Upload
university-for-teachers-xd
View
2.127
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
MATA PELAJARAN YANG HENDAK DIAJAR
Mata pelajaran yang di pilih adalah Bahasa Melayu kerana Bahasa
Melayu merupakan mata pelajaran minor dalam Program Sarjana Muda
Keguruan yang diikuti kerana besar kemungkinan akan menjadi guru bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Tema bagi pengajaran yang di pilih adalah Sudah Kuketahui dan tajuk
yang di pilih adalah Buluh Pelbagai Guna yang dipetik daripada Buku Teks
Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil).
Menurut Mashudi bin Bahari dan Nurfarah Lo binti Abdullah (2003),
terdapat 12 tema yang perlu diajar kepada pelajar Tahun 2 dan salah satunya
adalah Sudah Kuketahui. Menurutnya, dalam tema tersebut terdapat beberapa
tajuk dan tajuk yang di pilih adalah Buluh Pelbagai Guna.
Menurut Dr. Sharifah Maimunah binti Syed Zin (2005) dalam huraian
sukatan pelajaran, tajuk Buluh Pelbagai Guna ini terdapat beberapa aspek
penekanan yang perlu ditekankan dalam sesi pengajaran. Oleh itu saya akan
menekankan kepada dua fokus iaitu :
Fokus Utama
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
i. Menyebut perkataan yang mengandungi diftong, vokal, berganding
dan konsonan bergabung dengan betul.
Fokus Sampingan
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1
ii. Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan
ungkapan yang sesuai.
Merujuk kepada kedua-dua fokus ini saya telah membentuk isi pelajaran iaitu
:
1. Kosa Kata - seruling, lemang, perabot, rakit, bubu, bakul.
1
2. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang dibaca.
3 Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan
yang sesuai.
Melalui isi pengajaran yang dibentuk saya telah membuat objektif
pengajaran dimana pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat
:
1. Membaca sekurang-kurangnya empat daripada enam perkataan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
2. Mengeja sekurang-kurangnya tiga kosa kata dengan betul.
3. Mengisi sekurang-kurangnya tiga tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai berpandukan gambar.
2
REKA BENTUK PENGAJARAN ASSURE DIYAKINI PALING
SESUAI UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN
Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah
Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005) reka bentuk pengajaran adalah merangkumi
seluruh proses pengajaran. Ianya perlu mengandungi enam perkara iaitu:
1. menentukan keperluan pelajar
2. menentukan matlamat dan objektif
3. membina prosedur penilaian
4. mereka bentuk dan membina strategi penyampaian
5. mencuba system pengajaran
6. menilai keseluruhan sistem
Maka reka bentuk pengajaran adalah satu proses yang telah bermula dari
menentukan keperluan pelajar sehingga menilai keseluruhan sistem dimana guru
bukan hanya merancang pengajaran tetapi turut membuat penilaian ke atasnya.
Oleh itu dapat di simpulkan bahawa reka bentuk pengajaran adalah bertujuan
untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Menurut Prof. Madya Dr. Wan
Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), reka
bentuk pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. model yang berorientasikan bilik darjah
2. model berorientasikan produk
3. model berorientasikan sistem
Maka model yang di pilih adalah model berorientasikan bilik darjah iaitu Model
ASSURE yang bertumpu kepada satu masa pengajaran. Reka bentuk
pengajaran ASSURE dipilih kerana model ini adalah untuk menyediakan
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunakan media
pengajaran yang khusus untuk pengajaran berskala kecil seperti bilik darjah.
Maka Model ASSURE ini diyakini dapat mencapai objektif pengajaran saya.
Menurut model ASSURE ini, terdapat enam langkah yang perlu di buat iaitu:
3
1. A – analisis pelajar
2. S – nyatakan objektif
3. S – pilih kaedah , media dan bahan
4. U – gunakan media dan bahan
5. R – dorong penglibatan pelajar
6. E – nilai dan semak
Setiap langkah perlu diikuti untuk memastikan proses pengajaran berlaku
dengan lacar dan mencapai objektif pengajaran.
Pada langkah pertama iaitu analisis pelajar, terdapat tiga perkara yang
akan dianalisis iaitu :
1. ciri-ciri umum – dimana guru akan menganalisi asas pelajar seperti umur ,
tahap, dan latar belakang pelajar supaya guru dapat menjadikannya
sebagai asas panduan untuk pemilihan media dan bahan. Di sini guru telah
mengenal pasti umur pelajarnya adalah 8 tahun , pelajar Tahun 2 dan
kebanyakan pelajar adalah pelajar kampung di mana mereka telah
dibesarkan di kawasan kampung maka mereka lebih sesuai untuk di beri
contoh yang berkaitan dengan benda-benda dalam kampung yang pernah
dilihat seperti pokok buluh.
2. kompentasi peringkat masuk – di mana guru akan menilai pengetahuan dan
kemahiran sedia ada pelajar akan tajuk dan kandungan pengajaran. Di sini
guru akan membuat penilaian dengan kemahiran sedia ada pelajar iaitu
sejauh manakah pengetahuan mereka mengenai tajuk untuk memulakan
pengajaran dari sana maka semasa set induksi pelajar didedahkan kepada
apa itu buluh dan bertanya apa yang mereka tahu akan buluh. Guru tahu
yang pelajar telah mengenali buluh semenjak kecil lagi dan pernah
menggunakan alatan yang dibuat daripada buluh seperti perabot.
