40
Teknik Simulasi Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Masalah-masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya dan sebagainya. Tegasnya, dalam Teknik Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang diberikan. Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu Teknik Sosiodrama dan Main Peranan. Kedua-dua jenis Simulasi ini mempunyai perbezaan yang tersendiri. Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang menggambarkan sesuatu situasi yang konflik dan mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang dipilih untuk berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Setiap mereka memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan. Manakala Main Peranan ialah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu, lima hingga ke enam minit. Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada situasi atau masalah yang direka dan ditimbulkan oleh guru seperti masalah disiplin sekolah dan sebagainya. Pada lazimnya, murid-murid (yang berlakon) akan membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya dengan spontan. Di samping itu, murid-murid juga dikehendaki mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut. Kelebihan dan kelemahan Teknik Simulasi adalah seperti berikut: Kelebihan Teknik Simulasi 1. Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. 2. Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid. 3. Dapat melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul. 4. Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik. 5. Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif. Kelemahan Teknik Simulasi 1. Timbul perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon. 2. Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton.

Teknik Pengajaran Bm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teknik Pengajaran BM

Citation preview

Page 1: Teknik Pengajaran Bm

Teknik Simulasi

Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Masalah-masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya dan sebagainya. Tegasnya, dalam Teknik Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang diberikan.

Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu Teknik Sosiodrama dan Main Peranan. Kedua-dua jenis Simulasi ini mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang menggambarkan sesuatu situasi yang konflik dan mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang dipilih untuk berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Setiap mereka memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan.

Manakala Main Peranan ialah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu, lima hingga ke enam minit. Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada situasi atau masalah yang direka dan ditimbulkan oleh guru seperti masalah disiplin sekolah dan sebagainya. Pada lazimnya, murid-murid (yang berlakon) akan membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya dengan spontan. Di samping itu, murid-murid juga dikehendaki mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut.

Kelebihan dan kelemahan Teknik Simulasi adalah seperti berikut:

Kelebihan Teknik Simulasi

1. Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.

2. Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid.

3. Dapat melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul.

4. Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik.

5. Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif.

Kelemahan Teknik Simulasi

1. Timbul perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon.

Page 2: Teknik Pengajaran Bm

2. Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton.

3. Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi.

4. Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan penonton.

5. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan bukanlah perkara yang mudah.

Teknik Sumbangsaran

Teknik Sumbangsaran juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (Brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak digunakan untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang dikemukakan tidak boleh ditolak. Walaupun idea-idea itu didapati kurang memuaskan dan tidak bermutu atau tidak kreatif.. Idea-idea yang disampaikan itu harus diterima dan kemudiannya akan diperhalusi. Dalam teknik ini murid-murid digalakkan membuat huraian hasil pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang telah dicadangkan oleh seorang murid akan diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih luas.

Kelebihan dan kelemahan Teknik Sumbangsaran

Kelebihan Teknik Sumbangsaran :

1. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk menyampaikan idea dan pendapat

2. Idea-idea penyelesaian dapat dihasilkan oleh murid-murid itu sendiri.

3. Strategi pembelajaran adalah berpusatkan murid.

4. Sesi Sumbangsaran ini dapat melatih murid-murid untuk berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional.

5. Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan.

6. Murid-murid dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain.

7. Interaksi dan komunikasi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan.

Page 3: Teknik Pengajaran Bm

8. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kelemahan Teknik Sumbangsaran :

1. Cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbangsaran memakan masa yang banyak.

2. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya rendah.

3. Banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih banyak menggunakan masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan.

4. Terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir.

5. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan menimbulkan perasaan kecil hati murid yang berkenaan.

Teknik Bercerita

Teknik Bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid. Teknik ini pernah digunakan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Ia acap kali digunakan oleh guru dalam proses pengajaran mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Sungguhpun teknik ini selalu digunakan bagi pengajaran sekolah rendah, ia juga sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid di sekolah menengah terutama sekali dalam mata pelajaran sastera. Seseorang guru itu harus ingat bahawa objektif pengajaran itu adalah penting. Janganlah sampai disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran menjadi kabur.

