View
503
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
Nota PISMP Prasekolah Sem 1
Citation preview
04/20/2023 FAA/PRA3102 1
TEKNIK PENGAJARAN PRASEKOLAH
04/20/2023 FAA/PRA3102 2
TEKNIK PENGAJARAN PRASEKOLAH
Konsep dan kepentingan teknik
pengajaran
KAEDAH• Mangantar Simanjuntak (1982) :– satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar
sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan.
• Parera (1986) :– satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara
teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan
• Ishak Ramly (2006) :– satu rancangan apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan
situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.
TEKNIK• Kamus Dewan (edisi ketiga) :– kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,
karang-mengarang dan sebagainya. • Edward M. Anthony : – satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan
oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
• Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz :– pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
04/20/2023 FAA/PRA3102 5
KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN PRASEKOLAH
•Kaedah bersifat prosedur dan teknik merupakan pelaksanaan kaedah dalam kelas
Jenis-jenis teknik : (menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )
1. Teknik main peranan2. Teknik permainan bahasa3. Teknik latih tubi4. Teknik bercerita5. Teknik inkuiri6. Teknik perbahasan7. Teknik kuiz8. Teknik sumbangsaran9. Teknik soal jawab10.Teknik simulasi11.Teknik drama12.Teknik perbincangan
04/20/2023 FAA/PRA3102 7
TEKNIK PENGAJARAN PRASEKOLAH
– Tunjuk cara– Penerangan– Menggalak– Memuji– Maklum balas– Mendengar– modelling
– Penyoalan– Membaca– Mengingat semula– Menyanyi– Mencadang– Memberi tahu– Memberi arahan– Berasaskan tugasan
04/20/2023 FAA/PRA3102 8
TEKNIK PENGAJARAN PRASEKOLAH
– scaffolding– Sharing &
constructing– attending– promting– Tunjuk cara– Mendengar– modelling
– Simulasi/main peranan
– Membaca– Mengingat
semula/refleksi– Menyanyi– Bercerita– Memberi tahu– memuji– menggalak
04/20/2023 FAA/PRA3102 9
Tunjuk Cara
• Guru hendaklah mengenal pasti tajuk, objektif dan kandungan demontrasi.
• Terangkan kepada kanak-kanak tujuan demontrasi, peranan kanak-kanak dan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak selepas demontrasi.
04/20/2023 FAA/PRA3102 10
Tunjuk Cara
• Rancang strategi yang menarik.• Guru dan kanak-kanak hendaklah
mengikut peraturan yang ditetapkan.• Selepas demontrasi guru boleh
mengadakan sesi perbincangan.
Teknik tunjuk cara – sesuai digunakan terutama dalam
proses pengajaran yang memerlukan kanak-kanak mempelajari dengan menggunakan langkah-langkah yang betul dan sempurna.
– Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik.
– Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.
Teknik penyelesaian masalah –teknik pembelajaran yang dilaksanakan
di bawah penyeliaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.
Teknik latih tubi –pengulangan fakta-fakta yang telah
dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya.
Teknik permainan bahasa –guru membentuk satu situasi
yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.
04/20/2023 FAA/PRA3102 14
SIMULASI/MAIN PERANAN• Main peranan bermaksud melakonkan
sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
• Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
• Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip.
04/20/2023 FAA/PRA3102 15
SIMULASI/MAIN PERANAN• pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau
menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
• Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.
• Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
04/20/2023 FAA/PRA3102 16
Teknik main peranan– teknik yang melibatkan
gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip.
– pengalaman secara spontan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 17
NYANYIAN
menyanyi adalah salah satu strategi yang boleh menarik minat murid.
murid minat dan gemar menyanyi / mengikut melodi serta membuat pergerakan.
boleh diaplikasi dalam kebanyakan tunjang pengajaran
pilihan sebaiknya lagu yang pendek dan berulang-ulang
boleh diiringi alat muzik atau perkusi
04/20/2023 FAA/PRA3102 18
NYANYIAN
gunakan carta lagu untuk sepadukan dengan kebolehan membaca atau mengenal seni kata
nyanyian tidak kaku; sepadukan nyanyian dengan pergerakan kreatif/ sambil menari/ membuat pergerakan mengikut seni kata
guru perlu membuat tunjukcara / sama-sama membuat pergerakan
04/20/2023 FAA/PRA3102 19
PENERANGAN
Penjelasan sesuatu idea atau konsep kepada murid dengan bahasa dan cara yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Guna laras bahasa kanak-kanak. Faktor gaya bahasa , kejelasan suara dan
intonasi penting dalam penyampaian penerangan.
Gaya bahasa bertutur dengan kanak-kanak adalah berbeza dengan orang yang lebih dewasa.
04/20/2023 FAA/PRA3102 20
PENERANGAN
Penerangan dibuat dalam suasana murid dalam keadaan bersedia untuk mendengar dan disampaikan dengan suara yang jelas.
