View
150
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
ABSTRAK
PERANAN SUKAN PERMAINAN BOLA SEPAK DALAM MEMUPUK INTEGRASI NASIONAL DALAM
KALANGAN MURID DI KEEMPAT-EMPAT BUAH SEKOLAH KURANG MURID
DI ZON PUDU, KUALA LUMPUR
Perpaduan merupakan teras kepada keamanan dan keselamatan negara. Kajian ini bertujuan mengkaji
tahap penglibatan murid dalam sukan bola sepak dan mengenal pasti kesan-kesan memupuk integrasi nasional
murid dalam permainan bola sepak di keempat-empat buah sekolah yang mempunyai elromen murid yang
rendah. Seramai 60 pelajar terlibat dalam kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah pemerhatian,
soal selidik, temu bual dan kepustakaan. Data telah dianalisis menggunakkan kaedah statistik descriptif.
Keberkesanan dalam proses pengurusan sukan bola sepak yang melibatkan perancangan pertandingan dan
pelaksanaan latihan terhadap tahap penglibatan murid amat berhasil. Penglibatan murid dalam pasukan bola
sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum juga memberi impak kepada pengukuhan perpaduan kerana dapat
memperoleh ramai rakan, memupuk rasa kasih sayang, saling membantu, menghayati semangat kesukanan dan
mengetahui adat resam serta budaya lain. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa melalui
sukan bola sepak dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan patriotik dalam kalangan murid.
1.0 PENGHARGAAN
Dalam proses pelaksanaan kajian ini, saya sangat terhutang budi dan ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan yang tidak terhingga.
Penghargaan ini, pertamanya saya tujukan khusus kepada Pn. Mazni selaku guru pengajian am saya
yang telah banyak memberi panduan dan tidak jemu-jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam
menyiapkan laporan kajian ini.
Keduanya saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Guru Besar keempat-empat
buah sekolah yang memberi kerjasama penuh dan membenarkan kajian ini dijalankan di sekolah mereka iaitu,
En. Yaziz Bin Yunus (Guru Besar SK (L) Jalan Pasar 1), En. Othman Mat Zin (Guru Besar SK (L) Jalan Pasar
2), Pn. Tay Mee Yong (Guru Besar SK Jalan Pasar 1), En. Naqib (Guru Besar SK Jalan Pasar 2).
Seterusnya yang ketiga, untuk guru-guru dan murid-murid di keempat-empat buah sekolah tersebut yang
terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dengan kajian ini. Ribuan terima kasih kepada mereka kerana
sudi membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Jasa anda semua amat dihargai.
Penghargaan ini juga buat kepada ahli keluarga dan rakan-rakan saya yang banyak memberi daya
inspirasi dan sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan hasil laporan kajian ini. Tidak lupa juga kepada
adik-adik yang dikasihi, terima kasih kerana memberi pendapat dan kerjasama. Semoga hasil kajian ini memberi
manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih kepada semua.
2.0 PENGENALAN
Integrasi nasional ialah satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi sesebuah unit politik. Integrasi nasional dan
perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sukan sebagai alat
perpaduan membolehkan semangat perpaduan dibentuk. Bagi negara yang mempunyai pelbagai kaum, integrasi
nasional merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia adalah satu proses
penyatupadukan pelbagai kumpulan masyarakat yang mempunyai budaya dan sosial yang berbeza.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), definisi aktiviti sukan dan permainan ialah segala kegiatan
yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti permainan bola sepak yang dilakukan
sebagai hiburan termasuklah untuk pertandingan dan menyihatkan badan. Manakala integrasi nasional
didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu. Perkataan ini membawa maksud jelas kepada
pembangunan negara harmoni melalui aktiviti sukan dan permainan.
Melihat kepada aktiviti sukan bola sepak yang berlangsung di keempat-empat buah Sekolah Kurang
Murid, iaitu SK (L) Jalan Pasar 1, SK (L) Jalan Pasar 2, SK Jalan Pasar 1 dan SK Jalan Pasar 2. Aktiviti ini
disertai oleh murid-murid yang terdiri daripada kaum India, Cina, Melayu dan lain-lain. Hal ini menunjukkan
kebersamaan kaum dalam aktiviti tersebut boleh dikatakan pemangkin perpaduan negara. Berdasarkan desas
desus yang mengatakan terdapat masalah perpaduan yang dialami oleh murid di keempat-empat buah sekolah
contohnya, murid-murid Melayu hanya bersukan sesama mereka sahaja, majoriti murid-murid pelbagai bangsa
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang mereka amalkan dan menyukarkan bangsa lain untuk
memahami dan berkomunikasi sesama mereka. Tetapi semua ini tidak benar kerana semua murid ini bercampul
di dalam kelompok dengan bangsa lain. Maka dengan itu pengkaji bertanggungjawab untuk menyelongkar
kenyataan tersebut demi membuktikan bahawa sukan adalah pemangkin perpaduan dalam kalangan murid.