Kelebihan dan kelemahan Teknik Bercerita

Kelebihan Teknik Bercerita

1. Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar.

2. Melatih murid untuk menguasai kemahiran lisan

3. Memupuk nilai murni kepada murid seperti yang terkandung dalam cerita.

4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.

5. Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara menulis bagi aktiviti selanjutnya.

6. Melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta dalam aktiviti susulan.

Page 4: Teknik Pengajaran Bm

7. Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka.

8. Menambahkan bahan pembelajaran untuk murid menulis karangan.

Kelemahan Teknik Bercerita

1. Cerita hendaklah bersesuaian dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid

2. Guru harus menghafaz isi-isi penting dalam cerita itu sebelum sesi bercerita.

3. Memerlukan bahan yang banyak dan menarik seperti kad-kad perkataan, gambar dan sebagainya

4. Murid hendaklah bersedia dan bersifat aktif sebelum sesi bercerita

5. Guru hendaklah sentiasa bergerak dan menunjukkan aksi semasa bercerita.

6. Suara guru hendaklah lantang dan mempunyai kemahiran variasi rangsangan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-watak dan suasana cerita itu.

7. Murid tidak mudah memahami ayat dan maksud cerita

8. Murid yang pasif dan lemah tidak dapat melahirkan pendapat

2.2 TEKNIK MAIN PERANAN

2.2.1 Pengenalan Main Peranan

Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang

sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan

kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh

situasi yang telah ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga

sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi

individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.

Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan

peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam

masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang

diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid

hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang

lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau

membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru

boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.

2.2.2 Langkah-langkan Main Peranan

i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan

Page 5: Teknik Pengajaran Bm

ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-

watak yang terlibat dalam situasi itu dan tempoh berlakon

iii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.

iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara

penyelesaian masalah yang timbul dalam situasi .

v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan

cara menyelesaikan masalah

vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA

2.3.1 Pengenalan Teater Bercerita

Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid

yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita

mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik

muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan cerita

itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh

mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater

Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan

beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan

pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid

boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat

maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre

drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Melibatkan seorang pencerita

dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.

2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.

i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.

ii. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.

iii. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut

watak dalam cerita tersebut.

v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita

tersebut.

Page 6: Teknik Pengajaran Bm

2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA

2.4.1 Pengenalan Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa

melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi

peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran

bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang

dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid

antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa,

iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah

menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai

digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa

bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata,

tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang

berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran

bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa

merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung

kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak

langsung.

2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa

i. Secara Berkumpulan

Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil..

Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam

menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah

kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan murid dalam banyak

kumpulan.

ii. Secara Berpasangan

Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif

dalam melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara

berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar

dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid.

Page 7: Teknik Pengajaran Bm

iii. Secara Individu

Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini

biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah

menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa

tertentu.

2.5 TEKNIK BERCERITA

2.5.1 Pengenalan Bercerita

Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan

untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu

yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman,

perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita

merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk

membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang

dapat menarik minat dan perhatian murid.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat

permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi

kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara

memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya

jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan

imaginasi murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai

kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu

mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh

menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan,

nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.

2.5.2 Langkah-langkah Bercerita

i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-

murid.

ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak

disampaikan.

iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Page 8: Teknik Pengajaran Bm

v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid

sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain

Bahan Bantu Mengajar.

viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang

berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

3.0 TEKNIK IMPROVISASI

3.1 Pengenalan Improvisasi

Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal

(perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan

awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada

sahaja.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya

pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang

untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang

diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog

sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan

yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti

kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan

aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini

memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia

ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan murid

mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak

balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi

boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan

unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan

linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan

Page 9: Teknik Pengajaran Bm

dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat

mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya

dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan

sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan

pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah

murid.

