24
PENGENALAN Adab resam merupakan sesuatu benda yang wajib bagi sesuatu kaum dan setiap bangsa di Malaysia ini mempunyai adab resamnya yang tersendiri. Abad resam yang diterima pakai dan dijadikan peraturan dan panduan dalam hidup. Seterusnya ia akan membentuk hukum yang akan diamalkan dalam kehidupan masyarakat tersebut. Abad yang diamalkan oleh sesuatu kaum itu akan melambangkan kaum tersebut. Hal ini demikian kerana, adab yang diamalkan oleh sesebuah kaum adalah berbeza dan ia mengikut kepercayaan dan pantang larang masing-masing. Ada sesetengah adab yang diamalkan akan menyalahi agama terutama agama Islam contohnya adab menolak bala. Adab ini seolah olah tidak percaya kepada kebesaran pencipta sehingga adab resam yang karut ini dilakukan. Menurut pendapat Mac Iver, (1970,22) “ adab resam sebagai latar cara yang diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai dan sebagainya atau adab itu cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial. Dalam kamus dewan pula, menurut pandangan ( Tengku Iskandar, 1984,975) mentafsirkan istilah adab resam sebagai “ adab kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adab resam seperi makan bertertib, bersopan- santun ketika bertutur di mana ia menjadi sifat atau tabiat manusia semula jadi yang menjadi ikutan turun-temurun. Daripada penafsiran adab resam tersebut kita dapat mengetahui anggota masyarakat yang mengamalkan adab resam dalam kehidupan mereka kehidupan mereka lebih bertatacara. Adab resam setiap kaum berbeza tetapi persamaanya tujuannya sama iaitu untuk membentuk satu 1

Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah, perkahwinan, norma masyarakat, adat, istiadat

Citation preview

Page 1: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

PENGENALAN

Adab resam merupakan sesuatu benda yang wajib bagi sesuatu kaum dan setiap

bangsa di Malaysia ini mempunyai adab resamnya yang tersendiri. Abad resam

yang diterima pakai dan dijadikan peraturan dan panduan dalam hidup. Seterusnya

ia akan membentuk hukum yang akan diamalkan dalam kehidupan masyarakat

tersebut. Abad yang diamalkan oleh sesuatu kaum itu akan melambangkan kaum

tersebut. Hal ini demikian kerana, adab yang diamalkan oleh sesebuah kaum adalah

berbeza dan ia mengikut kepercayaan dan pantang larang masing-masing. Ada

sesetengah adab yang diamalkan akan menyalahi agama terutama agama Islam

contohnya adab menolak bala. Adab ini seolah olah tidak percaya kepada kebesaran

pencipta sehingga adab resam yang karut ini dilakukan.

Menurut pendapat Mac Iver, (1970,22) “ adab resam sebagai latar cara yang

diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai dan sebagainya

atau adab itu cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial. Dalam kamus

dewan pula, menurut pandangan ( Tengku Iskandar, 1984,975) mentafsirkan istilah

adab resam sebagai “ adab kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adab resam

seperi makan bertertib, bersopan- santun ketika bertutur di mana ia menjadi sifat

atau tabiat manusia semula jadi yang menjadi ikutan turun-temurun. Daripada

penafsiran adab resam tersebut kita dapat mengetahui anggota masyarakat yang

mengamalkan adab resam dalam kehidupan mereka kehidupan mereka lebih

bertatacara. Adab resam setiap kaum berbeza tetapi persamaanya tujuannya sama

iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang maju, dinamik dan prograsif.

Menurut pendapat R.Roolvinki 1966, “ budaya adalah berasal daripada

perkataan asalnya iaitu budi dan daya dan daripada perkataan inilah munculnya

perkataan budaya. Pendapat ini juga disokong oleh R.Roolvink. Manakala menurut

pandangan M.Herskotives mengatakan manusia yang mempunyai budaya dapat

berinteraksi antara satu sama lain. Budaya ini adalah perlakuan manusia yang

dipelajari dan bersifat simbolik.

1

Page 2: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

ASAL-USUL SUKU KAUM SUNGAI DI SABAH.

1Dari catatan sejarah, asal usul mengenai orang Sungai adalah bermula dari 1881,

apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi

menyusuri sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Labok yang masih wujud

pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi menyusuri sungai kinabatangan sehingga ke

Kampung Labok yang masih wujud ketika ini, beliau tersempak dengan masyarakat

dengan panggilan the river people. Selepas peristiwa berikut dan semasa

pemerintahan The Britian North Borneo Company, panggilan ini telah ditukar

kepada Orang Sungai. Mengikut Whelan F.G Orang Sungai pada asalnya adalah

orang Dusun tetapi oleh kerana pada zaman itu mereka berada di bawah

pemerintahan kesultanan. Orang sungai kebanyakannya mereka telah menganut

agama Islam dan mula menetap di tepi sungai, mereka mengasingkan diri dan

orang dusun atau dipanggil orang barat dan cuba menyesuaikan diri dengan cara

hidup mereka di tepi-tepi sungai sehingga akhirnya berlaku perubahan dari segi

hidup dan pertuturan.

