Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan(T3)

  • Upload
    lai-sin

  • View
    266

  • Download
    11

Embed Size (px)

Citation preview

Kanang Cerita Seorang Pahlawan (T.3)Sinopsisi Kanang anak Langkau dilahirkan pada 2 Mac 1942 di Rumah Panjang Karangan Manok, Nanga Meluan, Sarawak. Beliau berbangsa Iban dan beragama Pagan. Kanang bersekolah hingga darjah tiga di Local Authority di Kanowit dlm bhg ketiga Sarawak. Pada 1962, Kanang memulakan kerjaya sebagai tentera dalam. Pasukan 42 Komando yang berpangkalan di Selat Tebrau. Semasa konfrontasi beliau banyak memperoleh pengalaman terutama ketika ditawan di Siliwangi, tetapi beliau menyamar sebagai orang awam dan akhirnya dibebaskan. Pada 1964, beliau telah dipinjamkan ke Pasukan 1st Royal New Zealand Army dan byk masanya di habiskan di dalam hutan. Kanang berkahwin dgn Helen pada 25 Mei 1965 di Simanggang. Beliau pernah menumbuk pegawainya kerana mengarahkannya bertugas malam, sedangkan beliau keletihan krn baru balik menghantar catuan di Batu Lintang dan kenderaan yang dinaikinya pula terlibat dalam kemalangan. Pada 17 November, beliau dinaikkan pangkat Koperal dan pada 1977 sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai Sarjan. Kanang juga sangat mempercayai adat dan pantang larang yang diamalkan oleh bangsa Iban. Dalam operasi menjejak musuh di bawah pimpinan Nam Yat di Hutan Korbu, Perak (Gerakan Setia 8/79), Kanang telah menerima alamat atau petanda yang kurang baik melalui mimpi. Hal ini menjadi kenyataan kerana dalam pertempuran itu Ranjer Baharudin dan Renjer Ramli terkorban manakala Renjer Micheal cedera. Pada 1980, beliau dianugerahkan Panglima Gagah Berani(PGB). Gerakan Pukat, di Tanah Hitam Perak bermula pada 3 Februari 1980, tujuannya untuk mengesan musuh yang telah menyerang hendap anggota RAMD. Pada hari kesepuluh operasi tersebut Ranger Sulaiman terkena jerangkap samar dan pada 15 Februari, Ranger Sakaria pula yang terkena jerangkap samar. Pada keesokan harinya Kanang bersama anggotanya telah diserang hendap oleh musuh, maka berlakulah pertempuran yang hebat sehingga Kanang, Koperal Nasir dan juruubat ditembak. Kanang koma selama seminggu, dirawat di ICU selama sebulan dan mendapat rawatan di Hospital Ipoh hampir setahun. Selama koma Kanang bermimpi berjumpa dgn beberapa perkara aneh. Pada tahun 1981 pula Kanang telah dikurniakan1

bintang keberanian tertinggi negara, iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa(SP). Pada 16 September 1981, beliau dianugerahi Pisau Angkatan Tentera, pada 1 Mei 1981 dinaikkan pangkat Staf Sarjan dan pada 2 April ditukarkan ke PSTD sebagai jurulatih. Pada 1 Oktober 1982, Kanang dinaikkan pangkat Pegawai Waran II dgn jawatan Sarjan Mejer. Pada 17 Ogos 1985 Kanang dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran 1 dengan pangkat Sarjan Mejer Rejimen dan beliau bersara pada 30 Mei 1986. Setelah bersara beliau kembali ke Rumah Panjang Skra Hilir kerana tidak mempunyai tanah untuk membina rumah. Beliau bercucuk tanam. Atas jasa-jasanya itu Kanang telah dianugerahi Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak selepas bersara.

