34
ISI KANDUNGAN 1.0 Bahagian A 1.1 Definisi masalah komunikasi dan bahasa 1.2 Peringkat masalah bahasa 1.3 Jenis-jenis masalah komunikasi 1.4 Kesan masalah komunikasi 1.5 Definisi bahasa dan komunikasi 1.6 5 komponen utama 2.0 Bahagian B 2.1 Latar belakang 3.0 Bahagian C 3.1 Laporan 4.0 Bahagian D 41. Refleksi 5.0 RUJUKAN 6.0 LAMPIRAN

36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

ISI KANDUNGAN

1.0 Bahagian A1.1 Definisi masalah komunikasi dan bahasa1.2 Peringkat masalah bahasa1.3 Jenis-jenis masalah komunikasi1.4 Kesan masalah komunikasi1.5 Definisi bahasa dan komunikasi1.6 5 komponen utama

2.0 Bahagian B 2.1 Latar belakang

3.0 Bahagian C3.1 Laporan

4.0 Bahagian D 41. Refleksi

5.0 RUJUKAN

6.0 LAMPIRAN

Page 2: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
Page 3: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

MASALAH KOMUNIKASI TERJADI APABILA TERDAPAT SATU PENYIMPANAN DARIPADA PENDENGARAN PERTUTURAN ATAU BAHASA YANG NORMAL YANG MENGGANGGU KOMUNIKASI

DEFINISI MASALAH

KOMUNIKASI

KETIDAKUPAYAAN SEORANG KANAK-KANAK MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA YANG TERDIRI DARIPADA LIMA KOMPONEN BAHASA IAITU FONOLOGI, MORFOLOGI, SINTAKSIS, SEMANTIK DAN PRAGMATIKDEFINISI

MASALAH BAHASA

Page 4: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

PERINGKAT MASALAH BAHASA

MASALAH BAHASA

PENERIMAAN AUDITORI

PERINGKAT BAHASA

PELAHIRAN AUDITORI

MASALAH BAHASA

DALAMAN

Page 5: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

JENIS-JENIS MASALAH

KOMUNIKASI

MASALAH PERTUTURAN

MASALAH KELANCARAN

MASALAH GAGAP

MASALAH BAHASA

Page 6: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

BAHASA

JANTINA DAN KEMATANGANKECERDASAN DAN PSIKOMOTORDORONGAN DAN MOTIVASIPENGAMATANPERSEKITARANPENGALAMAN

Page 7: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

FAKTOR-FAKTOR MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

IMPLIKASI SEMASA PRENATAL

KERENCATAN KOGNITIF

PERSEKITARAN

KEHILANGAN PENDENGARAN

KETURUNAN

NEUROLOGI

Page 8: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

KESAN MASALAH KOMUNIKASI

PERSEPSI MESEJ

EMOSI

SOSIAL EKONOMI

PEMBELAJARAN

KESIHATAN

Page 9: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

DEFINISI

KOMUNIKASI

MERUPAKAN SATU PROSES PERKONGSIAN MAKLUMAT

DAN PENDAPAT ANTARA INDIVIDU

IA MELIBATKAN PENGKODANPENYAMPAIAN

DAN PENAKSIRAN KOD MESEJ

BAHASA

PENGGUNAAN LAMBANG BAHSA SEBAGAI MEWAKILI KONSEP TERTENTU ATAU

MEMPUNYAI MAKNA YANG DITERIMA OLEH MASYRAKAT

MANUSIA SAHAJA

Page 10: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

5 KOMPONEN UTAMA BAHASA

MORFOLOGI

SINTAKSIS

FONOLOGIPRAGMATIK

SEMANTIK

Page 11: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
Page 12: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Pengenalan

Masalah bahasa dan komunikasi seringkali terjadi pada kanak-kanak yang

berkategori kanak-kanak khas. Antara contoh kanak-kanak yang akan mengalami

masalah bahasa dan komunikasi ini adalah seperti kanak-kanak sindrom sown, cerebral

palsi, autisme dan lain –lain lagi. Masalah bahasa adalah ketidakupayaan seorang

kanak-kanak seorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri

daripada lima komponen iaitu fonologi, morfologi , sintaksis , semantik dan pragmatik.

