View
296
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
c
O Level
http://karangkutu.wordpress.com
Sampel Karangan Deskriptif Sample of Descriptive Writings
KARANG KUTU 1
© Karang Kutu 2014
First published 2014
All rights reserved. No part of this work may be reproduced or transmitted in any form or
by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without
written approval from the author. Please contact the author at karangkutu@gmail.com for
bulk purchase at a discounted price for students.
Kandungan Content
Contoh Karangan Deskriptif 1
Descriptive Writing Example 1
Setahun yang lalu, kamu mempunyai anggapan yang salah
terhadap seorang teman sekelas kamu. Kini, dia menjadi salah
seorang teman baik kamu. Gambarkan perkara-perkara yang
membuat teman sekelas kamu itu menjadi teman baik kamu.
Tema: Integrasi Pendatang Asing
Theme: Integration of Foreign Migrants
5
Contoh Karangan Deskriptif 2
Descriptive Writing Example 2
Kamu telah menonton sebuah filem baru-baru ini. Gambarkan
kesan filem itu terhadap diri kamu dan perasaan kamu setelah
menonton filem tersebut.
Tema: Mensyukuri Nikmat
Theme: Gratitude
10
Contoh Karangan Deskriptif 3
Descriptive Writing Example 3
Seorang yang kamu kenali telah terlepas satu peluang keemasan
kerana sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Gambarkan
peristiwa itu dan pengajaran yang diperolehinya melalui
peristiwa tersebut.
Tema: Tanggungjawab Seorang Ayah
Theme: A Father’s Responsibility
15
Contoh Karangan Deskriptif 4
Descriptive Writing Example 4
Kamu telah dilantik untuk menjadi ketua kelas. Sebagai ketua
kelas, kamu prihatin bahawa terdapat beberapa orang rakan
sekelas kamu yang tidak memberikan kerjasama. Gambarkan
pengalaman kamu mengatasi cabaran untuk menyatupadukan
rakan sekelas kamu.
Tema: Penyelesaian yang Memenangkan Semua Pihak
Theme: A Win-Win Solution
20
Contoh Karangan Deskriptif 5
Descriptive Writing Example 5
Kamu telah melakukan sesuatu yang dianggap sangat mulia oleh
keluarga kamu. Gambarkan peristiwa itu dan perasaan kamu
terhadap peristiwa itu.
Tema: Penerimaan dan Kemaafan
Theme: Acceptance and Forgiveness
26
Contoh Karangan Deskriptif 6
Descriptive Writing Example 6
Kamu berhadapan dengan satu keadaan yang memerlukan kamu
membuat satu keputusan yang penting. Gambarkan peristiwa itu
dan perasaan kamu terhadap peristiwa itu.
Tema: Penceraian dan Peleraian
Theme: Divorce and Separation
32
Contoh Karangan Deskriptif 7
Descriptive Writing Example 7
Baru-baru ini, kamu telah mengetahui tentang seorang rakan
kamu yang sering bermurung kerana sikapnya yang cepat
berputus asa. Gambarkan pengalaman dan perasaan kamu
membantu rakan kamu itu mengatasi kemurungannya.
Tema: Mengatasi Kemurungan
Theme: Overcoming Depression
38
Contoh Karangan Deskriptif 8
Descriptive Writing Example 8
Kamu diberikan peluang untuk merancang dan melaksanakan
program kebudayaan untuk sekolah kamu. Gambarkan persiapan
yang dibuat, pengalaman dan pengajaran yang kamu raih
menerusi kegiatan tersebut.
Tema: Budaya Melayu
Theme: Malay Culture
42
Contoh Karangan Deskriptif 9
Descriptive Writing Example 9
Kamu telah menghadapi cabaran melakukan sesuatu buat
pertama kali dalam hidup kamu. Gambarkan pengalaman,
perasaan dan masalah yang kamu hadapi ketika melakukannya.
Tema: Berucap Di Khalayak Ramai
Theme: Public Speaking
46
Contoh Karangan Deskriptif 10
Descriptive Writing Example 10
Ceritakan suatu peristiwa di mana kamu perlu membuat pilihan
antara cita-cita dan keluarga serta keputusan yang kamu ambil.
Tema: Memburu Cita-Cita
Theme: Chasing Dreams
50
Penolakan:
Disclaimer:
Tidak semua soalan di atas adalah dari kertas peperiksaan peringkat O yang
lalu. Namun, soalan-soalan ini dipilih kerana ia memenuhi spesifikasi soalan
peringkat O.
Not all the questions above are from past O level examination papers. However, these
questions are chosen because they fulfill the specifications of O level question.
Karangan Deskriptif Descriptive Writing
Contoh 1 Example 1
5
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Element
Person
Presenting the
Person
• Unravelling
the Mystery
• Background
Information
Kegelisahan terpancar1 jelas pada wajah seorang gadis asal Vietnam
yang berusia lima belas tahun. Dia menanti ketibaan bas. Setiap bas
yang datang ditahannya. Apabila pintu bas dibuka, dia bertanyakan jika
bas itu lalu di kawasan rumahnya dalam bahasa Inggeris, pekat2 dengan
loghat3 Vietnam sehingga kurang difahami oleh sesiapa. Setiap pemandu
bas hanya menggeleng-gelengkan kepala kerana tidak faham maksud
pertanyaannya. Dia cuba bertanyakan mereka yang turut menantikan
bas bersamanya di perhentian itu. Namun, mereka juga tidak berupaya
memahami apa yang ditanyakannya. Sudah hampir sejam dia menunggu
bas tanpa seseorang pun yang cuba membantunya. Wajahnya menjadi
semakin pucat. Sesekali ada beberapa orang pelajar yang tiba di
perhentian itu. Walaupun mereka belajar di sekolah yang sama dengan
gadis itu, malangnya tiada di kalangan mereka yang bersedia untuk
membantunya. Di antara mereka adalah seorang teman sekelasnya.
