View
46
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 1
____________________________________________________
TEKS UCAPAN
YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR
KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
MAJLIS AMANAT
KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
Tarikh : 25 APRIL 2019 (KHAMIS)
Tempat : ARAS 1, DEWAN SERBAGUNA
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH
NEGERI PULAU PINANG
___________________________________________________
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 2
بسم هللا الرحمن الرحيم
حمد وعلى الحمد هلل رب العالمين ، والصالة والسالم على سيد المرسلين وإمام المتقين نبينا م
آله وأصحابه أجمعين. اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه،
وأرنا الباطل باطال وارزقنا اجتنابه . وبعد ،
Yang Amat Arif Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid
Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau
Pinang,
Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pulau
Pinang,
Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi,
Ketua Pendaftar,
Tuan/Puan Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar,
Ketua-Ketua Bahagian dan Penolong Pendaftar,
Seterusnya Tuan-tuan dan Puan-puan warga Jabatan Kehakiman
Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNP) yang saya hormati dan
kasihi sekalian.
Assalamualaikum WBT.
1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT,
kerana dengan limpah kurnia, kasih sayang dan Inayah-Nya kita
diberi kesihatan yang baik dan diberi kesempatan untuk bersama-
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 3
sama dalam Majlis Amanat ini di dalam Dewan Serbaguna
JKSNP.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada semua warga JKSNPP terutamanya Yang
Amat Arif Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid kerana sudi
menjemput saya bagi menyampaikan Amanat kepada semua
warga kerja JKSNPP serta pegawai dan kakitangan Skim
Perundangan Syariah (LS) yang bertugas di negeri Pulau Pinang
yang turut hadir bersama-sama di dalam dewan ini.
YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
3. Kehadiran saya pada pagi ini adalah pertemuan rasmi buat
kali pertama antara saya dan warga JKSNPP, selepas pelantikan
saya sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 April
2019 yang lalu.
YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian
4. Pelantikan saya sebagai Ketua Pengarah JKSM ini adalah
suatu amanah yang besar dan berat untuk dipikul oleh saya.
Sebagaimana yang telah saya sebut semasa pertemuan-
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 4
pertemuan saya bersama JKSN/MSN yang saya telah pergi
sebelum ini, pelantikan ini merupakan suatu taklif
(tanggungjawab) yang begitu besar dan bukanlah semata-mata
suatu tasyrif (keistimewaan).
5. Amanah ini bukan semata-mata rantaian kesinambungan
untuk memacu misi dan visi JKSM, sebaliknya ia lebih besar
daripada itu, iaitu sebagai platform untuk memperkukuhkan
seterusnya menjelmakan JKSM menjadi sebuah institusi
kehakiman yang unggul, dihormati dan menjunjung syariat Islam.
Sebagai hamba Allah yang menginsafi bahawa segala ketentuan
adalah di dalam kekuasaan-Nya, saya menerima taklif dalam
bentuk amanah kepimpinan ini dengan penuh tawadhuk dan
rendah hati, namun percaya bahawa tanggungjawab ini akan
dapat digalas sebaiknya dengan adanya kesatuan, kerjasama,
penggemblengan tenaga yang bersesuaian pada kemampuan
dan tempatnya, perkongsian idea dan buah fikiran, kemahuan
dan semangat yang kuat, serta matlamat yang jelas daripada
semua warga kerja JKSM dan Jabatan Kehakiman Syariah di
negeri-negeri termasuklah JKSNPP, untuk bersama-sama
memaju dan memperkasakan institusi kehakiman Syariah di
Malaysia.
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 5
Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali-Imran ayat 26;
Katakanlah (Muhammad), “Wahai Tuhan pemilik kekuasaan,
Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau
kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang
Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau
kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau
kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh,
Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.
6. Daripada firman Allah SWT ini, kita harus percaya dan jelas
dengan tujuan sesuatu amanah itu diberikan oleh Allah SWT
kepada kita. Sesuatu amanah itu diberikan oleh Allah SWT
kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, dan dengan
kepercayaan ini, kita harus sentiasa bersangka baik dan
berlapang dada dengan ketentuan Allah SWT serta bersiap siaga
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 6
untuk menggalas dan melaksanakan dengan sebaik-baiknya apa
jua tanggungjawab yang ditakdirkan oleh Allah SWT kepada kita.
