15
Aliran Pemikiran Rasionalism e

Aliran Pemikiran Rasionalisme Moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rasionalisme

Citation preview

Aliran Pemikiran Rasionalisme

Aliran Pemikiran RasionalismeApa itu rasionalisme?Perkataan rasionalisme berasal daripada perkataan ratio yang membawa maksud reason atau sebab.

Pemikiran aliran rasionalis menekankan nilai seperti kebenaran, kegunaan dan mempunyai logiknya sendiri.

Ahli falsafah menekankan penaakulan dan pemikiran sebagai faktor utama dalam pemikiran aliran rasionalis.

Golongan rasionalis mempunyai pandangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri.Pengetahuan yang diperolehi dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea yang lain.Pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep,prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.

Pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan bau dan rasa hanya merupakan bahan mentah pengetahuan.

Pengalaman ini akan disusun dalam pemikiran kita untuk membentuk satu sistem yang bermakna sebelum menjadi pengetahuan. Selain itu, manusia juga berupaya untuk mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai bumi yang tidak dapat diberikan oleh pancaindera semata-mata.

Contoh: Ali lebih berat daripada Abu dan Abu lebih berat daripada Ah Meng, maka Ali lebih nerat daripada Ah Meng.Contoh:Amin telah menyiapkan kerja kursus bagi subjek Pendidikan Moral dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Amin yang menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata,

Apakah sebab tugasan saya diberikan markah yang rendah? Adakah tulisan saya kurang elok? Adakah gambar yang saya gunakan itu kurang elok? Elok saya tanya pensyarah supaya saya tidak mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang.

Aliran pemikiran Amin ternayata bergantung kepada penaakulan dan dengan itu pemikirannya adalah waras dan rasional. Pemikiran tersebut menghasilkan tindakan yang rasional juga.

Ciri-Ciri Pemikiran RasionalismeRasionalisme menekankan fikiran sebagai sumber utama pengetahuan manusia

Akal pemegang autoriti terakhir bagi penentuan kebenarannya.

Sikap atau pemikiran yang mempercayai bahawa kepercayaan agama seharusnya ditolak jika ia didirikan tanpa asas rasional.

Setiap benda hanya boleh dijelaskan melalui satu sistem sahaja iaitu ketaakulan

Optimis bahwa kesejahteraan umat manusia akan ditunjang oleh kemajuan sains dan teknologi.Tokoh-TokohRene Descartes (1596-1650 )Blaise Pascal ( 1623 - 1662 )Nicolas Malebranchhe ( 1638 1775 )B De Spinoza ( 1632 1677 )G.W Leibniz ( 1646 1716 )

Rene Descartes (1596-1650 )

Seorang Katolik Roman PerancisMengkritik falsafah klasik dan berpegang dengan ilmu Matematik yang hanya meyakinkan.Falsafah Descartes dibangunkan berdasarkan suasana Zaman Renaissance dan latar belakang peringkat awal falsafah moden.Pandangan : Akal adalah asas dan panduan bagi mencapai kebenaranBapa falsafah moden.

Hubungan antara rasionalisme dengan moral/tingkah laku.Segala tingkah laku moral adalah berasaskan hasil pemikiran rasional yakni sentiasa memikir sesuatu dengan waras dan logik.

Contoh: Aisyah melihat seorang nenek tua hendak melintas jalan raya. Sebagai seorang yang berfikiran rasionalis, Aisyah akan menolong nenek tersebut kerana perkara tersebut dirasakannya logik dan waras.Rasionalis menitikberatkan penggunaan sebab yang munasabah dalam membuat keputusan dan melakukan sesuatu.

Rasionalis berpendapat bahawa walaupun mematuhi peraturan moral itu penting sebagai tabiat yang baik tetapi apabila seseorang itu berupaya untuk berfikir secara kritikal, dia hendaklah memastikan kerasionalan peraturan tersebut.Bagi seorang rasionalis, peraturan moral harus dikaji menurut logik akal sebelum dia menerima atau menolak prinsip atau peraturan moral tersebut.

Rasionalis juga berpendapat bahawa emosi atau perasaan yang bersesuaian dengan sesuatu situasi akan merangsang seseorang bertindak terhadap keputusannya.

Pendidikan moral harus dapat mengembang aspek autonomi moral iaitu berfikir dan bertindak sendiri bukan secara bebas tetapi secara berdisiplin iaitu secara waras/ objektif.Kesan Positif Aliran Pemikiran RasionalismeKeputusan yang dibuat secara rasional akan memberi kebaikan kepada pihak-pihak yang membuat keputusan tersebut.

Contoh: Ammar meminta Aiman untuk membantunya membuat lukisan bagi subjek Pendidikan Seni. Aiman secara tidak sengaja menumpahkan cat ke atas lukisan Ammar. Ammar berasa marah tetapi kerana dia berfikiran rasional, dia mengambil keputusan untuk menegur Aiman dengan cara yang baik daripada menengking dan memarahinya.Kesan negatif Aliran Pemikiran RasionalismeTerlalu banyak mempersoalkan mengenai perkara yang berlaku. Contohnya, mempersoalkan arahan, peraturan dan lain-lain.

Contoh: Ibu berpesan kepada Rina agar tidak terlalu rapat dengan budak lelaki di sekolah kerana mereka nakal. Rina mendapati bahawa pesanan ibu tidak rasional kerana baginya tidak semua budak lelaki di sekolahnya adalah nakal.Golongan rasionalis mungkin tidak mahu masuk campur dan menjalankan sebarang tugas yang dirasakan tidak munasabah atau tidak dapat diterima oleh logik akal mereka.

Mereka juga mungkin tidak mahu untuk menjalankan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang dirasakan tidak logik atau waras.

Contoh: Tentera laut tersebut dibuang kerja kerana tidak mahu menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak atasan iaitu membunuh orang yang tidak bersalah dalam misi yang telah diberikan kepadanya. Bagi tentera tersebut, misi tersebut tidak waras dan melanggar etika moral hidupnya.