View
62
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK JENERI 2012
NAMA PROGRAM
Program Kejohanan Sukan Balapan dan Padang SK JENERI 2012
RASIONAL
Program Kejohanan Sukan Balapan dan Padang diadakan adalah untuk
meningkatkan persaingan yang sihat sesama murid-murid serta dapat mencungkil
bakat-bakat baru dalam pelbagai acara sukan seterusnya menyediakan barisan
pelapis muda yang bakal mewakili sekolah ini ke peringkat yang lebih tinggi.
OBJEKTIF
Memberi peluang kepada murid-murid untuk mencungkil bakat sukan
Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental murid-murid
Memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam diri murid-murid
Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial
Menggalakan murid-murid untuk menyahut seruan kerajaan dan menerusi
program (1 Murid 1 Sukan)
1
KUMPULAN SASARAN
Semua murid-murid SK jeneri terlibat sama sekali dalam Kejohanan Sukan Balapan
dan Padang pada tahun 2012 ini.
STRATEGI
Latihan Rumah Sukan
Merentas Desa
Saringan Rumah Sukan
Kejohanan Balapan dan Padang
PELAKSANAAN
Mesyuarat Pengurusan
Mesyuarat AJK Kerja Majlis Sukan
Mesyuarat AJK Kerja Kejohanan Balapan dan Padang
Persediaan tempat dan persediaan peralatan
Edaran surat-menyuarat
Kejohanan Balapan dan Padang
TEMPOH MASA= Tarikh : 10 Oktober 2012, Hari Rabu, Jam 8.00 pagi- 6.00 petang.
PERBELANJAAN= Peruntukan sekolah, sumbangan PIBG dan perseorangan
2
ANGGARAN PERBELANJAAN (1)
ANGGARAN PERBELANJAAN KEJOHANAN BALAPAN
DAN PADANG SK JENERI 2012
1- Pingat 394x RM 4.00= RM 1576.00
2- Pingat Olahraga 2X RM 4.00 = RM 70.00
3- Hamper pertandingan perbarisan 6 hadiah = RM 360.00
4- Hamper pertandingan menghias rumah 6 hadiah = RM 450.00
5- Sumbangan rumah sukan 6x RM 50.00 = RM 300.00
6- Sewa khemah = RM 500.00
7- Pembelian banner 1x RM 1OO.00 = RM 100.00
8- Pembelian peralatan = RM 100.00
9- Jamuan/ minuman = RM 500.00
10- Cendera hati = Rm 30.00
JUMLAH = RM 3976.00
3
ANGGARAN PERBELANJAAN 2 ( HAMPER PERTANDINGAN)
PERTANDINGAN PERBARISAN PERTANDINGAN MENGHIAS RUMAH
Tempat pertama - RM 100.00
Tempat kedua - RM 70.00
Tempat ketiga - RM 60.00
Tempat keempat - RM 40.00
Tempat kelima - RM 40.00
Tempat keenam - RM 40.00
Tempat pertama - RM 100.00
Tempat kedua - RM 100.00
Tempat ketiga - RM 100.00
Tempat keempat - RM 100.00
Tempat kelima - RM 100.00
Tempat keenam - RM 100.00
JUMLAH - RM 350.00 JUMLAH - RM 450.00
4
JAWATAN KUASA INDUK KEJOHANAN BALAPAN DAN
PADANG SEK KEB JENERI 2012
PENGERUSI : EN. MAHADZIR BIN ISMAIL AMN,BKM,PJK (GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI 1 : PN. ROHANA BT LEBAI YAHAYA (PK KURIKULUM)
NAIB PENGERUSI 2 : TN HAJI BAHARI BIN AHMAD (PK HAL EHWAL MURID)
