45
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU (KAYAK) AHLI KUMPULAN: ASYIKIN LIN SYIRA ZATI

kayak

  • View
    5.292

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: kayak

IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU

(KAYAK)AHLI KUMPULAN:

ASYIKINLIN

SYIRAZATI

Page 2: kayak

ZATI

SYIKIN

LIN

SHIRA

Page 3: kayak

KAYAK

Page 4: kayak

SEJARAH KAYAKKayak yang membawa maksud `bot lelaki’ atau `bot pemburu’ mulanya dijadikan pengangkutan air bagi masyarakat Orang Asli Eskimo untuk mencari sumber pendapatan.

Rekaan kayak menjalani perubahan daripada aspek pembuatannya. Penggunaan kepingan kayu dan fabrik untuk kayak menguasai pasaran pada 1950-an.

Namun, kayak daripada bahan jenis gentian kaca tahan lasak yang mendominasi pasaran menjelang 1970-an meningkatkan lagi fungsi kayak sebagai aktiviti rekreasi popular sehingga kini.

Page 5: kayak

Kayak pada masa kini dikategorikan dalam

pelbagai jenis dengan bahan daripada kayu,

plastik, gentian kaca, gentian karbon dan

kerangka aluminium yang sesuai untuk pelbagai

aktiviti sukan rekreasi dan ekstrim.

Selain menjadi pilihan untuk aktiviti bersantai di

tengah tasik, terdapat juga pelbagai jenis kayak

untuk sukan air iaitu kayak laut, kayak

whitewater (atau kayak sungai), kayak luncur

ombak, kayak polo dan kayak lumba.

Page 6: kayak

Kayak jenis ini juga terbahagi kepada tiga kategori iaitu K1, K2 dan K4. Kayak jenis K1 dikhususkan untuk seorang pengendali, sementara K2 dan K4 masing-masing untuk dua dan empat jurumudi.

Pada Sukan Olimpik, kayak perlumbaan dipertandingkan bagi kategori 200 meter (m), 500m dan 1000m bagi lelaki, manakala 200m dan 500m untuk kategori wanita.

Saiz kayak K1 ialah sepanjang 5.2 meter (17 kaki) manakala, K2 pula sepanjang 6.2 meter

Page 7: kayak

Perbezaan Kayak dan Kannu

Kayaksejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur.

Kannusejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur.

Page 8: kayak
Page 9: kayak
Page 10: kayak

JENIS-JENIS KAYAK

Page 11: kayak

Mandesta (Berbentuk V)Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Menggunakan perahu jenis ini memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.

Ottersport (Berbentuk U)Bagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini amar stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru pemula dalam olahraga dayung. Karena bawahnya rata, pergerakan agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.

Slalom (Berbentuk O)Bagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Dari bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.

Page 12: kayak

KATEGORI KAYAK.

Page 13: kayak

 a) sea kayak (KAYAK LAUT) - direka khusus untuk aktiviti

kembara sama ada untuk satu atau dua jurumudi dengan reka bentuk permukaan dan saiz bersesuaian dengan keadaan persekitaran laut lepas.

Page 14: kayak

b) whitewater kayak -menggabungkan teknologi rekaan

bot yang menekankan aspek ketahanan, sebagaimana kayak jenis slalom yang tahan lasak

Page 15: kayak

c ) Kayak luncur ombak atau surf skis - direka khusus lebih kecil dan

memanjang yang sesuai untuk aktiviti membelah ombak dan aktiviti menyelamat di kawasan berombak

Page 16: kayak

d ) kayak jenis perlumbaan

- menampilkan rekaan yang lebih tirus

dan tajam di kedua-dua belah bahagian

depan dan belakang malah paling

sukar untuk dikendalikan.

Page 17: kayak

General Recreation

Page 18: kayak

Touring

Page 19: kayak

Whitewater

Page 20: kayak

Racing/Special Purpose

Page 21: kayak

ANATOMI KAYAK Kayak mempunyai bahagian yang penting dalam menentukan

prestasinya. Kayak mempunyai 10 bahagian iaitu:

1. BOW DAN STERN (HALUAN DAN BURITAN)

Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak yang

berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian

hadapan manakala stern ialah muncung bahagian belakang.

Bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk

coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Fungsinya

adalah memotong air dan memecah ombak selain menjadi

panduan arah tuju kayak.

Page 22: kayak

2. HULL

Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia

mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung

kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.

3. DECK (GELADAK ATAS)

Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya

cockpit. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak

dan melindungi bahagian kaki pendayung serta

memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan

dipanggil foredeck. Manakala deck belakang dipanggil

aftdeck.