Tema - Keberanian dan semangat juang yang ditunjukkan oleh seorang perajurit negara berketurunan Iban, iaitu Kanang anak Langkau dalam mempertahankan negara daripada serangan musuh negara. - Perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara. - Semangat cinta akan negara dalam kalangan anggota tentera demi mempertahankan negara. Persoalan 1. Pengaruh keluarga dlm pembentukan peribadi. Misalnya kemiskinan keluarga menyebabkan Kanang tercicir dlm pelajaran. 2. Pantang larang dan kepercayaan dlm masyarakat Iban. Misalnya Kanang berpegang kuat pada pantang larang. 3. Semangat setiakawan dan sepasukan yg tinggi. Misalnyaanggota tentera bantu-membantu ketika diserang. 4. Ketabahan isteri seorang tentera. Misalnya Helen menghadapi pelbagai suka duka bersama Kanang. Kanang yg terlantar selama hampir setahun akibat kecederaan dijaganya dgn baik. 5. Keberanian ketika berdepan dgn musuh. Misalnya Kanang begitu bersemangat ketika menentang musuh, begitu juga dgn tentera yg lain. 6. Komited, tegas dan ikhlas dlm menjalankan tugas Misalnya Kanang mengutamakan kerja daripada hal peribadi dan tidak mengharapkan balasan. 7. Bijak dalam menyelesasikan masalah. Misalnya Kanang menyamar menjadi orang biasa ketika dikepung tentera Indonesia. 8. Mimpi mempengaruhi kehidupan manusia. Misalnya masyarakat Iban masih mempercayai takdir mimpi. 9. Menghargai jasa perajurit yg mempertahankan negara. Misalnya kerajaan tidak melupakan jasa pahlawan yg berjasa. Kanang menerima pelbagai Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel KCSP

anugerah dan dinaikkan pangkat hingga Pegawai Waran I. Watak Watak Utama - Kanang anak Langkau - dilahirkan di Karangan Manok, Nanga Meluan pada 2 Mac 1945 - berbangsa Iban, beragama Pagan. - anak kelima drp. Enam org. adik beradik. - ibu bapa berpisah sejak kecil & tinggal dengan datuk & neneknya. - tidak mendapat kasih sayang sejak kecil. - memasuki bidang ketenteraan secara tidak sengaja pd. 21 April 1962. - jawatan tertinggi Pegawai Waran 1 - bersara pd. 30 Mei 1986. Perwatakan - Seorang yang nakal dan buas semasa kecil. - Berdikari semasa zaman remaja dgn. melakukan pelbagai kerja. - Seorang perajurit yg bertanggungjawab & sanggup berkorban demi negara. - Seorang yg. pemarah tetapi mempunyai sikap ingin tahu. - Seorang yg. berani menentang musuh. - Seorang yg tabah, cekal, dan sabar menghadapi cabaran hidup. - Sangat mempercayai akan pantang larang dan mimpi. - Cedera parah semasa bertempur dgn. pengganas sehingga beliau koma selama seminggu dan terlantar di hospital setahun. - Hidup dlm kemiskinan selepas bersara. Watak sampingan - Helen Latai anak Intie - berkahwin dgn Kanang di Simanggang pada 25 Mei 1965 ketika usianya 14 tahun. - dikurniakan enam orang anak - kurang fasih berbahasa Melayu dan kekok bergaul dgn isteri-isteri askar semasa berpindah ke Semenanjung Malaysia. Perwatakan - Seorang wanita yg setia & sabar bersuamikan seorg. tentera. - Memahami tugas Kanang yg sentiasa masuk hutan & berhadapan dgn musuh negara - Tabah walaupun hidup dlm kemiskinan bersama suaminya. - Risau & cemas sehingga beberapa kali tidak sedarkan diri apabila melihatkan keadaan suaminya yg. cedera parah. - Sentiasa berada di samping suami ketika Kanang terlantar di hospital selama setahun. - Seorang yg pelupa dan semangatnya lemah. Latar2