NAIB PENGERUSI 3 : PN. SUHAIZA BT AHMAD (PK KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA : EN. LAMZI BIN SAAD
NAIB SETIAUSAHA : EN. MOHD SHAFRIZAL BIN SALLEH
BENDAHARI : EN. MOHD SANI BIN MAT SAAD
PENYELARAS : EN. NAZAMUDDIN BIN OTHMAN
TEKNIK DAN PERTANDINGAN
1. EN. LAMZI SAAD ( KETUA )
2. EN . MOHD SHAFRIZAL BIN SALLEH
URUSETIA
1.PN. NOR HAFIZAH BASRI
2. PN. NOR HAYATI KADIR
3. PN. SITI ZUBAIJAH AHMAD
4. CIK WAN HAYATI HASSAN
5. EN. ZAIFUL NAWAWI ABU BAKAR
PENGACARA
1. PN. SUHAILA SAMSUDIN
2. PN. NUR HASIFAH RAMLI
5
6
7
ATUR CARA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEK.KEB JENERI 2012
7.45 Pagi : Murid berkumpul di dewan.
8.00 pagi : murid bergerak ke rumah sukan masing-masing
8.30 pagi : Taklimat Pegawai
8.45 pagi : Acara bermula
: Acara balapan Pra Sekolah,Pendidikan Khas,Tahun 1dan 2
: Acara padang Tahunn 3,4,5 dan6
11.00 pagi : Rehat
11.30 pagi : Raptai perbarisan
8
SESI PETANG
2.30 petang : Ketibaan jemputan
2.45 petang : Perbarisan masuk para kontijen
3.15 petang : Ucapan Tuan Guru Besar,En. Mahadzir Bin Ismail
3.30 petang : Ucapan perasmian YDP PIBG SK Jeneri En. Mohd Bin Yusuf
3.45 petang : Acara balapan Tahun 3,4,5 dan 6 bermula
5.45 petang : upacara penutup dan penyampaian hadiah
JADUAL PERTANDINGAN
MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT
8.OO Pagi 50 Meter
50 Meter
Pra Sekolah (L)
Pra Sekolah (P)
Akhir
Akhir
8.05 pagi 80 meter
80 meter
Tahun 1 (L)
Tahun 1 (P)
Akhir
Akhir
8.10 pagi 80 meter Tahun 2 (L) Akhir
9
80 meter Tahun 2 (P) Akhir
8.15 pagi 100 meter
100 meter
100 meter
Pra Sekolah (L)
Pra Sekolah (P)
Tahun 1 (L)
Tahun 1 (P)
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
8.25 pagi
100 meter
100 meter
Tahun 2 (L)
Tahun 2 (P)
Akhir
Akhir
8.30 pagi
80 meter
80 meter
Pendidikan khas
Pendidikan khas
Akhir
Akhir
8.45 pagi
80 meter
80 meter
Pra Sekolah (L)
Pra Sekolah (P)
Tahun 1 (L)
Tahun 1 (P)
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
9.00 pagi
100 meter
100 meter
100 meter
Tahun 2 (L)
Tahun 2 (P)
Akhir
Akhir
9.15 pagi Lompat jauh
Tahun 3,4,5,6 (L)
Tahun 3,4,5,6 (P)
Akhir
Akhir
9.15 pagi Lompat tinggi
Tahun 5,6 (L)
Tahun 5,6 (P)
Akhir
Akhir
10
9.15 pagi Lontar peluru
Terbuka (L)
Terbuka (P)
Akhir
Akhir
11.OO pagi Rehat
3.00 petang
80 meter (H)
80 meter (H)
Terbuka (L)
Terbuka (P)
Akhir
Akhir
3.15 petang 100 meter
100 meter
100 meter
100 meter
100 meter
100 meter
100 meter
100 meter
Tahun 3 (L)
Tahun 3 (p)
Tahun 4 (L)
Tahun 4 (p)
Tahun 5 (L)
Tahun 5 (p)
Tahun 6 (L)
Tahun 6 (P)
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
3.45 petang 4X100 Meter
4X100 Meter
4X100 Meter
Tahun 3 (L)
Tahun 3 (p)
Tahun 4 (L)
Akhir
Akhir
11
4X100 Meter
4X100 Meter
4X100 Meter
4X100 Meter
4X100 Meter
Tahun 4 (p)
Tahun 5 (L)
Tahun 5 (p)
Tahun 6 (L)
Tahun 6 (P)
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
4.30 petang 200 meter
200 meter
200 meter
200 meter
200 meter
200 meter
200 meter
200 meter
Tahun 3 (L)
Tahun 3 (p)
Tahun 4 (L)
Tahun 4 (p)
Tahun 5 (L)
Tahun 5 (p)
Tahun 6 (L)
Tahun 6 (P)
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
5.00 petang 4x200 meter
4x200 meter
4x200 meter
Tahun 3 (L)
Tahun 3 (p)
Tahun 4 (L)
Akhir
Akhir
Akhir
12
4x200 meter
4x200 meter
4x200 meter
4x200 meter
4x200 meter
Tahun 4 (p)
Tahun 5 (L)
Tahun 5 (p)
Tahun 6 (L)
Tahun 6 (P)
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
PENUTUP
Setinggi penghargaan dedikasikan kepada semua pihak yang telah terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan temasya
Kejohanan Sukan Balapan dan Padang pada tahun 2012 ini. Semoga segala
sumbangan dan bakti yang dicurahkan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
Disahkan Oleh
……………………
13
( EN. MAHADZIR BIN ISMAIL )
Guru Besar
SK Jeneri
FASA SEBELUM PELAKSANAAN KEJOHANAN
Sebelum acara Kejohanan Sukan Balapan dan Padang yang sebenar
berlangsung, pihak sekolah saya telah merangka beberapa strategi yang akan
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk memastikan kelancaran acara
kejohanan sukan seperti yang telah dirancang dan termaktub di dalam takwim
sekolah. Antara bentuk persediaan yang telah dirancang dan dibuat adalah dengan
memantapkan tahap fizikal dan tahap mental murid-murid.
