranan penting bahasa pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bahasa kedua atau asing, tidak akan teragak-agak untuk menggunakan bahasa pertama

dengan sepenuhnya untuk mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran bahasa.

Dalam contoh ayat dalam bahasa Turki di atas, tenaga pengajar hanya perlu menyebut ‘çay

içmek istiyorum’ bererti ‘Saya hendak minum teh’, dan pelajar boleh terus menggunakan ayat

bahasa sasaran ini dengan yakin ketika melaksanakan aktiviti kelancaran bahasa seterusnya

(fluency activity).

Usaha untuk memanfaatkan kewujudan dan peranan bahasa pertama dalam

pembelajaran bahasa kedua/asing, dan usaha untuk meletakkan bahasa pertama dalam

konteksnya yang sesuai ketika melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran bahasa

menyebabkan ‘terserlahnya’ apa cuba diistilahkan oleh penulis sebagai ‘arah bahasa’. Konsep

ini penting difahami agar tindakan dan aktiviti ‘penguasaan’ bahasa yang bakal dilaksanakan

nanti, disempurnakan dengan yakin tanpa merasa ‘bersalah’ kerana menggunakan bahasa

ibunda dalam pengajaran bahasa asing/kedua dalam keempat-empat kemahiran bahasa, pada

tahap tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Isu ini sama seperti isu ‘bahasa kedua’ atau ‘bahasa asing’. Setelah konsep dan

tuntutan kedua-dua kategori bahasa ini jelas kepada pengajar dan pelajar, barulah proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik setelah mengambil kira ciri-ciri

kedua-dua kategori bahasa ini dan aktiviti penguasaan bahasa yang dilaksanakan akan

bersesuaian dan mengikut tuntutan kategori bahasa tersebut.

KONSEP ‘ARAH BAHASA’

Sebagai definisi, ‘arah bahasa’ adalah ‘arah perpindahan perlambangan sesuatu konsep atau

makna dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain’. Ini berlaku sama ada dari bahasa ibunda

(B1) ke bahasa sasaran (B2) atau sebaliknya dari bahasa sasaran (B2) ke bahasa ibunda (B1).

Lihat rajah 1.

Page 3: ‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileKata kunci: bahasa asing, inovasi pengajaran, pendekatan pengajaran bahasa, arah bahasa, strategi pengajaran dan pembelajaran

3

Rajah 1

Mengikut perspektif kemahiran bahasa yang empat, ‘arah bahasa’ boleh dilihat sebagai

berikut:

1. Kemahiran Bertutur/Menulis (kemahiran output) – ‘arah bahasa’ ialah dari bahasa ibunda

(B1) ke bahasa sasaran (B2). Lihat rajah 2.

Rajah 2

2. Kemahiran Membaca/Mendengar (kemahiran input) – ‘arah bahasa’ ialah dari bahasa

sasaran (B2) ke bahasa ibunda (B1). Lihat rajah 3.

Rajah 3

Huraian ‘arah bahasa’ ini dalam konteks kemahiran menghasilkan bahasa (output) dan

kemahiran menerima bahasa (input) di atas adalah seperti berikut:

Seseorang yang hendak mengungkapkan sesuatu dalam bahasa sasaran (B2), mestilah mampu

mengungkapkannya terlebih dahulu dalam bahasa ibunda (B1). Bagaimana mungkin ‘konsep’

atau ‘makna’ sesuatu seperti ‘perasaan haus yang dialami dan keinginan untuk

menghilangkannya dengan cara meminum sesuatu’ mampu diungkapkan dalam bahasa

sasaran sekiranya pada awalnya lagi seorang itu tidak mampu mengungkapkannya dalam

bahasa ibundanya sendiri – saya hendak minum kerana saya rasa haus?

Begitulah seterusnya dalam penulisan. Bagaimana seseorang itu mampu menulis karangan

‘Kucing Saya’ dalam bahasa Inggeris umpamanya, sekiranya dia – dalam bahasa ibundanya

sendiri – tidak mampu menulis karangan tersebut?

Bagaimana seseorang itu boleh mendakwa bahawa dia faham ayat ‘The figure shows

us that, overall, women earn significantly less than men…’ walhal dia tidak mampu

mengungkapkan makna ayat ini dalam bahasanya sendiri? Apakah bukti seseorang itu benar-

benar faham ungkapan di atas, kalau bukan dengan menyatakan maknanya dalam bahasa

ibundanya sendiri? Apakah dengan ‘menunjukkan lukisan tertentu’ atau ‘membuat

pergerakan-pergerakan tertentu’, seseorang itu mampu menyampaikan maksud di atas?

Di sini jelas ‘arah bahasa’ seperti contoh di atas mempunyai nilainya tersendiri dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua atau asing, sama ada ketika melaksanakan

kemahiran input ataupun output.