3. stail pembelajaran – disini guru akan menganalisis pelajar dari segi cara
mereka belajar sama ada mereka mudah belajar secara mendengar
(auditori), melihat (visual) atau yang lain. Melalui ini guru dapat memilih
media dan stail pengajaran yang paling sesuai. Dalam kes ini dimana
terdapat pelajar-pelajar yang berbagai kebolehan di mana cara belajar
4
adalah berlainan maka media pengajaran yang dipilih perlu merangkumi
kesemua aspek iaitu visual, auditori , ulangan , berkumpulan dan latihan
dalam langkah-langkah pengajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff
(1984) guru perlu mengetahui stail pengajaran pelajar supaya aktiviti yang
dijalankan dalam proses pengajaran dapat dimanfaatkan secara
sepenuhnya oleh murid.
Pada langkah kedua adalah nyatakan objektif, di mana guru akan
merancang tahap minimum yang harus di capai oleh pelajar selepas sesi
pengajaran dari segi pengetahuan , kemahiran , dan sikap baru. Menurut Ee Ah
Meng (1997) dalam menyatakan objektif terdapat banyak aspek yang perlu diberi
penekanan dan objektif tersebut mestilah mengikut garis panduan yang telah
disediakan dalam sukatan pengajaran oleh Kementerian Pendidikan. Dalam
merancang objektif pengajaran, saya telah mengikut perkara yang dicadangkan
oleh Dr. Sharifah Maimunah binti Syed Zin (2005) dalam huraian sukatan
pelajaran, tajuk Buluh Pelbagai Guna dengan menekankan kepada dua fokus
iaitu :
Fokus Utama
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
ii. Menyebut perkataan yang mengandungi diftong, vokal, berganding
dan konsonan bergabung dengan betul.
Fokus Sampingan
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1
iii. Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan
ungkapan yang sesuai.
Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah
Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), terdapat tiga elemen yang perlu ada dalam
sebuah objektif pengajaran yang lengkap iaitu:
1. Tingkah laku atau kebolehan pelajar pada akhir pengajaran
5
2. Situasi dimana sesuatu tingkah laku akan dijalankan
3. Kriteria atau piawaian yang menerangkan paras pencapaian pelajar dalam
mencapai objektif
Maka pada objektif akhir pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah,
murid-murid dapat :
4. Membaca sekurang-kurangnya empat daripada enam perkataan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
5. Mengeja sekurang-kurangnya tiga kosa kata dengan betul.
6. Mengisi sekurang-kurangnya tiga tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai berpandukan gambar.
Selain itu pelajar juga mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti
menghargai dalam menghargai kegunaan buluh yang pelbagai guna dan
bekerjasama dalam bekerjasama dalam kumpulan semasa menjawab soalan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat diamalkan selalu.
Kesemua ini telah menunjukkan objektif pengajaran yang di rancang dalam
rancangan pengajaran saya mengandungi ke semua elemen yang perlu ada
dalam objektif pengajaran yang berkesan.
Pada langkah ketiga adalah pilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga
aspek yang perlu ditekankan iaitu :
1. memilih kaedah – saya telah memilih beberapa kaedah yang akan
digunakan dalam proses pengajaran iaitu dalam set induksi menggunakan
kaedah stimulasi untuk menarik minat pelajar dengan teka-teki buluh, diikuti
dengan kaedah demostrasi membaca kosa kata dengan intonansi yang
betul, latihan dan latih tubi untuk pelajar seperti dalam rancangan
pengajaran.
2. memilih media – saya telah memilih media tayang kaku iaitu LCD gambar-
gambar Power Point dimana pelajar dapat melihat gambar benda yang
dibuat daripada buluh dan ejaan suku katanya, media audio iaitu wisel
untuk mengawal pelajar, dan media cetak iaitu lembaran kerja latihan
sebagai penilaian dan pengukuhan.
6
3. mereka bentuk media – oleh kerana saya memilih media tayang kaku
dimana saya tidak dapat mencari gambar-gambar yang diperlukan untuk
dipamerkan maka saya menyediakannya sendiri dengan membuat gambar
dan perkataan dalam Power Point dengan mengambil kira objektif, pelajar,
kos, kepakaran teknikal, peralatan, fasiliti, dan masa.
Menurut Morry van Ments (1994), memilih kaedah stimulasi bermain seperti teka-
teki dapat merangsangkan minat pelajar untuk belajar dengan lebih baik.
Pada langkah keempat adalah gunakan media dan bahan, dimana
penggunaan media terbahagi kepada lima langkah yang penting bagi
penggunaan media yang berkesan iaitu:
1. pribu bahan
2. sediakan bahan
3. sediakan persekitaran
4. sediakan pelajar
5. sediakan pengalaman pembelajaran
Menurut Paul R.Burden (2000), penggunaan media secara berkesan dapat
mengatasi masalah dalam proses pengajaran kerana pelajar lebih mudah
memahami apa yang diajar jika media pengajaran yang digunakan adalah
sesuai.
