29
PAHLAWAN MELAYU ALMARHUM SULTAN AHMAD, PAHANG TOK GURU PERAMU (Datuk Bahaman)

Pahlawan Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pahlawan Tanah Melayu

Citation preview

PAHLAWAN MELAYU

ALMARHUM SULTAN AHMAD, PAHANG

TOK GURU PERAMU (Datuk Bahaman)

TOK GURU PERAMU

Tok Guru Peramu namanya yang sebenar ialah Tengku Abdul Rahman Alam Shah bin Tengku Nong (Tok Noh) dan terkenal dengan gelaran Datuk Bahamn Orang Kaya Setia Semantan Pahang. Beliau dilahirkan di Kota Raja Acheh Sumatera pada tahun 1824. Meninggal dunia di Kampung Peramu, Kuantan pada 23 Julai 1977 ketika berusia 153 tahun. Almarhum Yamtuan Tengku Antah Ibni Almarhum Yamtuan Radin adalah sepupu Tok Guru Peramu. Beliau dikatakan pernah menjadi Pemangku Yamtuan Besar Negeri Sembilan selepas kemangkatan Yamtuan Antah.

Pandangan Hadapan - Baju datuk bahaman bertulian ayat al quran dipakai ketika berperang

Pandangan Belakang - Baju datuk bahaman bertulian ayat al quran dipakai

ketika berperang

KEADAAN DILUAR PONDOK TOK GURU PERAMU SETIAP HARI

Kebanyakkan penduduk sekitar Daerah Pekan dan Kuantan mengangap orang tua ini sebagai keramat tetapi berlainan dengan penduduk kawasan Temerloh, Lancang, Bera, Bentong, Lipis, Negeri Sembilan ada tafsirannya tersendiri ketika itu.

Pondok Tok Guru Peramu dibina berhampran anak Sungai Kuantan di Kampung Peramu semenjak 1960an beratapkan daun nipah yang usang tetapi tidak bocor walaupun hujan. Malah orang tua itu juga dikatakan mengambil air perigi hanya mengunakan raga sahaja seperti orang biasa menggunakan timba. Beliau memasak air hingga mendidih hanya memadai dengan kertas dan habuk kayu sahaja diletakkan dibawah tungku tanpa kayu api. Zaman perang Inggeris dan Jepun di Tnah Melayu 1941 – 1945 penduduk Tanjung Lumpur, Padang Lalalng dan sekitarnya dating berpindah berhampiran pondok Tok Guru Peramu kerana takutkan suasana perang ketika itu. Tok Guru Peramu hanya memasang bendera merah diempat penjuru tanah kawasan pondok-pondok seluas kira-kira 2 ekar itu dan askar Jepun tidak pernah menganggu penduduk disitu sepanjang lima tahun tersebut. Peluru dan bom tidak pernah jatuh disitu. Tok Guru Peramu juga tahu dengan jelas apa yang dibawa turun atau dibawa oleh kapal terbang inggeris di Pangkalan Tentera Km 16 Jalan Gambang setelah perang tamat walaupun beliau berada di pondoknya.

TOK GURU PERAMU GERING (SAKIT) DIKELILINGI OLEH KAUM KELUARGA

Lebih kurang sepuluh hari selepas kemunculan pahlawan Mat Kilau pada 29 Januari 1969 timbul pula kisah seorang tua penuh misteri dipanggil ‘ Tok Guru Peramu’ di Kampung Peramu dipinggir Sungai Kuantan. Mengemparkan pencipta sejarah tanah air. Berbagai cerita timbul dan beranggapan orang tua itu iaitu ‘Tok Guru Peramu’ mungkin ulama besar, guru agama, orang tak siuman dan mungkin salah seorang pengikut setia Datuk Bhaman yang rapat dan setia atau mungkin beliau sendiri Datuk

Bahaman Orang Kaya Setia Semantan, Pahang. Pernah rombongan dengan tiga buah kereta dari Negeri Sembilan datang hendak membawa Tok Guru Peramu balik ke Negeri Sembilan dan hampir mencetuskan pergaduhan kerana penduduk tidak membenarkannya. Beliau tidak pernah menceritakan ramai saudara maranya di Negeri Sembilan. Tok Guru Peramu sebelum ini pada umumnya lebih popular sebagai guru Al’ Quran, bomoh kerana itu ramai yang datang meminta air jampi penerang hati, ubat pengasih dan sebagainya dan hasilnya mengembirkan. Yang ajaibnya Tok Guru Peramu lebih dahulu tahu hajat atau niat setiap pelawatnya dan tidak pernah melayan peminat untuk meminta nombor ekor. Tok Guru Peramu menarik minat orang ramai dan peminat sejarah setelah pahlawan Mat Kilau memberitahu bahawa ketuanya Datuk Bhaman Orang Kaya Semanatan Pahang masih hidup dan tinggal berhampiran 8km Jalan Gambang. Makin ramai orang datang menziarahi Tok Guru Peramu dengan membawa berbagai makanan seperti nasi kunyit (pulut kuning) dan lain-lain. Mereka yang pernah melihat Tok Guru Peramu akan merasa yakin beliau ialah Datuk Bahaman seperti dibayangkan oleh Mat Kilau walaupun berusia lebih 150 tahun kulit tubuhnya masih kental seperti orang muda Cuma giginya sahaja yang tiada.

LAPURAN POLIS KEMATIAN TOK GURU PERAMU

PERMIT PENGKEBUMIAN TOK GURU PERAMU Desakkan orang ramai akhirnya jawatan kuasa penyiasat ditubuhkan. Sayangnya tugas jawatan kuasa tidak semudah jawatan kuasa Mat Kilau kerana Tok Guru Peramu banyak menyembunyikan dirinya yang sebenar, percakapan banyak kiasan dan ibarat yang sukar difahami. Mengambil masa bertahun-tahun melalui tokoh-tokoh tertentu. Apabila pelawat sudah pulang dan orang tua itu akan memberitahu orang tetrtentu yang dipercayai seperti saudara maranya atau anak-anak muridnya bahawa dialah Datuk Bahaman sebagaimana disebut oleh Mat Kilau. Ini mungkin taktik Tok Guru Peramu mengelakkan dirinya dari melanggar sumpah yang dilafazkan bersama pahlawan yang lain di Sungai Salan, Pulau Tawar, Jerantut bebrapa bulan sebelum meletus pemberontakkan menentang Inggeris tahun 1891. Mengikut tahyol kononnya bila melanggar perjajnian seseorang itu akan pendek umur atau ditmpoa bencana. Pernah ditegaskan oleh Tok Guru Peramu semasa Mat Siam istikharkan dirinya Mat Kilau dikhalayak ramai di Masjid Pulau Tawar, Jerantut dan orang tua itu berkata, ‘agaknya Mat Kilau itu nak pendek umur’

Semacam menjadi kenyataan apa yang dikatakan itu tidak berapa lama Mat Siam yang mengaku Mat Kilau jatuh sakit dan uzur tidak boleh bercakap dan kerahmatullah pada Ahad 16 Ogos 1970 jam 0646 pagi. Tok Guru Peramu walaupun usianya lebih 25 tahun dari Mat Kilau dan meninggal hampir lapan tahun kemudian.