Suku kaum sungai juga merupakan suku kaum Idahan yang salah satu

kumpulan etnik peribumi di Sabah yang terawal dan terdapat di kawasan pantai

timur Sabah, iaitu di daerah Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan. Manakala

bilangan suku kaum ini agak sedikit dan dianggap sebagai suku kaum minoriti di

Sabah, jumlah ini adalah berdasarkan anggaran sahaja. Keadaan ini berlaku kerana

tidak ada satu angka yang tepat tentang jumlah sebenar penduduk suku kaum

Idahan di Lahad Datu. Anggaran dibuat berdasarkan jumlah pengundi yang

berdaftar dan suku kaum Idahan ini dikategorikan sebagai bangsa lain-lain dalam

1 Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 5-10 ) .

Universiti Malaysia Sabah

2

Page 3: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

perangkaan penduduk Malaysia. Sebenarnya suku Idahan mempunyai rumpun atau

keluarga sendiri seperti kelompok kaum Dusun dan Bajau. Mereka boleh

dibahagikan kepada tiga subkeluarga seperti agama, bahasa dan tempat tinggal.

Dalam penempatan pula suku kaum Idahan kebanyakannya tinggal di daerah lahad

datu di setiap perkampungan seperti di kawasan sekitar tungku di panggil begahak

dan dikawasan sandakan dan kinabatangan mereka di panggil orang sungai.

Walaupun suku kaum ini di panggil dengan nama yang berlain tetapi meraka adalah

dalam satu rumpun yang sama. Oleh kerana disebabkan penggunaan bahasa yang

sama dan boleh berinteraksi antara satu sama lain.

Sebahagian suku kaum sungai juga penganut agama islam dan ada yang

beragama kristian manakala terdapat juga masih tiada menganut apa-apa agama.

Walaupun berlainan agama, hubungan kekeluargaan mereka tidak terputus.

Malahan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan ada juga yang tinggal di

kawasan kampung yang sama. Mengikut sejarah perkembangan agama Islam di

Sabah, suku kaum Sungai merupakan pemeluk agama yang pertama di negeri

sabah. Sumber ini dibuktikan pemelukan agama Islam oleh salah orang berturunan

idahan yang tinggal di kawasan Lahad datu, sabah pada tahun 1408. Orang

tersebut bernama Abdullah dan pengislamannya dilakukan dikawasan teluk Darvel

oleh auliah dari arab yang bernama auliah Makdum. Fakta ini dapat dibuktikan

dengan pertemuan sebuah manuskrip lama yang bertulisan Jawi dalam bahasa

Sungai lama daripada salah satu tokoh agama di daerah Lahad Datu, iaitu Imam

Injir atau dikenali juga sebagai Ahmad bin Imam Panjang. Khazanah yang berharga

ini di temui oleh Tom Harrison semasa beliau membuat kajian tentang suku kaum

Sungai di Lahad Datu.

Dalam suku kaum idahan ini terdapat juga nama kampung yang diambil

berdasarkan sifat dan bentuk sungai seperti kawasan sapagayo. Pemberian nama

kampung ini adalah berdasarkan bentuk sungai itu yang dikata menpunyai banyak

air besar, iaitu sapa bermaksud air dan gayo pula bererti besar. Begitu juga dengan

nama kampung terusan yang menpunyai banyak anak sungai yang berbentuk

terusan dan terdapat sungai-sungai kecil yang berterus menghubungkan ke sungai

sapagayo. Justeru itu, nama-nama tempat yang dibuat oleh suku kaum Sungai

adalah sifat alam yang terdapat dikawasan yang mereka diami. Pada masa kini,

suku kaum Sungai berada dalam situasi peralihan daripada sebuah masyarakat

3

Page 4: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

tradisional kepada masyarakat bandar. Keadaan ini berlaku sebahagian daripada

aktiviti ekonomi pasaran, selain itu sistem ekonomi sara diri proses peralihan.

Sistem ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi pasaran. Selain itu, telah ramai

generasi muda melibatkan diri dalam perkerjaan berpendapatan tetap sama ada

dalam sektor kerajaan, mahupun sektor swasta. Perubahan yang berlaku ini

akibatnya daripada pendedahan sistem pendidikan, perubahan kehidupan yang

berlaku bukan sahaja dari sesi ekonomi malahan turut melibatkan kepada aspek

lain seperti kepimpinan, perkahwinan dan kekeluargan serta adat resam yang turut

berubah.

KEPERCAYAAN DAN PANTANG LARANG KAUM SUNGAI.

2Sesebuah masyarakat yang wujud akan mempunyai kepercayaan dan pantang

larangnya yang tersendiri. Kepercayaan dan pantang larang ini tidak dapat

dipisahkan daripada sesebuah masyarakat kerana ia merupakan pembentuk dan

pengenalan kepada sosiobudaya sesuatu bangsa. Oleh itu, untuk mengenali

sesuatu bangsa itu dengan lebih mendalam maka amat wajar bagi seseorang itu

untuk mengetahui sosiobudaya dan pantang larang kaum tersebut. Menurut

seorang pengkaji budaya, kepercayaan dan pantang larang yang di amalkan oleh

kaum Idahan atau dikenali juga sebagai kaum sungai ini hampir sama dengan suku

kaum peribumi yang lain di Sabah. Cuma yang akan membezakan ialah cara

pengendalian dan pengaplikasian di dalam kehidupan kaum sungai ini. Jadi untuk

melihat sejauh mana mereka patuh dengan sistem sosial mereka yang di amalkan

bergantung kepada persepsi dan pengamalan dalam masyarakat tersebut.

