Upload
mohd-nazari-mohd-said
View
185
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Pengenalan
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan
teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti
cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran
mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat
penerimaan(receptive level)
Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus
dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat
memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat.
Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan
untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.
Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses
menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan
percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.
Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung
kepada percakapan dan pendengaran. Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’
pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan
perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan
menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu
meluas dalam kehidupan seharian.Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60
peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan
mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya pelajar dapat menguasai semua
mata pelajaran ketika di dalam kelas.
Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa
yang lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan
peluang kepada pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa
itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi
penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi.
Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik, maka
mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang
disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas.
Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam
proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang
serius oleh kebanyakan orang.
Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 70% daripada waktu
tidak tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% pula digunakan
untuk mendengar sesuatu. Manakala 30% lagi digunakan untuk percakapan atau
perbualan, sebanyak 16% daripada masa komunikasi anda digunakan untuk bacaan
dan hanya 9 % masa anda dihabiskan untuk penulisan. Kajian yang telah dibuat oleh
kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita
diperolehi melalui pendengaran.
Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu
‘Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia’ menyatakan , kajian
terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah
menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan
60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru.
Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang
kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada
proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental
kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang
didengar.
Takrif Kemahiran Mendengar
Terdapat perbezaan antara “listening” dan “hearing”. Kedua-dua perkataan bahasa
Inggeris tersebut mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Namun
sebenarnya “hearing” adalah mendengar yang bersifat fizik, bermaksud ada suara
yang didengari oleh telinga kita, namun tidak diperhalusi oleh fikiran kita, jadi apa-
apa yang didengari oleh kita bersifat angin lalu, iaitu tidak berkesan. “Listening” pula
melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian penuh atas apa yang kita
dengar melalui telinga kita.
Dengan demikian mendengar yang efektif adalah seperti “listening” dalam Bahasa
Inggeris yang merupakan sebuah proses serius yang tidak boleh dilakukan hanya
dengan mengandalikan kebiasaan, refleks atau perasaan. Mendengar yang efektif
adalah upaya untuk menghubungkan titik-titik yang kadangkala menyatakan nasihat
yang tersembunyi yang perlu kita tahu.
Sayangnya kita kurang memberi perhatian tentang pentingnya mendengar secara
efektif, sehingga seringkali menyebabkan kesilapan dalam komunikasi, salah
menerima maklumat atau tindak balas dari pendengar yang tidak diharapkan.
Salah satu penelitian menunjukkan rata-rata orang menghabiskan satu pertiga
daripada waktunya dalam organisasi untuk mendengar. Sehingga jika kita memiliki
kecekapan mendengar yang baik, waktu yang kita habiskan untuk mendengar akan
lebih bermakna.
Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat
kemahiran. Peringkat pertama iaialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi
bahsa yang hampir sama seperti “b” dan “p” yang mewakili “badang” dan “padang”.,
“d” dan “t” yang mewakili “datang” dan “tatang”.
Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna
seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu
bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu.
Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai
unsur-unsur kefahaman seperti pengetahuan sedia ada pada pendengar, seperti
fakta dan budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan.
Sejurus itu adalah pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar
dan pengetahuan tentang sistem bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami
unsur bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah suatu
aktiviti yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi
bahasa. Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan apa yan difahami dalam
ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana
berlaku tindak balas selepas mendengar.
Implikasi kurangnya perhatian pada kecakapan mendengar secara
efektif adalah fakta bahawa menjadi pembicara yang efektif sudah seringkali kita
dengar, namun latihan untuk mendengar yang efektif rasanya jarang kita temui.
Padahal kecekapan mendengar sangatlah penting. Orang bijak mengatakan kita
dikurniakan oleh Tuhan dengan dua telinga untuk lebih banyak mendengar dan
hanya satu mulut untuk lebih sedikit berbicara.
Objektif dan Matlamat Kemahiran Mendengar
Objektif atau matlamat kemahiran mendengar adalah untuk mendapatkan
maklumat, fakta, data dan pengetahuan. Contohnya seperti mendengar ceramah
untuk mendapatkan pengetahuan.
Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik. Misalnya dalam puisi.