Latar Masa - Bermula dari Kanang kecil hingga tamat perkhidmatan dalam tentera selama 21 tahun. Latar Tempat - Nanga Meluan(rumah Panjang Karangan Manok) tempat asal Kanang. - Sekolah Latihan Peperangan (PULADA) - Brunei - Kota Tinggi dan Mersing di Johor serta Lubuk Antu, Sarawak- mengesan musuh pada (konfrontasi) - Kem Terendak.Melaka - Hutan Korbu,Perak - Hospital - Rumah Panjang Skra Hilir Latar Masyarakat - Masyarakat yg masih berpegang kuat pada kepercayaan, mimpi dan pantang larang. Misalnya Kanang sebelum masuk hutan, dia mengorbankan ayam jantan & dgn jampi serapahnya jauhi bala & operasi berjaya. - Masyarakat yg cinta akan tanah air. Misalnya anggota tentera yg sanggup bergadai nyawa menentang komunis dan menjaga keamanan. - Masyarakat yg. suka tolong-menolong, misalnya jiran tetangga membantu membawa Helen ke klinik krn pengsan setelah mengetahui Kanang cedera dlm operasi. - Masyarakat desa yg mengamalkan pertanian tradisional. Selain itu mereka juga menangkap ikan dan memburu binatang liar. - Masyarakat yg menentang kerajaan, iaitu komunis yg selalu mengancam keselamatan negara pada ketika itu. - Masyarakat yg membantu kerajaan utk menentang komunis, iaitu masyarakat orang Asli yg pernah menjadi penunjuk jalan utk mengesan pengganas di Korbu Perak. - Masyarakat yg prihatin, misalnya pengawai pemerintahnya pernah tiga kali tidur di hospital menemani Kanang. Plot (a) Permulaan - Kanang merupakan budak yg nakal sewaktu kecil dan dia menghadapi kesusahan hidup kerana ayahnya berpisah dgn ibunya semasa dia kecil. Kanang dipelihara oieh datuk dan neneknya selepas dihalau oleh ibunya kerana terlalu nakal. (b) Perkembangan - Sewaktu remaja dia telah melakukan beberapa kerja spt. menoreh getah menjadi tukang masak dan mengangkut penumpang dgn sampan.Dia diterima menjadi anggota tentera sebagai Iban Tracker secara kebetulan. Dia berkahwin dgn Helen Latai anak Intie. Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel KCSP

( c ) Perumitan - Kanang berjuang menentang tentera Indonesia sewaktu zaman konfrontasi bersama-sama dgn anggota tentera yg lain. Berlaku beberapa pertempuran dgn pengganans komunis di dalam hutan dan dia telah berjaya membunuh beberapa orang pengganas komunis. Beberapa orang anggota tentera turut terkorban juga. (d) Puncak/ Klimaks - Dalam satu pertempuran Gerakan Pukat di Tanah Hitam, Perak bagi mengesan musuh yang telah menyerang hendap anggota RAMD. Kanang mendapat cedera parah dan tidak sedarkan diri seminggu. Dia terlantar di hospital selama setahun. (e) Peleraian - Akhirnya Kanang sedar daripada koma dan bernasib baik kerana umumya masih panjang. Selepas hampir setahun dirawat di hospital, Kanang meneruskan perkhidmatannya dim tentera sehinggalah bersara pd 30 Mei 1986 dgn pangkat Pegawai Waran I. Kanang meneruskan hidup sebagai org awam dan kehidupannya agak susah dan diabaikan walaupun telah banyak berjasa kpd negara. Teknik Plot Imbas Kembali - Apabila kami mengingat semula peristiwa itu, kami akan ketawa terbahak-bahak. Masakan tidak, di pasar taiping isteri saya boleh sesat. - Semasa kecil saya memang nakal, krn itulah saya selalu dimarahi oleh ibu. Akhirnya mungkin kerana itu benar-benar tidak tahan dgn kelakuan saya, saya dihalau dari rumah. Dalam usia yg semuda itu saya telah kehilangan kasih kedua-dua ibu bapa. Perbuatan ibu saya itu merupakan satu penyeksaan yg amat berat and tidak mungkin dapat saya lupakan. Imbas Muka - Aku dapat alamat malam tadi. Saya memulakan perbualan sambil minum. Apa dia?tanya Koperal Michael pula. Dia tahu jikalau saya mendapat alamat, sesuatu pasti akan berlaku. Tambah pula dia sendiri merasakan sesuatu yg tak kena pd Hari Gawai. Monolog - Koperal Michael sedang berbaring berhampiran dgn tempat saya. Esok Hari Gawai tetapi kami masih di hutan ini mengejar musuh. Monolog Dalaman - Saya amat terkejut dgn pelawaan itu. Tak tentu arah rasanya hati saya. Fikiran saya agak kacau. Adakah3

