View
499
Download
11
Category
Preview:
DESCRIPTION
kf ppismp semester 2,...semoga dapat memberi input yang berguna
Citation preview
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT,
JOHOR.
KEMAHIRAN BERFIKIR
(PROSES KEMAHIRAN BERFIKIR)
NAMA PELAJAR : NURUL AMNI IZZATI BT.ROSLAN
NOMBOR KAD PENGENALAN : 911028-03-5772
OPSYEN : RBT/BI/BM 2
KURSUS : PPISMP (SEMESTER 2)
NAMA MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN BERFIKIR
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : TN.HJ BAKIR BIN MAHADI
TARIKH SERAHAN :
PENGENALAN
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan
atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
Antara kepentingan menguasai Kemahiran Berfikir ialah mengelakkan kesilapan
berfikir. Terdapat beberapa sebab berlakunya kemahiran berfikir ini ialah melakukan
sesuatu kerja secara terburu-buru. Hal ini menyebabkan kesilapan berfikir tanpa
meneliti unsur-unsur yang terlibat. Fikiran bercelaru juga boleh menyebabkan kesilapan
berfikir. Hal ini kerana maklumat yang disusunnya tidak sistematik dan teratur.
Seterusnya ialah kita dapat meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif. Apa itu
kritis? Kritis ialah penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir
dan menilai sesuatu hujah, maklumat atau idea dengan mendalam atau kalau di
ringkaskan kritis ini ialah ulasan di samping mempunyai bukti dan maklumat yang kukuh
dan di yakini. Pemikiran secara kritis ini dapat di pelajari melalui latihan dan
pengalaman yang mencukupi. Kreatif pula ialah penggunaan operasi berfikir untuk
mengembangkan, membina atau mencipta sesuatu yang baru. Pemikiran kreatif sangat
penting untuk menjana idea alternatif. Melalui pemikiran kritis dan kreatif ini kita dapat
merasakan suasana pembelajaran yang menghargai pemikiran kita.
Selain daripada meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif,kita juga dapat
memperkembangkan daya intelek. Hal ini untuk memperkembangkan kemampuan
pelajar atau individu tertentu menggunakan akal kepandaian tersendiri sesuai dengan
falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan seimbang dari segi
intelek,jasmani,emosi dan rohani.
Antara bentuk kemahiran berfikir adalah seperti kemahiran berfikir secara kritis,
kemahiran berfikir secara kreatif dan strategi berfikir.Namun secara amnya, semua
kemahiran itu mempunyai matlamat yang serupa iaitu untuk berfikir dengan cara yang
betul dan tepat.
Tugasan yang diperolehi ini akan membincangkan salah satu kemahiran berfikir yang
berkaitan dengan kemahiran membanding dan membeza. Konsep yang
diaplikasikannya adalah seperti mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
kriteria seperti ciri,sifat,kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
Aktiviti / Tindakan Tempoh Tarikh
1 menerima tugasan daripada pensyarah 1 hari
2mengumpul maklumat, menyusun dan
membuat perbincangan untuk melaksanakan tugasan
3mengumpul maklumat dan menyusun idea
secara individu
4Menyediakan draf pertama tugasan dan
menyerahkannya kepada pensyarah
5Membuat perbincangan / kolaborasi selepas
semakan pensyarah
6Melengkapkan tugasan dengan lampiran
yang berkaitan dan dijilid
7 Menghantar tugasan akhir kepada pensyarah
SEKAPUR SIREH
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana
telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna.
Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna. Hasil kerja ini adalah
atas bantuan peibagai pihak. Antara mereka termasuklah orang perseorangan. Mereka
yang dimaksudkan ialah rakan sekelas saya yang membantu saya dalam menyiapkan
tugas ini.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Tuan Haji Bakir Bin Mahadi, pensyarah pembimbing saya kerana banyak membimbing
saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak memberi penerangan tentang
cara melakukan kerja kursus ini. Walaupun beliau sibuk, tetapi beliau tetap ada masa
untuk bersama saya serta rakan-rakan dalam memberi penerangan tentang kerja
kursus ini.
Akhir sekali, saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan
daripada kerja kursus ini.
SOALAN TUGASAN
Anda telah mempelajari tentang jenis-jenis kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
dalam kuliah anda.Dalam kemahiran pemikiran kritis terdapat berbagai-bagai contoh
kemahiran, antaranya kemahiran membanding dan membeza.
Berdasarkan kenyataan dia atas, anda diminta memilih dua daripada situasi dibawah
untuk menunjukkan pemahaman anda berkaitan dengan kemahiran berfikir secara
kritis-membanding dan membeza.Huraikan pemahaman anda:
1. Banding-bezakan dia antara bulan dan bumi untuk menggambarkan secara
relatif dari segi saiz,jarak dan kedudukannya dengan matahari (Fakta Sains).
2. Banding-bezakan di antara potensi, motivasi dan perbezaan individu untuk
menjelaskan fitrah manusia(Fakta Ilmu Pendidikan).
3. Banding-bezakan di antara kata sifat dan kata nama untuk menunjukkan
bagaimana ia dibentuk dan berperanan (Fakta Bahasa).
4. Banding-bezakan di antara undang-undang serta peraturan di sekolah tempat
anda belajar dahulu dengan undang-undang serta peraturan di IPGM
sekarang untuk menunjukkan pematuhan anda tentang perkara tersebut.
(Fakta Disiplin).
Banding-bezakan dia antara bulan dan bumi
untuk menggambarkan secara relatif dari segi
saiz,jarak dan kedudukannya dengan matahari
(Fakta Sains).
KENALI BUMI
Kita sering mendengar dan melihat tentang bumi,bahkan kita menetap juga di
bumi tapi adakah kita tahu asal usul,struktur,bentuk dan banyak lagi tentang
bumi. Sebagai manusia yang berilmu,kita perlu tahu tentang hal ini. Apa itu
bumi?
Bumi atau dalam bahasa inggeris di panggil earth. Ia merupakan planet ketiga
daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.
Bumi merupakan sebuah planet. Planet mempunyai 2 jenis iaitu Terrestrial(inner
planet) dan Jovian(outer planet). Bumi terdiri daripada Terrestrial planet.
Terdapat pelbagai jenis planet lagi di dalam sistem suria yang sentiasa beredar
mengikut orbitnya.Adakah kita tahu apa itu sistem suria? Sistem suria ialah
mengenai matahari dan sistem planetarinya. Sistem suria ini terdiri daripada
matahari dan objek salestial yang terikat kepadanya dengan graviti. Objek
salestial ini menunjukkan kepada salah satunya adalah sembilan planet yang kita
ketahui.Setiap planet mempunyai gravitinya.
Gambar di bawah menunjukkan susunan lapan planet tersebut dari matahari
dan kita akan mendalami tentang planet yang paling dekat dengan bumi
seterusnya tentang jarak bumi dengan matahari.
1. Utarid 2. Zuhrah
3. Bumi
4. Marikh
5. Musytari
6. Zuhal
7. Uranus
8. Neptun
9. pluto
Dengan meneliti gambar di atas,kita dapat mengetahui bahawa planet paling
dekat dengan bumi ialah zuhrah dan marikh. Setiap planet sentiasa berputar dan
beredar mengikut sistem dan orbitnya. Planet-planet ini tidak akan mengubah
kedudukan dan strukturnya. Pluto merupakan planet yang berlainan daripada
planet-planet lain. Contohnya pluto bergerak pada arah berlawanan daripada
planet lain.Pluto juga mempunyai satelit,charon. Setiap planet juga mempunyai
jarak-jarak yang berlainan dengan matahari. Berdasarkan maklumat daripada
wikipedia,jarak purata antara bumi dengan matahari ialah149.6 juta kilometer.
Seterusnya,kita akan mengenali asal usul bumi pula,berdasarkan kajian
saintifik menunjukkan planet bumi terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu.
Bumi juga dijangkakan telah berusia 4600 juta tahun. Seperti yang kita tahu,bumi
berbentuk sfera.Manakala kehidupan muncul di permukaan bumi di dalam
lingkungan satu bilion tahun. Bumi juga merupakan satu-satunya tempat
wujudnya pelbagai kehidupan. Kehidupan yang termasuklah kehidupan
manusia,alam semesta dan lain-lain lagi. Kehidupan di bumi sentiasa di lindungi.
Adakah kita faham apa maksud kehidupan sentiasa di lindungi? Maksud
kehidupan sentiasa di lindungi ialah kehidupan di bumi sentiasa selamat
daripada ancaman virus atau penyakit daripada planet atau cakerawala.
Hal ini kerana di planet ini,terdapat pelbagai lapisan udara dan medan magnet.
Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang
selebihnya akan di anggap angkasa lepas. Dengan adanya lapisan udara
ini,bumi dan seluruh kehidupannya sentiasa dilindungi daripada angin
suria,sinaran ultra merbahaya dan radiasi dari angkasa lepas.
Bercerita mengenai lapisan udara,lapisan udara terbahagi kepada pelbagai
jenis iaitu Troposfera,stratosfera,Mesosfera.Termosfera,Ionosfera dan
Eksosfera. Troposfera merupakan lapisan udara yang gas atmosfera lebih
kurang dalam 80%. Suhunya pula dalam lingkungan 17 hingga 52 darjah celcius
dan ketinggiannya kira-kira 0 hingga 15 km.
Stratosfera pula mempunyai ketinggian antara 15 hingga 40 km,suhu
lapisannya pula berada pada -57 darjah celcius. Lapisan ozon setebal 50
kilometer berada di antara lapisan stratosfera dan mesosfera atau di kenali
sebagai ozonosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung.
Sinaran ultra-lembayung amat berbahaya kepada manusia kerana boleh
mengakibatkan kanser kulit dan buta.
Selain itu, Mesosfera mempunyai ketinggian antara 45 hingga 75 km dan
mempunyai suhu lapisan yang sangat rendah iaitu -140 darjah celcius. Suhu yang
sangat rendah dan dingin ini dapat menyebabkan awan yang terdiri atas kristal-
kristal es.
Seterusnya ialah lapisan Thermosfera yang mempunyai ketinggian antara 75
hingga 100 km serta suhu lapisan stratosfera ialah 80 darjah celcius. Ionosfera
pula mempunyai ketinggian antara 50 hingga 100 km. ia adalah lapisan yang
bersifat memantulkan gelombang radio. Hal ini kerana ada penyerapan radiasi
dan sinar ultra-violet maka menyebabkan timbulnya lapisan bermuatan listrik
yang suhunya menjadi tinggi. Bahagian terluar atmosfera bumi yang mempunyai
ketebalan antara 500 hingga 700 km dan mempunyai suhu lapisan stratosfera -
57 darjah celcius. Ia juga tidak memiliki tekanan udara. Bahagian ini dinamakan
Eksosfera.
Jika kita hitung jumlah lapisan yang dinyatakan dalam sumber ilmiah
tersebut,kita ketahui bahawa lapisan udara mengandungi 7 lapis,seperti yang
dinyatakan dalam ayat di bawah:
“ Dia yang menciptakan untukmu apa-apa dibumi semuanya:kemudian di sengajaNya
menjadikan langit,lalu di perbuatNya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui tiap-tiap
sesuatu”
(Surah Al-Baqarah,ayat 29)
Ayat ini menunjukkan satu fakta tentang alam semesta sebagaimana
dinyatakan dalam Al-Quran bahawa langit terdiri daripada 7 lapisan.
Selain daripada lapisan udara,bumi juga mempunyai daya tarikan graviti. Hal
ini dapat dibuktikan apabila benda yang di lepaskan dari ketinggian tertentu akan
jatuh menuju ke pusat bumi. Selain itu,ini juga dapat di buktikan dengsn jatuhnya
meteor menunjukkan bahawa benda angkasa juga di tarik oleh bumi. Sehari di
Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi
mempunyai suhu permukaan bumi yang berbeza iaitu di antara -70 hingga 55
darjah celcius. Hal ini bergantung kepada iklim tempatan.
Seterusnya kita akan menyelami atau mengkaji tentang struktur dan ciri-ciri
bumi. Bumi merupakan planet kebumian yang di perbuat daripada batuan. Bumi
juga dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel
beku yang setebal 1370 kilometer dan suhunya mencecah 4500 darjah celcius.
Lapisan seterusnya ialah teras luar cair yang mempunyai ketebalan sehingga
2100 kilometer,lalu di lapiskan pula dengan mantel silika padu yang mempunyai
ketebalan 2800 kilometer dan membentuk isipadu 83% bumi. Lapisan yang
terakhir ialah kerak batu silika dan mempunyai ketebalan hampir 100 kilometer.
Gambar ini menunjukkan contoh tentang struktur lapisan bumi:
Contoh gambar keratan rentas lapisan bumi.
Bumi juga memiliki ciri-cirinya yang berbeza dengan planet-planet lain. Bumi
mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan dan mempunyai permukaan yang
luas iaitu 510 juta km persegi. Selain itu,bumi juga memiliki garis pusat
sepanjang 12,756 kilometer. Fakta juga ada menyatakan sebanyak 70.8%
permukaan bumi diselaputi air. Udara bumi pula terdiri daripada 78%
nitrogen,21% oksigen,dan 1% wap air,karbon dioksida dan gas lain. Bumi juga
mempunyai satu satelit semula jadi iaitu bulan.
Bumi juga mempunyai risiko yang tinggi terhadap kehidupannya dengan
mengalami fenomena-fenomena seperti banjir,gunung berapi,gempa bumi,tanah
runtuh,ribut petir dan banyak lagi. Fenomena-fenomena ini berlaku kerana sebab
semula jadi dan ada juga yang berpunca daripada manusia itu sendiri.
BANJIR
Banjir merupakan keadaan air yang menenggelami tempat atau kawasan.
Banjir biasanya berlaku pada sesuatu kawasan yang rendah dan mudah
ditenggelami air. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air
pasang tinggi, tsunami, atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Selain daripada
banjir yang disebabkan oleh keadaan semula jadi ini,terdapat juga banjir yang
disebabkan oleh kelalaian manusia seperti mengabaikan kebersihan dan
mengakibatkan longkang tersumbat yang seterusnya terjadinya banjir kilat.
Antara kesan-kesan berlakunya banjir ialah kerosakan fizikal. Hal ini seperti
struktur-struktur bangunan akan rosak akibat air banjir dan kemungkinan juga
terjadinya tanah runtuh. Seterusnya ialah bekalan air. Apabila terjadinya banjir
maka air bersih sukar dicari dan pencemaran bekalan air juga berlaku. Air yang
kotor juga sering dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit. Ketika inilah ramai
manusia yang kurang sihat dan juga boleh mendatangkan bahaya kepada
kehidupan di bumi. Tanaman dan bekalan makanan juga menjadi kesan yang
mendalam kepada kehidupan . hal ini kerana bekalan makanan menjadi semakin
berkurangan akibat kemusnahan tanaman yang dimusnahkan air banjir.
RIBUT PETIR
Ribut petir pula merupakan satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran
kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan
batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling kerap berlaku di dunia.
Menurut Encyclopedia Britannica, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut
petir adalah lebih kurang 10 gigawatt-jam, bersamaan dengan kepala peledak
nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih
kuat. Melalui petir ini kita dapat menjana kuasa elektrik dengan baik.
Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja di bumi, dengan kawasan kutub
sebagai kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan
beriklim khatulistiwa sebagai kawasan yang paling kerap mengalami ribut petir.
TANAH RUNTUH
Tanah runtuh merupakan satu tragedi akibat daripada kegelonsoran tanah dan
menyebabkan kematian seperti batu jatuh,kegagalan dalam cerun dan aliran
sampah cetek. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam yang merupakan
punca utama tanah runtuh namun terdapat faktor tambahan lain yang
menyebabkan graviti gagal bertindak iaitu disebabkan hakisan oleh sungai,
glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam. Selain itu ialah cerun
batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat dan
juga gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun
lemah runtuh.Letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat,
dan aliran sampah juga menyebabkan graviti gagal bertindak pada cerun curam.
Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil.
Kita sering terdengar mengenai runtuhan salji di negara-negara yang memiliki
kawasan bersalji tapi adakah kita tahu bahawa kawasan bersalji juga mengalami
runtuhan seperti tanah runtuh. Runtuhan salji menyerupai keadaan tanah runtuh
dan membabitkan sejumlah besar air batu dan salji yang jatuh dengan pantas
dari sisi gunung.
GUNUNG BERAPI
Gunung berapi:1. Kamar magma besar2. Batu dasar3. Penyalur (Conduit)4. Asas5. Sill6. Paip cabang7. Lapisan abu dari gunung berapi8. Sisi
9. Lapisan lava dari gunung berapi10. Tengkuk11. Kon parasit12. Aliran lava13. Bukaan14. Kawah15. Kepulan abu
Gunung berapi merupakan rekahan atau bukaan pada permukaan atau kerak bumi.
yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah
permukaan bumi. Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau
bertembung. Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle
plumes), yang dikenali sebagai titik panas. Titik panas ini boleh berlaku jauh dari
sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga
didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.
