Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Pemahaman
Modul PT3
SM 106
Nama : _____________________________
Analisis Prosa
Genre Prosa
Tradisional /Klasik
ModenCerpen
Tema
Persoalan
Watak & Perwatakan
Plot
PermulaanPerkembanganKemuncak / Klimaks
PeleraianPenurunanPengakhiran
Teknik Plot
Pemerian / PenceritaanMonologMonolog dalamanDialogImbas mukaImbas kembali
LatarLatar tempatLatar masaLatar masyarakat
Gaya Bahasa
AyatDiksiKata gandaRepitisi
SinkopeSingkatan : ku, mu, nak
Inversiterbalik : akan kuambil
PerlambanganBunga : wanita
Personifikasibersifat manusia
HiperbolaMelebih-lebihkan
Nilai
Pengajaran
Analisis Prosa.mmap - 03/02/2020 - Mindjet
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
1. Pemahaman Petikan Umum
14, Kampung Damai,
08000 Utan Aji,
Kangar,
Perlis Indera Kayangan.
18 Disember 2019.
Menemui sahabatku, Ramond yang kini berada di Kanada, dengan selamatnya,
Saudara,
Apa khabar saudara sekeluarga di sana? Doa dan harapan saya agar saudara
serta keluarga sihat sejahtera hendaknya. Saya di sini sihat wal afiat.
Terima kasih atas kiriman surat saudara yang lalu. Dalam surat tersebut, saudara
ada bertanyakan adab masyarakat Melayu ketika menghadap makanan. Dalam surat
ini, saya akan menjawab pertanyaan saudara itu.
Bagi orang Melayu terutama yang mementingkan adab ketika makan, orang
yang lebih tua dipersilakan duduk di meja makan terlebih dahulu setelah makanan
terhidang. Kemudian, barulah golongan muda mengambil tempat masing-masing. Jika
tiada meja makan, si lelaki duduk bersila manakala wanita pula digalakkan duduk
bersimpuh dengan tidak menampakkan buku lali dan kaki. Cara ini dianggap manis
dan sopan.
Wanita, terutama anak gadis juga sebaik-baiknya duduk di tempat yang
berasingan daripada lelaki. Namun, bagi sesetenguah orang, makan bersama-sama
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silaturahim dengan sanak saudara
atau sahabat handai.
Ketika di meja makan wanita yang berambut panjang seelok-eloknya merapikan
rambut terlebih dahulu dengan mengikat rambut. Tujuannya adalah supaya nampak
kemas dan bersih. Lengan baju yang panjang pula hendaklah disingsing hingga paras
siku. Sebelum makan, tangan perlu dibasuh dengan air basuhan tangan yang
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
disediakan di dalam kendi. Selepas membasuh tangan, kami digalakkan agar
menghulurkan kendi air itu kepada orang yang berada di samping kita.
Kaum ibu dan anak gadis akan menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang
lebih tua. Nasi yang dibubuh itu pula hendaklah sederhana banyaknya. Cara ini
sebagai menunjukkan penghargaan kepada orang yang lebih tua. Ketika makan, kami
dinasihati agar tidak berbual-bual. Berbual dengan makanan penuh di dalam mulnt
dianggap tidak sopan.
Sekian sahaja penerangan saya untuk pengetahuan saudara. Jemputlah ke
Malaysia dan ke rumah saya sekiranya saudara ingin melihat sendiri adab dan budaya
masyarakat di sini. Saya sekeluarga sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara ke
rumah kami.
Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya di Malaysia. Semoga bertemu
dalam lembaran yang lain. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Zamri
1. Apakah maksud perkataan bersimpuh?
A Meriba
B Berlutut
C Berteleku
D Berlunjur
2. Perbuatan menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua menunjukkan
sikap
A jujur.
B mesra.
C hormat.
D ikhlas.
3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali
A kaum lelaki duduk bersila.
B tidak bercakap semasa makan.
C mendahulukan orang yang lebih tua.
D tidak membasuh tangan jika tiada kendi.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Apakah cadangan pennlis kepada sahabatnya di akhir surat? (KBAT)
A Menulis surat kepadanya lagi
B Menyinsing lengan baju sebelum makan
C Mengamalkan budaya makan yang sama
D Berkunjung ke Malaysia untuk menyaksikan adab dan budaya orang
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Pemahaman Cerpen [10 markah]
“Oren”
Ayah "aku" gelisah kerana kucing peliharaannya iaitu Oren tidak pulang ke
rumah. Sudah empat hari ayah "aku" tidak melihat kelibat Oren. Oren ialah seekor
anak kucing yang telah dipungut selepas ayah "aku" terlanggar ibunya sehingga mati.