org yg sukakan saya? Malah perkara kahwin tidak pernah terlintas di dlm fikiran saya. - Sebilah parang musuh terpacak di situ. Berdetik hati saya. Saya telah bermimpi parang sebelum masuk ke hutan Kini saya berdepan dgn sebilah parang yg betul pula. Apakah alamatnya? Hati saya berkatakata:Inilah masanya. Dialog - Sudahlah Helen jgn menangis lagi. Saya masih hidup. Saya boleh bernafas. Saya sihat dan jagalah anak-anak. Saya memberitahu Helen. Helen yg masih menangis hanya mengganggukkan kepalanya. Suspen - Ketika Kanang cedera parah akibat terkena peluru penganas. Kanang dikatakan tidak sedarkan diri. Dalan hal ini, pembaca tertanya-tanya apa yg berlaku terhadap Kanang seterusnya. Adakah Kanang masih hidup atau sebaliknya. Gaya Bahasa Bahasa Inggeris - Yes dan No , Base, Blue Cross, - Winching Point, Survival Bahasa Iban - hantu Inong, capan, ampi, bubut, batu berdaud, manda Bahasa daerah utara - Kupang, dua kupang lima duit Peribahasa - Gulung tikar - Anak buah Personifikasi - Matahari sudah mula naik dan teriknya sudah mula menggigit kepala. - Malam merangkak dgn malas sekali. - pohon-pohon besar memayungi kami Metafora - Api marah sudah menghantui saya - Hati saya mula berombak . - Hujan rahmat Perlambangan/ Simbol - Raja Putih pemerintah kerajaan Inggeris - Tanah tumpah darah tanah air - bujang senang buaya Hiperbola - saya masih bertarung dgn maut. - sepintas kilat saya memberikan isyarat musuh dan berdetus rupanya darah membuak keluar drp luka saya - Hanyalah sang nyamuk yg bermaharajalela membaham darah kami. Slogan - Ganyang Malaysia Cogan Kata - Agi Idup Agi Ngelaban Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel KCSP