Dengan ini, pihak sekolah akan mengadakan latihan Rumah Sukan yang
berterusan, Acara Pertandingan Sukantara bagi murid-murid Tahap 2, dan Acara
Saringan supaya hanya mereka yang benar-benar berpotensi sahaja akan dipilih
untuk mewakili pasukan rumah sukan masing-masing.
14
Selain itu, saya juga telah menghadiri beberapa siri mesyuarat bersama
Pihak Pengurusan Sekolah, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan,
Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sukan Balapan dan Padang, taklimat bersama
setiausaha sukan dan taklimat pembahagian tugas dengan ketua unit.
Perbincangan yang diadakan ini adalah berkisar tentang persiapan atau persediaan
yang harus dibuat. Antaranya ialah dengan mengedarkan surat-menyurat serta
menyediakan persiapan tempat dan menyediakan peralatan-peralatan yang akan
digunakan nanti.
Sebelum tiba hari Kejohanan Sukan Balapan dan Padang, saya bersama
guru-guru penasihat lain sibuk melatih peserta rumah sukan masing-masing. Saya
dan guru-guru penasihat rumah sukan saya iaitu Unggu (Exora) banyak memberi
idea, komitmen dan kerjasama dalam menyiapkan maskot, menyediakan hiasan
untuk khemah, melengkapkan aksesori pada pakaian dan topi peserta perbarisan,
mengecat kain rentang (banner) dan membuat sepanduk.
Untuk Acara Pertandingan bagi murid-murid Pra Sekolah dan Tahap 1dan 2
telah diadakan pada hari dan tarikh yang sama, iaitu pada hari Rabu 10 Oktober
2012.Semua murid berkumpul di dalam dewan untuk mendengar taklimat sebelum
sukan di jalankan. Semua pelajar menunjukkan kesungguhan sepanjang perlawanan
diadakan.
15
FASA SEMASA KEJOHANAN SEDANG BERLANGSUNG
Untuk Kejohanan Sukan Balapan dan Padang saya telah dilantik sebagai
Timbalan Setiausaha. Saya bersama rakan saya bertungkus lumus memastikan
semua perjalanan kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar.Dengan ini sedikit
sebanyak saya dapat mempelajari bagaimana hendak mengelola satu-satu program.
Selain itu, tanggungjawab saya adalah memastikan peserta perbarisan
lintas hormat telah bersedia awal pagi dengan berpakaian serba lengkap di tempat
yang ditetapkan. Saya juga mesti mengurus peserta yang akan mengambil bahagian
dengan memanggil nama-nama mereka, mengumpulkan mereka, memberi nombor
untuk untuk dipakai pada baju dan mengiringi mereka membuat pendaftaran di
khemah urusetia. Saya juga perlu peka dengan aturcara majlis dan jadual
pertandingan agar peserta untuk acara berikutnya dapat diatur dengan cepat.
Selain itu, saya bertanggungjawab memastikan air minuman untuk ahli
rumah sukan sentiasa mencukupi di dalam khemah pasukan. Saya juga telah 16
ditugaskan untuk mengagihkan makanan kepada setiap ahli rumah sukan agar tidak
ada nama yang terlepas pandang.
FASA SELEPAS KEJOHANAN TAMAT
Semasa sesi peleraian, saya perlu memastikan segala peralatan-peralatan
sukan yang telah digunakan disimpan semula di dalam bilik setor sukan agar nanti
dapat digunakan semula pada tahun depan dan tahun-tahun seterusnya.