Akan tetapi, temannya langsung tidak memperdulikannya dan melangkah
masuk ke dalam bas, tidak menghiraukan panggilannya. Apabila bas
bergerak dan si teman mendapatkan tempat duduk, dia langsung tidak
melihat ke arah gadis itu yang mula menitiskan air mata. Masa terus
berdetik lalu dan gadis itu masih menantikan bas untuk pulang [PERSON].
Gadis itu adalah Le Ha Thanh Mai. Le Ha adalah seorang pelajar
dari Vietnam yang mendapat biasiswa4 pemerintah Singapura untuk
belajar di sini. Dia tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik
menjadikan usahanya mendekati teman-teman sekolahnya sukar. Ini
kerana biasanya mereka kurang sabar untuk memahami apa yang
diucapkannya. Hari itu adalah hari Isnin, minggu kedua dia belajar di
Singapura. Sepanjang minggu pertama ayahnya yang akan menbawanya
pulang. Mulai minggu kedua, ayahnya ingin dia biasakan diri pulang
sendiri. Sepatutnya dia sudah biasa akan bas nombor berapa
Setahun yang lalu, kamu mempunyai anggapan yang salah terhadap
seorang teman sekelas kamu. Kini, dia menjadi salah seorang teman baik
kamu. Gambarkan perkara-perkara yang membuat teman sekelas kamu itu
menjadi teman baik kamu. [Person]
Tema: Integrasi Pendatang Asing | Theme: Integration of Foreign Migrants
9
1. terpancar
dapat dilihat: can be seen
2. pekat
tebal: thick
3. loghat
bahasa atau dialek: dialect
4. biasiswa
wang bantuan bagi pelajar: scholarship
5. melambung
naik: sky-rocket
6. keluhan
rintihan: sigh
7. mengandingkan
menjadikan pasangan: to pair up
8. jawatankuasa
komite: committee
9. kebetulan
dengan tidak sengaja: coincidence
10. menemuramah
temu duga: to interview
11. tersentuh
terkesan emosi: emotionally touched
12. dipupuk
dibangunkan: to develop
13. rukun
harmoni: peacefully
14. peka
sensitif: to be mindful
15. majmuk
berbilang: pluralistic
16. iltizam
komitmen: commitment
17. kosmetik
bersifat luaran: superficial
18. lumrah
biasa berlaku: normally
19. menilai kembali
memikirkan semula: to reevaluate
20. hati budi
keperibadian: personality
21. diwarisi
diperolehi: inherited
22. menyemarakkan
menjadikan lebih besar: to intensify
23. meneroka
menyelidik: to explore
24. luang
lapang: free
25. wujud
ada: to exist
26. pemangkin
pencetus: catalyst
27. terhutang budi
menerima kebaikan tetapi belum
dibalas: to be indebted
28. kecapi
perolehi: to obtain
29. ketepikan
tidak hiraukan: to put aside
Kosa Kata: Vocabulary
Karangan Deskriptif Descriptive Writing
Contoh 2 Example 2
10
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Element
Object
Malam rasanya berlalu dengan cepat apabila terlihat gelagat para
kakitangan sebuah restauran makanan segera. Mereka kelihatannya
tergesa-gesa membersihkan restauran tersebut kerana ingin bergegas
pulang. Kehadiran seorang lelaki berseluar pendek dan berkemeja-T
lengan panjang mengayuh becanya menuju ke restauran itu tidak
menimbulkan sebarang keraguan pada awalnya. Di dalam becanya
terdapat sebuah tong sampah kosong berwarna hitam. Lelaki itu
menghentikan becanya di hadapan restauran tersebut yang kini sudah
kosong dengan pelanggan. Dia membawa masuk tong sampahnya ke
dalam restauran itu dan langsung menuju ke arah dapur. Pergerakannya
yang tidak dihalang oleh kakitangan restauran itu menimbulkan
pertanyaan. Siapakah sebenarnya dia? Adakah dia seorang pengutip
sampah? Rasanya begitu apabila dia mencapai tong sampah hitam milik
restauran yang sarat1 diisi dengan sebuah beg plastik yang dipenuhi
dengan sisa-sisa2 makanan. Plastik sampah tersebut dialihkan
3 dengan
hati-hati ke dalam tong sampah yang dibawanya. Para kakitangan
restauran tidak menghiraukan kehadiran lelaki tersebut, seolah-olah dia
tiada di situ. Lelaki itu meneruskan langkahnya mencapai sebuah bakul
sampah kecil yang juga dipenuhi dengan sisa-sisa makanan. Kali ini sisa-
sisa makanan itu diperiksa satu persatu. Raut wajahnya terpancar
kegembiraan apabila terlihat olehnya sisa-sisa makanan yang sebahagian
besarnya masih utuh4 lagi. Dengan segera dia memasukkannya ke dalam
sebuah beg plastik kecil yang dibawanya bersama. Lelaki itu tidak
mengambil masa yang lama untuk mencapai tujuan kedatangannya.
Dengan sekilas, dia mula mengayuh basikalnya membelah kesunyian
malam. Hatinya berbetik riang melihat muatan yang dibawa bersamanya.
Semalaman mengayuh basikal untuk sampai ke destinasinya tidak terasa
penat olehnya. Apabila fajar menyising, barulah dia tiba di kampung
halamannya dengan disambut riang oleh kanak-kanak kampung yang
sudah menantikan kedatangannya [OBJECT].