GEMPA BUMI
Gempa bumi ialah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi di sebabkan oleh
pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku
apabila tenaga yang tersimpan oleh bumi tiba-tiba terlepas. Adakah kita tahu
bagaimana terhasilnya gempa bumi? Mari kita sama-sama singkap. Gempa bumi
terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi, dan
hentaman meteor. Bagaimanapun gempabumi kebanyakannya disebabkan oleh
pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh
di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat
tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai "isostatic".
Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang
keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu
berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting".
"Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. "Faulting" pada
skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada
permukaan bumi.
Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa bumi. Lantunan "Iisostatic"
merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat,
melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas
telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku,
menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak
bumi.
Gempa bumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan
yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi
pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic"
yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada
kerak bumi.
Setelah kita mengetahui dan mengkaji tentang bumi,adakah kita tahu juga
tentang satelit dan benda angkasa yang paling dekat dengan bumi iaitu bulan.
Semestinya kita mengenali bulan kerana bulan sentiasa bersama kita pada
waktu malam dan ketika bulan purnama,ia menjadi satu malam yang sangat
indah. Cahayanya terang dan menyerlah. Betul ke cahaya itu dari bulan sendiri?
dan Kenapa bulan sentiasa ada di mana kita berada? Pastinya itu akan menjadi
persoalan kepada kita yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bulan.
Sekarang,kita akan menyingkap segala rahsia tentang bulan.
Bulan atau dalam bahasa inggeris di panggil moon merupakan sebuah satelit
semula jadi bumi. Bulan juga sentiasa mengelilingi planet-planet yang lebih
besar daripadanya. Bulan terdapat dalam pelbagai jenis. Bulan yang mengelilingi
bumi ini bersaiz satu per empat daripada saiz bumi. Bulan tidak mempunyai
cahaya seperti yang kita fikirkan dan cahaya bulan yang kita lihat hampir setiap
malam itu sebenarnya berasal dari pantulan cahaya matahari. Selain itu,terdapat
pelbagai teori di keluarkan pada setiap jenis bulan disebabkan bulan hanya
dapat di ketahaui melalui pemerhatian jarak jauh sahaja melalui probe atau
teleskop. Ada pendapat mengatakan bulan di bumi berasal daripada asteroid
bersaiz marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Setelah itu.teras asteroid
itu terus menghentam bumi manakala lapisan luar asteroid terpelanting dan
terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan. Selain itu,ada
yang berpendapat Kebanyakan bulan terbentuk dari runtuhan region cakera
protoplanet yang sama seperti planet utama.
Terdapat pelbagai jenis bulan setiap planet yang berbeza. Sebagai contoh,
planet Bumi mempunyai jenis bulannya ialah bulan Galilean. Manakala,planet
musytari mempunyai pelbagai jenis satelit semula jadi seperti bulan lo,bulan
Europa,bulan Ganymede dan bulan Callisto.Untuk jenis bulan Titan ini hanya
terdapat pada planet Zuhal. Bulan yang ditawan oleh planet Neptune ialah bulan
Triton. Jenis-jenis bulan ini merupakan jenis bulan yang terbesar dalam sistem
suria yang lebih besar dari 3000 km keratan rentas.
Setelah kita mengetahui jenis-jenis bulan,kita akan berkenalan pula dengan
bentuk dan keadaan permukaan bulan serta pergerakannya. Bulan berbentuk
bulat dengan jisimnya 74 1022 kilogram. Selain itu, seperti yang kita tahu,bulan
sentiasa mengelilingi bumi. Ia berputar mengelilingi bumi pada jarak
kejauhannya 384000 kilometer. Jarak bulan di antara bulan dan matahari tidak
tetap kerana bulan sentiasa berputar dan beredar mengelilingi bumi. Sambil
mengelilingi bumi,bulan juga sentiasa berputar di atas paksinya sendiri dengan
kelajuan yang sama iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Hal ini
menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi. Persamaan masa
putaran Bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi
adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak
memanjang. Selain itu, tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas
paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-
Bulan. Garis pusat bulan adalah satu per empat garis pusat bumi bersamaan
dengan 3476 kilometer debgan kekuatan gravitinya ialah hanya 0.16 bersamaan
dengan satu per enam daripada graviti bumi.Bulan juga mempunyai isipadu yang
sangat ringan berbanding dengan isipadu bumi iaitu 0.012 lebih ringan
berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat air atau udara. Hanya banyak
kawah yang terhasil akibat hentaman komet dan sebagainya dari angkasa.
Apabila udara dan air tiada,maka tiada hidupan di sana. Dengan ketiadaan air
dan udara maka tidak terjadilah hakisan dan kawah yang berusia beberapa juta
tahun yang dulu masih kekal utuh. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada
bunyi yang dapat di lontarkan dan tidak kedengaran di bulan.
Akibat daripada graviti yang rendah,bulan tidak dapat menahan molekul-
molekul udara di sekelilingnya untuk membentuk atmosfera. Dengan tidak
adanya atmosfera maka terjadilah pelbagai fenomena seperti tiada lagi
kehidupan di bulan. Seterusnya permukaan bulan yang kasar dan berlubang
akibat daripada benda yang jatuh ke bulan. Selain itu,ketiadaan atmosfera bererti
ketiadaan udara yang akan menyebabkan tiada bunyi kedengaran di sana.
Langit bulan juga berwarna hitam legam akibat daripada ketiadaan atmosfera.
Langit bumi berwarna biru kerana cahaya matahari mengenai molekul-molekul
udara yang terdapat pada atmosfera menghamburkan cahaya berwarna biru.
Bumi dan bulan saling menarik antara satu sama lain,Walaupun begitu, graviti
bulan mempengaruhi Bumi dan menyebabkan "pasang surut" dalam lautan dan
laut. Perubahan biasa berlaku pada permukaan laut. Jika tarikan graviti bulan
kuat, air pasang akan menyebabkan paras air naik dan jatuh dengan kerap.
Dalam keadaan ini, kawasan-kawasan berhampiran lautan dan laut akan selalu
banjir.
Fasa-fasa bulan
Oleh sebab,sifat semula jadi bulan berputar dan beredar mengelilingi bumi dan
matahari maka terjadilah fasa-fasa bulan. Bulan mempunyai beberapa fasa
daripada awal hinggalah ke akhirnya. Kita dapat memperhatikan fasa fasa bulan
yang berlainan pada setiap malam. Fasa ini terjadi apabila bulan mengelilingi
bumi dan cahaya matahari yang mengenai pada permukaan bulan merupakan
fasa bulan yang kita lihat . kita dapat melihat sebahagian sahaja permukaan
bulan kerana bulan berputar mengelilingi bumi. Mengikut masyarakat melayu
fasa-fasa bulan terbahagi kepada tiga iaitu,anak bulan,bulan sabit dan bulan
purnama. Bentuk bulan yang kita lihat pada setiap malam sentiasa berubah-
ubah. Bermula dari tidak nampak,kemudian muncul pula bulan sabit dan
akhirnya berubah menjadi bulan purnama pada hari ke-14 atau ke-15. Setelah
itu,bulan purnama kembali mengecil kembali menjadi bulan sabit dan hilang
pada hari ke-29 atau ke-30. Fasa bulan ini sentiasa berulang setiap 29 hari iaitu
bulan sinodis atau komariah.
Fasa-fasa bulan yang terjadi antaranya ialah fasa bulan baru. Pada fasa ini
bulan berada di antara bumi dengan matahari. Apabila kedudukan ini
berlaku,hanya sedikit sahaja cahaya matahari yang mengenai permukaan bulan
iaitu bahagian sisi belakang bulan sahaja yang mendapat cahaya matahari.
Melalui sisi yang menghadap bumi pula tidak mendapat cahaya matahari sama
sekali dan akibatnya,bulan tidak nampak dari bumi.
Fasa yang seterusnya ialah kuartir pertama. Kuartir pertama terjadi selama 7
hari dan tiga per lapan hari. Dalam fasa ini,bulan,bumi dan matahari berada
dalam keadaan posisi tegak lurus. Hanya setengah permukaan bulan yang
menghadap bumi mendapat cahaya matahari,manakala setengah yang lain pula
tidak mengenai cahaya matahari. Antara bulan baru dengan kuartir pertama
bulan nampak sebagai bulan sabit.
Bulan purnama pula terjadi selepas kuartir pertama. Bulan inilah yang sangat
dinantikan oleh manusia yang mencintai alam. Hal ini kerana pada bulan
purnama,seluruh cahaya matahari dipantulkan mengenai seluruh permukaan
bulan yang menghadap bumi. Oleh itu,ketika ini,langit pada waktu malam
menjadi lebih cerah dari malam-malam lain. Bulan nampak dari bumi berupa
lingkaran utuh. Pada fasa ini,posisi bumi berada di tengah-tengah matahari dan
bulan dalam keadaan segaris.