Saya bertanggungjawab untuk memastikan suasana persekitaran khemah
dan juga padang dalam kelihatan bersih daripada sampah-sarap yang boleh
meosakkan pandangan dibuang oleh ahli rumah sukan masing-masing. Oleh yang
demikian, murid-murid dikehendaki mengutip dan membuang sampah-sarap ke
dalam tong sampah dan plastik sampah yang telah disediakan oleh guru-guru
penasihat rumah sukan masing-masing. Ini kerana kebersihan itu sebahagian
daripada iman.
Saya juga perlu menyimpan hamper, piala pusingan dan beberapa hadiah
lain yang dimenangi oleh rumah sukan saya dengan baik agar dapat diserahkan
semula kepada Ahli Jawatankuasa murid yang berhak atau layak menerimanya.
17
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
SK JENERI TAHUN 2012
Kejohanan Sukan Balapan dan Padang SK Jeneri telah berlangsung dengan
lancar dan penuh dengan kemeriahan serta semangat kesukanan yang tinggi.
Temasya kejohanan telah diadakan pada hari Rabu yang bertarikh 10 Oktober 2012,
bermula dari pukul 7.45 pagi hingga 5.45 petang dan bertempat di padang sekolah
ini.
Kejohanan kali ini melibatkan semua murid dari Pra Sekolah hingga Tahun 6.
Pelbagai acara yang telah dipertandingkan seperti Acara Balapan 100 meter, 200
meter, Lari Berganti-ganti 4 x 100 meter serta Acara Padang antaranya Lompat
Jauh, Lompat Tinggi dan Lontar Peluru, danTarik Tali.
Semua waris, ibubapa dan murid-murid mula berkumpul di padang sekolah
seawal dari pukul 7.00 pagi lagi. Tetamu kehormat tiba pada pukul 2.50 petang.
18
Seterusnya acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen-kontinjen
rumah sukan yang menyertai kejohanan kali ini. Keenam-enam rumah sukan iaitu
Wira (Kuning), Viva (Hijau), Waja (Biru), Saga (Merah),Exora (Unggu)dan rumah
Alza (Jingga) melangkah dengan penuh warna-warni, segak, kemas, bersemangat
serta diiringi dengan maskot pilihan masing-masing yang dihiasi dengan kreatif.
Selepas bacaan doa pembuka temasya, majlis diteruskan dengan gimik
perasmian serta menjemput En. Mohammad Bin Yusuf, YDP PIBG SK JENERI
untuk merasmikan kejohanan seterusnya beliau menyampaikan ucapan.
Acara seterusnya ialah upacara menaikkan bendera kejohanan sukan oleh
wakil-wakil murid dan bacaan ikrar kejohanan sukan. Selepas itu, persembahan
pergerakan kreatif berirama oleh murid-murid Tahap 2 mengambil tempat untuk
menghiburkan para hadirin. Pada pukul 3.45
petang, acara dimulakan dengan beberapa acara akhir balapan iaitu 100 meter dan
4 x 100 meter dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau kecederaan
yang serius.
Setelah selesai semua acara balapan, Acara Tarik Tali antara rumah sukan
pula mengambil tempat di tengah padang. Pingat emas telah dirangkul oleh peserta
dari Rumah Wira (Kuning) yang sememangnya berbadan tegap dan sasa belaka.
Pingat perak pula disandang oleh Rumah Waja (Biru), manakala Rumah Viva (Hijau)
terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan memperolehi pingat gangsa.
Suasana ini berlangsung dengan penuh kemeriahan menggambarkan hubungan
yang erat antara pelajar.
Pada pukul 5.30 petang, diadakan upacara penutup dan majlis penyampaian
hadiah kepada para pemenang. Turut diumumkan juga keputusan bagi
pertandingan perbarisan lintas hormat dan rumah sukan yang telah
berjaya memenangi pertandingan khemah tercantik dan terbersih.
19
Selain itu, Johan keseluruhan bagi Kejohanan Balapan dan Padang
kali ini disandang oleh Rumah Waja (Biru) yang telah mengumpul markah yang
paling tinggi iaitu sebanyak 331 mata. Naib Johan pula disandang oleh Rumah
Exora (Unggu) sebanyak 306 mata. Manakala tempat ketiga pula Wira(Kuning)
memunggut mata sebanyak 278 mata dan di tempat keempat pula Rumah
Alza(Jingga) sebanyak 260 mata. Tempat ke lima Rumah Viva ( Hijau)dan terakhir
Rumah Saga ( Merah)
Olahragawan pada tahun ini jatuh kepada adik Mohd Syafiq bin Md Isa
daripada Rumah Wira(Kuning). Adik Mohd Syafiq telah memenangi Acara
100 Meter, 200 Meter (Pingat Emas) dan Lompat Tinggi (Pingat Gangsa).
Manakala Olahragawati untuk kejohanan sukan kali ini disandang oleh adik
Nor Anis Syazwani binti Abdul Razak daripada Rumah Waja (Biru) yang memenangi
Acara 100 Meter dan 200 Meter (Pingat Emas).
