4

Click here to load reader

Rancangan Pengajaran Harian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian

InstitutPendidikanUIAM|DPLI2009|RPHPendidikanIslam 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh : 15 September 2009 Tingkatan : 1 Ibn Sina

Masa : 8.20-9.40 pagi Bilangan Murid : 29/32

Tajuk Umum : Ibadah

Tajuk Pelajaran : Tayamum

Objektif Am :

Pelajar dapat mengetahui konsep bertayamum dengan betul serta kepentingannya

dalam kehidupan.

Hasil

Pembelajaran

: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

(1) Mengenalpasti sekurang-kurangnya 3 sebab bertayamum.

(2)

(3)

(4)

Membezakan syarat-syarat dan rukun tayamum.

Menyebut semula lafaz niat tayamum dengan betul.

Menyatakan sekurang-kurangnya 3 perkara sunat ketika bertayamum dan 2

perkara yang membatalkan tayamum.

(5) Menunjukkan cara-cara bertayamum dengan betul.

Kemahiran

Berfikir

: Menghayati kepentingan bertayamum bagi meneruskan ibadah solat tatkala ketiadaan

air dan sebab-sebab tertentu yang lain.

Penghayatan

Nilai

: Mengingatkan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dan kewajipan bersolat yang

mesti dilaksanakan walaubagaimana keadaan sekalipun.

Penggabung

Jalinan

: Kaitan dengan Geografi. Ayat ini diturunkan semasa zaman Rasulullah dan keadaan

tanahnya berdebu dan berpasir. Sebab itu debu lebih sesuai digunakan, bukannya tanah

liat dan sebagainya.

Pengetahuan

Sedia Ada

: (1) Pelajar telah mempelajari ciri-ciri gurun di tanah Arab semasa kelas Geografi.

(2) Pelajar telah mengetahui anggota-anggota untuk berwuduk serta perkara

yang membatalkan wuduk.

Bahan Bantu

Mengajar

: (1) Slide yang menunjukkan dialog antara dua sahabat tentang tayamum.

(2) Lapan kepingan kad yang bertulis syarat-syarat dan rukun tayamum.

(3) Bedak dan surat khabar- sebagai bahan untuk demonstrasi tayamum.

Rujukan Guru : (1) Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil. (2009). Xpress Vista PMR1.2.3-

Pendidikan Islam. Selangor, Sasbadi Sdn. Bhd.m/s: 48-49.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian

InstitutPendidikanUIAM|DPLI2009|RPHPendidikanIslam 2

Isi Pelajaran : (1) Pengertian tayamum dan sebab-sebabnya.

(2) Syarat-syarat dan rukun tayamum.

(3) Cara-cara bertayamum.

(4) Perkara-perkara sunat ketika bertayamum.

(5) Perkara-perkara yang membatalkan tayamum.

KOMPONEN PENGAJARAN

Induksi Set

Guru menunjukkan slide yang memaparkan dialog antara dua sahabat tentang tayamum. Dua pelajar

diminta untuk membaca dialog tersebut dan pelajar yang lain diminta mendengar dengan baik dan

mencari isi penting.

Dialog ini adalah ketika Azam menziarahi Muaz di rumahnya.

Azam : Nampaknya teruk juga balutan di tangan kau ni.

Muaz: Begitulah nampaknya. Mana aku sangka lembu itu nak melintas. Aku pula tengah laju bawa moto masa

tu. Hmm...

Azam: Sabarlah Muaz, lepas ni kita kena sentiasa berhati-hati lah. Terpaksalah kau bertayamum macam ni kalau

nak bersolat.

Muaz: Tayamum? Boleh ke? Bukan masa tiada air sahaja ke kita dibenarkan bertayamum?

Guru meminta pandangan pelajar dengan bertanya,

”Apakah pendapat kamu? Boleh atau tidak Muaz bertayamum?”.

Setelah pelajar memberi maklum balas, guru tidak terus memberi jawapan sebenar, sebaliknya guru

meminta pelajar fokus akan topik pada hari ini dan akan membincangkan kembali situasi di atas.

Guru memberitahu kelas yang topik akan dipelajari ialah Tayamum.

Perkembangan Isi

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

1.

Pengertian tayamum:

- Menyapu debu tanah yang suci ke muka

dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku

dengan syarat-syarat tertentu beserta dengan

niat.

Bertanya kepada pelajar sama ada

tahu makna tayamum.

”Ada sesiapa di antara kamu yang

pernah dengar atau tahu apa yang

dikatakan tayamum?”

Jika ada yang tahu, minta beritahu

kelas apa itu tayamum, dan guru

membimbing jawapan pelajar

tersebut.

Jika tidak, guru memulakan

pengajaran tayamum dengan

menerangkan maknanya.

2.

Sebab-sebab Tayamum:

i) Ketiadaan air atau ada air tetapi

hanya cukup untuk keperluan

makan dan minum.

ii) Sakit yang memudaratkan jika

Mula mengadakan perbincangan

akan sebab-sebab yang dibenarkan

bertayamum.