Setelah mengalami 14 hari dan tiga per empat hari bulan purnama,fasa kuartir
ketiga pula menggantinya. Fasa ketiga ini terjadi selama 22 hari dan satu per
lapan hari. Pada ketika ini,bulan seperti pada fasa pertama. Posisi bumi,bulan
dan matahari berada dalam keadaan tegak lurus. Hanya separuh permukaan
bulan sahaja yang menghadap bumi mendapat cahaya matahari.
Manakala fasa bagi kuartir keempat pula muncul selepas kuartir ketiga. Pada
fasa ini bulan menjadi bulan baru selama dua puluh lapan hari dan setengah
hari. Bulan sinodis yang terbentuk pada fasa bulan ini menjadi rujukan
perhitungan kepada umat islam di dalam kelendarnya iaitu kelendar islam yang
dikenali sebagai kelendar hijriah. Sekiranya fasa bulan berlaku apabila bulan
bergerak beredar mengelilingi matahari dan bumi,pastinya akan berlaku
gerhana.
Gerhana
Adakah kita faham mengenai gerhana? Gerhana merupakan proses tertutupnya
matahari atau bulan secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku apabila satu objek
astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain.
Terdapat dua jenis gerhana yang berlaku apabila bulan mengelilingi bumi dan
matahari. Dua jenis tersebut ialah gerhana bulan dan gerhana matahari. Apa itu
gerhana bulan? Gerhana bulan berlaku ketika bulan purnama. Hal ini kerana
ketika itu bulan berada setentang dengan bumi dan terlindung daripada
matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan
menghilang. Selain dari gerhana bulan,adakah kita faham tentang gerhana
matahari?Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam
perjalanannya mengelilingi bumi setelah itu kedudukannya bertentangan dengan
bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka
terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru,
kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.
Gerhana terbahagi kepada tiga iaitu gerhana penuh,gerhana separa dan
gerhana anulus. Gerhana penuh berlaku ketika sumber cahaya terlindung
sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Manakala,gerhana separa pula
berlaku apabila sebahagian objek sahaja yang terlindung. Apa itu gerhana
anulus? Adakah kita pernah terdengar dari mana risalah atau petikan. Gerhana
anulus merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran yang halus
dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.
SOLAT SUNAT GERHANA
Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf ( bagi bulan dan ( الخ�س�وف�
kusuf ( .bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari ( الك�س�وف�
Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada
kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia
tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena
gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan
fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam
ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Dalilnya :
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
م�س� الش� ن� الله إ اي�ات من� آي�ت�ان م�ر ذ�ا و�الق� إ ف� ،ي�اته لح� و�ال� د! ح�أ� لم�وت ان ف� س ال�ي�خ�
ي�ت+م�أ� ر�
و�ص�ل-وا وا و�ت�ص�د�ق+ و�ك�ب1ر+وا الله� اد�ع+وا ف� ذلك�
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-
tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu
bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau
kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah
serta bersembahyanglah”
Dalilnya :
) : : والقمر الشمس إن وسلم عليه الله صلى الله رسول قال االنصارقال مسعود ابن عن
. . (ه�م'ا �ن و'ا عباده بهما يخوف الله آيات من . ال آيتان رأيتم فإذا (اس� الن م�ن' أحد لموت� ينكسفان
. بكم ما يكشف الله وادعوا فصلوا شيئا .منها
Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara
tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh
Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah
gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu,
apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada
Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”
Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau
bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan
secara berjamaah atau bersendirian
i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan
berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana
tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka
tidak ada solat gerhana.
ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana
bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik
fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan
ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika
terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :
i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah
hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah
terbit matahari ( syuruk ).
* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana
tersebut adalah waktu tahrim.
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau
bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
'ع'ال'ى ت لله� 'ين� =ع'ت ك ر' الك�س�وف� (ة' ن س� ص'ل@ى� أ
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
'ع'ال'ى ت لله� 'ين� =ع'ت ك ر' الخ�س�وف� (ة' ن س� ص'ل@ى� أ
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia
adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan
2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-
dua rakaat.
ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap
satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Kaifiatnya adalah seperti berikut:
Berdasarkan hadis :
: ف'ت� خ'س' يوم وسلم عليه الله صلى الله رسول 'ن( أ وقالت عباس ابن حديث نحو عائشة عن
' أ و'ق'ر' (ر' 'ب ف'ك ق'ام' م=س� اء'ةG الش( 'ةG ق�ر' �م( ط'و�يل ف�ع' ث ر' �م( ث G ط'و�يال �وعGا ك ر� 'ع' ك ف'ق'ال' ر' ه�� س�= أ الله� ر' م�ع' س'
'ق'ر' ن ه�و' 'م'ا ك 'م و'ق'ا ح'م�د'ه� �م'ن= اء'ةG ل �م( ق�ر' ث �ول'ى األ اء'ة� الق�ر' م�ن' 'د=نى أ و'ه�ى' Gة' 'ع' ط'و�يل ك �وعGا ر' ك ر�
�ول'ى األ =ع'ة� ك الر( م�ن' 'ى 'د=ن أ و'ه�ى' G G ط'و�يال ط'و�يال س�ج�ودGا س'ج'د' �م( ف'ع'ل' في ث �م( =ع'ة� ث ك =ل' الر( م�ث اآلخ'�رة�
�ك' (م' ذل ل س' �م( ف'خ'ط'ب' ث م=س� الش( ل(ت� 'ج' ت في و'ق'د= ف'ق'ال' (اس� و'الق'م'ر� الن م=س� الش( �س�وف� (ه�م'ا ك �ن إ
'ان� 'ت الله� م�ن= آي 'ت� 'ة� آيا الص(ال �ل'ى إ ع�وا ف'اف=ز' �م�وه�م'ا =ت 'ي أ ر' �ذ'ا ف'إ �ه' 'ات ي لح'� و''ال Zح'د' أ �م'و=ت� ل ف'ان� 'خ=س� ي 'ال .
Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di
masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat
gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-
Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu
Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang
bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama,
kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari
ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih
seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat
pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri
solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda
berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya
keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah.
Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah
kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
: الله� س�ول� ر' ع'ه=د� ع'ل'ى م=س� الش( ف'ت� 'س' =ك ان 'م(ا ل ق'ال' (ه� ن' أ الع'اص� بن� ع'م=رو =ن� ب الله� =د� ع'ب ع'ن=
( ) 'يه� ع'ل الله� ص'ل(ى الله� س�ول� ر' كـع' ف'ر' Gج'ام�ع'ة 'ة� الص(ال ب� �ود�ى' ن (م' ل و'س' 'يه� ع'ل الله� ص'ل(ى
. . . م=س� الش( ع'ن� ج�ل@ى' �م( ث Zس'ج=د'ة ف�ى 'ين� =ع'ت ك ر' كـع' ف'ر' ق'ام' �م( ث Zس'ج=د'ة ف�ى 'ين� =ع'ت ك ر' (م' ل و'س'
. . . : =ه� م�ن 'ط=و'ل' ا 'ان' ك ق'ط(� س�ج�ودGا س'ج'دت� ' و'ال ق'ط(� �وعGا ك ر� 'ع=ت� ك ر' م'ا ة� ع'ائش' ف'ق'ال'ت=
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari
gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu
jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu
rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam
satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata:
“Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang
lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau
mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.
* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( Gام�ع'ة ج' 'ة� ( الص@ال
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat
gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Khutbah Solat Gerhana :
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
آيتان إنهما والقمر الشمس كسوف في فقال الناس فخطب الشمس تجلت وقد سلم ثم
الصالة إلى فافزعوا رأيتموهما فإذا لحياته وال أحد لموت يخسفان ال الله آيات .من
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana
matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana
matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara
tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian
seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat
keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah,
memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai,
jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.
( Khutbah adalah seperti dilampirkan )
Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang
paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka
didahulukan solat jenazah.
ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal
waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan
kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu
maka didahulukan solat fardhu.
iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat
gerhana.
NEIL ARMSTRONG
Adakah kita pernah dengar dan tahu bahawa terdapat seorang angkasawan
yang telah berjaya menjejakkan kaki di bulan. Semestinya “ya” kerana namanya
sentiasa didengari sehingga kini iaitu ‘Neil Armstrong’. Pada 20 Julai 1969,Neil
Armstrong menjadi manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Dia adalah
Komandan Apollo 11 lunar modul, dan didampingi oleh Edwin E. Aldrin. Kata-
kata pertamanya setelah menginjak di bulan itu, "Itu salah satu langkah kecil bagi
seorang lelaki,satu lompatan raksasa bagi umat manusia”.