Kamu telah menonton sebuah filem baru-baru ini. Gambarkan kesan filem
itu terhadap diri kamu dan perasaan kamu setelah menonton filem
tersebut. [Object]
Tema: Mensyukuri Nikmat | Theme: Gratitute
14
1. sarat
terlalu banyak berisi: heavily laden
2. sisa-sisa
saki-baki: left over
3. dialihkan
dipindahkan: to transfer
4. utuh
dalam keadaan sempurna: intact
5. sedutan
babak: scene
6. dinobatkan
diiktiraf: crowned
7. ketara
terang kelihatan: noticeable
8. kelu
tidak dapat berkata-kata: speechless
9. santapan
makanan: food
10. menjamah
makan: to eat
11. dianjurkan
digalakkan: encourage
12. kekerutan
lipatan kulit: wrinkle
13. jati diri
identiti: identity
14. janggal
tidak selesa: awkward
Kosa Kata: Vocabulary
Karangan Deskriptif Descriptive Writing
Contoh 3 Example 3
15
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Element
Person
Presenting the
Person
• Unravelling
the Mystery
• Background
Information
Seorang lelaki sedang duduk menghirup teh di sebuah restauran
makanan segera McDonald. Pagi itu redup sekali dengan sang suria
seakan-akan bersembunyi di sebalik gerombolan1 awan hitam
menantikan turunnya hujan. Namun, wajah lelaki itu bersinar dengan
harapan, tidak terjejas dengan cuaca muram di luar restauran
[PERSON]. Di sebelahnya duduk seorang wanita dalam lingkungan usia
tiga puluhan tahun bersama dengan tiga orang anaknya yang masih
kecil lagi. Wajah wanita itu resah sejak dari tadi. Sudah lebih setengah
jam mereka menunggu kedatangan seseorang yang tidak muncul tiba.
Sesekali wanita itu mengingatkan lelaki itu tentang masa. Malangnya,
lelaki itu tidak memperdulikannya dan terus memerhatikan pintu
restauran setiap kali ianya dibuka pelanggan yang kunjung tiba. Bagi
lelaki itu, hari itu merupakan peluang keemasan untuk dia bertemu
kembali dengan orang yang dikasihinya. Sudah lama dia menantikan
saat itu. Apalah menunggu untuk setengah jam lagi jika selama ini dia
sanggup bersabar bertahun-tahun lamanya untuk berjumpa dengan
orang yang dikasihinya itu.
Lelaki itu adalah ayah kepada seorang teman baikku yang
bernama Hakim [PERSON]. Si Ayah sedang bersama dengan isteri
barunya menantikan Hakim yang belum diketemuinya sejak tiga tahun
yang lalu. Oleh itu, peluang untuk bertemu dengan Hakim saat itu
merupakan peluang keemasan baginya. [Start background] Daripada
cerita Hakim, si Ayah merupakan seorang yang bertanggungjawab.
Namun, segala-galanya berubah apabila dia mula rapat dengan
seorang janda muda beranak tiga di tempat kerjanya. Pada awalnya, si
Ayah berasa simpati dengan keadaan janda tersebut yang kematian
suami dalam kemalangan jalan raya. Malangnya, rasa simpati itu
akhirnya bertukar menjadi cinta. Keadaan menjadi melarat2 apabila
tingkah laku si Ayah tidak diketahui oleh isterinya kerana beliau juga
sibuk bekerja. Isterinya terpaksa bekerja untuk menampung
Seorang yang kamu kenali telah terlepas satu peluang keemasan kerana
sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Gambarkan peristiwa itu dan
pengajaran yang diperolehi melalui peristiwa tersebut. [Person & Incident]
Tema: Tanggungjawab Seorang Ayah | Theme: A Father’s Responsibility
19
sikap tidak mementingkan diri sendiri.
1. gerombolan
kelompok: cluster
2. melarat
bertambah teruk: to deteriorate
3. melafazkan
memberitahu: to inform
4. bermadu
(bagi wanita) mempunyai suami yang
mempunyai isteri lain: (for a woman)
having a husband who is married to
another woman
5. pudar
menjadi kurang: to diminish
6. keretakan
kehancuran: broken
7. diberatkan
diberi penekanan: to place importance
8. muslihat
tipu daya: trick
9. insaf
sedar: realize
10. menebus
berusaha untuk memperbaiki
kesalahan lalu: to redeem
11. berganjak
berubah: to change
12. tersengih tawar
tersenyum yang dibuat-buat: fake grin
13. terjerat
terperangkap: trapped
14. muhrim
orang-orang yang sekeluarga dekat
sehingga terlarang untuk berkahwin
dengan mereka: closed family members
where marriage with them is prohibited
15. peka
prihatin: to be mindful
16. tidak diendahkan
diabaikan: ignored
17. penderaan
penyeksaan: abuse
18. dirundung kemurungan
ditimpa kesedihan: plagued by
depression
19. berlapang dada
berasa senang dan lega: to be open-
minded
20. arif
pandai: discerning
21. asas
dasar: basic
Kosa Kata: Vocabulary
Karangan Deskriptif Descriptive Writing
Contoh 4 Example 4
20
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Element
Person &
Incident
Suasana di dalam kelas mula menjadi hingar-bingar1. Apa yang
pada awalnya merupakan satu tugasan pertama yang mudah bagi
seorang pelajar setelah dilantik menjadi ketua kelas, berubah menjadi
satu cabaran besar. Seminggu sebelumnya, ketua kelas itu telah
mengendalikan undian di dalam lelaman Facebook kelasnya untuk
memilih reka bentuk bagi kemeja-T kelasnya. Beberapa buah reka
bentuk dengan kombinasi dua warna hasil daripada usaha beberapa
orang rakan sekelasnya telah dibentangkan di dalam lelaman
Facebook. Undian telah dijalankan dan reka bentuk yang menjadi
kegemaran ramai telah diketahui. Pada hari itu, ketua kelas tersebut
diminta oleh guru kelasnya untuk menggunakan masa lima belas minit
terakhir sebelum sekolah tamat bagi menerangkan kepada kelasnya
kelebihan reka bentuk dan kombinasi dua warna yang telah dipilih.
Tujuan si guru agar pelajar yang masih ragu-ragu dengan reka bentuk
pilihan ramai teruja2 untuk juga memilih reka bentuk tersebut.
Dengan demikian, si guru harapkan semua pelajar bersedia untuk
membeli kemeja-T kelas bila tempahan3 dibuat nanti. Malangnya,
ketika ketua kelas itu sedang memberikan penerangan, sekumpulan
pelajar yang duduk di sebelah kanan kelas telah berdiri dan
memperkenalkan reka bentuk mereka kepada sekalian pelajar.
