24
Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan moral melalui bahasa ibunda: Suatu tinjauan menurut pengalaman Singapura (Effectiveness of teaching moral education Singapore experience) Author(s) Abbas Mohd Shariff Source 3 rd International Conference, Society of Modern Languages, 13-14 May 1996, Kuala Lumpur, Malaysia Copyright © 1996 The Author This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. Citation: Abbas Mohd Shariff. (1996, May). Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan moral melalui bahasa ibunda: Suatu tinjauan menurut pengalaman Singapura (Effectiveness of teaching moral education Singapore experience). Paper presented at the 3 rd International Conference, Society of Modern Languages, Kuala Lumpur, Malaysia. This document was archived with permission from the copyright holder.

Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan moral melalui

bahasa ibunda: Suatu tinjauan menurut pengalaman Singapura (Effectiveness of teaching moral education Singapore experience)

Author(s) Abbas Mohd Shariff Source 3rd International Conference, Society of Modern Languages, 13-14 May

1996, Kuala Lumpur, Malaysia Copyright © 1996 The Author This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. Citation: Abbas Mohd Shariff. (1996, May). Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan moral melalui bahasa ibunda: Suatu tinjauan menurut pengalaman Singapura (Effectiveness of teaching moral education Singapore experience). Paper presented at the 3rd International Conference, Society of Modern Languages, Kuala Lumpur, Malaysia. This document was archived with permission from the copyright holder.

Page 2: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

EFFECTIVENESS OF TEACIDNG MORAL EDUCATION

SINGAPORE EXPERIENCE

Haji Abbas Bin Mohd Shariff

Paper presented at the Third International Conference, Society of Modern Languages held in Faculty of Language & Linguistics, University of Malaya,

Kuala Lumpur, from 13-14 May 1996

Page 3: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

Ke Arab Keberkesanan Pengajaran Sivik dan

Pendidikan Moral Melalui Bahasa lbunda:

Suatu Tinjauan Menurut Pengalaman Singapura

Hj. Abbas B. Mohd. Shariff 1

lnstitut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang

PENDAHULUAN

Apabila Singapura memasuki era politik yang baru pada tahun 1965,

menjadikannya sebagai sebuah Republik yang merdeka dan berdaulat, usaha

untuk berdikari dan menentukan nasib hari mukanya sungguh mencabar. Satu

perkara yang sangat dibimbangkan adalah kebolehannya mengatasi berbagai

masalah ekonomi. Walaupun bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kebangsaan,

tetapi bahasa Inggeris harus memainkan peranan dalam perhubungannya

dengan negeri-negeri luar serta menjadi daya penarik untuk memikat pelabur­

pelabur asing. Singapura terpaksa menyediakan keadaan yang unggul bagi

melengkapkan diri para pekerjanya dengan ketrampilan yang tertentu

mengutamakan bahasa Inggeris agar dapat menawan kuasa-kuasa besar untuk

kepentingan ekonomi. Kita tidak dapat menafikan bahawa penilaian manusia di

dunia lebih banyak ditentukan oleh ekonomi dan politik yang ada sekarang.

Bahasa Inggeris diutamakan bukan kerana keindahannya, tetapi bahasa itu

mendukung nilai ekonomi yang begitu tinggi untuk membolehkan Singapura

supaya terns hidup.

Pada tahun 1991, sistem pendidikan Singapura disemak semula dengan

tujuan untuk mengembangkan potensi kanak-kanak dengan sepenuhnya agar

mereka dapat hidup sebagai manusia yang berfaedah. Untuk mencapai

matlamat tersebut sistem pendidikan Singapura menetapkan objektif-objektif

berikut:

• menghasilkan para lepasan sekolah yang tahu sekurang-kurangnya satubahasa se11a mempunyai kemahiran asas kira-kira

1 Kertas kerja disampaikan di Persidangan Antarabangsa Ketiga, Persatuan Bahasa Moden

Malaysia pada 13 - 14 Mei 1996 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Page 4: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

• membolehkan murid-murid sederhana dan yang lebih cerdas berdwibahasaiaitu menguasai bahasa lnggeris dan mempunyai peringkat literasi yangminimum dalam bahasa kedua

• mengurangkan pembaziran pendidikan• menghasilkan tenaga manusia dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi

kepetingan ekonomi negara• menyemaikan nilai-nilai moral yang tertentu• memenuhi kehendak perkembangan jasmani kanak-kanak

2

Untuk mengurangkan pembaziran pendidikan, sistem pendidikan

kesembilan puluhan membolehkan kanak-kanak belajar menurut kebolehan

mereka. Sila lihat Lampiran 1.

Kertas kerja ini bertujuan memberikan gambaran sepintas lalu mengenai

pengajaran bahasa ibunda serta kaitannya dengan pengajaran Sivik dan

Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah.