Ulangan kadang-kadang diperlukan untuk memastikan maklumat diterima dengan berkesan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 21
PENYOALAN/SOAL JAWAB Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah
dilaksanakan, tetapi adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
04/20/2023 FAA/PRA3102 22
PENYOALAN/SOAL JAWABSoalan jenis bercapah / konvergen – menggalakkan
kemahiran berfikir. Memandu untuk mencapai objektif penyoalan.Menyoal mengikut aras yang sesuai.Mempunyai hentian untuk memberi masa murid
memikirkan jawapanBertujuan memperluaskan idea.Sebarkan soalan kepada semua murid. Layan jawapan dengan memberi pujian dan galakan Mencabar sesuatu jawapan yang difikir betul /
salah
04/20/2023 FAA/PRA3102 23
PENYOALAN/SOAL JAWAB Mendorong / menggalakkan pemikiran
semula. Berfokus daripada soalan umum kepada
yang khusus.Pembentukan soalan jelas dari segi aras,
frasa, dan maksud.Soalan yang terancang dan bermutu dapat
membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 24
PENYOALAN/SOAL JAWAB• Kepentingan Penyoalan
1. Menambah daya ingatan dan pengetahuan.
2. Guru dapat kesan tahap mana pengetahuan murid.
3. Meningkatkan rapport guru dan murid.4. Perkembangan pengetahuan secara
berperingkat dari yang mudah ke isu yang kompleks.
5. Mengesan sikap individu atau kumpulan murid terhadap isu atau subjek
04/20/2023 FAA/PRA3102 25
Teknik soal jawab
• teknik yang kerap digunakan oleh guru. • mewujudkan interaksi antara guru
dengan kanak-kanak.• Teknik ini dilaksanakan dengan cara
guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut.
• Mempunyai aras kesukaran soalan
04/20/2023 FAA/PRA3102 26
Berasaskan Tugasan (Task- based)• Berasaskan pendekatan komunikatif dan
menggalakkan murid berkomunikasi untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut masa
• Arahan guru perlu jelas dan berfokus supaya murid mudah dapat mengikuti peraturan melaksanakan tugasan
• Penegasan masa penting supaya tugasan dapat dibuat mengikut masa
• Tugasan boleh dibuat antara pasangan murid atau antara kumpulan murid
• Tugasan boleh berbentuk pertandingan atau persaingan antara individu atau kumpulan
04/20/2023 FAA/PRA3102 27
Berasaskan Tugasan (Task- based)
• Guru boleh adakan hadiah/ token atau ganjaran untuk motivasikan murid
• Dapat meningkatkan rapport guru--murid dan murid--murid
• Perkembangan pengetahuan secara berperingkat , bermula dari tugasan mudah kepada tugasan yang lebih kompleks
• Guru berperanan sebagai pemudahcara dan memberi motivasi
• Contoh tugasan: melengkapkan gambar, model, puzzle, mencari jalan pulang, ”explore race”, penyelesaian masalah
04/20/2023 FAA/PRA3102 28
BERCERITA Merupakan salah satu teknik yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.
04/20/2023 FAA/PRA3102 29
BERCERITAPerkembangan cerita hendaklah diberi
perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya tidak mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 30
TEKNIK BERCERITA
– Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi pengajaran yang hendak disampaikan.
– Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 31
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita
• Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
• sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.• Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.• Guru perlu hafazkan frasa atau ayat-ayat penting untuk melicinkan
penceritaan.• Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.• Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan
BBM - kad gambar atau gambar bersiri, gambar kartun, keratan akhbar dan keratan majalah , objek-objek sebenar atau kostum yang sesuai.
• Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 32
Kepentingan Teknik Bercerita
• memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan;
• Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama.
• Nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-cerita tersebut
• Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif.
• bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid;
04/20/2023 FAA/PRA3102 33
Kepentingan Teknik Bercerita
• Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni.
• Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan• watak-watak baik yang ditonjolkan dalam cerita;• Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak
langsung kerana murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin;
• dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian;
• meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-murid
04/20/2023 FAA/PRA3102 34
Lakonan/ Drama
• Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
• Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 35
Lakonan/ Drama• Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang
murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
• Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
• Lakonan/ drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
• Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah dan keyakinan murid.
04/20/2023 FAA/PRA3102 36
Menerang
Kebolehan guru menjelaskan sesuatu objektif, isi pelajaran, idea, konsep, gagasan, pemikiran dan sebagainya dengan bahasa atau isyarat yang mudah difaham.
Teknik Penerangan:• Ada persediaan.• Ikut urutan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 37
Menerang
• Suara yang kuat dan jelas.• Bahasa yang baik, jelas dan ayat yang
tersusun.• Tulisan yang terang dan besar.• Menggunakan mimik muka, body language.• Ada interaksi atau maklum balas daripada
kanak-kanak.• Menggunakan ABM.• Bersoal jawab dan penilaian.
04/20/2023 FAA/PRA3102 38
Menggalak
• Galakkan kebebasan dalam diri kanak-kanak. Guru perlu tahu masa yang sesuai untuk memberi kebebasan kepada mereka.