KONSEP/MAKNA

‘arah bahasa’ B2

f

B1

f

KONSEP/MAKNA

‘arah bahasa’ B2

f

B1

f

KONSEP/MAKNA

‘arah bahasa’ B2

f

B1

f

Page 4: ‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileKata kunci: bahasa asing, inovasi pengajaran, pendekatan pengajaran bahasa, arah bahasa, strategi pengajaran dan pembelajaran

4

Setelah memahami konsep ‘arah bahasa’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bahasa asing/kedua; perbincangan seterusnya ialah bagaimanakah konsep ‘arah bahasa’ ini

diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

IMPLEMENTASI ‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Contoh percubaan dan pengalaman awal penulis dengan mengambil kira – secara sedar –

kewujudan konsep ‘arah bahasa’ ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah

seperti berikut:

1. Kemahiran output (menulis/bertutur) – ‘arah bahasa ialah dari B1 ke B2’

Terdapat situasi di mana guru tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh pelajar melalui

penulisannya. Dengan mengambil kira ‘arah bahasa’ dan melaksanakan tuntutannya dalam

pengajaran dan pembelajaran, pengajar akan meminta pelajar menulis apa yang yang hendak

disampaikan dalam bahasa ibunda (B1) dahulu. Dengan ini kelemahan dan kekeliruan pelajar

ketika menghasilkan output dalam bahasa sasaran tersebut dalam bentuk penulisan dapat

dikenalpasti dan diperbaiki.

Sebagai contoh, tanpa menyuruh pelajar menghasilkan apa yang hendak

diungkapkannya dalam bahasa ibunda (B1), pengajar tidak akan tahu apa sebenarnya yang

cuba disampaikan oleh pelajar, seterusnya tidak mampu membetulkan kesilapan dan

kekeliruan pelajar dalam penulisannya. Lihat contoh di Lampiran 1.

Dalam kemahiran bertutur, situasi yang sama berlaku. Pelajar yang sentiasa

digalakkan ‘tanpa garis pandu yang jelas’ agar bertutur dalam bahasa sasaran kadang kala

melafazkan ungkapan yang tidak difahami dan lari dari maksud yang sebenarnya. Ini dengan

mudah diatasi dengan bertanya pelajar tersebut, ‘apa yang kamu hendak cakap ni …?’ dan

setelah dia menyatakan apa sebenarnya yang hendak diungkapkannya, barulah tenaga

pengajar akan nampak kelemahan dan kekeliruan pelajar, dan mampu membimbing pelajar

untuk menghasilkan output yang betul.

2. Kemahiran input (membaca/mendengar) – ‘arah bahasa ialah dari B2 ke B1’

Dalam kemahiran membaca pula, sering kali pelajar membaca sesuatu teks tanpa berhenti di

akhir ayat pertama, tetapi melangkah terus ke ayat kedua dan ketiga. Dalam melaksanakan

tuntutan ‘arah bahasa’, pelajar dikehendaki mengetahui makna setiap perkataan bahasa

sasaran dalam sesuatu ayat, mengenalpasti permulaan dan akhir ayat tersebut, dan kemudian

memberi makna ayat tersebut dalam bahasa ibunda sebelum meneruskan pembacaannya.

Tenaga pengajar pula akan mudah membimbing pelajar dan membetulkan sebarang kesilapan

dan kekeliruan yang dihadapi pelajar, sama ada dari aspek perkataan mahupun makna ayat

yang dibaca.

Begitu halnya ketika melaksanakan aktiviti kemahiran mendengar di mana input yang

diperdengarkan disediakan agar pelajar mendengar ayat demi ayat. Di sini mengikut

pendekatan yang mengambil kira ‘arah bahasa’, pengajar dapat menilai penguasaan

kemahiran mendengar pelajar dan dapat terus melihat kekeliruan dan salah faham pelajar

terhadap input audio tersebut apabila pelajar ‘menceritakan’ semula apa yang dia faham

dalam bahasa ibunda.

Perlaksanaan tuntutan ‘arah bahasa’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga

dilihat sesuai dengan tahap penguasaan pelajar yang berbeza-beza bagi sesuatu kemahiran

bahasa. Seorang pelajar mungkin saja menguasai kemahiran membaca atau mendengar, tetapi

kurang menguasai kemahiran bertutur, umpamanya. Menyuruh pelajar menghuraikan semula

apa yang difahami dari input audio dalam bahasa sasaran tidak akan menjamin guru

Page 5: ‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileKata kunci: bahasa asing, inovasi pengajaran, pendekatan pengajaran bahasa, arah bahasa, strategi pengajaran dan pembelajaran

5

mendapat gambaran sebenar tentang penguasaan pelajar tersebut terhadap kemahiran

mendengar. Ini kerana kemungkinan saja seorang pelajar memahami 100% apa yang

didengar tetapi oleh kerana kelemahannya dalam kemahiran bertutur dalam bahasa sasaran, ia

tidak mampu untuk membuktikan bahawa dia benar-benar memahami input yang diberikan

kerana dia terpaksa bertutur dalam bahasa sasaran yang belum dikuasainya lagi. Hanya

setelah pelajar berkenaan dibenarkan menceritakan semula apa yang difahaminya dalam

bahasa ibunda, barulah tenaga pengajar mampu menilai kefahaman pelajar terhadap input

bahasa sasaran yang diberikan.