PENERAPAN PRINSIP SUSILA RAKYAT DAN INTI SUKATAN

PELAJARAN SIVIK DAN PENDIDIKAN MORAL

Dalam usaha menggerakkan jentera ekonomi yang berasaskan perindustrian,

teknologi terbaharu telah membawa pelbagai perubahan yang begitu pesat dan

ini memberi kesan kepada berbagai kehidupan manusia dari segi pendidikan,

ekonomi, politik dan sosial. Tindakan proaktif harus diambil untuk menangani

segala masalah masa hadapan. Institusi sekolah dibebankan dengan

tanggungjawab untuk memupuk perkembangan moral murid-murid. Bahkan

guru diharapkan dapat mendidik rakyat untuk melahirkan insan yang benar­

benar bertanggungjawab yang bertindak bukan kerana dorongan naluri atau

desakan rakan sebaya ataupun reaksi orang ramai, tetapi sebaliknya pula

melakukan sesuatu tindakan itu setelah meneliti dan memberi pertimbangan

yang sewajamya dengan pilihan yang terbuka. Bahasa yang digunakan juga

hams mendekati jiwa mereka untuk memenuhi matlamat yang dituju.

Page 5: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

3

Dalam laporan Goh Keng Swee1, beberapa saranan telah diberi dalam

usaha memperkemaskan lagi pengajaran Sivik dan Pendidikan Moral di

sekolah. Sukatan pelajaran yang lama tidak sesuai lagi digunakan pada tahun

90an.

Matlamat dan Objektif Pelajaran Sivik dan Pendidikan Moral

Mata pelajaran Sivik dan Pendidikan Moral diperkenalkan di sekolah rendah

selama 6 tahun menggunakan bahasa ibunda (Melayu/Mandarin/Tamil) sebagai

bahasa perantaraan.

Pada tahun 1990 pihak Kementerian Pendidikan telah menyemak semula

sukatan pelajaran Sivik dan Pendidikan Moral bagi menggantikan sukatan

pelajaran yang telah digunakan sejak 1984. Matlamat Sivik dan Pendidikan

Moral ialah mengasuh seseorang supaya menjadi sempurna dengan pegangan

nilai moral yang kuat dan hubungan baik antara perseorangan serta dapat

memberi sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat. 2

Tiga unsur kemoralan ditekankan yang merupakan ciri-ciri pembentukan

tingkah laku iaitu: pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Seseorang yang mempunyai sikap ingin menolong tetapi tidak

mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan untuk menolong akan

sia-sia sahaja usahanya itu. Sebaliknya seseorang yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak terdorong untuk membantu insan yang

lain mempunyai sikap yang negatif. Unsur sikap juga penting dalam proses

penyemaian nilai moral.

Gambarajah berikut memberi gambaran sepintas lalu mengenai objektif

pengajaran Sivik dan Pendidikan Moral (Sekolah Rendah) di Singapura:

1. Goh, Keng Swee, Report on The Ministry of Education, J 978.

2. Kementerian Pendidikan Singapura, Sukatan Pe/ajaran Sivik & Pendidikan Moral, hi 31.

Page 6: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

Mengenalpa.di & mmibincangkan: • Nilai mor.d sejagat• Dorongan moral: mundt hati,

keadilan & tanggungjawab• Trait keperibadian moral:

kejujur.vt, ntjin, rend.ah diri.• Ketulusan hati

Membentulc dan menerima tanggungjawab atas tingkah lalw mereka.

.Menggunakan kemahiran taalwlan: • menakrif masalah• meneliti semua pilihan• menjangka apa akan bertalGJ• menilai pilihan• memilih tindakm• memahami/menerimapendapat orang lain

Rajah 1: Objektif Sivik & Pendidikan Moral (Sekolah Rendah)

Sukatan Pelajaran Sivik dan Pendidikan Moral (Sekolah Rendah)

4

Terna bagi sukatan pelajaran Sivik dan Pendidikan Moral yang disemak semula

bermula dengan diri kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan seterusnya

negara.

Pada peringkat sekolah rendah kanak-kanak biasanya mempunyai sikap

egosentrik dan kalau dibiarkan tanpa kawalan sikap ini akan menyusahkan

orang lain. Kanak-kanak dalam peringkat ini harus ditolong supaya mereka

mempunyai konsep diri yang positif agar mereka dapat berinteraksi dengan

lebih berkesan lagi dan dapat membina ikatan dengan kanak-kanak lain dalam

lingkungan yang terdekat, iaitu keluarga dan sekolah. Dengan kebiasaan ini

Page 7: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

5

mereka dapat berinteraksi dengan mudah dalam lingkungan masyarakat dan

negara pada belakang hari.

Pihak Kementerian Pendidikan Singapura telah menyenaraikan 35

konsep moral yang diperkenalkan sejak kanak-kanak ini di peringkat sekolah

rendah (lihat Lampiran 2) dan ini digabungkan dengan litna Nilai Susila Rakyat

yang menjadi asas pembentukan jati diri warga negara Singapura.