• Galakkan kanak-kanak mencuba perkara-perkara baru dan sanggup menerima cabaran.
• Bincang dengan kanak-kanak berkaitan pelbagai dimensi. Tumpukan perkara yang kanak-kanak dapat lakukan dengan baik.
04/20/2023 FAA/PRA3102 39
Menggalak
• Galakkan kanak-kanak melukis gambar dan bercerita berkenaan diri mereka.
• Galakkan kanak-kanak membuat buku ‘Diri Saya’. Minta mereka melukis gambar keluarga, rumah, kawan, sekolah, perkara yang disukai dan tidak disukai, dan sebagainya.
04/20/2023 FAA/PRA3102 40
MemujiKanak-kanak belajar melalui pujian dan
pengukuhan. Pengalaman positif dan pujian menggalakkan kanak-kanak belajar di samping membina keyakinan diri.
• Berikan kanak-kanak banyak senyuman dan peneguhan positif.
• Puji dan beri peneguhan kepada kanak-kanak supaya mereka tahu yang diri mereka dihargai.
04/20/2023 FAA/PRA3102 41
Teknik dan jenis memberi pujian
• Senyuman• Pujian• Hadiah• Ganjaran• Penghormatan• Sentuhan• Isyarat
04/20/2023 FAA/PRA3102 42
Maklum balas
• Benarkan kanak-kanak membuat keputusan sendiri dan memikul tanggungjawab.
• Jangan menegur kanak-kanak secara negatif atau yang menyakitkan hati mereka di khalayak ramai dan jangan benarkan kanak-kanak merendahkan diri sendiri ataupun orang lain.
04/20/2023 FAA/PRA3102 43
Mendengar
Kemahiran mendengar penting bagi kanak-kanak. Guru sebaiknya memberi arahan kepada kanak-kanak mengikut arahan pertama, seterusnya dan akhir, supaya anak-anak mudah memahaminya;
04/20/2023 FAA/PRA3102 44
Mendengar
• Meneka bunyi• Mengajuk bunyi• Mengecam dan menyebut semula.• Pengalaman mengikut arahan.• Mendengar dan memberi gerak balas.• Permainan menyambung cerita.• Mendengar cerita melalui headphone.• Bersoal jawab.
04/20/2023 FAA/PRA3102 45
Mengingat semula (refleksi)
Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman
Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid.
Semasa memulakan tajuk baru / memahami konsep dan pengukuhan.
Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid dilalui
04/20/2023 FAA/PRA3102 46
Modeling
• Jangan harapkan kanak-kanak itu sempurna. Tunjukkan kepada mereka bahawa tidak menjadi kesalahan apabila mereka gagal dan bantu mereka belajar menyelesaikan kesilapan serta belajar melalui kesilapan.
• Minta kanak-kanak bercakap berkenaan kebaikan kawannya dan tulis atas poster.
04/20/2023 FAA/PRA3102 47
Modeling• Guru membuat percontohan terhadap sesuatu
situasi untuk ditiru oleh murid secara langsung atau mempraktikkan amalan baik supaya menjadi ikutan secara tidak langsung oleh murid atau guru gunakan percontohan watak orang lain sebagai model.
• Modeling boleh dilakukan dalam situasi sebenar, melalui penceritaan, menggunakan gambar atau tayangan video
• Modeling amalan baik oleh guru hendaklah secara berterusan seperti cara bercakap atau penampilan diri
• Murid hilang kepercayaan jika guru “cakap tak serupa bikin”
04/20/2023 FAA/PRA3102 48
Modeling
• Pilih kanak-kanak yang terbaik bagi setiap minggu. Buat satu poster besar berkenaan kanak-kanak yang mengandungi gambar, aktiviti kegemaran, binatang kesayangan dan sebagainya.
04/20/2023 FAA/PRA3102 49
Kedudukan kanak-kanak
Kedudukan kanak-kanak bergantung aktiviti yang dilakukan sama ada;
• Pengajaran secara kelas,• Sosio emosi – duduk keliling depan
guru.• Aktiviti kumpulan (duduk dalam kumpulan
masing-masing).
04/20/2023 FAA/PRA3102 50
Menyoal
Kemahiran mencungkil jawapan daripada kanak-kanak dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Penyoalan:• Aras atau jenis soalan hendaklah sesuai.• Bahasa yang baik.
04/20/2023 FAA/PRA3102 51
Menyoal
• Suara yang kuat.• Soalan secara terbuka.• Tunggu seketika.• Fokus kepada kanak-kanak yang disoal.• Soalan lisan dan bertulis.• Jangan menjawab sendiri selepas menyoal.
04/20/2023 FAA/PRA3102 52
Menyoal
• Terima semua jawapan.• Jika seseorang kanak-kanak itu tidak dapat
menjawab, soal murid yang lain.• Soal dahulu kemudian sebut nama.• Soal pada permulaan, pertengahan dan pada
akhir pengajaran.• Beri peneguhan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 53
Membaca
• Sebelum kanak-kanak boleh membaca mereka perlu mahir dalam aspek-aspek berikut;– Pendengaran– Diskriminasi bentuk dan bunyi– Penglihatan– Mengingat– Koordinasi mata dan tangan
04/20/2023 FAA/PRA3102 54
Membaca
•Menyediakan sudut bacaan, buku bacaan yang menarik dan pelbagai.
