Upload
noor-dollah
View
134
Download
14
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unif beruniform ini merupakan antara saluran pendidikan luar bilik darjah yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala sosial. Perkhemahan ini diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka ini akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mere disamping mengeratkan hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru.
2.0 NAMA PROGRAM
Perkhemahan unit beruniform Pengakap/Tunas Puteri
3.0 MATLAMAT
Dengan program hari ko-kurikulum ini diharap agar:
1. Peserta-peserta dapat membuka minda bagi menilai keupayaan diri serta
mengetahui kelemehan-kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan.
2. Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej dalam
hubungan antara manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan
alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran tertentu secara halus seperti
Sains, Kajian Tempatan, Moral, Sivik& Kenegaraan dan sebagainya untuk
melahirkan generasi yang berpengetahaan.
3. Menyedarkan dan menginsafi diri peserta-peserta dalam penggunaan masa
supaya dapat melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan
masa dengan baik.
4. Membentuk generasi yang serba boleh dan sentiasa bersedia dengan segala
ujian serta dapat berfikir secara rasional.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 1
4.0 OBJEKTIF
Diharapkan program ini dapat:
1. Mengetahui, memahami serta mempraktikkan cara-cara berkhemah yang
betul merangkumi pemilihan kawasan khemah, pemasangan dan penjagaan
khemah, penyediaan bekalan makanan dan aspek keselamatan diri.
2. Mempelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang
dijalankan supaya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan membuang
perasaan rasa rendah diri dan tidak yakin.
3. Menghayati, melindungi alam sejagat ciptaan tuhan melalui konsep
perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti merentas desa.
4. Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa
kecemasan dengan menggunakan sebarang benda yang ada di persekitaran.
5. Menanam sikap toleransi,kerjasama dan tolong menolong serta bermuafakat
dalam segala perkara dan aktiviti yang dijalankan.
5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN
Tarikh Pelaksanaan
12 dan 13 Oktober 2012 ( Jumaat dan Sabtu )
Tempat Pelaksanaan
1. Kawasan sekolah SK Kampung senta, dan
2. Kawasan sekitar Kampung senta, Bidor.
Kumpulan Sasaran
1. Semua murid tahap dua SK Kampung Senta
( Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 )
Bilangan Peserta Perkhemahan
Kelas Lelaki Perempuan Jumlah
Tahun 4 7 11 18 orang
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 2
Tahun 5 11 9 20 orang
Tahun 6 8 13 21 orang
Jumlah Besar 26 33 59 orang
5.4 Jurulatih/Fasilitator : 11 orang guru-guru SK Kampung Senta
6.0 BAYARAN PENYERTAAN :
Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:
i. Aktiviti
ii. Makan dan minuman peserta
8.0 JAWATANKUASA INDUK
Penaung : En. Othman Bin Md Ali PJK Guru Besar
Penasihat : Pn. Norizan Johari Guru Kanan Pentadbiran
Pn Hasnah a/p Bah Shadat Guru Kanan HEM
Pengerusi : En. Mohd Mahadhir Bin Mohd Shafie Guru Kanan Kokurikulum
Setiausaha :Pn. Noor a/p Dollah
Bendahari : : Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 3
Ahli Jawatankuasa Pelaksana:
Jawatan Bidang Tugas
Kem Komandan :
1. En. Amiruddin Baki b. Hashim PJK2. Pn. Nurhafizah bt Ajlan
1. Memastikan Program Hari Ko-Kurikulum berjalan lancar.
2. Memastikan keselamatan seluruh peserta program.
3. Memastikan bilangan peserta program sentiasa mencukupi dari semasa ke semasa.
Pendaftaran :Pn Noor ap DollahPn Hasnah a/p Bah Shadat
1.Menyediakan borang pendaftaran untuk peserta perkhemahan.
2. Menyediakan tempat pendaftaran murid.3.Mendaftar peserta perkhemahan.
Pengurus Peserta :