Lima Nilai Susi/a Rakyat (Five Shared Values)

Pada tahun 1988, pemerintah telah mengkaji pnns1p-pnns1p Susila Rakyat

secara meluas yang pada ketika itu lebih dikenali sebagai ideologi nasional.

Pandangan semua golongan rakyat diperolehi dan perbahasan diadakan di

parlimen untuk perlaksanaannya.

Berikut ialah lima nilai Susila Rakyat:

• Negara mendahului kaum, masyarakat mendahului diri• Keluarga tunjang masyarakat• Sokongan masyarakat dan penghormatan kepada individu• Permuafakatan bukan pertikaian• Keharmonian kaum dan agama

(Sila lihat Lampiran 3)

Lima Nilai Keluarga

Situasi negatif mengenai ikatan kekeluargaan yang berlaku di luar negeri dan

bibit-bibitnya yang mula hidup di dalam negeri, menjadikan pemerintah lebih

prihatin dengan keadaan masa hadapan. Singapura sentiasa terdedah kepada

sistem nilai yang mementingkan diri sendiri. Ini boleh menyebabkan titnbulnya

perasaan tidak mengambil peduli masalah keluarga. Lantaran itu, timbul

keperluan untuk mengenal dan menggalakkan pentingnya hubungan

kekeluargaan dan sumbangan yang harus diberi oleh setiap anggota keluarga

demi kesejahteraan bersama. Dengan demikian litna nilai keluarga dikenali

bersama oleh rakyat Singapura seperti berikut:

Page 8: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

• Kasih sayang dan prihatin• Saling menghorinati• Tanggungjawab kepada yang tua• Komitmen• Komunikasi

(Sila lihat Lampiran 4)

PENDIDIKAN BAHASA !BUNDA DI SINGAPURA

6

Bahasa ibunda dalam sistem pendidikan Singapura termasuklah bahasa Melayu,

bahasa Cina, Tamil dan yang disebut sebagai bahasa kedua. Ada dua tahap

dalam sistem sekolah rendah Singapura, iaitu:

• Tahap Asas (Pl hingga P4)• Tahap Penyesuaian (P5 hingga P6)

Keanjalan (flexibility) sistem pendidikan Singapura yang mengakui

perbezaan individu telah membolehkan murid-murid dalam tahap asas

meneruskan pelajaran dalam salah satu aliran tertentu seperti berikut:

r �

Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda 1

(Peringkat Lanjutan)

r

Bahasa Inggeris dan Bahasa lbunda 2

Bahasa Cina I Melayu / Tamil

(Peringkat Asas)

Rajah I: Aliran dan Peringkat Pengajaran Bahasa Ibunda

Page 9: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

7

Bahasa Ibunda l (Bahasa Cina/Melayu/Tamil) merupakan bahasa yang

diajarkan setaraf dengan peringkat bahasa pertama yang disebut sebagai

peringkat lanjutan, khususnya untuk murid-murid yang cerdas dan

berkebolehan. Bahasa lbunda 2 (Bahasa Cina/Melayu/Tamil) merupakan

bahasa kedua dalam Aliran EM2 untuk murid-murid berkebolehan sederhana.

Bagi aliran EM3 untuk memenuhi kehendak murid-murid yang agak lemah

kebolehan mereka, hanya Bahasa Cina/Melayu/Tamil peringkat asas diajarkan.

Semasa murid-murid Aliran EMl dan EM2 dalam darjah enam mereka

akan mengambil mata pelajaran Bahasa lnggeris, Bahasa Ibunda, Matematik

dan Sains dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Bagi mereka yang

mengikut Aliran EMl dikehendaki mengambil satu kertas tambahan iaitu kertas

Bahasa Ibunda (Bahasa Cina/Melayu/Tamil) pada peringkat lanjutan. Bagi

murid-murid Aliran EM3 mereka akan mengambil Bahasa Inggeris, Matematik

dan Bahasa Ibunda pada peringkat asas. Sila lihat Lampiran 4.

Dalam konteks sistem pendidikan Singapura dasar dwibahasa diberi

penekanan dan setelah menjalani pendidikan selama 6 tahun di sekolah rendah

mereka diharapkan boleh menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda

dengan baik. Bagi murid-murid keturunan India yang tidak menggunakan

bahasa Tamil dibenarkan mengambil bahasa ibunda mereka seperti Hindi,

Punjabi, Gujarati atau Urdu.

Selain daripada menguasai kemahiran komunikatif iaitu dapat

berkomunikasi dengan lancar, tepat dan berkesan menurut sesuatu situasi atau

konteks, bahasa ibunda juga bertujuan memupuk dalam diri murid sifat

menghargai tradisi budaya serta nilai-nilai mumi keturunan masing-masing

melalui bahan-bahan pengajaran yang mengandungi cerita-cerita rakyat,

legenda, cerita-cerita sejarah dan karya-karya kesusasteraan.

Page 10: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

8

Pendekatan pengaJaran bahasa bukan bersifat struktural tetapi lebih

kepada konsep penggabungjalinan menurut tema dan tajuk yang ditetapkan bagi

menjadikan pengajaran-pemelajaran lebih menarik, bermakna dan memberi

kesan yang lebih nyata.

