9 Keinginan Asas Kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

9 Keinginan Asas Kanak

Citation preview

9 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK:

Pendahuluan:Setiap insan di dunia ini mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru, kita perlu memahami keinginan mereka dan memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan. Seni Dalam Pendidikan merujuk kepada muzik,pergerakan dan seni visual. Salah satu cara untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapat merangsang kepakaran deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang member kesan kepada mereka. Ini akan membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka melalui interaksi terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Mereka boleh meluahkan idea dan perasaan mereka melalui aktiviti pendidikan yang merupakan satu keperluan dan keinginan asas kepada setiap kanak-kanak. Berdasarkan teori pembelajaran Maslow,pendidikan boleh diumpamakan berada di tahap fisiologi iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. Pendidikan perlu dipenuhi sebelum manusia mencapai tahap kesempurnaan kendiri dan estetik. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan pelajar dapat dipenuhi. Sebagai seorang guru secara amnya dan sebagai seorang ibu atau bapa secara khususnya kita hendaklah membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kita perlu memahami naluri semulajadi kanak-kanak dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat umur. Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenalpasti.

9 keinginan asas kanak-kanak :1. Keinginan untuk bergerakKanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Dari aspek perkembangan fizikal, Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus. Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt(1982) dalam ErnieSuliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of results). Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:i. Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar , bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.ii. Aspek Perkembangan Motor HalusKemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi. Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah mengeja. Menurut Howard Gardner, badan manusia bukan sejenis mesin, amat berbeza daripada objek tiruan di dunia ini. Ia adalah saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah merekayang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu daripada sejak kecil lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan, atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.

2.Keinginan untuk berjaya & diiktiraf.Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. Contohnya mempamerkan sesuatu lukisan di dalam kelas, atau dicop bintang apabila menyelesaikan sesuatu tugasan dalam buku aktiviti atau buku latihan. Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh yang demikian, emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran. Guru boleh memberikan pujian dan galakan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang bersesuaian dengan penglibatan haruslah diberikan kepada setiap murid yang mengambil bahagian. Ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti hadiah atau token ekonomi turut boleh diberikan kepada murid. Bagi murid yang perlu ditegur atau didenda pula, tindakan yang diambil seharusnya tidak menjejaskan emosi mereka. Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan. Oleh yang demikian, diskriminasi penting dalam pembelajaran untuk mencapai kejayaan.

3.Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat.Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. Contohnya memberanikan diri menyanyikan sesuatu lagu didi hadapan kawan-kawan di sekolah atau memenangi tempat pertama dalam pertandingan bercerita, berpidato, Tilawah Al-Quran dan sebagainya.

4.Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dengan masyarakat.

5.Keinginan untuk bersaing.Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.

6.Keinginan untuk meneroka. Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.

7.Keinginan untuk pencapaian kreatif.Kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengatahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan mendapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksprimen, dan mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif

8.Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

9.Keinginan untuk kefahaman.Kanak-kanak mempunyai keperluan & ingin mengembangkan kefahaman & ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.