Guru akan menyediakan kesemua bahan yang diperlukan untuk pengajaran
seperti memastikan media tayangan kaku berfungsi, memastikan pelajar berada
dalam keadaan bersedia semasa sesi pengajaran, dan banyak lagi.
Pada langkah kelima adalah libatkan pelajar, dimana guru perlu
memastikan pelajar turut terlibat dalam aktiviti pengajarannya iaitu perbincangan
dan membuat latihan. Menurut Paul R.Burden (2000), proses pengajaran perlu
melibatkan pelajar kerana pelajar sukar belajar secara dengan hanya memerhati
tetapi mereka lebih mudah belajar jika turut serta dalam aktiviti. Oleh itu, pelajar
perlu diberi latihan untuk memudahkan mereka mempelajarinya.
Guru akan menyuruh pelajar menjawab soalan tayangan gambar kaku secara
berkumpulan dan membuat latihan yang diedarkan.
7
Pada langkah keenam iaitu nilai dan semak, proses ini merupakan langkah
reakhir dalam model ASSURE dimana penilaian dibuat sepanjang proses
pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Penilaian dibuat
merujuk kepada pencapaian pelajar, pembelajaran yang dihasilkan, media dan
kaedah, kualiti media, penggunaan guru, dan penggunaan murid. Menurut
Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) penilaian adalah penting untuk memberitahu
guru akan keberkesanan rancangan pengajarannya keatas pelajar. Keadaan ini
penting supaya guru tersebut dapat memperbaiki kesilapan dan membuat
perubahan terhadap rancangan pengajarannya pada masa depan untuk
mengajar dengan lebih baik. Guru akan menilai sama ada pelajar dapat
mengikuti pengajaran dengan menggunakan media tayangan kaku yang
disediakan atau tidak. Guru akan menilai sama ada pelajar dapat menyebut suku
kata dengan intonansi yang betul sebelum, semasa dan selepas pengajarannya
dengan meminta mereka menyebutnya. Guru akan menilai pembelajaran yang
dihasilkan adalah berkesan atau tidak dengan merujuk kepada pencapaian
pelajar berpandukan objektif yang telah dirancang.
8
PENDEKATAN PENGAJARAN YANG TERBAIK UNTUK
MENGAJAR MURID-MURID YANG BERBEZA KEBOLEHAN
Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), pendekatan pengajaran yang
berkesan akan membawa pelajar-pelajar terlibat secara aktif dan terkawal dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan in berlaku kerana pendekatan
pengajaran yang berkesan akan mendorong pembelajaran, memberi minat dan
sikap pelajar lalu mengurangkan banyak masalah yang tidak dikehendaki dalam
sesi pengajaran. Pendekatan pengajaran yang berkesan juga akan memberi
motivasi secara langsung kepada pelajar untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh serta memastikan objektif pengajaran dapat dicapai.
Guru akan mengajar daripada memberi contoh yang mudah dan diikuti
dengan yang susah atau konkrit kepada abstrak iaitu pada mulanya mewarnakan
imbuhan perkataan dengan warna yang berbeza supaya pelajar dapat menyebut
dengan senang pada mulanya dan diikuti dengan tidak membezakan warna
imbuhan perkataan yang akan disebut diikuti dengan tidak diberi perkataan tetapi
gambar sahaja dan pelajar perlu menyebut berdasarkan ingatan mereka (media
tayangan kaku Power Point). Ini adalah cara pelajar dapat melihat perkataan
dengan perbezaan imbuhan terlebih dahulu diikuti dengan perkataan sahaja
tanpa membezakan imbuhan dan akhir sekali gambar sahaja dimana pelajar
perlu mengingat kembali suku kata perkataan. Dari segi soalan yang diberikan
juga dari senang kepada susah iaitu dengan membaca sahaja suku kata dengan
melihat perkataan yang di tayangkan diikuti dengan memadankan gambar
dengan namanya. Ini akan memberi pelajar masa yang cukup untuk menguasai
pengajaran yang diberikan.
Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan
Puan Ramlah Jantan (2006), pendekatan pengajaran koperatif adalah
9
penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pembelajaran supaya pelajar
bekerjasama untuk memaksimumkan pembelajaran sendiri dan rakan-rakan lain.
Pelajar diberi dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan yang diberikan dan
membantu rakan mempelajari bahan tersebut. Pelajar akan membantu satu
sama lain dalam kumpulannya. Guru akan membahagikan pelajar kedalam 3
kumpulan yang mempunyai pelajar yang berbeza kebolehan dimana pelajar
yang cekap dapat menolong pelajar yang kurang cekap. Pelajar akan belajar
dalam bentuk kumpulan dengan menyebut, mengeja dan menjawab soalan
dalam kumpulan. Aktiviti kumpulan ini dapat membantu pelajar yang kurang
cekap dengan mendapat bimbingan daripada pelajar yang cekap. Pada masa
yang sama guru memberi motivasi dan peneguhan positif kepada pelajar dengan
memuji dan memberi ganjaran kepada kumpulan pelajar yang berjaya. Menurut
Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986), guru perlu membahagikan pelajar
mengikut aras kebolehan masing-masing untuk menjawab latihan yang diberikan
dimana guru perlu menyediakan latihan berdasarkan aras kebolehan pelajar.