Dalam sukatan pelajaran bahasa sekolah rendah terdapat 8 tema utama

serta tajuk-tajuk yang bersesuaian dengan sesuatu tema. Terna yang ditetapkan

adalah seperti berikut:

• Alam Perhubungan Peribadi• Alam Kebersihan dan Kesihatan• Alam Kemasyarakatan dan Kenegaraan• Alam Masyarakat Antarabangsa• Alam Kesenian (Seni dan Budaya)• Alam Imaginasi

• Alam Sains dan Teknologi• Alam Semulajadi

STRA TEGI PENGAJARAN SIVIK DAN PENDIDIKAN MORAL

Keberkesanan pengajaran bergantung kepada banyak faktor, sama ada yang

terdapat pada guru, pada murid mahu pun pada keadaan sekililing murid. Guru

perlu melengkapi diri dengan berbagai strategi pengajaran untuk menjadikan

pengajaran moral lebih bermakna dan menarik. Strategi-strategi ini termasuk

mengetahui berbagai pendekatan yang harus digunakan serta teknik-teknik

penyampaian seperti menggunakan pengalaman murid itu sendiri, peristiwa­

peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka, bercerita, main peranan, simulasi,

perbincangan kumpulan, kenang-kenangan peribadi dan berbagai aktiviti lain

yang boleh membawa kepada kesedaran dan perubahan.

Pengajaran nilai moral dengan hanya memberitahu mana yang baik dan

buruk tidak memberi kesan yang dikehendaki kerana nilai tidak boleh diajar

secara formal seperti Matematik atau Geografi. Murid-murid harus mengambil

bahagian yang aktif dalam proses pengajaran-pemelajaran dan berbagai strategi

digunakan agar minda mereka dapat menerap nilai-nilai tertentu. Matlamat

Page 11: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

9

terakhir pendidikan nilai moral ialah untuk membentuk murid-murid supaya

berperibadi mulia dan mampu membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri,

keluarga, komuniti dan masyarakat.

Strategi yang terancang dapat merealisasikan matlamat membina

masyarakat yang bermoral dan bersatupadu. Dalam Pengajaran Sivik dan

Pendidikan Moral, pendekatan berikut dicadangkan:

• Pendekatan Penerapan Budaya (Cultural Transmission Approach)

• Pendekatan Bertimbing Rasa (Consideration Approach)

• Pendekatan Penjelasan Nilai (Values Clarification Approach)

• Pendekatan Perkembangan Kognitif (Cognitive Developmental Approach)

(Sila lihat Lampiran 5)

BUKU-BUKU TEKS DAN PERALATAN MENGAJAR DALAM

BAHASA MELA YU

Dalam usaha memperkemas kurikulum sekolah serta menyediakan prasarana

yang sesua1 bagi memajukan keberkesanan pengajaran-pemelajaran,

Kementerian Pendidikan telah membentuk suatu institusi khas yang dinamakan

Institut Perkembangan Kurikulum (Curriculum Development Institute of

Singapore - CDIS) pada tahun 1980 dengan matlamat yang berikut:

• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pemelajaran untuk membantu

kurikulum di sekolah.

• Mengenalkan kaedah-kaedah tertentu kepada guru-guru agar mereka tahumenggunakan bahan-bahan yang disediakan.

• Menyebarkan penerangan mengenai inovasi dan amalan kurikulum.

• Menyediakan perkhidmatan perpustakaan sumber untuk sekolah-sekolah.

Page 12: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

10

Peranan utama Institut Perkembangan Kurikulum (CDIS) ialah

menyediakan buku-buku yang berkualiti termasuk peralatan mengajar dalam

suatu pakej kurikulum pelbagai media. Penulis-penulis CDIS bukan sahaja

merancang, menulis, mencuba, mengkaji dan menerbitkan bahan-bahan

pengajaran pelbagai media malah mereka akan memastikan bahawa guru-guru

dapat menggunakannya dengan baik dalam suasana yang menggembirakan.

Melalui ceramah-ceramah, majlis taklimat dan bengkel-bengkel, guru-guru

dilatih menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

Proses selanjutnya ialah menilai bahan-bahan yang digunakan serta

bersedia untuk menerima perubahan-perubahan barn. Banyak projek yang

inovatif dijalankan untuk memberi maklumat yang terkini kepada guru-guru

serta membolehkan mereka menggunakan peralatan teknologi maklumat dalam

proses pengajaran-pemelajaran. Perisian komputer, cakera padat dan program

video interaktif dihasilkan. Sistem komunikasi 'teleview' diperkenalkan untuk

beberapa mata pelajaran tertentu termasuk bahasa Melayu untuk membolehkan

murid-murid mengikuti pelajaran di rumah.

Pakej bahan-bahan pengajaran-pemelajaran dilengkapi dengan beberapa

rancangan televisyen yang dipancarkan melalui Televisyen Pendidikan

Singapura (ETV).