3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI

3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan

Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid

melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan

terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak

menyusun semula aksi dan dialog murid. Apa yang penting ialah

bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau

rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.

3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna

Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang

sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan

meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar

mewujudkan idea.

3.2.3 Menyediakan saranan

Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan

untuk menjana idea murid dalam improvisasi.

3.2.4 Tidak perlu penonton

Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal.

Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang

belum biasa beraksi dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika

aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid benar-benar

berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai.

Page 10: Teknik Pengajaran Bm

Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh

meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi

spontan rakan mereka.

3.2.5 Aktiviti berkumpulan

Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan

dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan

social murid lebih luas.

3.2.6 Bijak melayani permintaan

Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid

tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.

3.3 PERANAN IMPROVISASI

3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi

Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat

mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang

optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir

murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti

mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir

3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa

Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan

di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan

perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti

dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini

menuntut murid berdialog secara spontan.

Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu

sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya

menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna

mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara

spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti

Page 11: Teknik Pengajaran Bm

seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal ,

pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.

3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.

Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan

watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat

terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam

suasana yang ceria dan terkawal.

Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana

ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi

peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan

pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah

dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama

dan sebagainya.

3.3.4 Pembelajaran kolaboratif

Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid

secara kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu

dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid

membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara

satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk

menjadi murid kolaboratif.

3.3.5 Pengurusan masa

Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti

improvisasi. Murid diberikan masa yang tertentu untuk mereka

menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu cekap bertindak

menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang diberikan dalam

jangkamasa yang telah ditetapkan guru.

3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri

Page 12: Teknik Pengajaran Bm

Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini

secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa

melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan

motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan

sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.

3.4 AKTIVITI IMPROVISASI

3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi

Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau

kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.

teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras

kebolehan walaupun situasi yang sama.

contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam

semua mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap

sesama mereka.

Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka

siapakah anda?

contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan

di kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat

permainan. Bagaimana anda semua melayaninya?

3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar

Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan

meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan

berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.

3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita

Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana

murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat

menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan

penghayatan isi kandungannya.

3.4.4 Improvisasi berdasarkan objek

Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur

Page 13: Teknik Pengajaran Bm

dan melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah

seperti anak patung, surat khabar dan kostum.

3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak

Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau

tokoh seperti Hang Tuah.

3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyi

Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda,

lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.

3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI

Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk

kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti

yang berikut:

3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )

Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1.

Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang

tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan

dipantau oleh guru.

Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan

tersebut. Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna

dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat

menyarankan perwatakan tertentu.

3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )

Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak

memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian denagn

situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta

mengamati pendapat orang lain.

Page 14: Teknik Pengajaran Bm

Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan

tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta

melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain.

Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan

bertujuan untuk membuat persembahan. Perkara utama ialah

menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi

antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang

dihadapi.

3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )

Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan

dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga

boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi

yang difikirkan sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan,

memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya

pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu (

monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan.

3.5.4 Main Peranan ( Role Play )

Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang

yang lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan

tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi

dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.

Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk

melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa

soalan seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga,

pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan kesihatan,

dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan.

Disamping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis diskripsi watak,

melukis potret, dan membuat kostum dan memilih props yang sesuai

untuk kegunaan watak.

Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang

persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam

kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.

Page 15: Teknik Pengajaran Bm

3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )

Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini

menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi

tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan

sesuatu persembahan.

Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas

berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar

diketahui untuk meneroka isu-isu baru.

Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti

seperti menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan

pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak

mengadakan ekspedisi.

3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI

Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan idea;

3.6.1 Diubah

Mengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang, andai

jika Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya akan

hidup bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti mengubah

serita Batu Belah Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar

ibunya hingga ke gua Batu Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat

masuk ke dalam gua tersebut, adakah mereka Berjaya bertemu dengan

ibu mereka?