Amalan kepercayaan dan pantang larang ini telah membentuk disiplin sosial

dalam kalangan masyarakat Sungai. Jika mereka tidak menurut kepercayaan dan

pantang larang mereka, mereka akan dikhuatiri sesuatu bala bencana akan

menimpa kepada mereka. Hai ini telah menimbulkan unsur-unsur ketakutan yang

akan menjadi pendorong kepada ahli masyarakat untuk patuh kepada amalan-

2 Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 31- 42)

. Universiti Malaysia Sabah

4

Page 5: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

amalan tradisional ini. sistem sosial kaum Idahan juga adalah implementasi

pengalaman kehidupan sejak lahir. Kepercayaan yang dipegang dalam kaum ini

diperoleh daripada pengalaman ritual dan diwariskan secara turun-temurun

daripada ibu bapa. Pantang larang ini juga boleh dianggap sebagai suatu disiplin

lisan. Selain itu, ia juga boleh dirujuk kepada had-had kehidupan yang digaris oleh

sistem kepercayaan terutamanya tentang makhluk halus yang turut menetap

bersama dengan mereka.

Jika berlaku ingkar, mereka percaya akan mengundang bencana yang tidak

diingini. Di sini dapat memperlihatkan bahawa pantang larang yang diamalkan itu

bertujuan untuk melindungi seseorang daripada sebarang malapetaka yang berlaku

daripada kuasa ghaib. Dalam kaum Sungai ini pantang larang yang dipengaruhi

oleh konsep liwon. Konsep ini begitu kuat sekali kerana ia mempengaruhi aspek

sosial dan masyarakat itu.

Antara kepercayaan dan pantang larang yang terdapat dalam masyarakat

kaumSungai ini seperti amalan dalam kegiatan ekonomi, amalan pembinaan rumah,

wanita yang mengandung dan ketika menyambut kelahiran bayi, upacara tolak

bala. Selain itu, terdapat juga amalan kepercayaan dan pantang larang lain dalam

kehidupan seharian. Contoh kepercayaan dan pantang larang harian dalam

masyarakat Sungai seperti jika tengah memasak tidak boleh menyanyi terutama

anak dara, begitu juga semasa membuang air kecil atau air besar. Hal ini demikian

kerana masyarakat kaum etnik ini mempercayai akan mendapat pasangan yang tua

semasa berkahwin nanti. Selain itu, anak dara juga tidak dibenarkan untuk duduk di

atas tangga rumah depan ataupun tangga dapur kerana dipercayai lambat

menerima jodoh. Kepercayaan dan pantang larang ini bukan sahaja melibatkan

golongan anak dara tetapi melibatkan juga golongan kanak-kanak.

3Antara kepercayaan dan pantang larang dalam kalangan kanak-kanak

3 Saidatul Norniz Hj. Mahali (2010) , Adab dan Ritual Kematian di Sabah.(M/S 63-

72) . Utusan Kinabalu CO Sdn.Bhd

5

Page 6: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

seperti kanak-kanak tidak boleh bermain api kerana dipercayai apabila besar nanti

akan menjadi seorang pencuri. Selain itu, kanak-kanak yang belum tumbuh gigi

tidak boleh diletakkan di atas kepala kerana dipercayai akan tumbuh gigi secara

bertingkat. Di samping itu, kepercayaan dan pantang larang harian yang lain juga

terdapat dalam kaum Sungai ini seperti apabila seseorang itu bersin hendaklah

dipanggil semangatnya dengan seruan “baliklah semangat kau ke dalammu

semula”. Kaum ini juga tidak boleh menyiku atau bermain siku-menyiku kerana ia

dipercayai perbuatan menyumpah dan boleh mengakibatkan pendek umur.

Perbuatan bersiul pada waktu siang ataupun malam tidak boleh dilakukan oleh

kaum ini. Hal ini demikian kerana, jika perbuatan ini dilakukan pada waktu siang ia

dianggap sial manakala jika berlaku pada waktu malam pula ia dianggap

memanggil hantu. Hal ini kerana perbuatan bersiul ini merupakan permainan

syaitan dan iblis .Selain itu, terdapat banyak lagi kepercayaan dan pantang larang

dalam kaum Sungai ini.

Sebenarnya segala kepercayaan dan pantang larang yang wujud ini adalah

pembentuk sosial atau cara untuk mendidik anak-anak. Misalnya, kepercayaan dan

pantang larang yang kanak-kanak yang sedang bermain api itu sebenarnya

mempunyai maksud yang tersirat kerana pada masa dahulu orang-orang Idahan ini

menggunakan pelita atau lampu daripada minyak tanah. Jadi untuk mengelakkan

daripada berlakunya kebakaran jadi orang tuan terdahulu telah membuat kisah

yang menakutkan ini untuk menakutkan kanan-kanak supaya kanak-kanak ini tidak

lagi bermain dengan api. Selain itu, kepercayaan dan pantang larang berkaitan

dengan anak dara yang tidak boleh menyanyi di dapur semasa memasak

sebenarnya simbolik agar si dara berjumpa dengan pasangan yang tua.

Sebenarnya, ia mempunyai maksud yang tersirat iaitu supaya makanan yang

dimasak itu tidak hangus dan tidak berlaku kebakaran.