Satu lagi perkembangan yang sungguh bererti ialah penggunaan

teknologi 'laser' yang memerlukan penggunaan cakera video dan alat pemain

cakera video. Dengan menggunakan komputer, program-program ETV, pita

audio dan transparensi dapat dipindahkan ke dalam format cakera video yang

boleh digunakan melalui alat pemain cakera video. Projek rintis ini akan

membolehkan sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan peralatan tersebut

menggunakan teknologi yang terbaru itu tidak berapa lama lagi.

Page 13: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

Kumpulan Projek Bahasa Melayu Seka/ah Rendah (Primary Malay Project) (MAPS)

11

Kumpulan Projek Bahasa Melayu peringkat Sekolah Rendah ditubuhkan pada

tahun 1982 untuk memenuhi keperluan Sistem Pendidikan Barn pada ketika itu.

Objektifnya seperti berikut:

• Menghasilkan bahan-bahan pengajaran untuk memenuhi kehendak SukatanPelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

• Memperkembangkan strategi pengajaran yang barn agar memudahkanmurid-murid mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua denganlebih berkesan dan memastikan agar mereka memperolehi kemahiran yangtertentu.

• Menyediakan pelbagai kegiatan dan situasi agar menarik minat sertamerangsang murid-murid bertutur, membaca dan menulis bahasa Melayuserta dapat menghayatinya.

Kumpulan Projek ini telah menghasilkan bahan-bahan cetak seperti buku

teks Saribahasa ( darjah 1 - 6), buku latihan kerja ( darjah 1 - 6) dan juga bahan­

bahan bukan cetak seperti alat-alat audio visual serta program ETV menurut

sukatan pelajaran lama.

Kini bahan-bahan barn sedang diterbitkan untuk memenuhi kehendak

sukatan pelajaran 1993.

Kumpulan Projek 'Rakyat Yang Baik (Good Citizens Project Team)

Kumpulan Projek Rakyat Yang Baik ditubuhkan pada 1990 menggantikan

projek lama yang telah menghasilkan pakej 'Kejadian dan Pembentukan'

menurut sukatan pelajaran yang lama.

Berdasarkan sukatan pelajaran barn, kumpulan Projek Rakyat Yang Baik

telah menghasilkan pakej berikut:

Page 14: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

1. Bulm Teks ( darjah 1 - 6) : 12 buah

2. Buku Latihan Kerja ( darjah 1 - 6) : 12 buah

3. Buku Panduan Guru (darjah 1 - 6) : 12 buah

4. Buku Besar (darjah 1 dan 2) : 12 buah

5. Bahan-bahan Audio Visual (darjah 1 - 6) : 12 buah

6. Program ETV : 72 program.

12

Setelah menyediakan bahan-bahan tersebut suatu program penilaian

telah dijalankan untuk:

(a) meninjau reaksi pihak guru dan juga murid-murid terhadap pakejberbagai media.

(b) menilai pemahaman murid mengenai konsep-konsep moralyang terkandung dalam pakej "Rakyat Yang Baik'.

Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah dan dijangka selesai pada

pertengahan tahun 1996.

PENUTUP:

Sesuatu bangsa yang dianggap mulia bukan hanya terletak pada kekuatan

ekonominya tetapi pada rakyatnya yang luhur dan bermaruah. Kemuliaan,

keluhuran dan ketinggian martabat berpunca daripada falsafah hidup sesuatu

bangsa yang mampu menghayati senario yang akan datang serta menentukan

peranan yang harus dimainkan oleh orang-orang tertentu untuk menyusun

strategi agar citarasa, wawasan dan pandangan hidup yang ingin dicapai dapat

dijayakan. Sikap proaktif ini hams diadunkan dalam sistem pendidikan yang

berfungsi membentuk individu, keluarga, masyarakat dan bangsa yang kuat lagi

mulia.

Kita maklum bahawa perkembangan yang berlaku di sekeliling kita

begitu pantas dan mendadak. Sekiranya sesuatu bangsa tidak sedia menghadapi

masa hadapan yang penuh mencabar itu, sudah pasti akan dikutuk dan

Page 15: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

13

menerima akibat yang buruk. Pemerintah Singapura sedar akan hal ini dan

segala strategi yang diatur bertujuan untuk menyemai nilai-nilai moral yang

murni dan kukuh supaya membentuk rakyat dan bangsa yang kuat.

Dengan demikian ideologi nasional yang mengandungi lima pnns1p

Susila Rakyat menjadi panduan hidup rakyat berbilang bangsa dan agama.

Nilai-nilai Susila Rakyat merupakan nilai penyatuan di kalangan rakyat.