Pemilihan sekolah dibuat kerana penggabungan keempat-empat buah sekolah tersebut dalam membentuk satu
pasukan ( Team Pasar Road United ).
Oleh hal demikian, soal integrasi nasional antara kaum merupakan agenda penting negara Malaysia.
Kajian ini yang bertajuk Peranan Bola Sepak Dalam Memupuk Integrasi Nasional Dalam Kalangan Murid
Sekolah Kurang Murid Di Keempat-empat Buah Sekolah Zon Pudu Kuala Lumpur adalah penting bagi
mengkaji tahap penglibatan murid dalam permainan bola sepak dalam memupuk integrasi kaum. Bukan itu
sahaja, kajian ini juga mengenal pasti kesan-kesan memupuk integrasi nasional murid dalam sukan permainan
bola sepak.
Di Malaysia, kajian yang berkaitan dengan Peranan Bola Sepak dalam memupuk integrasi nasional
dalam kalangan pelajar jarang dilakukan secara menyeluruh. Namun, kajian yang berkaitan pelajar dalam
aktiviti luar bilik darjah dan sukan banyak dilakukan di negara maju kerana mereka sedar betapa pentingnya
aktiviti ini dalam memupuk integrasi dan perpaduan.
Berdasarkan laporan kajian lepas yang dijalankan oleh Faridah dan Subahan Meerah (1986) dalam
Zarihan (2001), telah mendapati bahawa pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti luar bilik darjah
menunjukkan bahawa aktiviti sukan bukan sahaja menyeronokkan tetapi membentuk sikap golongan pelajar
dalam menunjukkan minat dan keiinginan memilih rakan pelbagai kaum dan berinteraksi dengan mereka.
Penyelidik menghadapi masalah sewaktu soal selidik dan temu bual. Saya berasa kecewa terhadap
sebahagian murid yang tidak bekerjasama dalam menjawab soalan yang diberikan. Namun begitu, semua
masalah telah diselesaikan dengan efektifnya.
Penyelidik berpendapat kajian ini memberi satu gambaran mengenai apa yang sedang berlaku di sekolah
kebangsaan dalam melaksanakan sukan bola sepak dalam memupuk integrasi nasional. Ini akan memberikan
satu kaedah jalan penyelesaian sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini. Maka, kesedaran tentang
tahap penglibatan murid sekolah kebangsaan dalam permainan bola sepak dan kesan-kesan memupuk integrasi
nasional murid dalam sukan permainan bola sepak dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya di 4 buah
sekolah dipilih di Zon Pudu. Kajian ini bermanfaat kepada pelajar tersebut dalam melentur semangat kekitaan,
mempertahankan keharmonian, kemuafakatan, dan perpaduan di negara kita dalam masa hadapan di bawah
prinsip 1 Malaysia.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini. Kajian yang dibuat adalah berlandaskan objektif kajian
yang telah disusun:
1. Mengkaji tahap penglibatan murid dalam permainan bola sepak dalam memupuk integrasi kaum.
2. Mengenal pasti kesan-kesan memupuk integrasi nasional murid dalam sukan permainan bola sepak.
4.0 LOKASI KAJIAN
4.1 Peta Negeri
Peta 1: Peta Kuala Lumpur
Sumber 1: Laman Web Peta Google
Rajah di atas menunjukkan lokasi negeri kajian dilakukan iaitu di Negeri Persekutuan Wilayah Kuala
Lumpur. Kuala Lumpur terletak di selatan Malaysia. Keluasan Kuala Lumpur ialah 243.65 kilometer persegi
(94 batu²), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010. Kuala Lumpur merupakan ibu negara dan
bandar terbesar di negara Malaysia. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang
turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki
7.2 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan
penduduk dan ekonomi.
4.2 Peta Daerah
Peta 2 : Peta Pudu
Sumber 2: Laman Web Peta Google
Daerah Pudu adalah sebuah kawasan di Kuala Lumpur, Malaysia. Pudu mempunyai sebuah stesen bas
yang telah lama menjadi hab pengangkutan utama di tengah ibu kota raya itu iaitu Hentian Pudu raya. Pudu juga
menjadi lokasi terletaknya penjara tertua di Kuala Lumpur iaitu Penjara Pudu.
4.3 Peta Keempat-empat Buah Sekolah Kurang Murid
Peta 3: Peta Kawasan Kajian (Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2, Sekolah
Kebangsaan (L) Jalan Pasar 1 dan Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 2)
Sumber 3: Laman Web Peta Google
Keempat-empat sekolah ini terletak di sekitar daerah Pudu. Peta ini menunjukkan bahawa Sekolah
Kebangsaan Jalan Pasar 1 bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2 dan juga berada di belakang
Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 1 dan Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 2 yang terletak bersebelahan
sesama sendiri. Keempat-empat buah sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kurang Murid kerana mempunyai
elromen murid yang rendah.
