24
UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN Disediakan oleh: Erin Niza Binti Ilaha Hamizah Binti Mohamed Saari 2 PISMP Pemulihan (BM)/MT/BI

UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

  • Upload
    leyivd

  • View
    1.858

  • Download
    20

Embed Size (px)

Citation preview

UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

Disediakan oleh:

Erin Niza Binti IlahaHamizah Binti Mohamed Saari

2 PISMP Pemulihan (BM)/MT/BI

DEFINISI UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian diagnostik ialah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

UJIAN DIAGNOSTIK

TUJUAN UJIAN DIAGNOSTIK

Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu

kemahiran.

Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-

kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.

Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

Membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang

bersesuaian mengikut tahap murid.

Membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan - kesulitan yang dihadapi oleh murid.

UJIAN DIAGNOSTIK

PENGAMATAN

RASIONAL UJIAN DIAGNOSTIK

PENGAMATAN

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru, ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.

OBJEKTIF UJIAN DIAGNOSTIK

PENGAMATAN Menerusi ujian ini, guru dapat mengesan

masalah yang dihadapi oleh murid dalam:

Mengecam orentasi kedudukan,

persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna,

huruf, nombor, suku kata dan perkataan.

Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke

kanan serta hubungan antara

satu objek dengan objek yang lain.

Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan

sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan

dan ayat.

Menyelaras pergerakan motor

mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, dan dari

bawah ke atas.

Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan

(Sequencing)

Memahami dan berupaya mencari

jalan untuk menyelesaikan

sesuatu masalah.

CIRI-CIRI UJIAN

DIAGNOSTIK

PENGAMATAN

Ujian ini mempunyai 150 soalan.

Setiap soalan betul diberi 1

markah.

Markah penuh ialah

150.

Terdapat 15 kemahiran yang diuji.

Tiada masa khas

diperuntukkan bagi

menjalankan ujian ini.

Ujian ini diberikan

sehelai demi sehelai

mengikut bahagian.

Berikut merupakan 15 senarai kemahiran yang diuji:

Bil .

Kemahiran Bil. soalan

1. Diskriminasi yang sama 10

2. Diskriminasi yang ganjil 10

3. Diskriminasi saiz 10

4. Ingat kembali 20

5. Orientasi kedudukan 5

Bil .

Kemahiran Bil. soalan

6. Turutan 15

7. Menyudah atau melengkapkan 10

8. Menyalin 10

9. Rajah latar belakang atau bertindih 15

10. Koordinasi motor mata - tangan 10

11. Pertalian jarak atau ruang 10

12. Gambar bersiri 5

13. Kekalan atau keabadian bentuk 5

14. Mazing atau cari jalan keluar 5

15. Benda tersembunyi 10

TUJUAN PELAKSANAAN UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

Tujuan pelaksanaan ujian diagnostik pengamatan ini ialah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf.

Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.

FUNGSI UJIAN DIAGNOSTIK

PENGAMATANKOMPONEN UJIAN

DIAGNOSTIK

FUNGSI

Diskriminasi yang sama.

(Discrimination

Sameness)

Membolehkan murid supaya dapat

mencari ciri-ciri persamaan yang

terdapat pada objek, bentuk,

corak, warna, nombor, huruf dan

sebagainya.

Diskriminasi yang ganjil

dan tidak sama.

(Discrimination of

differences)

Membolehkan murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 

KOMPONEN UJIAN

DIAGNOSTIK

FUNGSI

Diskriminasi saiz (Discrimination of size)

Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

Diskriminasi kedudukan. (Position in space)

Melatih murid supaya dapat membezakan kedudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

Koordinasi motor mata –tangan.

Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

Pertalian jarak (Spatial Relationship)

Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta jarak antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

KOMPONEN UJIAN

DIAGNOSTIK

FUNGSI

Mazing Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

Turutan (Sequencing)

Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground)

Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak.

Menyalin (Visual Copying)

Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa-apa yang telah dilihat.

KEPENTINGAN UJIAN

DIAGNOSTIK

PENGAMATAN

Mengumpul

maklumat untuk tujuan

penempatan Supaya

dapat membuat laporan kepada

ibu bapa dan juga

pakar kesihatan.

Membuat penilaian

awal tentang

keupayaan kanak-kanak.

Menyediakan suatu

rancangan berdasark

an keperluan.

Kenal pasti tahap

perkembangan

semasa dan

pendidikan yang

diperlukan.

1) Mengumpul maklumat untuk tujuan penempatan.

Hasil pengumpulan maklumat yang diperoleh akan membantu dalam proses penempatan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan.

Hal ini kerana, kanak-kanak ini berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Oleh itu, mereka perlu diasingkan dari segi program pengajaran, pendekatan, bahan pengajaran, persekitaran dan lain-lain lagi.

Maklumat ini dapat membantu guru menyediakan atau menyelaras sistem pengajaran mengikut ketidakupayaan kanak-kanak. Penyelarasan sistem pengajaran tersebut juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

2) Supaya dapat membuat laporan kepada ibu bapa dan juga pakar kesihatan. 

Ibu bapa akan dapat menjadikan maklumat yang diperoleh sebagai rujukan.

Ibu bapa didedahkan dengan kaedah yang sesuai untuk kanak-kanak itu dan apakah aspek yang perlu diberi penekanan untuk mengatasi ketidakupayaan anak mereka.

Pakar-pakar kesihatan pula akan memantau kanak-kanak tersebut dari semasa ke semasa dan memberi maklumat tentang sebarang perubahan kanak-kanak ini.

3) Membuat penilaian awal tentang keupayaan kanak-kanak.

Penilaian awal boleh dibuat sama ada secara formal (ujian pencapaian dan perkembangan) atau secara tidak formal (pemerhatian atau analisis).

Di samping itu, penilaian atau pengesanan kepada kanak-kanak akan membantu guru atau pakar mengesan apakah pendidikan tambahan yang perlu diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah dalam pengamatan.

Penilaian awal dapat menentukan kanak-kanak yang memerlukan didikan tambahan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah yang lebih serius pada masa hadapan sekiranya tidak mendapat sebarang pemerhatian.

4) Menyediakan suatu rancangan berdasarkan keperluan.

Dalam hal ini, maklumat yang telah diperolehi  digunakan dalam empat cara:

i)  Sebelum kanak-kanak berada di kelas pemulihan khas, maklumat tersebut dapat membantu   guru biasa dalam pengajaran yang terbaik untuk mengajar mereka.

ii) Prosedur penilaian dapat membantu dalam menjangka teknik pengajaran yang efektif dalam proses

pengajaran. iii)  Dalam menentukan program dan

strategi yang sesuai, penilaian ini akan dapat menyediakan maklumat

rujukan yang lebih formal dan benar.iv)  Maklumat ini dapat dihimpunkan

secara individu kepada pelajar yang benar-benar layak dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas.

 

5) Kenalpasti tahap perkembangan semasa dan pendidikan yang diperlukan.

Penilaian tahap perkembangan semasa kanak-kanak pemulihan khas melibatkan praakademik, akademik atau teknik sosial.

Dengan menggunakan maklumat ini, guru atau penilai akan dapat memaklumkan subjek dan teknik yang bersesuaian dan diperlukan.

Maklumat ini juga meliputi kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu.

SEKIAN, TERIMA KASIH