Memang tidak dinafikan reka bentuk mereka menarik sekali
berbanding dengan semua reka bentuk yang telah dikongsi dalam
lelaman Facebook. Persoalannya adalah kenapa mereka tidak
memberikan kerjasama dengan membentangkan reka bentuk mereka
awal-awal lagi di lelaman Facebook. Perbuatan mereka seolah-olah
telah dirancang tetapi tidak dapat dipastikan tujuan mereka berbuat
demikian [INCIDENT]. Dengan sekelip mata, ramai pelajar menjadi
tertarik dengan reka bentuk mereka dan mula mendesak supaya
undian dijalankan semula. Sebahagian kecil pelajar yang lain pula
Kamu telah dilantik untuk menjadi ketua kelas. Sebagai ketua kelas, kamu
prihatin bahawa terdapat beberapa orang rakan sekelas kamu yang tidak
memberikan kerjasama. Gambarkan pengalaman kamu mengatasi cabaran
untuk menyatukan rakan sekelas kamu. [Person & Incident]
Tema: Penyelesaian yang Memenangkan Semua Pihak | Theme: A Win-Win Solution
25
1. hingar-bingar
suasana bising: noisy
2. teruja
timbul keinginan terhadap sesuatu:
emotionally aroused for something
3. tempahan
pesanan: order
4. lantang
kuat: loud
5. meleraikan perbalahan
menghentikan pertengkaran: to resolve
a dispute
6. meninjau
memerhatikan: to observe
7. meredakan
mengurangkan: to ease
8. menyatupadukan
bersatu: to unite
9. angkara
perbuatan kejam: cruel act
10. menyandang
memegang (jawatan): to hold (a
position)
11. berdasarkan
berlandaskan: based on
12. batu loncatan
sesuatu yang digunakan untuk
mencapai sesuatu yang lain:
springboard
13. berwawasan
mempunyai pandangan jauh tentang
kemajuan sesuatu: visionary
14. berarah
mempunyai tujuan: to have a direction
15. perangsang
galakan: encouragement
16. samar-samar
tidak jelas: uncertain
17. merangkumi
melingkungi: to cover
18. maklum balas
maklumat yang diperolehi melalui
tinjauan: feedback
19. saksama
tidak berat sebelah: fair
20. dihadkan
dibataskan: to limit
21. berbekalkan
mempunyai sesuatu untuk digunakan:
to be equipped with
Kosa Kata: Vocabulary
Karangan Deskriptif Descriptive Writing
Contoh 5 Example 5
26
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Element
Incident
Presenting the
Incident
Seorang wanita yang sedang mengandung dua bulan melangkah
keluar dengan perlahan dari bilik doktor pakar di Hospital Mount
Alvernia. Wajahnya muram sekali. Di belakang wanita itu kelihatan
suaminya yang diiringi oleh doktor pakar yang bertugas. Doktor pakar
itu menjabat tangan si Suami dan menepuk bahunnya beberapa kali
sambil menguntumkan senyuman – seolah-olah memberikan
perangsang supaya pasangan itu bersabar dan berlapang dada untuk
memilih jalan yang terbaik dalam mengharungi badai1 yang
menghempas bahtera perkahwinan2 mereka. Si Suami hanya mampu
menguntumkan senyuman tawar kembali. Dengan perlahan pasangan
itu berjalan mencari ruang kosong untuk mereka duduk seketika
sebelum berangkat meninggalkan hospital itu. Beban berita yang baru
disampaikan oleh doktor pakar itu terlalu berat untuk mereka pikul
pulang. Ada beberapa tindakan yang boleh mereka ambil untuk
mengurangkan bebanan tersebut. Apa-apapun keputusan mereka,
persoalan yang pertama dan utama adalah adakah si Isteri akan
meneruskan kehamilannya. Si Suami terus menunjukkan riak wajah3
yang tenang supaya tidak kelihatan oleh si Isteri akan tekanan yang
dihadapinya. Bagi si Suami, penting sekali untuk si Isteri mempunyai
perasaan yang dia tidak persalahkan dalam hal ini dan si Suami tidak
akan meninggalkannya. Bagi si Isteri pula, ingin sekali dia supaya
kandungannya dipisahkan jauh sekali daripadanya. Dia tidak redha
yang makhluk di dalam tubuhnya itu mengambil manfaat daripadanya
untuk membesar. Dia tidak menghalalkannya. Malangnya, suaminya
membuat keputusan untuknya meneruskan kehamilannya. Dia cuba
membantah dengan memberikan pelbagai alasan dan andaian.
Namun, si Suami tetap dengan pendiriannya. Keputusannya adalah
muktamad [INCIDENT].
Si Suami itu adalah aku dan aku baru sahaja mendapat berita
yang hampir-hampir sahaja menyentap4 jantungku daripada
Kamu telah melakukan sesuatu yang dianggap sangat mulia oleh keluarga
kamu. Gambarkan peristiwa itu dan perasaan kamu terhadap peristiwa itu.
