4
6 TEORI MENGKAJI MAKNA DALAM SEMANTIK 1)Teori Referensi 2)Teori Behaviurisme Mengikut teori ini, makna bagi sesuatun perkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkan kepada ransangan dan gerak balas yang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran itu. Ia merangkumi aspek-aspek biologis yang dialami oleh penutur semasa ia mengujarkan ayat atau perkataan berkenaan. Golongan behaviuris mengemukan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada opersi ransangan dan gerak balas sebagaimana juga dengan perlakuan-perlakuan manusia lain seperti makan, berjalan, tidur, senyum dan sebagainya. Setiap ransangan dan gerak balas serta proses biologi yang dialami oleh seseorang semasa bercakap mestilah dianalisis secara saintifik supaya makna ujarannya dapat ditafsirkan dengan jelas, tepat dan menyeluruh. Sebagai contoh, ujaran “perut saya lapar” merupakan gerak balas kepada satu ransangan yang wujud secara proses biologi didalam perut penutur. Penutur berkemungkinan telah agak lama tidak mengambil sebarang makanan untuk dimakannya, menyebabkan keluarnya enzim di dalam perutnya dan akibatnya timbul rasa lapar. Rasa lapar ini menjadi ransangan baginya untuk mengujarkan ayat “perut saya lapar”. Sebagaimana teori imej, teori behaviurisme juga mempunyai kelemahan. Teori ini tidak dapat menghuraikan setiap ujaran dengan begitu lengkap, menyeluruh dan saintifik oleh kerana mekanisma yang mengolah sesuatu ujaran terlalu kompleks dan kita tidak berupaya membuat penghuraian yang tepat mengenainya. Apa yang berlaku di dalam pemikiran dan system saraf otak penutur tidak dapat dilihat dengan jelas dan tidak ada mesin yang dapat merakamkan seluruh proses yang berlaku kepada otak dan proses biologi seseorang semasa ia bertutur. Dengan demikian, teori ini amat sukar untuk dipraktikkan. Satu lagi kelemahan teori ini ialah dapat menghuraikan makna bagi perkataa-perkataan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam tatabahasa. Misalnya tidak dapat menjelaskan makna perkataan-perkataan sendi seperti dan, tetapi, kerana dan lain-lain. Selain daripada itu,

6 Teori Mengkaji Makna Dalam Semantik

  • Upload
    zda-han

  • View
    245

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

semantik

Citation preview

Page 1: 6 Teori Mengkaji Makna Dalam Semantik

6 TEORI MENGKAJI MAKNA DALAM SEMANTIK

1)Teori Referensi

2)Teori Behaviurisme

Mengikut teori ini, makna bagi sesuatun perkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkan kepada ransangan dan gerak balas yang menyebabkan timbulnya sesuatu ujaran itu. Ia merangkumi aspek-aspek biologis yang dialami oleh penutur semasa ia mengujarkan ayat atau perkataan berkenaan. Golongan behaviuris mengemukan teori ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil daripada opersi ransangan dan gerak balas sebagaimana juga dengan perlakuan-perlakuan manusia lain seperti makan, berjalan, tidur, senyum dan sebagainya. Setiap ransangan dan gerak balas serta proses biologi yang dialami oleh seseorang semasa bercakap mestilah dianalisis secara saintifik supaya makna ujarannya dapat ditafsirkan dengan jelas, tepat dan menyeluruh. Sebagai contoh, ujaran “perut saya lapar” merupakan gerak balas kepada satu ransangan yang wujud secara proses biologi didalam perut penutur. Penutur berkemungkinan telah agak lama tidak mengambil sebarang makanan untuk dimakannya, menyebabkan keluarnya enzim di dalam perutnya dan akibatnya timbul rasa lapar. Rasa lapar ini menjadi ransangan baginya untuk mengujarkan ayat “perut saya lapar”.

Sebagaimana teori imej, teori behaviurisme juga mempunyai kelemahan. Teori ini tidak dapat menghuraikan setiap ujaran dengan begitu lengkap, menyeluruh dan saintifik oleh kerana mekanisma yang mengolah sesuatu ujaran terlalu kompleks dan kita tidak berupaya membuat penghuraian yang tepat mengenainya. Apa yang berlaku di dalam pemikiran dan system saraf otak penutur tidak dapat dilihat dengan jelas dan tidak ada mesin yang dapat merakamkan seluruh proses yang berlaku kepada otak dan proses biologi seseorang semasa ia bertutur. Dengan demikian, teori ini amat sukar untuk dipraktikkan.

Satu lagi kelemahan teori ini ialah dapat menghuraikan makna bagi perkataa-perkataan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam tatabahasa. Misalnya tidak dapat menjelaskan makna perkataan-perkataan sendi seperti dan, tetapi, kerana dan lain-lain. Selain daripada itu, oleh kerana teori ini berdasarkan huraian makna kepada konteks ransangan dan gerak balas, maka makna perkataan-perkataan yang berupa konsep seperti ketuhanan, segi tiga geometry, meja, rumah dan lain-lain lagi yang pada dasarnya boleh ditakrifkan secara sendiri, tidak dapat diaplikasikan huraian maknanya mengikut teori ini.

3) Teori Imej

Mengikut teori ini, makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang. Ini bererti apabila sesuatu perataan disebut,

Page 2: 6 Teori Mengkaji Makna Dalam Semantik

didengar atau dibaca oleh seseorang, maka mental atau fikirannya akan menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Fikiran akan memberikan tafsiran-tafsiran tertentu (abstrak) terhadap perkataan-perkataan tadi. Menurut Siti Hajar Haji Abdul Aziz (1994), teori ini menegaskan bahawa makna sesuatu perkataan dari segi imej yang terbayang dalam akal si penutur atau pendengar. Imej itu tidak boleh bersifat visual kerana ia tidak mungkin sama dengan gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang sedia wujud. Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makana yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistic tradisional.

