7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

Embed Size (px)

Citation preview

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar1. Antanom ialah ketua kaum Murut di Rundum.(a) Nama sebenar beliau ialah Ontoros anak lelaki Antanom. (b) Dilahirkan pada tahun 1875. (c) Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya ketika berusia 30 tahun.

2. Penentangan yang dipimpin Antanom juga dikenali sebagai Kebangkitan Rundum.

Tindakan SBUB yang Menyebabkan Penentangan Antanom & Orang Murut

Melarang membuka tanah melayu Tindakan SBUB melarang mereka membuka tanah baru dianggap menceroboh hak orang murut. Akibat : kekurangan beras

Menjadi Buruh Paksa Orang Murut dipaksa membina jalan di pedalaman. Dipaksa memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum.

Mengenakan cukai yang tinggi Cukai kepala 1 dolar setiap orang. Cukai tanaman pindah 50 sen setiap ekar. Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak 25 sen. Cukai tangkapan ikan besar & memelihara anjing 1 dolar seekor.

Tindakan SBUB yang Menyebabkan Penentangan Antanom & Orang Murut

Menzalimi keluarga Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah-menyebelah tebing sungai. Dikenakan 1 dolar bagi setiap kali berkunjung. Jika mereka mempuyai dua orang anak, salah seorang daripadanya akan diambil oleh SBUB untuk dijadikan buruh paksa.

Menceroboh kawasan hutan Kawasan hutan diceroboh SBUB untuk tujuan membina jalan. Tindakan ini dibantah kaum Murut kerana mengikut kepercayaan mereka, tindakan ini akan menggangu roh nenek moyang mereka.

Antanom menyatukan orang murut untukmenentang SBUB. Pada bulan Februari 1915 -Antanom menyerang Pensiangan. -Membakar bangunan kerajaan di situ. Pada bulan Mac 1915 -Antanom memimpin kira-kira 600 orang murut menyerang Rundum -Pejabat pentadbiran SBUB di Rundum telah dimusnahkan. -Pengikut Antanom meningkat menjadi lebih kurang 900 orang.

Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandugi 7 buah rumah bawah tanah.

Pada bulan April 1915 - SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom - Pertempuran berlaku selama 6 minggu Antanom dan 400 orang murut terkorban dalam mempertahankan Rundum Penentangan itu dikenali sebagai Kebangkitan Rundum

SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom.

8 orang kanannya dibuang daerah ke Kudat. Sementara yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau . SBUB mengarahkan orang murut bersumpah setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya. Orang Murut telah berpindah ke pedalaman Kalimantan