[3] DISKUSI KEENAM

  • Upload
    dzarrin

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KEENAM

    1/5

    OBJEKTIF

    Memahami peranan dan kepentingan masjid dalam membentuk peribadi individu,

    masyarakat dan Negara Islam yang kukuh dan tersusun.

    Mengenali individu yang terlibat semasa hijrah Rasulullah S.A.W.

    1.0 MUQADDIMAH

    Masjid merupakan tempat ibadah umat Islam yang mempunyai peranan yang sangat

    penting dalam pembentukan masyarakat Islam. Hal ini dapat dilihat ketika peristiwa hijrah

    Rasulullah ke Madinah dimana baginda membina Masjid Quba` semasa didalam perjalanan

    tersebut dan juga Masjid Nabawi setibanya baginda di Madinah.

    Sekiranya masjid itu dibina hanya semata-mata untuk dijadikan tempat solat maka sudah

    tentu ia tidak memerlukan pembinaan yang segera. Tetapi oleh kerana Rasulullah S.A.W

    melihat masjid memberikan pengertian yang lebih besar maka Rasulullah S.A.W memberi

    keutamaan kepadanya.

    2.0 PERISTIWA

    2.1 PERINTAH HIJRAH

    Apabila kaum Muslimin mencecah sehingga 70 orang di Makkah, tekanan dan penyeksaan

    ke atas kaum Muslimin semakin menjadi-jadi. Mereka mengadu kepada Rasulullah S.A.W

    dan meminta izin untuk berhijrah. Rasulullah memberi keizinan dan memerintahkan mereka

    berpindah ke Yathrib (Madinah).

    Seluruh kaum Muslimin ketika itu berhijrah ke Yathrib dan yang masih tinggal di Makkah

    hanyalah Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Ali atau mereka yang masih diseksa di dalam

    kurungan dan orang sakit yang tidak berdaya untuk keluar berhijrah.

    Setelah Rasulullah S.A.W mendapat keizinan daripada Allah S.W.Tuntuk berhijrah, baginda

    meminta Abu Bakar menemani perjalanan hijrah baginda. Dr.Said Ramadhan al-Buthi

    didalam Fiqh Sirah menyatakan Rasulullah S.A.Wkeluar berhijrah pada 2 Rabi`ul-Awwal

    bersamaan 20 September 622 Masihi iaitu tahun ke-13 kenabian.

    DISKUSI 6 :

    QUBA : SIMBOLIK KEPENTINGAN IBADAH

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KEENAM

    2/5

    Kemudian, Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur selama tiga hari. Diantara

    mereka yang membantu perjalanan hijrah Rasulullah S.A.W ini ialah:

    1. Abdullah bin Abu Bakar : Melaporkan perkara-perkara yang berlaku di

    Makkah kepada Rasulullah dan Abu Bakar.

    2. Amir bin Fuhairah (orang suruhan Abu Bakar) : Menghalau kambingnya di

    atas kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu Bakar supaya tidak dapat

    dikesan oleh pihak Quraisy. Beliau juga menyediakan air susu buat

    Rasulullah S.A.Wdan Abu Bakar.

    3. Asma dan Aishah binti Abu Bakar : Menyediakan bekalan makanan buat

    Rasulullah dan Abu Bakar.

    4. Abdullah bin Uraiqit ad-Daili : Penunjuk jalan ke Yathrib.

    Selepas tiga malam berlalu dan yakin bahawa tiada sesiapa lagi yang mencari mereka,

    Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar meneruskan perjalanan yang dipandu oleh Abdullah bin

    Uraiqit. Beberapa peristiwa ajaib yang telah berlaku semasa perjalanan mereka disebutkan

    secara ringkas di sini:

    1. Suraqah bin Malik bin Ja`syam telah berjaya menjejaki mereka. Apabila

    Suraqah mendekati mereka berdua, kaki kuda yang ditungganginya

    terbenam ke dalam pasir dan tidak berupaya untuk berjalan. Dia

    mencuba sebanyak tiga kali supaya kudanya menuju ke arah Rasulullah,namun kudanya tetap enggan. Pada ketika itu, dia yakin bahawa di

    hadapannya ialah seorang Rasul yang mulia. Lantas dia meminta supaya

    Rasulullah S.A.Wberjanji memberikannya sesuatu jika dia menolong

    baginda. Baginda S.A.Wmenjanjikan untuknya dua gelang tangan yang

    dipakai oleh Kisra. Suraqah kemudiannya pulang ke Makkah dan berlakon

    seolah-olah dia tidak menemui sesiapa.

