Upload
sk-ayer-jerneh-kemaman
View
225
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK (1)
1/9
7/28/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK (1)
2/9
yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.
2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis
dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada
yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan
dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.
4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal
menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.
5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.
6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu
program pengajaran kepada murid tersebut.
7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat
menjawab dengan tenag dan selesa.
8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-
keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.
9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak
tahu dan di manaa kesilapan mereka.
10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan
kepada guru pada satu masa yang lain.
Analisis ujian diagnostik
1- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan
dalam borang analisis.
2- Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan
Pengajaran Kumpulan (RPK
UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN
Rasional:
7/28/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK (1)
3/9
Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah
penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihatfaktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.
Apa itu pengamatan:1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pemgamatan ini berkait
rapat dengan pemikiran kita.
2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun
ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia bolehdiajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancainderasetelah berlakunya proses dalam mental.
4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satuproses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan
pengalaman-pengalaman lalu.
5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remediation
beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif
dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsepyang dialami oleh kanak-kanak.
6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telahmentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada
tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan
pancaindera dengan kuasa intelek.
Objektif Ujian Pengamatan:
Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ;
1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna,
huruf, nombor, suku kata dan perkataan.
2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek
yang lain.
3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,
nombor, suku kata, perkataan dan ayat.
7/28/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK (1)
4/9
7/28/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK (1)
5/9
9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.
10- Menyalin ( Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.
Panduan melaksanakan ujian pengamatan:
1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep
sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.
2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.
3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan
ujian.
5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.
UJIAN PENCAPAIAN
1. Pengenalan
Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif.
1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid
mengikuti proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga
merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai
kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggubalan soalan bagi
ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran tertentu. Jika muridtersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid tersebut
boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan
dalam kelas.
1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid
mengikuti proses pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah
untuk menilai penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar.
Ianya menjadi asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi.
Bahan ujian dan keputusan ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan.
2. Pelaksanaan.
Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid
mengikuti program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas
Pemulihan Khas.
Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau
bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya
terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada
sesuatu masa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan.
7/28/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK (1)
6/9
Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod
Ujian Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir
sesuatu set ujian.
Membina Ayat
Ujian Diagnostik
1. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkanmaksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkanimbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dannama khas.
i. menerusi
ii. meneruskan
iii. menemui
iv. menemukan
v. menaiki
vi.menaikkan
[6 markah]
(b) Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayatmajmuk.
i. Adakah kamu hendak ke hospital? Adakah kamu hendak ke kliniksahaja?
ii. Halim tinggal di sebelah rumah saya. Halim tidak pernahberkunjung ke rumah saya.
iii.Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer.Para pelajar dapat melayari internet.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaanejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan
7/28/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK (1)
7/9
betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah strukturdan maksud asalnya.
i. Sejak kecil lagi kita diasoh agar bersopan santun apabila cakap
dengan orang yang lebih tua.
ii. Zalila telah mengeposkan bungkusan yang berisi kueh raya itukepada abangnya di London.
iii.Persatuan Penduduk Taman Bahagia telah mengada mesyuaratagong untuk memilih ahli jawatan kuasa yang baharu.
[6 markah]
2. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkanmaksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkanimbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dannama khas.
i. hidangan - menghidangkan
ii. akuan - mengakui
iii.hubungan - menghubungkan
[6 markah]
(b) Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjaditiga ayatmajmuk sahaja.
Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan.Fenomena ini berlaku di Malaysia. Fenomena ini berlaku di seluruhdunia. Hampir setiap hari media cetak menyiarkan berita hangattentang pencemaran. Hampir setiap hari media elektronik menyiarkanberita hangat tentang pencemaran. Pencemaran ini bukan terhad padasatu kategori seperti pencemaran darat. Terdapat juga pencemaran air,udara dan bunyi juga.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaanejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu danbetulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur
7/28/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK (1)
8/9
7/28/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK (1)
9/9
Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi dan merasakanpersekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dia pulaakan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. Presiden Persatuan KaunselingMalaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi, Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawamangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa
bukan sahaja takut ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya.
Sebetulnya perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan akanmembentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibatketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guruatau ibu bapa. Biasanya, mereka dikaunseling bukan si pembuli tetapi mangsa kerana merekaperlu dibantu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya, si pembuli berasaseronok kerana dapat membuli orang lain. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadiserius sehingga berlaku kecederaan fizikal.
(Diubahsuai daripada Menangani Masalah Buli di Sekolah dalam Dewan Siswa, Ogos 2005,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur)
Soalan 2: Pemahaman
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)
Apakah maksud rangkai kata mengambil tindakan intervensiberdasarkan
petikan? [2 markah]
(ii)
Nyatakan kesan-kesan yang serius berlaku ke atas pelajar yang dibuli? [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah bentuk hukuman yang wajar dikenakan ke atas
pembuli yang membabitkan kes kematian. [4 markah]