40
ANIMASI

ANIMASI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ANIMASI

ANIMASI

Page 2: ANIMASI

PENGENALAN

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek.

Ia membolehkan sesuatu objek yang pegun atau statik dapat bergerak dan kelihatan seolah-olah hidup.

Animasi boleh  dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas.

Page 3: ANIMASI

Pakar animasi yang juga sering dikenali sebagai animator diperlukan dalam jumlah yang banyak bagi menghasilkan suatu animasi yang berkualiti tinggi - memerlukan perancangan yang teliti serta komitmen yang tinggi.

Kos penghasilannya juga agak tinggi disamping tempoh masa yang diperlukan bagi membentuk animasi yang dikehendaki juga agak lama.

Page 4: ANIMASI

Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya.

Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata.

Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

Page 5: ANIMASI

DEFINISI ANIMASI

Animasi berasal daripada perkataan latin bermaksud dihidupkan (bring to life)

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup.

Computer Animation Dictionary animasi sebagai satu proses membentuk ilusi pergerakkan di dalam filem atau video menerusi gabungan gambar-gambar atau pun gabungan pergerakan yang direkod daripada kerangka-kerangka imej.

Page 6: ANIMASI

Animasi berasal dari dari dunia foto, ilustrasi rekabentuk grafik (komunikasi visual).

Animasi merupakan suatu media yang lahir dari dua disiplin (konvensi), iaitu film dan gambar.

Keinginan manusia untuk membuat gambar atau imej yang hidup dan bergerak sebagai perantaraan dari pengungkapan (expression).

Page 7: ANIMASI

Perkataan animasi = animation, berasal dari kata dasar to animate = menghidupkan (Wojowasito 1997).

Definisi umum animasi Animasi merupakan suatu kegiatan menghidupkan, menggerakkan benda mati; Suatu benda mati diberikan dorongan kekuatan, semangat dan emosi untuk menjadi hidup dan bergerak, atau hanya berkesan hidup.

Page 8: ANIMASI

TEKNIK-TEKNIK ANIMASI

Page 9: ANIMASI

ANIMASI TRADISIONAL

Sebelum berkembangnya teknologi animasi berkomputer, semua animasi tradisi dilakukan menggunakan tangan.

Bagi setiap satu saat animasi ia memerlukan sekitar 20 bingkai dan bayangkanlah masa dan tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah animasi yang lengkap.

Bagi menghasilkan animasi yang memakan masa 2 minit contohnya memerlukan seseorang melukis sekitar 2400 helaian imej.

Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan bagi membantu di dalam proses penghasilan animasi secara tradisional, antaranya :

Ø      Keyframes Ø      Animasi Sel Ø      Onion Skinning

Page 10: ANIMASI

KEY FRAMES

Sebuah lukisan yang menyatakan permulaan dan titik penghujung mana-mana peralihan licin.

Digelar "bingkai-bingkai" kerana kedudukan mereka dalam tempoh diukur dalam bingkai-bingkai pada satu jalur filem.

Page 11: ANIMASI

ONION SKINNING

Satu grafik komputer 2D menggunakan satu teknik dalam mewujudkan kartun animasi dan filem-filem penyuntingan melihat beberapa bingkai serta-merta.

Juruanimasi atau editor boleh membuat keputusan pada bagaimana untuk mewujudkan atau mengubah satu imej berdasarkan imej dahulu.

Page 12: ANIMASI

ANIMASI SEL

Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame

Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka

Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

Page 13: ANIMASI

Animasi cel telah bermula dengan keyframe untuk sesuatu aksi

Kerangka akan dilukis cara tweening

Tweening untuk  sesuatu aksi memerlukan pengiraan bilangan kerangka di antara keyframe dan laluan aksi yang akan diambil

Page 14: ANIMASI

Persembahan imej ini bagaimana 2 sel lut sinar, setiap dengan satu ciri lain dilukis diatasnya, dan satu latar belakang legap adalah difotografkan bersama untuk

membentuk imej komposit.

Page 15: ANIMASI

ANIMASI KOMPUTER

Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening

Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

Boleh setkan kadar kerangka pada komputer tetapi bergantung kepada keupayaan komputer

Page 16: ANIMASI

Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan elektronik.