[Incident]
Tema: Penerimaan and Kemaafan | Theme: Acceptance and Forgiveness
31
1. badai
angin ribut: storm
2. menghempas bahtera perkahwinan
menjejas kebahagiaan rumahtanggga:
to disrupt a marriage bliss
3. riak wajah
ekspresi muka: facial expression
4. menyentap
menarik kuat-kuat dengan tiba-tiba: to
snap
5. zuriat
anak: children
6. mentakdirkan
menentukan terlebih dahulu:
predetermine
7. diperkenankan
dipersetujui: granted
8. benih
sperma: sperm
9. diperkosa
dirogol: rape
10. menggugurkan
mengeluarkan anak sebelum cukup
bulan (dengan sengaja): to abort (a
pregnancy)
11. pemerkosa
perogol: rapist
12. cekal
tetap teguh hati: to remain resolute
13. bergelut
cuba mengatasi: to overcome
14. dugaan Ilahi
cubaan Tuhan: Divine challenge
15. berbekas
memberi kesan: to affect
16. ketetapan
sesuatu yang sudah diputuskan:
something that has already been
decided
17. durjana
jahat: evil
18. mengheret
menarik: to drag
19. bertandang
hadir: to appear
20. membantutkan
menghalang: to stunt
21. setakat
sehingga: so far
22. meragut
merampas: to snatch
Kosa Kata: Vocabulary
Karangan Naratif Narrative Writing
Contoh 6 Example 6
32
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Element
Incident
Presenting the
Incident
Suasana tegang di dewan rumah seolah-olah akan meretakkan
gelas-gelas minuman yang dihidangkan untuk tetamu yang
bertandang1. Bukannya kata-kata punca ketegangan itu Akan tetapi,
suasana tidak selesa yang tiba-tiba menyelimuti semua yang hadir
menyebabkan lidah mereka kelu tidak terkata. Inilah yang selalu
terjadi apabila si ayah datang dengan isteri keduanya setiap kali hari
raya. Kehadiran mereka sepertinya tidak disenangi oleh si ibu dan si
datuk. Seperti biasa, si anak akan dijemput oleh si ayah untuk
bersama keluarga barunya pada hujung minggu pertama dan kedua
hari raya, sedangkan bahagian si ibu bersama anaknya pula hanya
pada hujung minggu ketiga dan terakhir bulan syawal. Rasanya tidak
adil pembahagian masa bagi si ibu. Alasan si ayah mudah – si anak
pilih untuk tinggal dengan ibu dan datuknya dan oleh itu, si ibu boleh
membawa si anak jalan raya pada hari-hari biasa. Malangnya, peluang
itu tidak pernah muncul tiba kerana si ibu sibuk bekerja setelah
diceraikan oleh si ayah. Lazimnya2, si anak tidak pernah mengomel
3.
Malah, dia terus memainkan peranan melayankan sahaja kerenah4
kedua-dua orang ibu bapanya. Sayangnya karenah mereka tidak
berakhir di situ sahaja. Setiap kali bersama mereka, telinga si anak
akan diisi dengan tomahan-tomahan5 keluarga. Si ayah akan
memburuk-burukkan keluarga sebelah si ibu yang dituduhnya menjadi
punca penceraian mereka. Ini dia lakukan supaya si anak tidak mahu
menziarahi keluarga sebelah si ibu. Si ibu pula akan melakukan
perkara yang sama juga. Namun, hari raya kali ini berputik6 semacam
kesedaran dalam diri si anak yang menginginkan perubahan. Dia
sedar yang dia harus mengambil satu keputusan penting untuk
merealisasikan perubahan yang didambakan7nya itu [INCIDENT].
Si anak adalah aku dan tahun itu sudah masuk tahun keempat
ibu dan ayahku berpisah. Aku adalah satu-satunya anak mereka.
Setiap kali Syawal tiba, begitulah cara aku menyambut bulan yang
Kamu berhadapan dengan satu keadaan yang memerlukan kamu
membuat satu keputusan yang penting. Gambarkan peristiwa itu dan
perasaan kamu terhadap peristiwa itu. [Incident]
Tema: Penceraian dan Peleraian | Theme: Divorce and Separation
37
1. bertandang
datang: come to visit
2. lazimnya
biasanya: usually
3. mengomel
bersungut: to complain
4. kerenah
tingkah laku: behaviour
5. tomahan-tomahan
tuduhan-tuduhan yang melulu: reckless
accusations
6. berputik
menampakkan tanda-tanda: to show
sign
7. didambakan
diinginkan: to yearn
8. meluat
tidak suka pada sesuatu: disgusted
9. mematangkan
berfikiran lebih dewasa: to become
matured
10. mengeruhkan
menjadi tidak aman: to cause strain
11. menimbangkan hujah-hujah
meneliti pendapat berserta alasan: to
consider arguments
12. bibit-bibit
tanda-tanda permulaan sesuatu: initial
sign of something that may develop
13. syak wasangka
rasa tidak percaya: suspicion
14. mempertaruhkan
mengambil risiko: to take a risk
15. terbuku
tersimpan: stored
16. bersemuka
berhadapan: to face
17. nostalgia
kerinduan pada sesuatu yang pernah
dialami: wistful longing for something
in the past
18. kesyahduan
keadaan yang mendamaikan hati:
peaceful moment
19. berutusan
saling kirim-mengirim sesuatu antara
satu sama lain: to exchange something
with each other
20. terluput
hilang: to vanish
Kosa Kata: Vocabulary
Karangan Naratif Narrative Writing
Contoh 7 Example 7
38
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Elements
Person &
Incident
Presenting the
Person & Incident
• Unravelling the
Mystery
• Background
Information
Matanya memerhatikan dengan teliti isi kandungan nota yang
diberikan oleh guru kelasnya [PERSON]. Setiap perenggan dibacanya
dua kali untuk memastikan kandungannya. Peluh dingin mula berputik
pada dahinya dan mengalir ke bawah merentasi1 wajahnya. Dahinya
mula berkerut. Dia mengeluh sambil mengeluarkan sapu tangan untuk
mengesat peluh pada mukanya. Hilangnya peluh tidak pula
menghilangkan rasa gelisah yang mula bersarang2 di dadanya. Dia
menjadi buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Nampaknya
apa yang diinginkannya sukar untuk dia perolehi. Bibirnya mula
terketar-ketar. Biasanya ini berlaku apabila dia mula dilanda
kemurungan [INCIDENT].