MAKAM TOK GURU PERAMU Tok Guru Peramu dipercayai bercakap terus terang seperti manusia biasa lain bagi menceritakan latar belakangnya jika sesorang tokoh agama macam beliau. Yang anihnya Tok Guru Peramu tahu mengenai cerita dan kisah-kisah perang yang berlaku zaman dahulu seperti di Kuantan, Kuala Sungai Parit, Kampung Masjid, Kampung Langgar, Pekan, Semantan, Jerantut, Raub, Bentong, Ulu Tembeling,

Selnagor, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Terangganu dan Kelantan malah juga mengetahui kejadian di Golok, Chiengmai dan Patani, Thailand dimana beliau menceritkan dengan lancer bagaikab bersurat. Mengenai Pahang Tok Guru Peramu boleh bercerita perkara yang berlaku semasa perang di zaman Al-Marhum Sultan Ahmad, perang saudara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad, Perang Semantan, Perang Kuala Parit, Perang Lubuk Terua, Perang Lubuk Tembeling, Perang Jeram Ampai, Perang Lubuk Senggarat, Perang Genting Bidai, Perang Bukit Berapit, Perang Tanjung Putus di Negeri Sembilan, Perang Naning, Perang saudar di Selangor, dan Perang menentang Inggeris di Perak. Tok Guru Peramu juga kenal benar dan rapat dengan pahlawan-pahlwan Pahang menentang Inggeris dalam tahun 1891 seperti Iman Perang Rasu Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela, Panglima Garang Yusof, The Ibrahim, Awang Nong, Mat Kleantan, Raja Ibrahim, Panglima Hitam Tok Selampit dari Perak, dan Batin Kalmak dari Klau, Semantan. Walaupun begitu beliau mengenali semua pahlawan menentang Inggeris tetapi beliau tak pernah menyebut atau menyentuh nama Datuk Bahaman dan perananya dalam ceritanya.

SULTAN MAHMUD, PAHANG

Depan kiri ke kanan; J.P Rodger, Almarhum Sul. Ahamd, Almarhum Sul. Mahmud. Belakang Orang kaya maharaja Perba Jelai, Datuk Bahaman dan Tok Gajah. (Foto tahun 1887)

KUBUR AYAH DATUK BAHAMAN TENGKU NONG DIHUTAN SEMANTAN Selepas majlis pertemuan antara Mat Kilau dengan rombongan Mat Kelantan dan Raja Ibrahim bin Tan Kechik (Tok Raja) di Pusat Latihan Pertanian Paya Besar, Jalan Gambang dalam tahun 1970, Raja Ibrahim dibawa berjumpa Tok Guru Peramu dipondoknya. Dalam pertemuan singkat bersejarah itu terus terang Raja Ibrahim mengaku bahawa Tok Guru Peramu adalah guru silatnya sebelum perang menentang Inggeris sahlah Datuk Bahaman.

Dalam tahu 1971 tiga orang iaitu seorang sahabat semasa perang dan dua murid ‘tok Guru Peramu mengesahkan ‘Tok Guru Peramu’ ialah Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan Pahang yang sebenar. Sahabat Tok Guru Peramu semasa perang ialah Radin DamaBulan atau nama sebenarnya Haji Osman bin Haji Abdullah, 125 tahun (1971)berasal dari Gunung Merapi Tanah Jawa yang sama-sama berganding bahu bermati-matian menentang Inggeris di Pahang akhirnya terpaksa berundur keTerengganu, Kelantan hingglah ke Siam. Radendarmabulan sahabat baik Mat Kilau pernah menolong Tok Guru Peramu membuat beberapa bilah keris picit di tepi Sungai Lepar. Radin Damabullan bersama Tok Guru Peramu, Iman Perang Rasu Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi, Datuk Panglima Garang Syed Sagaf dan beberapa orang lagi berundur dari Semantan ke Batu Malim, Bukit Berapit, kemudian ke Terengganu dan Kelantan melalui Jalan Kuala Krai, Jeli, dan Bukit Kangkong hinggalah ke Teluk Seraya dan Sungai Jai di Siam. Dalam perjalanan mereka dari Pahang ke Terengganu, Kelanatan dan Siam memakan masa selama lebih kurang dua bulan. Mereka Cuma memakan ubi hutan, pucuk kayu, umbut bai dan umbut rotan.

RADEN DAMABULAN

BEKUNG DAN SELUAR TOK GAJAH (AYAH MAT KILAU)

Dari seramai 300 orang pejuang asal Pahang yang bermatian menentang Inggeris di Semantan, Tembeling, Kuala Lipis, Budu, dan lain-lain tempat sejak 1891 akhirnya

MAKAM TOK GAJAH DI KIJAL TERENGGANU

Cuma tinggal 30 orang sahaja selepas gugur di medan pertempuran, mati sakit dan yang berpaling tadah. Tok Gajah semasa berundur ke Terengganu telah sakit kuat dan meninggal di hutan Ulu Terengganu dalam tahun 1894 dan di kembumikan secara ringkas oleh pahlawan Mat Kilau (anak Tok Gajah) dan Mat Lela (anak bongsu Datuk Bahaman) di Kampung Kijal, Kemaman, Terengganu dan batu nesannya diambil dari lereng Bukit Kijal. Manakala dua orang anak lelaki Tok Gajah, Awang Nong dan The Ibrahim gugur dalam pertempuran dengan polis Inggeris dan Sikh di Ulu Semantan pada 1892.