Kepercayaan dan pantang larang dalam masyarakat sungai ini masih

diamalkan sehinggalah ke hari ini. Walaupun sekarang merupakan zaman moden

dan akan menuju ke zaman globalisasi, kepercayaan ini masih kukuh dalam

kehidupan masyarakat kaum Sungai ini sebagai pembentuk sosial kepada anak-

anak mereka.

6

Page 7: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

Selain daripada kepercayaan dan pantang larang harian yang di amalkan

mereka juga terdapat kepercayaan dan pantang larang kepada wanita yang sedang

mengandung. Dalam kaum Sungai ini wanita yang mengandung mestilah mengikut

bebrapa pantang larang dan adab kelahiran bayi. Hal ini demikian kerana, menurut

kepercayaan kaum Sungai, jika si ibu ingkar kepada pantang larang ini maka si anak

memperoleh rogkot dalam kehidupannya. Oleh itu, pantang larang dan adab ini

telah diterapkan daripada bayi itu dalam kandungan ibu lagi. Menurut kaum Sungai

lagi, kaum ibu yang mengandung ini mudah dirasuk dan diganggu oleh syaitan dan

makhluk halus. Oleh itu, wanita yang mengandung ini akan memakai wangi-

wangian yang disapu dengan bonglai pada seluruh badan supaya mereka tidak

diganggu.

Selain itu, wanita yang mengandung ini juga tidak boleh menjahit seperti

menampal kain kerana dipercayai air tembuni akan bertambah banyak. Wanita

yang mengandung juga tidak boleh berjalan pada waktu malam, hujan dan waktu

berlaku ribut kerana pada masa ini makhluk halus dan syaitan suka berkeliaran.

Disebabkan hal ini, wanita yang mengandung ini tidak dibenarkan keluar kerana

dikhuatiri apabila diganggu boleh membawa kemudaratan seperti berlakunya

keguguran ataupun bersalin awal. Di samping itu, wanita yang mengandung apabila

berjalan tidak perlu mengikat rambut sebaliknya dihuraikan sahaja rambut itu. Hal

ini demikian kerana, dengan perbuatan seperti menghuraikan rambut ini akan

menakutkan dan mengelakkan gangguan makhluk-makhluk halus. si suami atau si

isteri juga tidak boleh membunuh binatang kerana ditakuti akan terkena kenan

daripada binatang yang dibunuh. Bagi wanita mengandung yang telah kehilangan

suami, wanita ini hendaklah memakai pakaian suami sehingga selepas bersalin.

Apabila tiba waktu bersalin dan sekiranya berlaku keadaan di mana si ibu

mengalami kesulitan ketika bersalin, maka bidan akan mengarahkan kepada suami

kepada wanita yang bersalin itu memakai kain. Selepas itu si suami dikehendaki

melangkah perut si isteri sambil berkata “ keluarlah kau anak janganlah kau

berkecil hati dengan bapak”. Selepas bersalin, wanita itu kan mandi untuk

menbersihkan badan sehingga selesai waktu nifas. Mengikit kepercayaan

masyarakat Idaham “mandi bersih badan” ini mempunyai beberapa peringkat iaitu

7

Page 8: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

pertama, mandi tiga hari selepas bersalin kedua, mandi pada hari ke tujuh, hari 20,

hari ke 40 dan yang terakhir pada hari yang ke 44 hari. orang yang

bertanggungjawab memandikan ialah bidan itu sendiri.

Pantang larang dalam amalan yang seterunya ialah pantang larang dalam

amalan upacara tolak bala. Amalan ini dilakukan pada hari rabu di akhir bulan Safar

setiap tahun. Amalan ini dilakukan dengan tujuan untuk menghindarkan segala

malapetaka untuk tahun seterusnya. Menurut kepercayaan suku kaum Sungai hari

rabu merupakan hari nafas atau hari yang berbahaya. Ketua kampung merupakan

orang yang bertanggungjawab untuk mengumumkan hari tolak bala tersebut.

Selepas pengumuman dilakukan, maka proses penyediaan makanan akan bermula.

Antara sajian yang wajib ada semasa upacara ini berlangsung ialah ketupat.

Kebiasaanya tempat untuk melakukan upacara ini ialah di kawasan sungai yang

berhampiran dengan rumah ataupun di kawasan muara sungai

Apabila tiba hari tolak bala, semua penduduk akan berkumpul di kawasan

yang telah ditentukan oleh imam kampung. mereka akan membawa makanan yang

telah mereka sediakan untuk dijamu bersama-sama. Apabila semua sudah

berkumpul, maka imam akan memulakan bacaan doa arwah dengan diikuti dengan

bacaan doa selamat supaya segala yang tidak baik dapat dijauhi. Selesai

pembacaan doa yang dilakukan oleh imam, mereka akan menjamu selera bersama-

sama. Apabila selesai makan, imam akan memulakan upacara tolak bala. Semasa

upacara ini berlangsung, setiap individu mesti memegang objek-objek seperti pasir

atau batu di tangan semasa acara tolak bala itu dilakukan. Apabila imam

menjiruskan air ke badan mereka, maka batu atau pasir yang dipegang itu akan

dilepaskan serta merta bersama-sama air tolak bala itu sambil berniat semoga

segala perkara yang tidak baik akan terikut pada waktu atau pasir tertentu.