Terdapat pelbagai kaedah di dalam penghasilan animasi berkomputer, iaitu daripada animasi mudah sekadar pergerakan objek secara linear merentasi skrin sehinggalah kepada animasi 3 dimensi yang mengkagumkan.

Beberapa istilah dan proses yang sering terlibat di dalam penghasilan sesebuah animasi berkomputer iaitu :

Ø      Tweening Ø      Keyframe

Page 17: ANIMASI

KESAN KHAS ANIMASI

Selain daripada animasi 2D dan 3D, terdapat juga beberapa jenis animasi lain yang ada dan antara yang paling utama ialah kesan khas animasi.

Beberapa kesan khas animasi yang utama ialah : 

§         Morphing §         Warping §         Virtual Reality

Page 18: ANIMASI

MORPHING

Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain

Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak

Imej yang dimorphkan selalunya adalah dalam kadar 8 kerangka sesaat dengan setiap satu transisi yang mengambil masa 4 saat

Menggunakan teknik keypoint – di mana lebih keypoint ynag disetkan ke atas imej lebih lancar perjalanan proses morphing tersebut

Page 19: ANIMASI

Tiga bingkai membentuk satu morf dari George W. Bush kepada Arnold Schwarzenegger menunjukkan titik tengah antara dua.

Page 20: ANIMASI

PERISIANANIMASI

Page 21: ANIMASI

ANIMASI GIF

Merupakan teknologi animasi yang terawal  dan agak mudah untuk dihasilkan. Animasi gif sebenarnya merujuk kepada siri imej-imej statik berformatkan gif dan ianya disusun berturutan dengan menggunakan perisian-perisian animasi gif.

Apabila dimainkan menggunakan pelayar web, imej-imej statik tadi akan kelihatan bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan tadi (konsep yang digunakan di dalam pembangunan animasi jenis sel).

Animasi gif ini amat popular digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan pengiklanan menerusi halaman web atau lebih popular dikenali sebagai “banner”.

Page 22: ANIMASI

Ia juga boleh digunakan bagi memaparkan logo atau sekadar membentuk ikon-ikon yang senantiasa berputar atau berkerlipan di halaman web. Antara perisian-perisian yang sering digunakan bagi tujuan pembangunan animasi gif ialah Ulead Gif Animator dan Gif Construction Set.

Kelebihan animasi  jenis gif ialah ianya boleh dimainkan di mana-mana komputer yang menggunakan pelayar web tanpa memerlukan perisian tambahan atau plug-in. Kelemahannya ialah  ianya tidak boleh diintegrasikan dengan audio serta tidak mampu berinteraksi dengan pengguna.

Page 23: ANIMASI

SHOCKWARE (FLASH & DIRECTOR)

Shockwave merupakan suatu piawaian yang amat popular dan mendapat sambutan ramai bagi tujuan persembahan multimedia menerusi internet.

Ia bukan sahaja mampu memaparkan animasi malah juga berupaya menghasilkan interktiviti peringkat tinggi.

Shockwave telah diterima ramai sebagai pelopor teknologi animasi menerusi internet.

Ini kerana kebanyakan animasi berformatkan Shockwave menggunakan teknologi “Streaming” dan bukannya “Downloading”.

Ini bermakna sesebuah animasi tersebut tidak perlu ditunggu sehingga selesai dipindahterima sebelum boleh dimainkan sebaliknya ia boleh terus dimainkan di skrin komputer disepanjang proses pemindahan terima.

Page 24: ANIMASI

Teknologi Shockwave ini dipelopori oleh syraikat gergasi dalam bidang multimedia iaitu Macromedi Inc.

Terdapat pelbagai jenis Shockwave yang ada antaranya Shockwave Director, Flash, Authorware dan juga Freehand. 

Namun, untuk tujuan animasi, Shockwave Director dan Shockwave Flash  merupakan yang paling utama.

Page 25: ANIMASI

KATEGORIANIMASI

Page 26: ANIMASI

2 DIMENSI

Animasi dua dimensi juga kadangkala dikenali sebagai animasi linear.

