Upload
janetthy-lurve-chai
View
22
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
anatomi dan fisiologi
Citation preview
Analisis fungsi dan pergerakan serta nyatakan rumusan dalam bentuk penulisan
ilmiah
Tulang ayam tersusun atas 76 % bahan anorganik manakala 25 % bahan
organik. Fungsi sistem tulang pada ayam ialah yang pertama merupakan tempat
pertautan otot-otot sehingga terbentuknya tubuh. Yang kedua melindungi organ
dalam seperti alat pencernaan, jantung, hati dan alat reproduksi. Yang ketiga ialah
tempat sum-sum untuk membentuk sel darah merah dan sel darah putih. Yang
terakhir ialah untuk bernafas bermkasud meringankan tubuh saat ketika ayam
sedang terbang.
Kerangka axial
Tulang kepala ayam terdiri daripada dua bahagian iaitu yang pertama
bahagian kranium. Bahagian tersebut berbentuk bulat berfungsi untuk melindungi
otak dan alat pendengaran. Bahagian tulang yang membentuk tulang kranium
sangat banyak, namun yang perlu dilihat ialah tulang os occipitales yang berhubung
dengan tulang leher (vertebrae cervicalis) iaitu atlas dan epistropheus (axial)
Manakala bahagian facial pula berbentuk seperti kerucut yang terletak pada
muka kranium iaitu terdiri daripada rangka rahang dan tulang lidah. Bahagian facial
terdiri dari banyak tulang, tetapi yang perlu dilihat dengan jelas ialah tulang
dibahagian incisive, mandible dan quadratum. Tulang incisive yang membentuk
paruh atas dan tulang mandible yang membentuk paruh bawah. Fungsi paruh
bahagian atas dapat bergerak apabila mandibular ditekan dengan bantuan tulang
quadratum.
Tulang punggung atau nama saintifiknya columna vertebralis bermula dari
bahagian cervical, thoracal, lumbal, sacral dan cocoygeal. Namun yang
berhubungan dengan proses produksi ayam iaitu tulang leher (vertebrae cervicalis),
tulang rusuk (vertebrae thoracales) dan tulang ekor (vertebrae cocoygeales).
Tulang leher atau nama saintifiknya vertebrae cervicalis. Ia membentuk
rangka leher yang berjumlah 13 atau 14 buah. Tulang leher yang pertama ialah atlas
manakala tulang leher yang kedua ialah epithropheus. Keduanya amat berguna
untuk menggerakkan tengkorak atau tulang kepala ayam. Tulang leher ini saling
berkait antara satu sama lain untuk dapat berputar sehingga memberikan
kebebasan pada leher dan kepala ayam untuk melakukan pergerakan seperti
makan, membersihkan bulu, pertahanan daripada pihak musuh dan juga tujuan lain.
Tulang rusuk atau nama saintifiknya vertebrae thoracales berjumlah 7 buah
tulang rusuk yang saling berpasangan antara satu sama lain. Tulang ekor (vertebrae
cocoygeales) terdiri dari 5 atau 6 tulang yang mana tulang terakhir dan terbesar
disebut pygostyle yang merupakan tempat bagi tumbuhnya bulu ekor ayam. Tulang
dada (os sternum) ukuran antara sternum dengn pubis merupakan suatu indicator
untuk menentukan tinggi atau rendahnya produktivitas ayam petelur. sternum juga
merupakan pelekatan otot yang paling bagus pada ayam yang disebut sasami atau
filet.
Tulang sayap pada ayam merupakan evolusi dari bahagian kaki depan dari
reptile. tulang sayap dibahagi kepada dua bahagian iaitu yng pertama ialah gelang
bahu yang terdiri dari anggota sayap meliputi lengan atas (humerus). Manakala
bahagian yag kedua ialah bahagian bebas dari anggota sayap meliputi lengan atas
(humerus), lengan bawah (radius, ulna) dan hanus (carpus, metacarpus dan digitis).
Bahagian tulang sayap yang berhubungan dengan proses produksi pada ayam iaitu
humerus, radius dan ulna. humerus merupakan tulang yang berguna untuk membuat
masakan ayam berupa baby drum stick Bahagian celah antara radius dan ulna
dipergunakan untuk penandaan saat penelitian dan dikenal dengan penandaan wing
band. otot dan kulit yang melekat di daerah bahagian bebas dari anggota sayap
dipergunakan untuk melakukan vaksinasi cacar (fowl fox)
Tulang kaki dibahagian atas iaitu gelang pinggul yang meliputi (illium, ischium
dan pubis) . pubis merupakan tulang duduk atau pinggul yang merupakan kriteria
untuk memprediksi tinggi atau rendahnya produksi telur ayam. Tulang pubis
cenderung menjadi lurus jika ayam sedang berprodiuksi dan melengkung jika
produksi berhenti. Manakala bagahian bebas dari anggota kaki meliputi paha
(femur), betis (tibia dan fibula) dan kaki bawah (tarsus, metatarsus, digitae). Di
dalam femur terdapat medullary bone yang merupakan sumber kalsium (ca) apabila
ayam kekurangan kalsium pada ransumnya. Bila kekurangan sekali kalsium pada
ransum ayam, dapat menimbulkan lumpuh kaki ayam kerana cadangan kalsium
akan diambil dari medullary bone. Femur merupakan tulang yang berguna membuat
masakan ayam merupakan drum stick