Semua yang sampai akan dikumpul dan akan dihanyutkan dengan

menggunakan satu kapal kecil yang dihiasi dengan bendera dengan berwarna-

warni, selepas acara tolak bala berakhir. Dalam upacara tolak bala ini terdapat dua

bacaan tolak bala, iaitu pertama, bacaan ketika mandi. Dan yang kedua ialah

bacaan yang dihembus ke dalam satu tempayan dan di minum untuk seisi keluarga.

8

Page 9: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

Pada hari upacara tolak bala itu berlangsung tidak dibenarkan seorang pun

membuat aktiviti kerana dikhuatiri jika berlaku sesuatu perkara ia boleh membawa

maut dan mendapat musibah yang besar.

Pada masa kini, amalan ini telah mengalami perubahan kerana telah berlaku

pendedahan kepada anak- anak muda tentang ajaran islam dan hukum-hukum

agama islam. perkara-perkara yang melanggar ajaran Islam telah ditinggalkan.

Sekarang, upacara tolak bala ini dilakukan di masjid kampung. Kaum lelaki akan

datang dengan membawa makanan yang disediakan dari rumah untuk dijamu

bersama-sama jemaah masjid yang lain. Upacara ini dilakukan apabila selesai solat

Zuhur dan iman akan membaca doa arwah dan doa selamat . Selesai bacaan doa

selamat mereka semua akan menjamu selera dan selepas itu mereka kan

bergotong-royong akan membersihkan kawasan tempat makan. Apabila selesai

membersihkan kawasan tempat makan para jemaah akan pulang ke rumah masing-

masing dan ini boleh dikatakan amalan tolak bala sudah tidak diamalkan lagi.

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM ORANG SUNGAI

4 1) Merisik (Jarum-jarum) :

Pihak lelaki akan menghantar 1 atau 2 orang wakil untuk bertandang ke

rumah si gadis yang telah dicalonkan oleh lelaki untuk tujuan merisik. Tujuan ini

untuk mengetahui status c gadis sama ada sudah berpunya atau belum. Jika belum

berpunya, maka wakil akan memberikan notis kepada pihak si gadis untuk

bertandang sekali lagi untuk meminang pada tarikh yang akan ditetapkan.

2) Meminang (Menawo) :

4 Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 11-19 )

. Universiti Malaysia Sabah

9

Page 10: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

Kedua-dua pihak akan menghantar wakil masing-masing untuk melakukan

perundingan bagi majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Wakil tersebut

hendaklah mempunyai pengalaman tentang adat istiadat perkahwinan dan fasih

berkata-kata semasa melakukan perundingan. Hasil perundingan tersebut perlulah

ada kata sepakat dan harmoni agar tidak ada yang terguris bagi mana-mana pihak.

Penyerahan pembuka mulut(pengawang basaro) dilakukan untuk memulakan majlis

meminang sebagai tanda budi pekerti dan sopan santun dari pihak lelaki. Selain itu,

penyerahan belanja duduk juga akan diberikan sebagai bayaran perbelanjaan majlis

meminang kepada tuan rumah. Jika sudah mendapat keputusan perundingan,

jumlah hantaran dan juga mas kahwin, sebentuk cincin (panando) akan disarungkan

di jari si gadis dari pihak lelaki sebagai tanda setuju yang si gadis telah pun

dipinang. Tarikh penghantaran hantaran perlu ditetapkan agar pihak lelaki bersedia.

Adat kelangkahan akan berlangsung jika terdapat langkah bendu. Perkara ini akan

ditentukan dari persetujuan kedua- dua pihak.

3) Majlis Hantaran (Mengossur) :

Semasa majlis ini, pihak lelaki kena menyerahkan kelengkapan dengan penut

adat istiadat untuk diberikan kepada pihak si gadis. Jumlah permintaan hantaran

mestilah tepat seperti yang dijanjikan. Hantaran yang diberikan hendaklah dibalas

dengan hiasan kraftangan yang cantik sebagai tanda terima kasih. Bilangan dulang

hendaklah dalam bilangan ganjil dan pihak si gadis perlu membalas melebihi

hantaran lelaki. Tarikh perkahwinan dan aturcara majlis pernikahan akan

dibincangkan dalam majlis ini atas persetujuan kedua pihak.

4) Majlis Malam Berinai (Gabbpie Tullau) :

Pengantin lelaki akan menghantar satu set kelengkapan untuk majlis berinai

pada malam sebelum majlis pernikahan. Acara ini dilakukan di rumah pengantin

masing-masing yang dihadiri oleh kaum kerabat sahaja. Dalam majlis ini, acara

cukur jambul, membaca berzanji, marhaban dan khatam Al-quran turun diadakan

bagi memeriahkan majlis. Menurut pantang larang kaum sungai, pengantin

digalakkan untuk berjaga (tullau) sepanjang malam untuk mengelakkan mendapat

mimpi yang buruk.