Nilai 1. Penyayang Helen menemani Kanang sepanjang dia mendapat rawatan di hospital. 2. Cekal/ gigih ditunjukkan oleh Kanag yg gigih dan cekal ketika menjlnkan tugas. Dia masih mampu memberikan arahan dan menembak musuh walaupun dia mengalami kecederaan. 3. Patuh/ taat Kanang patuh & taat kpd perintah krn walaupun diarahkan masuk hutan pd hari perkahwinannya, namun dia akur dgn perintah tsb. 4. Bertanggungjawab Kanang bertanggungjawab sepenuhnya kpd anak buahnya dan membantu apabila mereka mendpt kecederaan. 5. Bermaruah Kanang tidak sanggup mangaku kalah, walaupun diserang hendap tetapi dia tetap melawan sehingga dia sendiri yg tercedera. 6. Bekerjasama dalam operasi Gerakan Pukat, Kanang yg mengalami kecederaan parah telah dibantu oleh anggota tentera yg lain. - Jiran tetangga membantu Helen yg pengsan semasa diberitahu tentang berita kecederaan Kanang. 7. Kegigihan Kanang gigih menyara hidup membawa perahu berenjin, menoreh getah, menjadi tukang masak kpd seorg Inggeris dan lain-lain. 8. Sabar semasa Kanang menjalani latihan di PULADA, dia mengalami pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis tetapi dia menghadapinya dgn sabar. 9. Setiakawan setiap kali Kanang mendpt alamat tidak baik melalui mimpi dia sentiasa mengingatkan rakan-rakannya supaya lebih berhati-hati. 10. Ziarah-menziarahi ini ditunjukkan oleh rakanrakan, jiran dan pegawai yg selalu melawat Kanang di hospital. Pengajaran 1. Kita hendaklah taat kpd perintah ketua. - Misalnya walaupun diperintah masuk hutan pada hari perkahwinannya, Kanang tetap akur dgn perintah tsb. 2. Kita hendaklah mengamalkan sikap bantumembantu. - Misalnya jiran Helen telah membawa Helen ke klinik setelah dia pengsan apabila mendengar berita kecederaan Kanang. 3. Kita hendaklah mengunakan akal untuk menyelesaikan masalah. - Misalnya apabila Kanang ditawan di Siliwangi, dia segera menukar identitinya menjadi orang awam.4

4. Kita mestilah mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam diri. - Misalnya Kanang tidak mahu membiarkan setiap inci buminya diambil oleh pengganas 5. Kita hendaklah belajar berdikari. - Misalnya Kanang melakukan pekerjaan penambang perahu, tukang masak dan menoreh getah kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya. 6. Kita hendaklah sentiasa mendengar nasihat - Misalnya Kanang dihalau oleh ibunya kerana terlalu nakal. 7. Kita janganlah mengamalkan sikap panas baran kerana memberikan kesan yg buruk. - Misalnya Kanang menumbuk kompeni Sarjan Mejarnya. 8. Jangan mudah panik menghadapi sesuatu situasi. - Misalnya apabila pasukan Kanang diserang hendap keadaaan menjadi kelam-kabut sehingga dia sendiri tercedera. 9. Kita hendaklah menghormati orang tua kita walaupun dia dikatakan tidak bertangggungjawab. 10. Sebagai ketua, kita hendaklah bertimbang rasa. - Misalnya Kompeni Sarjan Mejar memerintahkan Kanang bertugas sebagai pengawal malam, sedangkan dia baru saja sampai daripada menghantar catuan. Sudut Pandangan Novel Kanang Cerita seorang Pahlawan ini mengemukakan sudut pandangan orang pertama. Dalam hal ini, Kanang sendiri menceritakan latar belakang dan kisah hidup beliau dari kecil sehinggalah beliau memasuki bidang ketenteraan sehingga bersara. Pengarang seolah-olah berada di tempat Kanang dan mengetahui semua aspek watak spt aksi, pemikiran, emosi, jln cerita, dan konflik yg berada dlm diri watak berdasarkan apa-apa yg diceritakan oleh beliau sendiri. Pengarang juga mencuba mengajak pembaca menghayati suasana pada zaman pengganas masih berleluasa di Malaysia walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan. Pembaca akan merasai bagaimana semangat juang ada dalam jiwa para pejuang negara utk membebaskan negara drp cengkaman pengganas. Selain itu pengarang mencuba menggambarkan betapa sedih dan gembiranya Kanang yg melalui pelbagai peristiwa sehinggalah beliau bersara daripada dunia ketenteraan. Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel KCSP

Latihan : Kanang Cerita Seorang Pahlawan 1. Nyatakan puncak cerita dan dua teknik plot berserta contoh yang digunakan dalam novel Kanang. (10 markah) 2. Berikan tiga latar masyarakat seperti yang digambarkan dalam novel Kanang. . (10 markah) 3. Jelaskan tiga pengajaran berserta contoh yang boleh diambil daripada novel Kanang. 5 Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel KCSP

(10 markah)

6

Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel KCSP