3.6.2 Dikecilkan

Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup

dalam habitat serangga seperti karya “ Honey! I Shrunk The Kids” dan

“Rama-Rama” karya Syed Ali Syed Hassan.

3.6.3 Dibesarkan

Gambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia

zaman dynasour. Apakah yang akan murid lakukan untuk m,enghadapi

ancaman dynasour tersebut?

3.6.4 Digantikan

Page 16: Teknik Pengajaran Bm

Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti

menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan watak baru yang

difikirkan lebih cerdik.

3.6.5 Disusun semula

Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang

seperti cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh Betong.

3.6.6 Diterbalikkan

Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh:

i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?

ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?

iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?

3.6.7 Digabungkan

Menggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi sebuah

cerita baru.

4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 1Julai 2010

Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari ( 60 minit )

Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)

Tema : Cerita Teladan

Tajuk : Monyet Yang Pintar

Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan

Menulis.

HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang

didengar, ditonton,dibaca atau dialami

5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi

dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditonton

atau dibaca

Page 17: Teknik Pengajaran Bm

HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayatserta sebutan

dan intonasi yang baik, jelas dan teratur.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara

umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan

pengajaran dan gaya bahasa.

HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasi

dan penghayatan yang sesuai.

Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera

dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;

1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya,

sebutan dan intonasi yang sesuai.

2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang

betul.

3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang diberikan.

Pengisian Kurikulum :

Sistem Bahasa :

i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,

ayat penyata

ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa

iii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah, herdik

Kemahiran Bernilai Tambah

i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan

Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,

ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasan

iii) Kajian Masa Depan

iv) Pembelajaran Konstruktivisme

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid

Kemahiran generik : Kemahiran Belajar

Penekanan Konsep 5P

i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis

Page 18: Teknik Pengajaran Bm

ii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasama

iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan

intonasi yang betul

iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa

berserta maksud yang terdapat dalam petikan.

v) Penilaian : Mengisi borang grafik

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

i) Bahan Multimedia :LCD, CD

ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerja

iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatang

Pengetahuan Perlu Ada :

i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.

ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 minit) 1. Kotak Ajaib

2. Teka-teki;

rasanya manis sedap sekali,

berkulit kuning banyak khasiat,

tumbuh subur di tepi kali,

dibuat kuih dibuat lepat. • Guru membacakan teka-teki kepada murid.

• Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut.

• Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya

mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.

Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)

Langkah 1

(8 minit) Petikan cerita;

Monyet Yang Pintar

(Lampiran A) • Murid diberikan petikan.

• Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.

• Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat.

Page 19: Teknik Pengajaran Bm

• Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan

nada.

SP:Koperatif

PP(Berpusatkan murid)

Langkah 2

(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;

1. Improvisasi Verbal

( Verbal Improvisation )

• Sambung dialog

2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play )

• Watak binatang dalam petikan

• Murid –murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang.

• Murid dikehendaki

berbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang

tersebut.

• Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita

atau menambahkan watak dalam cerita tersebut.

• Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta

murid.

PP(Berpusatkan murid)

SP:Koperatif dan Kolaboratif

KBT

-Verbal linguistik

SP:Kontek luar

Nilai: kerjasama

Langkah 3

(25 minit) Persembahan improvisasi

• Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan

dengan setiap seorang mewakili watak binatang.

• Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam

Page 20: Teknik Pengajaran Bm

improvisasi murid tadi.

• Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi

pandangan mereka mengenai watak dan perwatakan.

KB

(mempersembah-kan maklumat)

Langkah 4

( 7 minit) Latihan 1

Melengkapkan borang grafik (Lampiran B)

• Menulis watak dan perwatakan

• Pengayaan

– mengecam dan menulis simpulan bahasa

• Guru mengedarkan borang grafik.

• Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan

perwatakan yang terdapat dalam teks dan juga dari improvisasi

kumpulan.

• Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan

sebab dan alasan)

Penutup

( 5 minit ) Lagu ‘pisang goreng’

(Lampiran C)

• Murid menyanyikan lagu pisang goring

• Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan

kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini. KG;TMK

5.0 PENUTUP

Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita

melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan

kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya

mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya

imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran

berkomunikasi.

