[3]DISKUSI PERTAMA

  • Upload
    dzarrin

  • View
    220

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI PERTAMA

    1/8

    SILIBUS SMART GROUP

    TAHUN 3

    Mukmin : Aspirasi Ummah

    Buku Rujukan Silibus Smart Group | Mentor

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI PERTAMA

    2/8

    1

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI PERTAMA

    3/8

    2

    SILIBUS SMART GROUP MPMMJ

    CETAKAN PERTAMA 2012

    Izin terbit :

    Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan

    HAKCIPTA TERPELIHARA 2012

    Tidak dibenarkan menerbit semula mana-mana bahagian, artikel, ilutrasi, isi kandunganbuku ini dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, gambar,

    rakaman dan sebagainya sebelum mendapat keizinan bertulis dari MAJLIS

    PERWAKILAN MAHASISWA MALAYSIA JORDAN

    MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA MALAYSIA JORDAN

    ( Malaysian Students Representative Council Of Jordan )

    Malaysian Student Department Jordan,

    Embassy Of Malaysia,No.24, Mohd Bassem Al-Khammash St, Sweifieh,

    P.O Box 143310

    Amman, 11185, The Hashimate Kingdom Of Jordan.

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI PERTAMA

    4/8

    3

    DISKUSI PERTAMA : AL-INZAR-TASAWWUR QIYAMAH

    (SURAH AL-INSYIQAQ)

    OBJEKTIF

    i. Tadabbur ayat-ayat suci al-Quran dan memahami isi-isi kandungannya.

    ii. Mempelajari dan memantapkan hukum tajwid dalam membaca al-Quran.

    iii. Melahirkan insan yang beramal dengan ajaran al-Quran.

    1.0 MUQADDIMAH

    Surah ini memberi gambaran berkaitan dengan kejadian yang akan berlaku pada harikiamat seperti langit terbelah, bumi diratakan dan keluarnya catatan amalan bagi

    seseorang insan. Di samping itu, Allah menegaskan bahawa Dialah satu-satunya Tuhan

    yang wajib disembah dan ditaati tanpa ada syak wasangka dan berbelah bahagi.

    2.0 AL-QURAN DAN TERJEMAHAN

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI PERTAMA

    5/8

    4

    1.

    Apabila langit terbelah.

    2. Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.

    3. Dan apabila bumi diratakan.

    4. Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong.

    5. Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.

    6. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu

    akan menemuiNya.

    7. Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya.

    8. Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah

    9.

    Dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira10.Dan adapun orang yang catatannya diberikan sebelah belakang

    11.Maka dia akan berteriak celakalah aku!

    12.Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)

    13.Sungguh, dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan keluarganya (yang sama-sama

    kafir)

    14.Sesungguhnya dia mengira bahawa dia tidak akan kembali (kepada Tuhannya)

    15.Tidak demikian, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya

    16.Maka aku bersumpah demi cahaya merah pada waktu senja

    17.Demi malam dan apa yang diselubunginya

    18.

    Demi bulan apabila apabila jadi purnama19.Sungguh, akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)

    20.Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

    21.Dan apabila al-quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak mahu bersujud

    22.Bahkan orang-orang kafir itu mendustakannya

    23.Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka)

    24.Maka sampaikanlah kepada mereka (ancaman) azab yang pedih

    25.Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat pahala

    yang tidak putus-putusnya

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI PERTAMA

    6/8

    5

    3.0 PENGENALAN SURAH AL-INSYIQAQ

    Merupakan surah yang ke 84 daripada 114.

    Tergolong dalam surah makiyyah.

    Mengandungi 25 ayat.

    4.0 INTIPATI SURAH AL-INSYIQAQ

    Pada ayat 1-5 Allah S.W.T menjelaskan apabila berlakunya hari Qiamat, langit akan

    terbelah kerana mematuhi perintah Allah S.W.T. Segala sistem cakerawala yang

    terdapat di langit seperti planet, bulan, bintang dan galaksi akan musnah dan hancur.

    Bumi pun turut akur dengan perintah Tuhannya untuk bertukar menjadi rata. Segala-

    gala yang ada di atasnya seperti bukit bukau dan juga gunung ganang akan tercabut.

    Bumi juga akan memuntahkan segala benda yang terdapat dalam perutnya seperti

    emas, logam, minyak dan juga mayat-mayat manusia sehingga benar-benar menjadi

    kosong. Sebelum ini jika berlaku bencana di tempat masing-masing manusia boleh

    dipindahkan atau di selamatkan oleh pihak berkuasa ke tempat yang selamat atau di

    khemah-khemah perlindungan tetapi bencana kali ini menyeluruh sehingga tiada satu

    tempat untuk manusia boleh menyelamatkan diri.

