View
298
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
puspah
Citation preview
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
1/13
1
LAPORAN PEMERHATIAN
Tahun : Darjah 4
Tarikh : 19.03.2013
Masa : 7.30 pagi8.30 pagi
Guru : En. Ganesan
1) SEMASA AKTIVITI MEMANASKAN BADAN.
a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan.
Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap kelas pendidikan jasmani di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Lorong Jawa, Seremban. Saya dapat menjalankan
pemerhatian terhadap kelas tahun 4. Masa yang diambil untuk kelas pendidikan
jasmani adalah selama satu jam. Aktiviti pemanasan badan telah dijalankan secara baik
dan teratur. Guru mengambil masa selama sepuluh minit dalam menjalankan aktiviti
pemanasan badan seawal bermulanya masa pendidikan jasmani.
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
2/13
2
b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan
diberikan kepada murid-murid?
Penerangan mengenai aktiviti memanaskan badan ada diberikan. Semasa
menjalankan aktiviti pemanasan badan guru telah membuat penerangan secara
serentak supaya murid dapat memahami tujuan sebenar maksud tersirat di dalam
aktiviti pemanasan badan tersebut. Guru tersebut menerangkan 7 kepentingan utama
melakukan aktiviti memanaskan badan. Antaranya ialah mengelakkan kecedaran,
mengelakkan kekejangan otot, menyesuaikan kadar denyutan jantung, meningkatkan
prestasi, meningkatkan ketahanan badan, mengelakkan kesakitan selepas bersukan
dan merehatkan minda. Penerangan tersebut juga dilakukan secara ringkas tetapipadat dengan objektif sebenar proses pemanasan badan yang dilakukan. Sebagai
contoh aktiviti memanaskan badan ini adalah bertujuan melakukan regangan kepada
otot-otot dan sendi-sendi supaya berada dalam keadaan bersedia untuk melakukan
aktiviti permainan. Selain itu, guru ini ada menegur para pelajar untuk melakukan
senaman memanaskan badan dengan betul tanpa bergurau.
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
3/13
3
c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan?
Pada hari tersebut guru telah merancang menjalakan permainan hoki. Guru
hanya menyentuh asas permainan hoki seperti menolak, memukul, mengelecek dan
menahan bola. Otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan. Antara
bahagian Otot-otot besar yang terlibat dalam aktiviti tersebut adalah otot biceps brachii,
triceps brachii, deltoid dan brachioradialis. OtotOtot besar ini diberi tumpuan supaya
semasa menjalankan aktiviti permainan murid tidak mengalami kecederaan yang tidak
diingini. Jika otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang tidak diberi tumpuan ia
mungkin akan mengakibatkan kecederaan. Selain itu, guru juga memberikan bimbingan
kepada murid yang lemah dan mengajar mereka secara beransur maju.
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
4/13
4
d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan diri atau anggota badan?
Aktiviti yang diberikan oleh guru tidak membahayakan diri dan anggota badan
murid. Pihak sekolah tidak membenarkan guru- guru untuk menjalankan aktiviti yang
membahayakan murid. Dalam konteks Antatomi dan Fisiologi pula, aktiviti yang
diberikan tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan Ini kerana,
aktiviti yang di rancang tidak menggunakan tenaga, otot-otot, tulang dan sendi yang
banyak. Manakala guru tersebut menitikberatkan umur pelajar dalam merancang aktivit
tersebut. Ia hanya sekadar permainan kecil dan dijalankan secara teliti oleh gurunya.
Cikgu berkenaan telah menegur pelajarnya untuk mengikut arahannya. Sekiranya
pelajar tidak mengikut arahan atau melanggar arahan yang diberikan cikgu akanmendenda mereka.
Tambahan pula, guru telah memberi penjelasan yang baik tentang permainan
hoki dan kemahiran asas dalam permainan tersebut. Manakala, guru juga dapat
menerangkan cara menggunakan kayu hoki dengan cara yang betul supaya murid tidak
mencedaran diri sendiri dan orang lain. Selain itu, guru membuat pemerhatian terhadap
pergerakan mereka semasa mereka bermain. Ini kerana jika cikgu tidak memerhati
dengan teliti. Pelajar akan bermain kasar antara satu sama lain dan ia mungkin
mengakibatkan pelajar bergaduh dan mencederakan rakan yang lain. Selain itu, guru
tidak membenarkan murid yang tidak memakan pakaian sukan untuk terlibat dalam
permainan tersebut. Hal ini kerana, pakaian serangam sekolah tidak sesuai untuk
melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani dan juga mentusahkan pelajar ketika bermain.