Armstrong lahir di Ohio pada tahun 1930. Armstrong adalah seorang pilot
Tentera Laut 1949-1952. Beliau menerbangkan pesawat-pesawat pejuang di
Perang Korea. Selepas perang, beliau meninggalkan Tentera Laut dan
mendapatkan gelar sarjana di aeronautical engineering. Pada tahun 1955, beliau
menjadi juruterbang penguji untuk prestasi tinggi pesawat. Pada tahun 1962,
beliau dipilih oleh NASA untuk menjadi angkasawan.
Penerbangan angkasa pertamanya pada tahun 1966 hampir satu bencana.
Beliau berada di AS pertama kecemasan di ruangan angkasa dengan
pasangannya David Scott, selama 8 Gemini misi mereka. Pesawat angkasa
mereka berputar liar di luar kawalan ketika salah satu roket pendorong mereka
tidak berfungsi. Mereka mendapat pesawat di bawah kawalan lagi, tetapi harus
kembali ke Bumi selepas hanya tujuh orbit kerana mereka telah menggunakan
sebahagian besar bahan bakar mereka.
Pada tahun 1968, beliau dipilih, bersama dengan Edwin "Buzz" Aldrin dan
Michael Collins, untuk menjadi ahli dari misi Apollo 11,. Ini akan menjadi yang
pertama dalam sejarah untuk cuba melakukan pendaratan berawak di Bulan.
Apollo 11 meninggalkan Cape Canaveral, Florida pada 16 Julai 1969, didorong
oleh roket Saturn V gergasi. Empat hari kemudian, ia pergi ke orbit di sekitar
Bulan. Lunar module Eagle, Armstrong dan Edwin dengan dalam, berasingan
daripada modul arahan dan turun ke permukaan Bulan. Target mereka adalah
kawasan datar yang disebut Laut Tranquility.
Ada batu-batu besar di daerah pendaratan, dan juruterbang Armstrong harus
menggunakan sebahagian besar modul lunar bahan bakar untuk mendapatkan
kedudukan untuk melakukan pendaratan yang selamat. Setelah mendarat,
Armstrong melaporkan kesuksesan mereka dengan kata-kata: "Tranquility Base
sini ... Eagle sudah mendarat." Beberapa jam kemudian, pada 10:56 PM,
Eastern Standard Time, Armstrong menjadi manusia pertama yang pernah
berjalan di permukaan Bulan. Edwin mengikutinya sekitar lima belas minit
kemudian.
Dua angkasawan menetapkan sebuah bendera Amerika, mengumpul sampel
batuan, dan menetapkan beberapa percubaan sains dan instrumen di
permukaan bulan. Mereka tinggal di luar selama sekitar dua setengah jam. Hari
berikutnya, mereka meninggalkan Bulan dan bergabung dengan Collins dalam
modul perintah. Ketiga angkasawan kembali ke rumah pada 24 Julai dan dipuji
sebagai pahlawan.
Selepas pergi ke Bulan, Neil Armstrong mengundurkan diri daripada program
angkasawan pada tahun 1970. Dari 1971-1979 beliau berkhidmat sebagai
profesor teknik di University of Cincinnati. Pada tahun 1980 ia menjadi pengerusi
Cardwell Antarabangsa, pembekal peralatan pengeboran minyak. Pada tahun
1986 Armstrong menjadi cochairman daripada Presidential Commission
menyiasat letupan pesawat angkasa Challenger.
PERBEZAAN DI ANTARA BUMI DAN BULAN
Terdapat pelbagai perbezaan di antara bumi dan bulan. Perbezaan melalui
tersurat dan juga perbezaan melalui tersirat. Antara perbezaan melalui
tersuratnya ialah bumi mempunyai kehidupan manakala di bulan tidak
mempunyai kehidupan. Di bulan memantulkan cahaya matahari. Melihat
daripada situasi ini juga terdapat sedikit perbezaan iaitu bumi tidak memantulkan
cahaya matahari sebaliknya menerima cahaya matahari dengan baik. Ketika di
bumi,kita dapat melihat keadaan bulan yang cerah dan bercahaya namun ia
merupakan hasil daripada pantulan cahaya matahari daripada bulan ke bumi.
Melalui info sains juga,kita mendapati bahawa terdapat lagi perbezaan di
antara bumi dan bulan iaitu dari segi ciri-cirinya. Bumi merupakan sebuah planet
dalam sistem suria manakala bulan merupakan satelit kepada planet. Setiap
planet mempunyai satelitnya yang tersendiri dan satelit itu pula terdiri daripada
bulan salah satunya. Selain itu,bumi dan bulan juga terdapat perbezaan dari
segi jaraknya dengan matahari. Bumi mempunyai jarak puratanya dengan
matahari iaitu sepanjang 149.6 kilometer manakala bulan pula kita tidak dapat
mengetahui jaraknya kerana ia tidak tetap dan sering berubah-ubah jarak kerana
bulan sentiasa mengelilingi bumi.
Selain jarak purata dengan matahari,bulan dan bumi juga terdapat perbezaan
dari segi jisim atau beratnya. Jisim bagi bumi seberat 59,760 juta tan dan jisim
bagi bulan pula seberat 74 1022 kilogram. Hal ini menunjukkan bumi lebih berat
berbanding bulan. Bulan lebih ringan berbanding bumi kerana isipadu bulan lebih
ringan berbanding bumi iaitu sebanyak 0.012. Seterusnya kita dapat mengetahui
perbezaannya di antara bumi dan bulan dengan mengetahui di bumi mempunyai
pelbagai jenis lapisan udara,air dan medan magnet. Di bulan pula,tidak
mempunyai udara mahupun air. Di sebabkan inilah,di bulan tidak mempunyai
hidupan dan permukaan bulan juga tidak rata,dipenuhi dengan kawah-kawah
besar yang terbentuk akibat daripada ketiadaan lapisan udara yang melindungi
permukaan bulan daripada meteor-meteor dan sebagainya.
Oleh kerana bumi lebih besar berbanding bulan maka garis pusat bumi lebih
panjang berbanding bulan. Garis pusat bumi sepanjang 12,756 kilometer
manakala bulan mempunyai garis pusat sepanjang 3480 kilometer. Apabila
peredaran berlaku maka berlaku fenomena-fenomenanya tersendiri. Begitu juga
fenomena yang terjadi di bumi dan bulan apabila berlaku proses peredaran. Jika
peredaran bumi mengelilingi matahari ini akan menyebabkan berlakunya
kejadian empat musim manakala jika peredaran bulan mengelilingi matahari
akan mengakibatkan berlakunya kejadian pasang surut air laut.
Saiz bumi juga lebih besar berbanding saiz bulan. Hal ini kerana saiz bulan lebih
kurang 50 kali atau satu perempat kali kecil berbanding bumi. Dengan mencari
perbandingan perbezaan ini, kita dapat mengetahui perbezaan di antara bumi
dan bulan dengan melihat bentuk dan ciri-cirinya . Tidak semua yang dijadikan
oleh Allah S.W.T mempunyai persamaan kerana terdapat banyak perbezaannya
seperti perbezaan bumi dan bulan ini.
Perbezaan Antara Bumi dan Bulan
BUMI PERBEZAAN BULAN
Jarak purata Bumi dengan
matahari adalah 149.6 juta
kilometer
JARAK DENGAN
MATAHARI
Tidak tetap kerana
mengelilingi bumi
Bumi mempunyai jisim
seberat 59,760 juta tan.
JISIM Jisim bulan pula seberat 74
1022 kilogram
Bumi mempunyai lapisan
udara,air dan medan
magnet.
UDARA DAN AIR Di bulan tidak terdapat
udara ataupun air
Bumi mempunyai garis
pusat sepanjang 12,756
kilometer
GARIS PUSAT Bulan mempunyai garis-
pusat 3480 km
Bumi mempunyai
kehidupan
Bumi tidak memantulkan
cahaya matahari.
KEHIDUPAN
CAHAYA
Bulan tidak mempunyai
kehidupan
Bulan memantulkan cahaya
matahari
Bumi merupakan sebuah
planet dalam sistem suria.
KEDUDUKAN DALAM
SISTEM SURIA
Bulan merupakan satelit
kepada bumi.
Peredaran bumi
mengelilingi matahari
mengakibatkan berlakunya
kejadian empat musim
PEREDARAN Peredaran bulan
mengelilingi mengelilingi
matahari mengakibatkan
kejadian pasang dan surut
air laut.
Saiz bumi lebih besar
berbanding saiz bulan
SAIZ Saiz bulan adalah lebih
kurang 50 kali lebih kecil
daripada Bumi.