10

Page 11: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

5) Majlis Nikah Kahwin (Nagnikah) :

Berdasarkan hukum-hakam agama islam, majlis nikah akan diadakan di

rumah pengantin perempuan. Menurut adat membuka pintu (okab lawang) akan

diminta oleh keluarga pengantin perempuan selepas pernikahan diikuti dengan

bacaan doa kesyukuran selepas akad nikah dijalankan. Selepas itu pengantin akan

bersalaman dengan para tetamu dan pengantin lelaki akan membawa isterinya

masuk ke bilik untuk upacara pembatalan air sembahyang. Sebelum masuk ke bilik

pengantin, adat membuka pagar (pengawang lambat-ambat) akan berlaku dan

bilangannya bergantung pada jumlah yang ditentukan oleh pengiring pengantin.

Semasa di bilik pengantin, acara tepung tawar dilakukan ke atas pengantin. Setelah

itu adat suap-menyuap (menemo) iaitu kedua pengantin akan disuapkan dengan

nasi putih dan telur ayam oleh wakil keluarga. Pengantin akan dibaringkan serentak

sebanyak 3 kali berturut-turut di atas katil peraduan (tagugan) dan barulah

pengantin dikeluarkan dari bilik untuk majlis bersanding.

6) Majlis Bersanding (Nagsanding) :

Pengantin akan bersanding di atas sebuah singgahsana raja sehari yang telah

dihias untuk mempertontonkan kepada orang ramai yang hadir. Acara merenjis

disempurnakan oleh kedua-dua pihak pengantin dan orang kenamaan sebagai

tanda merestui perkahwinan tersebut. Majlis ini selalunya akan diulangi pada

malam ketiga (ratub tello') dan malam ketujuh (ratubturu). Sebelum genapnya hari

yang ketujuh, pengantin dilarang untuk memijakkan tanah kerana itu adalah

pantang larang dan semasa berpantang, kelas nasihat akan dikendalikan oleh tok

guru atau mak andam yang sangat berpengalaman dalam perkahwinan.

7) Majlis Sambut Menantu (Tingkuang) :

Selepas 7 hari (ratob turu'), sampailah waktu. Pengantin lelaki membawa

isterinya pulang ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada keluarga secara rasmi.

Majlis tepung tawar (penemmil) akan dilaksanakan sebelum pengantin masuk ke

dalam rumah dan apabila melangkah masuk, pengantin akan ditaburi dengan beras

kunyit (begkas bianing) sebagai tanda kesyukuran. Hadiah istimewa (pengennik)

dari keluarga pengantin lelaki akan diberikan kepada pemgantin perempuan

sebagia tanda kasih sayang dan penerimaanmereka ke atas orang baru dalam

keluarga. Selepas itu, imam akan membacakan doa kesyukuran di akhir majlis.

11

Page 12: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

Setelah itu barulah kedua pengantin berkunjung ke rumah keluarga untuk

diperkenal-kenalkan yang diikuti oleh ibu bapa pengantin.

ADAT TARIAN SUKU KAUM ORANG SUNGAI

TARIAN SUMAZAU5Menurut Asmad dalam bukunya Kesenian Tari, Tarian Sumazau adalah

sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh

Malaysia. Tarian Sumazau ini merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun.

Suku Kaum Kadazandusun ini merupakan nama bumiputera asli yang terbesar di

Sabah dan berasal daripada Indo-China. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya,

antarannya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Dusun

labuk, Orang Sungai dan sebagainya. Memandangkan Orang Sungai berasal

daripada Suku Kaum Kadazandusun, maka Orang Sungai juga membawa Tarian

Sumazau pada hari perayaan.

Tarian Sumazau ini dipersembahkan pada Tadau

Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di Negeri Sabah pada

setiap bulan Mei. Ilham Tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan

burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah pada musim

menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa

sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan. Tarian ritualnya memenuhi

pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran

yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga menolak bala,

menyemah semangat, mengubati penyakit, dan majlis perkahwinan. Pada zaman

lampau tarian ini ditarikan sebagai suatu persembahan kehormatan kepada para

pahlawan masyarakat Kadazan yang baru balik dari sesuatu pertempuran.

Tarian ini ditarikan oleh

kaum petani yang terdiri daripada kaum lelaki dan kaum perempuan dengan

memakai pakaian tradisional. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong

5 Asmad, (1990). Kesenian Tari (M/S. 130). Kuala Lumpur, Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia

12

Page 13: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

yang terdiri daripada 6 buah yang berlainan ukuran dan satu gendang dengan

rentak yag khusus. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras

bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak

yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki

dan wanita berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan

langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut lagu. Ketika

menari tangan dikepakkan keluar, gerakan turun naik seperti burung terbang.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan

biasanya akan memakai pakaian tradisional berwarna hitam yang dinamakan

sebagai Baju Kadazan. Baju Kadazan ini dihiasi dengan corak-corak yang menarik

menggunakan benang yang berwarna emas. Difahamkan Baju Kadazan ini

mempunyai harga yang amat mahal apabila dijual kepada pelanggan. Penari

perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang yang diperbuat daripada

duit syiling perak manakala penari lelaki biasannya akan memakai tanjak di

samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

TARIAN TITIKAS

Tarian Titikas juga merupakan salah satu tarian yang dibawah oleh Orang

sungai untuk dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu sepert majlis

perkahwinan, Pesta Tadau Kaamatan, menyambut ketibaan tetamu kehormat dan

sebagainya. Tarian Titikas ini berasal daripada suku kaum orang Sungai di kawasan

Kinabatangan, Sandakan. Pergerakan Tangan semasa menari ialah sama seperti

permainan ‘ingki-ingki’. Alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini

dikenali sebagai ‘titikas’, ‘ gabang’ , ‘ kantung’ , dan juga gong.