Manakala masalah komunikasi pula terjadi apabila terdapat satu penyimpanan daripada

pendengaran pertuturan atau bahasa yang normal mengganggu komunikasi.

Bagi kajian kes untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan

komunikasi ini, saya telah pun memilih seorang kanak-kanak autism. Seperti yang sedia

maklum, kanak-kanak autism adalah merupakan seorang kanak-kanak yang sukar

untuk didekati kerana sikapnya yang suka untuk bersendirian. Autism merupakan salah

satu daripada kecacatan yang kadangkala dipanggil “ pervasive developmental

disorders” ataupun autisme spectrum. Walaupun symptom autism berbeza, namun

terdapat beberapa perwatakan yang biasa. Ini termasuklah, kelemahan interaksi social

yang seperti saya telah katakana tadi. Perbezan dalam hubungan social kemungkinan

cirri yang paling menonjol dalam spectrum disorders. Kanak-kanak ini kebiasaannya

sukar memberi respons kepada ibubapa ataupun penjaga yang lain.

Selain itu, kanak-kanak autism juga mempunyai kelemahan dalam bahasa

dan komunikasi. Anggaran menunjukkan bahawa sesetengah daripada mereka tidak

faham apa yang dipertuturkan.(Rutter and Shoppler, 1987) . Kesukaran komunikasi dan

berbahasa adalah bukti bagi kebanyakan kanak-kanak yang mengalami autism dan ini

berlanjutan sehingga dewasa. Selain itu juga, kanak-kanak autism sering berkelakuan

aneh dan berbeza berbanding budak normal yang lain. Kanak-kanak ini sering

dianggap berkelakuan pelik seperti suka memukul kepala mereka, menepuk tangan dan

membuat apa saja yang mereka suka. Mereka juga akan merasa sedih jika terdapat

sesuatu yang berlainan daripada asal.(Puttar& Schopler, 1987).

Page 13: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Antara sebab-sebab yang menyebabkan autism ini ialah disebabkan faktor

genetic. Selain itu ada juga mencadangkan kecacatan dalam sistem otak mungkin

menyebabkan kesukaran dalam memproses maklumat dan kelakuan streotaip pada

kanak-kanak autism.(Tanguny&Edwards,1992). Folstein &Rutter (1988) pula

mengatakan punca autism adalah organic daripada psikososial. Mungkin ini sahaja

yang dikatakan mengenai autism, namun punca sebenar untuk autism masih belum

diketahui. Seterusnya, saya akan mula membincangkan mengenai kajian kes mengenai

kanak-kanak autism yang telah saya kaji semasa mengikuti program PBS yang lalu.

Berikut adalah merupakan hasil dapatan yang saya perolehi. (Rujuk muka surat

seterusnya)

Page 14: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
Page 15: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Latar belakang

Nama : Ahmad Aiman Kaisan bin Perwira (bukan nama sebenar)

Umur : 8 tahun

Anak ke: 3 dari 6 adik beradik.

No Surat Beranak :AV58137

Jenis Kecacatan : Autisme

Nama Bapa : Perwira bin Awang

Pekerjaan Bapa :Guru

No K/P Bapa :700703-03-5099

Page 16: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

LAPORAN PEMERHATIAN

Kategori dan ciri-ciri.

Aiman ( bukan nama sebenar) adalah merupakan kanak-kanak yang

dikategorikan sebagai kanak-kanak autisme. Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini

mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas dan menarik. Kanak-kanak ini juga

mempamerkan ciri-ciri kebersihan yang sesuai dengan tahap umurnya. Tidak seperti

kanak-kanak normal yang lain, Aiman didapati lebih suka untuk bersendirian dan tidak

gemar untuk bersosial dengan rakan-rakan sekelasnya. Hal ini jelas menunjukkan

Aiman lebih suka untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan sendirinya.