04/20/2023 FAA/PRA3102 55
Memberi arahan
• Bagi menyampaikan arahan yang berkesan, guru haruslah menguasai kemahiran membimbing, mengajar, pemudahcaraan, serta komunikasi secara lisan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 56
Teknik berbincang/perbualan
• teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru.
04/20/2023 FAA/PRA3102 57
Teknik brainstorming
• Teknik yang berbentuk perbincangan
• Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya.
04/20/2023 FAA/PRA3102 58
KAEDAH & TEKNIK P&P PRASEKOLAH
• TEKNIK PEMUDAHCARAANa.Scaffoldingb. Prompting / cueingc. Penyoaland. Sharing and constructinge. Extending bahasa dan ideaf. Struktur kognitifg. Refleksih. Mencabari. Attendingj. Dokumentasi
04/20/2023 FAA/PRA3102 59
Guru sebagai pemudahcara• Teknik yang digunakan oleh guru untuk
membantu kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti yang telah dirancang dan disusun.
• Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancang melalui satu proses yang panjang.
04/20/2023 FAA/PRA3102 60
USAHA GURU SEBAGAI FASILITATOR/PEMUDAHCARA
• Menjadikan senang (make easy )• Menggalak (promote)• Mempercepat (expedite)• Memudahkan (simplify)• Membantu (assist)• Menolong (help)• Memaju (Advance)
04/20/2023 FAA/PRA3102 61
CIRI-CIRI FASILITATOR BERKESAN
• SAHSIAH– Berkualiti dan memiliki ciri-ciri yang berkesan.– Kecerdasan emosi yang stabil dan harmoni.
• PROFESION– Bersifat profesional semasa menjalankan tugas.
• TEKNOLOGI– Menggunakan teknologi yang sistematik dalam
melaksanakan proses P&P.
04/20/2023 FAA/PRA3102 62
KEPENTINGAN TEKNIK PEMUDAHCARAAN
• Memotivasikan kanak-kanak untuk belajar dan bercita-cita tinggi.
• Membantu kanak-kanak mencari penyelesaian yang dihadapi dalam pembelajaran.
• Membimbing kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan baik dan berkesan.
• Menolong kanak-kanak lemah/pandai dengan menyediakan pendidikan pemulihan dan pengayaan.
• Meneguhkan pembelajaran kanak-kanak dgn ganjaran dan pujian.
• Menyediakan bahan-bahan pengajaran yang mencabar.• Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pengajaran
yang berkesan dan menyeronokkan bagi mencapai objektif pelajaran.
• Menyedarkan kanak-kanak untuk mencari dan menambah pengetahuan sendiri.
• Meneguhkan tingkah laku positif.• Menghindarkan tingkah laku negatif secara terbuka,
tidak terancam, tidak menghukum dan mesra.
04/20/2023 FAA/PRA3102 63
FIKIRKAN!
• Apakah yang anda ketahui tentang teknik pemudahcaraan? Bincangkan secara berkumpulan dan jelaskan dapatan kumpulan anda.
04/20/2023 FAA/PRA3102 64
KOMPONEN KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN UNTUK AKTIVITI
PERBINCANGAN
• Kemahiran menentukan struktur perbincangan• Teknik memulakan perbincangan• Teknik mengawal proses perbincangan
– Teknik melibatkan murid menyertai aktiviti perbincangan– Kemahiran lisan dan bukan lisan– Teknik menyoal
• Kemahiran mewujudkan suasana kondusif untuk perbincangan
• Kemahiran membimbing murid merumus dan membuat cadangan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 65
SCAFFOLDING• Membina sesuatu sistem struktur untuk memanjat
dgn tujuan membuat sesuatu kerja di tempat yang tinggi.
• Sistem struktur (bantuan) yang menyokong pelajar menjalankan aktiviti atau tugasan.
• Proses scaffolding bergerak dari komunikasi sosial luaran kepada proses metakognisi dalaman seseorang pelajar, mengembangkan penaakulannya supaya memikirkan dan memilih strategi yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.
04/20/2023 FAA/PRA3102 66
SCAFFOLDING• Dlm pemudahcaraan, scaffolding
merupakan bantuan sosial dalam zon perkembangan proksimal dgn membahagikan aktiviti atau tugasan kpd beberapa langkah kecil mengikut peringkat kefahaman pelajar dan dimudahcarakan secara verbal sehingga berjaya.
04/20/2023 FAA/PRA3102 67
Scaffolding Teknik memperkukuh secara bersepadu setiap potensi ,
umpama kerangka sebuah bangunan. Proses memberi sokongan kepada murid semasa
mereka mencuba atau mempelajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran.