Page 21: Teknik Pengajaran Bm

Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada

murid untuk berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid

untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu

meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka

Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh

juga

memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan

memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni

yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang mereka

lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat segala

perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikr terlebih

dahulu sebelum mula membuat sebarang keputusan.

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN

1.0 PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.

Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.

Page 22: Teknik Pengajaran Bm

2.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat

komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah

untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan

rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan

sedang dilaksanakan.

2.1 TEKNIK IMPROVISASI

2.1.1 Pengenalan Improvisasi

Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri.

Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan.

Page 23: Teknik Pengajaran Bm

2.1.2 Langkah-langkah Improvisasi

i. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau gambar.

ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.

iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas.

iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk keyakinan murid beraksi.

v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.

vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk berimprovisasi.

2.2 TEKNIK MAIN PERANAN

2.2.1 Pengenalan Main Peranan

Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.

Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.

2.2.2 Langkah-langkan Main Peranan

i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan

ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat dalam situasi itu dan tempoh berlakon

iii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.

iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah yang timbul dalam situasi .

Page 24: Teknik Pengajaran Bm

v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah

vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA

2.3.1 Pengenalan Teater Bercerita

Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.

2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.

i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.

ii. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.

iii. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.

v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.

2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA

2.4.1 Pengenalan Permainan Bahasa

Page 25: Teknik Pengajaran Bm

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa

i. Secara Berkumpulan

Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan murid dalam banyak kumpulan.

ii. Secara Berpasangan

Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid.

iii. Secara Individu

Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.

Page 26: Teknik Pengajaran Bm

2.5 TEKNIK BERCERITA

2.5.1 Pengenalan Bercerita

Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.

2.5.2 Langkah-langkah Bercerita

i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-

murid.

ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain

Page 27: Teknik Pengajaran Bm

Bahan Bantu Mengajar.

viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

3.0 TEKNIK IMPROVISASI

3.1 Pengenalan Improvisasi

Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.

Page 28: Teknik Pengajaran Bm

3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI

3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan

Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.

3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna

Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.

3.2.3 Menyediakan saranan

Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana idea murid dalam improvisasi.

3.2.4 Tidak perlu penonton

Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka.

Page 29: Teknik Pengajaran Bm

3.2.5 Aktiviti berkumpulan

Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.

3.2.6 Bijak melayani permintaan

Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.

3.3 PERANAN IMPROVISASI

3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi

Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir

3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa

Page 30: Teknik Pengajaran Bm

Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.

Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.

3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.

Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.

Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.

3.3.4 Pembelajaran kolaboratif

Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi murid kolaboratif.

3.3.5 Pengurusan masa

Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu cekap bertindak

Page 31: Teknik Pengajaran Bm

menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang diberikan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan guru.

3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri

Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.

3.4 AKTIVITI IMPROVISASI

3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi

Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.

teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.

contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.

Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?

contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda semua melayaninya?

3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar

Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.

Page 32: Teknik Pengajaran Bm

3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita

Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.

3.4.4 Improvisasi berdasarkan objek

Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak patung, surat khabar dan kostum.

3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak

Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang Tuah.

3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyi

Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.

3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI

Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:

3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )

Page 33: Teknik Pengajaran Bm

Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.

Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu.

3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )

Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian denagn situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain.

Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain.

Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )

Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan.

Page 34: Teknik Pengajaran Bm

3.5.4 Main Peranan ( Role Play )

Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.

Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan. Disamping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis diskripsi watak, melukis potret, dan membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.

3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )

Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.

Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru.

Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.

Page 35: Teknik Pengajaran Bm

3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI

Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan idea;

3.6.1 Diubah

Mengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang, andai jika Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya akan hidup bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti mengubah serita Batu Belah Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar ibunya hingga ke gua Batu Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat masuk ke dalam gua tersebut, adakah mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka?