7. Maka dengan itu, amat besarlah harapan saya agar
YAA/YA/Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian dapat membantu
saya dalam menjalankan amanah ini, seterusnya bersama-sama
saya melakukan reformasi ke atas JKSM yang nantinya kita
harapkan mampu memartabatkan Mahkamah Syariah,
meningkatkan kredibiliti, seterusnya meninggikan tarafnya
sebagaimana selayaknya syariat Islam itu dimuliakan.
YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
8. Di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin berkongsi kepada
semua mengenai motto Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
(JKSM) yang ingin tekankan sebagai satu teras untuk dipegang
sepanjang kita memberi perkhidmatan kepada institusi Syariah
yang kita kasihi ini. Motto ini juga telah saya kongsikan bersama
semua warga JKS/MSN yang lain semasa pertemuan di negeri-
negeri.
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 7
9. Motto yang saya ingin bawakan dalam usaha memacu
kecemerlangan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan
seterusnya Jabatan Kehakiman Syariah di peringkat negeri-
negeri adalah, secara ringkasnya disebut C.I.A iaitu; C :
Cendekiawan, I : Ikhlas dan A : Amanah. Ini lah motto yang
saya harapkan YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan semua
dapat fahami, hayati, dan berusaha bersama-sama saya untuk
melaksanakannya di peringkat kedudukan tuan-tuan dan puan-
puan masing-masing.
C : CENDEKIAWAN
10. Bagi motto yang pertama; iaitu C : Cendekiawan, melibatkan
persoalan akal. Amat besar harapan saya agar warga kerja di
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, warga kerja di Jabatan
Kehakiman Syariah negeri-negeri termasuklah di JKSNPP ini
adalah terdiri daripada warga kerja yang berpengetahuan, yang
cintakan ilmu, dan sentiasa suka kepada perkara baru sebagai
peluang untuk menimba ilmu. Allah SWT berfirman di dalam
Surah Az-Zumar ayat 9;
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 8
....Katakanlah, “Apakah sama orang-orang yang
mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”
Sebenarnya hanya yang berakal sihat sahaja yang
menerima pelajaran
11. Ini kerana, dalam melaksanakan suatu visi dan misi yang
besar, YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan mestilah terdiri
daripada orang yang mempunyai ilmu, cerdik dan berhikmah,
bersedia untuk mempelajari ilmu yang baru, dan sentiasa
berusaha mendapatkan ilmu atau maklumat dari sumber yang
benar dan boleh dipercayai. Prinsip ini terpakai kepada kita
semua, tanpa mengira jenis pekerjaan mahupun pangkat atau
gred jawatan. Sikap sukakan ilmu, tidak malu untuk belajar
daripada kesilapan, mahukan ilmu untuk menaikkan prestasi diri
adalah sikap yang mampu menjanjikan kejayaan. Para Hakim
Syarie contohnya, perlu sentiasa meneroka ilmu baru dan terkini,
mencari pengetahuan baru daripada sumber yang pelbagai, dan
berani untuk mengaplikasikan ilmu pada kes-kes yang sedang
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 9
dikendalikan. Jika perkara ini diamalkan, saya percaya tidak
mustahil reformasi kehakiman Syariah akan dapat dilakukan
seperti yang kita cita-citakan, sama ada di peringkat JKSNPP
mahu pun JKSM hingga hingga kita mampu menaikkan imej
institusi kehakiman syariah di peringkat negara mahupun global.
12. Namun begitu, harus diingat bahawa Cendekiawan di sini
bukan hanya terpakai kepada Hakim-hakim Syarie sahaja,
sebaliknya ia terpakai kepada semua kakitangan. Warga kerja
JKSNPP secara keseluruhannya haruslah mempunyai hikmah,
kecerdikan dalam mengendalikan ragam pelanggan yang
pelbagai dan adakalanya bermasalah, serta mempunyai
kepakaran tertentu di dalam bidang kerja masing-masing. Usaha-
usaha menggembleng tenaga daripada setiap individu di
JKSNPP harus dilakukan bagi memastikan setiap satunya adalah
relevan dan berperanan penting dalam menyumbang kepada
pembangunan Jabatan ini, tanpa ada diskriminasi.