PAHLAWAN MAT KILAU BIN IMAN PERANG RASU TOK GAJAH

Mengistiharkan dirinya pada 29 Januari 1969. Nama pada mulanya dikenali sebagai Mat Dahan, Mat Siam, Mat Dadu, Mat Din dan Muhammad bin Ibrahim akhirnya disahkan oleh pihak kerajaan Pahang sebagai Mat Kilau setelah jawatan kuasa penyiasat di tubuhkan dengan kajian mendalam.

PERTEMUAN ANTARA MAT KILAU (atas kerusi sebelah kiri) DENGAN MAT KELANTAN

Pada 29hb. April 1894 pasukan Datuk Bahaman berada di Terengganu menjadi tetamu khas tokoh agama yang di hormati dan di anggap keramat iaitu To’ku Paloh atau nama sebenanya ialah Syed Abdul Rahman. Semasa di Paloh To’ku Paloh membantu dan membakar semangat para pejuang Pahang supaya di teruskan perjuangan. Dari seruan itu bangkit dua pasukan baru di Besut dan Lebir, Kelantan. Semasa di Paloh Datuk Bahaman dan pengikutnya sempat belajar ilmu hulubalang dan ilmu agama. To’ku Paloh menghadiahkan sebilah keris dan pedang hikmat kepada Datuk Bahaman. Keri situ dinamakan’ Kilat Senja’ dan pedang diberi nama ‘Jalak Linting’,

WARTAWAN MENEMURAMAH MAT KILAU

MAKAM MAT KILAU

FOTO 1878

2. Sultan Ahmad Pahang 3. Sultan Abd. Samad Selangor 4. Sultan Idris Perak

5. YDPB Mohd Shah Negeri Sembilan 6. Gabenor Singapura 7. Penasihat Pahang Hugh Clifford 8. Penasihat Negeri Sembilan 9. Penasihat Selangor 10. Penasihat Perak 11. Datuk Maharaja Perba Jelai 12. Datuk Indera Sekara Hj. Tahir, Temerloh 13. Datuk Indera Pahlawan Chenor 14. Datuk Shah Bandar Pekan 15. Datuk Setia Jaya Semantan , Tok Bahaman 16. Datuk Setia Tok Gajah 17. Mat Kilau 18 Mat Lela

Percubaan khianat untuk membunuh Datuk BAhaman dan pengikutnya ketika di Kuala Lebir, dekat Kota Bharu pada tahun 1895. Dalam satu jamuan kuih serabai dan bubur jagung yang di berikan oleh orang besar adik beradik Wan Ngah Kota Bharu dan Wan Nik orang besar Tanah Merah juga Datuk Lela DiRaja Orang Besar Lebir di sebuah rumah untuk 15 orang iaitu 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Para pembesar Kelantan dan Siam gembira kerana menyangka perangkapnya akan mengena. Sebaliknya pejuang-pejuang Pahang yang cukup masak dalam ilmu kesaktian, bersenjata lengkap dan sanggup menghadiri jamuan tersebut sudah mengetahui apa yang telah dilakukan oleh pengkhianat. Mereka hadir tetapi tidak menjamah makanan dan minuman tersebut, tiada pergaduhan sebaliknya pembesar Kelantan dan Siam melutut supaya tidak diapa-apakan dan memeberitahu ianya dibiayai oleh Inggeris. Oleh sebab suasan keselamatan di Terengganu dan Klenatan tidak mengizinkan seratus peratus maka Datuk Bhaman dan pengikutnya mengambil keputusan meninggalkan kedua negeri tersebut ke Siam (Thailand). Dalam perjalanan mereka mengadakan sumpah persetiaan secara sulit dengan masing-masing menjunjung Quran kecil didalm hutan Kampung Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah. In sumpah setia kedua selapas di Sungai Saln, Pulau Tawar, Jerantaut. Hanya tujuh orang saja ketika ini yang tinggal. Mereka ialah:-

1. Datuk Bhaman sebagai Panglima Kakap atau Tok Guru 2. Mat Kilau sebagai Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu dan Muhamad bin

Ibrahim. 3. Mat Lela sebagai Kilat Senja atau Gong Poh. 4. Mamat Kelubi sebagai Tok Janggut.

Tiga yang lain dalam persetian itu kekal dengan nama asal iaitu:-

1. Panglima Garang Yasin 2. Datuk Seribu Garang dan 3. Tok Panglima Hitam Hj. Othman bin Hj. Abdullah atau Radin Damabulan.

Pada masa itu Selatan Siam seperti Golok, Senggora, Yala dan Patani di bawah pemerintah kerajaan Islam Sultan Abdullah dan ibu negerinya ialah Patani. Dari Golok rombongan pahlawan Pahang di ketuai Datuk Bahamn berjalan kaki lima hari lima malam menuju ke Chiengmai di Utara Siam. Mereka berehat di Chiengmai kira-kira tiga bulan Chengmai ketika itu merupakan Bandar mati sesuai untuk mereka bersembunyi. Selepas itu berpindah pula kePatani dan berguru ilmu agama dengan Tuan Guru Syed Hj. Ahmad Fadzullah berasal dari Bandung, Indonesia. Patani dikenali ‘Serambi Mekah’. Apabila termeterai Perjanjian Burney antara Inggeris dengan Siam yang ditandatangani di Bangkok pada 09 Julai 1909, Golok, Patani, Yala dan Senggora telah diserahkan kepada Siam. Maka berubahlah geography Semenanjung Tanah Melayu tetapi persaudaraan darah daginh kami tidak terputus. Setelah tamat menuntut ilmu agama selama 15 tahun di Patani (semenjak 1896) Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mamat Kelubi dan Tok Panglima Hitam Haji Othman bin Hj. Abdullah balik ke Kleantan awal 1911. Mat Lela meneruskan perjalanan ke Indonesia tujuan menuntut ilmu agama lagi. Sementara Panglima Garang Yassin dan Datuk Seribu Garang meninggal dunia setelah beberapa tahun di Patani kerana sakit. Semasa di Kelantan Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mamat Kelubi dan Tok Panglima Hitam pernah menjadi guru Al Quran di beberapa tempat di Tanah Merah, Kampung Sireh dan Pasir Mas selama lebih kurang 9 tahun. Keempat tokoh tersebut pernah terlibat dalam pemberontakkan menentangInggeris di Pasir Puteh, Jeram, Kelantan dibawah pimpinan Tok Janggut (Haji Wan Hassan) dan pemberontakkan di Alor Limbat dan Telemong Hulu Terengganu di ketuai oleh Haji Abd. Rahman Limbung. Pada 1920 Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mamat Kelubi dan Tok Panglima Hitam balik ke Kuantan, Pahang singgah di Kampung Paya Lalang (Padang Lalang)

Di situ Datuk Bahaman menjadi guru Al Quran dan mengajar silat dengan nama samaran Lebai Deraman. Pada 1926 beliau berpindah ke Kampung Peramu. Mat Kilau hanya selama sebulan bersama Datuk Bahaman di Peramu dan berpindah ke Kampung Aur Rompin. Tanjung Medan, Kampung Pasir Panjang dan Kampung Tanjung Batu Tering, Pekan kemudian ke Kampung Batu Lima Jalan Gambang, Kuantan sehingga kisahnya dibongkar pada tahun 1969. Mamat Kelubi dan Tok Panglima Hitam tidak diketahui kesahnya.