Akhir sekali guru akan membentuk kumpulan pelajar mengikut aras kebolehan
pelajar untuk membuat latihan peneguhan. Di sini pelajar akan dimasukkan
kedalam kumpulan berdasarkan tahap kebolehan mereka dan menyelesaikan
soalan yang sesuai dengan mereka. Kumpulan pelajar yang cekap akan
mendapat soalan yang mencabar iaitu menulis perkataan , kumpulan sederhana
akan memadankan gambar dan kosa kata manakala kumpulan kurang cekap
akan melengkapkan perkataan dengan mengisi huruf yang hilang. Keadaan ini
dapat memastikan pelajar yang berbeza kebolehan dapat mencapai objektif
pengajaran bersama. Guru pada masa yang sama akan membimbing pelajar.
Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan
Puan Ramlah Jantan (2006), pendekatan pengajaran langsung sesuai sekiranya
setiap pelajar perlu menguasai maklumat dan kemahiran tertentu. Pada mulanya
guru akan meminta pelajar untuk meneka teka-teki buluh untuk menarik pelajar
dan secara tidak langsung mengaitkannya dengan pengajaran. Guru akan
mendemotrasi dan meminta pelajar mengikutnya iaitu guru menyebut suku kata
dengan intonansi yang betul dan pelajar akan mengikutnya. Ini akan
10
memudahkan pelajar belajar membaca dengan intonansi kosa kata yang betul.
Guru juga akan menyoal pelajar untuk mendapat maklum balas daripada pelajar
dengan meminta mereka membaca perkataan yang dipaparkan dan terus
membetulkan kesilapan. Guru akan meminta mereka mengulangi cara menyebut
untuk memastikan mereka dapat menyebut dengan betul dan pada masa yang
sama dapat mengeja dan tahu akan apa yang mereka pelajari. Guru akan
membantu pelajar yang lemah dengan membimbing mereka untuk menyebut ,
mengeja dan menjelaskan benda tersebut. Akhir sekali guru akan memberi
latihan untuk melakukan pengukuhan.
Guru akan mendemonstrasikan cara membaca dengan intonansi yang
betul supaya pelajar dapat meniru atau membaca dengan cara yang betul
dengan merujuk kepada cara guru membaca dengan betul melalui mendengar.
Maka pelajar dapat tahu intonansi yang betul dan dapat mengaplikasikannya
dalam membaca dengan betul iaitu dari mudah kepada yang susah iaitu
mengulang apa yang disebut oleh guru dan menghafalnya lalu tahu cara
membaca dengan intonansi yang betul. Kemudian guru akan memberi pelajar
peluang untuk membaca dalam kumpulan iaitu yang susah iaitu guru tidak
membimbing mereka membaca tetapi mereka perlu membaca sendiri dalam
kumpulan dengan intonansi yang betul.
11
MEDIA PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN
Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah
Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005) media pengajaran adalah segala sesuatu yang
digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima
sehingga dapat merangsangkan fikiran, perasaan, minat, serta perhatian
pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Media pengajaran
yang digunakan adalah media tayang kaku (visual) iaitu LCD gambar-gambar
Power Point dimana pelajar dapat melihat gambar benda yang dibuat daripada
buluh dan ejaan suku katanya, media cetak iaitu lembaran kerja latihan sebagai
penilaian dan pengukuhan, dan media audio iaitu wisel untuk mengawal
pelajar.
Media tayangan kaku iaitu LCD gambar-gambar Power Point dipilih
kerana dapat menunjukkan gambar barang yang dibuat daripada buluh dengan
jelas kepada pelajar supaya mereka dapat melihatnya. Selain itu, perkataan
ejaan suku kata buluh juga dapat ditunjukkan dengan jelas dengan warnanya
yang membezakan imbuhan untuk menyenangkan pelajar mempelajari sebutan
kosa kata dengan intonansi yang betul. Guru pada masa yang sama akan
mendemostrasikan cara sebutan suku kata dengan intonansi yang betul
berpandukan perkataan yang ditunjukkan dalam LCD dan pelajar akan
mengikutnya. Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr.
Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), gambar pegunyang ditunjukkan dalam
LCD dapat membantu pelajar mengenal pasti visual dengan mencapai objektif
pengajaran pada tahap yang tinggi berbanding dengan media lain. Pelajar dapat
melihat apa benda yang diperbuat daripada buluh dan nama benda tersebut
dengan suku kata yang betul. Ini secara langsung akan memudahkan pelajar
mengenali benda dengan melihat kepada gambar dan mempelajari nama benda
tersebut dengan melihat terus kepada perkataan yang tertera di bawahnya.
12
Mereka juga mudah mengeja dan mengingati kosa kata kerana perkataan
tersebut dipaparkan dengan warna yang berbeza dari segi imbuhan untuk
memudahkan pelajar menyebut dan mengeja. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff
(1984) penggunaan media tayang kaku LCD gambar-gambar Power Point dapat
meningkatkan pemahaman pelajar keatas daya ingatan objek yang dipamerkan.
