9
PENGAPLIKASIAN PELBAGAI TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

teknik pengajaran bahasa.ppt

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teknik Pengajaran Bahasa Melayu

Citation preview

Page 1: teknik pengajaran bahasa.ppt

PENGAPLIKASIAN PELBAGAI TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

Page 2: teknik pengajaran bahasa.ppt

MimosLakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.

Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.

Bahan untuk aktiviti :-Kisah pendek, bahagian –bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang lengkap.

Page 3: teknik pengajaran bahasa.ppt

Arca

•Patung yang menyerupai seseorang

•Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera.

•Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal.

•Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera.

Page 4: teknik pengajaran bahasa.ppt

ImprovokasiLakonan secara spontan tanpa persediaan awal dengan menggunakan bahan yang ada sahaja.

Murid dirangsang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru.

Menggalakkan murid mencipta idea baru melalui kreativiti dan imaginasi murid sendiri.

Mengisahkan kejadian , keadaan/situasi dalam kehidupan seharian.

Page 5: teknik pengajaran bahasa.ppt

Main Peranan

Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi.

Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Contoh situasi:a) Situasi menziarahi orang sakitb) Situasi di pasar.

Page 6: teknik pengajaran bahasa.ppt

Teater BerceritaTeknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon.

Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan dan boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.

Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.

Page 7: teknik pengajaran bahasa.ppt

Pentomin

Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang mengiringi lakonan tersebut.

Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog.

Contoh aktiviti :-Peristiwa semasa negara di serang komunis.

Page 8: teknik pengajaran bahasa.ppt

Mestamu

Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.

Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.

Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.

Page 9: teknik pengajaran bahasa.ppt

Dikon

Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.

Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi.

Teknik ini sesuai untuk sajak.