Pengalaman pembelajaran secara kolaboratif daripada guru dan rakan sebaya
Bentuk bantuan -Tunjuk cara, Verbal dan Non-verbal beri galakan berinteraksi untuk mewujudkan
persefahaman, kerjasama,keseimbangan emosi dan perkembangan bahasa;
sedia menjadi peserta dalam kumpulan kanak-kanak;
04/20/2023 FAA/PRA3102 68
Scaffolding
memberi peneguhan untuk perkukuh konsep;memberikan motivasi & memberi dorongan;membantu mengikut kadar kebolehan murid;memberikan bantuan mengikut tahap yang diperlukan
pada Zon Perkembangan Proksima (ZPD)menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi
menyelesaikan masalah / tugasan; menggalakkan berdikariGuru…. bukan sebagai pemberi arahan
04/20/2023 FAA/PRA3102 69
PENYOALAN• Bertujuan memperluaskan idea.• Soalan jenis bercapah/konvergen• Memandu• Mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis, dan penilaian.• Berfokus dari soalan umum ke khusus• Pembentukan soalan jelas dari segi aras, frasa dan ada
kejelasan.• Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir• Sebaran kepada semua kanak-kanak• Layanan jawapan sama ada pujian dan galakan.• Mencabar (stereotype) sst yang difikirkan betul atau salah.• Mendorong/menggalakkan pemikiran semula.• Kaedah Socrates yang menggunakan satu siri soalan untuk
membimbing murid menjalankan aktiviti dan tugasan langkah demi langkah sehingga mencapai objektif pelajaran.
04/20/2023 FAA/PRA3102 70
ATTENDING(PELAYANAN)• Cara melayani dgn menggunakan bahasa yang tidak
membimbangkan.• Belaian melalui bahasa untuk mengelakkan rasa takut.• Mesra, tidak menyergah, mengelakkan ancaman• Melibatkan lisan positif, ulang dan kembangkan jawapan
kanak-kanak• Gerak isyarat• Sentuhan• Dapat meninggalkan kesan semangat ingin belajar, kanak-
kanak lebih positif, disiplin kelas terkawal, hubungan mesra dan yakin kerana dihargai.
• Tidak membuat penghakiman.
04/20/2023 FAA/PRA3102 71
ATTENDING memberi perhatian dengan komunikasi mesra belaian melalui bahasa yang memujuk, tidak mengugut, tidak
menyergah , tidak rasa terancam atau takut Kata-kata lisan yang menyokong – “ ahaa, yaa, baik, bagus, cuba lagi…,
pandai… Ulang atau perluas jawapan Gerak isyarat non-verbal spt. senyum, anggukan, tepuk tangan, tulis
jawapan di papan tulis, tunjuk tanda bagus Sentuhan kepala, bahu atau bahagian belakang Tidak menghukum salah atau betul Situasi penuh kasih sayang Meninggalkan kesan positif, rasa dihargai diberi perhatian Didorong untuk menghasilkan yang terbaik
04/20/2023 FAA/PRA3102 72
PENSTRUKTURAN KOGNITIF• Guru membantu murid melalui komunikasi
dgn membekalkan kerangka mental yg dapat membawa pemahaman terhadap pelajarannya.
• Guru membantu kanak-kanak utk memahami sst konsep dgn menggunakan potensi kognitif yang ada pd mereka.
• Melibatkan struktur pemikiran, aksi dan kepercayaan individu.
• Secara disedari dan tidak disedari.• Melibatkan penerokaan idea atau pandangan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 73
PENSTRUKTURAN KOGNITIF• Melibatkan pengalaman kanak-kanak• Merangkumi alam fantasi kanak-kanak
bagi menjelaskan sst konsep yg sesuai dgn pengalaman mereka.
• Dapat mendefinisikan sst.• Melibatkan penerokaan persamaan yang
terdapat pd sst idea atau konsep.• Penyoalan yang terancang mengikut aras
penyoalan dari pengetahuan kepada penilaian.
04/20/2023 FAA/PRA3102 74
PROMPTING/CUE(GALAK&SARAN)
• Satu siri layanan guru untuk mencapai matlamat/objektif yang dikehendaki• Lebih banyak memberikan
pengesyoran sbg alternatif • Banyak memberikan pandu arah
supaya sst aktiviti lebih jelas dan tersusun
04/20/2023 FAA/PRA3102 75
PROMPTING Satu cara layanan untuk mencapai matlamat Memberi pandu arah yang jelas dan tersusun Menggunakan pemujukan Lebih memberi pengesyoran beri teguran secara positif supaya tidak membunuh
minat & semangat belajar memberi penyataan pandu/tunjuk hala dan "coaching“ guru mendengar secara aktif dan membuat maklum balas memberi penerangan dan arahan memberi motivasi
04/20/2023 FAA/PRA3102 76
SHARING & CONSTRUCTION
• Berkongsi bersama-sama guru dan murid dlm mencapai objektif sst aktiviti
• Berkongsi untuk selesaikan masalah• Guru sbg ahli kumpulan• Guru memberikan klu• Guru sebagai pemangkin• Memperkukuh idea kanak-kanak.