Selain itu, Aiman juga seringkali melakukan aktiviti yang disukainya iaitu

memperbetulkan stokin. Boleh dikatakan setiap 5 minit Aiman akan sentiasa

memperbetulkan stokin dengan menarik ke atas. Selepas itu, Aiman akan mula

termenung dan mengomel secara bersendiriannya. Dari segi aktiviti bermain, didapati

Aiman tidak berapa memberi tumpuan terhadap aktiviti bermain yang dilakukan. Ini

mungkin disebabkan aktiviti bermain seperti bermain bola tidak menjadi aktiviti yang

digemarinya. Dari pengamatan saya, Aiman hanya menggemari permainan puzzle, jadi

tidak hairan sekiranya Aiman boleh bermain puzzle dengan sendirian dan boleh

menyiapkan dengan lebih cepat berbanding rakan-rakan yang lain.Selain itu, semasa

melaksanakan aktiviti pembelajaran, didapati Aiman juga sukar untuk menyiapkan

tugasan yang diberikan kepadanya. Ini kerana tumpuan yang diberikan tidak lama.

Page 17: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Bahasa dan komunikasi

Melalui pemerhatian saya, Aiman boleh menuturkan beberapa perkataan

dengan jelas namun perbendaharaan kata yang dimiliki adalah sangat terhad. Ini

mungkin adalah disebabkan beberapa faktor. Pertama sekali adalah disebabkan sikap

antisosial Aiman yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Ini kerana dengan bersikap

sebegini maka pertukaran bahasa dengan kekerapan yang tinggi tidak akan berlaku.

Dalam erti kata lain, Aiman mungkin tidak mendapat perkataan atau lambang bahasa

baru disebabkan sikapnya yang lebih suka bersendirian.

Selain itu, sikapnya yang tidak memberi tumpuan semasa proses

pembelajaran dan pengajaran juga menyebabkan Aiman mungkin tidak dapat

menguasai perbendaharaan kata yang baru. Dari segi fonologi bagaimana pun Aiman

dapat menuturkan bunyi bahasa dengan baik.

Selain itu, kanak-kanak ini juga seringkali membunyikan sesuatu yang agak

kurang difahami terutama sekali jika kanak-kanak ini bersendirian. Dalam erti kata yang

lain “bubling” juga merupakan salah satu aspek yang terdapat kepada pencirian kanak-

kanak ini. Kanak-kanak ini juga didapati lebih suka bernyanyi dan bercakap

bersendirian. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini hanya akan berkomunikasi

dengan rancak dengan dunia sendirinya sahaja.

Dalam aspek pertuturan juga, kanak-kanak ini tidak dapat mengungkapkan

ayat yang panjang. Ini adalah disebabkan faktor bahasanya yang terhad tadi. Seperti

kanak-kanak normal yang lain, Aiman juga mengalami echolalia iaitu jenis “delayed

echolalia”. Sebagai contoh semasa proses pembelajaran, Aiman tidak akan

menumpukan perhatian sebaliknya akan bermain dan melalukan aktiviti yang

disukainya iaitu membetulkan stokinnya. Kanak-kanak ini juga tidak akan

menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh guru kelasnya,namun, setelah tamat

proses pembelajaran Aiman akan secara spontan menyebut beberapa perkataan yang

telah diungkapkan oleh gurunya tadi.

Dari aspek komunikasi, Aiman merupakan kategori yang agak sukar untuk

berkomunikasi dengannya. Ini adalah disebabkan sikapnya yang lebih menyendiri dan

Page 18: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

tidak akan menumpukan apa jua yang akan diperkatakan oleh kita kepadanya.

