View
33
Download
5
Category
Preview:
DESCRIPTION
matematik perbentngan ppt
Citation preview
PENGERTIAN MATEMATIK
Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.
Matematik adalah suatu bahasa.
Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan sebagainya.
Matematik adalah satu cara berfikir.
Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.
• Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang.
• Pola atau corak ini penting untuk memberi kita
keyakinan dalam menjangkakan perkara seterusnya
yang akan berlaku.
• Kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang
Matematik, tetapi juga dalam bidang Seni, Muzik,
tekstil dan sebagainya.
Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.
Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasil darab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3
• 3 x 37 = 111• 6 x 37 = 222• 9 x 37 = 333
Berdasarkan pola di atas, berapakah hasildarab 37 dengan 21 ?
CONTOH
Matematik adalah suatu bahasa
• Satu daripada keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam Matematik ialah Matematik mempunyai bahasa atau simbol beserta operasinya sendiri.
• Bahasa Matematik yang dicipta oleh pakar-pakar Matematik dari zaman ke zaman telah menjadi lambang dan hukum yang universal sehingga ke hari ini.
• Simbol dan ungkapan Matematik yang dicipta, memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia, menjadikan operasi Matematik lebih ringkas, cepat dan tepat.
Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, kalkulus dan sebagainya.
• Sebahagian besar daripada pandangan umum, juga di kalangan
pelajar Matematik melihat Matematik sebagai suatu perkara
yang berkaitan pengiraan.
• Terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam Matematik bagi
mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah.
• Pengiraan adalah akar umbi kepada Matematik.
Matematik adalah satu cara berfikir
• Apabila menghadapi sesuatu masalah,perkara yang perlu dilakukan ialah mendalami punca masalah terlebih dahulu sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya.
• Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah.
• Berfikir secara logik merupakan perkara yang pentingdalam Matematik.
Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.
• Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang, membaca carta, mengira diskaun, mengukur jarak, masa dan sebagainya.
• Kita juga mengaplikasikan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak.
• Sewajarnyalah,kita menghargai ilmu, kemahiran dankonsep yang telah kita pelajari di sekolah dahulu
PERANAN MATEMATIK
Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik.
Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan berbentuk
penyelesaian masalah.
Seseorang yang telah diberi latihan yang mantap dalam matematik, mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks
dengan berkesan.
PERANAN MATEMATIK
Matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ICT.
Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains.
Recommended