Di sekolah, gurulah yang berhadapan dengan murid-murid yang

diharapkan bertanggungjawab pada masa hadapan. Guru harus memainkan

peranan utama dalam proses penyemaian nilai moral baik dalam mata pelajaran

Sivik dan Pendidikan Moral atau yang lain. Guru pendidikan moral memainkan

peranan yang lebih penting dalam tugas menyemai nilai-nilai moral melalui

berbagai aktiviti dalam proses pengajaran-pemelajaran. Di samping tugas

mengajar, guru sering mengingatkan murid-muridnya supaya mengamalkan

nilai-nilai yang diajar agar dapat membaiki tingkah laku mereka.

Sekitaran sekolah juga memberi sumbangan dalam pembetukan pribadi

kanak-kanak. Suasana sekolah, cara kegiatan yang dijalankan dan hubungan

antara murid-murid dapat mengukuhkan nilai-nilai yang dipelajari. Ini bererti

bahawa budaya sekolah harus membantu menghayati nilai-nilai yang telah

dipelajari.

Untuk menjayakan program pendidikan moral harus dimulakan pada

peringkat awal-awal lagi iaitu ketika mereka berada di sekolah rendah. Kita

sedia maklum bahawa setiap anak boleh dididik dan tugas ini dipikul oleh ibu

bapa dan guru di sekolah. Tujuan utama mengapa bahasa ibunda digunakan

ialah untuk memudahkan pembatinan nilai dalam segala aktiviti yang

dijalankan dengan cara berinteraksi guru-murid dan contoh-contoh yang diberi

memudahkan murid-murid menanggapinya. Tambahan lagi mereka bebas

memberi pendapat atau pandangan dengan bahasa yang mudah mereka

Page 16: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

14

berkomunikasi. Di rumah orang tua mereka juga menggunakan bahasa yang

sama bagi memudahkan pengukuhan sesuatu nilai itu.

RUJUKAN

Arbuthnot, J.B. and Fast, D. (1981) Teaching, Moral Reasoning: Theory and Practice, New York Harper and Row.

Bayer, B.K. (1976) Conducting Moral Discussion in the Classroom Social Education. Vol. 40 No. 4, pp 194 - 202.

Cruickshank, Donald R. (1995). The Act of Teaching, McGraw - Hill, Inc. USA.

Eg, Soo Peck et al (1982). Report on the Moral Education Programmes: "Good Citizen" and "Being and Becoming" Institute of Education, Singapore.

Eng, Soo Peck, et al (1981 ). Report on the State of Moral Education in the Schools. Singapore, IE Occasional Paper No. 17.

Eng, Soo Peck et al (1984). Moral Education for Singapore: In Search of a Model. Institute of Education, Singapore.

Goh, Chok Tong (1988). Agenda for Action: Goals and Challenges. Paper presented to Parliment by the First Deputy Prime Minister and Minister of Defence.

Goh, Keng Swee et al (1979). Report on the Ministry of Education 1978. Singapore: Ministry of Education.

Gopinathan, S. (1986). Being and Beorning: Education for Values in Singapore in W. K. Cummings, S. Gopinathan and Y. Tomoda (eds) The Revival of Values Educationin Asia and the West. Oxford Pergamon Press.

Gopinathan S. (I 980) Language Policy in Education: 'A Singapore Prespective' in Afendras and Kuo (eds) Language and Society in Singapore. Singapore: Singapore University Press.

Kementerian Pelajaran Singapura, (1991) Sukatan Pelajaran Seka/ah, Sivik dan Pendidikan Moral, Sekolah Rendah, Bahagian Perancangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Singapura.

Ministry of Education (1978a). Curiculum Development, A working paper prepared by the Curiculum Section, Education Development Division (Mimeo ).

Ministry of Education (1981c). Lateral Transfers of P4 Pupils, Singapore: Ministry of Education.

Ministry of Education (1991). Report of Review Committe, Singapore: Ministry of Education.

Page 17: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

H

Cil 'N'

J l

15

Lampiran 1

NffiM,aL( PKftDEMI K) NffiM,aL (lEKNIK.Al) kHAS'EK�RES

4 TftJ-IUN 4 TftJ-IUN

PENO I) KAN S:Ka..PH MENENGAH

J l

-J l

P5 ---- P6

T� PENYESJPJPl\J

j l

P1 ---- P4

T�Psas

9 STEM PENDi ll KAN �Ka.PH REND#-1 9 NGAPURA

Page 18: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

KONSEP MORAL

1. Kaih Sayang dan Prikemanusiaan1. Menyayangi diri sendiri2. Menyayangi orang lain3. Menyayangi hidup-hidupan

2. Menghonnati Orang Tua4. Mengasihi dan menghonnati ibu bapa5. Mengenang jasa orang tua kita

3. Keharmonian Keluarga6. Menyayangi adik-beradik7. Menjaga kehonnatan keluarga8. Keluarga bahagia

4. Budi Bahasa9. Menghormati orang Iain10. Menghonnati guru11. Menghormati yang lebih tua12. Menghormati peraturan dan undang-undang