Dia yang dimaksudkan di atas adalah Syakir, teman sekelasku
[PERSON]. Kami telah diberikan penerangan oleh guru kelas kami
tentang proses permohonan untuk Latihan Kemasukan Langsung ke
Politeknik (DPA). Latihan ini merupakan satu-satunya peluang untuk
pelajar sekolah menengah mendapatkan tempat untuk belajar dalam
kursus tertentu di politeknik pilihan mereka berdasarkan minat mereka
dalam sesuatu bidang. Pelajar yang berjaya mendapatkan tempat
melalui DPA hanya perlu memenuhi kelayakan minimum ke polyteknik
agregat keputusan peperiksaan peringkat O untuk menjamin tempat
mereka. Ini berbeza dengan proses permohonan biasa di mana hanya
pelajar yang mempunyai agregat kompetitif sahaja yang berpeluang
mendapat tempat dalam kursus popular di politeknik. Melalui DPA,
pelajar yang mempunyai minat yang kuat tetapi tidak berjaya
mendapatkan keputusan peperiksaan peringkat O yang cemerlang
masih berpeluang untuk belajar dalam kursus idaman3 mereka. Seperti
biasanya, Syakir mudah ditimpa kemurungan kerana sikapnya yang
cepat berputus asa. Syarat-syarat yang dikenakan dalam DPA agak
Baru-baru ini, kamu telah mengetahui tentang seorang rakan kamu yang
sering bermurung kerana sikapnya yang cepat berputus asa. Gambarkan
pengalaman dan perasaan kamu membantu rakan kamu itu mengatasi
kemurungannya. [Person & Incident]
Tema: Mengatasi Kemurungan | Theme: Overcoming Depression
41
Conclusion
Consequence of
the Story
• Lesson
Bantuan yang aku hulurkan kepada Syakir untuk mengatasi
kemurungannya nampaknya telah memberikannya kesedaran baru.
[Consequence 1] Kini dia kelihatan lebih tenang dan bersedia untuk
mengatasi cabaran. Jarang sekali aku lihat dia kemurungan. [Lesson 1]
Bila aku tegur perubahan pada dirinya, dia mengakui bahawa ketiga-
tiga strategi yang aku ajarkan kepadanya – membahagikan masalah
kepada masalah-masalah kecil yang mudah diatasi, menyelesaikan
masalah kecil yang paling mudah dahulu, dan mendapatkan bantuan
orang lain – telah banyak membantunya. [Consequence 2] Aku
gembira apabila mengetahui yang permohonan Syakir diterima dan dia
dipanggil untuk sesi temuduga. Sungguhpun dia ada meminta
nasihatku bagaimana untuk menyiapkan diri untuk sesi tersebut, aku
dapati kali ini dia lebih yakin dan banyak bergantung dengan inisiatifnya
sendiri. [Lesson 2] Aku sedar bahawa kemurungan bukannya masalah
yang tidak boleh diubati. Apa yang penting adalah untuk mengenal
pasti punca kemurungan tersebut dan melaksanakan strategi-strategi
yang boleh mengatasinya. [Consequence 3] Kini Syakir adalah pelajar
tahun akhir di Politeknik Temasek dalam bidang kursus yang minati.
Aku senang kerana telah membantunya berubah menjadi seorang yang
lebih yakin diri dan tidak mudah menyerah kalah. [Lesson 3] Aku sedar
bawasa setiap di antara kita berpontensi untuk mencorak perubahan
dalam hidup orang lain jika kita gunakan pengaruh kita dengan positif.
1. merentasi
bergerak melalui sesuatu kawasan: to
pass across
2. bersarang
bertambah: to increase
3. idaman
keinginan: desired
4. jalan pintas
solusi mudah dan cepat: easy and quick
solution
5. sandaran
sumber bantuan: source of help
6. jatuh bangun
Kegagalan dan kejayaan: rise and fall
7. sepakat
setuju: to agree
Kosa Kata: Vocabulary
Karangan Naratif Narrative Writing
Contoh 8 Example 8
42
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Element
Incident
Presenting the
Incident
• Unravelling the
Mystery
• Background
Information
Suasana hiruk-pikuk1 menyelubungi petang itu. Pengunjung
berduyun-duyun2 datang untuk memenuhi hajat mereka. Sepertinya,
tekad mereka bulat3 kerana kekhusyukan
4 mereka berbelanja tanpa
menghiraukan kehausan dalam bahang kepanasan suasana berasak-
asak. Sekumpulan pelajar yang hadir untuk meninjau5 suasana
kelihatan seronok memetik gambar. Mereka juga terkesan dengan
suasana membeli di sekeliling mereka sehingga tidak mahu
melepaskan peluang membeli juadah-juadah6 tradisional untuk
berbuka puasa. Memang tidak syak lagi di sinilah nadi kegiatan7 orang
Melayu, lebih-lebih lagi dalam persiapan mereka menyambut ketibaan
Hari Raya tidak lama lagi. Sungguh tepat tempat ini dijadikan pilihan
untuk aktiviti pelajar [INCIDENT].
Aktiviti pelajar yang dimaksudkan di atas adalah lawatan ke
pasar Geylang Serai. Ia merupakan salah satu aktiviti kebudayaan
dalam program Dwiminggu dan Perkhemahan Bahasa yang dianjurkan
tahun lepas [INCIDENT]. Beberapa aktiviti kebudayaan yang
dianjurkan dalam tempoh dua minggu itu bertujuan memberi peluang
kepada para pelajar untuk mengenali dan menghargai kebudayaan
dalam persekitaran yang kondusif. [Start background] Sebagai salah
seorang ketua pelajar yang senior, aku telah diberikan tugas oleh
guruku untuk bekerjasama dengan empat orang rakan ketua pelajar
lain dari menengah tiga untuk melakarkan kegiatan pelajaran yang
boleh dilakukan dalam lawatan itu. Kumpulan yang terlibat dalam
lawatan tersebut adalah pelajar menengah dua seramai dua-puluh
orang. Matlamat lawatan adalah untuk memberi peluang kepada
pelajar mengenali dan menghargai aspek-aspek tertentu kebudayaan
orang Melayu. Kami dipilih kerana kami pernah mengikuti lawatan
serupa sewaktu kami di menengah dua dahulu. Cikgu Mardiah ingin
kami menggunakan pengalaman tersebut untuk meperbaiki lagi
Kamu diberikan peluang untuk merancang dan melaksanakan program
kebudayaan untuk sekolah kamu. Gambarkan persiapan yang dibuat,
pengalaman dan pengajaran yang kamu raih menerusi kegiatan tersebut.