4.4 Foto Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar Dan Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2
Foto 1: Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 Dan Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2
Sumber 1: Kajian Lapangan (2014)
Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan
Rusa , Kuala Lumpur, Malaysia. Pada 2014, Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 memiliki 53 pelajar lelaki dan
45 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 98 orang. Ia mempunyai seramai 19
orang guru.
Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan
Rusa , Kuala Lumpur, Malaysia. Pada 2014, Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2 memiliki 46 pelajar lelaki dan
43 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 89 orang. Ia mempunyai seramai 17
orang guru.
4.5 Foto Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 1
Foto 2: Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 1
Sumber 2: Kajian Lapangan (2014)
Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 1 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan
Pelandok , Kuala Lumpur,Malaysia. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 1 memiliki 49 pelajar
lelaki dan 7 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 56 orang. Ia mempunyai seramai
17 orang guru.
4.6 Foto Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 2
Foto 3: Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 2
Sumber 3: Kajian Lapangan (2014)
Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 2 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan
Seladang, , Kuala Lumpur,Malaysia. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 2 memiliki 54 pelajar
lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 54 orang. Ia mempunyai seramai
15 orang guru.
5.0 KAEDAH KAJIAN
Metodologi atau kaedah kajian adalah cara yang dapat menentukan sesuatu kajian kes itu mendapat hasil
dapatan dan keputusan yang sah dan boleh diterimapakai serta kesahannya yang tinggi. Kajian yang dijalankan
boleh dipilih dalam pelbagai bentuk yang boleh disesuaikan dengan tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi melaksanakan kajian ini ialah seperti reka bentuk kajian, sampel
kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan kaedah analisis data.
5.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah satu set
soalan soal selidik. Borang ini disesuaikan dengan kajian yang mengkaji sejauh manakah penglibatan murid-
murid dalam permainan bola sepak dalam memupuk integrasi kaum. Soalan soal selidik ini dibina berdasarkan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 yang berkenaan dengan semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum
dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986 yang berkaitan dengan semua murid perlu aktif dalam sukan.
5.2 Sample Kajian
Dalam pemilihan subjek kaedah persampelan sistematik Kriejcie dan Morgan (1970) digunakan. Kaedah
ini digunakan kerana semua individu di dalam populasi dapat dikenal pasti iaitu dalam sesebuah sekolah
tersebut; maklumat mengenai semua murid di keempat-empat buah sekolah Sekolah Kurang Murid yang terlibat
dalam permainan bola sepak. Pemilihan sampel untuk kajian dilakukan secara rawak yang melibatkan 40 orang
murid di keempat-empat sekolah. Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan
bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji.
Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden ialah mereka seharusnya individu
yang terlibat dengan kajian yang dilakukan. Responden haruslah berumur antara 10 hingga 12 tahun kerana
pada usia ini mereka boleh membuat keputusan sendiri berbanding kepada murid yang berumur kurang daripada
10 tahun.
5.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual.
5.3.1 Soal Selidik
Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data dalam penyelidikan ini ialah satu set borang
soal selidik yang terdiri daripada 3 bahagian (bahagian A,B dan C). Instrumen soal selidik dibina menggunakan
prinsip KISS( Keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami.
Bahagian A mengandungi maklumat demografi responden seperti jantina, bangsa, lokasi sekolah, umur dan
lain-lain. Bahagian B mengandungi soal selidik mengenai tahap poenglibatan murid dalam permainan bola
sepak dalam memupuk integrasi kaum manakala Bahagian C mengenai kesan-kesan memupuk integrasi
nasional murid dalam sukan permainan bola sepak. Soalan selidik ini mengandungi 20 item soalan. Soal selidik
merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala likert. Skala likert empat mata akan digunakan, mengikut
skala (1) sangat tidak setuju ke (4) sangat setuju.
Jadual yang digunakan dalam Bahagian B:
Soalan Ya Tidak
Jadual yang digunakan dalam Bahagian C:
Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
1 2 3 4
5.3.2 Temu Bual
Pengkaji menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan bagaimana sukan permainan bola sepak
memupuk perpaduan murid untuk mendapatkan maklumat.
4.4 Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi,
kepustakaan, soal selidik dan temu bual.
5.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku,
jurnal, tesis, akhbar, dan sumber daripada Internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan Sukan
Permainan Bola Sepak dalam memupuk integrasi nasional dalam kalangan murid di keempat-empat buah
Sekolah Kurang Murid.
5.4.2 Kepustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji
mendapatkan bahan rujukan daripada perpustakaan di keempat-empat buah Sekolah Kurang Murid.