YAA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian
I : IKHLAS
13. Motto yang kedua adalah; I : iaitu Ikhlas. Ia bermaksud
ikhlas dalam bekerja dan mempunyai matlamat semata-mata
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 10
untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT. Dalam surah
Az-Dzariyat ayat 56:
....Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka beribadah kepada-ku”
14. Tujuan Allah SWT menciptakan makhluk dari kalangan jin
dan manusia, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadat
kepada-Nya. Dalam memahami konteks ibadat di sini, ia adalah
lebih besar dan tidak fokus kepada maksud ibadat khusus sahaja
seperti solat, puasa, membaca Al-Quran dan sebagainya. Ibadat
di sini termasuklah ibadat dalam konteks pekerjaan yang
dilakukan oleh kita di tempat kerja. Apabila kita memasuki sahaja
ruang tempat kerja dan membuat kerja dengan penuh itqan dan
amanah selama 8 jam bagi tempoh lazim bekerja, maka ketika
itulah YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sedang melakukan
ibadat.
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 11
15. Sehubungan itu, lakukanlah kerja Tuan-tuan dan Puan-puan
dengan sebaik-baiknya, dengan penuh ketaqwaan dan semata-
mata mengharapkan keredhaan Allah sebagai ganjaran terbaik
bagi setiap titik peluh yang keluar kerana kerja yang dilakukan.
Elakkan lah sikap menolak kerja, terlalu berkira untuk memberi
pertolongan dalam kerja yang bukan merupakan pekerjaan Tuan-
tuan dan Puan-puan, serta tidak mengambil endah kesulitan
rakan sekerja sendiri. Amalkanlah sikap bantu membantu, ringan
tulang, memudahkan urusan orang lain, ikhlas dalam membuat
kerja yang diarahkan atau ditetapkan dari semasa ke semasa
serta berserah diri kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha
Mengetahui akan segala apa yang Tuan-Tuan dan Puan-puan
kerjakan.
16. Lebih-lebih lagi bagi JKSNPP yang berhadapan dengan
masyarakat yang moden, berilmu dan rata-ratanya berkerjaya.
Sudah pasti, mereka ini sering bersifat “demanding” dan sentiasa
meletakkan ekspektasi yang tinggi semasa ingin mendapatkan
perkhidmatan di JKSNPP. Oleh itu, YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan
Puan-puan perlu sentiasa bersedia, peka dan pro-aktif dalam
memastikan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang ini
dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 12
17. Bagi mereka yang berada di front-liners seperti di kaunter
pelanggan, harus diingat bahawa peranan kakitangan di sini
boleh menggambarkan imej baik atau buruk bagi sesebuah
Jabatan. Di zaman yang serba canggih terutama dalam bidang
ICT dan keadaan masyarakat yang sangat gemar berkongsi apa
juga maklumat termasuklah luahan rasa tidak puas hati terhadap
perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan di media sosial, kita
berhadapan dengan satu cabaran yang cukup besar untuk
memastikan bahawa setiap pelanggan yang datang mendapatkan
perkhidmatan di Mahkamah Syariah berpuas hati dan mendapat
perkhidmatan yang terbaik, bersesuaian dengan keperluan
mereka.