[Incident]
Tema: Budaya Melayu | Theme: Malay Culture
45
[Consequence 3] Bagi pelajar asing yang terut serta dalam lawatan itu,
mereka kini lebih berminat untuk mengetahui lebih mendalam aspek
kebudayaan orang Melayu yang lain. Ramai di antara mereka dapat
melihat persamaan sesetengah budaya orang Melayu dengan budaya
masyarakat mereka. [Lesson 3] Daripada pengalaman mereka aku
pelajari bahawa dengan mengenali budaya orang lain akan terbuka
pintu12 untuk kita merenung akan budaya masyarakat kita sendiri. Aku
berasa puas kerana sumbangan dan penglibatanku dapat membantu
pihak sekolah dalam menjalankan program Dwiminggu dan
Perkhemahan Bahasa tahun tersebut dengan jayanya.
2. hiruk-pikuk
sibuk dan bising: busy and noisy
3. berduyun-duyun
datang beramai-ramai dan putus-putus:
to come in uninterrupted large number
4. tekad (mereka) bulat
azam yang kuat: uncompromising will
5. kekhusyukan
tumpuan yang tidak berbelah bahagi:
undivided focus
6. meninjau
memerhatikan sesuatu: to look around
7. juadah-juadah
makanan: food
1. nadi kegiatan
pusat aktiviti: hub
8. pertembungan
pertentangan: clash
9. busana
pakaian: clothing
10. mengusulkan
mencadangkan: to suggest
11. memperuntukkan
menyediakan: to make provision
12. terbuka pintu
memberi peluang: to provide
opportunity
Kosa Kata: Vocabulary
Karangan Naratif Narrative Writing
Contoh 9 Example 9
46
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Element
Incident
Presenting the
Incident
• Unravelling the
Mystery
• Background
Information
Tepukan hadirin menyambut kemunculan seorang bekas pelajar
di pentas dewan sekolah mulai reda1. Rasa tidak sabar mereka untuk
mendengar ucapan bekas pelajar itu menjadikan suasana dewan sunyi
dan sepi; sepertinya jika sepucuk jarum jatuh ke lantai dewan, pasti
kedengaran bunyinya. Peluh dingin mula mengalir turun di belakang
tengkok bekas pelajar itu. Dia memperbetulkan posisinya di pentas
berucap sebelum memulakan ucapannya. Sebaik sahaja dia merasa
tenang, dia mendongakkan kepalanya ke hadapan untuk melihat para
hadirin yang hadir. Rasanya seperti lautan mata sedang memerhatikan
setiap gerak-gerinya, ingin mencari kesilapannya. Dia mula rasa
gementar. Bulu badannya mula meremang2. Tidak pernah sebelum
ini dia memberikan ucapan di hadapan begitu ramai orang. Dia cuba
memulakan ucapannya. Rasanya seperti ada seketul batu besar
tersangkut pada tekaknya menghalang dia daripada mengeluarkan
kata-kata. Dia menjadi semakin cemas. Dia langsung memejamkan
matanya. Oh Tuhan, ampunilah aku dan bantulah aku mengharungi
keadaan yang mencemaskan ini [INCIDENT].
Bekas pelajar itu adalah aku. Aku telah dinobatkan sebagai
pelajar cemerlang pada tahun itu kerana pencapaianku dalam bidang
akademik dan kegiatan ko-kurikulum sepanjang lima tahun
pengajianku di sekolah itu. Kemuncak kecemerlanganku dalam bidang
akademik adalah apabila aku mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan peringkat O dengan mendapat kepujian dalam lapan mata
pelajaran. Oleh itu aku telah dijemput kembali ke sekolah
menengahku untuk menerima anugerah dan memberikan ucapan
dalam majlis ulang tahun dan penyampaian hadiah yang diadakan
setiap tahun [INCIDENT]. [Start background] Memberikan ucapan di
hadapan hadirin yang dianggarkan3 seramai tiga ratus orang dalam
majlis itu merupakan pengalaman pertama bagiku. Berucap di
khalayak yang ramai memang bukan kekuatanku sama sekali. Ini
Kamu telah menghadapi cabaran melakukan sesuatu buat pertama kali
dalam hidup kamu. Gambarkan pengalaman, perasaan dan masalah yang
kamu hadapi ketika melakukannya. [Incident]
Tema: Berucap Di Khalayak Ramai | Theme: Public Speaking
49
Consequence of
the Story
• Lesson
kelasku dan beberapa orang guru yang ada di belakang pentas
langsung menepuk bahuku sambil memujiku. Tidak pernah kami
dengar ucapan sebegitu hebat sekali, kata mereka. Sepertinya
ucapanku telah menyentuh hati mereka. [Lesson 1] Aku kini sedar
sebaik-baik persiapan adalah memohon pertolongan Tuhan. Namun,
ini bukan bermakna kita tidak harus membuat sebarang persiapan.
Persiapan yang terbaik adalah membuat latihan dengan gigih di
samping berdoa meminta pertolongan Ilahi. [Consequence 2]
Daripada pengalaman tersebut, aku kini lebih memberikan perhatian
kepada doa-doa yang diajarkan sewaktu kelas agama hujung minggu.
[Lesson 2] Aku lebih menghargainya dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharianku. Bagiku doa-doa ini merupakan cara untuk aku
menarik pertolongan Tuhan untuk menolak bala8 dan mengatasi setiap
rintangan. [Consequence 3] Aku tidak lagi menolak apabila diminta
untuk membuat ucapan di khalayak ramai. Bukannya aku tidak lagi
rasa gugup ataupun masalah gagapku sudah hilang. Akan tetapi aku
rasa lebih yakin diri apabila berucap. Malah, aku mula rapat dengan
kelab berpidato di maktab rendahku dan sekarang kami sedang
membuat persiapan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan
bahas peringkat nasional. [Lesson 3] Aku mendapati tiada gunanya
untuk aku membebankan diriku dengan jangkaan orang lain
terhadapku. Yang penting, aku membuat persiapan dengan gigih dan
berdoa kepada Tuhan untuk membantuku. Apa sahaja keputusanNya
pasti adalah yang terbaik untukku. Itu, aku yakin sama sekali.
