Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu

Embed Size (px)

Citation preview

  1. 1. ALIRAN DAN TOKOH DALAM TATABAHASA MELAYU Ahli Kumpulan: Shelly Awing Junut Nancy Ngumbang Nurul Afifah bt Abd Yatim Caroline Nyandau
  2. 2. PENGENALAN Tatabahasa merupakan susunan perkataan yang kemudiannya menjadi ayat. Penyusunan perkataan dan kemudian ayat ini akan mempunyai makna yang tertentu. Terdapat peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat dan peraturan inilah yang menentukan ketepatan sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu baik, baik secara lisan mahupun tulisan. 8.1 Aliran dan tokoh
  3. 3. Terdapat ramai sarjana Barat & tempatan yang mengkaji tatabahasa Melayu. Aspek penggolongan kata yang dibuat oleh Saba, Marsden dan Windsted yang menjelaskan tatabahasa dengan menggolongkan nama mengikut makna. Kita juga dapat melihat penggolongan kata yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh tersebut pada dasarnya adalah sama.
  4. 4. R.O. WiNstEdt R.O. Winstedt Malay Grammar (1914) Penggolongan kata boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu nama(substantives), kerja (verbals) dan partikel. a. Nama : nama, ganti nama, angka, sifat nama b. Kerja : kata kerja, sifat kata c. Partikel : kata depan, kata sendi, kata seru, penambah
  5. 5. W. MARsdEN W. Marsden A Grammar of the Malay Language (1812) Marsden membahagikan kata kepada dua bidang utama iaitu golongan besar dan golongan kecil. a. Golongan besar : nama, sifat nama, kerja b. Golongan kecil : ganti nama, angka, sifat kata, kata depan, kata sendi, kata seru
  6. 6. ZAbA Zaba : Pelita Bahasa Penggal 1 (1940) Zaba pula membahagikan golongan kata kepada lima bahagian iaitu kata nama, kata perbuatan, kata sifat, kata sendi dan kata seruan. a. Kata Nama : menyebut benda atau orang b. Kata Perbuatan : menyebut perbuatan atau keadaan yang diadakan
  7. 7. c. Kata Sifat : menerangkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainnya. d. Kata sendi : menyambungkan antara perkataan dengan perkataan atau antara bahagian percakapan. e. Kata seruan : mengeluarkan perasaan hati.
  8. 8. ALIRAN TOKOH TATABAHASA STRUKTURAL
  9. 9. Konsep Tatabahasa StrukturalTatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa bermaksud . merangkumi bentuk-bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan.
  10. 10. Tatabahasa Struktural Tatabahasa Struktural dikait dengan era Linguistik Moden. Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya. Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam.
  11. 11. Tatabahasa Struktural Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.
  12. 12. Tokoh Tatabahasa Struktural Tatabahasa Struktural Barat Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics L. Bloomfield Language (1933) Edward Sapir Language (1881) Z.S. Harris - Structural Linguistics (1951) dan ramai lagi.
  13. 13. Tokoh Tatabahasa Struktural Tokoh Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an Antara buku tatabahasa aliran Struktural di Malaysia ketika itu ialah: Asmah Hj. Omar (1968) Morfologi - Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) An Introduction to Malay Grammar Asmah Hj. Omar (1970) Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktur (Buku 1-V) Asraf (1971) Mari Belajar Bahasa Kita
  14. 14. Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.
  15. 15. Unsur dan Unit Yang Membentuk Struktur Dalam Tatabahasa Struktural
  16. 16. Aliran struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain.
  17. 17. Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural Fokus pengkajian TS ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini: Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitrari Bahasa adalah untuk perhubungan
  18. 18. RUMUSAN Rumusannya, aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.
  19. 19. ALIRAN TRANSFORMASI GENERATIF
  20. 20. DEFINIFI Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk SyntacticStructures. nahu sebagai a device of some sort for producing the sentences of thelanguage under analysis menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat- ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin.