ADAT KEMATIAN KAUM SUNGAI

6Kaum Sungai berasal dari suku kaum Idahan yang berada di kawasan Sandakan

6 Rosazman Hussin,Dayu Sansalu& Jalihah Md.Shah, (2012) , Orang Sungai. ( M/S 44-

13

Page 14: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

dan Kinabatangan.Orang Sungai dikatakan berasal daripada subkeluarga Idahan

adalah Orang Sungai yang tinggal di kawasan Kinabatangan seperti di Kampung

Abai, Kampung Bilit, Kampung Segaliud dan Kampung Suan Lamba.

Suku Kaum Sungai begitu kuat memegang soal adat dan pantang larang semasa

mengurus soal kematian. Kepercayaan, pantang larang dan adat-adat tersebut

hendakah dipatuhi. Kepatuhan ini perluu dilakukan kerana ia dianggap sebagai

penghormatan terakhir kepada si mati. Terdapat tiga tahap atau peringkat

pengurusan jenazah, iaitu semasa mayat berada di rumah ,semasa hari

pengebumian dan majlis kenduri. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai pantang dan

adat yang berbeza-beza.

SEMASA MAYAT BERADA DI RUMAH

Apabila berlaku kematian,keluarga si mati akan menyediakan ruang untuk

meletakkan mayat di dalam kawasan rumah. Kebiasannya, mayat akan diletakkan

di satu kawasan sudut ruang tamu rumah. Di Tempat ini, jugalah jasad si mati akan

dimandikan dan seterusnya dikafankan. Tujuannya bagi memudahkan saudara-mara

dan sahabat handai untuk menatap wajah si mati untuk kali terakhir selain

memudahkan bacaan doa yang berupa sedekah kepada si mati. Selepas itu, mereka

akan memaklumkan kepada semua sanak saudara yang jauh ataupun dekat

tentang kematian tersebut.

Semasa jenazah berada di rumah,jenazah ini akan ditutup dengan kain putih dan

diletakkan al-Quran diatas kepalanya. Mayat yang baharu meninggal akan

dimandikan Rupog terlebih dahulu sebelum proses memandikan mayat dimulakan.

Semasa memandikan mayat, jika mayat itu seorang lelaki, maka , ia akan diruskan

oleh imam dan pembantunya yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga si mati.

Jika perempuan, maka mayat akan diurus oleh kaum wanita. Mayat kanak-kanak

yang belum akil baligh tidak perlu dimandikan Rupog kerana mereka masih bersih

dan suci.

Mandian Rupog sebenarnya bertujuan untuk membersihkan mayat daripada segala

najis.Orang yang bertanggungjawab mengurus mandian Rupog ialah imam

kampung. Mandian Rupog hanya menggunakan air biasa dan selepas dimandikan

Rupog barulah mayat itu dipakaikan kain sarung baharu ataupun kain yang

46) Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB )

14

Page 15: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

dipakainya semasa hidup. Selepas mandian Rupog selesai, segala barang yang

diletakkan tadi hendaklah diletakkan semula di tempat asal.

Selepas mandian Rupog, sanak saudara dan sahabat handai dibenarkan menziarahi

si mati untuk kali terakhir dan memberi sedekah berupa doa atau membaca Surah

Yasin dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada mayat. Semasa mayat berada

di rumah, sanak saudara akan menyediakan segala keperluan untuk

menyempurnakan mayat. Kebiasaannya, keperluan yang diperlukan ialah kain

putih untuk dikafan, jenis-jenis air yang akan digunakan unrtuk memandikan mayat,

menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang dating menziarahi

si mati buat kali terakhir.

SEMASA HARI PENGEBUMIAN

Pada masa ini, sanak saudara dan sahabat handai akan bergotong royong

menguruskan jenazah sehingga selesai dikebumikan. Bagi kaum Lelaki, ada yang

akan berada di kawasan tanah perkuburan untuk menggali kubur dan ada yang

berada di kawasan rumah untuk membantu membina khemah, membuat keranda

yang diperbuat daripada batang buluh, batu nisan yang diperbuat daripada kayu,

(jika si mati seorang lelaki, bentuk batu nisan adalah bulat tetapi jika wanita, batu

nisannya adalah bulat tetapi jika wanita, batu nisannya berbentuk ceper yang

diperbuat daripada papan berukuran 2 inci panjang dan 4 inci lebar.

Sebelum kubur digali, imam yang bertanggungjawab mengurusjenazahakan

mengukur ketingggian si mati.Kebiasaannya mayat diukur menggunakan tali raffia

sahaja. Setelah diukur,imam kemudiaannya akan pergi ke kawasan tanah

perkuburan untuk menandakan ketinggian, panjang dan lebar lubang kubur yang

perlu digali. Lazimnya, ketinggian tetap adalah 7 kaki dan lebarnya 3 kaki, yang

membezakan antara setiap lubang kubur adalah kepanjangannya sahaja.