Disamping itu, guru juga telah memberi masa untuk berehat semasa melakukan aktiviti
monolak, mengelecek, memukul dan menahan bola. Hal ini kerana, rehat antara
permainan ini membantu menggelakkan kecederaan terhadap pelajar.
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
5/13
5
2) Adakah keperluan gerak kendur (cooling down) dijalankan dan diberikan
penjelasan kepada pelajar?
Keperluan cooling down dijalankan dan diberi penerangan yang jelas oleh
guru. Selepas habis mengajar, guru menjemput semua pelajar duduk dalam bulatandan memberi penerangan tentang kepentingan cooling down sambil melakukan cooling
down. Cooling down dilakukan selama 10 minit. Antara aktiviti cooling down yang
dilakukan ialah aktiviti gerak kendur yang menggunakan kaki dan pinggang. Guru
mengemukakan sebab melakukan cooling down dan beberapa contoh apa yang akan
berlaku ke atas pelajar jika cooling down tidak dijalankan. Selepas bermain pelajar
harus melakukan cooling down untuk memastikan otot-otot, sendi dan tulang kembali
ke tahap normal.
Ini kerana selepas bermain otot-otot, sendi dan tulang kita berada dalam
keadaan aktif.Selepas melakukan cooling down otot-otot kita akan kembali ke tahap
normal. Ini akan mengelakkan otot-otot, tulang dan sendi daripada mengalami
kecederaan dalaman. Selain daripada itu, cooling down juga dilakukan untuk
memastikan denyutan nadi dan jantung kembali ke tahap normal. Pada akhir sesi
pendidikan jasmani semua pelajar menarik dan menghembus nafas sebanyak tiga kali.
Pada hembusan terakhir pelajar menarik nafas dalam dan menghembusnya dengan
kuat. Cara ini boleh membantu untuk mengurangkan tekanan pelajar. mereka dan
Akhirnya, guru meminta murid tentang perkara yang belajar pada hari tersebut. Selepas
itu, pelajar balik ke kelas masing-masing.
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
6/13
6
3) Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti
yang dirancang?
Selepas melakukan aktiviti memanaskan badan, guru akan meneruskan dengan
aktiviti yang telah ditetapkan. Sewaktu PBS yang kami jalani, guru yang mengendalikan
kelas pendidikan jasmani melakukan aktiviti STANDARD KECERGASAN FIZIKAL
KEBANGSAAN (SEGAK). Selain itu, ada juga guru mengisi aktiviti kelas pendidikan
jasmani dengan melakukan aktiviti permainan kecil. Berbagai permainan kecil yang
dapat kami lihat dan pelajari. Diakhir waktu pendidikan jasmani, guru yang mengajar
telah memperuntukkan masa bagi aktiviti menyejukkan badan selama 5-10 minit. Di
samping itu, masa bagi pelajar menyiapkan diri bagi kelas yang seterusnya turutdiperuntukkan selama 10 minit bagi mengelakkan murid lewat ke kelas yang
seterusnya.
Menurut guru yang kami termuramah, kebanyakan masa yang diperuntukkan
bagi kelas pendidikan jasmani ialah satu jam. Bagi kelas Tahun 6 waktu untuk
pendidikan jasmani mereka dikurangkan sedikit bagi dipenuhi dengan pengisian
akademik kerana bakal menduduki peperiksaan UPSR. Selain itu, menurut gurupendidikan jasmani, jika pada waktu itu hujan guru akan membuat pengisian di dalam
bilik darjah dengan membuat pengisian tentang silibus dari buku teks.
Berkaitan pembahagian masa, berdasarkan pemerhatian yang kami lakukan
setiap kali waktu kelas jasmani, guru-guru yang bertugas menggunakan masa yang ada
dengan berkesan sekali. Contohnya, pada permulaan kelas, guru memulakan dengan
aktiviti memanaskan badan selama lima hingga sepuluh minit dagi mengelakkan
sebarang kecederaan kepada murid.