  21. 21. Setiap penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan untuk menggunakan bahasa secara gramatis. Kajian bahasa terletak pada pengetahuan dan kecekapan penutur asli menggunakan bahasa serta berkemampuan membentuk dan memahami pelbagai jenis ayat yang tidak terkira banyaknya. Nahu dibahagikan kepada 3 NAHU sintaksis semantik fonologi
  22. 22. STRUKTUR DALAMAN DAN STRUKTUR PERMUKAAN Struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain, membentuk semantik ayat. Struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponen fonologi. Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa. STRUKTUR DALAMAM STRUKTUR PERMUKAAN
  23. 23. TATABAHASA MODEL GENERATIF
  24. 24. a) Adik menunggang basikal itu. b) Basikal itu ditunggang oleh adik. Ayat di atas mempunyai makna yang sama (bersifat parafrasa). c) Ibu bapa Wani sedang bercuti. Ayat di atas mempunyai unsur ketaksaan.
  25. 25. STRUKTUR DALAMAN Zakiah doktor. STRUKTUR PERMUKAAN Zakiah bukan doktor. Zakiah doktor? Siapakah Zakiah? Zakiah ialah doktor gigi. Doktor itu Zakiah. Ayat dasar Berlaku perubahan pada struktur ayat. Terdiri daripada pelbagai bentuk ayat.
  26. 26. RUMUS STRUKTUR FRASA RUMUS STRUKTUR FRASA terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan deskripsi struktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti. berfungsi untuk melahirkan rajah- rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek, predikat, dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. RUMUS TRANSFORMASI RUMUS TRANSFORMASI Berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa menjadi input kepada rumus transformasi menukar pola atau struktur ayat membawa kepada struktur permukaan. Struktur permukaan ditafsir oleh bahagian bunyi bahasa atau kompenan fonologi. Proses transformasi melibatkan proses pengguguran, penyusunan semula atau perluasan RUM US SINT AKSI S RUM US SINT AKSI S
  27. 27. RUMUS STURKTUR FRASA i. A SP ii. S FN iii. P FN/ FK/ FA/ FS iv. FN (BiL) + (Penj Bil) + (Gel) + KNInt + (KNInt) + (Pen) + (Penentu) v. FK (KB)+ KKtr + {Obj / AKomp} + (ket) KKttr + {Pel / AKomp} vi. FA (KB) + (KPeng)+ Adj + (Ket) + (Akomp) vii. FS (KB) + SN + (KNArah) +FN + { (AKomp)/ (Ket)}
  28. 28. Rajah pokok rumus struktur frasa Contoh ayat: Azizah peguam. (subjek) (predikat) FN FN Contoh ayat: Si Atan sedang membaca buku itu
  29. 29. RUMUS TRANSFORMASIPROSESPENGGUGURAN Pengguguran frasa nama sebagai subjek Pengguguran frasa predikat
  30. 30. PROSESPENGGUGURAN Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama
  31. 31. PENYUSUNAN SEMULA Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek Penyusunan semula frasa nama sebagai objek Penyusunan semula melalui ayat songsang Ayat yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan: 1. Syam bertolak ke Selangor semalam. 2. Semalam Syam bertolak ke Selangor. 3. Bertolak ke Selangor Syam semalam.
  32. 32. PROSES PELUASANPROSES PELUASAN Peluasan frasa nama sebagai subjek Peluasan frasa predikat Peluasan dengan kata hubung Penggabungan ayat yang mempunyai konstituen yang sama dengan kata hubung Rita suka memasak. Atirah suka memasak. Rita dan Atirah suka memasak Peluasan melalui proses komplementasi Maria memberitahu kami. Jamuan hari raya ditangguhkan. Maria memberitahu kami bahawa jamuan hari raya ditangguhkan.
  33. 33. Tatabahasa Dewan: Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood
  34. 34. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim (1993) (Aliran Transformasi Generatif dan bercampur dengan Tradisional dan Struktural). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan buku-buku yang terpilih dan sumber. Analisis kandungan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk meneiliti perubahan kata tunggal bahasa Melayu mengikut aliran. Penyelidik menggunakan kaedah temu bual dengan beberapa orang informan yang terpilih untuk mendapatkan maklumat tentang kekuatan pegangan aliran tatabahasa.
  35. 35. Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar pragmatik yang menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal Menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsinya. Memusatkan pengguna memilih dan menggunakan bentuk dan susunan kata menyampaikan makna yang ingin disampaikan. Mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam suatu bahasa atau ilmu mengenai hal itu.