Bahasa yang digunakan begitu puitis, dengan itu pendengar dapat menghayatinya
melalui proses pendengaran yang baik. Manakala mendengar untuk tujuan
menghayati keindahan muzik pula bertujuan untuk menghayati lirik-lirik lagu yang
didendangkan.
Untuk mengetahui keadaan semasa. Tujuan ini amat penting supaya kita tidak
ketinggalan daripada mengetahui perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita.
Kita dapat mendengar perkembangan semasa ini melalui media elektronik seperti
radio dan televisyen.
Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. Tujuan ini amat penting
bagi pelajar dan penuntut-penuntut di institut pengajian tinggi. Mereka perlu
mendengar dengan teliti setiap input yang diberikan oleh guru mahupun pensyarah
seperti penerangan tugasan mahupun ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlaku.
Kemahiran bahasa dalam KSSR
Terdapat empat kemahiran bahasa yang di tekankan dalan KSSR iaitu
kemahiran Mendengar dan Bertutur bertutur merujuk kepada keupayaan murid
berkomunikasi untuk menjalin hubungan ,menyampaikan
maklumat ,pendapat,perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan
yang betul ,secara sopan dan bertatasusila.Penekanan juga diberi kepada
penggunaan tatabahasa yang betul.merupakan asas kemahiran dalam kemahiran
bahasa Murid bertutur dalam bahasa yang mudah ,tepat dan jelas.Guru memberi
peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang boleh.tumpuan kepada
sebutan,intonasi dan jeda.
Kemahiran Membaca terdiri dari Bacaan Mekanis iaitu Bacaan kuat untuk
memastikan murid menguasai sebutan yang betul dan ianya boleh dijalankan
secara individu,berpasangan,kumpulan.Bacaan Akaliah merupakan bacaan senyap
dan faham manakala Bacaan Intensif merupakan bacaan yang memperkembangkan
kebolehan meneliti,memahami dan mentafsiir apa yang dibaca dengan
tepat.Bacaan ekstensif adalah bacaan luas yang menekankan aktiviti membaca di
luar P&P untuk mendapat pengetahuan yang luas .
Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.penekanan perlu diberikan
kepada penggunaan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan yang betul,serta
tulisan yang jelas dan kemas.
Faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar
Tedapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar.
Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran
yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara
seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang
sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.
Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran
antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-
kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar
berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.
Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Latar belakang
keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga
mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga
boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya
tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya
seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh
mempengaruhi kebolehan mendengarnya.
Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran
mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang
didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak
balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka
mendengar.
Halangan serta masalah dalam menguasai kemahiran mendengar
Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar.
Halangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak
dapat dielakkan.
Antara halangan dalam menguasai kemahiran mendengar ialah kekeliruan
dalam membezakan bunyi. Murid-murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalam
menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar dan seterusnya dapat
memberi makna terhadap apa yang didengar. Kekeliruan dalam membezakan
bunyi akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang
sebenar tentang apa yang terkandung dalam ayat.
Halangan yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang
didengar. Jika seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini akan
menyukarkannya untuk membuat tindakan terhadap perkara tersebut. Pelajar yang
lemah, terutamanya yang tidak memahami penggunaan penanda wacana yang
menjadi wahana penting dalam membentuk kesinambungan ayat akan menghadapi
masalah untuk mengaitkan apa yang didengar dengan makna keseluruhan ayat.
Halangan yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat.
Pendengar yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar.
Maklumat yang didengar akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali.
Contohnya seperti semasa murid-murid mendengar pesanan guru supaya pesanan
tersebut disampaikan kembali kepada beberapa orang kawan mereka yang tidak
datang ke sekolah.
Halangan yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat. Pertuturan yang
terlalu cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan
makna dan maklumat yang hendak disampaikan. Komplikasi ini menyebabkan
murid-murid sukar untuk memahami sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang
didengar.
Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya pertuturan juga
boleh mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan intonasi.
Penggunaan ciri-ciri suprasegmental yang kurang jelas semasa pembelajaran juga
boleh mempengaruhi gaya pertuturan seseorang. Salah satu cara untuk
mengatasinya adalah dengan menggunakan bahasa Melayu baku ketika bertutur.