PERSAMAAN ANTARA BUMI DAN BULAN
Setiap perbezaan pastinya ada persamaan tersendiri. Begitu juga dengan persamaan
antara bumi dan bulan yang banyak persamaannya. Antaranya ialah dari segi
bentuknya, bumi dan bulan mempunyai bentuk yang sama iaitu berbentu sfera. Bentuk
sfera ini seperti bulat tetapi ada bujur sedikit atau seperti bulat yang di lonjongkan.
Bentuk yang sama cuma saiz yang berbeza.
Selain itu,bumi dan bulan mempunyai persamaan dari segi putaran. Bumi sentiasa
berputar di atas orbitnya mengelilingi matahari manakala bulan pula sentiasa berputar
mengelilingi bumi. Serentak dengan putaran ini,bumi dan bulan juga mengalami
peredaran ketika berputar untuk mengelilingi matahari.
Kedua-duanya juga berada pada kedudukan di dalam galaksi bima sakti. Di dalam
galaksi ini terdapat beberapa jenis planet dan pelbagai jenis bulan. Bumi tergolong
dalam jenis planet yang sentiasa berputar dan beredar mengikut orbitnya. Melalui
proses pergerakan dalam galaksi bima sakti ini,kita dapat mengetahui satu lagi
persamaan iaitu kedua-dua bumi dan bulan bergerak dan beredar di atas orbitnya
tersendiri. Orbit ini seperti landasan yang sentiasa tersusun rapi supaya pergerakan
planet bumi dan bulan tidak melanggar antara satu sama lain.
Apabila bumi dan bulan ini sentiasa berputar dan beredar mengelilingi matahari,kedua-
duanya menerima cahaya daripada cahaya matahari. Kemudian,cahaya daripada
cahaya matahari dipantulkan oleh bulan ke bumi yang menyebabkan kita dapat melihat
bulan memiliki cahaya. Walhal,bumi dan bulan tidak mempunyai cahayanya tersendiri.
Kita sering mendengar tentang gerhana bulan dan gerhana matahari tapi adakah kita
tahu kewujudan gerhana bumi. Semestinya ramai yang tidak pernah mendengarnya.
Hal ini kerana,apabila kita hidup di bumi kita dapat melihat gerhana bulan dan gerhana
matahari tapi bagaimana pula jikalau kita hidup di bulan? Semestinya kita dapat melihat
gerhana bumi dan gerhana matahari. Justeru itu,persamaan yang dapat diperolehi ialah
kedua-dua bumi dan bulan berlaku gerhana iaitu gerhana matahari,gerhana bulan dan
gerhana bumi.
Persamaan yang terakhir yang dapat kita mengetahuinya ialah persamaan dari segi
graviti. Kedua-keduanya memiliki graviti,yang berbezanya ialah bumi mempunyai graviti
yang tinggi manakala graviti di bulan sangat rendah. Hal ini menyebabkan di bulan tiada
kehidupan kerana dengan graviti yang rendah menyebabkan kehidupan menjadi
terapung-apung dan sebagainya.
Oleh itu,melalui persamaan ini kita dapat menganalisis sesuatu yang kita tidak tahu
tentang persamaan di antara bumi dan bulan kerana di antara bumi dan bulan lebih
banyak perbezaan berbanding persamaan. Hal ini dapat menguji kita lebih mendalam di
dalam konsep kemahiran berfikir ini. Dengan merungkai persoalan tentang persamaan
ini,kita dapat menambahkan lagi maklumat dan idea tentang bumi dan bulan ini. Hal ini
dapat menjadikan kedua-dua otak kita berfungsi.
Persamaan antara bulan dan bumi
PERSAMAAN BUMI DAN BULAN
Bentuk
Sentiasa berputar
Kedudukan
Pergerakan
Cahaya
Gerhana
Graviti
Berbentuk sfera.
Bumi sentiasa berputar di atas orbitnya mengelilingi matahari,
bulan pula sentiasa berputar mengelilingi bumi.
Kedua-duanya berada di dalam galaksi bima sakti.
Bergerak di atas orbit.
Menerima cahaya daripada cahaya matahari.
Kedua-duanya berlaku gerhana matahari,gerhana bulan dan juga gerhana bumi.
Kedua-duanya mempunyai graviti.
Sebagai kesimpulan yang dapat kita perolehi dalam tajuk banding beza di antara
bumi dan bulan ini,kita telah memhurai dan mengkaji tentang saiz bumi dan bulan,cara
peredaran di atas orbitnya,asal usulnya dan banyak lagi. Secara kesimpulannya,kita
dapati bumi lebih banyak mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti lapisan udaranya dan
lapisan buminya berbanding bulan.
Oleh sebab keperluan di bumi ini lengkap keperluan bagi hidupan menyebabkan di
bumi terdapat pelbagai hidupan berbanding bulan yang hanya mempunya kawah-
kawah besar akibat hentaman meteor dan dengan ketiadaan udara dan air
menyebabkan tiada kehidupan di situ. Bumi juga merupakan planet ke-5 terbesar
manakala bulan hanya lah memiliki saiz yang kecil iaitu satu per enam bumi sahaja.
Sebaik-baik bumi pasti ada kelemahannya.
Walaupun bumi mempunyai banyak hidupan tetapi semakin ramai atau banyak hidupan
semakin banyak terjadi bencana alam. Hal ini kerana sikap hidupan dibumi yang tidak
menjaga alam sekitar. Jika di bulan,kawah atau gunung ganang yang berusia berjuta
tahun dahulu masih lagi kekal sehingga kini,inikan pula bumi,hanya dapat merasakan
gunung yang nyaman,sungai yang bersih dan sebagainya hanya sekejap sahaja. Oleh
kerana di bumi terdapat udara dan air juga boleh menyebabkan hakisan berlaku
manakala di bulan dapat terselamat daripada hakisan kerana ketiadaan udara dan air.
Sebagai manusia atau kehidupan di bumi ini,kita hendaklah menjaga alam sekitar dan
memelihara hasil bumi dengan baik,supaya pewaris yang bakal datang dapat
merasakan kehidupan di bumi yang lebih baik.
Banding-bezakan di antara kata sifat dan kata
nama untuk menunjukkan bagaimana ia dibentuk
dan berperanan (Fakta Bahasa).
Kata nama ialah perkataan yang dapat menerbitkan frasa nama. Kata nama menjadi
unsur inti dalam binaan frasa nama. manakala frasa lain hadir dalam binaan frasa nama
manakala perkataan lain yang hadir dalam binaan frasa nama itu hanya penentu atau
penerang. Contohnya:
Semua pelajar kursus perguruan
Dalam frasa di atas,perkataan ‘pelajar’ merupakan unsur inti yang membina frasa itu.
Perkataan ‘semua’ merujuk kepada penentu dan ‘kursus perguruan’ sebagai penerang
kepada kata nama. kata nama juga terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu
bahagian pertama ialah kata nama am,kata nama khas dan kata ganti nama
diri,manakala bahagian ke dua ialah kata terbitan. Kata nama am dan khas juga di
kenali sebagai nama betul. Manakala kata ganti nama di kenali sebagai nama ganti
nama dan kata terbitan dikenali sebagai nama terbitan.
Kata nama am
Seterusnya kita berkenalan lebih lanjut dengan nama betul iaitu kata nama am dan kata
nama khas. Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada benda atau perkara
yang umum sifatnya. Oleh sebab,perkara itu umum maka kata nama am ditulis dalam
huruf kecil. Kata nama am ini banyak merujuk kepada benda,perkara ,proses
kejadian,keadaan atau seumpamanya. Kata nama am boleh di bahagikan kepada
beberapa jenis mengikut ciri seperti berikut:
Kata nama am hidup manusia: guru,abang,bapa,puan
Kata nama am hidup bukan manusia: harimau,pokok,bidadari
Kata nama am tidak hidup: bangunan,jam,laut
Kata nama am tidak hidup abstrak: kesalahan,roh,udara
Selain itu,kata nama am juga ada bahagiannya. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu
kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama
sesuatu yang dapat di rasa,dipegang atau di lihat. Manakala kata nama am abstrak
ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau di khayalkan. Kedua-dua ini boleh
terdiri daripada kata asal atau kata terbitan.
Kata nama khas
Kata nama khas pula mendukung makna rujukan khas kepada sesuatu nama
orang,haiwan,benda,perbadanan,bahasa dan seumpamanya. Kata nama khas perlu di
eja dengan huruf besar pada awal perkataan. Kata nama khas terbahagi kepada tiga
jenis iaitu kata nama khas hidup manusia,kata nama khas hidup bukan manusia dan
kata nama khas bukan hidup. Kata nama khas hidup manusia merujuk kepada nama
manusia yang khusus. Contohnya,Ahmad,Fatimah,Muthu dan banyak lagi. Kata nama
khas ini juga boleh di sertai dengan gelaran. Contohnya,Puan Fatimah,Syed Syamil
Haji Bakir dan lain-lain.