Majlis bersurai pada pukul 6.00 petang. Semua yang hadir berasa sangat
seronok dan berpuas hati dengan kejayaan yang cemerlang dan gemilang yang
telah dilakarkan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang
telah menunjukkan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi
di samping sokongan daripada pihak sekolah dan juga ibubapa.
Setinggi penghargaan dedikasikan kepada semua pihak yang telah terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan temasya
Kejohanan Sukan Balapan dan Padang pada tahun 2012 ini. Semoga segala
sumbangan dan bakti yang dicurahkan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
20
REFLEKSI
Temasya Kejohanan Sukan Balapan dan Padang SK Jeneri telah diadakan
pada hari Rabu yang bertarikh pada 10 Oktober 2012. Ini adalah Temasya Sukan
Tahunan Sekolah yang pertama kali saya ikuti sepanjang tempoh Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah (LPBS) dan Guru Dalam Latihan (GDL).Temasya Sukan
Tahunan ini telah berlangsung dengan jayanya sebagaimana yang telah diatur dan
dirancang.
Sepanjang penglibatan saya dalam mengelolakan sesuatu acara program
yang bermula dengan Latihan Rumah Sukan, Acara Saringan, Aca, Acara Sukantara
bagi murid-murid Tahap 2, dan semasa kejohanan yang sebenar, saya dapati ada
beberapa kelebihan yang memberi kesan positif sama ada kepada warga sekolah
atau masyarakat sekeliling.
Antara kelebihannya adalah semangat kerja berpasukan serta perancangan
sistematik yang ditunjukkan oleh bahagian Pihak Pentadbiran Sekolah, Guru-guru, 21
Ahli Jawatankuasa PIBG, Staf-staf sokongan serta warga sekolah ini
keseluruhannya. Persediaan awal yang dibuat serta kerjasama yang diberi oleh
setiap individu yang terlibat telah banyak membantu untuk melancarkan temasya
sukan yang diadakan ini.
Kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru, ibubapa, pihak pentadbiran
sekolah, masyarakat setempat dan badan-badan swasta tertentu menjadikan
perancangan berjalan dengan lancar dan suasana yang positif.
Sebagai contoh, banyak sumbangan daripada orang perseorangan atau
badan-badan swasta tertentu yang memberi sumbangan yang berbentuk wang tunai
atau hamper sempena kejohanan kali ini.
Secara tidak langsung, sumbangan seperti ini sangat membantu pihak
sekolah untuk melaksanakan acara besar-besaran dengan lebih meriah. Hubungan
yang terjalin akan menjadi lebih mesra serta banyak memberi manfaat untuk
kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan sukan.
Antara kelainan yang ditampilkan dalam format pertandingan tahun ini ialah
pelaksanaan acara balapan yang lebih menumpukan persaingan mengikut aliran
(Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, dan seterusnya) berbanding hanya mengikut tahap
(Tahap 1 dan Tahap 2) sahaja seperti yang diamalkan sebelum ini. Selain boleh
memberi peluang kepada lebih ramai murid untuk mengambil bahagian, kaedah ini
juga dilihat telah meningkatkan persaingan yang sihat sesama murid.
Kesungguhan para guru tunjukkan sebelum temasya ini berlangsung juga
sangat memuaskan. Idea dan perbincangan tentang jenis acara sukan yang akan
dipertandingkan sangat mengambil kira agar keselamatan murid menjadi keutamaan
semasa acara berlangsung. Perancangan rapi sangat penting bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Keprihatinan pihak jawatankuasa
pelaksana berkaitan hal ini adalah sesuatu yang positif.
22
Latihan rumah sukan yang diadakan berterusan dari awal tahun lagi dan
semakin kerap apabila kejohanan menjelang tiba, ini banyak membantu murid-murid
agar lebih bersedia dari sudut fizikal, mental, kekuatan jiwa dan kemahiran sosial
sebelum hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru-guru penasihat yang sanggup
turun padang menemani murid-murid membuat latihan telah memotivasikan
murid-murid untuk berusaha dengan gigih dan menjadikan pasukan masing-masing
bergelar juara.