5.4.3 Soal Selidik
Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kesan-kesan
memupuk integrasi nasional murid dalam sukan permainan bola sepak. Kaedah ini adalah kaedah utama dalam
pengumpulan data kerana boleh berhubung terus dengan kumpulan sasaran kajian. Borang soal selidik diberikan
kepada responden yang sudi bekerjasama. Sebelum menjawab soal selidik, responden diingatkan agar memberi
maklumat dengan jujur, ikhlas dan tepat. Masa yang diberikan adalah selama 15 minit. Responden digalakkan
bertanya kepada pengkaji sekiranya terdapat soalan yang tidak difahami. Sepanjang sesi soal selidik, pengkaji
membuat pemantauan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul supaya kajian ini berjalan lancar. Bila
selesai menjawab, semua set soal selidik dipungut dan akan disemak secara sepintas lalu oleh pengkaji.
Tujuannya adalah untuk memastikan semua soalan dijawab dan soal selidik yang diedarkan dipungut kembali.
Set soal selidik yang lengkap akan direkodkan ke dalam borang agihan set soal selidik yang telah disediakan.
5.4.4 Temu Bual
Kaedah ini dilakukan untuk menanyakan soalan tambahan kepada individu tentang kajian yang
dilakukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Soalan yang dikemukakan haruslah menggunakan bahasa
yang mudah supaya soalan mudah difahami dan dijawab oleh individu yang ditemubual. Rasionalnya, untuk
memudahkan responden bebas memberikan pandangan mereka yang difikirkan sesuai. Pengkaji telah menemu
bual dua orang.
5.5 Cara Analisis Data
Pada peringkat akhir dalam kajian ini, analisis secara diskriptif dijalankan untuk menganalisis data
daripada soal selidimk dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperolehi
dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Bagi item yang menggunakan skala likert, point yang
diberikan mengikut skala (1) sangat tidak setuju ke (4) sangat setuju. Secara keseluruhannya proses penganalisis
data akan meliputi tiga urutan aktiviti iaitu penyaringan data, persembahan data dan penulisan kesimpulan.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan
daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah digunakan telah diproses bagi
mendapatkan statistic seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan purata.
6.1 Bahagian A: Demografi Responden
Seramai 40 orang responden terdiri daripada murid-murid sekolah telah disoal selidik. Huraian analisis
latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur dan bangsa dipersembahkan dalam bentuk jadual dan
rajah.
6.1.1 Jantina
Jadual 1: Demografi Berdasarkan Jantina
Jantina Bilangan Responden
(orang)
Peratusan (%) Sudut (°)
Lelaki 27 67.50 243
Perempuan 13 32.50 117
67.50%
32.50%
JANTINA
LELAKI PEREMPUAN
Rajah 1: Umur Responden
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 40 orang responden di keempat-empat buah Sekolah Kurang
Murid, seramai 27 orang (67.50 peratus) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya adalah
responden perempuan seramai 13 orang (32.50 peratus). Secra keseluruhannya, kebanyakan responden terdiri
daripada lelaki tetapi tidak terdapat jurang perbezaan yang besar dalam pemilihan jantina responden. Kajian ini
adalah menilai persepsi murid-murid. Oleh itu, jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang
diperolehi tidak memihak kepada satu jantina sahaja.
6.1.2 Sekolah
Jadual 2: Demografi Berdasarkan Sekolah
Sekolah Bilangan responden
(orang)
Peratusan (%) Sudut (°)
SK (L) JALAN PASAR 1 10 25 90
SK (L) JALAN PASAR 2 10 25 90
SK JALAN PASAR 1 10 25 90
SK JALAN PASAR 2 10 25 90
Rajah 2:
Sekolah Responden
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
Hasil kajian mendapati bahawa setiap sekolah mempunyai 10 orang responden iaitu 25% di keempat-
empat buah Sekolah Kurang Murid tersebut. Pengkaji memberikan 10 set soal selidik kepada responden dari
keempat-empat Sekolah Kurang Murid tersebut iaitu SK (L) JALAN PASAR 1, SK (L) JALAN PASAR 2, SK
JALAN PASAR 1 dan SK JALAN PASAR 2. Secara keseluruhannya, semua 10 responden yang dipilih dari
keempat-empat buah sekolah tersebut adalah sama untuk menyeimbangi bilangan responden yang terdiri
daripada sekolah yang berbeza.
6.1.3 Umur
Jadual 3: Demografi Berdasarkan Umur
Umur Bilangan responden
(orang)
Peratusan (%) Sudut (°)
10 9 22.5 81
11 22 55.0 198
12 9 22.5 81
25%
25%25%
25%
SEKOLAH
SK (L) JALAN PASAR 1
SK (L) JALAN PASAR 2
SK JALAN PASAR 1
SK JALAN PASAR 2
Rajah 3: Umur Responden
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
Berdasarkan hasil kajian, daripada 40 orang responden yang disoal selidik di keempat-empat buah
Sekolah Kurang Murid, responden yang berumur 10 tahun adalah seramai 9 orang (22.50 peratus) dan
responden yang berumur 11 tahun adalah seramai 22 orang (55.00 peratus). Seterusnya, responden yang
berumur 12 tahun adalah seramai 9 orang (22.50 peratus). Peratusan responden yang berumur 9 dan 12 tahun
adalah sama iaitu 22.50%, seramai 9 orang. Responden yang dipilih berdasarkan peringkat usia ini mempunyai
pandangan yang berbeza-beza. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden dari keempat-empat buah
Sekolah Kurang Murid adalah berumur 11 tahun.