18. Oleh yang demikian, mereka yang berada di front-liners ini
adalah orang yang pertama yang akan dinilai yang menjadi
rujukan pelanggan. Justeru, sikap lemah lembut dan murah
senyuman amat dititikberatkan untuk sentiasa diamalkan
sepanjang mengendalikan urusan di kaunter pelanggan. Sikap
lemah lembut dan murah senyuman ini dapat meredakan
keresahan pelanggan yang kita sedia maklum, hadir dengan
segala kekusutan masalah peribadi dan mengharapkan, mereka
akan dapat jalan penyelesaian apabila bertemu kita. Ingatlah
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 13
pesan Nabi junjungan kita Muhammad SAW di dalam sebuah
hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban;
تبسمك في وجه أخيك صدقة
“Senyummu kepada saudaramu adalah sadaqah”
19. Oleh itu, senyumlah apabila kita berhadapan dengan
mereka dan ia sudah pasti akan memberi cerminan keikhlasan
kita dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
mereka. Dengan kefahaman yang jelas mengenai konsep
pekerjaan sebagai salah satu ibadat kepada Allah SWT, saya
percaya setiap warga JKSNPP akan mampu mengamalkan sikap
yang terpuji dalam pekerjaan harian masing-masing, murah
senyuman, berlaku adil kepada pelanggan dalam memberikan
hak mereka dan tidak berlebih-lebihan, ikhlas dalam bekerja
tanpa mengharapkan pengiktirafan manusia sebaliknya
menyerahkan kepada Allah SWT untuk menilai pekerjaan yang
dilakukan, dan sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan
orang lain dengan kepercayaan bahawa di akhirat nanti akan
menjadi asbab kepada Allah SWT memudahkan urusan kita di
hari perhitungan kelak.
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 14
YAA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian
A : AMANAH
20. Bagi Motto yang ketiga dan terakhir ini adalah; A : ialah
Amanah. Bagi motto Amanah ini, ia sangat berkait rapat dengan
integriti. Dalam usaha mengejar impian kita untuk mendapatkan
kejayaan bagi Jabatan kita, adalah sangat perlu untuk
memerhatikan nilai integriti ini ada dalam diri warga kerja
Jabatan. Daripada motto ini, kita mahu lahirkan manusia yang
amanah, dan berbuat ihsan dalam setiap pekerjaannya.
Bagaimana untuk berbuat Ihsan? Dalam hadith Rasulullah SAW
dalam hadith Jibril menjelaskan Ihsan :-
تراه قال فأخبرني عن اإلحسان، قال ؛ " أن تعبد هللا كأنك
ه فإنه يراكفإن لم تكن ترا
“Wahai Rasulullah! Ceritakan kepadaku apakah Ihsan
itu? Beliau menjawab; “Kamu menyembah Allah seakan-
akan kamu melihat-nya. Jika kamu tidak mampu
beribadah seakan-akan melihat-Nya, maka
sesungguhnya Dia melihatmu”
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 15
21. Sekiranya kita menghayati Hadith ini, baginda Nabi SAW
menyarankan agar kita sebagai manusia meletakkan tanda aras
bagi usaha dan pekerjaan kita melalui penilaian di sisi Allah SWT.
Ini adalah tanda aras yang paling maksimum sebagai motivasi
kepada kita untuk melakukan pekerjaan kita dengan bersungguh-
sungguh dan dengan sebaik-baiknya supaya di sisi Allah,
pekerjaan kita akan dicatatkan sebagai suatu amal soleh dan
diganjarkan pahala di sisi-Nya selain beroleh kemuliaan dan
keredhaan Allah SWT. Inilah yang akan menjanjikan keseriusan
semua warga kerja JKSNPP untuk sentiasa berhati-hati dalam
setiap pekerjaan masing-masing, dengan mengetahui hakikat
bahawa Allah SWT itu Tuhan yang Maha Melihat, Maha
Mengetahui, Dia tidak tidur dan sentiasa memerhatikan segala
amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya sama ada dalam
gelap, mahu pun terang, secara terang-terangan mahu pun
secara sembunyi-sembunyi.
22. Hasrat saya dalam meletakkan motto Amanah ini adalah
bagi memastikan setiap kejayaan yang telah dicapai mahupun
yang bakal dicapai selepas ini, diimbangi dengan ketelusan kerja.
Nilai integriti dalam diri warga kerja JKSNPP haruslah berada
pada paras yang tinggi kerana perkhidmatan di Mahkamah
Syariah ini amat tinggi potensinya untuk terjebak dengan gejala-
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 16
gejala negatif seperti penyalahgunaan kuasa, korupsi,
pengurusan birokratik dan berbagai-bagai bentuk penipuan atau
kecuaian yang sering berlaku dalam pengurusan pentadbiran.