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
7/13
7
4) Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang
dirancang?
Berdasarkan pemerhatian kami ketika melakuan Program Pengalaman
Bersasaskan Sekolah(PBS) di sekolah ini, terdapat beberapa perkara yang kami lihat
tentang pembahagian masa ataupun lebih senang tentang pengurusan masa yang
diambil oleh guru yang mengendalikan kelas pada waktu pendidikan jasmani.
Hasil pemerhatian kami menunjukkan kebanyakkan masa yang digunakan untuk
kelas pendidikan jasmani ialah pada waktu awal pagi iaitu bermula pada pukul 7.45
pagi.Jadi waktu ini amatlah sesuai untuk murid-murid kerana tidak terlalu panas bagi
mereka menjalankan sebarang aktiviti yang ditentukan oleh guru-guru mereka.
Kesemua alat tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan untuk
keselamatan murid-murid. Ini adalah kerana peralatan yang rosak dan membahayakan
tidak boleh digunakan dalam semua aktiviti permainan. Guru juga memastikan murid-
murid menggunakan alatan tersebut dengan balik dan cermat serta dapat
memulangkannya seperti yang diambil diakhir aktiviti. Dari pemerhatian saya, peralatan
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
8/13
8
pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Sebagai
contoh, aktiviti kelas tahun 4 bijak yang menggunakan raket untuk permainan
badminton. Guru terlebih dahulu mengajar murid-murid cara memegang raket dengan
betul sebelum melakukan aktiviti seterusnya.
Selepas itu, guru mengajar murid-murid pula untuk melakukan pukulan servis
yang betul sebelum membenarkan murid-murid bebas bermain dengan pasangan
masing-masing sambil diperhatikan oleh guru. Selain itu, hasil dari pemerhatian saya
terhadap penggunaan alatan untuk aktiviti pendidikan jasmani ini, saya dapati, guru
mengenal pasti dahulu tahap keselamatan peralatan sebelum di gunakan. Ini kerana
untuk mengelakkan sesuatu kemalangan semasa aktiviti di padang di jalankan.
5) Berikan sasaran anda untuk penambahbaikan dalam pengajaran pengajaran
tersebut berfokuskan Anatomi dan Fisiologi
Saya dapat mengenal pasti beberapa kekurangan semasa membuat
pemerhatian kelas pendidikan Jasmani tahun 4. Kekurangan masa adalah punca utama
dalam pengajaran pendidikan jasmani. Pembahagian masa dari mula hingga tamat
aktiviti sesuai dengan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran. Kesuntukkan
masa ini akan menyebabkan guru tidak boleh menjalankan aktiviti dengan sepenuhnya.
Manakala murid pula tidak berpuas hati terhadap permainan yang dimainkan pada
subjek tersebut. Selain itu, guru hanya dapat mengajar kemahiran asas sahaja dalam
masa yang suntuk. Guru tidak dapat menguji kefahaman murid terhapa kemahiran yang
diajar oleh gurunya. Oleh itu, guru perlulah masa yang lebih untuk mengajar supaya
dapat menilai pencapaian murid terhadap kemahiran yang terdapat sesuatu permainan.
Guru haruslah memastikan semua pelajar dapat menguasai kemahiran yang penting.
Pengajaran secara praktikal adalah sangat penting dan memberi kesan dengan lebih
cepat berbanding pengajaran teori. Oleh sebab itu, pihak sekolah perlulah
meningkatkan masa untuk pengajaran Pendidikan Jasmani.
Selain itu, guru kurang memberi keutamaan terhadap aktiviti cooling down. Hal
ini kerana, guru tersebut mengaggap bahawa aktivitu cooling down adalah tidak
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
9/13
9
seberapa pentingnya kepada muridnya. Tambahan pula, aktiviti cooling down ini tidak
begitu menarik kepada murid murid. Sebagai contohnya, guru sentiasa melakukan
aktiviti menggerakan tangan dan kaki sebagai aktiviti cooling down kepada pelajar. Hal
ini membosankan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Oleh
sebab itu, guru perlulah berfikir kreatif untuk menjalankan pelbagai jenis aktiviti cooling
down kepada pelajar bagi merangsang minat pelajar untuk terlibat dengan efektif.