6.1.4 Bangsa
Jadual 4: Demografi Berdasarkan Bangsa
Bangsa Bilangan Responden
(orang)
Peratusan (%) Sudut (°)
Melayu 16 40 144
Cina 9 22.5 81
India 8 20 72
Lain-lain 7 17.5 63
Rajah 4: Bangsa Responden
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
Berdasarkan hasil kajian, daripada 40 orang responden yang disoal selidik di keempat-empat buah
Sekolah Kurang Murid, responden yang berbangsa Melayu seramai 16 orang (40 peratus), Cina seramai 9 orang
(22.50 peratus) dan 8 orang responden (20 peratus) berbangsa India. Seterusnya, 7 orang responden (17.5
peratus) yang lain berbangsanya. Responden yang dipilih berdasarkan keperluan kajian dan kelapangan
responden pada masa tertentu. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden berbangsa Melayu, diikuti dengan
bangsa Cina, India dan lain-lain. Ini telah menunjukkan bahawa keempat-empat buah sekolah tersebut
mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.
6.1.5 Adakah Anda Seorang Peminat Sukan Bola Sepak Di Malaysia
Jadual 5: Demografi Berdasarkan Adakah Anda Seorang Peminat Sukan Bola Sepak Di Malaysia
Adakah Anda Seorang
Peminat Sukan Bola
Sepak Di Malaysia
Bilangan Responden
(orang)
Peratusan (%) Sudut (°)
Ya 34 85 306
Tidak 6 15 54
Rajah 5: Pendapat Responden Tentang Adakah Anda Seorang Peminat Sukan Bola Sepak Di Malaysia
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 40 orang responden, seramai 34 orang (85 peratus) adalah
peminat sukan bola sepak di Malaysia, manakala bakinya adalah responden yang bukan peminat sukan bola
sepak di Malaysia seramai 6 orang (15 peratus). Terdapat jurang perbezaan yang besar dalam pemilihan peminat
sukan bola sepak dalam kalangan responden. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden dari
keempat-empat buah Sekolah Kurang Murid adalah peminat sukan bola sepak negara tempatan dengan sentiasa
menyokong pasukan Sukan Bola Sepak Malaysia demi kemajuan sukan bola sepak Malaysia di persada dunia.
85%
15%
ADAKAH ANDA SEORANG PEMINAT SUKAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA
YA
TIDAK
6.2 Bahagian B: Tahap Penglibatan Murid Dalam Permainan Bola Sepak Dalam Memupuk Integrasi Kaum
Seramai 40 orang responden terdiri daripada murid-murid sekolah telah disoal selidik. Huraian analisis
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.
Jadual 6: Tahap Penglibatan Murid Dalam Permainan Bola Sepak Dalam Memupuk Integrasi Kaum
Bi
l
Perkara / Soalan Ya Tidak
Bilangan
Responde
n (orang)
Peratusan
(%)
Bilangan
Responde
n (orang)
Peratusan
(%)
1 Saya merupakan pemain bola sepak. 21 52.5 19 47.5
2 Saya bermain permainan bola sepak pada masa
lapang.
35 87.5 5 12.5
3 Saya menghadiri latihan permainan bola sepak. 26 65.0 14 35.0
4 Saya aktif melibatkan diri dalam pasukan bola sepak
yang terdiri daripada pelbagai kaum.
27 67.5 13 32.5
5 Saya menyertai pertandingan permainan bola sepak
di sekolah.
24 60.0 16 40.0
Rajah 6:
Tahap Penglibatan Murid Dalam Permainan Bola Sepak Dalam Memupuk Integrasi Kaum
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
Setiap perkara dan aktiviti yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri dalam mencapai sesuatu
objektif. Justeru itu, keberkesanan dalam proses pengurusan sukan bola sepak di keempat-empat buah Sekolah
Kurang Murid dengan menjalankan perkara dan aktiviti yang dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid-murid dan menggalakkan penglibatan murid-murid berbilang kaum untuk menyertai semua aktiviti dan
perkara yang dilakukan. Terdapat lima cara untuk mengkaji tahap penglibatan murid dalam permainan bola
sepak dalam memupuk integrasi kaum iaitu adakah responden merupakan pemain bola sepak, bermain
permainan bola sepak pada masa lapang, menghadiri latihan permainan bola sepak, aktif melibatkan diri dalam
pasukan bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan menyertai pertandingan permainan bola sepak di
sekolah.
Oleh itu, analisis akan membincangkan tahap penglibatan murid dalam permainan bola sepak dalam
memupuk integrasi kaum di keempat-empat buah Sekolah Kurang Murid. Kesemua 40 responden memberikan
persepsi yang pelbagai.
