View
101
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
LAPORAN KENDIRI KEMAHIRAN INSANIAH
NAMA: NUR IZZATI BINTI SHAHRUDDIN
NO. KAD PENGENALAN: 940812145302
EMEL: izzatie94@gmail.com
NAMA AKTIVITI/PROJEK: R.A.I.N.B.O.W PROGRAMME
JAWATAN DISANDANG: KETUA BIRO EXCO KOMUNIKASI
NAMA PENYELIA: ABDUL QAIYUM BIN BORHAN
1. NAMA AKTIVITI/PROJEK:
R.A.I.N.B.O.W PROGRAMME
2. SINOPSIS:
R.A.I.N.B.O.W. PROGRAMME telah berlangsung pada 8 Disember 2013 iaitu pada
hari Ahad. Program ini telah dikelola oleh 37 orang pelajar perubatan Program
Twinning UKM-UNPAD di bawah penyeliaan En. Abdul Qaiyum bin Borhan.
Program ini telah dijalankan di Panti Asuhan Simpay Asih, Jatinangor, Bandung dan
seramai 33 orang penghuni panti asuhan tersebut telah terlibat dalam pelaksanaan
program ini. Secara keseluruhan, terdapat 23 orang penghuni lelaki dan 10 orang
penghuni perempuan. Golongan ini terdiri daripada umur 10 hingga 18 tahun dan
bersekolah di SMK Pasundan yang terletak 1 kilometer jauh. Para penghuni terpaksa
berjalan kaki untuk menuntut ilmu di sekolah hamper setiap hari. Penyelia asrama
merupakan Pak Yunan manakala Ketua Panti ialah Pak Asep Romli. Selain itu, anak-
anak penghuni di panti asuhan tersebut terdiri daripada anak-anak yang kurang
bernasib baik dan yatim piatu. Misi utama program ini adalah untuk membantu
mereka dari segi aspek kemudahan harian, pemakanan dan penjagaan kesihatan.
3. HASIL PEMBELAJARAN:
Pada akhir projek ini, saya akan mencapai hasil pembelajaran berikut:
a. Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
b. Kemahiran komunikasi
c. Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
4. STRATEGI MENCAPAI HASIL PEMBELAJARAN:
a. Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
Strategi saya untuk mencapai hasil pembelajaran di atas adalah dengan
menerapkan tingkah laku bertanggungjawab terhadap orang lain, kepekaan
kepada alam sekitar, dan kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi
sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.
b. Kemahiran komunikasi
Saya telah berjaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutama
sekali dalam mencari lokasi panti asuhan. Adalah menjadi tugas Biro
Komunikasi untuk mencari panti-panti asuhan yang bersesuaian untuk aktiviti
diadakan. Melalui ini, saya telah berkomunikasi dengan penduduk setempat
untuk mencari jalan ke tempat yang hendak ditujui. Selain itu, saya juga telah
berkomunikasi dengan penyelia-penyelia asrama untuk mengetahui lebih
mendalam berkaitan panti asuhan tersebut. Bahkan, saya juga telah
menemuramah beberapa penghuni rumah anak yatim untuk mengetahui
tentang status mereka selain kekurangan yang mungkin dapat dibantu melalui
program yang bakal dianjurkan. Akhir sekali, saya juga telah melakukan
presentasi melalui lisan terhadap Ahli Jawatankuasa Tertinggi berkaitan hasil
pencarian saya dan rakan-rakan. Hal ini sedikit sebanyak berjaya
meningkatkan kadar keyakinan dan jati diri.
c. Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Saya sebagai Ketua Biro Komunikasi telah menjalankan tanggungjawab
mencari tempat di mana program RAINBOW akan dijalankan. Oleh kerana
kami kurang arif tentang lokasi panti asuhan yang bakal kami kunjungi,
beberapa sumber telah dimanfaatkan. Sebagai contoh, saya telah berkunjung ke
balai polis jatinangor untuk mendapat tahu gambaran serta lokasi rumah anak-
anak-anak yatim. Selain itu, internet, sistem GPS, whatsapp dan beberapa
sumber lain turut diguna pakai. Selain itu, saya juga memain peranan dengan
turut mengelola akaun Twitter yang bertujuan menyampaikan perkembangan
setiap aktiviti program selain turut menarik masyarakat untuk menderma.
Melalui program ini, saya dapat belajar bagaimana untuk menguruskan suatu
projek besar yang semestinya pasti akan dilakukan oleh saya pada masa akan
datang yang melibatkan pelbagai organisasi. Saya belajar bagaimana untuk
berurusan dengan pelbagai ragam manusia. Selain itu, saya juga berjaya
menguruskan masa dengan baik kerana masa yang diperuntukkan untuk projek
ini sangat minimum.
5. PEMBUKTIAN PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN
1. Akaun Twitter yang saya turut sama menjadi admin untuk menyampaikan
perkembangan serta mencari dana. S Pengurusan maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat
2. Panti Asuhan pertama yang telah saya bersama ahli-ahli Exco Komunikasi
3. Panti Asuhan kedua yang telah saya kunjungi
4. Panti Asuhan Anak Yayasan Simpay Asih, kunjungan pertama saya bersama Exco Komunikasi. Melalui kunjungan dan hasil perbentangan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi, kami bersetuju untuk memillih rumah anak yatim ini.
5. Sedang berbual bersama Pak Yunan pengasuh Panti Asuhan Anak Yayasan Simpay Asih. Hal ini sedikit sebanyak berjaya menggilap kebolehan berkomunikasi saya.
6. Kunjungan kedua saya bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi
7. 8 Disember, hari program dijalankan di Panti Yayasan Simpay Asih
Recommended