04/20/2023 FAA/PRA3102 77
Sharing & Constructing
• Memperkukuh idea murid• Guru sebagai pemangkin• Guru menjadi ahli kumpulan• Guru-murid berkongsi untuk mencapai
objektif• Berkongsi selesaikan masalah• Guru mencadang idea / petunjuk (clue) &
murid buat keputusan
04/20/2023 FAA/PRA3102 78
REFLEKSI/REFLEKTINGRENUNGAN KEMBALI
• Satu kemahiran menggalakkan murid merenung kembali , imbas kembali sesuatu pengalaman dengan pengetahuan yang diajar.
• Renungan kembali penting semasa kita ingin memulakan tajuk baru, memahami konsep dan pengukuhan.
• Gabungan antara pengetahuan dan pengalaman murid.
• Dapat memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah dilalui oleh murid.
04/20/2023 FAA/PRA3102 79
Pengukuhan• Menggalakkan tingkah laku yang diingini.• Pujian dan kemesraan dpt meningkatkan
pencapaian murid dan memupuk sikap yang positif
• Sentiasa menukar bentuk pengukuhan dari semasa ke semasa
• Pengukuhan positif lebih berkesan• Selaras dgn umur, jantina dan peringkat
sosial kanak-kanak• Menggalakkan murid mencuba dengan lebih
giat• Meningkatkan prestasi
04/20/2023 FAA/PRA3102 80
Komponen kemahiran pengukuhan
• Lisan positif• Gerak isyarat positif• Dampingan• Sentuhan• Penggunaan jawapan murid• Elakkan;– Lisan negatif– Tiada pengukuhan
04/20/2023 FAA/PRA3102 81
VARIASI RANGSANGAN• Satu kemahiran mempelbagaikan cara P&P dgn
tujuan mewujudkan dan mengekalkan minat murid.• Mengubah rangsangan yg digunakan mengikut
maklum balas murid• Mewujudkan peluang bagi murid-murid memenuhi
naluri ingin tahu melalui penjelajahan dan penyiasatan
• Pengajaran lebih menarik dan menyeronokkan• Murid berpeluang menggunakan pelbagai deria
mereka dan dapat menajamkan kefahaman mereka terhadap sst konsep.
04/20/2023 FAA/PRA3102 82
KOMPONEN VARIASI RANGSANGAN
• Pergerakan• Pergerakan anggota• Perubahan suara• Perubahan fokus deria• Bentuk penglibatan lisan• Penglibatan fizikal.
04/20/2023 FAA/PRA3102 83
TUGASAN
• Rancang satu sesi pengajaran slot dengan menunjukkan aplikasi pelbagai kaedah dan teknik.
PENGELOLAAN AKTIVITI PRASEKOLAH
… PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah boleh dikendalikan melalui tiga strategi;
• Aktiviti kelas• Aktiviti kumpulan• Aktiviti individu
AKTIVITI KELAS
• Mendengar cerita• Refleksi• Perhimpunan
kelas
AKTIVITI KELAS• Perbualan pagi/circle
time• Nyanyian dan
pergerakan• Lakonan• eksperimen• Projek• lawatan
… PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI KELAS• Semua murid
menjalankan aktiviti yang sama serentak
• Pemupukan kemahiran sosial.
• Pemupukan nilai murni• Pemupukan kemahiran
berfikir
… PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tujuan perhimpunan kelas• Memberi arahan dan
pesanan• Perbualan pagi • Menunjukkan hasil
kerja murid• Rumusan selepas
pembelajaran• Penerangan• Nyanyian / gerakan• Bersoaljawab
… PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
•Penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas.•Guru mengajar isi pelajaran yang sama, masa yang sama serta memberi latihan @ kerja yang sama kepada semua murid dalam kelasnya.•Dinamakan kaedah seluruh kelas.
.
1. Guru dapat jimatkan masa dan tenaga.
2. Ramai murid-murid yang suka belajar bersama-sama.
3. Murid-murid yang belajar bersama-sama merasa lebih seronok daripada belajar seorang diri.
4. Pengunaan pengajaran secara kelas dengan cara yang baik akan melibatkan setiap murid menyertai aktiviti pembelajaran yang sama.
5. Boleh melatih murid-murid yang sederhana dan lambat mencontohi rakan-rakan sekelas yang cerdas.
RASIONAL DAN KELEBIHAN PENGAJARAN SECARA KELAS
KELEMAHAN PENGAJARAN SECARA KELAS.