5. Rasa Bertanggungjawab13. Kepada diri sendiri14. Kepada keluarga15. Kepada orang lain16. Terhadap harta benda awam

6. Rasa Sayang-Menyayangi17. Sifat toleransi18. Sifat bertimbang rasa19. Maaf-bennaafan

7. Taat Setia20. Menyayangi sekolah21. Bangga pada sekolah22. Bersungguh-sungguh dalarn pekerjaan23. Keseti aan

8.Amanah

16

Lampiran 2

24. Menepatijanji25. Boleh dipercaya

9. Kejujuran26. Jujur

10. Keberanian27. Berani

11. Ketabahan28. Tabah

Ii. Jimat Cennat 29. Jimat dan murah hati

13. Rasa Adil30. Keadilan31. Persamaan

14. Bergotong Royong32. Bekerjasama33. Musyawarah

15. Semangat Berjiran34. Hidup bennasyarakat35. Keharrnonian bangsa

Page 19: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

LIMA NILAI SUSILA RAKYAT

1. Negara mendahului Kaum, masyarakat mendahului Diri

17

Lampiran 3

Anggota masyarakat akan menentukan sesuatu sebagai pegangan bersama untuk

kebailcan masyarakat. Dengan demikian, kepentingan individu kini dipindahkan

kepada kuasa yang diberikan kepada masyarakat dan yang lain harus takluk

kepada konsensus itu. Ini bererti bahawa 'masyarakat telah mendahului diri'.

Dalam negara yang berbilang kaum seperti Singapura asas kehannonian

bergantung kepada persefahaman bersama. Sesuatu kaum tidak boleh mendesak

kaum lain untuk melakukan kehendak kaum itu, walaupun kaum itu daripada

golongan majoriti. Namun demikian, tiap-tiap kaum harus berusaha

mempertahan dan membangunkan warisan masing-masing serta merapatkan

jurang perbezaan yang sedia ada. Ini bererti segala yang membawa ke arah

perpaduan negara harus didahulukan daripada kepentingan kaum. Nilai-nilai

Barat walaupun dianggap baik ada yang tidak secocok dengan kehendak

masyarakat setempat. Ini harus diberi perhatian dan digantikan dengan nilai­

nilai yang sedia ada pada sesuatu kaum.

2. Keluarga Tunjang Masyarakat

Keluarga merupakan unit yang terkecil dalam struktur sosial masyarakat.

Keutuhan masyarakat bergantung kepada kemantapan keluarga. Jika kehidupan

sesuatu keluarga dalam keadaan kucar-kacir, masyarakat akan menghadapi

bebannya.

Dari segi naluriah, ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi

menghasilkan suasana kemesraan dan kasih sayang di antara mereka serta

hubungan mereka dengan anak-anak. Mereka harus memastikan yang anak­

anak mereka mendapat segala yang diperlukan bagi keselamatan mereka ketika

mereka membesar.

Page 20: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

18

Tren-tren buruk yang telah melanda sesuatu kaum harus clisingkirkan

agar tidak menular hingga menjadi bahan ejekan kaum-kawn lain. Nilai-nilai

budaya yang berteraskan prinsip-prinsip agama harus diberi perhatian bagi

membim.bing kesejahteraan sesuatu keluarga .

Anak-anak harus mendapat didikan yang secukupnya mengenai nilai­

nilai budaya kaum masing-masing agar setiap anggota keluarga memahami

peranan masing-masing dalam usaha membentuk keluarga yang sempurna.

Unit-unit keluarga inilah yang akhimya akan menjadi tunjang masyarakat.

3. Sokongan Masyarakat dan Penghormatan Kepada lndividu

Setiap individu hams berdikari dan memberi sumbangan yang sewaJamya

kepada kesejahteraan sesuatu masyarakat. Ini bermakna usaha individu harus

diambil kira dalam apa jua urusan yang dikendalikannya. Jika individu itu

ketinggalan dalam ams persaingan, anggota masyarakat yang lain harus

membantunya agar ia berguna kepada masyarakat.

Sistem ekonomi Singapura bergantung kepada usaha bersama rakyatnya.

Kekayaan yang dikecapi hams diagihkan secara adil agar dinikmatinya

bersama. Ini bennakna bahawa sokongan hams diberi kepada mereka yang

. memerlukan bantuan. Bagi mereka yang kurang bemasib baik, diberi latihan

untuk menyiapkan diri mereka dengan kemahiran. Peluang memperbaiki diri ini

dapat membantu mereka meningkatkan diri ke tahap yang berguna. Dengan

yang demikian keluarga miskin turut juga mendapat faedah sampingannya.

Di Singapura ada berbagai persatuan yang membantu puak-puak tertentu

dalam usaha meringankan beban masyarakat keseluruhannya. Bagi orang-orang

Cina selain daripada persatuan-persatuan yang tertentu yang menolong setiap

suku kaum Cina meringankan bebanan yang mereka tanggung, ada juga suatu

badan khas kumpulan bantu diri untuk orang-orang Cina. Di kalangan kawn

Page 21: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

19

India pula ada beberapa persatuan yang mewakili setiap suku kaumnya seperti

Tamil, Malayali dan Sikh. Persatuan Pembangunan Masyarakat India (SINDA)

telah ditubuhkan bertujuan untuk memberi khidmat sosial yang menyeluruh

bagi semua kaum India Singapura.