Walaupun kita masih mendapatkan “eye contact” dengannya, namun hanya beberapa

seketika sahaja. Seterusnya Aiman akan terus mengelamun dan pergi ke tempat yang

lain. Jadi, proses komunikasi bersama Aiman agak sukar. Akibat daripada ini, maka

proses pertukaran maklumat dengan Aiman tidak dapat berlaku u berlaku. Jadi untuk

mengetahui dan memahami kehendak Aiman akhirnya menjadi agak sukar.

Dari aspek non verbal Aiman juga mempamerkan beberapa contoh mimik

muka sebagai bahasa isyarat yang dikeluarkan olehnya. Sebagai contoh sekiranya dia

mula hilang tumpuan, Aiman akan mula mempamerkan raut wajah yang menunjukkan

dia sudah jemu seperti mencebik. Selain itu, Aiman juga akan menggelengkan kepala

untuk membantah dan tidak mahu melakukan sesuatu arahan kepadanya.

Melalui pemerhatian saya juga, Aiman juga mengalami masalah untuk

menaksirkan mesej atau pun kod bahasa. Ini kerana, untuk bertutur dan memberi

arahan kepada Aiman, kita perlu menunjukkan beberapa contoh sebagai tunjuk ajar.

Sebagai contoh, untuk menyuruh Aiman memasukkan bola dalam bakul, Aiman

kelihatan agak lambat untuk menaksirkan arahan yang disuruh, jadi contoh secara

realistik perlu ditunjukkan dan diajar kepada kanak-kanak ini.

Page 19: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Analisis masalah bahasa dan komunikasi (kekuatan dan kelemahan)

Jika dianalisis masalah bahasa dan Aiman ini, kita boleh bahagikan kepada

masalah dalam fonologi, sintaksis,morfologi, pragmatik dan semantik. Manakala dari

segi komunikasi, Aiman lebih gemar untuk berkomunikasi secara non verbal kepada

orang ramai. Di sini terdapat kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam setiap

aspek seperti yang dinyatakn seperti tadi. Jadi saya akan membincangkan kelemahan

dan kekuatan bagi setiap aspek itu.

Fonologi.

Dalam aspek fonologi, kekuatan yang dimiliki oleh Aiman ialah, Aiman dapat

menuturkan beberapa bunyi dengan jelas. Namun begitu, terdapat beberapa

kelemahan yang ditunjuk oleh Aiman terutama sekali nada yang dikeluarkan oleh

Aiman semasa mengeluarkan bunyi. Didapati, kadang-kala Aiman akan mengeluarkan

perkataan mengikut nada yang berbeza-beza iaitu dari rendah ke tinggi secara tiba-tiba.

Kadangkala perbuatan ini menimbulkan sedikit kekeliruan mengenai apa yang ingin

disampaikan oleh Aiman. Dalam erti kata yang lain, kanak-kanak ini tidak dapat

mengawal nada dan jeda yang dipertuturkan. Selain itu, kadangkala kanak-kanak ini

juga kelihatan bernyanyi apabila ingin menuturkan sesuatu. Hal ini jelas menunjukkan

kanak-kanak ini mengalami masalah dalam suprasegmental.

Menurut (Goldfarb, Braunstein & Horge, 1956) individu yang mengalami autism

seringkali mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan bercakap dalam

“ekanada”. (Fag &Schuler,1980) pula menyatakan bahawa individu autisme ini

mempunyai masalah luahan suara disebabkan oleh ketidakupayaan memproses cirri-

ciri suprasegmental dalam pertuturan. Namun begitu, kekuatan yang boleh digunakan

oleh kanak-kanak ini ialah, kelebihan kanak-kanak untuk bernyanyi.

Menurut guru kelasnya, Aiman pernah menjadi johan dalam juara nyanyian di

kalangan pelajar pendidikan khas. Hal ini menunjukkan walaupun kelemahan Aiman ini

boleh memberi tafsiran dan makna yang negatif namun kelebihan yang ada dapat

digunakan oleh Aiman untuk mengasah bakatnya yang terpendam itu.