Datuk Bahaman tinggal di Kampung Peramu hingga ke akhir hayat 23 Julai 1978. Semasa talkin dibacakan hanya di sebut Allahyarham Abdul Rahman bin Hawa saja kerana nama itulah diberitahu kepada beberapa orang kepercayaanya beberapa hari sebelum meninggal.

Ringkasan dari Buku SIAPA TOK GURU PERAMU- Oleh Azahar Rahman Penerbitan Pustaka Azam Cetakan Pertama....1982

MAT KILAU B. IMAM RASU

LATAR BELAKANG MAT KILAU

• Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau • Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau. • Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar. • Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU • Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan

tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU

• Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.

• Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

• Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua'(ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU

• Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong.

• asil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. ILMU YANG DIPELAJARI

• Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. • Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih

mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. • Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh

menghilangkan diri. • Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. • Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai

Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU

• Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.

• Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober, 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.

• dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.

• Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.

• Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

KEMATIAN MISTERI MAT KILAU

• Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.

• The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.

• The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

• Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatny seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim(Pak Him),Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

KEMUNCULAN MAT KILAU

• Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

• Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

• Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.

• Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

• Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970.Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.

• Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzura.Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Pada 26 Dec. 1969, Mat Din dibawa anak-anak cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawar dan pada hari Jumaat itu,orangramai mengetahui orang tua itu adalah Mat Kilau. Sebuah Jawatankuasa Penyiasat diketuai oleh Dato' Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas dan pada 6 Ogos, 1970, dengan perkenan Sultan Pahang, Menteri Besar Pahang Tan Sri Haji Yahya Mohd Seth mengistiharkan kesahihan Mat Din adalah Mat Kilau yang berusia 123 tahun. Beliau dilahirkan di kampung Kedondong Pulau Tawar. Pada usia 12 tahun,beliau dihantar bapanya, Imam Rasu Terengganu untuk belajar di sekolah pondok. Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali ke Budu dan sultan berkenan menganugerahi daerah Budu untuk ditadbir. Apabila Dato' Bahaman menentang Inggeris pada tahun 1891.Mat Kilau membantunya.Kehandalan Mat Kilau terbukti dalam perang Lubuk Terua.Namun nasib tidak menyebelahinya.Beberapa tahun kemudian,Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan talibarut Inggeris yang mengkhianati pahlawan-pahlawan Pahang.

GERAKAN TERHADAP BRITISH DI KELANTAN PADA TAHUN 1915.

Pada tahun 1915, telah berlaku gerakan penentangan terhadap British di kelantan iaitu di daerah Pasir Putih, daerah ini terletak berhamopira dengan sempadan kelantan-terengganu, dan lebih kuurang 27 batu dari bandar kota bharu. gerakan penentangan ini dipelopori oleh beberap pembesar tempatan yang terkenal di daera pasir putih iaitu Engku Besar Jeram Tuan Ahmad, Haji Mat Hassan Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Panglima Munah, Penghulu Adam, Haji said Marbol dan encik ishak. Namun begitu, diantara tokoh yang paling menonjol dalam gerakan menentang penjajah British ialah Tok Janggut dan dipercayai berusia lebih kurang 62 tahun pada masa itu. Sebenarnya telah ada bibit-bibit penentangan terhadap pentadbiran British di daerah pasir putih, sebelum tahun 1915 lagi. namun penentangan adalah lebih kepada bentuk protes atau perasaan tidak puas hati dikalangan pembesar tempatan khasnya Engku Besar Jeram Tuan Ahmad. Kedatangan WA Graham sebagai pesuruhjaya Siam di kelantan selepas setahun termeterainya perjanjian siam-great britain 1902 telah menyebabkan berlakunya perubahan pentadbira dikelantan. pesuruhjaya ini telah mencadangkan pembentukan daerah di kelantan dan telah diperkenankan oleh sultan Muhammad IV. sehubungan itu, encik ibrahim yang berasal dari singapura telah dilantik menjadi pegawai daerah Pasir Puteh yang pertama. pegawai daerah ini bertanggungjawab menguruskan perjalanan pentadbiran daerah yang melibatkan soal pungutan cukai, tanah dan kehakiman. Kewujudan jawatan ini sememangnya kurang disenangi oleh Engku Besar Jeram kerana kekuasaan tradisinya terjejas apabila kuasa memungt cukai ditentukan oleh pegawai dae rah dan segala hasil cukai perlu dibayar kepada pejabat daerah. malahan pelantikan pegawai ini juga bermakna Engku Besar Jeram terpaksa menerima dan mematuhi arahan yang diberikan. keadaan ini sudah pasti akan merendahkan kedudukan sebagai pembesar kawasan Jeram dan ini menambahkan perasaan tidak puas hati Engku Besar Jeram yang sepetutnya dilantik sebagai pegawai daerah di daerah pasir putih. walaubagaimana pun Engku Besar Jeram hanya dilantik sebagai Tok Kweng Muda. Encik ibrahim yang dilantik sebagai pegawai daerah pertama Pasir Puteh pada tahun 1905, telah melaksanakan satu sistem baru dalam pungutan hasil cukai bagi meningkatkan hasil perbendaharaan negeri. justeru itu peraturan hasil padi dan kelapa

telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1905 dan dilaksanakan diseluruh negeri kelantan. mengikut peraturan yang diluluskan itu, Tok Kweng telah diberi kuasa untuk mengutip dan menilai hasil tanama padi setiap kampung dan segala hasil yang dipungut itu perlu diserahkan kepada pegawai daerah. hasil-hasil tanaman padi ini dinilai mengikut penjuru tanah apabila sesuatau kawasan melebihi daripada 200 depa persegi. setiap penjuru dikenakan hasil padi sebanyak tiga kupang setahun. sementara itu bagi ladang dikenakan sebanyak 30 kupang setahun. beberapa pengecualian telah diberikan kepada raja dan kaum kerabat diraja Tok Kweng dikecualikan sebanyak 32 penjuru, Tok Imam 24 penjuru atau 32 penjuru, tk bilai 16 penjuru, kerani tok kweng 8 penjuru dan tanah wakaf & nbsp; pelaksaan peraturan ini amat dirasai oleh rakyat yang kebanyakan mengusahakan tanaman padi sebagai sara hidup. justeru itu tidak hairanlah ramai rakyat khasnya dari kalangan petani telah menyokong tindakan Tok Janggut dan beberapa pembesar tempatan dalam menentang pentadbiran British di Pasir Putih. ini dibuktikan apabila dianggarkan 2000 orang penduduk tempatan telah memberi sokongan kepada Tok Janggut dalam menentang British di kelantan. Walau bagaimanpun apabila encik ibrahm digantikan oleh encik nik salleh atau encik leh pada tahu n 1910 sebagai pegawai daerah pasir putih, suasana tegang yang berlaku dikalangan pembesar-pembesar temptan dan penduduk tempatan terhadap pentadbiran British di daerah tersebut kembali reda apabila encik Leh seorang anak jati negeri kelantan yang lebih memehami masalah penduduk tempatan tidak begitu tegas melaksanakan undang-undang memngut cukai di daerah itu pada tahun 1912, encik Latif dari singapura telah mengambil alih tugas sebagai pegawai daerah menggantikan encik Leh. keadaan yang sebelum ini reda kembali tegang semual lebih-lebih lagi encik latif melaksanakan semmula secara tegas peraturan membayar cukai kepada pihak kerajaan. ini berikutan kemerosotan hasil cukai semasa pentadbiran encik leh. kemudiannya pada 19 mac 1914 pengistiharan notis no. 4/1914 menegnai cukai tetap tanah dilulskan oleh majlis mesyuarat negeri, sistem ini telah dikuat kuasakan pada 1 januari 1915. mengikut sistem ini cukai tahunan adalah pertanian dikenakan di antara seringgit dan seringgit dua puluh sen seekar terhadap tanah kelas satu 80 sen seekar tanah kelas dua, 60 sen seekar bagi tanah kelas ketiga, dan 40 senseekar bagi tanah kelas keempat. setiap tanah sama ada dikerjakan atau tidak diwjibkan membayar cukai. sememangnya sistem cukai yang baru ini membebankan rakyat pasir putih lebih-lebih lagi dirasai oleh pera petani apabila tanah yang tidak dikerjakan oleh mereka turut dikenakan cukai. sebelum itu para petani telah pun dibebankan dengan cukai hasl-hasil pertanian seperti padi sawah 97 1/2 sen seekar, padi huma 46 sen seekar, pokok buah-buahan sekupang sepokok, pokok kelapa yang berbuah 3 sen sepohon, sirih 5 sen sejunjung, binatang peliharaan iaitu lembu dan kerbau 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen setiap seekor. Bebanan yang dirasai oleh para petani ini telah mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pegawai daerah encik Latif yang begitu tegas melaksanakan peraturan membayar cukai ini. da dikatakan encik latif mengenakan denda berlipat kali ganda bagi mereka yang gagal membayar cukai pada masa yang ditetapkan. malahan keturunan raja Jeram turut dipaksa membayar hasil-hasil pertanian yang sebelum ini mereka dikecualikan da ini menambahkan lagi perasaan benci para pembesar tempatan khasnya Engku Besar Jeram yang pada mulanya lagi kurang senang dengan kedatangan pegawai daerah ke

pasir putih seterusnya kegawatan yang berlaku ini menyebabkan Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam, Haji Said Merbol, Encik Ishak dan penduduk kampung pasir putih telah bersetuju untuk tidak membayar hasil tanah kepada pihak kerajaan. keadaan ini menyebabkan hasil kerajaan menurun, contohnya cukai kawasan bukit Abal dan Gaal menurun secara mendadak dariapad 3000 kepada 89.32. oleh itu dapatlah dikatakan bahawa permuafakatan di antara pembesar tempatan dengan penduduk pasir putih merupakan penentangan awal secara terbuka terhadap kerajaan British di kelantan pada 29 april 1915, Tok Janggut bersama-sama dengan pengikutnya telah mengadakan mesyuarat di kampung Tok Akib. dalam mesyuarat itu mereka telah bersetuju untuk memulau pembayaran hasil dan menyerang bandar pasir putih. pada masa yang sama saman atau waran tangkap telah dikeluarkan kepada Tok Janggut dan pengikut-pengikut kuatnya untuk detang ke pejabta daerah memberi tunjuk sebab berkenaan pemulauan hasil cukai kerajaan. sarjan Che Wan Sulaiman dengan beberapa mata-mata telah dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas tersebut. Setibanya mereka di sana iaitu kampung Tok Akib untuk menangkap Tok Janggut, berlaku pertengkaran di antara kedua-dua pihak akhirnya Tok Janggut telah sempat menikam Sarjah Che Wan Sulaiman. Sementara itu mata-mata tersebut telah dibebaskan dan mereka masing-masing telah menceritakan perkara sebenarnya yang berlaku kepaa encik Latif. dengan ini dapatlah dikatakan bahawa pembunuhan sarjan che wan telah memulakan gerakan penentangan yang lebih tegas dan berani oleh Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya dalam menentang pihak British di Kelantan.