Selain itu para penyampai maklumat terutamanya guru wajar merancang langkah-
langkah yang sesuai bagi mengatasi kemungkinan masalah kemahiran mendengar.
Antara perancangan yang harus dibuat ialah pemilihan bahan.
Strategi Pembelajaran Kemahiran Mendengar
Terdapat pelbagai strategi pengajaran kemahiran mendengar. Tujuan
strategi pengajaran kemahiran mendengar adalah untuk menarik Minat murid,
mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Antara strategi
pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam kemahiran mendengar ialah kaedah
permainan bahasa, kaedah bercerita, kaedah kuiz dan kaedah soal jawab.
Permainan bahasa adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan
dalam pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam permainan telah
memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran
bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kaedah ini juga banyak menggunakan
kemahiran mendengar para pelajar. Hal ini kerana kaedah ini melibatkan interaksi
antara pelajar dan guru yang memerlukan kepekaan pelajar untuk mendengar
maklumat yang disampaikan oleh guru. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa selain daripada kemahiran
mendengar iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan
bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan
keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat
mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan
penggayaan.
Selain itu, kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita merupakan
sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah ini juga
memerlukan pelajar mendengar dengan teliti cerita yang sedang atau yang akan
disampaikan oleh guru. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa juga dapat disampaikan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan
yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan sekaligus menghilangkan minat pelajar untuk mendengar.
Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam persediaan teknik bercerita
ialah memiilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji
cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Frasa atau ayat-ayat penting
dihafaz. Guru perlu berlatih bercerita seolah-olah berada dihadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru hendaklah
bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar,
objek-objek sebenar atau alat bantuan mengajar yang lain. Kad-kad perkataan,
frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak
disampaikan juga perlu disediakan.
Kaedah kuiz telah diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui
Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah
dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris
dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah supaya guru dapat
mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-
topik tertentu. Pelajar juga dapat mengulangkaji sambil bergembira, dapat
melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara
teka-teki dan dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Selain itu, ia juga membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu
terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat
dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia
dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.
Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan,
pemulihan dan pengukuhan. Kuiz juga dijadikan sebagai aktiviti pertandingan
meliputi pertandingan antara pelajar. Pelajar perlu mendengar dengan teliti soalan
yang dikemukakan oleh guru yang bertindak sebagai pengacara supaya mereka
dapat menjawab soalan dengan baik sekaligus memerlukan mereka menguasai
kemahiran mendengar.
Disamping itu, kaedah soal jawab juga boleh digunakan dalam kaedah
pengajaran kemahiran mendengar. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama
dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan
kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan
interaksi guru dengan murid secara berkesan sekaligus dapat meningkatkan
kemahiran mendengar pelajar.
Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan
yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas
yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir
disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar serta memerlukan ketajaman
mendengar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan
berbahasa murid, untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik
dan kritis, untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar
serta meningkatkan kemahiran mendengar para pelajar. Soalan yang terancang
dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
Pemilihan Bahan untuk kemahiran Mendengar
Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam proses merangsang kemahiran
mendengar dalam kalangan murid-murid terutamanya ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung amatlah penting. Pemilihan bahan yang sesuai
akan merangsang pendengaran murid untuk mendengar secara ekstensif.
Antara bahan yang boleh digunakan untuk merangsang pendengaran ialah
penggunaan media elektronik. Pemilihan bahan berkomputer dan media elektronik
yang lain seperti radio, televisyen, perakam video dan kaset boleh membantu proses
ulang tayang untuk tujuan mendengar kenyataan atau maklumat penting yang
berkaitan dengan isi pembelajaran. Mendengar dan melihat boleh meningkatkan
pemahaman pelajar dalam menghubungkannya dengan makna dan isi.
Selain itu guru perlu menggunakan bahan-bahan rangsangan pembelajaran
yang bersesuaian. Contohnya seperti menggunakan bahan berbentuk prosa sama
ada prosa tradisional ataupun prosa moden, bahan berbentuk puisi dan
menggunakan bahan grafik seperti kad-kad bergambar.