    2. Rasulullah S.A.W melewati perkhemahan Ummu Ma'bad al-Khuza' iyyah.

    Di tepi khemah tersebut terdapat seekor kambing betina yang kurus,

    keletihan dan tidak mempunyai susu. Rasulullah mengusap-usap uncang

    susu kambing tersebut dengan tangan baginda sambil membaca Bismillah

    dan berdoa. Kemudian mengalirlah susu daripada kambing tersebut

    hingga dapat diminum mereka sehingga kenyang.

    3. Bertemu dengan Aba Buraidah yang merupakan ketua kepada kabilahnya.

    Aba Buraidah pada ketika itu sedang mencari Rasulullah S.A.W demi

    menyahut seruan Quraisy supaya membunuh Rasulullah. Tetapi hal

    sebaliknya telah berlaku. Setelah dia bertemu dan berbicara dengan

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KEENAM

    3/5

    Rasulullah S.A.W, dia lalu memeluk Islam bersama para pengikutnya

    seramai 70 orang.

    4. Rasulullah bertemu al-Zubair dengan rombongan kaum Muslimin di

    dalam kabilah perniagaan dari Syam. Beliau memberi persalinan baju

    putih kepada Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar.

    2.2 PEMBINAAN MASJID

    Rasulullah S.A.W tiba di Quba` pada 8 Rabiul Awwal iaitu pada hari Isnin dan menetap di

    sana selama empat hari sehingga hari Khamis. Baginda telah membina sebuah masjid dan

    solat di situ. Ianya merupakan masjid yang pertama sekali dibina pada zaman awal

    perkembangan agama Islam setelah Baginda S.A.Wdilantik sebagai Rasul. Masjid ini terletak

    sekitar 5 km di sebelah tenggara kota Madinah. Jika diperhatikan, walaupun hanya

    beberapa hari Rasulullah S.A.Wberada di Quba', baginda telah berusaha membina masjid di

    situ.

    Di dalam al-Quran, Allah menceritakan perihal Masjid Quba`:

    Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. sesungguhnya masjid

    yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu

    solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan

    sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

    (at-Taubah: 108)

    Setelah itu, baginda S.A.Wmeneruskan perjalanan pada pagi hari Jumaat. Baginda tiba di

    perkampungan Bani Salim bin `Auf dimana pada ketika itu waktu solat Jumaat telah masuk.

    Lalu Baginda S.A.Wmembina sebuah masjid di situ dan menunaikan solat Jumaat pertama

    dan menyampaikan khutbah Jumaat yang pertama dalam Islam.

    Seterusnya, Rasulullah S.A.W meneruskan perjalanan ke Yathrib dan tiba di sana pada hari

    Jumaat. Sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah ar-Rasul.

    Hari tersebut adalah hari bersejarah dan gilang-gemilang. Jalan-jalan, lorong dan rumah-

    rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, seluruh anak-anak gadis Ansar mendendangkan

    rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KEENAM

    4/5

    Tindakan pertama yang dilakukan baginda S.A.Wialah memilih tempat unta baginda

    berhenti duduk untuk dijadikan sebagai masjid. Tempat tersebut ialah tempat pengering

    tamar yang dimiliki oleh dua orang anak yatim Ansar yang bernama Sahl dan Suhail bin

    `Amr. Mereka berdua ingin menghadiahkan sahaja tanah tersebut, tetapi Rasulullah S.A.W

    keberatan untuk menerimanya secara percuma dan akhirnya dibayar dengan harga sepuluhdinar.

    Kemudian Rasulullah S.A.Wbersama para sahabat membina masjid yang panjangnya

    seratus hasta, serambi kiri dan kanannya lebih kurang itu juga. Bahan binaannya terdiri

    daripada batu-bata, tiang-tiangnya daripada batang pohon tamar dan atapnya daripada

    pelepah tamar. Kiblat masjid ini menghadap ke arah Baitul Muqaddis.

    Di dalam Hadith Anas bin Malik r.amenyebutkan: Ketika Rasulullah S.A.W datang ke

    Madinah, baginda singgah di kawasan yang agak tinggi di Kota Madinah iaitu sebuah

    tempat yang bernama Bani Amru bin Auf. Baginda tinggal bersama mereka selama empat

    belas malam. Kemudian baginda menyuruh supaya memanggil pemimpin Bani Najjar. Lalu

    mereka pun datang membawa pedang masing-masing.