1. Pn. Hasnah a/p Bah Shadat2. Cik Hinthumathy a/p Kaliappan
1. Menyediakan murid untuk menyertai perkhemahan2. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi
menyertai perkhemahan.3. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan
semasa perkhemahan.4. Mengawal disiplin peserta sebelum dan selepas
perkhemahan.Khemah, Elektrik & Siaraya
1. En. Nor’ Ariff Bin Ismail2. En. Mohd Mahadhir Bin Mohd
Shafie3. En. A Annadurai4. En. Bah Kiong a/l Bah
Berincik5. En. Hamdan a/l Bah Stanby6. En. Bah Ronny
1. Menyediakan pelan tempat tapak perkhemahan mengikut unit.
2. Menyediakan khemah yang mencukupi bagi peserta.
3. Memastikan semua khemah dibuka dan dibersihkan selepas perkhemahan.
4. Menyediakan kemudahan elektrik dan peralatan siaraya di tapak perkhemahan.
5. Mengemas peralatan yang telah digunakan dan disimpan di tempat yang sesuai.
Makan / Minum :
1. Pn. Nurhafizah Binti Ajlan2. Cik Ajyah Louisiana Napitupulu3. Pn. Arimah5. Cik Safira a/p Bah Kanah
1. Menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi untuk peserta dan guru.
2. Menyediakan jadual dan menu makanan pada hari perkhemahan.
3. Mengemas dan membersihkan semua peralatan selepas perkhemahan.
Kerohanian :
1. Pn. Noor a/p Dollah2. Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim
1. Mengendalikan kuliah kerohanian kepada peserta.
( malam dan pagi )2. Memastikan disiplin dan pergaulan yang
terkawal antara peserta.3. Memastikan pakaian peserta yang bersesuaian
sepanjang perkhemahan.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 4
Keselamatan & Kecemasan
1. En. Bah Kanah Bin Bah Ngah2. En. San3. En. Lan4. En. Sharul Iman Bin Zamry
1. Memastikan tahap keselamatan peserta dan semua peralatan dalam keadaan yang amat baik.
2. Melakukan kawalan keselamatan di kawasan perkhemahan.
3. Menyediakan peti kecemasan yang lengkap dan diletakkan di urusetia.
Senaman Pagi :
1. En. Amiruddin Baki Bin Hashim PJK2. Pn. Norizan a/p Johari
1. Mengendalikan senaman pagi semasa hari perkhemahan.
Kembara Muda
1. En. Nor’ Ariff Bin Ismail2. En. Mohd Mahadhir Bin Mohd Shafie.3. En. Amiruddin Baki b. Hashim PJK4. Pn. Nurhafizah bt Ajlan5.Pn. Norizan a/p Johari6.Pn. Noor a/p Dollah7. Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim8. Cik Ajyah Louisiana Napitupulu9.Pn. Hasnah a/p Bah Shadat10. Cik Hinthumathy a/p Kaliappan 11.En. A Annadurai12.En. Bah Kiong a/l Bah Berincik13. En. Hamdan a/l Bah Stanby14. En. Bah Ronny
1.Menyediakan track atau laluan untuk kembara muda.
2.Menyediakan peti kecemasan yang lengkap dan dibawa oleh guru yang terlibat.
3.Memastikan keselamatan murid-murid terjamin sewaktu melakukan aktiviti kembara muda.
Kebudayaan
1.Pn Nur Alina Syuhada bt Abd Rahim.2.Pn Nurhafizah bt Ajlan.3.Pn Noor a/p Dollah
1. Menyediakan persiapan tempat malam kebudayaan.
2. Memastikan setiap kumpulan memasuki acara kebudayaan.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 5
8.0 . SENARAI TUGAS
10.1 PENGERUSI / KETUA PROJEK
a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada penasihat
10.2 SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat menyurat dan borang.
10.3 BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan
program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang
sepatutnya.
10.4 KETUA DAN PENOLONG KOMANDO PERKHEMAHAN
a. Merancang segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.
10.5 PERALATAN / SIARAYA
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa
pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal.
10.6 KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 6
10.7 MAKANAN DAN MINUMAN
a. Merancang dan menentukan menu makanan
b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.
10.8 DOKUMENTASI /FOTO
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.
b. mengambil foto untuk setiap aktiviti.
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan.
d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk
didokumentasikan.
10.9 IBADAH /KEROHANIAN
a. Memimpin para peserta dalam program kerohanian.
b. Mengelolakan kuliah keohanian.
c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.
10.10 HADIAH DAN CENDERAMATA
a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program
10.11 DISIPLIN PESERTA
a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.
10.12 PENGESAHAN PENDAFTARAN
a. Memastikan para peserta sudah berada di tapak perhimpunan
b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh
setiausaha.
10.13 KEMBARA MUDA
a.Menyediakan laluan atau track.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 7
b. Memastikan keselamatan murid terjamin sewaktu menjalankan aktiviti
kembara muda.
c.Memimpin murid sewaktu menjalankan aktiviti ini .
10.14 MALAM KEBUDAYAAN
a. Menyediakan tempat persembahan.
b. Memastikan setiap kumpulan menyerti malam kebudayaan.