Satu masalah yang nyata apabila kita menggunakan teori ini dalam mentafsir makna-makna perkataan ialah kita tidak dapat mengetahui dan menentikan apakah bentuk imej yang ada dalam gambaran atau fikiran seseorang. Tiada siapa yang dapat menerokai otak manusia dan dapat meneropong dengan jelas gambaran-gambaran imaginasi yang wujud dalam alam pemikiran seseorang semasa ia mentafsir makna bagi sesuatu perkataan. Imej yang muncul dalam otak seseorang tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambing-lambang yang nyata atau objektif. Gambaran-gambaran itu berbagai-bagai, terlalu abstrak dan relative pula keadaannya.

Masalah takrifan makna sebagai mana yang dinyatakan di atas adalah berhubung dengan masalah wujudnya berbagai-bagai imej bagi sesuatu perkataan. Sebagai contoh, A bercerita tentang seorang kanak-kanak yang lapar kepada B dan C. gambaran yang muncul dalam kotak fikiran B tentang kanak-kanak yang lapar itu mungkin berbeza dengan keadaan yang tergambar dalam kotak fikiran C. B mungkin membayangkan keadaan kanak-kanak sedang menangis ( menangis merupakan cara menyatakan rasa lapar ), C pula mungkin membayangkan keadaan kanak-kanak tersebut memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan kepada satu keadaan yang sama, iaitu yang dimanifestasikan oleh gabungan seorang kanak-kanak yang lapar.

Selain itu, terdapat satu lagi masalah yang ketara dalam teori imej ini, iaitu beberapa perkataan atau keadaan digambarkan oleh satu imej sahaja. Sebagai contoh, kanak-kanak yang lapar, marah, sakit, takut dan resah hanya digambarkan oleh satu imej sahaja, iaitu imej yang menggambarkan kanak-kanak yang sedang menangis kerana perasaan lapar, marah, sakit, takut dan resah itu biasanya dilahirkan oleh kanak-kanak secara tangisan sahaja ( ini khusus untuk kanak-kanak yang belum tahu bertutur ). Oleh itu, apabila seseorang kanak-kanak itu menangis, orang dewasa sukar memahami maksud sebenar tangisan itu.

Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang apabila ia mentafsir makna sesuatu perkataan itu biasanya ada hubungan dengan pengalamannya. Seseorang yang pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit dengan gurunya mungkin mengimaginasikan guru sebagai seorang yang bengis, garang, tidak bertimbang rasa, dan sebagainya tetapi bagi seseorang yang lain, yang pernah

Page 3: 6 Teori Mengkaji Makna Dalam Semantik

mengalami peristiwa-peristiwa manis yang tidak dapat dilupakan bersama gurunya mungkin membayangkan guru sebagai seorang yang lembut, penyayang dan pengajar yang baik. Jadi, perkataan guru tadi membawa imej yang berbeza sama sekali kepada dua orang yang berlainan.

4)Teori Analisis Komponen

Siti Hajar Abdul Aziz (1994) menjelaskan teori ini menerangkan makna perkataan dan hubungan yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain, hubungan ini disebut struktur leksikal. Teori ini menerangkan hubungan makna leksis dengan menggunakan komponen-komponen semantik. Komponen ini bukan sahaja perbendaharaan kata tetapi juga elemen-elemen teoritis yang digunakan untuk menerangkan hubungan semantik pada elemen leksis sesuatu bahasa. Teori ini amat berfaedah untuk meluaskan bidang kajian semantik khususnya untuk merapatkan jurang antara formalisasi sintaksis dengan semantik. Mengikut Rahimah Hj Sabran dan Rahim Shah (1985) pula, teori ini ditimbulkan berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam menentukan istilah-istilah yang dijelaskan dengan menganalisis dan mempertentangkan komponen-komponen yang berkaitan dengannya, misalnya, bapa adalah “lelaki”, “anak kepada…”, dan “ayah kepada…”. Sementara datuk juga adalah “lelaki”, “ayah kepada…”, dan juga “anak kepada…”.

Kaedah ini kemudiannya disedari boleh diaplikasikan untuk menghuraikan atau menjelaskan makna perkataan. Di dalam bahasa inggeris misalnya, perkataan murder dan kill dapat dibezakan melalui cara ini, yang mana komponen-komponen yang dapat menjelaskan makna murder ialah intention, causation dan death, manakala komponen yang menjelaskan maksud kill pula hanya causation dan death sahaja. Dalam bahasa melayu, perkataan sengaja dan tidak sengaja dapat dibezakan dengan menggunakan imbuhan, iaitu imbuhan ter- dan me-. Dengan itu, perkataan ini dapat difahami dengan mudah.

Dari contoh-contoh diatas nyata bahawa mengikut teori analisis komponen, makna bagi satu perkataan bukan dianalisis secara unitary atau sebagai satu unit, tetapi sebagai satu hubungan komponen-komponen yang kompleks. Komponen-komponen ini dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri daripada perbendaharaan kata yang diikat secara logik dan tetap. Teori ini cuba menghuraikan makna sesuatu perkataan secara terpeinci dan memasukkan sama unsur-unsur pertentangannya. Sebagai contoh, perkataan teruna dapat dijelaskan maknanya dengan memperlihatkan komponen-komponen semantiknya, iaitu manusia, dewasa, lelaki, dan belum berkahwin.

5)Teori Semantik

6)Teori Semantik Generatif