    Beliau berkata lagi: Aku seolah-olah melihat Rasulullah s.a.w di atas untanya, manakala

    Abu Bakar berada di belakang baginda, sementara pemimpin Bani Najjar mengelilingi

    baginda. Baginda membiarkan saja unta baginda itu membawanya sehinggalah baginda

    tiba di halaman rumah milik Abu Ayyub.Beliau berkata lagi: Rasulullah s.a.w solat walau

    di mana saja bila tiba waktu solat, baginda sembahyang di dalam kawasan pemeliharaan

    kambing. Kemudian baginda memerintahkan supaya didirikan sebuah masjid.

    Beliau berkata lagi: Lalu baginda menyuruh memanggil pemimpin Bani Najjar itu, mereka

    pun datang.Lalu baginda bersabda: Wahai Bani Najjar! Nyatakan harga kebunmu ini

    kepadaku.Lalu mereka menjawab: Tidak! Demi Allah, kami tidak mahukan harganya

    kecuali kepada Allah.Lalu Anas berkata: Mengikut pengetahuanku, dalam kebun itu

    terdapat pokok kurma, kubur orang-orang Musyrikin dan runtuhan bangunan. Lantas

    Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya memotong pokok kurma, membongkar kubur

    orang-orang Musyrikin dan meratakan runtuhan bangunan. Beliau berkata lagi: Lalu

    mereka menjadikan pohon kurma tersebut sebagai arah kiblat dan sebuah batu besarsebagai bahu pintu gerbang. Beliau berkatalagi: Mereka melakukan pekerjaan berat itu

    sambil mengalunkan syair dan Rasulullah S.A.W ada bersama mereka.

    Bermula di sinilah terpancarnya cahaya Islam, pancaran ilmu, keharmonian Ihsan dan

    ketinggian akhlak umat Islam sehingga ke seluruh pelosok dunia. Di samping itu, Baginda

    S.A.Wtelah menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi

    gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat menuntut hak dan keadilan,

    markaz tentera dan pertahanan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat hubungan dengan

    Allah dan manusia sesama manusia.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KEENAM

    5/5

    3.0 NILAI DAN PENGAJARAN

    1. Masjid merupakan asas pertama dan utama untuk membentuk masyarakat

    Islam kerana dengan masjid itulah umat Islam dapat membina kekuatan

    dengan mengikuti segala sistem Islam, aqidah dan peradabannya.

    2. Masjid ialah tempat yang paling sesuai untuk meluaskan ruh parsaudaraan

    dan ikatan mahabbah sesama Islam. Di sana, segala kedudukan dan pangkat,

    keturunan dan kekayaan diketepikan.

    3. Melahirkan semangat kebersamaan dan keadilan dalam kalangan umat Islam

    melalui solat berjemaah. Seandainya setiap orang melaksanakan solat di

    rumah masing-masing bersendirian tanpa perkongsian dan permuafakatan,

    nescaya hilanglah semangat kebersamaan dan lahirlah sikap mementingkan

    diri.

    4. Peranan yang dipikul oleh Abdullah bin Abu Bakar membuktikan pengaruh

    pemuda terhadap pergerakan dakwah. Kesan keberanian pemuda untuk

    berkorban dan menggadaikan diri menyebabkan dakwah mara dengan laju ke

    arah kemenangan.

    5. Peranan Aishah dan Asma radhiyallahu anhumaketika hijrah Rasul S.A.W

    membuktikan peranan kaum wanita diperlukan dalam dakwah. Jiwa wanita

    lebih toleransi dan hatinya lebih lembut. Selain menjadi anak, isteri dan ibu,

    mereka lebih mampu menyebarkan nilai-nilai yang diperlukan oleh

    masyarakat kita hari ini di kalangan wanita berbanding lelaki. Wanita Islam

    berjasa besar dalam mendidik generasi sahabat yang masih kanak-kanak,

    begitu juga generasi tabi`in.

    6. Daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika hijrah Rasulullah ke

    Madinah, jelas kepada kita Rasulullah S.A.Wtidak singgah di satu-satu

    tempat melainkan perkara pertama yang dilakukan ialah membina masjid

    sebagai tempat orang-orang mukmin berhimpun. Baginda telah membina

    Masjid Quba` ketika bermukim di situ selama empat hari. Baginda juga telahmembina sebuah masjid di pertengahan jalan antara Quba` dan Madinah,

    iaitu apabila tiba waktu solat Jumaat di perkampungan Bani Salim bin Auf.

    RUJUKAN

    1. Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti, Fiqh Sirah, Terjemahan Ustaz Mohd

    Darus Sanawi, Dewan Pustaka Fajar, 1983.

    2. Dr. Musthafa al-Sibai,al-Sirah Al-Nabawiyah; Durus wal Ibrah, Terjemahan

    (PDF), Konsis Media.

    3.

    Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy, al-Raheeq al-Makhtum,Terjemahan (PDF)