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Butiran Jumlah (RM)
1. Makan murid
- makan malam
- supper
- sarapan
- makan tengah hari
59 murid x RM 3.50
59 murid x RM 2.00
59 murid x RM 2.00
59 murid x RM 3.50
206.50
118.00
118.00
206.50
2. Makan guru&kakitangan
- makan malam
- supper
- sarapan
- makan tengah hari
21 orang x RM 4.50
21 orang x RM 2.00
21 orang x RM 2.00
21 orang x RM 4.50
94.50
42.00
42.00
94.50
3. Alatan
- lampu kalimantang
- wayar
- belerang
- bateri healer
- ubat nyamuk
- air minuman
6 unit x RM 15.00
-
-
12 biji
1 kotak
4 katon x RM 12.00
90.00
30.00
30.00
20.00
8.00
48.00
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 8
- ubat-ubatan
- tali
-
2 gulung
15.00
10.00
4. Sijil penyertaan 59 orang x RM 2.00 118.00
5. Kos luar jangka - 50.00
Jumlah Besar RM 1,341.00
12.0 TENTATIF PROGRAM
TARIKH MASA PERKARA TINDAKAN
12 Oktober
2012(Jumaat)
3.00 ptg- 3.30 ptg Pendaftaran peserta di kantin AJK Pendaftaran3.30 ptg – 4.30 ptg Taklimat perkhemahan Kem Komandan4.30 ptg – 6.30 ptg Mendirikan khemah
/gajet/minum petangAJK Khemah / FasilitatorAJK Makanan & Minuman
6.30 ptg – 7.30 ptg Makan Malam Ketua Kumpulan7.30 ptg - 8.30 mlm Pengurusan diri, dan tazkirah
moralKem Komandan
8.30 – 10.30 mlm Latihan Dalam Kumpulan/Permaianan Berstesen
AJK LDK Penghayatan Malam
10.30 – 11.30 mlm Malam Kebudayaan AJK Malam Kebudayaan11.30 – 12.00 mlm Minum Malam AJK Makanan & Minuman11.30 mlm-5.30 pagi Tidur AJK Keselamatan
13 Oktober
2012(Sabtu)
5.30 pg – 6.30 pg Pengurusan diri Fasilitator6.30 pg – 7.00 pg Takzirah moral AJK Keagamaan7.00 pg – 7.30 pg Sarapan pagi AJK Makanan & Minuman
7.30 pg – 8.30 pg Senamrobik/ Malaysia Cergas AJK Senamrobik8.30 pg –10.30 pg Jejak Komando AJK Komando10.30 – 11.00 pg Pemeriksaan kawad kaki AJK Kem Komandan11.00 – 12.30 tgh Membuka dan mengemas
khemah.Membersihkan kawasan khemah.Acara penutup.
Ajk khemah
13. PERINCIAN AKTIVITI
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 9
13.1 MENDIRIKAN KHEMAH ( 2 jam)
Objektif : Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam pemasangan
khemah.
Langkah Perlaksanaan :
Taklimat dan demontrasi pemasangan khemah.
Peserta memasang khemah mengikut kumpulan dan dipantau
fasilitator kumpulan.
. 13.2 PERSEMBAHAN MURID : ( 1 jam )
Aktiviti : Malam Kebudayaan
Objektif : Membina sikap keyakinan diri dan dapat bekerja sebagai satu
pasukan.
Langkah Perlaksanaan :
Setiap kumpulan akan mempersembahkan satu persembahan
berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat di Malaysia
Diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 10
Khemah yang digunakan adalah jenis berbentuk gelembung dan diperbuat daripada material yang kalis air. Ciri utama khemah jenis ini adalah ianya mudah dibawa, dan sesuai untuk perkhemahan di sekolah.
13.3 LATIHAN DALAM KUMPULAN (PENGHAYATAN MALAM) : ( 2 jam )
Aktiviti 1 : Pembentukan Kumpulan – ( 1 jam )
Objektif :
Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta
Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu
Membina semangat setiakawan dalam diri peserta
Langkah Perlaksanaan :
Fasilitator akan menerangkan tujuan aktiviti yang akan dilakukan.
Peserta berbaris dalam kumpulan mengikut tahun.
Setiap peserta akan mengambil secebis kertas (gambar haiwan) dalam kotak yang disediakan. ( ada sebelas gambar haiwan – 11 kumpulan)
Peserta akan mencari kumpulan mengikut gambar haiwan yang diperolehi dengan hanya membunyikan bunyi atau pergerakan haiwan tersebut.
Apabila kumpulan sudah terbentuk. Aktiviti seterusnya mempersembahkan persembahan kumpulan dalam bahasa dan pergerakan haiwan yang diwakili.
Fasilitator menegaskan kepentingan dalam bekerja dalam kumpulan, saling menerima kelebihan dan kekurangan diri dan rakan dalam kumpulan.
Aktiviti 2 : Nur Kasih / Moral (1 jam)
Objektif ;:
Menilai sendiri kasih sayang kepada ibu bapa.