    Ayat ini memberi pengajaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah S.W.T. Kalaulah

    Allah S.W.T boleh membelah langit yang luas dengan mudah, apatah lagi amat mudah

    bagi Allah S.W.T untuk memusnahkan kehidupan-kehidupan kecil di dunia ini seperti

    manusia. Justeru janganlah berlagak sombong dengan Allah S.W.T. Manusia adalahmakhluk yang kerdil di sisi-Nya.

    Begitu juga dengan bumi, jika ia boleh memuntahkan segala yang terkandung dalam

    perutnya, maka lagilah mudah bagi Allah S.W.T untuk menyingkap segala kelakuan yang

    dilakukan oleh manusia tanpa boleh disembunyikan.

    Pada ayat keenam Allah S.W.T menjelaskan tabiat manusia yang sentiasa berpenat lelah.

    Ada yang berpenat lelah melakukan kebaikan dengan bersungguh-sungguh di dunia

    sampailah ke penghujung hayat kerana yakin mereka pasti akan bertemu dengan

    Tuhannya dan bertemu pula dengan balasan pahala hasil dari amal kebajikan yang

    dilakukannya semasa di dunia. Di samping ada juga manusia yang berpenat lelah

    mengumpul harta serta mengikut kehendak hawa nafsu melakukan perkara yang

    dilarang oleh Allah S.W.T. Padahal mereka pasti akan mati dan bertemu dengan Tuhan

    serta balasan dosa hasil dari amal kejahatan yang dilakukan semsa di dunia.

    Pada ayat ketujuh sehingga ayat kesembilan, Allah S.W.T menjelaskan tentang nasib

    golongan yang baik lagi beriman iaitu mereka akan menerima kitab catatan amalan di

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI PERTAMA

    7/8

    6

    tangan kanan. Orang ini akan dihisab dengan perkiraan yang mudah mudah sekali.

    Mereka akan kembali kepada kaumnya yang beriman sebelum menuju ke syurga dengan

    rasa gembira. Mereka akan berbangga dengan kitab catatan amalan masing-masing

    sambil berkata :

    Bacalah oleh kamu sekalian kitabku ini.

    Pada ayat ke sepuluh hingga kelima belas Allah S.W.T memberitahu pula keadaan orang

    yang celaka iaiatu mereka yang banyak melakukan kesalahan dosa serta menderhaka

    kepada Allah dan Rasul-Nya.

    Mereka akan diberi kitab catatan amalan mereka dari arah belakang melalui tangan kiri

    sebagai tanda kebencian Tuhan untuk melihat wajahnya. Orang-orang seperti ini

    menyesal tak sudah kerana bakal bakal dihumban ke dalam neraka Saeir. Mereka

    menjerit sambil menyumpah-nyumpah dirinya sendiri,

    Alangkah celakanya aku.

    Ada dua sebab mereka menyesal yang teramat sangat. Pertama kerana di dunia dahulu

    mereka merasa gembira apabila bersama dengan kaum yang engkar lagi derhaka

    kepada Allah S.W.T. Sebab yang kedua pula kerana mereka menyangka selepas

    kematian, mereka tidak akan dibangkitkan semula untuk menemui Tuhannya. Lalu Allah

    S.W.T menjawab segala sangkaan mereka itu tidak benar.Sebaliknya mereka pasti akan

    dihidupkan semula untuk dibicarakan di depan Allah S.W.T.

    Ayat ini sekaligus menempelak golongan yang mengengkari hari kebangkitan

    sebagaimana reaksi orang-orang Quraisy seperti Ubai bin Khalaf dan Al-As bin Wail.Mereka sanggup mengambil cangkul lalu menggali kubur-kubur di sekitar Mekah lalu

    tulang-tulang mayat yang sudah rapuh mereka kutip dan campakkan di depan Nabi

    S.A.W.

    Tulang-tulang itu kemudiannya dipijak-pijak dan diramas-ramas sehingga hancur

    menjadi debu. Setelah itu debu itu mereka tiup ke udara sambil berkata dengan

    sombong,

    Ya Muhammad, adakah engkau akan menyangka Tuhan berkuasa menghidupkan

    semula mayat-mayat yang sudah hancur ini.

    Demikianlah jahatnya orang-orang Quraisy menolak dan menafikan tentang peristiwa

    hari kebangkitan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Di akhirat, golongan

    yang keras kepala ini akan menyesal, menangis, meraung dan menjerit-jerit sambil

    menyumpah-nyumpah diri mereka sendiri. Mereka ingin balik semula kedunia untuk

    memperbaiki diri, namun semuanya sudah terlambat. Kerana jika sudah dibangkitkan di

    akhirat, manusia tidak boleh dikembalikan semula ke dunia untuk kali kedua.

  • 8/10/2019 [3]DISKUSI PERTAMA

    8/8