Inilah yang kita takuti, dan cuba kita jauhi bersama-sama.
23. Perkhidmatan awam di negara kita ini sudah mempunyai
berbagai-bagai sistem, undang-undang dan prosedur yang amat
baik dan sistematik untuk mengekang sebarang bentuk
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Bahagian Integriti
JKSNPP juga harus memainkan peranan penting dalam
memantau sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa atau pun
kedudukan, eksploitasi terhadap kelemahan dalam prosedur
untuk keuntungan peribadi dan sebagainya serta memastikan
sekiranya ada pihak-pihak yang terlibat, mereka tidak boleh
terlepas daripada dikenakan tindakan yang sewajarnya. Setiap
warga JKSNPP haruslah berusaha menjaga disiplin diri, imej dan
nama baik Jabatan daripada terlibat dengan sebarang isu yang
boleh menimbulkan tanggapan negatif masyarakat. Berikanlah
perkhidmatan yang terbaik, kerana hanya dengan berbuat
demikian sahaja, Perkhidmatan Awam akan dipandang tinggi dan
dipercayai oleh rakyat.
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 17
YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
24. Saya amat yakin bahawa jika kita mampu melahirkan warga
kerja Jabatan yang cendekiawan, sentiasa ikhlas dalam
pekerjaan dan bersikap amanah serta berintegriti tinggi, maka
apa jua bentuk reformasi yang akan diperkenalkan di peringkat
JKSM seterusnya ke negeri-negeri, pastilah akan dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya oleh JKSNPP. Ini kerana, warga
kerja inilah orang-orangnya yang akan melakukan kerja,
menggerakkan sumber daya manusia seterusnya memastikan
pelaksanaan misi dan visi JKSNPP dapat dilaksanakan seiring
yang ditetapkan oleh JKSM. Apa jua reformasi yang dirancang
meskipun cukup baik dan sempurna secara teorinya, namun jika
tenaga kerja yang ada ini tidak mempunyai sifat ikhlas, tidak
mahu belajar perkara yang baru, berfikiran negatif, tidak amanah
dengan tanggungjawab yang diberi, maka natijahnya nanti,
tiadalah apa-apa pun perubahan yang dapat dilakukan terhadap
perancangan yang cukup baik itu.
25. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada kejayaan demi
kejayaan yang diperoleh oleh JKSNPP, saya sangat optimis
bahawa warga kerja JKSNPP cukup kompeten dan sentiasa
komited dalam melaksanakan tugasan kerja masing-masing. Ini
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 18
adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri melihat konsistensi
kecemerlangan JKSNPP di bawah kepimpinan YAA Dato’
Mohammad Shakir bin Abdul Hamid pada masa ini. Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada semua warga JKSNPP di atas
kecemerlangan yang membanggakan ini, kerana secara tidak
langsung ia membuktikan bahawa agensi Islam juga mampu
untuk mencapai kecemerlangan dan menguruskan
pentadbirannya dengan baik.
26. Paling membanggakan saya ialah kejayaan JKSNPP telah
dianugerahkan dengan pemberian Wang sebanyak RM 15,000.00
oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas pencapaian inovasi
diperingkat kebangsaan yang telah mengharumkan nama baik
negeri Pulau Pinang.
27. Selain itu juga, JKSNPP telah menerima anugerah lain
seperti Pemenang Tempat Pertama Aktif Digital PgGov 2018 di
peringkat negeri Pulau Pinang. JKSNPP juga mendapat
pengiktirafan sebagai Pejabat Hijau sektor kerajaan di negeri
Pulau Pinang dengan dianugerahkan Penang Green Office
Certification.