Menginsafi diri dan berazam menjadi anak yang taat.
Menyedarkan peserta bukan sesuatu yang mudah dalam membuat keputusan.
Langkah Pelaksanaan :
Peserta diberi secebis kertas, mereka diminta menulis satu nama atau
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 11
panggilan yang mereka sangat sayangi.
Minta peserta berkumpul mengikut seseorang yang disayangi, contohnya
ibu, ayah , datuk atau nenek.
Pilih beberapa peserta dari kumpulan, dan minta mereka memberi alas an
atas pemilihan mereka.
Aktiviti diteruskan dengan tayangan video berkaitan ‘ibu bapa’
Fasilitator membuat rumusan sambil bersoaljawab dengan peserta.
13.4 PERSEMBAHAN KUMPULAN ( 1 jam )
Aktiviti : Malam Kebudayaan
Objektif :
Memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat masing-masing.
Membina keyakinan diri peserta.
Langkah Pelaksanaan :
Peserta diberi masa dalam 15 minit untuk membuat persediaan.
Peserta membuat persembahan dalam kumpulan mengikut giliran.
Fasilitator membuat refleksi keseluruhan persembahan.
13.5 TAZKIRAH DAN MORAL ( 1 jam )
Aktiviti : , Kuliah Subuh
Objektif :
Memberi santapan kerohanian kepada peserta menimba serta mempraktikkan ilmu dan ibadah untuk kebahgian dunia dan akhirat.
Langkah Pelaksanaan :
Peserta diwajibkan mengerjakan solat apabila masuk waktunya.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 12
Mendengar kuliah subuh selepas solat subuh di surau sekolah.
Peserta dibimbing mempraktikkan amalan solat yang sempurna.
13.6 MALAYSIA CERGAS ( 1 jam )
Aktiviti : Senamrobik
Objektif :
Membina kecergasan tubuh badan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.
Membina kecerdasan mental untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keilmuan.
Langkah Pelaksanaan :
Peserta berkumpulan di tapak perhimpunan.
Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh seorang jurulatih.
13.7 KEMBARA 1 ( 2 jam )
Aktiviti : Kembara Ilmu
Objektif :
Menyemai semangat kerjasama dan setiakawan serta membentuk hubungan sosial di kalangan peserta.
Langkah Pelaksanaan :
Aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan.
Kumpulan peserta akan membuat aktiviti di stesen-stesen yang disediakan secara bergilir.
Aktiviti yang dilakukan berdasarkan arahan bertulis.
13.8 KEMBARA 2 ( 1 jam )
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 13
Aktiviti : Kembara Muda
Objektif :
Memantapkan diri peserta dengan pelbagai teknik dan kemahiran usaha hidup.
Menguji tahap ketahanan mental dan fizikal peserta.
Langkah Pelaksanaan :
Aktiviti dalam kumpulan besar melalui laluan yang telah dikenalpasti.
Antaranya cabaran dalam aktiviti :
o Melalui denai kampung
o Mengharungi sungai cetek
. 13.9 KAWAD KAKI ( 1 jam )
Objektif :
Memberi pendedahan asas kawad kaki untuk perbarisan,
Membina kecekapan dan keseragaman dalam pergerakan perbarisan.
Langkah Pelaksanaan :
Membuat pergerakan dalam kumpulan mengikut persatuan.
Peserta dikehendaki berpakaian lengkap.
14. PERATURAN-PERATURAN PERKHEMAHAN
Semasa perkhemahan, peserta-pesrta hendaklah,
14.1 Menjalinkan silaturahim, kenal-mengenal dan hormat-menghormat antara
satu sama lain.
14.2 Mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 14
14.3 Menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
14.4 Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
14.5 Semua pihak yang terlibat merokok dalam kawasan perkhemahan dan
membuang sampah merata-rata tempat.
14.6 Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat di
kawasan perkhemahan.
14.7 Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan
begitu juga sebaliknya.
14.8 Sentiasa berpakaian kemas dan tidak dibenarkan berselipar kecuali
berwuduk.
14.9 Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran selepas pukul 12.30 tengah
malam.
14.20 Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan
perkhemahan.
14.21 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali aktiviti rasmi
bersama jurulatih dan fasilitator.
14.22 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran pihak
penganjur.
14.23 Penjagaan diri/peralatan/harta pensendirian perlu diberi keutamaan.
14.24 Aktiviti penggunaan air dan api perlu di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
14.25 Peserta yang melanggar perauran keselamatan ini akan dikenakan
tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14.26 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari
semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
15. PENUTUP
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 15
Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan insan
yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin
berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk
merealisasikannya objektif perkhemahan ini. Apa yang paling penting adalah
kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah
disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya
dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan
berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk
proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan
seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 16