TOK JANGGUT DIGANTUNG DITEBING SUNGAI KELANTAN OLEH PIHAK INGGERIS

Sementara itu encik Latif yang menerima berita kematian sarjan Che Wan telah menarah lima atau lapan orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut. apabila para anggota polis itu tiba di kampung Kelubi, mereka telah diberitahu bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang bersedia untuk mara kepasir putih. oleh itu mereka telah dinasihatkan pulang dan memebrithukepada encik latif supaya berundur atau meninggalkan bandar Pasir Putih dengan segera. akhirnya encik latif bersama-sama engikutnya termasuk Tok Kweng tuan muda jeram dan Tok kweng anang mamat semarak telah berangkat meninggalkan bandar pasir putih ke Kota Bharu enggan menaiki perahu melalui sungai Semarak. Seterusnya gerakan penentangan yang dilakukan oleh Tok Janggut den pengikut telah melancarkan serangan ke atas bandar Pasir Puteh. Turut serta dalam gerakan ini ialah Engku Besar jeram dan beberapa pembesar tempatan yang lain yang telah menggabungkan tenaga bagi menjayakan serangan tersebut. tiga ketumbukan telah digunakan dalam melancarkan serangan ke atas bandar pasir Putih iaitu ketumbukan pertama mengikut arah angin utara yang diketui oleh Haji Said, satu lagi ikut arah angin timur laut di bawah pimpinan Tok Janggut dan panglima Ishak Marbol dan yang ketiga angin barat daya yang diketui oleh Engku Besar jeram dan penghulu Adam. mereka akhirnya telah berjaya tiba di bandar tersebut da dengan mudah saja menguasai bandar itu disebabkan encik Latif dan pengikut-pengikutnya telah melariakn diri ke kota bharu. dengan kejayaan ini bolehlah dikatakan gerakan penentangan Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya ke atas pihak British kerana matlamat mereka untuk menghalau pegawai-pegawai British di bandar Pasir Puteh telah tercapai. sehubungan itu kerajaan sementara telah dibentuk yang diketuai Tok Janggut sebagai ketua pemerintah atau raja, Tok Janggut sebagai perana menteri, dan dibantu oleh Haji said dan sahar Merbol sebagai pegawai daerah. Sementara itu sultan Muhammad IV telah menitahkan dato' Menteri ( Mohd. Hassan Ismail) dan dato' Bentara Setia ( Haji Nik Mahmud Haji Ismail) untuk pergi ke Pasir Puteh berunding dengan Engku Besar Jeram, Tok Janggut dan pembesar-pembesar tempatan yang lai. walau bagaimanapun kedua-dua pembesar ini hanya bertemu dengan Dato' Imam Lebai Kadir di Cherang Tuli dan seterusnya kedua-dua pembesar ini hanya menyerahkan tugas perundingan ini kepadanya sebelum berangkat semula ke istana Kota Bharu. pada 3 mei 1915 perjumpaan telah diadakan di rumah dato' imam dengan Engku Besar Jeram. bagaimana pun Tok Janggut tidak menghadiri perjumpaan tersebut dengan alasan bahawa adalah sama saja keterangan di antaranya dengan Engku Besar Jeram mengenai sebab serangan ke atas Pegawai daerah Pasir Puteh. Dalam keterangan tersebut Encik Haji Senik yang mewakili Engku Besar Jeram dan penduduk tempatan telah menyatakan kepada dato' Imam Lebai Kadir sebab-sebab berlakunya serangan ke atas Encik Latif iaitu:

1. pemerintahan sangat zalim dan keras tidak seperti pemerintahan yang sudah-sudah. pemerintahan selalu menyakitkan hati rakyat iaitu kasar tutur katanya, sumpah seranahnya, maki hamun sangat pedih pendengaran selalu perkataan-perkataannya tidak diyakini rakyat.

2. kami semua rakyat tidak suka negeri kami diperntah oleh anak luar negeri (singapura) dan mnejadi ketua disini kerana tiada adat istiadat seperti itu di negeri ini.

3. kami suka kaum kerabat yang memerintah sendiri disini walhal pun beliau tidak ada kepandaian-kepandaian dan kecil sekalipun. keran anegeri kelantan ini dari asalnya kepunyaan raja.

4. undang-undang yang dijalankan disini sangat berat seperti dikenakan hasil kepala, hasil peliharaan lembu, kerbau, anjing, babi, hasil tanaman dan hasil tanah semuanya itu menyusahkan rakyat dan lagi terlewat daripada membeyar hasil-hasil itu maka didenda berlipat kali ganda yang mana menyusahkan lagi kami sekalian rakyat.

5. dari zaman-berzaman lagi adalah titah perintah dari kaum keluarga Raja Jeram tidak dikenakan daripada bayaran segala hasil mashul yang tersebut tadi. tetapi semasa pemerintahan encil latif tidak terkecuali semuanya mesti dibayar. juga tidak akan dilelong segala harta dan hak-haknya.....

dengan penjelassan yang tersebut di atas dato imam lebai kadir pada keesokan harinya telah pergi menghadap sultan muhammad IV di kota bharu. dato' imam lebai kadir telah meminta sultan menibang kehendak rakyat Jeram dan mnegampunkan mereka, tetapi baginda sultan atas nasihat penasihat British di Kelantan, enggan mengampunkan mereka. dengan menggunakan alasan kononnya baginda sultan bimbnag seranga ke atas Pasir Puteh merupakan satu percubaan oleh pihak Tok Janggut dan Engku Besar Jeram untuk memisahkan daerah Pasir Puteh daripad pemerintahn baginda sultan. mengikut lapuran 1912 telah berlaku suatu peistiwa; .......... during the year trengganu had claim to a large slice of the district (Pasir Puteh) and special commission for the status was engagel in unsuccessful effort to reach a settlement. sememangnya kenyataan ini diragui kerana seperti sedia maklum Tok Janggut, Engku Besar Jeram dan penduduk -penduduk jeram bukanlah hendk memisahkan daerah ini daripada pemerintahan baginda sultan kelantan tetapi hakikatnya adalah menentantg pegawai British yang mentadbir dengan zalim dan kejam ke atas penduduk di daerah Pasir Puteh, dengan mengenakan pelbagai hasil cukai. Sementara itu pasukan bantuan dari singapura telah tia di tumpat pada 5 mei 1915 dan pada tarikh yang sama telah tiada di Kota Bharu. pasukan bantan ini dipimpin oleh kolonel C. W. Brownlow dengan kapal perang SS Kaka dan kapten Marryat dengan kapal perang HMS Cadmus, yang membawa seramai 230 orang askar dan mesingan. selepas itu bantuan tambahan telah tiba di Kota Bharu dengan kapal SS Calypso pada 12 Mei 1915 yang dikenali sebagai pasukan malaya states guide. Pasukan British ini mara ke Gunung pada 5 mei 1915 dan seterusnya ke Bukit Jawa 8 mei 1915 dan akhirnya tiba di Pasir Puteh pada 9 mei 1915. ketibaan pasukan pemerintah British ini dihadapi oleh Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya dengan cara menyembunyikan diri ke hutan atau daerah besut. ini bukan bermakna Tok Janggut dan pegikut-pengikutnya aalh pengecut tetapi ia adalah merupakan strategi peperngan untuk mengelakka ramai rakyatterkorban. kegagalan phak British untuk menyekat dan mengekang kebangkitan Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya di pa sir

