22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN: PERGERAKAN ASAS DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD ZULFADHLI BIN ZAKARIA 891120-03-6115 KURSUS : PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 09

PERGERAKAN ASAS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERGERAKAN ASAS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS RAJA MELEWAR

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN:

PERGERAKAN ASAS

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMAD ZULFADHLI BIN ZAKARIA

891120-03-6115

KURSUS :

PISMP SAINS

AMBILAN JANUARI 09

PENSYARAH PEMBIMBING :

ENCIK BISYUKRI

Page 2: PERGERAKAN ASAS

BIODATA

Nama; Muhamad Zulfadhli Bin ZakariaNo. KP; 891120-03-6115

Tarikh Lahir; 20 November 1989Kursus; PISMP Sem 2,Jan 09

Major; Science / Pj / BiAlamat; Lot 476 Kg.Gong Datuk,16800 Pasir Puteh,Kelantan

Hobi; Seni Bela DiriCita-cita; Pensyarah

E-mel; [email protected]; “Have A Happy Life In This World And Life Hereafter”

Page 3: PERGERAKAN ASAS

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk

1. Tajuk

2. Pengenalan

3. Matlamat

4. Objektif

5. Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

6. Prosedur Pergerakan Asas

7. Pelan Lantai

8. Rumusan

9. Bibliografi

Page 4: PERGERAKAN ASAS

1.0 TAJUK

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan Manipulasi

Alatan.

2.0 PENGENALAN

Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan

setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk

melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Ia boleh dicapai

dengan :-

1) Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan

asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa )

2) Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran

asas dengan betul.

3) Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan

yang dihasilkan.

Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat

komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif,

Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal.

Kemahiran pergerakan asas

Kemahiran ini dibahagi kepada dua iaitu :-

Kemahiran Lokomotor dan

Kemahiran Bukan Lokomotor.

Page 5: PERGERAKAN ASAS

2.1 Lokomotor

Kemahiran lokomotor

Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari

satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua iaitu

Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata.

Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan

Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Lokomotor beritma sekata

1. Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat

badan dari satu kaki ke kaki yang lain

2. Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota

terangkat daripada mencecah bumi

3. Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat

badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah

atau kedua-dua belah kaki.

4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)

5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki

berselang-seli)

6. Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap

supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.

7. Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja.

Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak

digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.

Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di

atas tanah.

Page 6: PERGERAKAN ASAS

Lokomotor Beritma Tidak Sekata.

1. Skip

2. Melongsor

3. Galop

2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor

Kernahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan

dasar menyokong seseorang.

Membongkok

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama

lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada

struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok

ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari

tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula

membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke

kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul

dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.

Meregang

Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan.

Ekstensi didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan

rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah

rentangan melebihi 180'.

Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang

1.Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan

bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki

kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan

belakang.

2.Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan

bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

Page 7: PERGERAKAN ASAS

Mengilas

Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi

panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh

berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian

badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi

panjang.

Memusing

Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh

badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing.

1.Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan,

badan, dan leher.

2.Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan

berlainan sebagal dasar menyokong.

Menolak

Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak

menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan

ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu,

dan pinggul.

Menarik

Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan.

Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik

1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang

berlainan

2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi .

Page 8: PERGERAKAN ASAS

3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan

yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki

Hayun

Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik

tengah yang tetap

Berbuai-buai

Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan

Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai

1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di

dada

2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain

3. Hayun dengan bergayut pada palang

4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri

dan ke kanan

5. Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan

menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan

Rebah

Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah .

Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk

merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong

badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin

berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika

imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya

rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara

berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

Page 9: PERGERAKAN ASAS

Bangkit

Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar

menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan

pusat bumi.

Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangkit

1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga

bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.

2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .

3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.

4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.

Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan

variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh,

pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di

atas:

1) Merangkak-membongkok + berjalan.

2) Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau

lebih langkah berjalan atau berlari.

3) Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong.

4) Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.

2.3 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah

untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran

ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti

pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, dan

sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.