Seramai 21 responden iaitu 52.5 peratus adalah merupakan pemain bola sepak manakala 19 responden
yang membawa kepada 47.5 peratus bukan merupakan pemain bola sepak.
0.00%
20.00%
40.00%
60.00%
80.00%
100.00%
52.50%
87.50%
65.00% 67.50% 60.00%47.50%
12.50%
35% 32.50% 40.00%
YATIDAK
Majoriti responden bermain permainan bola sepak pada masa lapang iaitu seramai 35 orang responden
iaitu 87.5 peratus. Dan selebihnya seramai 5 orang responden iaitu 12.5 peratus yang tidak bermain permainan
bola sepak pada masa lapang.
Selain itu, seramai 65 peratus iaitu 26 orang responden menghadiri latihan permainan bola sepak.
Diikuti, 35 peratus iaitu 14 orang responden yang tidak pernah menghadiri latihan permainan bola sepak.
Di samping itu, seramai 27 orang responden iaitu 67.5 peratus yang aktif melibatkan diri dalam pasukan
bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum manakala 13 orang responden yang lain (32.5 peratus) tidak
aktif dalam melibatkan diri dalam pasukan bola sepak.
Responden yang menyertai pertandingan permainan bola sepak di sekolah ialah seramai 24 orang ( 60
peratus). 40 peratus yang lain iaitu seramai 16 orang responden tidak pernah menyertai sebarang pertandingan
bola sepak yang dianjurkan oleh sekolah.
Analisis ini mendapati peratusan paling tinggi terhadap perkara soalan mengenai bermain permainan
bola sepak pada masa lapang ialah 87.5% iaitu seramai 35 orang responden. Ini menujukkan bahawa
kebanyakan murid-murid di keempat-empat buah Sekolah Kurang Murid bermain permainan bola sepak bukan
sahaja pada waktu persekolahan tetapi juga pada masa lapang walaupun terdapat 47.5% iaitu seramai 19 orang
responden yang bukan merupakan pemain bola sepak.
Akhir sekali, kebanyakan tahap penglibatan murid dalam permainan bola sepak di keempat-empat buah
Sekolah Kurang Murid ialah melalui bermain permainan bola sepak pada masa lapang.
6.3 Bahagian C: Kesan-kesan Memupuk Integrasi Nasional Murid Dalam Sukan Permainan Bola Sepak
Seramai 40 orang responden terdiri daripada murid-murid sekolah telah disoal selidik. Huraian analisis
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.
Jadual 7: Kesan-kesan Memupuk Integrasi Nasional Murid Dalam Sukan Permainan Bola Sepak
Bi
l
Perkara / Soalan Sangat Tidak Setuju &
Tidak Setuju
Setuju & Sangat Setuju
Bilangan
Responde
n (orang)
Peratusan
(%)
Bilangan
Responden
(orang)
Peratusan
(%)
1 Saya memperoleh ramai rakan yang terdiri daripada
pelbagai kaum.
4 10 36 90
2 Saya berasa seronok bermain dengan pemain tanpa
mengira kaum.
5 12.5 35 87.5
3 Saya dapat memupuk rasa kasih sayang dan saling
membantu serta menghayati semangat kesukanan.
3 7.5 37 92.5
4 Saya mengetahui adat resam dan budaya kaum lain. 6 15 34 85
5 Saya percaya sukan bola sepak dapat memupuk
integrasi nasional atau perpaduan.
2 5 38 95
Rajah 7: Kesan-kesan Memupuk Integrasi Nasional Murid Dalam Sukan Permainan Bola Sepak
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
Setiap tahun, keempat-empat buah Sekolah Kurang Murid akan mengadakan pertandingan, menjalankan
latihan dalam pasukan sukan permainan bola sepak ( Team Pasar Road United ) yang melibatkan murid-murid
untuk menyertainya. Ini akan mendatangkan kesan-kesan kepada murid terhadap perpaduan. Antara kesannya
ialah memperoleh ramai rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum, berasa seronok bermain dengan pemain
tanpa mengira kaum, memupuk rasa kasih sayang dan saling membantu serta menghayati semangat kesukanan.
Selain itu, mengetahui adat resam dan budaya kaum lain serta percaya sukan bola sepak dapat memupuk
integrasi nasional atau perpaduan juga merupakan kesan memupuk integrasi nasional murid dalam sukan
permainan bola sepak.
Memperoleh ramai rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum merupakan kesan memupuk integrasi
nasional murid. 4 orang responden (10 peratus) tidak bersetuju dengat kenyataan ini manakala 90 peratus ( 36
orang responden) bersetuju bahawa memperoleh ramai rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum adalah kesan
memupuk integrasi nasional. Analisis ini jelas menunjukkan memperoleh ramai rakan yang terdiri daripada
pelbagai kaum merupakan kesan memupuk integrasi nasional murid dalam sukan permainan bola sepak.