1. Perkembangan murid dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani adalah berbeza antara satu sama lain.
2. Kaedah seluruh kelas ini melibatkan banyak aktiviti pengajaran guru seperti penerangan demonstrasi.
3. Pengunaan pengajaran secara kelas tidak akan memberi penilaian secara objektif.
4. Tidak membolehkan guru memberi perhatian kepada setiap individu dalam kelas
5. Tidak sesuai kerana murid-murid dalam kelas mempunyai kebolehan yang berbeza-beza.
Prinsip Melaksanakan Pengajaran Secara Kelas
A First Book Of Teaching ( Nancy Catty )
1. Memahami jelas & tepat apa yang hendak diajar.
2. Menyediakan ABM yang diperlukan.
3. Menggunakan ABM secara berkesan.
4. Ajarkan semua murid dalam kelas. Elak daripada menumpukan perhatian pada individu tertentu sahaja.
5. Bertenang, berkeyakinan dan berlagak semulajadi semasa mengajar.
6. Melibatkan semua murid dalam kelas dengan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.
LANGKAH-LANGKAHPENGAJARAN SECARA KELAS
Set Induksi:Penerangan konsep
Perkembangan:Menggunakan pendekatan yangBersesuaianPenutup:Kesimpulan dan Rumusan pembelajaran
AKTIVITI KUMPULAN• Dijalankan secara kolaboratif / usahasama untuk menjalankan aktiviti sama• Menjalankan aktiviti sama atau berbeza / bertukar
aktiviti selepas satu tempoh masa.
•… PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI KUMPULAN• Pengelolaan aktiviti secara kumpulan• Bilangan ahli kumpulan antara 5-8 orang• Kanak-kanak menjalankan aktiviti yang sama pada
setiap stesen.
•… PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI KUMPULAN• Pembelajaran secara kolaboratif• Pembelajaran melalui rakan sebaya• Penekanan kepada proses penghasilan bukan
hasil terakhir• Proses pemupukan kemahiran sosial dan
penyelesaian masalah
•… PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
… AKTIVITI KUMPULAN
AKTIVITI INDIVIDUAktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti secarasendirian atau dengan bimbingan guru.
Contoh aktiviti individu, menulis, membaca, mengira, menguntai manik, mengenakan butang baju, melukis
04/20/2023 FAA/PRA3102 100
AKTIVITI INDIVIDU PRASEKOLAH• Peluang secara individu menumpukan potensi
atau kelebihan sendiri dalam menguasai konsep atau kemahiran
• Bebas mencuba, melakukan kesalahan dan merasa kejayaan dengan cara dan gaya sendiri.
• Peluang mengaplikasi kemahiran berfikir.• Peluang guru berinteraksi secara individu dan
membimbing mengikut tahap murid.• Peluang mengukuh dan menerapkan nilai murni
dan konsep kendiri positif.• Kanak-kanak sebagai pelajar aktif.
PENGAJARAN SECARA INDIVIDU
KONSEP* (Russell,JD) penyediaan yang membolehkan
pelajar giat belajar setiap masa.* ( Collette A.T)- bermaksud- berpeluang
belajar apa yang dipelajari, bila, di mana, berapa lama untuk belajar dan dengan siapa dia akan belajar.
* ( Howard E.Black & Ann W.Maphenson) Satu program pembelajaran untuk setiap bidang kurikulum.
RASIONAL• Aras kreatif kanak-kanak adalah
berbeza• Kadar pembelajaran pelajar berbeza.• Pelajar mempunyai aras dorongan
yang berbeza terhadap pembelajaran.• Minat dan bakat pelajar adalah
berbeza.• Sikap dan nilai pelajar terhadap
sesuatu matapelajaran berbeza.
Prinsip-prinsip Pengajaran Secara Individu
1. Setiap pelajar diberi perhatian sewajarnya.2. Setiap pelajar dapat menguasai kemahiran asas
mengikut objektif.3. Pelajar lemah dapat dibantu atasi kelemahan.4. Pelajar cerdas dapat berkembang dengan
sewajarnya.5. Pelajar belajar mengikut peringkat masing-masing.6. Perhatian individu meningkatkan minat pelajar.7. Dapat meningkatkan prestasi keseluruhan pelajar.
PELAKSANAAN PENGAJARAN SECARA INDIVIDU.
LANGKAH-LANGKAH
• Jalankan diagnosis tentang minat, sikap dan aras pembelajaran.• Tentukan tajuk yang hendak diajar.• Tentukan objektif pelajaran.• Kenalpasti kemudahan.• Beri masa yang mencukupi untuk
membuat projek.• Penilaian
KELEBIHAN PENGAJARAN SECARA INDIVIDU.
• Pelajar dapat kembangkan kebolehan sendiri.• Pelajar yang rendah pencapaian dapat perhatian guru.• Guru dapat sesuaikan strategi pengajaran. ( ikut
kebolehan pelajar)• Pelajar yang rendah pencapaiannya berpeluang untuk
maju.• Guru dapat menghabiskan masa dengan pelajar yang
memerlukan bantuan.• Guru dapat memainkan peranan sebagai pembimbing.
KELEMAHAN PENGAJARAN SECARA INDIVIDU.
• Sukar dijalankan bagi kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai.
• Memakan masa dan tenaga.• Masalah disiplin mungkin timbul.• Pelajar mungkin berasa iri hati terhadap
pelajar yang mendapat layanan / perhatian yang lebih daripada guru.