Penilaian kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar adalah penting supaya murid boleh menyebut
perkataan atau ayat dengan betul serta dapat melatih murid mendengar &
memahami pertuturan orang lain dengan baik dan sebagai latihan berinteraksi dgn
org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).kemahiran mendengar juga dapat
melatih murid agar berkeyakinan & percaya kepada diri serta berani bercakap,
menyatakan perasaan dan kehendak membolehkan murid menggunakan ayat yang
tersusun, perkataan yang sesuai serta perbendaharaan kata yang luas.
Hasil dari penguasaan Kemahiran mendengar membolehkan murid bertutur
dgn tenang menggunakan gaya yang betul di samping mampu bertutur dgn nada,
intonasi sebutan yang betul.murid juga mampu mendengar dengan baik, memahami
perkara yg didengar & menghormati pertuturan org lain. Murid boleh bercerita &
membuat laporan menggunakan bahasa yangg menarik & betul,berkebolehan
memberi arahan dengan berkesan,mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.
Di antara penilaian kemahiran pendengaran adalah perbahasan
perbincangan,hafazan,temu bual,soal jawab,nyanyian,menerima arahan,menyalin
semula perkataan atau ayat lisan,deklamasi sajak,mendengar dan memberi respon
secara lisan.
Penilaian kemahiran mendengar membolehkan guru mengesan kemajuan
dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara
gramatis.mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman
murid.mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan
menghafaz.mengesan kelancaran dalam sebutan.mengesan amalan dan sikap murid
secara serta merta.Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan
dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
Kesimpulan
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran bahasa yang amat penting
dalam pengajaran bahasa. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini dengan
baik akan menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran bahasa lain seperti
kemahiran bertutur ,membaca dan menulis. Kemahiran mendengar juga berkait rapat
dengan kebolehan seorang murid menerima maklumat, memberi respond dan turut
menjadi asas dalam proses komunikasi.
Terdapat pelbagai kaedah,strategi ,bentuk serta proses kemahiran mendengar
yang di ajar kepada murid supaya murid dapat menguasai kemahiran bahasa ini.
Strategi yang sesuai dan berkesan perlu di perkenalkan kepada murid kerana
kemahiran pertama yang perlu di kuasai murid adalan kemahiran mendengar.
Perbincangan sejauh mana strategi pembelajaran berkesan meningkatkan
kemahiran berbahasa murid-murid
Strategi pembelajaran yang sesuai dan berkesan perlulah mampu menarik
minat murid,mengekalkan perhatian murid dan membangkitkan rasa ingin tahu di
kalangan pelajar.
Kekuatan pengajaran yang menarik minat murid adalah ianya akan
mewujudkan penglibatan murid yang lebih menyeluruh dan meningkatkan
pemahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.Murid akan lebih fokus
terhadap pengajaran dan seterusnya secara tidak langsung dapat meningkatkan
kemahiran berbahasa murid-murid sebagai contohnya
Permainan bahasa ianya merupakan satu kaedah yang boleh digunakan dalam
pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan
sebagai alat dianogstik. Kaedah ini juga banyak menggunakan kemahiran mendengar
para pelajar. Hal ini kerana kaedah ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru
yang mana memerlukan kepekaan pelajar untuk mendengar maklumat yang
disampaikan oleh guru. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan
pelbagai kemahiran berbahasa selain daripada kemahiran mendengar iaitu kemahiran
bertutur, membaca dan menulis.
Strategi pembelajaran yang berkesan turut mampu mengekalkan perhatian murid
dengan lama. Pembelajaran perlulah menarik dan lain dari kebiasaan.sebagai
contohnya apabila guru menjalankan sesi soal jawab menggunakan benda maujud,
soalan guru adalah berdasarkan objek yang di tunjukkan kepada pelajar, situasi ini
sudah tentu akan menimbulkan rasa ingin tahu pelajar dan tumpuan pelajar akan lebih
lama.Kemahiran berbahasa pelajar akan meningkat secara tidak langsung semasa
sesi soal jawab ini berlaku
Secara keseluruhannya strategi pembelajaran yang sesuai amat penting dalam
meningkatkan lagi kemahiran bahasa murid kerana tanpa strategi yang sesuai murid
tidak akan berminat dan mudah hilang tumpuan semasa pengajaran dan seterusnya
akan menghalang penguasaan kemahiran berbahasa murid.