Ini secara langgsung akan memudahkan pelajar mengenali benda yang
diperbuat daripada buluh dan cara menyebutnya kerana telah ditunjukkan ejaan
kosa kata buluh dengan warna yang berbeza dari segi imbuhan. Ini akan
memudahkan pelajar menyebut kosa kata dengan intonansi yang betul
berpandukan demostrasi guru dalam membaca dan melihat warna imbuhan
dengan menyebut berpandukan warna imbuhan. Penggunaan LCD ini boleh
mengawal kelajuan gambar yang dipaparkan dan mengulang dengan senang
berdasarkan kepada kelajuan pelajar mempelajarinya.
Media cetak iaitu lembaran kerja latihan kepada pelajar dimana pelajar
perlu membuat latihan pengukuhan secara individu untuk mengukuhkan
pengetahuan mereka mengenai apa yang diajar dengan menulis semula nama
benda yang di buat daripada buluh, memadankan gambar dengan nama serta
mengisi huruf perkataan yang telah hilang. Kesemua ini akan menigkatkan daya
ingatan pelajar.
Media audio yang digunakan adalah wisel dimana digunakan untuk
mengawal perlakuan pelajar dalam kelas. Wisel akan dibunyikan apabila pelajar
membuat bising untuk mensenyapkan pelajar, masa untuk aktiviti seterusnya,
dan menukar kumpulan. Ini akan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
13
CARA-CARA MENGURUSKAN PERLAKUAN PELAJAR YANG
MENIMBULKAN MASALAH
Cara menguruskan perlakuan perlakuan pelajar yang menimbulkan
masalah adalah dengan mempraktikkan unsur-unsur motifikasi behaviourisme
dalam sesi pengajaran. Menurut Edwards, C. H. (2000) motifikasi behaviourisme
dalam kelas boleh dijalankan secara positif ataupun negatif. Cara positif seperti
memberi galakan akan membina sistem peneguhan kepada pelajar untuk
mengulangi perbuatan mereka manakala cara negatif seperti merotan akan
menyebabkan pelajar mengelak dari mengulangi perbuatan mereka.
Di sini guru menggunakan cara motifikasi behaviourisme positif iaitu
memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar yang baik dan menjawab dengan
betul. Keadaan ini akan membina peneguhan positif ke atas pelajar untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh dan tidak menimbulkan masalah untuk
membolehkan mereka mendapat pujian dan ganjaran daripada guru. Dalam
proses pengajaran guru akan memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar yang
dapat menjawab dengan betul dan pelajar yang menimbulkan masalah tidak
akan mendapatnya. Ini akan menimbulkan rasa ingin mendapatkan ganjaran di
kalangan mereka maka mereka akan hentikan perlakuan mereka yang
bermasalah untuk mendapatkan ganjaran dan pujian daripada guru.
Guru akan menasihati pelajar yang menimbulkan masalah dengan cara
positif iaitu mengatakan jika mereka tidak mengulangi perbuatan negatif tersebut
mereka akan diberi ganjaran. Keadaan ini akan menyebabkan mereka berhenti
daripada mengulangi masalah mereka kerana mereka ingin mendapat ganjaran
daripada guru.
Selain itu, guru juga akan menggunakan wisel untuk mengawal keadaan
kelas seperti bising. Semasa bising, guru akan membunyikan wisel untuk
14
menarik perhatian pelajar kembali kerana bunyi wisel yang nyaring akan menarik
perhatian seluruh kelas. Cara ini akan menyebabkan kelas menjadi senyap dan
pelajar yang menimbulkan masalah bising akan berhenti dan merasa malu lalu
tidak akan mengulangi perlakuan bermasalah mereka lagi.
Guru akan menggunakan media pengajaran yang menarik iaitu tayangan
gambar kaku yang dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajarannya.
Pelajar yang menimbulkan masalah akan cenderung untuk menghentikan
tingkah laku negatif mereka kerana mereka tertarik dengan media pengajaran
yang digunakan.
Guru akan mengajar menggunakan prinsip pengajaran dan pembelajaran
Gagne dengan memulakan pengajaran dari yang mudah kepada yang susah
(Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan Puan Ramlah
Jantan (2006) ). Guru akan mewarnakan kosa kata yang disebutkan dengan
warna yang berbeza mengikut imbuhan pada awalnya supaya pelajar dapat
membaca dengan senang dan kemudian kepada satu warna sahaja untuk
pelajar membaca perkataan itu tanpa membezakan warna imbuhan yang akan
disebut. Ini akan menyenangkan pelajar belajar dan dapat mengelakkan pelajar
melakukan tindakkan yang tidak diingini kerana mereka dapat mengikuti
pengajaran yang disampaikan.
Guru memberi perhatian dan bimbingan kepada semua pelajar dalam
kelas tanpa mengabaikan pelajar yang lemah ataupun yang cerdik supaya
pelajar dapat mendapat apa yang diajar supaya pelajar tidak berasa bosan atau
ketinggalan dalam pengajaran maka tidak timbul pelajar yang mendatangkan
masalah kerana mereka dapat mengikut pengajaran yang diberikan. Menurut Ee
Ah Meng (1997) dengan memberi perhatian kepada semua pelajar, pelajar akan
dapat mengikuti pelajaran yang dijalankan dan tidak akan tertinggal dan
menimbulkan masalah dalam kelas.