1. reda
berkurangan: to subside
2. meremang
tegak berdiri: to stand on end
3. dianggarkan
perkiraan secara kasar: estimated
4. pemangkin
faktor yang menyebabkan perubahan
kepada sesuatu: catalyst
5. rapuh
mudah pecah: to become fragile
6. kekakuan
kegugupan: stiffness (as a result of
nervousness)
7. kelu
Tidak dapat berkata-kata: speechless
8. bala
musibah: misfortune
Kosa Kata: Vocabulary
Karangan Naratif Narrative Writing
Contoh 10 Example 10
50
Introduction
Fly on a Wall
• Suspense
Element
Incident
Presenting the
Incident
• Unravelling the
Mystery
• Background
Information
Bilangan sanak saudara yang datang semakin ramai. Kereta Tuk
Kadi yang dinantikan oleh keluarga lelaki sudahpun tiba. Para hadirin
yang hadir sempat menoleh ke arah Tuk Kadi yang berjalan perlahan
mencari ruang untuk masuk ke dalam dewan rumah sebandung itu.
Suasana yang awalnya riuh dengan senda ketawa mengusik kedua
mempelai menjadi reda. Namun, senyum gurau masih jelas terpancar
pada wajah semua yang hadir. Pengantin perempuan sedang duduk
bersimpul di atas cadar yang disulami benang emas. Dia kelihatan
anggun sekali. Dia mengorakkan bibir merahnya sehingga timbulnya
sepasang lesung pipit pada kedua belah pipinya apabila pengantin
lelaki melirik memerhatikannya dengan senyuman. Tiada sesiapa yang
dapat menduga kepiluan yang bersarang dalam hati pengantin
perempuan di sebalik keriangan yang terpancar pada wajahnya.
Sesekali dia melihat ke luar tingkap. Malangnya, sekumplan orang
yang diharapnya hadir tidak muncul tiba. Hatinya menjadi semakin
sayu. Ini adalah pilihanku, dan pastinya ia adalah untuk kebaikanku
sendiri. Demi cita-cita aku sanggup korbankan orang-orang yang aku
sayangi. Hati kecilnya berbetik [INCIDENT].
Keputusanku untuk bernikah dengan Farid mendapat tantangan1
kuat daripada keluargaku. Mereka mengambil keputusan untuk
memulaukan2 majlis pernikahanku yang berlangsung di rumah
keluarga Farid [INCIDENT]. [Start background] Aku berhutang budi
dengan keluarga Farid kerana mereka menerimaku dengan senang hati
setelah ayah menghalauku keluar dari rumah apabila aku berkeras
untuk menerima lamaran Farid. Ibu tidak mampu mengeluarkan
sebarang kata-kata dan terpaksa mengikuti kehendak ayah yang panas
baran orangnya. Abangku memihak kepada ayah. Aku sedar
tantangan keluargaku sebenarnya bukan kerana aku menerima Farid
sebagai suami. Hakikatnya, mereka sukakan Farid. Farid adalah
seorang yang berpelajaran tinggi, berakhlak mulia dan menghormati
orang tua. Tantangan mereka sebenarnya adalah kerana keputusanku
Ceritakan sesuatu peristiwa di mana kamu perlu membuat pilihan antara
cita-cita dan keluarga serta keputusan yang kamu ambil. [Incident]
Tema: Memburu Cita-Cita | Theme: Chasing Dreams
53
terhadapku masih belum reda. Enam bulan kemudian, aku
mengandung. Dengan kuasa Tuhan, paras wajah anakku saling tak
tumpah8 seperti paras wajah ayahku. Ini adalah suatu rahmat Tuhan.
Manakan tudak. [Consequence 3] Sejak ibu mengetahui yang aku
telah bersalin, dia mula menghubungiku lewat telefon secara
sembunyi daripada pengetahuan ayah. Bunyi tangisannya lewat
telefon ketika berbicara denganku menyedarkan aku beban yang dia
pikul kerana tidak dapat berjumpa denganku sekian lama. Memang
sudah lama dia ingin sekali berjumpa denganku tetapi dihalang oleh
ayah. Apabila aku dibenarkan keluar dari hospital, ibu dan abang
muncul di pintu wad. [Lesson 3] Aku sedar walaupun apa pertikaian
yang berlaku di antara kami sekeluarga, air dicincang tidak akan putus.
Abang yang masih belum berumahtangga ghairah ingin melihat anakku
apabila mengetahui wajahnya mirip ayah. Kini, enam bulan berlalu
setelah aku bersalin, luka dihatiku mula berhenti daripada menitiskan
darah kesedihan. Aku mendapat tahu daripada ibu yang ayah mula
bertanya mengenai perihalku sejak mengetahui berita yang wajah
anakku mirip wajahnya. Aku yakin suatu hari nanti dia akan
menerimaku kembali kepangkuannya. Aku terus memanjatkan doa ke
Ilahi.
1. tantangan
tentangan: opposition
2. memulaukan
memboikot: to boycott
3. dikemudikan
dipandu: to be steered
4. nakhoda
ketua kapal: captain
5. melayari
melalui: to live
6. pengertian
pemahaman: understanding
7. bersifat terbuka
mudah menerima (sesuatu pendapat):
open and non-judgemental
8. saling tak tumpah
serupa: look-alike
Kosa Kata: Vocabulary
54
About Karang Kutu
Karang Kutu is an online store where you can purchase pieces of karangan at affordably
low price. Each karangan will only cost you SDG$1 (Singapore dollars). Every karangan is
written following a writing strategy specifically tailored-made for its respective genre –
narrative, descriptive and argumentative.
Teachers and students will find every karangan useful because it is annotated with side-
notes to show how various techniques are used in when writing it.
Although the questions are categorised into O and N level questions, not all of the
questions are from the past O and N level examination papers. However, these
questions are chosen because they fulfill the specifications of O and N Level questions
respectively.
We will be posting new karangan from time to time, if God’s will. Please follow us for
updates.
Recommended