Seterusnya ialah kata nama khas hidup bukan manusia. Ini merujuk kepada haiwan
yang di berikan nama khusus oleh tuan punya atau binatang tertentu. Sebagai
contohnya ialah Si Tompok,Si Belang,Sang Kancil dan sebagainya.
Kata nama khas bukan hidup pula adalah nama khas yang merujuk kepada benda yang
tidak hidup misalnya kapal,bangunan,negeri,pulau dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya
ialah IPG Kampus Tun Hussien Onn,Kelantan,Jalan Langgar,Sungai Nil dan banyak
lagi.
Kata ganti nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang di gunakan bagi menggantikan diri seseorang
atau sebagai penunjuk yang tidak dapat di sebut secara khusus. Kata ganti nama pula
terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama tunjuk,kata ganti nama tanya,kata ganti
nama diri orang. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang digunakan untuk
menggantikan nama atau benda yang ditunjukkan. Contohnya:
Kereta itu kereta abang Shafinaz .
Perkataan ‘itu’ menunjukkan kepada kereta yang berada di tempat yang di tunjukkan.
Seterusnya ialah kata ganti nama tanya ialah perkataan yang digunakan bagi merujuk
orang atau benda dalam bentuk tanya. Contohnya:
Dimana rumah kamu?
Perkataan ‘dimana’ ini menunjukkan persoalan kepada penutur bertanyakan tentang
rumah.
Kata ganti nama diri orang pula merujuk kepada perkataan yang digunakan bagi
menggantikan nama orang. Kata ganti nama diri ini terbahagi kepada tiga iaitu ganti
nama diri orang pertama digunakan bagi mewakilkan nama orang yang bercakap.
Contohnya ialah saya,aku,beta ini untuk kegunaan bilangan tunggal, kami,kita pula
merujuk kepada kegunaan bilangan ramai atau jamak.
Kata ganti nama diri orang kedua pula digunakan bagi mewakilkan nama orang yang
ditujukan percakapan. Contohnya ialah engkau,awak,saudari ini untuk kegunaan
bilangan tunggal,manakala awk semua,tuan-tuan ini untuk kegunaan bilangan ramai
atau jamak.
Selain itu, Kata ganti nama diri orang ketiga digunakan bagi mewakilkan nama orang
yang menjadi subjek percakapan atau lebih mudah dijelaskan menggantikan nama
orang yang menjadi topik perbualan. Sebagai contoh,dia,baginda,beliau,-nya ini di
kelompokkan dalam bilangan tunggal manakala mereka pula di kelompokkan dalam
bilangan jamak.
Kata terbitan
Kata terbitan wujud apabila kata nama am diletakkan imbuhan. Imbuhan yang
membentuk kepada beberapa jenis kata nama terbitan iaitu kata nama terbitan
awalan,kata nama terbitan akhiran,kata nama terbitan sisipan dan kata nama terbitan
apitan. Kata nama terbitan awalan diletakkan imbuhan pada awal kata contohnya
mengambil,memakai dan sebagainya. Kata nama imbuhan akhiran pula diletakkan
pada akhir kata sebagai contoh larangan,dongengan dan lain-lain. Seterusnya ialah
kata nama terbitan sisipan yang diselitkan pada tengah perkataan. Contohnya ialah
gementar,kelopak dan lain-lain. Yang akhir ialah kata nama terbitan apitan iaitu
diletakkan imbuhan pada awal dan akhir kata. Contohnya ialah
membersihkan,mendatangkan dan lain-lain.
Setelah mempelajari dan mengkaji tentang kata nama,kita akan mengkaji dan
memahami tentang kata sifat pula. Kata sifat juga dikenali sebagai kata adjektif yang
menerangkan tentang sifat sesuatu nama atau frasa nama. kata sifat juga boleh disertai
oleh penguat sebagai unsur keterangan dalam binaan tersebut. Contohnya:
Pemikirannya masih mentah lagi.
Ayat di atas menjelaskan bahawa kata sifat boleh disertai oleh penguat iaitu melalui
perkataan ‘masih’.ini dapat menerangkan tentang ‘mentah’ itu lagi.Seperti kata
nama,kata sifat juga mempunyai pelbagai jenis kata sifat iaitu jenis
sifat,warna,ukuran,bentuk,waktu,jarak,cara,pancaindera dan perasaan.Jenis adjektif
sifat ialah yang menerangkan tentang sifat keadaan atau seseorang. Sebagai
contohnya ialah lemah,jahat,sihat,cergas dan sebagainya. Seterusnya ialah warna.
Sebagai contohnya pula ialah biru,hitam,merah,ungu dan lain-lain.ukuran pula seperti
pendek,luas,berat dan sebagainya. Contoh kepada bentuk ialah bujur,bulat,lonjong dan
banyak lagi. Manakala sifat waktu pula digunakan bagi pengertian konsep
masa,sebagai contoh ialah lama,silam,lewat dan seumpamanya.
Seterusnya ialah sifat jenis jarak. Jarak digunakan pengertian konsep ruang antara dua
benda dan keadaan. Contohnya ialah dekat,jauh,hampir. Cara pula di gunakan bagi
konsep keadaan kelakuan atau ragam. Contohnya ialah cepat,cermat,laju. Selain
itu,pancaindera pula digunakan untuk konsep sentuh,dengar,bau,rasa,pandang.
Contohnya pula ialah
lazat(rasa),licin(sentuh),merdu(dengar),lawa(pandang),wangi(bau). Jenis yang terakhir
ialah sifat perasaan digunakan untuk konsep perasaan.contohnya ialah
malu,geram ,marah dan sebagainya.
Selain daripada jenis-jenis sifat,kita juga akan menghuraikan tenyan pangkat-pangkat
adjektif pula. Terdapat 3 jenis pangkat-pangkat adjektif. Pangkat yang pertama ialah
pangkat biasa. Sebahagian besar kata sifat menggunakan pangkat ini. Contohnya ialah
Baju cantik itu direkakan oleh pereka fesyen yang terkenal
Ayat di atas merupakan ayat yang biasa digunakan dalam kata sifat. Dengan hanya
menggunakan kata sifat yang biasa tanpa menambah imbuhan atau sebagainya.
Pangkat seterusnya ialah pangkat bandingan. Melalui pangkat ini,kata sifat digunakan
dengan dua cara. Cara yang pertama ialah dengan menggunakan awalan ‘se-‘ atau
perkataan sama. Sebagai contohnya ialah:
Bilik itu sebersih bilik emak
Pakaian itu sama cantik dengan pakaian Siti.
Cara yang kedua ialah bandingan perkataan dengan menggunakan perkataan ‘lebih’
atau ‘kurang’. Contohnya:
Bunga mawar lebih harum daripada bunga kemboja
Air yang dibuat oleh mak cik itu kurang manis.
Pangkat yang terakhir ialah pangkat penghabisan. Melalui pangkat ini juga terdapat
beberapa cara. Cara yang pertama ialah gandaan kata adjektif dengan kata nama.
gandaan ini menunjukkan lagi sifatnya. Sebagai contoh:
Seburuk-buruk manusia ialah manusia yang menipu
Dalam ayat ini,menunjukkan manusia yang begitu buruk atau kejam. Dengan
menggandakan lagi perkataan kata sifat ini dapat menjelaskan lagi tentang ‘manusia’
tersebut.
Cara kedua ialah perkataan yang dengan kata sifat berawalan ‘ter-‘. Contohnya ialah
yang terpantas,yang tertinggi,yang terkemuka dan lain-lain. Cara seterusnya ialah
perkataan paling dengan kata adjektif. Sebagai contoh ialah paling manis,paling
baik,paling lawa dan seumpamanya. Cara yang terakhir ialah kata sifat dengan
perkataan sekali. Misalnya lembut sekali,bijak sekali,merah sekali dan seumpamanya.
PERBEZAAN ANTARA KATA NAMA DAN KATA SIFAT
Terdapat pelbagai perbezaan antara kata nama dan kata sifat. Antaranya ialah kata
nama ini ditujukan kepada benda binatang,orang,tempat,hari dan seumpamanya.
Manakala kata sifat pula ialah kata yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu
nama atau frasa nama.
Selain itu, kata nama juga menggunakan awalan PEN-,PE-,PER-,KE-, dan JURU
seperti pendidik,peraga,jurutera dan sebagainya, manakala kata sifat pula
menggunakan awalan TER- dan SE-.seperti tercantik,semanis. Hal ini menunjukkan
perbezaan yang amat ketara dari segi awalannya.