Tambahan pula, guru perlu menrangkan kepentingan melakukan aktiviti cooling down
ini kepada pelajar. Jika boleh, guru boleh melakukan aktiviti cooling down ini dengan
melibatkan otot-otot supaya murid menjadi lebih cergas.
Tambahan pula, kemudahan infrastuktur juga adalah salah satu halangan dalam
sekolah ini untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dengan lebih sempurna.
Sekolah ini memang tidak mempunyai padang permainan untuk pelajar bermain.
Mereka hanya menggunakan tanah kecil yang berhampiran dengan sekolah sebagai
tempat permainan mereka. Pelajar menghadapi kesukaran semasa melakukan aktiviti
di tempat yang kecil tersebut. Selain itu, tempat tersebut juga tidak selamat dan selesa
untuk melakukan aktiviti. Tanah tersebut dipenuhi dengan batu- batu yang kecil yang
menyebabkan kecederaan apabila murid lari di tempat tersebut. Oleh sebab itu, pihak
sekolah perlulah mencari jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan masalah
ini dengan secepat mungkin supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam permainan
dengan sempurna tanpa sebarang masalah dari segi keselamatan. Dari segi Anotomi
dan Fisiologi, tempat melakukan aktiviti adalah sangat penting untuk melakukan
sebarang aktiviti dengan efektif.
Oleh sebab itu, guru Pendidikan Jasmani perlulah menggunakan pelbagai jenis
pendekatan dalam pengajaran untuk merangsang minat pelajar dan melibatkan diri
dalam aktiviti dengan lebih aktif.
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
10/13
10
REFLEKSI
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu projek yang di rancang
oleh Badan Pendidikan Guru bagi melatih pelatih di institut perguruan bagi
membiasakan diri dengan iklim sekolah. Pada semester ini saya telah diberi tugasan
berkaitan Pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
Pada pemerhatian saya pendidikan jasmani ini adalah untuk memberikan
keseronokkan kepada murid-murid sambil mempelajari sesuatu yang baru. Pada
pendapat saya, aktiviti yang dijalankan amat sesuai untuk para pelajar dan ia dijalankan
dengan penuh teliti. . Pada masa inilah murid-murid dapat merehatkan diri mereka danbersama rakan-rakan dalam menjalakan aktiviti. Pelbagai permainan atau aktiviti yang
dijalankan oleh guru dalam membentuk kemahiran di dalam diri murid. Guru-guru juga
dapat memilih pasukan sekolah melalui kemahiran yang dimiliki murid untuk
mempersembahkan bakat mereka di peringkat yang lebih tinggi.
Pentadbiran dan pengurusan sekolah tersebut berada dalam keadaan yang amat
strategik. Faktor ini membantu saya menjalankan tugasan saya dengan sempurna
tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Guru guru Pendidikan Jasmani telah
membantu saya apabila memerlukannya tanpa berasa iri hati. En.Ganesan telah
membantu saya dengan memberi penjelasan yang terperinci mengenai mata pelajaran
Pendidikan Jasmani, perkara yang perlu dititikberatkan semasa menjalankan aktiviti
Pendidikan Jasmani dan pelaksanaannya di sekolah. Segala maklumat tambahan yang
telah diberikan oleh mereka amat berguna untuk menjawab soalan-soalan kerja kursus
dengan teliti.
Saya telah mendapat banyak faedah melalui aktiviti PBS ini. Saya dapat
memperluaskan pengetahuan saya mengenai Pendidikan Jasmani dan juga Anotami
dan Fisiologi. Sebelum ini, saya kurang faham tentang perkara ini misalya, keperluan
gerak kendur, kepentingan memanaskan badan, mengaplikasikan konsep Anatomi dan
Fisiologi dalam Pendidikan Jasmani dan sebagainya walaupun saya telah mempelajari
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
11/13
11
subjek ini. Oleh sebab itu, saya mengambil peluang ini untuk menambahkan ilmu saya
mengenai subjek ini melalui beberapa keadah seperti pemerhatian, temu bual,
perbincangan dan sebagainya.