15
JENIS-JENIS SOALAN BERASASKAN DOMAIN KOGNITIF
BLOOM
Menurut Taksonomi Kognitif : Gaya Konkrit Rambang (23 Julai 1999)
menyatakan bahawa terdapat enam peringkat pembelajaran kognitif iaitu:
1. pengetahuan
2. kefahaman
3. aplikasi
4. analisis
5. sintesis
6. penilaian
Setiap peringkat ini akan menunjukkan perbezaan tahap kesukaran soalan yang
perlu dijawab oleh seseorang pelajar. Soalan yang berasaskan kepada peringkat
pengetahuan adalah soalan yang memerlukan pelajar mengingat kembali fakta
definisi atau perkara yang telah di pelajari.
Pada mulanya, guru memberi pelajar-pelajar soalan untuk dijawab dalam
kumpulan dimana pelajar perlu bersama-sama menjawab soalan yang diberikan
kepada kumpulan mereka. Soalan yang diberikan adalah mengeja dan menyebut
suku kata perkataan benda yang dibuat daripada buluh dengan intonansi yang
betul. Ini adalah soalan tahap pengetahuan dalam taksonomi bloom dimana
pelajar akan mengingat kembali cara mengeja dan sebutan dengan intonansi
yang betul.
Kemudian guru memasukkan pelajar ke dalam kumpulan untuk menjawab
soalan dengan memadankan gambar dengan nama bahan yang diperbuat
daripada buluh dengan sebutan kosa kata dengan intonansi yang betul. Di sini
pelajar dalam kumpulan akan bersama-sama mengingat kembali nama gambar
alat yang di perbuat daripada buluh. Ini adalah soalan tahap pengetahuan bagi
16
domain kognitif bloom yang hanya memerlukan pelajar mengingat kembali apa
yang telah dipelajari tetapi lebih mencabar berbanding dengan yang pertama
kerana pelajar perlu mengecam bahan dan namanya.
Seterusnya pelajar akan diberi soalan berdasarkan aras pencapaian
pelajar tersebut dalam pembelajaran. Pelajar cekap perlu menulis semula
perkataan dengan hanya melihat gambar sahaja. Pelajar sederhana pula akan
memadankan gambar dengan nama benda tersebut melalui gariskannya. Pelajar
kurang cekap pula perlu mengisi huruf yang tertinggal dalam perkataan dengan
merujuk kepada gambar. Pelajar dibekalkan dengan latihan yang berlainan tahap
kesukaran supaya pelajar cekap tidak berasa bosan dan pelajar kurang cekap
boleh menjawab. Tetapi ketiga-tiga latihan ini adalah menjurus kepada objektif
yang sama. Ketiga-tiga soalan ini adalah soalan tahap pengetahuan dalam
taksonomi bloom tetapi dalam aras kesukaran yang berbeza untuk mengingat
semula ejaan benda yang dibuat daripada buluh.
17
Rancangan Pengajaran
Tarikh : 07 Julai 2006 ( Jumaat )
Masa : 0730-0830 ( 60 minit )
Tahun : 2 Putih
Bilangan Pelajar : 45 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk Pengajaran : Buluh Pelbagai Guna
Pengetahuan Sedia Ada :
1. Murid-murid pernah melihat dan tahu serba sedikit mengenai buluh.
2. Murid-murid pernah menggunakan alat yang dibuat oleh buluh.
Objektif Pengajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :
1. Membaca sekurang-kurangnya empat daripada enam perkataan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
2. Mengeja sekurang-kurangnya tiga kosa kata dengan betul.
3. Mengisi sekurang-kurangnya tiga tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai berpandukan gambar.
Isi Pelajaran
1. Kosa Kata - seruling, lemang, perabot, rakit, bubu, bakul.
2. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang dibaca.
3 Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan
yang sesuai.
Nilai-nilai murni:
1. menghargai
18
2. kerjasama
Alat Bantu Belajar :
1. -wisel
2. LCD Gambar-gambar (lampiran I)
3. Petikan isi tempat kosong (Power Point)
4. kosa kata (Power Point)
5. lembaran kerja
Bahan Rujukan
1. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU
TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU TEKS.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU
TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU
LATIHAN DAN AKTIVITI. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Langkah Keselamatan
1. Menggunakan wisel untuk mengawal keadaan murid dalam kelas seperti
membunyikan visel sebagai tanda masa sudah sampai maka murid perlu
diam dan beri perhatian. Mengelak murid membuat bising dan mengikut
arahan.
2. Murid-murid dikehendaki menjalankan aktiviti secara teratur. Elakan
daripada berebut-rebut supaya aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur.
Induksi Set
Pengenalan Tajuk : Buluh Pelbagai Guna
Masa : 4 minit (0730-0734)
Strategi :
19
1. Guru memasang Power Point yang disediakan dan meminta murid-murid
membaca teka-teki (buluh) dalam paparan secara beramai-ramai dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta menarik.
2. Murid-murid di minta untuk meneka jawapan teka-teki.
3. Kemudian guru akan memaparkan jawapan teka-teki yang tepat dengan
slaid gambar dan mengaitkannya dengan isi pelajaran.