Ia merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan.

Beberapa kaedah yang digunakan bagi membangunkan animasi dua dimensi. Antaranya :

#    Animasi Laluan (Path Animation) #    Animasi Sel (Cel Animation) #    Animasi Skrin atau Transaksi Objek #    Animasi Fon dan Ikon

Page 27: ANIMASI

Perisian animasi dua dimensi menambahkan pergerakan dan juga pergerakan pada imej yang statik.

Perisian ini sama ada menggunakan imej vektor atau bitmap sebagai objek, pergerakan atau animasi akan dicapai melalui siri frame-frame yang tersusun.

Page 28: ANIMASI

Biasanya animasi 2D yang dihasilkan menggunakan perisian bahasa gubahan yang sememangnya telah sedia menyediakan kemudahan-kemudahan bagi tujuan tersebut.

Contohnya perisian Macromedia 5.0 meyediakan 5 pilihan bagi menghasilkan pelbagai bentuk animasi laluan (path animation) yang dikehendaki

Page 29: ANIMASI

Animasi 2D digunakan untuk program yang mudah dan didapati kos perisiannya lebih murah berbanding perisian animasi 3D Perisian animasi 2D yang paling popular ialah Macromedia Director dan Macromedia Flash.

Perisian ini memerlukan kemahiran sebelum dapat digunakan dengan berkesan.

Page 30: ANIMASI

Ia bukan sahaja mampu menghasilkan  animasi laluan malah animasi sel yang berorientasikan konsep keyframe, tweening, onion skinning dan sebagainya juga mampu dihasilkan

Page 31: ANIMASI

3 DIMENSI

Merujuk kepada animasi yang mengandungi objek tiga dimensi yang biasanya terbentuk menerusi pemodelan atau formula matematik

Setiap objek mampu dipapar serta dipertontonkan dari pelbagai sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah ianya objek sebenar yang berdimensi.

Page 32: ANIMASI

Terdapat beberapa kaedah pembangunan animasi tiga dimensi. Antaranya :

#   Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding) #    Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan

(Lightning) #    Pemetaan (Mapping) #    Rendering dan Animasi

Page 33: ANIMASI

Perisian animasi 3D membolehkan penghasilan objek 3D dengan animasi yang bersesuaian dibangunkan.

Pada peringkat asas, perisian animasi 3D yang mudah, murah dan senang digunakan antaranya ialah Asymmetrix 3DFX, Ulead Cool 3D, Crystal Flying Fonts Pro dan Ray Dream 3D.

 Di peringkat pertengahan, perisian seperti Specular Infini D, Visual Reality, Ray Dream Studio dan Macromedia Extreme 3D merupakan antara pilihan yang bijak.

Page 34: ANIMASI

Di peringkat yang lebih tinggi, perisian 3D yang lebih canggih antara lain ialah 3D Studio Max dari Kinetix, NewTech’s Lightware 3D, Maya, Houdini dan juga Microsoft SoftImage.

Perisian-perisian seperti ini sering digunakan bagi tujuan penghasilan animasi yang lebih kompleks misalnya dalam industri perfileman.

Page 35: ANIMASI

PENGGUNAAN ANIMASI

Page 36: ANIMASI

PENDIDIKAN

Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya.

Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata.

Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

Page 37: ANIMASI

Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik.

Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman.

Page 38: ANIMASI

Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya.

Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.

Page 39: ANIMASI

Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat.

Ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan.

Page 40: ANIMASI

MULTIMEDIA INTERAKTIF

Sampel kajian adalah dua kumpulan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik 1A sesi 2003/2004 di Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan, Pahang.

Hasil kajian telah menunjukkan bahawa :(i) penggunaan animasi melalui multimedia interaktif telah

meningkatkan pencapaian pelajar dalam ujian elektrik dan elektonik

(ii) antara tiga jenis elemen animasi yang dikaji, elemen ilustrasi telah dikenalpasti oleh pelajar sebagi elemen paling penting bagi membantu mereka mempelajari elektrik dan elektronik

(iii) penggunaan animasi melalui multimedia interaktif juga telah meningkatkan interaksi dua hala antara pensyarahpelajar.