Sejak peristiwa itu, Oren telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga "aku".
Ayah "aku" dapat merasakan bahawa Oren merajuk selepas kehadiran Kelabu dalam
keluarga mereka. Kelabu lebih manja dan pandai mencuri perhatian keluarga "aku".
Hal ini telah membuatkan ayah "aku" lebih banyak memberikan tumpuan kepada
Kelabu.
Kehilangan Oren membuatkan ayah "aku" berasa bersalah. Kegelisahan ayah
"aku" tentang kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpinya. Ayah "aku''
bermimpi Oren telah kembali dan dia bermanja dengan Oren. Pada keesokan harinya,
ayah "aku" bertanya tentang Oren kepada anak-anaknya. Selepas diberitahu bahawa
Oren masih tidak nampak kelibatnya, barulah ayah "aku" sedar bahawa dia sebenarnya
bermimpi. Ayah "aku'' menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya.
Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil mernbawa bangkai Oren. Bangkai
Oren telah ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan.
Mata ayah "aku" kelihatan berkaca. Seluruh anggota keluarga "aku" tertumpu kepada
ayah "aku".
Tema
Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan. Seekor kucing yang dipanggil Oren telah
diabaikan oleh penjaganya, iaitu ayah "aku". Oren membawa diri disebabkan rasa
tersisih dengan kehadiran kucing lain, iaitu Kelabu dalam keluarga "aku". Kehilangan
Oren telah menimbulkan kegelisahan dan rasa bersalah dalam diri ayah "aku"
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
sehingga beliau terbawa-bawa dalam mimpinya. Kehilangan Oren akhirnya terjawab
apabila Anis menemukan bangkai Oren di celah-celah pokok tua yang tumbang di
taman permainan.
Persoalan
(a) Kasih sayang yang melibatkan haiwan peliharaan. Ayah "aku" dan anggota
keluarganya memberikan sepenuh kasih sayang kepada kucing peliharaan mereka.
(b) Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan wujudnya konflik. Ayah
"aku" dan anggota keluarganya lebih memberikan tumpuan kepada Kelabu sehingga
menyebabkan Oren terasa tersisih lalu membawa diri.
(c) Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya suatu kehilangan.
Kesilapan ayah "aku" yang lebih memanjakan Kelabu hanya disedari apabila Oren
tidak pulang ke rumah.
(d) Belas kasihan tidak hanya terhad terhadap manusia semata-mata tetapi juga
membabitkan haiwan. Ayah "aku" yang belas kasihan akan nasib Oren dan Kelabu
telah membawa kucing-kucing tersebut ke rumahnya untuk dipelihara.
(e) Perhatian yang lebih terhadap haiwan yang berpunca daripada kepandaiannya
mengambil hati dan kebijaksanaannya menyesuaikan diri. Kelabu yang pandai
mengambil hati dan memanjakan diri telah membuatkan tuannya dan anggota keluarga
tuannya lebih memberikan perhatian kepadanya.
(f) Konflik yang wujud dalam keluarga difahami dan dikongsi bersama. Anggota
keluarga ayah "aku" memahami konflik yang dihadapi oleh ayah "aku ' dan tidak
mahu membebankan beliau.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Watak dan Perwatakan
Ayah “Aku”
(a) Bapa kepada tiga orang anak.
(b) Suka akan kucing.
(e) Bersifat belas kasihan
(d) Berasa gelisah apabila Oren tidak pulang ke rumah.
(e) Ketua keluarga yang baik
(f) Dihantui perasaan bersalah kerana mengabaikan Oren.
(g) Mudah tersentuh hati
Oren
(a) Kucing yang berbulu oren.
(b) Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah "aku".
(c) Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang.
(d) Bersikap pasif.
(e) Tidak suka memanjakan diri dengan tuannya.
Kelabu
(a) Kucing yang berwarna kelabu.
(b) Menunjukkan reaksi yang lebih manja.
(c) Semasa kecil, Kelabu selalu memhuang najis merata-rata tempat.