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 19
28. Begitu juga dengan kejayaan demi kejayaan lain yang telah
berjaya dirangkul oleh JKSNPP. Ia telah memberi pengiktirafan
bahawa JKSNPP sememanganya di antara Jabatan Kehakiman
Syariah Negeri yang terbaik di Malaysia. Ditambah dengan
penghayatan dan penekanan terhadap nilai-nilai yang saya sebut
di atas tadi, saya tidak nampak sebarang alasan yang boleh
menghalang JKSNPP daripada mencapai visinya iaitu untuk
“Menjadi Institusi Kehakiman Syariah Yang Terunggul di Malaysia
pada tahun 2020”. Syabas dan Tahniah sekali lagi saya ucapkan
kepada YAA Dato’ dan semua warga JKSNPP yang telah
bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan JKSNPP
YAA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
29. Di dalam zaman serba moden ini, penyampaian
perkhidmatan kita haruslah berinovasi dan tidak berada di takuk
yang lama. Amalan untuk membiarkan masyarakat yang harus
berusaha datang mencari dan mendapatkan bantuan, tidak lagi
menjadi satu-satunya solusi. Sebaliknya, perkhidmatan yang
berbentuk turun padang, untuk kempen kesedaran, mencari
orang yang memerlukan dan menghulurkan bantuan kepada
mereka adalah satu bentuk alternatif penyampaian perkhidmatan
yang lebih praktikal dan berkesan kepada masyarakat. Dengan
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 20
aktiviti sebegini, lebih ramai orang awam akan mendapat manfaat
dan seterusnya promosi perkhidmatan kerajaan dapat dijalankan
dengan lebih meluas sehingga ke akar umbi masyarakat dalam
negeri tersebut.
30. Saya dengan ini menyeru kepada semua warga JKSNPP
untuk sama-sama menghayati dan seterusnya menggembleng
tenaga dalam usaha merealisasikan visi yang telah ditetapkan
oleh agensi agama di peringkat Persekutuan iaitu “Menjadikan
Malaysia Sebagai Model Pentadbiran Islam Terunggul Yang
Progresif dan Inklusif Menjelang 2025” yang turut menjadikan
perundangan dan kehakiman sebagai kluster pertama daripada
keseluruhan teras strategik iaitu—
“Memperkasakan Perundangan dan Kehakiman Syariah
melalui Reformasi berterusan pentadbiran kehakiman,
penggubalan undang-undang dan peningkatan
professionalisme Hakim-Hakim Syarie”
31. Tahun 2019 ini pastinya mendatangkan lebih banyak
cabaran dari berbagai-bagai sudut, dengan perubahan
persekitaran sosial dan ekonomi global dan mentaliti masyarakat
tempatan yang lebih mencabar, ia pastilah menuntut komitmen
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 21
dan kesediaan Tuan-tuan dan Puan-puan agar sentiasa bersedia,
berdaya saing, kreatif dan inovatif serta terus istiqomah dalam
memastikan kewujudan institusi kehakiman Syariah ini kekal
relevan dan diyakini rakyat, khususnya dalam membantu
memelihara maslahat umat Islam di negeri Selangor dan
seterusnya di Malaysia. Perubahan ini signifikan bagi menyahut
tiga (3) wawasan utama yang digariskan oleh YB Menteri di
Jabatan Perdana Menteri iaitu konsep Rahmatan Lil ’Alamin,
Maqasid Syar’iyyah dan Fiqh Setempat atau pun Fiqhul Malizi
(Fiqh Malaysia).
32. Sebelum mengakhiri bicara, saya ingin mengucapkan
syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga kerja
JKSNPP yang telah dapat meneruskan kecemerlangan dan
sentiasa maju ke hadapan. Kekalkanlah momentum
kecemerlangan ini agar menjadi teras kepada budaya kerja
berintegriti di kalangan warga kerja JKSNPP
33. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua urus setia
program yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan
program pada hari ini hingga kita semua dapat sama-sama
berhimpun di dalam majlis amanat ini yang saya lihat dengan
kehadiran kakitangan JKSNPP, selain pengurusan majlis yang
cemerlang dan sistematik.
M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A
P a g e | 22
34. Akhir kalam, sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas
jemputan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan
Amanat pada hari ini. Saya mendoakan agar kecemerlangan
JKSNPP yang merupakan salah satu cabang kepada JKSM akan
terus berkekalan dan memberikan inspirasi kepada Jabatan-
jabatan lain. Semoga kita semua diberikan rahmat dan
keberkatan oleh Allah, diampunkan dosa-dosa oleh Allah dan
dilindungi oleh-Nya dalam setiap apa jua perkara.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Recommended