Kubur yang hendak digali itu mestilah menghadap kiblat. Ketikahendak menetukan

kawasantanahyang hendak digali,imam akan menanda sambil membaca beberapa

ayat suci dan doa supaya tidak berlaku perkara yang tidak baik semasa proses

penggalian kubur dijalankan.Setelah ditanda, diukut dan dibacakan doa

maka,barulah proses penggalian dimulakan. Kubur hanya boleh digali ole

seorangindividu, namun individu kedua boleh menggantikan individu pertama

semasa proses menggali kubur itu. Hal ini dipercayai jika kubur digali oleh

15

Page 16: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

lebihdaripada seorang atau bersama-sama, dipercayai akan mengikut jejak

kematian selepas itu.

Proses memandikan jenazah hendaklah dilakukan dengan tertib dan beradab

kerana jasad mayat dipercayai akan berasa sakit jika dimandikan dengan cara yang

kasar. Terdapat 4 jenis air yang digunakan semasa memandikan jenazah,iaitu air

bedak, air santan, air talkin dan air limau . Cara memandikan mayat hanya sepuluh

kali sahaja,iaitu dengan cara menjirus air sebanyak tiga kali ke kanan, selepas itu

tiga kali ke kiri, dan kemudian tiga kali di tengah. Air yang terakhir, iaitu air yang

ke-10 dijirus ke seluruh badan mayat. Sepanjang perjalanan menuju ke tanah

perkuburan, semua orang yang mengiringi jenazah akan berzikir.

KEPERCAYAAN DAN PANTANG LARANG SEMASA KEMATIAN7Sekiranya kematian berlaku, orang kampong akan memberhentikan kegiatan

seperti berkebun, memburu dan sebagainya. Kebiasaannya mereka akan terus

datang ke rumah si mati untuk menziarahi dan membantu mengerjakan atau

menyiapkan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Seterusnya, tidak boleh bertengkar

sesama sendiri dalam kalangan ahli keluarga kerana dipercayai roh si mati masih

berada di rumah dan dipercayai roh melihat segala perlakuan sanak saudaranya

ketika itu , yakni sebelum jasadnya dikebumikan. Benda-benda tajam seperti

gunting, pisau hendaklah diletakkan di atas pusat si mati. Tujuannya, kerana

dikhuatiri mayat akan diganggu dan dihasut oleh syaitan serta makhluk halus.

Semasa jenazah masih berada di rumah, semua kucing akan ditangkap dan

dikurung buat sementara waktu kerana dikhuatiri kucing akan melangkah

mayat.Ketika memandikan mayat, sesiapapun dilarang berada di bawah kolong

rumah kerana dikatakan tidak baik jika terkena air mandian mayat tersebut.

PENUTUP

Kini suku Kaum Sungai sedang mengalami proses perubahan daripada nilai tradisi

kepada nilai moden, baik dari segi corak hidup mahupun amalan dan kepercayaan

serta pantang larang. Perubahan ini selari dengan pendedahan generasi muda

7 Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 22-30 )

. Universiti Malaysia Sabah

16

Page 17: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

dengan pendidikan moden yang secara perlahan-lahan mula menghakis amalan

nenek moyang mereka.Dengan erti kata lain,segala amalan yang tidak selari

dengan akidah Islam telah ditinggalkan manakala amalan-amalan yang tidak

bertentangan tetap diteruskan dengan cara membuat proses asimilasi.

Namun,daalam kalangan generasi tua kebanyakannya masih lagi berpegang teguh

dan mengamalkan ritual kematian ini. Mereka masih menyakini peranannya dalam

kehidupan seharian.Bentuk penempatan Kaum Sungai buat masa sekarang masih

lagi wujud sehingga ke hari ini, tetapi mereka tidak lagi berpindah randah. Kawasan

kampong yang diduduki oleh Suku Kaum Sungai pada masa sekarang ialah seperti

di kawasan Kg. Sapagayo, Kg. Segama dan Kg.Binuang.

RUJUKAN

Buku

Asmad, (1990). Kesenian Tari (M/S. 130). Kuala Lumpur, Malaysia: Perpustakaan

Negara Malaysia.

Rosazman Hussin,Dayu Sansalu& Jalihah Md.Shah, (2012) , Orang Sungai.

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB )

Abdul Halim Bandan (2006) , Cerita Tradisi Sabah Suku kaum Sungai. Dewan Bahasa

17

Page 18: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

dan Pustaka .

Saidatul Norniz Hj. Mahali (2010) , Adab dan Ritual Kematian di Sabah.(M/S 63-83) .

Utusan Kinabalu CO Sdn.Bhd

Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007 ) , Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 31-61) .

Universiti Malaysia Sabah

Internet

Kalabatukini. (2012, March Thursday). about us: A. Warisan Kaum Kadazandusun.

Retrieved march Monday, 2015, from A. Warisan Kaum Kadazandusun:

http://kalabatukini.blogspot.com/2012/03/warisam-kaum-kadazandusun.html

http://www.academia.edu/2137404/

PENGERTIAN_ADAT_RESAM_DAN_BUDAYA_MELAYU

Temu Bual

Siti Nor Hasemah binti Sapuddin, 21 Tahun, Bangsa Sungai

LAMPIRAN

18

Page 19: Adab Dan Budaya Kaum Sungai Sabah

PAKAIAN TRADISONAL KAUM SUNGAI

TARIAN KAUM SUNGAI YANG DIPERSEMBAHKAN

19