Rujuk semula dialog tadi, kemudian

tanya semula kepada pelajar sama

Penilaian 1

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian

InstitutPendidikanUIAM|DPLI2009|RPHPendidikanIslam 3

terkena air.

iii) Air yang terlalu sejuk dan boleh

memudaratkan diri.

iv) Terkurung dan tiada bekalan air.

ada situasi tersebut dibenarkan untuk

bertayamum atau tidak. Minta pelajar

beri situasi yang lain.

3.

Syarat-syarat tayamum:

i) Telah masuk waktu solat.

ii) Debu tanah mestilah suci

daripada najis.

iii) Debu mestilah kering dan tidak

bercampur lumpur.

iv) Membersihkan najis sebelum

bertayamum.

Rukun tayamum:

i) Niat.

(Maksudnya: Sahaja aku

bertayamum bagi mengharuskan

solat kerana Allah Taala).

ii) Menyapu muka.

iii) Menyapu tangan hingga ke siku.

iv) Tertib.

Guru menerangkan syarat-syarat dan

rukun tayamum.

Guru menguji pelajar dengan

memberi kepingan kad yang

mengandungi syarat-syarat dan

rukun tayamum. Mana-mana lapan

orang pelajar yang terpilih itu

diminta untuk melekatkan kad

tersebut di papan tulis sama ada di

bawah kategori syarat-syarat atau

rukun tayamum.

Guru memberi maklum balas

terhadap hasil jawapan pelajar.

Penilaian 2

4.

Perkara-perkara sunat ketika tayamum:

i) Mula dengan membaca Bismillah.

ii) Mendahulukan tangan kanan

daripada tangan kiri.

iii) Menipiskan debu tanah di tapak

tangan.

iv) Berturut-turut antara menyapu

muka dan tangan.

v) Membaca doa.

Perkara-perkara yang membatalkan

tayamum:

i) Semua perkara yang

membatalkan wuduk.

ii) Ada air sebelum solat sekiranya

bertayamum kerana ketiadaan

air.

Guru meneruskan pengajaran dengan

menerangkan perkara-perkara sunat

ketika tayamum dan perkara-perkara

yang membatalkan tayamum.

Tanya pelajar perkara-perkara yang

membatalkan tayamum.

Jika pelajar memberi jawapan

perkara-perkara yang membatalkan

tayamum ialah semua perkara yang

membatalkan wuduk, guru menyoal

kepada pelajar akan perkara yang

membatalkan wuduk sebagai

imbasan semula kepada topik yang

lalu.

Guru memberi maklum balas

terhadap jawapan pelajar.

Penilaian 4

5.

Cara-cara bertayamum:

i) Tekan kedua-dua tapak tangan

ke atas debu yang suci.

ii) Kemudian sapu muka dengan

debu tadi disertai dengan niat.

iii) Seterusnya tekan kedua tapak

tangan ke atas debu sekali lagi,

kemudian sapu debu tersebut di

tangan kanan dan kiri hingga ke

siku.

Guru membuat demonstrasi

sebanyak dua kali di hadapan pelajar

(semua pelajar diminta membuat

lengkungan agar semua dapat

melihat demonstrasi tersebut-

sebahagiannya duduk dan

sebahagiannya berdiri).

Kali pertama, pelajar diminta

mencatat isi-isi penting cara untuk

bertayamum.

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian

InstitutPendidikanUIAM|DPLI2009|RPHPendidikanIslam 4

Kali kedua, pelajar diminta

perhatikan dengan teliti kerana guru

akan menguji dua orang daripada

pelajar untuk membuat demonstrasi.

Penilaian

1.

Sebelum pelajar yang terpilih membuat demonstrasi, guru meminta:

(i) semua pelajar menyebut semula lafaz niat tayamum dengan kuat dan betul.

(ii) kemudian guru memilih 2 atau 3 orang untuk menyebut semula lafaz niat tayamum dengan

betul. Guru memberi maklum balas terhadap bacaan pelajar.

(Penilaian 3)

2. Dua orang pelajar diminta membuat demonstrasi di hadapan kelas dengan kaedah yang betul. Sambil

berdemonstrasi, guru juga meminta pelajar tersebut menyatakan dan menunjukkan sekurang-kurangnya 3

perkara sunat ketika bertayamum. Pelajar yang lain juga dibenarkan membantu dan memberi jawapan.

Guru memberi maklum balas semasa dan setelah selesai berdemonstrasi.

(Penilaian 4 dan 5)

Rumusan

1. Guru menegaskan bahawa tayamum ini boleh dilakukan atas sebab-sebab tertentu seperti ketiadaan air

untuk meneruskan ibadah solat.

2. Guru menasihati pelajar agar menjaga solat dalam kehidupan seharian tidak kira di mana dan

bagaimana keadaan sekalipun.

Latihan Susulan

Guru memberi kerja rumah dengan soalan-soalan berikut:

i) Apakah hukum bertayamum dengan bedak bagi menggantikan debu seperti yang baru sahaja

didemonstrasikan tadi?

ii) Kenapa anggota tayamum tidak sama dengan anggota wuduk? Kenapa hanya muka dan tangan

sahaja sedangkan tayamum itu adalah sebagai pengganti wuduk untuk melaksanakan solat?

Jawapan kepada soalan ini akan dibincangkan pada kelas yang akan datang.

Penilaian Kendiri

Ulasan Penyelia

Ulasan Pengetua