Buktinya, ramai responden yang memilih skala likert bernombor 3 dan 4.
Selain itu, kesan lain memupuk integrasi nasional murid dalam sukan permainan bola sepak ialah berasa
seronok bermain dengan pemain tanpa mengira kaum. 5 orang responden (12.5 peratus) tidak bersetuju, 35
0%
20%
40%
60%
80%
100% 90.00%87.50%92.50%85.00%95.00%
TIDAK BERSETUJUBERSETUJU
orang responden (87.5 peratus) bersetuju bahawa kalangan murid di keempat-empat buah Sekolah Kurang
Murid berasa seronok bermain dengan pemain tanpa mengira kaum. Justeru, warjalah perasaan seronok
dipaparkan semasa bermain dengan pemain tanpa mengira kaum adalah kesan memupuk integrasi nasional
murid dalam sukan permainan bola sepak. Ini menunjukkan bahawa skala likert bernombor 3 dan 4 mendapat
respon yang tertinggi.
Kesan yang seterusnya ialah dapat memupuk rasa kasih sayang dan saling membantu serta menghayati
semangat kesukanan. 3 orang responden (7.5 peratus) tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Manakala, 37 orang
responden (92.5 peratus) bersetuju bahawa sukan permainan bola sepak ini dapat memupuk rasa kasih sayang
dan saling membantu serta menghayati semangat kesukanan. Jelas menunjukkan majoriti responden bersetuju
dengan kesan ini.
Mengetahui adat resam dan budaya kaum lain adalah antara kesan memupuk integrasi nasional murid
melalui sukan permainan bola sepak. 6 orang responden (15 peratus) tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan
majoriti responden bersetuju dengan bilangan responden seramai 34 orang responden (85 peratus). Ini terbukti
bahawa mengetahui adat resam dan budaya kaum lain adalah kesan daripada memupuk integrasi nasional murid
dalam sukan permainan bola sepak.
Kesan yang terakhir ialah percaya bahawa sukan bola sepak dapat memupuk integrasi nasional atau
perpaduan. Kesan ini menunjukkan bahawa 2 orang responden (5 peratus) tidak bersetuju dan seramai 38 orang
responden (95 peratus) bersetuju dengan kenyataan ini. Analisis ini jelas menunjukkan sukan bola sepak
dipercayai dapat memupuk integrasi nasional. Skala likert bernombor 3 dan 4 menjadi pilihan majoriti
responden.
Akhir sekali, analisis ini mendapati kenyataan yang mendapat peratusan paling tinggi ialah mengenai
sukan bola sepak dipercayai dapat memupuk integrasi nasional atau perpaduan. Ini menujukkan bahawa
kebanyakan murid-murid di keempat-empat buah Sekolah Kurang Murid bersetuju dengan bilangan responden
yang terbanyak iaitu 38 orang (95 peratus).
6.4 Temu Bual
Bi Kenyataan Isu Responden Pertama Responden kedua
l
1 Bagaimana sukan bola sepak
dapat merapatkan hubungan
dan memupuk perpaduan.
Pada pandangan saya, bola sepak
sememangnya boleh merapatkan
hubungan dan memupuk
perpaduan. Bola sepak
memerlukan sebuah pasukan yang
besar. Murid dapat berkomunikasi
antara satu sama lain dengan lebih
banyak kerana bekerja dalam satu
kumpulan dan sentiasa memikirkan
strategi untuk menang. Lama-
kelamaan, mereka akan merasa
bahawa pasukan mereka seperti
sebuah keluarga. Misalnya, jika
kalah, mereka akan menggalakkan
satu sama lain untuk bermain
dengan sepenuh hati dan sebaik
mungkin.
Walaupun saya bukan pemain bola
sepak tetapi saya merupakan
peminat yang selalu menyokong
pasukan sukan bola sepak
tempatan. Contohnya, di tempat
yang menayangkan perlawanan
bola sepak, tentunya bangsa
Melayu, Cina dan India duduk satu
tempat menonton perlawanan bola
sepak bersama-sama. Apabila gol,
mereka akan jerit GOL. Apabila
kalah, mereka akan mengamuk
bersama. Dalam satu malam, satu
perlawanan bola sepak boleh
menyatupadukan tiga bangsa di
Malaysia umumnya.
2 Cadangan-cadangan untuk
sukan bola sepak yang lebih
banyak pada masa hadapan.
Menganjurkan pertandingan sukan
bola sepak dan sukan 1 Malaysia.
Sukan bola sepak ini harus
di”flexible”kan dan tidak hanya
terlalu tertumpu kepada kaum-
kaum dominan
(Melayu,Cina,India) sahaja agar
lebih mesra dan berkesan.
6.5 Kepustakaan
1. Tajuk : Sukan Dalam Masyarakat Malaysia
(i) Memberi penekanan terhadap isu sukan berdasarkan Dasar Sukan Negara dan peranan institusi
pendidikan di dalam pembangunan sukan di Malaysia.