(d) Pada awalnya, Kelabu kurus dan tidak terurus.
(e) Selepas dipelihara oleh ayah "aku" dan anggota keluarganya, Kelabu
semakin tembam.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan - Ayah "aku" bertanya tentang Oren, iaitu kucing peliharaannya yang
tidak pulang ke rumah. Kegelisahan ayah "aku" tentang kehilangan Oren turut
mendapat perhatian anggota keluarganya.
(b) Perkembangan - Ayah "aku" telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan
ibu Oren mati. Ayah "aku" telah membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu "aku"
mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah "aku”. Kemudian,
ayah "aku" membawa Kelabu pulang ke rumahnya. Kelabu ialah seekor anak kucing
yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja dan pandai menarik perhatian
anggora keluarga ayah "aku". Oren pula bersikap pasif dan suka menyendiri.
(c) Klimaks - Sudah lebih seminggu Oren tidak pulang ke rumah. Ayah "aku" berasa
bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-bawa
dalam mimpi ayah "aku".
(d) Peleraian - Ayah"aku" menceritakan mimpinya kepada anggota keluarganya di
meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan membawa bangkai Oren. Oren
telah mati dan ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan
semalam. Semua anggota keluarga tertumpu kepada ayah "aku" dan matanya mulai
berkaca.
Teknik Plot
(a) Dialog. Contohnya,
• "Ke manakah engkau pergi, Oren?" soalnya sambil mengusap-usap belakang
kucingnya itu. [hlm. 38]
• "Mengapa, Oren?" Dia tidak tahu akan sebabnya dia menanyakan soalan itu
tetapi dia dapat merasakan perasaannya yang sayu setiap kali mata Oren dan
matanya bertemu. [hlm. 38 ]
• "Anis jumpa Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di taman
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
permainan," [hlm. 40]
(b) Imbas kembali. Contohnya,
• Kelabu masih di pangkuan ayah. Apabila melihat Kelabu, aku terimbas
kembali tentang kucing itu yang dipungut sewaktu ayah pulang dari tempat
kerja. Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kurus dahulu kini telah
berubah. [hlm. 33]
(c) Monolog. Contohnya,
• "Ke manakah Oren pergi? Dia tidak makan pun makanan yang ayah
sediakan. Adakah dia merajuk? Hujan-hujan begini di manakah dia
berteduh." Kami hanya mendengar keluhan ayah. [hlm. 33]
•"Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren," bisiknya
kepada dirinya sendiri. [hlm.35]
•"Mungkin ibunya," detik hatinya. [hlm. 35]
(d) Pemerian. Contohnya,
• Malam itu ayah hanya menjamah makan malam sedikit sahaja dan katanya
dia tidak berselera. [hlm. 34]
• Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap
kali dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan
Oren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku
Kelabu. [hlm. 37]
• Dia membawa Oren ke ruang tamu rumahnya semula. Sambil duduk di sofa
dia membelai-belai Oren dengan manja. [hlm. 37]
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latar
Latar Tempat.
(a) Jalan di kawasan perumahan, iaitu tempat ayah melanggar ibu kucing hingga mati.
(b) Di dapur, iaitu tempat ayah menceritakan mimpinya tentang Oren.
(e) Di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan, iaitu tempat Anis
menemukan Oren yang telah mati.
(d) Di ruang tamu, iaitu tempat ayah bertanya tentang Oren sebaik sahaja ayah bangun
daripada tidur.
(e) Di ruang dapur, iaitu Anis muncul bersama Oren yang sudah tidak bernyawa lagi.
Latar Masa
(a) Hujung pertengahan Disember, iaitu peristiwa Oren tidak pulang.
(b) Pada waktu malam, iaitu ayah "aku" menjamah makan malam sedikit sahaja
kerana tidak berselera berikutan kehilangan Oren.
(e) Pada waktu petang, iaitu waktu berlakunya peristiwa ayah melanggar ibu Oren.
(d) Pada waktu pagi, iaitu waktu Anis muncul di ruang dapur bersama Oren yang telah
mati.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat penyayang terhadap haiwan peliharaan. Contohnya, ayah "aku" dan
keluarganya memelihara dua ekor kucing.
(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, ayah "aku" prihatin akan kehilangan Oren.