… AKTIVITI INDIVIDU
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti secara sendirian atau dengan bimbingan guru
PENGELOLAAN AKTIVITI PRASEKOLAH
108
BERPUSATKAN MURID
BERPUSATKAN GURU
BERPUSATKAN BAHAN
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID
109
Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara atau pembimbing.Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri.
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID
110
Guru perlu menyediakan persekitaranpembelajaran. Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri menerusi pengalaman baru.
KELEBIHAN AKTIVITI BERPUSATKAN MURID
• Mendorong minat meneroka• Menggalakkan murid berdikari• Membina keyakinan diri• Membna pengetahuan menerusi cuba jaya• Memahami sendiri sesuatu konsep• Menyelesaikan masalah ingin tahu• Memberi peluang memilih bidang yang diminati• Memupuk minat kepada penyelidikan saintifik• Menerima kegagalan sebagai satu pengalaman
pembelajaran• Mewujudkan suasana ceria dalam pembelajaran
111
04/20/2023 FAA/PRA3102 112
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU
• Aktiviti berpusatkan guru bermaksud pembelajaran yang berlaku atas rancangan dan arahan guru.
• Peranan guru sebagai penentu aras pengetahuan yang diperlukan oleh murid-murid.
• Kemahiran dalam sesuatu konsep dirancang oleh guru dan dilaksanakan menerusi latihan dan pengulangan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 113
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU
• Murid tidak mempunyai pilihan dalam menentukan pembelajaran.
• Pengajaran guru lebih kepada satu hala. • Guru mengajar dan murid menerima. • Murid digalakkan mengemukakan
soalan dan guru membantu mendapatkan jawapan kepada masalah yang dikemukakan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 114
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU
• Aktiviti berpusatkan guru adalah berpandukan kepada teori behavioris yang juga dikenali sebagai teori perkembangan.
• Teori ini menekankan pembelajaran berlaku mengikut kronologi umur.
• Pengetahuan perlu dirancang mengikut peringkat keupayaan murid.
04/20/2023 FAA/PRA3102 115
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU
• Pendekatan satu konsep, unit, gabungjalin, bertema dan inkuiri merupakan pembelajaran yang kebanyakannya ditentukan oleh guru dan murid menerima pengetahuan yang disediakan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 116
KELEBIHAN AKTIVITI BERPUSATKAN GURU
I. pengurusan masa pembelajaran;II. murid yang lemah dapat bantuan pembelajaran;III. tiada penangguhan jawapan;IV. latihan kecekapan kemahiranV. mengenal pasti kelemahan murid yang tidak aktifVI. pengetahuan setara menerusi aktiviti yang sama;VII. pencapaian yang boleh dijangkakan untuk setiap
murid; danVIII. mengingat secara hafalan dan latih tubi.
04/20/2023 FAA/PRA3102 117
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN BAHAN
• Bahan dan peralatan memainkan peranan penting dalam membantu pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah.
• Peralatan dianggap sebagai bahan media pengajaran dan pembelajaran yang membantu kefahaman murid dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
04/20/2023 FAA/PRA3102 118
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN BAHAN
• Pengajaran yang disampaikan secara lisan tanpa menggunakan bahan bantu akan mengelirukan kefahaman murid.
• Murid di peringkat prasekolah memerlukan bahan konkrit untuk menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari, terutama perkara-perkara di luar pengalaman mereka memerlukan bahan dan peralatan untuk menjelaskan sesuatu konsep.
04/20/2023 FAA/PRA3102 119
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN BAHAN
• Pengajaran yang disampaikan secara lisan tanpa menggunakan bahan bantu akan mengelirukan kefahaman murid.
• Murid di peringkat prasekolah memerlukan bahan konkrit untuk menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari, terutama perkara-perkara di luar pengalaman mereka memerlukan bahan dan peralatan untuk menjelaskan sesuatu konsep.
04/20/2023 FAA/PRA3102 120
JENIS BAHAN P&P• Terdapat dua jenis bahan yang digunakan
dalam kurikulum iaitu– bahan guru dan –bahan murid Bahan guru adalah bahan yang digunakan
oleh guru semasa membuat persediaan pengajaran.
Bahan murid adalah bahan yang digunakan semasa murid terlibat dengan aktiviti pembelajaran.
04/20/2023 FAA/PRA3102 121
JENIS BAHAN P&PPeralatan merujuk kepada perabot dan benda-
benda yang besar dianggap berharga dan sebagai pelaburan jangka panjang untuk kemudahan prasekolah.
Bahan merujuk bendabenda kecil, selalunya habis guna yang boleh ditukar ganti.
Pemilihan bahan dan peralatan adalah penting untuk disesuaikan dengan keperluan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, bahan mestilah tahan lasak dan harga yang bersesuaian.
04/20/2023 FAA/PRA3102 122
JENIS BAHAN P&PTerdapat beberapa faktor dalam membuat
pemilihan bahan dan peralatan di prasekolah.
Guru boleh membina sendiri peralatan pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan bahan buangan untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai salah satu cara menggalakkan murid berkreatif.
Recommended