Kata nama juga menggunakan apitan PEN-..-AN,PE-..-AN,PER-..-AN dan KE-..-
AN. Sebagai contoh penilaian,pendidikan,perniagaan dan keadaan. Manakala kata sifat
menggunakan apitan KE-..-AN seperti kepahitan,kepandaian dan sebagainya. Kata
nama menggunakan imbuhan akhiran –AN manakala kata sifat pula tidak mempunyai
imbuhan akhirannya.
Perbezaan yang seterusnya ialah kata nama tidak memerlukan cara lain untuk
membuatnya kerana kata nama ini mempunyai caranya sendiri untuk menyesuaikannya
di dalam ayat. Di sebabkan itu,kata nama di kategorikan sebagai kata yang terhad
penggunaannya kerana ia dapat di gunakan dalam cara-cara yang tertentu sahaja.
Berbeza pula dengan kata sifat yang memerlukan cara lain untuk membina kata sifat.
Hal ini kerana kata sifat ini tidak terhad penggunaannya. Ia boleh di sesuaikan dengan
cara apa sekalipun bahkan sentiasa sesuai untuk menarikkan lagi ayat tersebut.
Perbezaan antara kata nama dan kata sifat
Kata nama Kata sifat
Kata yang ditujukan kepada benda,binatang,orang,tempat,hari dan seumpamanya
Menggunakan awalan PEN-,PE-,PER-,KE-.dan JURU.
Menggunakan apitan PEN-..-AN,PE-..-AN,PER-..-AN dan KE-..-AN.
Menggunakan imbuhan –AN
Tidak memerlukan cara lain untuk membuat kata nama.
Terhad penggunaannya
menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
Menggunakan awalan TER-,dan SE-
Menggunakan apitan KE-..-AN
Tiada penggunaan imbuhan akhiran
Terdapat banyak cara untuk membuat kata sifat
Tidak terhad penggunaannya
PERSAMAAN ANTARA KATA NAMA DAN KATA SIFAT
Seterusnya kita akan mengkategorikan persamaan kata nama dan kata sifat. Kata
nama dan kata sifat ini mempunyai banyak persamaannya. Antara persamaan kata
nama dan kata sifat ialah kedua-duanya merupakan sejenis kata. Hal ini kerana kita
juga menyebutnya sebagai kata nama dan kata sifat,jadi ia adalah tergolong daripada
golongan kata yang mempunyai banyak ciri-ciri tertentu
Selain itu, kata nama dan kata sifat juga merupakan jenis kata ganda seluruh. Kata
ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Contohnya ialah baring-
baring,makan-makan manakala bagi contoh kata sifat yang di gandakan deluruh ialah
manis-manis,lama-lama dan sebagainya.
Kedua-duanya juga merupakan jenis golongan kata dalam sintaksis. Golongan kata
dalam bahasa melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar. Antaranya ialah
kata nama dan kata sifat. Untuk kata nama dan kata sifat ini,ia tergolong dalam
sintaksis. Sintaksis ialah mengkaji proses pembinaan ayat dan juga hukum-hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Melalui sintaksis ini kata nama
dan kata sifat akan nergabung untuk membentuk ayat yang lebih menarik.
Ia juga dipelajari di dalam bahasa melayu. Di dalam subjek bahasa melayu ini lebih
banyak menekankan aspek kata nama dan kata sifat kerana aspek ini penting untuk
digunakan dalam karangan dan sebagainya. Persamaan yang terakhir dapat saya
perolehi ialah kedua-dua kata nama dan kata sifat ini sering di gunakan di dalam ayat.
Hal ini kerana kata nama dan kata sifat saling memerlukan. Di dalam ayat, sekiranya
hanya terdapat kata nama sahaja,ayat tersebut tidak menarik manakala sekiranya tiada
kata nama dan hanyalah kata sifat sahaja ayat tersebut tidak akan dapat difahami dan
tidak jelas. Kedua-dua kata ini saling memerlukan antara satu sama lain.
Persamaan antara kata nama dan kata sifat
Persamaan antara kata nama dan kata
sifat
Kedua-duanya merupakan sejenis kata
Juga merupakan jenis kata ganda seluruh.
Merupakan jenis golongan kata dalam sintaksis.
Dipelajari dalam matapelajaran bahasa melayu.
Kata yang digunakan dalam setiap ayat dan perkataan
Untuk tajuk banding beza di antara kata nama dan kata sifat pula,kita telah
mempelajari dan memahami tentang bentuk kata dan cara penggunaannya. Tajuk ini
tidaklah begitu sukar untuk mempelajarinya kerana kita telah pun di didik mempelajari
tentang kata dalam subjek bahasa melayu. Dengan mengkaji tentang tajuk ini ilmu yang
kita ada sebelum ini makin bertambah dan lebih memahami lagi tentang perbezaan
kata nama dan kata sifat.
Kita juga dapat mengkelaskan jenis-jenis kata nama dan jenis-jenis kata sifat.
Kesimpulannya,kata nama lebih banyak digunakan dalam komunikasi harian
berbanding daripada kata sifat yang hanya digunakan untuk menerangkan lagi sifat
ayat tersebut. Walaupun kata sifat jarang digunakan tetapi kata sifat ini tidak terhad
untuk menggunakannya. Ia boleh hadir pada ayat tersebut sekiranya mahu ayat yang
lebih bagus dengan pelbagai cara penggunaan. Manakala penggunaan kata nama
amat terhad kerana ia terlalu banyak digunakan dan ia juga tidak boleh
memasukkannya di dalam ayat mengikut citarasa sendiri dan terhad dengan satu cara
sahaja.
Selain itu,kata nama juga boleh menggunakan imbuhan akhiran ‘-an’ manakala kata
sifat tidak boleh menggunakan imbuhan akhiran ‘-an’ itu kerana ia tidak menggunakan
imbuhan akhiran sahaja.Oleh itu,kata sifat di gunakan dalam ayat yang mengandungi
kata nama untuk menjadikan ayat tersebut lebih mantap dan menarik,kedua-duanya
amat penting untuk memantapkan lagi ayat .Dengan mengkaji tentang kata sifat dan
kata nama ini dapat menjadikan kita lebih kritis dan lebih memahami.
KESIMPULAN KESELURUHAN
Melalui daripada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini, kita dapat
mengenalpasti pelbagai bentuk cara pemikiran.Hasil daripada pemikiran tersebut
barulah kita dapat mengaplikasikan segala bentuk corak pemikiran yang
berbeza.Secara amnya bentuk kemahiran berfikir dapat di pelbagaikan dan mempunyai
pelbagai jenis.
Melalui tugasan ini pelajar dapat memberikan pandangan berkenaan dengan cara
pemikiran kritis dan kreatif.Kebanyakan kerja khusus ini menggunakan kemahiran
pemikiran secara kritis kerana kita kena membuat ulasan dan kajian tentang sesuatu
tajuk.Di samping itu perlu juga dijelaskan kemahiran maembanding dan
membeza.Soalan yang diberikan adalah berkenaan dengan cara bagaimana kita
membanding dan membeza sesuatu perkara tersebut.
Soalan yang berkenaan bumi dan bulan juga memerlukan aplikasi kemahiran berfikir
secara membanding dan membeza.Perbezaan dan persamaan bumi dan bulan di
nyatakan dalam bentuk relatif dari segi saiz,jarak dan kedudukan. Dengan mengkaji
tentang bumi dan bulan ini,kita dapat mengetahui saiz bulan dan bumi yang berbeza
iaitu bulan hanyalah satu per empat saiz bumi. Ternyatalah bahawa bulan yang sering
kita lihat setiap malam itu lebih kecil daripada bumi.
Begitu juga dengan soalan banding beza kata nama dan kata sifat. Dengan melakukan
kajian ini kita akan lebih mendalami lagi konsep berfikir dan lebih memahami tentang
tatabahasa dalam subjek bahasa melayu. Apabila selesai melakukannya kita dapat
mengetahui tentang kata nama iaitu kata nama am,kata nama khas,kata ganti nama
dan kata terbitan. Kita juga dapat mengetahui tentang jenis-jenis kata sifat. Selain itu
juga kita juga dapat membanding bezakan kata nama dan kata sifat. Walaupun kedua-
duanya sentiasa ada di dalam ayat dan digunakan dalam bahasa melayu tetapi
terdapat juga perbezaannya.
Sehubungan dengan itu dapat saya rumuskan bahawa kemahiran membanding dan
membeza mengajar kita cara berfikir dengan menilai sesuatu sebelum membuat
keputusan.Selain itu, ia menjana pemikiran kritis dan reatif bagi pembentukan pemikiran
yang aktif dalam diri setiap pelajar. Ia juga membuatkan otak kiri dan kanan saya
sentiasa berfungsi.
Recommended