(e) Masyarakat yang hidup dalam keluarga harmoni. Contohnya, anggota keluarga
"aku" memahami konflik yang ditanggung oleh ayah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Gaya Bahasa
Ayat
(a) Pengarang menggunakan ayat pendek. Contohnya,
• Oren masih tidak pulang. [hlm. 33]
• Hari terus berlalu. [hlm. 37]
(b) Pengarang menggunakan ayat panjang. Contohnya,
• Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan
yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. [hlrn. 35]
• Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan
membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya.
[hlrn. 37]
Kata Ganda
Contohnya,
• "Ke manakah engkau pergi, Oren? Soalnya sambil mengusap-usap belakang
kucingnya itu. [hlrn. 38]
• Dia mencuba untuk berbual-bual dengan Oren, iaitu perbuatan yang jarang-
jarang dilakukannya. Oren membalasnya dengan mengiau-ngiau. [hlm. 38]
Simile
Contohnya,
• Bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing
Siam. [hlrn. 33]
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Nilai
(a) Belas kasihan. Contohnya, ayah "aku" berasa belas dan kasihan akan nasib Oren
yang kematian ibunya serta Kelabu yang kurus dan tidak terurus.
(b) Keprihatinan. Contohnya, ayah "aku" begitu prihatin akan Oren yang masih
belum pulang ke rumah.
(e) Bersimpati. Contohnya, ibu "aku " dan anak-anaknya simpati akan konflik yang
ditanggung oleh ayah "aku" berikutan kehilangan Oren.
(d) Kebijaksanaan. Contohnya, Kelabu bijak menyesuaikan dirinya dalam
keluarga "aku" sehingga ayah "aku" dan keluarganya memberikan lebih perhatian
terhadap dirinya daripada Oren.
(e) Ketabahan. Contohnya, anggota keluarga ayah "aku" tabah menghadapi dugaan,
iaitu kehilangan Oren.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah bersifat belas kasihan terhadap makhluk lain supaya kehidupan kita
lebih bahagia.
(b) Kita wajar bersikap prihatin dengan perkembangan sekeliling kita supaya kita
dapat mengambil tindakan dengan segera.
(c) Kita haruslah bersimpati terhadap masalah yang dihadapi oleh orang di sekeliling
supaya kita dapat membina hubungan yang harmoni.
(d) Kita mesti mempunyai kebijaksanaan dalam kehidupan agar kita dapat
menghadapi kehidupan dengan berjaya.
(e) Kita hendaklah gigih melaksanakan sesuatu usaha supaya kita dapat menyelesaikan
masalah dengan segera.
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren," bisiknya
kepada diri sendiri. Dia menyesal dengan tindakannya membiarkan Oren. Dia
terimbas kembali kenangan ketika Oren mula-mula menjadi sebahagian daripada
keluarga mereka.
Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia
memandu keretanya di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa bahawa
dia terlanggar sesuatu. Kemudian dia memberhentikan keretanya untuk meninjau
benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya mampu mengucap apabila seekor kucing
terlantar mati di bawah tayar keretanya. Namun, hatinya lebih tersentuh apabila datang
seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang tidak bernyawa itu.
"Mungkin ibunya," detik hatinya.
Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan
yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. Cepat-cepat anak
bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya, "Apakah namanya?"
Dengan spontan dia menjawab, "Oren". Nama itu diberikan kerana seluruh bulu
kucing itu berwarna oren.
Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor anak
kucing. Isterinya tahu bahawa dia tidak berminat untuk memelihara kucing kerana
telah beberapa kali anaknya, Azura dan Anis meminta ibunya untuk memelihara
haiwan tersebut tetapi dia tidak membenarkannya. Hanya pada malam harinya barulah
dia menceritakan perkara yang terjadi untuk menjawab kehairanan isterinya itu.
Isterinya mengerti dan memberikan kasih sayang kepada Oren sebagai sebahagian
daripada ahli keluarga mereka.
(Dipetik daripada cerpen "Oren", antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(i) Berdasarkan petikan, berikan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ayah "aku"
seorang yang lembut hatinya. [3 markah]
______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen "Oren" ini.
Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut. [3 markah]
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mewujudkan masyarakat
penyayang terhadap haiwan dalam kalangan masyarakat? [4 markah]
_____________________________________________________________
____________________________________________________________
_____________________________________________________________
____________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my