Sokongan daripada ibubapa yang hadir dapat memeriahkan majlis dan
berjaya membangkitkan semangat murid-murid untuk melakukan yang terbaik dalam
pertandingan yang disertai. Begitu juga hasil usaha murid-murid yang terlibat
sebagai ahli jawatankuasa kebersihan, makanan, perubatan dan lain-lain yang
banyak membantu para guru bagi melicinkan perjalanan temasya sukan.
Penghargaan diberi kepada pegawai pertandingan dan petugas kejohanan yang
telah menunjukkan tahap kecekapan yang tinggi dalam menguruskan sukan
peringkat sekolah.
Tidak ketinggalan juga, ahli-ahli jawatankuasa rumah sukan bersama
guru-guru penasihat yang telah bertungkus-lumus menyiapkan maskot lambang
pasukan masing-masing, melatih peserta perbarisan dan menyediakan segala
kelengkapan untuk kegunaan rumah sukan masing-masing.
Walau bagaimanapun, setiap majlis yang berlangsung pasti mempunyai
kelemahan-kelemahan tersendiri yang memerlukan penambahbaikan yang
sewajarnya dari semasa ke semasa. Antaranya masalah sistem pembesar suara
yang tidak diuruskan dengan baik telah menyebabkan sedikit gangguan kepada 23
beberapa informasi yang perlu dimaklumkan kepada para hadirin dan peserta.
Oleh itu, Pihak Jawatankuasa Siaraya dan Teknikal harus memastikan segala
peralatan-peralatan yang akan digunakan berfungsi dengan baik sebelum majlis
atau sesuatu program dimulakan.
Selain itu, masalah disiplin menyebabkan kawalan murid-murid kurang
diuruskan dengan baik. Sebagai contoh, murid-murid yang tidak mengambil
bahagian diarahkan duduk di khemah pasukan masing-masing dan memberi
sokongan dari dalam khemah sahaja. Namun begitu, oleh kerana kurang
pemantauan dari jawatankuasa yang bertugas menyebabkan ramai murid-murid
yang keluar dari kawasan khemah pasukan sendiri dan duduk berselerakan dalam
kelompok kecil di sekitar padang sambil menonton acara yang sedang berlangsung.
Keadaan ini menyebabkan khemah kelihatan kosong dan mencacatkan
pemandangan para tetamu yang hadir. Selain itu, murid-murid juga tidak membuang
sampah ke dalam beg plastik yang telah disediakan. Ini menyebabkan keadaan
padang sedikit kotor dan menyukarkan proses membersihkan semula apabila
temasya tamat nanti. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diusulkan ialah
para guru hendaklah menasihati murid-murid agar menjaga adab, mematuhi
peraturan sekolah dan sentiasa menjaga imej atau nama baik sekolah ketika
penganjuran majlis-majlis besar seperti ini diadakan yang pastinya akan melibatkan
remain tetamu kehormat dari luar hadir.
Oleh yang demikian, jawatankuasa pelaksana haruslah memastikan segala
alatan sukan diselenggara dalam keadaan baik, keadaan padang yang dipantau
terlebih dahulu agar terjamin keselamatan murid-murid, petugas yang terlatih dan
mencukupi, alatan perubatan seperti kotak kecemasan yang lengkap, peralatan
teknikal berfungsi dengan sempurna, perjalanan program yang mengikut masa serta
plan kedua (back up plan) sekiranya tiba-tiba keadaan cuaca yang buruk atau tidak
mengizinkan untuk kejohanan berlangsung seperti yang telah dirancang.
24
Sungguhpun begitu, sepanjang saya ditempatkan di SK Jeneri ini, Temasya
Sukan Tahunan kali pertama ini telah memberi saya pengalaman yang bermakna,
pengetahuan dan idea yang banyak tentang bagaimana untuk mengendalikan
murid-murid dan sesuatu program atau acara yang berskala besar yang mempunyai
protokol atau prosedur tersendiri.
Pengajaran yang saya perolehi adalah sebagai Ahli Jawatankuasa
pelaksana kejohanan sukan, peraturan yang telah ditetapkan, mesti dipatuhi agar
segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul dan tidak
diingini. Kemahiran yang berharga ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya agar
penganjuran Kejohanan Sukan Balapan dan Padang seumpama ini pada masa
hadapan akan lebih terbilang, cemerlang dan gemilang.
25
Recommended