Puteh dengan cara mengesan dan menangkap mereka yang terlibat menyebabkan sultan kelantan dengan nasihat penasihat British W Langham Carter telah menurunkan tandatangannya ke atas surat pengistiharaan memaklumkan 5 pemimpin iaitu Tok Janggut, Engku Besar Jeram , penghulu adam, che shak dan haji said menyerah diri dari tempoh 7 hari da sekirnya gagal berbuat demikian ruah mereka akan dibakar dan segala harta benda akan dirampas. di samping itu hadiah juga ditawarkan kepada sesiapa sahaa yang berjaya menangkap salah seorang daripada kelimalima pemimpin tersebut iaitu akan diberi wang ganjaran sebanyak 500 ringgit tidak kira mereka yang berjaya di tangkap itu hidup atau mati. Kegagalan pihak British untuk mengesan dan menangkap Tok Janggut, Engku Besar Jeram dan beberapa orang pembesar yang lain serta pengikut-pengikutnya menyebabkan mereka (British) menggunakan cara ang tidak berperikemanusiaan iaitu dengan membakar istana Engku Besar Jeram, rumah Tok Janggut dan beberapa rumah penduduk kampung Jeram. Tindakan British ini , diketahui oleh Tok Janggut, Engku Besar Jeram dan pengikut-pengikutnya sehubungan itu mereka telah berpakat untuk menyerang balas dan pada malam 23 mei 1915 Tok Janggut bersama-sama Engku Besar Jeram pengikut masing-masing menyerang kubu British di Pasir Puteh. namun tiada tentangan yang diberikan oleh pihak British, sebaliknya mereka hanya bertahan saja walaupun dikatakan lebih kurang 20 das tembakan telah dibedil di kubu tersebut. kemudiannya pada keesokan harinya 24 mei 1915 Tok Janggut, Engku Besar Jeram dan para pejuang yang lain menghadapi serangan tentera British yang diketui oleh major Borton bersama- sama 50 orang askar sikh dan 7 orang pegawa i eropah. pertempuran telah berlaku di antara kedua-dua belah pihak di kampung Dalam Pupuh. Akhirna dalam pertempuran tersebut dilaporkan bahawa Tok Janggut dan beberapa pengikutnya telah terkorban. sementara itu Engku Besar Jeram mengalami kecederaan di paha telah diselamatkan oleh wan Deraman ke Reman, selatan thailand dan tidak berapa tahun kemudian beliau telah meninggal dunia di sana. mayat tok Jnaggut telah di arak di Pasir Puteh dan kota bharu dan seterusnya digantung kepala ke bawah di Padang merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Kesimpulan kebangkitan Tok jangut merupakan reaksi-reaksi penduduk kelantan menentang pihak penjajah British di kelantan, walaupun kebangkitan tersebut berkesudahan dengan kegagalan tetapi ia membuktikan bahawa penduduk daerah Pasir Puteh tidak begitu mudah menerima kedatangan dan penglibtaan penjajah British di daerah tersebut. malahan semangat perjuangan yang telah ditujukkan oleh Tok Janggut telah menjadi obor kebangkitan umat melayu bagi menuntut kemerdekaan dari penjajah. Bibliografi Abdullah Amirah, Riawat Hidup Tok Janggut Dan Peperangan Di Kelantan, Sinaran Bros Ltd, Pulau Pinang, 1957 Abdullah Zakaria Ghazali, Peribumi Dan Penjajha: Gerakan Tentangan Di Malysia, Jurnal Sejarah, Persatuan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Bil 23, 1995. Berita Minggu 22 September 1996 Nik Annuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram Dan Kebangkitan Tok Janggut (1915), Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1972.

W. R. Roff (Ed), Kelantan Religion, Society And Politic In A Malay State, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1974 Yahya Abdullah, Peperangan Tok Janggut Atau Balasan Derhaka, The Muslim Printing Press, Kota Bharu, 1955

Tuk Janggut Dituduhi Sultan Sendiri - Oleh Ahmad Sayuthi Haji Mat Hassan bin Panglima Munah atau Tuk Janggut, pemimpin pemberontakan di Pasir Puteh, Kelantan pada 1915 adalah mungkin tokoh yang sangat terkemuka dari negeri berkenaan di sepanjang awal jangka masa peng-libatan British di sini. Sementara beliau sekarang diakui oleh ahli-ahli sejarah dan intelektual selepas kemerdekaan sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan satu alasan yang adil menentang British, banyak orang, termasuk orang tempatan tidak sedar tentang keadaan malang yang menimpanya dan pengikut-pengikutnya. Adalah mungkin juga menjadi satu misteri kepada banyak orang seperti kenapa kuburnya berada di Pasir Pekan dalam daerah Tumpat, yang kira-kira 50 km jauhnya dari tempat di mana dia menemui ajalnya dalam satu pertempuran menentang British. Tidak seperti kebangkitan Datuk Maharaja Lela di Perak dan Datuk Bahaman serta Mat Kilau di Pahang yang mendapat sokongan sultan mereka masing-masing, sokongan itu tidak sama untuk Tuk Janggut. Beliau sebenarnya dicap sebagai seorang penderhaka (seseorang yang melakuan pengkhianatan terhadap raja) oleh raja kelantan, Tuan Long Senik Mulut Merah yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad IV. Raja itu begitu marah dengan kebangkitan itu dan tubuh Tuk Janggut yang dibawa ke Kota Bharu telah diarak sekeliling bandar dan kemudian dibiarkan tergantung kepala ke bawah di hadapan istananya (sekarang Padang Merdeka) selama beberapa hari. Kejadian itu sebenarnya satu kesudahan yang menyedihan bagi Tuk Janggut, yang merupakan orang yang ketiga dalam keluarganya menemui ajal secara kejam. Adik bongsunya bernama Tahir dan ayahnya juga dibunuh di sepanjang masa Tuk Janggut pergi menunaikan haji ke Mekkah sebelum kekacauan yang membawa kepada pemberontakan itu. Seperti banyak peristiwa sejarah yang lain, pemberontakan Tuk Janggut bermula secara cukup mudahnya. Dikatakan bahawa pemberontakan itu berpusat di sekitar cukai yang terlalu tinggi ke atas tanah dan hasil pertanian yang dikuatkuasakan oleh pejabat jajahan Pasir Puteh. Kelantan pada dahulunya sebuah negeri tributary kerajaan Siam sehinggalah 1909 apabila ketuanan didapati oleh British hasil daripada satu perjanjian di antara dua bangsa itu. Bagaimanapun, mengikut ahli sejarah, Haji Buyong Adil, Tuk Janggut dan pengikutnya meskipun tidak puas hati, pada mulanya sedia untuk membayar cukai itu. Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengabaikan kesudian rakyat yang telah pergi untuk membayar cukai itu. Dengan hanya seorang petugas yang ditugaskan untuk memungut cukai itu, orang kampung telah menunggu selama tiga hari untuk membuat pembayaran. Jemu dengan keadaan ini, Tuk Janggut memutuskan untuk tidak membayar cukai. Beliau juga pergi ke seluruh jajahan itu meminta rakyat jangan berbuat demikian. Mereka juga