(ii) Membincangkan manfaat sukan di peringkat individu & masyarakat
2. Tajuk: Sukan Alat Perpaduan di Malaysia
(i) “Sukan tidak dapat menyekat interaksi antara semua pihak (pemain, penyokong, masa, pengurusan)
walaupun sukan pernah menjadi ancaman provokasi.”
3. Tajuk: Merealisasikan Gagasan 1 Malaysia melalui Sukan
(i) Pelajar perlu dididik agar memupuk semangat kesukanan serta menghargai sukan sebagai alat untuk
berinteraksi , menjalinkan perpaduan dan memperluaskan pergaulan antara kaum
(ii) Berpegang kepada prinsip sukan mampu meningkatkan semangat patriotik rakyat
(iii) Sukan massa yang merupakan ‘sukan untuk semua’ adalah kegiatan sukan yang dapat menggalakkan
penyertaan masyarakat setempat telah diperkenalkan kepada masyarakat untuk menjana semangat
kebersamaan di kalangan rakyat berbilang kaum.
7.0 RUMUSAN
Integrasi nasional merupakan elemen penting yang perlu dipupuk dalam diri murid-murid sekolah sejak
dari awal. Pelbagai perancangan pertandingan, pelaksanaan latihan dan pasukan dilakukan bagi melibatkan
penglibatan murid untuk membolehkan integrasi nasional wujud dalam diri murid pelbagai bangsa kerana
bernaung di bawah satu negara Malaysia. Di samping itu, pendekatan sukan permainan adalah antara cara yang
sangat berkesan kerana semua bangsa dan kaum meminati pelbagai jenis sukan. Sukan permainan bola sepak
merupakan cara memberi pendedahan bagi mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan murid-murid di
keempat-empat buah Sekolah Kurang Murid ini.
Berdasarkan objektif kajian seperti yang telah dinyatakan di awal kajian, kebanyakan demografi
reponden adalah mereka yang berstatus murid. Didapati terdapat murid tahun 4, 5 dan 6. Dengan itu, mereka
mempengaruhi keputusan kerana mereka mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza mengenai objektif
kajian ini.
Kajian ini turut bermatlamat untuk meninjau pandangan daripada murid yang berbilang bangsa kerana
mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Ini kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, majoriti responden
adalah dari kalangan murid yang berbangsa Melayu dan diikuti dengan responden berbangsa Cina seterusnnya
responden berbangsa India dan selebihnya adalah responden yang berbangsa Lain-lain. Elemen ini penting
kerana kajian ini berkaitan dengan integrasi nasional.
Analisis kajian ini juga menunjukkan majoriti responden adalah dari kalangan murid lelaki dan
selebihnya adalah murid perempuan. Berkait dengan jumlah jantina responden, maka tidak hairanlah bahawa
murid lelaki lebih ramai berbanding murid perempuan di keempat-empat buah Sekolah Kurang Murid.
Akhir sekali, semua elemen-elemen ini membantu kepada penghasilan dapatan kajian ini.
8.0 KESIMPULAN
Hasil daripada kajian lapangan ini, dapatan kajian yang paling penting ialah analisis menunjukkan sukan
permainan bola sepak yang dapat mewujudkan integrasi nasional di keempat-empat buah Sekolah Kurang
Murid. Tahap penglibatan murid dalam permainan bola sepak dalam memupuk integrasi kaum ialah melalui
bermain sukan bola sepak pada masa lapang. Antara kesan-kesan memupuk integrasi nasional murid dalam
sukan permainan bola sepak ialah memupukl rasa kasih sayang dan saling membantu serta menghayati
semangat kesukanan. Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 40 orang responden di keempat0-empat buah
Sekolah Kurang Murid. Data mentah yang diperolehi daripada kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel. Analisis data kajian dilakukan secara diskriptif dengan mengambil kira bilangan
responden, peratusan dan sudut. Ternyata, bidang sukan benar-benar menjadi salah satu memupuk integrasi
nasional dalam kalangan murid dengan tanpa mengira warna, kulit, bangsa dan agama.
9.0 RUJUKAN
(i) Karya Penulis
a) Mohd Salleh Aman, 2004, Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur, Penerbit Universiti
Malaya.
(ii) Jurnal
a) Profesor Madya Dr.Sivamurugan Pandian,"Sukan Alat Perpaduan di Malaysia" dlm Jurnal Dewan
Sastera 21:3, hlm 142-31, 07 Ogos 2012.
(iii) Surat khabar
a) Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, "Merealisasikan Gagasan Kemasyarakatan dalam kalangan
pelajar Malaysia melalui Sukan" dlm Utusan Malaysia, 27September 2009.
(iv) Kamus
a) Kamus Dewan, 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
(v) Bahan Internet
a) Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor (2012). Karnival Sukan Perpaduan SRN 2012. Dicapai pada 8-11
November 2012, from http://www.jpnin.gov.my/
Recommended