Page 20: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Sintaksis

Dari aspek pembinaan ayat, didapati Aiman tidak dapat menuturkan ayat

dengan panjang. Aiman juga hanya boleh bertutur secara ringkas dan pendek sahaja.

Sebagai contoh, jika kita hanya menanyakan adakah Aiman ingin mandi, Aiman hanya

menjawab “tak nak” sambil menggeleng. Di samping itu, jika kita cuba berkomunikasi

secara bertutur dengannya, kanak-kanak ini tidak akan mengeluarkan perkataan

dengan baik. Seolah-olah kanak-kanak ini tidak tahu berbahasa walaupun hakikatnya

kanak-kanak ini jika bertutur, kita dapat memahami sebutannya itu.Faktor yang

menjurus ini mungkin disebabkan oleh kekurangan bahasa dan kecelaruan yang

berlaku dalam sistem bahasa dalam diri kanak-kanak ini. Dalam erti kata yang lain,

pertuturan kanak-kanak ini kelihatan agak kompleks dan sukar untuk kita dekati supaya

bertutur dengan kita lebih jelas.

Bartak, Rutter & Cox(1975) membandingkan perkembangan sintaksis pada

diri kanak-kanak autisme dan dysphasia(kecacatan bahasa khusus). Mereka mendapati

walaupun kanak-kanak tersebut lebih kepada ukuran maksud pengucapan, namun

kanak-kanak autism menunjukkan reaksi yang lebih teruk dalam ujian pemahaman

bahasa. Mereka juga mendapati kesukaran pertuturan kanak-kanak autism lebih luas,

melibatkan penggunaan dan pemahaman isyarat dan penulisan di samping bahasa

yang dipertuturkan.

Akan tetapi, walaupupun kanak-kanak ini tidak dapat membuat ayat dengan

baik, kanak-kanak masih lagi dapat memberi beberapa perkataan yang masih jelas dan

boleh dimengertikan

Page 21: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Morfologi.

Dari segi bidang morfologi, kanak-kanak ini dapat menggantikan kata ganti

nama nya dengan menamakan dirinya sebagai Aiman. Aiman juga dapat menggantikan

namanya sebagai saya. Namun dari kelemahan aspek morfologi pula, Aiman didapati

tidak tahu untuk menuturkan perkataan yang berimbuhan. Disebabkan itulah, Aiman

hanya sedikit bertutur. Ini membuktikan bahawa perkembangan bahasa Aiman tidak

banyak dan tidak sama dengan kanak-kanak normal lain.

Dalam satu kajian (Fein & Waterhouse, 1979) jika dibandingkan hasil

morfologi kanak-kanak autisme dalam perkembangan skizofernia( sejenis penyakit jiwa)

dan kanak-kanak tidak upaya , didapati tiada perbezaan yang ketara sama ada yang

berkenaan dengan jumlah angka “morphemes” yang digunakan dengan kekerapan

penggunaan “morphemes” .

Semantik

Dari segi semantik, seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak ini juga

mempunyai bahasanya tersendiri iaitu bahasa idiosinkratik. (Volden & Lord ,1991),

mendefinisikan bahasa idiosinkratik sebagai penggunaan ayat atau frasa dalam

keadaan berbeza untuk menyampaikan maksud yang spesifik.

Tidak seperti kanak-kanak yang normal,jika Aiman mengelamun, beliau

seringkali mengeluarkan bunyi yang sukar untuk difahami. Walaupun begitu, bahasa ini

hanya difahami oleh kanak-kanak ini sahaja. Oleh itu, kekuatan bahasa idiosinkratik ini

sebenarnya boleh menjadi satu medium bagi Aiman untuk berkomunikasi dengan orang

lain.