Kaedah: membaca intensif , dan mendengar dengan berkesan
Aktiviti : Menjawab teka-teki
Penggunaan Media : Microsoft Power Point – LCD(Gambar-gambar )
Langkah penyampaian
Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian
Langkah 1
(12 Minit)
0734-0746
Mengeja dan
menyebut perkataan
dengan intonasi yang
betul :
Kosa Kata
1. bakul
2. rakit
3. bubu
4. lemang
5. seruling
6. perabot
Strategi :
1. Guru meminta murid-murid menyebut
perkataan dengan berpandukan
gambar dalam paparan LCD.
2. Guru menyebut dan mengeja
perkataan dengan intonansi yang betul
(pembetulan dan mendemostrasikan).
3. Murid-murid akan mengeja dan
mengulang sebutan perkataan dengan
intonasi yang betul beramai-ramai.
4. Guru memberikan makna perkataan
sambil membina ayat pendek sebagai
contoh.
5. Guru memberi bimbingan.
Kaedah: membaca intensif ,
20
mendengar dengan
berkesan
Aktiviti : menyebut , mengeja dan
membaca.
Penggunaan Media :
Microsoft Power Point –
LCD(Gambar-gambar )
Langkah 2
(12 Minit)
0746-0758
Mengeja dan
menyebut perkataan
dengan intonasi yang
betul :
Kosa Kata
1. bakul
2. rakit
3. bubu
4. lemang
5. seruling
6. perabot
Strategi :
1. Guru membahagikan murid-murid ke
dalam 3 kumpulan iaitu 15 orang dalam
satu kumpulan.
2. Guru memaparkan gambar satu
persatu dan meminta murid-murid
menjawab mengikut kumpulan.
3. Guru meminta murid-murid tersebut
menyebut , mengeja dan membaca
perkataan yang dipaparkan secara
beramai-ramai mengikut kumpulan.
4. Kumpulan yang mengeja perkataan
dengan betul akan diberikan pujian dan
ganjaran.
5. Guru memberi bimbingan.
Kaedah: membaca intensif , menjana idea
dan menghubungkait
Aktiviti : menyebut , mengeja dan
membaca.
21
Penggunaan Media :
Microsoft Power Point –
LCD(Gambar-gambar )
Langkah 3
(10 Minit)
0758-0808
Mengisi tempat
kosong berpandukan
gambar :
Kosa Kata
1. bakul
2. rakit
3. bubu
4. lemang
5. seruling
6. perabot
Strategi :
1. Guru meminta murid-murid mengikut
kumpulan memerhatikan setiap
gambar yang dipaparkan.
2. Guru mengulaskan tentang kosa kata
secara ringkas.
3. Guru meminta murid-murid memberi
jawapan yang betul berpandukan
gambar mengikut kumpulan.
4. Guru mengulaskan jawapan murid-
murid.
5. Kumpulan yang menjawab perkataan
dengan betul akan diberikan pujian dan
ganjaran.
6. Guru memberi bimbingan.
Kaedah: menjawab berpandukan gambar
Aktiviti : menjawab berpandukan gambar
Penggunaan Media :
Microsoft Power Point –
LCD(Gambar-gambar )
Langkah 4
(14 Minit)
Membuat latihan
mengikut aras
Strategi :
22
0808-0822 kebolehan murid.
Aras kumpulan:
1. singa (murid
cekap)
2. harimau ( murid
sederhana)
3. gajah (murid
kurang cekap)
1. Guru mengulaskan isi pelajaran hari
ini.
2. Guru membahagikan setiap murid
mengikut aras kebolehan masing-
masing dalam kumpulan.
Aras kumpulan:
singa ( murid cekap)
harimau (murid sederhana)
gajah (murid kurang cekap)
3. Guru memberi latihan yang berbeza
kepada murid mengikut kumpulan aras
masing-masing.
Murid-murid dalam kumpulan
singa (murid cekap) perlu
menulis jawapan gambar itu
sendiri kerana hanya di
bekalkan gambar sahaja.
Murid-murid dalam kumpulan
harimau (murid sederhana) akan
mengisi jawapan berdasarkan
pilihan jawapan yang di
bekalkan bersama dengan
gambar.
Murid-murid dalam kumpulan
gajah (murid kurang cekap)
akan melengkapkan huruf-huruf
perkataan yang hilang
berdasarkan gambar.
4. Murid menyiapkan latihan dalam
lembaran kerja.
23
Kaedah: menyiapkan latihan dalam
lembaran kerja.
Aktiviti : membuat latihan
Penggunaan Media : latihan lembaran
kerja
Kesimpulan
Guru mengulas perkara yang penting.
Masa : 8 minit (0822-0830)
Strategi :
1. Guru memasang Power Point yang disediakan dan meminta murid-murid
mengeja dan membaca paparan slaid gambar secara beramai-ramai
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Guru menggunakan Power Point dengan memaparkan gambar dan
meminta murid-murid mengingat semula dengan menyebut ke semua 6
barang yang di buat daripada buluh yang telah di pelajari.
Kaedah: membaca paparan slaid Power Point dan menyatakan tanpa melihat
Perkataan dengan mengingat kembali.
Aktiviti : mengingat kembali.
Penggunaan Media : Microsoft Power Point – LCD(Gambar-gambar )
Penilaian
Guru melakukan penilaian formatif.