3.6.2 Dikecilkan

Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup dalam habitat serangga seperti karya “ Honey! I Shrunk The Kids” dan “Rama-Rama” karya Syed Ali Syed Hassan.

3.6.3 Dibesarkan

Gambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia zaman dynasour. Apakah yang akan murid lakukan untuk m,enghadapi ancaman dynasour tersebut?

3.6.4 Digantikan

Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan watak baru yang difikirkan lebih cerdik.

3.6.5 Disusun semula

Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang seperti cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh Betong.

3.6.6 Diterbalikkan

Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh:

i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?

ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?

iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?

3.6.7 Digabungkan

Menggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi sebuah cerita baru.

Page 36: Teknik Pengajaran Bm

4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 1Julai 2010

Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari ( 60 minit )

Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)

Tema : Cerita Teladan

Tajuk : Monyet Yang Pintar

Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.

Page 37: Teknik Pengajaran Bm

HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang

didengar, ditonton,dibaca atau dialami

5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi

dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditonton

atau dibaca

HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayatserta sebutan dan intonasi yang baik, jelas dan teratur.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara

umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.

HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasi

dan penghayatan yang sesuai.

Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera

dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;

1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya, sebutan dan intonasi yang sesuai.

2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang diberikan.

Pengisian Kurikulum :

Page 38: Teknik Pengajaran Bm

Sistem Bahasa :

i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,

ayat penyata

ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa

iii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah, herdik

Kemahiran Bernilai Tambah

i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan

Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,

ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasan

iii) Kajian Masa Depan

iv) Pembelajaran Konstruktivisme

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid

Kemahiran generik : Kemahiran Belajar

Penekanan Konsep 5P

i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis

ii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasama

iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan

intonasi yang betul

iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa

berserta maksud yang terdapat dalam petikan.

v) Penilaian : Mengisi borang grafik

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

i) Bahan Multimedia :LCD, CD

ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerja

Page 39: Teknik Pengajaran Bm

iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatang

Pengetahuan Perlu Ada :

i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.

ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit) 1. Kotak Ajaib

2. Teka-teki;

rasanya manis sedap sekali,

berkulit kuning banyak khasiat,

tumbuh subur di tepi kali,

dibuat kuih dibuat lepat. • Guru membacakan teka-teki kepada murid.

• Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut.

• Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.

Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)

Langkah 1

Page 40: Teknik Pengajaran Bm

(8 minit) Petikan cerita;

Monyet Yang Pintar

(Lampiran A) • Murid diberikan petikan.

• Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.

• Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat.

• Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.

SP:Koperatif

PP(Berpusatkan murid)

Langkah 2

(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;

1. Improvisasi Verbal

( Verbal Improvisation )

• Sambung dialog

2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play )

• Watak binatang dalam petikan

• Murid –murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang.

Page 41: Teknik Pengajaran Bm

• Murid dikehendaki

berbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang tersebut.

• Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita atau menambahkan watak dalam cerita tersebut.

• Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta murid.

PP(Berpusatkan murid)

SP:Koperatif dan Kolaboratif

KBT

-Verbal linguistik

SP:Kontek luar

Nilai: kerjasama

Langkah 3

(25 minit) Persembahan improvisasi

• Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan setiap seorang mewakili watak binatang.

• Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam improvisasi murid tadi.

• Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan mereka mengenai watak dan perwatakan.

KB

(mempersembah-kan maklumat)

Langkah 4

( 7 minit) Latihan 1

Page 42: Teknik Pengajaran Bm

Melengkapkan borang grafik (Lampiran B)

• Menulis watak dan perwatakan

• Pengayaan

- mengecam dan menulis simpulan bahasa

• Guru mengedarkan borang grafik.

• Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam teks dan juga dari improvisasi kumpulan.

• Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan)

Penutup

( 5 minit ) Lagu ‘pisang goreng’

(Lampiran C)

• Murid menyanyikan lagu pisang goring

• Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini. KG;TMK

5.0 PENUTUP

Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka,

Page 43: Teknik Pengajaran Bm

meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi.

Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka

Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh juga

memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang keputusan.