Page 22: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Sebagai contoh, bagi mengingati suatu frasa atau perkataan yang diajar,

Aiman mungkin mengeluarkan bunyi yang berbeza walaupun maksudnya sama.

Maknanya di sini, mungkin “saya” bagi Aiman ialah kamu. Walaupun dari sudut negatif

kita melihat perkara ini mungkin menimbulkan kecelaruan tetapi dari sudut positifnya

kita mungkin boleh mengajar Aiman mengikut perspektif yang difahaminya. Apa yang

penting makna bahasa itu adalah betul walaupun ujaran yang dihasilkan berbeza,

Pragmatik.

Dari segi pragmatik, Aiman merupakan seorang penutur yang pasif. Seperti

yang diperbincangkan tadi, disebabkan sikapnya yang antisosial maka Aiman tidak

dapat berkomunikasi secara spontan dan seterusnya menghasilkan komunikasi yang

lemah dengan individu yang lain. Dari segi kekuatan, Aiman didapati boleh

berkomunikasi dengan bahasanya iaitu bahasa idiosinkratik. Jadi ini menjelaskan

Aiman mempunyai keunikan tersendiri. Semasa pengamatan saya, matanya akan

terpejam secara tiba-tiba ataupun terkebil jika berbahasa dengan secara sendirinya.

Kita sebagai pendidik seharusnya harus cuba memahami isyarat dan mesej yang ingin

disampaikan bagi memudahkan kita untuk melakukan proses pembelajaran dan

pengajaran kita.

Page 23: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

Cara-cara untuk mengurangi atau mengatasi masalah bahasa

Bagi mengatasi masalah Aiman ini, program intervensi boleh dilakukan

terhadapnya. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan menghantar Aiman ke

terapi pertuturan yang dikendalikan oleh mana-mana pihak kerajaan ataupun NGO.

Selain itu kita juga boleh menggunakan prinsip intervensi bahasa yang

dicadangkan oleh Wetherby(1986) semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Menurut Wetherby(1986) terdapat empat prinsip program intervensi bahasa bagi kanak-

kanak austisme iaitu pertama sekali, kesediaan untuk berbicara dengan bersungguh-

sungguh harus diberi penekanan dalam intervensi bahasa. Kanak-kanak autisme perlu

diajar untuk menunjukkan keperluan melalui komunikasi –pertuturan, pergerakan tidak

verbal (contohnya mimik muka). Kedua, program intervensi bahasa harus keluar atau

menyimpan dari model normal dan menfokuskan kepada perkembangan komunikasi

untuk kanak-kanak autism. Dalam erti kata yang lain , kanak-kanak autism tidak

selalunya mengikut cara normal dalam perkembangan bahasanya. Para professional

harus lebih fleksibel dalam cara membimbing kanak-kanak ini untuk mencapai

kejayaan. Cadangan Wetherby yang ketiga ialah, ahli- ahli klinik perlu memikirkan

perkembangan mental mempunyai kaitan dengan komunikasi yang baik atau tidak

baik. Fungsi komunikasi yang baru (baik) boleh diajar dengan menggunakan lebih

banyak komunikasi yang lama (contohnya gerakan). Persamaannya, dalam mengajar

kanak-kanak menggunakan cara baru dalam menunjukkan reaksi (seperti pertuturan),

adalah lebih baik jika memulakannya dengan cara berkomunikasi yang telah dipelajari

dengan baik oleh kanak-kanak.

Keempat, Wetherby mencadangkan bahawa penjaga perlu memikirkan

mengenai “social content of language intervention”. Ianya tidak cukup dengan hanya

mengajar kanak-kanak tentang kemahiran bahasa. Persekitaran social harus diubah

selaras dengan kegunaan dan kebolehan. Ianya sangat penting jika kanak-kanak

belajar untuk meminta sesuatu, mereka perlu meminta. Contohnya, makan tengah hari

sebagai salah satu persekitaran sosial mereka. Prinsip-prinsip ini harus menjadi satu

Page 24: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

petunjuk yang berguna untuk merancang program intervensi bahasa untuk kanak-kanak

autisme.

Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan penting bagi membantu

mengurangi masalah yang dihidapi oleh Aiman. Sebagai contoh, ibu bapa Aiman

hendaklah sentiasa berkomunikasi dengan Aiman ini. Jadi sedikit sebanyak

perbendaharaan kata dan kosa kata kanak-kanak ini akan bertambah.

Pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru mestilah berkisarkan

tentang minat yang dicenderungi oleh kanak-kanak ini. Contohnya, Aiman suka bermain

permainan seperti puzzle. Jadi puzzle yang berbentuk abjad atau pun perkataan

mungkin dapat membantu Aiman dalam memperkembangkan bahasanya.

Page 25: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
Page 26: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

REFLEKSI

Sepanjang menyiapkan tugasan ini,saya telah pun memperoleh banyak pengalaman

dan input yang berguna terutama sekali mengenai tips-tips ataupun kaedah yang

sesuai untuk mendekati dan mengajar kanak- kanak khas ini. Selain itu,saya juga telah

berpeluang untuk mendekati keluarga mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengajar

saya untuk bersosial dengan lebih baik dengan masyarakat sekeliling saya.

Dari pengalaman saya juga, saya dapat menghayati dan mendalami perasaan

keluarga yang mempunyai kanak- kanak khas. Di sinilah saya dapat melihat secara

mata kasar bagaimana ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas ini sabar

dan tabah dalam mendidik anak mereka ini. Oleh itu, nilai moral yang diperoleh oleh

saya ini harus saya gunakan dalam kehidupan seharian saya. Seperti yang sedia

maklum, sebagai bakal guru pendidikan khas, saya hendaklah mempunyai kesabaran

yang tinggi, jadi dengan menerapkan nilai murni ini dari sekarang maka sedikit

sebanyak dapat memudahkan saya untuk proses pembelajaran dan pengajaran di

masa akan datang.

Dalam aspek penambahan ilmu pula, saya telah pun berjaya memperolehi

banyak maklumat dan pengetahuan mengenai autisme. Ini kerana, kategori yang dipilih

saya untuk kajian kes ini ialah autisme. Pengetahuan yang diperoleh ini sememangnya

amat berguna. Sebagai contoh, kanak-kanak autisme adalah kanak-kanak yang kurang

bersosial jadi saya perlu bijak dalam mendekati kanak-kanak ini.

Selain itu, semasa melakukan kajian kes ini juga saya telah mengalami yang

agak melucukan iaitu semasa membantu kanak-kanak khas ini melakukan aktivti

bewarna. Penat dan lucu itulah yang boleh yang diungkapkan saya. Di sini saya lihat

gelagat kanak-kanak autism ini yang tiba-tiba sahaja menyanyi lagu dengan nyaring

sekali sambil memejam matanya. Walaupun hairan dengan keletahnya tapi inilah

dikatakan ciri istimewa yang terdapat pada kanak-kanak ini.

Akhir kata saya berharap segala pengetahuan yang saya perolehi ini dapat

saya jadikan sebagai panduan di masa hadapan.

Page 27: 36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi

RUJUKAN

Buku

1. Open University Malaysia (2006), Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

Pembelajaran, Meteor Doc Sdn Bhd ,Selangor Darul Ehsan

2. Open University Malaysia (2006), Pengenalan Pendidikan Khas , Meteor Doc Sdn Bhd,

Selangor Darul Ehsan

3. Kuder. S. Jay (2003), Teaching Student With Language And Communication Disabilities,

Pearson Education. Inc , United States of America

Modul

1. Bahagian Pendidikan Guru (2008), Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya

Internet

1. http:// www.geocities.com/mash19952. http://www.asha.org/public/speech/disorders/LBLD.htm