Page 10: PERGERAKAN ASAS

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas menyatakan bahawa manipulasi

melibatkan tiga aspek iaitu :-

1. Memberi tenaga kepada objek.

( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul )

2. Menguasai objek.

( menangkap dan menyambut )

3. Mengawal objek.

( menggelecek dan memantul bola )

3.0 MATLAMAT

Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus

matapelajaran Pendidikan Jasmani yang juga menjadi persediaan asas bagi

pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian

semester satu nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk

mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih

mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat

menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa

banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai

pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan

secara indvidu, diharapkan para peserta mendapat pengetahuan yang

maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam

kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar

lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan

insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri

yang tinggi.

Page 11: PERGERAKAN ASAS

4.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :-

1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor,

dan manipulasi alatan.

2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian

dengan lebih berkesan.

3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul

serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh

anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan.

4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk

menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan.

5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis

dalam diri pelajar.

Page 12: PERGERAKAN ASAS

5.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20

pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan

lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan

yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu

bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan

contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak

menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan

licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu

melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan

ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah.

Page 13: PERGERAKAN ASAS

6.0.Prosedur Pergerakan Asas

No. Jenis

Pergerakan

Huraian Gambar

1. Bukan

Lokomotor

Berdiri Tegak

2. Lokomotor Berjalan Dengan

Langkah Besar

3. Bukan

Lokomotor

Dirian Bangau

4. Lokomotor Berlari Angkat

Lutut

5. Bukan

Lokomotor

Duduk Berlunjur

Sambil Tangan

Menyentuh Kaki

Page 14: PERGERAKAN ASAS

6. Lokomotor Berguling Ke

Depan

7. Bukan

Lokomotor

Melantun Bola

Ke Lantai

8. Lokomotor Mentun Bola Ke

Lantai Sambil

Berjalan

9. Bukan

Lokomotor

Pegang Bola

Sambil Tolak Ke

Kiri Dan Ke

Kanan

10. Lokomotor Sepak Bola

Menggelecek

Page 15: PERGERAKAN ASAS

11. Bukan

Lokomotor

Berdiri Ala Kung

Fu Sambil kepit

Bola Di Ketiak

12. Lokomotor Berjalan Imbang

Tangan Sambil

Kepit Bola Di

Ketiak

13. Bukan

Lokomotor

Duduk Berlunjur

Sambil

Menggerakkan

Bola Di

Kelangkang

14. Lokomotor Ketengteng

Bawa Bola

15. Bukan

Lokomotor

Tekan Tubi

dengan Bola Di

Dada

Page 16: PERGERAKAN ASAS

16. Lokomotor Berjalan Sambil

Pusing Bola

17. Bukan

Lokomotor

Berjalan Sambil

Baling Bola Ke

Tangan Kiri Dan

Kanan

18. Lokomotor Lambung Bola

Sambil Berjalan

19. Lokomotor Melompat

20. Bukan

Lokomotor

Tunduk Hormat

Page 17: PERGERAKAN ASAS

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya,melalui persiapan kertas kerja ini,saya dapat

merancang setiap pergerakan yang akan saya lakukan ketika ujian amali

nanti.Dengan ini,ujian yang akan dihadapi akan menjadi lebih terancang dan

sistematik.Sesungguhnya bukanlah mudah untuk membuat 20 pergerakan

asas yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta

manipulasi alatan.Kita perlu menkaji dan memahami terlebih dahulu tentang

ilmu yang berkaitan pergerakan asas.Seterusnya kita hendaklah mencubanya

sendiri bagi mengaplikasikan ilmu tersebut.Setelah percubaan demi

percubaan dilakukan,barulah kita dapat membiasakan diri dan ujian dapat

dihadapi dengan jayanya.

Page 18: PERGERAKAN ASAS

9.0 BIBLIOGRAFI

Ramakrishnan, P. Y. ( 1998 ), Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam :

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe ( 1994 ), Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor :

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe ( 2001 ), Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.

Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.