Strategi :
1. Langkah 1, guru meminta murid-murid menyebut perkataan dengan
berpandukan gambar dalam paparan LCD tanpa mendemotrasi terlebih
dahulu, guru mendapati kebanyakan murid tidak menyebut dengan kosa
kata yang betul dari segi intonasinya.
24
2. Langkah 2, guru meminta murid-murid tersebut menyebut , mengeja dan
membaca perkataan yang dipaparkan secara beramai-ramai mengikut
kumpulan, guru mendapati jumlah murid yang dapat menyebut dengan
intonansi yang betul telah bertambah.
3. Langkah 3, guru meminta murid-murid memberi jawapan yang betul
berpandukan gambar mengikut kumpulan, guru mendapati murid-murid
menolong satu sama lain dan menjawab dengan betul.
4. Langkah 4, guru memberi latihan yang berbeza kepada murid mengikut
kumpulan aras masing-masing, guru mendapati kesemua latihan yang di
berikan bersesuaian kerana murid dapat menjawab tanpa di bimbing.
5. Akhir sekali sebagai penutup guru memasang Power Point dan meminta
murid-murid mengingat semula dengan menyebut ke semua 6 barang
yang di buat daripada buluh yang telah di pelajari dan mendapati murid-
murid dapat :
a. Membaca empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
b. Mengeja tiga kosa kata dengan betul.
c. Mengisi tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan
gambar.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :
a. Membaca empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
b. Mengeja tiga kosa kata dengan betul.
c. Mengisi tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan
gambar.
Tugasan
1. Murid secara berkumpulan dalam menjawab jawapan untuk gambar-
gambar yang di paparkan pada LCD.
25
2. Murid membuat latihan lembaran kerja mengikut aras kebolehan mereka.
Ulasan diri
1. Induksi set sangat berkesan kerana murid-murid memberi pelbagai
jawapan dan memberi mereka minat untuk meneruskan pembelajaran.
2. Aktiviti berkumpulan menampakkan murid menjadi bising maka saya
mengawal mereka dengan membunyikan wisel untuk menandakan isyarat
diam dan di buktikan ini dapat mengawal murid daripada membuat bising.
3. Memberi pujian dan ganjaran jelas dapat menarik minat murid untuk
berusaha dengan lebih gigih dalam menjawab.
Ulasan Penyelia
26
BENTUK SLAID “POWER POINT”
BilaBila kecilkecil kepalakepala tajamtajam, , BilaBila besarbesar rambutrambut
mengembangmengembang; ; SewaktuSewaktu kecilkecil bolehboleh didi
makanmakan,, SewaktuSewaktu dewasadewasa banyakbanyak
gunanyagunanya. . TahukahTahukah adikadik apaapa
bendanyabendanya ituitu?? Buluh
SeSerurulingling
PePerarabotbot
BaBakulkul
LeLemangmang
BuBububu
RaRakitkit
SERULING
BAKUL
BUBU
LEMANG
PERABOT
RAKIT
SERULING
PERABOT
LEMANG
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
BUBU
RAKIT
BAKUL
SERULING
BAKUL
BUBU
LEMANG
PERABOT
RAKIT
27
Lembaran kerja :
1. Kumpulan singa
Menulis benda yang dibuat daripada buluh berpandukan gambar
1.
2.
3.
4.
5.
28
6.
2. Kumpulan harimau
Padankan gambar benda yang dibuat daripada buluh dengan namanya.
1.
2.
3.
4.
29
Seruling
Lemang
Bakul
Bubu
5.
6.
3. Kumpulan gajah
Lengkapkan huruf-huruf perkataan yang hilang berpandukan gambar
1.
2.
3.
30
Rakit
Perabot
P _ r _ b u _
B _ _ u _
S _ r _ l _ _ g
4.
5.
6.
RUJUKAN
1. Abd. Rahim Abd. Rashid (1999). PROFESIONALISME MOTIVASI
PENGURUSAN BILIK DARJAH. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.
2. Dr. Sharifah Maimunah binti Syed Zin (2005). HURAIAN SUKATAN
PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
SJKTAHUN 2 BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Kendidikan Malaysia.
3. Edwards, C. H. (2000). Classroom disipline and management (3rd ed).
New York: John Wiley & Sons.
4. Ee Ah Meng (1997). PEDAGOGO I Kurikulum dan Pengurusan Bilik
Darjah (Semester II). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
31
R _ k _ _
B _ _ u
L _ _ a n _
5. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU
TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU TEKS.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU
TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU
LATIHAN DAN AKTIVITI. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Menurut Paul R.Burden (2000). POWERFUL CLASSROOM
MANAGEMENT STRATEGIES. United Kingdom: Corwin Press Inc.
8. Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986). KURIKULUM BARU
SEKOLAH RENDAH TAHAP 1. Selangor: Heinemann Educational Books
Ltd.
9. Morry van Ments (1994). THE EFFERCTIVE USE OF ROLE PLAY.
London: Kogan Page Limited.
10.Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan Puan
Ramlah Jantan (2006). HBET2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Open Universiti Malaysia.
11.Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah
Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.
Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.
12.Sharifah Alwiah Alsagoff (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
13.Taksonomi Kognitif : Gaya Konkrit Rambang (23 Julai 1999). Didapati
pada 28 Februari2006 daripada http://www.teachersrock.net/Taks_k_r.htm
32