Oleh itu, Pengalaman PBS ini telah memberi manfaat yang banyak kepada diri
saya dan membantu saya untuk meningkatkan kemahiran dalam pengajaran
Pendidikan Jasmani. Saya berharap saya dapat mengaplikasikan segala pengalaman
yang telah saya perolehi di sekolah ini pada masa akan datang di sekolah yang akan
saya bertugas kelak. Saya akan memberi idea-idea yang bernas berdasarkan
pengalaman yang telah saya dapat ini kepada pihak sekolah agar dapat menghapuskan
masalah yang berlaku berkaitan kegiatan pengajaran pendidikan jasmani ini.
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
12/13
12
REFLEKSI KESELURUHAN
Saya Puspah a/p Janasekaran dari PISMP Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan
semester 3. Bersyukur kepada Tuhan yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah
kurnianya saya, dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tepat pada
masanya. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing saya yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tugasan
ini.
Anatomi dan Fisiologi sangat penting bagi murid sekolah kerana ini akan
memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka dalam matapelajaran ini. Ini juga akan
memberi input tentang perkembangan fizikal badan manusia. Mereka juga akan lebih
prihatin terhadap kesihatan dan keselamatan mereka. Mereka akan lebih menyayangi
tubuh badan (mengambil berat tentang kesihatan), mengambil makanan yang berkualiti
dan sihat serta mengamalkan diet yang seimbang. Matapelajaran ini juga akan menjadi
sebagai asas untuk mereka, jika mereka ingin melanjutkan pelajaran kelak.
Dengan pembelajaran subjek ini, saya telah mempelajari tentang anatomi badan
manusia dan fungsi setiap organ-organ badan. Saya juga dapat meningkatkan ilmu
saya dengan lebih mendalam tentang fungsi dan anggota-anggota yang terlibat dalam
setiap sistem dalam badan manusia seperti sistem peredaran darah, sistem otot, sistem
rangka, sistem pernafasan dan lain-lain lagi. Setelah mempelajari subjek Anatomi dan
Fisiologi saya dapat memahami dan mengetahui bahawa setiap anggota badan
memainkan peranan yang sangat penting dalam anatomi badan manusia. Oleh itu,
saya harus sentiasa menjaga kesihatan badan saya bagi memastikan anatomi dan
fisiologi badan berjalan dengan sempurna.
Selain itu, matapelajaran Anatomi dan Fisiologi ini dapat membina sifat
keguruan dalam diri saya. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani mesti mempunyai
ilmu mengenai Anotomi dan fisiologi supaya dapat menjalankan aktiviti yang selamat
5/27/2018 LAPORAN PEMERHATIAN
13/13
13
dan baik kepada pelajar. Bukan itu sahaja, guru juga sentiasa mengmbil berat tentang
keselamatan serta kesihatan murid supaya murid tidak mengalami sebarang kecedaran
melalui aktiviti Pendidikan Jasmani ini. Tujuan Pendidikan Jasmani ini adalah untuk
mencergaskan murid, bukan untuk mencederakan pelajar. Oleh itu, guru memansitikan
keselamatan dan kesihatan pelajar terjamin. Saya juga akan sentiasa menasihati murid-
murid saya supaya mengamalkan cara hidup yang sihat serta kepentingan menjalankan
aktiviti Pendidikan Jasmani seperti ini.
Pada pendapat saya, pihak sekolah boleh menangani cabaran pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Anatomi dan Fisiologi dengan mengadakan seminar,
ceramah, bengkel tentang matapelajaran ini. Dengan ini mereka akan lebih berminat
untuk belajar. Para guru di sekolah juga perlu menggunakan alat bantu mengajar yang
lebih menarik seperti benda-benda maujud (rangka manusia, jantung). Pihak sekolah
juga perlu memperuntukan masa khas bagi matapelajaran ini selain dari masa
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Pembelajaran kursus PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi membantu saya menjadi
seorang guru yang baik dengan menjadi suatu garis panduan dan asas apabila saya
menjadi guru kelak. Seterusnya, saya akan lebih prihatin tehadap perkembangan fizikalmurid-murid saya semasa di sekolah nanti. Akhir sekali, subjek ini memberi saya input
yang banyak yang dapat saya gunakan semasa di sekolah kelak. Sekian , terima kasih.
Disediakan oleh,
_____________
( PUSPAH A/P JANASEKARAN )
Recommended