View
40
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Pensiswazahan Guru .
Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah
mulia dan insan guru adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role model kepada
masyarakat . Oleh itu , guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan
mampu menangani cabaran era globalisasi . Program ini direalisasikan melalui satu pakej
aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang lapan semester tempoh pengajian . Melalui aktiviti
yang dirancang , pelajar dapat mengenal diri yang sebenar dan mampu mengaplikasi
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan dirisebagai insan guru
secara berterusan.
MATLAMAT
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak ,
nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan
yang selaras dengan prinsip Rukun Negara , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha yang berterusan
berasaskankesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina
generasi negara.
OBJEKTIF
Pengisian kurikulum BIG semester 8 ialah Bengkel Guru Inovatif yang bertujuan memberi
pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri insan guru yang unggul dengan bersedia
membantu dan mencurahkan khidmat dan bakti kepada masyarakat . Fokus utama bengkel
iniadalah untuk memberi peluang kepada pelajar :
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi
komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta
berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan .
Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian
budaya.
Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan
secara aktif dalam kumpulan.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.
PESERTA
Peserta program ini terdiri daripada pelajar Kursus Pengajian Inggeris Program
Pensiswazahan Guru ambilan Jun 2011
TARIKH, TEMPAT & MASA
TARIKH : 5 Mac 2015
TEMPAT : SK SRI SKUDAI, Johor Bahru
MASA : 9.00 pagi – 4 petang
PERBELANJAAN PROGRAM
Bil. Perkara Kuantiti Harga
(RM)
Kos
Perbelanjaan
Jumlah
2. Makan bagi 15 orang
guru
15 RM 10.00 x RM 10.00 RM 150.00
3. Cenderamata
penceramah 4 RM 5 40 x RM 3 RM 20.00
4. Sijil Penyertaan 40 Sumbangan Sekolah
JUMLAH RM 170.00
JAWATANKUASA PROGRAM
Jawatankuasa Induk
Pengerusi : R.Thamarai Selvi A/P R.Ratnam
Naib Pengerusi : Nor’ashikin bt Islam
Setiausaha : Norazah bt Aziz
Penolong Setiausaha : Adakalaimary Bulindring
Bendahari : Wan Faizah bt Wan Osman
Ahli Jawatankuasa Kerja
Kertas kerja : Nor’ashikin bt Islam
Pendaftaran : Nor Eliza bt Madon
Pengacara Majlis : Kalsum bt Mohamad
Buku Program : Norazah bt Aziz
Cenderamata : Wan Faizah bt Wan Osman
Norhamimah bt Khamis
Jamuan : Azlina bt Awi
Nor Eliza bt Madon
Persiapan Tempat : Sahron Nizam b Ghulam
Adakalaimary Bulindring
Fotografi/Video : Samzuraidah bt Zulkurnain
Norhasmihan bt Rahim
Dokumentasi : Roziah bt Wasimin
Kamaliah bt Abd Kadir
Siaraya : R.Thamarai Selvi A/P R.Ratnam
JADUAL TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi - Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah- Mendengar taklimat ringkas daripada pihak
pengurusan sekolah
8.30 pagi - Sesi 1 - Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik, rutin, pendekatan dankaedah
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran)
10.00 pagi- Minum pagi- Lawatan ke Bilik – bilik Khas Mata Pelajaran
11.00 pagi- Bengkel “ciri-ciri guru inovatif” (potensi diri, personaliti kerjaya, citra
diri insan guru)
Sesi 3
- Sesi soal jawab
2.00 petang- Makan tengahari
3.00 petang- Majlis perasmian penutup- Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah- Refleksi Kendiri
PENUTUP
Program bina insan guru ini merupakan salah satu komponenlatihan yang sangat penting.
Ianya perlu didedahkan kepadasemua insan yang bergelar guru. Diharapkan program
sebeginimampu memberikan ketahanan fizikal dan mental serta jati diriguru pelatih dalam
usaha melahirkan para pendidik yangberkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang
besar kepada sistem pendidikan negara .
Disediakan oleh,
...........................................................
( NOR ELIZA BT MADON )
SETIAUSAHA ,
BENGKEL GURU INOVATIF
Recommended