IMPLIKASI PERLAKSANAAN ‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Implikasi perlaksanaan konsep ‘arah bahasa’ dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

dilihat dari beberapa sudut.

1. Tenaga pengajar yang terdiri dari penutur bahasa ibunda dan bahasa sasaran boleh

ditempatkan untuk mengajar kategori tertentu pelajar. Ini akan mempastikan hasil

pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua atau asing dapat dicapai dengan lebih

baik.

2. Perlaksanaan konsep ‘arah bahasa’ dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

selaras dan menyokong aliran bilingual education yang sekian lama diterapkan

dalam konteks pendidikan.

KESIMPULAN

Ada beberapa kesimpulan yang dapat dibuat melalui pembentangan ini, walaupun sekadar

hipotesis. Di antaranya:

1. Konsep ‘arah bahasa’ dan penerapannya dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa adalah satu elemen pedagogi yang mempunyai potensi untuk mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa.

2. Pelajar, di samping menguasai bahasa sasaran akan memperkukuh dan

memperkasakan bahasa ibundanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Objektif pengajaran dan pembelajaran penguasaan bahasa kedua/asing akan

menjadi lebih terfokus setelah entiti mikro element pengajaran dan pembelajaran

bahasa dikenal pasti.

4. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira konsep ‘arah

bahasa’ sesuai dilaksanakan dalam keadaan penguasaan pelajar yang berbeza-beza

terhadap sesuatu kemahiran bahasa yang empat.

5. Garis sempadan yang jelas perlu dikenalpasti agar penerapan konsep ‘arah bahasa’

mampu memberi impak yang paling maksimum.

6. Konsep ‘arah bahasa’ sewajarnya diketengahkan dan diperkenalkan agar ia dapat

dilaksanakan sebagai alternatif lain dalam pendekatan pengajaran dan

pembelajaran bahasa kedua/asing dan juga sebagai bidang kajian ahli akademik.

7. Agak amat malang sekali sekiranya kita mempunyai ‘aset dan potensi’ yang

berharga yang dapat digembelingkan untuk mencapai objektif penguasaan bahasa

kedua atau asing, tetapi ‘aset dan potensi’ ini dipinggirkan. Bak kata pepatah,

‘…anak di pangkuan ditinggalkan, kera di hutan disusui!’, dan ‘… bahasa ibunda

di diri sendiri, bahasa asing juga pilihan hati…’.

Akhir kata, siapa lagi yang diharapkan untuk menjadi The Guardian of the Nation, kalau

bukan dari warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 6: ‘ARAH BAHASA’ DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileKata kunci: bahasa asing, inovasi pengajaran, pendekatan pengajaran bahasa, arah bahasa, strategi pengajaran dan pembelajaran

6

RUJUKAN

Anne M. Edstrom. Teacher reflection as a strategy for evaluating L1/L2 use in the

classroom. www.babylonia-ti.ch/BABY109/PDF/edstrom1_09.pdf

Freeman D. L. 2000. Techniques and Principles in Language Teaching. New York: Oxford

University Press.

Nation, I.S.P. & J. Macalister. 2010. Language Curriculum Design. New York: Routledge,

Taylor and Francis.

Nation, I.S.P. 2009. Teaching ESL/EFL Listening and Speaking. New York: Routledge,

Taylor and Francis.

Nation, I.S.P. 2009. Teaching ESL/EFL Reading and Writing. New York: Routledge, Taylor

and Francis.

Nunan, D. 1998. Language Teaching Methodology. London: Prentice Hall International.

Pitt K. 2005. Debates in ESOL Teaching and Learning. New York: Routledge, Taylor

and Francis.

Stephen Krashen's Theory of Second Language Acquisition, http://www.sk.com. br/sk-

krash.html (8 Nov 2010)

Tibbitts E. L. (ed). 1974. Excercises in Reading Comprehension. London: Longman.

Ur, P. (1996). A Course in Language Teaching: Practice and Theory.

www.cast.org/Print/gappl.htm.

Uso-Juan E. & Martinez-Flor A. (eds). 2006. Current Trends in the Development and

Teaching of the Four Language Skills. Berlin: Mouton de Gruyter.