tidak senang dengan kehadiran orang asing di Kelantan dan sudah bersetuju dengan permintaan Tuk Janggut. Pegawai jajahan, yang marah oleh kemerosotan pembayaran itu telah memerintahkan penangkapan Tuk Janggut atas dakwaan menghasut rakyat memberontak. Pada ketika itu, tindakan-tindakan Tuk Janggut dan pengikut-pengikutnya adalah lebih merupakan satu protes, bukannya satu pemberontakan. Ketika menerima maklumat tentang tempat Tuk Janggut berada, 6 anggota polis yang diketuai oleh sarjan Sulaiman telah bergerak di Kampung Merbul, 3 km dari bandar. Mereka tidak boleh berbuat demikian pada masa yang tidak sesuai kerana Tuk Janggut sedang berucap di depan khalayak kira-kira 1,000 orang kampung, kebanyak-annya bersenjata, apabila polis tiba. Meskipun mempunyai kekuatan pada masa itu, Tuk Janggut setuju untuk mengiringi polis itu ke pejabat jajahan untuk menjelaskan tentang tindakannya. Bagaimanapun, satu perbantahan telah berlaku di antara beliau dengan sarjan Sulaiman yang menyebabkan Tuk Janggut dan pengikutnya menjangkau satu titik tidak pulang. Tuk Janggut menegaskan bahawa polis berjalan seiringan atau di depannya, bukannya di belakangnya, seolah-olah mengawalnya daripada mela-rikan diri.

Allahyarham Hj Mat Hassan bin Panglima Munah (Tok Janggut pahlawan Kelantan) Tuk Janggut menikam mati sarjan Sulaiman dengan kerisnya apabila sarjan Sulaiman menolak permintaannya. Disebabkan ketakutan, anggota polis yang lain menyerah diri. Mereka kemudiannya dilepaskan, tetapi bukan bersama senjata. Itulah permulaan pemberontakan. Pemberontak tahu apa yang mereka perolehi dan memutuskan untuk mengambil inisiatif sebelum British membalas. Mereka bergerak ke Pasir Puteh dan menawan bandar itu. Pegawai-pegawai British di sana telah membuat satu pelarian yang

tergesa-gesa (a hasty exit) dengan bot ke Kota Bharu apabila mereka tahu tentang bilangan pengikut Tuk Janggut. Pemberontak kemudian menubuhkan pentadbiran mereka sendiri dengan Tuk Janggut sebagai ketua menteri jajahan itu. Mereka berkata mereka tidak menentang sultan dan cuba mene-rangkan kepada sultan alasan atas tindakan mereka itu. Bagaimanapun, sultan berasa terancam oleh peristiwa itu dan memutuskan bahawa Tuk Janggut telah melampaui kedudukannya. Sultan juga mengisytiharkan bahawa Tuk Janggut telah menderhaka, yakni satu jenayah utama dalam masyarakat Melayu feudal dan ditawarkan ganjaran $5,000 untuk penangkapannya. Sultan kemudian meminta British, yang menghantar satu kapal perang dan pasukan tentera dari Singapura, untuk menawan semula bandar itu. Dicap sebagai orang buangan (outcast) dan tidak ada tempat lagi untuk berpaut, pemberontak itu yang sekarang terasing daripada masyarakat Kelantan sedar yang mereka berdepan dengan musibah-musibah daripada tindakan mereka. Bagaimanapun mereka cukup bijak untuk mengakui langkah-langkah mereka dan tidak berdepan dengan pasukan British yang mempunyai kelengkapan itu. Sebaliknya, pemberontak keluar dari bandar dan bersembunyi. Selepas satu minggu, tentera British kembali ke Singapura apabila mereka tidak menjumpai pemberontak. Sultan sekali lagi meminta British menolong apabila dia tahu bahawa Tuk Janggut merancang untuk mengambil alih semula bandar itu. Pada masa ini British mengirim tentera Sikh dan Melayu yang membakar rumah-rumah penduduk kampung dalam keadaan apabila mereka tidak dapat menemui pemberontak. Tuk Janggut memutuskan untuk membalas dendam dan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Bagaimanapun bandar itu telah dipertahankan dengan baik dan pemberontak terpaksa berundur ke Kampung Saring, dengan tentera British memburu ganas. Satu pertempuran sengit berlaku di mana beratus-ratus, kebanyakannya pemberontak syahid. Yang syahid itu termasuk Tuk Janggut, di mana tubuhnya dibawa dalam kereta lembu ke Kota Bharu; satu perjalanan yang mengambil masa beberapa hari. Seseorang hanya boleh menggambarkan keadaan tubuh Tuk Janggut sebelum beliau dikebumikan kemudiannya. Tempat itu yang hanya menyeberangi Sungai Kelantan, dipilih. Pada hari ini, jalan sempit menuju ke makam (mausoleum) itu dan juga mukim itu dinamakan sempena nama Tuk Janggut. Bagaimanapun, makam itu menunjukkan tanda-tanda pengabaian. Peri-ngatan di tepi kuburnya juga tidak cukup dan gagal menerangkan kepada pelawat tentang pahlawan yang disusun oleh satu rantaian peristiwa hingga akhirnya yang mengetuai satu pemberontakan. New Straits Times Monday, 28 February 1994 © New Straits Times (1994), Dunia Melayu (1999).

Kepada peminat sejarah ramai lagi tokoh atau pahlawan seperti Datuk Dol Said pahlawan Naning di Negeri Sembilan dan lain-lainnya. Teruskan membaca sejarah

dan ‘BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH’. Kata pahlawan Hang Tuah ‘Ta’ Melayu Hilang Di Dunia’ Sekian. Oleh ZAR