Bagi orang-orang Melayu, selain daripada persatuan-persatuan seperti

Persatuan Jawa Peranakan, Persatuan Bawean, Persatuan Minang yang

memainkan peranan dalam usaha membantu golongan masing-masing, ada juga

badan induk seperti Majlis Pusat, Mendaki dan AMP yang mempunyai tugas

yang sama bagi membantu orang-orang Melayu-Islam Singapura.

4. Permuafakatan, Bukan Pertikaian

Hidup dalam masyarakat tidak sunyi daripada perselisihan faham. Kalau ini

berlaku, harus diselesaikan menerusi musyawarah. Nilai ini jelas menunjukkan

bahawa masyarakat hams bersedia menerima pandangan berlainan dalam

menyelesaikan sesuatu masalah dan ini tertakluk kepada golongan majoriti.

5. Keharmonian Kaum dan Agama

Singapura telah menikmati keharmonian agama dan bangsa sejak dahulu kala.

W alaupun pada suatu ketika yang lalu berlaku suatu peristiwa yang tidak

menyenangkan golongan berbagai kaum, tetapi ini telah menjadikan suatu

pelajaran bahawa keharmonian bukan sesuatu yang sentiasa kekal tanpa usaha

bersama. U saha memastikan keharmonian antara kaum dan ini terletak pada

bahu pemerintah. Pemerintah sentiasa hams berwaspada tentang segala

perkembangan yang berlaku di kalangan masyarakat berbagai kaum untuk

mengelakkan sesuatu yang tidak diingani. Setiap warga negara Singapura hams

membantu pemerintah dalam usaha yang suci ini agar kejayaan bertahun-tahun

tidak termusnah dalam sekelip mata. Jilca ini berlaku semua akan menderita dan

kesal kemudian tidak berguna.

Page 22: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

TahapAsas (Pl -P4)

Mata Pelajaran

Bahasa Inggeris Bahasa Cina/Melayu/Tamil Sivik & Pelajaran Moral Matematik Sains Sains Sosial Lukisan & Kraf Muzik Latihan J asmani Perhimpunan

Tahap Penyesuaian (P5 - P6)

Mata pelajaran Ujian

Bahasa Inggeris Bahasa Cina/Melayu/Tamil Matematik Sains

Mata Pelajaran Bukan-Ujian

Sivik & Pelajaran Moral Sains Sosial Lukisan & Kraf Tangan Muzik Latihan Jasmani Pendidikan Kesihatan Perhimpunan

20

Lampiran4

Page 23: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

STRA TEGI PENGAJARAN SIVIK & PENDIDIKAN MORAL

Pendekatan Penerapan Budaya (Cultural Transmission Approach)

21

Lampiran 5

Pendekatan ini mengenalpasti nilai budaya yang hendak disampaikan kepada

· generasi akan datang. Murid-murid akan menghayati nilai-nilai ini melalui

pengajaran langsung seperti bercerita. Matlamatnya ialah untuk mengekalkan

sistem yang ada dan menolong individu untuk menyesuaikan diri dengan

Jayanya.

Pendekatan Bertimbing Rasa (Consideration Approach)

Pendekatan ini menumpukan perhatian kepada unsur ambil berat dan prihatin

terhadap orang lain. Murid-murid diajar supaya berempati dan lebih peka

terhadap perasaan membentuk dan keperluan orang lain. Murid-murid juga

digalakkan membentuk peribadi yang lebih mengambil berat terhadap orang

lain.

Pendekatan Penjelasan Nilai (Values Clarification Approach)

Pendekatan ini membolehkan murid-murid mengenal dan menenma nilai

sebagai milik mereka dan bertanggungjawab atas keputusan yang diambil

melalui proses:

• mengenal pilihan

• menilai pilihan

• menentukan pendirian• hidup menurut keyakinan diri

Pendekatan Perkembangan Kognitif (Cognitive Developmental Approach)

Pendekatan ini menumpukan perhatian kepada berbagai peringkat taakulan

moral. Menerusi perbincangan tentang dilema moral, guru membimbing murid­

murid menggunakan proses penaakulan moral supaya mereka dapat membuat

keputusan moral yang betul. Mereka akan dapat meningkatkan tahap

penaakulan moral yang tinggi, seperti berikut:

Page 24: Title Ke arah keberkesanan pengajaran sivik dan pendidikan

• takutkan dendaan

• melayani diri sendiri

• menurut jangkaan peranan (role expectation)• menghormati dan mentaati pihak berkuasa

• kebaikan bersama• bertindak menurut prinsip-prinsip etika sejagatSumber: Kementerian Pelajaran Singapura, (1991) Sukatan Pelajaran Sekolah, Sivik & Pendidikan Moral, hi 33 .

22