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu (Bahasa Melayu Sekolah Rendah
KSSR) Tahun 2
(Kemahiran mendengar dan bertutur)
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 3 Amanah
Masa : 8.15—9.15 pagi
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Pakaian tradisional
Fokus
Standard kandungan
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat mengunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
Standard Pembelajaran
1.5.1Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:i. Bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional yang
di ketahui menggunakan ayat tunggal dan majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
ii. Bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional yang Terdapat dalam maklumat pantun dan yang dilayari daripadaPantun yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM / ELEMENMERENTASKURIKULUM
Ilmu : KebudayaanNilai Murni :Kerjasama,hormat-menghormatiTeknologi Maklumat dan komunikasi
SISTEM BAHASA
Tatabahasa:kata nama Khas,sebutan dan intonasi
BAHAN BANTU BELAJAR
Slaid power point,kad gambar dan lampiran aktiviti.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM/
ELEMEN MERENTASKURIKULUM
CATATAN
Bercerita dengan menyebut perkataan/frasa dengan betul
1.Murid menayangkan slaid power point Tentang pakaian tradisional berdasarkan kad misteri(gambar pakaian ) yang diberi oleh guru contoh :
Samfu Dhoti Baju melayu Baju kurung Cheongsam Sari
2.Murid bercerita tentang gambar pakaian Tradisional yang terdapat di Malaysia menggunakan frasa yang sesuai.Contoh :
Baju melayu Baju kurung Baju dhoti Baju cheongsam samfu
TMK
Ilmu:Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai Murni:Hormat-menghormati
Lampiran 1Slaid power point
KP: interpersonal
Bercerita menggunakan ayat tunggak atau ayat majmuk
1.Guru membentuk kumpulan murid dan setiap Kumpulan diberikan satu kad gambar pakaian tradisional rakyat Malaysia
2. Secara berkumpulan, setiap murid memilih untuk menceritakan tentang ciri,warna atau kaum kesesuaian jantina pakaian tradisional tersebut menggunakan ayat tunggal atau ayat majmuk
Lampiran 2
BBB:Kad gambar
BCB
KB : klasifikasi
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM/
ELEMEN MERENTASKURIKULUM
CATATAN
Bercerita daripada maklumat yang diakses
1.murid diberi cadangan alamat laman web untuk di layari dan mendapatkan maklumat tentang pakaian kaum-kaum di Malaysia yang telah guru tetapkan http;//kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan /?t=45&menuid=43&c3.
2.murid mencatatkan maklumat yang telah diperolehi Daripada internet pada lembara kerja yang diberi
3. murid mencatatkan maklumat yang telah diperolehi daripada internet pada lembaran kerja yang diberi
TMK
Nilai Murni: Tekun, kerjasama
Lembaran kerja 1
BCB:konstruktivisme
Membina dan menulis ayat
1. murid diberi lembaran kerja untuk menulis ayat majmuk yang sesuai berdasarkan gambar dengan merujuk maklumat dalam aktiviti 3
Lembaran kerja 2
Bercerita isi pantun
1. murid mencantumkan gambar denganmemadankan pasangan yang sesuai bagi pakaian tradisional
2. murid bercerita tentang pakaian dan majlis yang sesuai untuk di pakai.
Nilai Murni;
Semangat
Bermasyarakat
Lampiran 3
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM/
ELEMEN MERENTASKURIKULUM
CATATAN
Penilaian
1.Murid bercerita tentang salah satu pakaian tradisional kaum,di Malaysia dan menyatakan kelebihannya menggunakan ayat tunggal atau majmuk yang gramatis secara bertatasusila
Nilai Murni:Menghargai
Penilaian
Pemulihan
1.murid secara berpasangan bercerita tentang pakaian tradisional yang mereka miliki.
2.Murid mendengar dan menulis jenis-jenis pakaian tradisional yang mereka ketahui
Pemulihan
KB: mengecam
Pengayaan
1. Murid bercerita dengan rakan tentang cara membuat pakaian tradisional berdasarkan kad gambar.
2. Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk tentang cara membuat pakaian tradisional berdasarkan gambar
Pengayaan
KP: Interpersonal
Refleksi :_____________________________________________________________
_____________________________________________________________________
______
LAMPIRAN
BAHAN BANTU
BELAJAR /MENGAJAR