Page 23: kayak

4. TOGGLES

Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di

bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah untuk

memudahkan mengangkat sesebuah kayak, berpaut

apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Toggles

terbahagi dua iaitu toggles yang terdiri daripada tali yang

diikat kepada sejenis pemegang yang diperbuat daripada

kayu atau plastik. Ia lebih selamat dan selesa digunakan.

End Loops pula terdiri daripada seutas gulungan tali yang

terletak di hujung bow dan stern. Ia murah dan mudah

disediakan tetapi berbahaya kerana di kawasan arus

deras, end loop yang terperangkap dalam pusaran air

boleh mencederakan tangan.

Page 24: kayak

5. COCKPIT

Ruangan yang terletak di tengah-tengah

kayak dan diantara foredeck dan aftdeck.

Ia merupakan kawasan di mana

pendayung duduk di dalamnya. Behagian

hadapan dan belakang boleh ditentukan

dengan melihat kepada bahagian cockpit.

Bahagian hadapannya berbentuk lebih

kecil berbanding bahagian belakang.

Tempat duduk kayak yang terdapat dalam

cockpit pula selalunya hampir dengan

bahagian belakang cockpit.

Page 25: kayak

6. SEAT (TEMPAT DUDUK)

Tempat duduk pedayung yang terletak di dalam cockpit.

Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk

standard (mempunyai saiz yang tetap, tempat duduk

sederhana-untuk kegunaan rekreasi, tempat duduk ketat-

untuk aktiviti rodeo dan arus deras dan tempat duduk

boleh laras. Tempat duduk yang tinggi akan memberikan

kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan

kelajuan kayak tetapi rendah tahap imbangannya.

Tempat duduk yang rendah pula stabil imbangannya

namun menghasilkan daya dayungan yang rendah.

Page 26: kayak

7. COAMING

Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi

cockpit. Berfungsi untuk menghalang air daripada

memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat

spray cover.

8. KNEE BRACE

Terletak di bahagian coaming di bahagian foredeck.

Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut

pedayung dan memberi cengkaman kaki pedayung

yang lebih kuat terhadap kayaknya. Ia

memudahkan kemahiran gulingan dan

mengelakkan pedayung daripada terkeluar apabila

terbalik. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras

dan slalom sahaja.

Page 27: kayak

9. TOWLINE/DECKLINE

Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi

kiri dan kanan coaming hingga ke

bahagian stern.ia berfungsi sebagai tali

untuk menyelamat, penunda, mengikat

alatan dan mengikat kayak. Tidak

semua kayak memiliki towline.

Page 28: kayak

10. KEEL

Terletak di bahagian geladak bawah kayak. Fungsi utamanya

ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia

membolehkan sesbuah kayak itu bergerak lurus dengan

cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel . Selain keel,

terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi sama

dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang

dan dilucutkan. Rudder pula merupakan sejenis keel yang

boleh laras atau dikawal pergerakan kemudinya. Selalunya

rudder terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan

pecut.

Page 29: kayak

11. FOOTREST

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan

tempat melatak kaki pedayung . Ia berfungsi

memberikan daya cengkaman dan sokongan

tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui

kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback

dan kaki terhadap penghasilan daya dayung yang

baik. Ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang

melindungi pedayung daripada terhentap atau

mengeluncur kehadapan akibat hentakan atau

pelanggaran.

Page 30: kayak

Secara umum terdapat 3 jenis footrest iaitu

i. Berbentuk bar yang dipasang pada bahagian

sisi port dan starboard kayak

ii. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga

disisi port dan starboard kayak

iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah

rata dan memenuhi bahagian bow sesebuah

kayak.

Page 31: kayak

12.BUOYANCY ( BAHAN AMPUNGAN)

Bahan ampungan terdapat di dalam

kayak. Ia terletak di bawah deck

bahagian bow dan stern. Fungsi

utamanya ialah untuk mengapungkan

kayak apabila terbalik dan dimasuki air.

Selain itu ia juga mengukuhkan dan

menyokong bahagian geladak atas dan

bawah.

Page 32: kayak

Secara amnya terdapat tiga jenis buoyancy

a) Beg udara

Sejenis beg yang dibuat daripada kanvas

dan diletakkan di dalam kayak di bahagian

bow dan stern. Udara dipamkan kedalamnya .

Ia boleh dibawa dan keluar dari kayak dengan

mudah. Ia mempunyai daya apungan yang

amat tinggi namun mudah bocor

Page 33: kayak

b) Foam ( Gabus/ getah lembut)

Diperbuat daripada jenis buih getah/

plastik yang dimampatkan. Ia memiliki

daya apungan yang tinggi dan menyokong

bahagian geladak atas dan bawah dengan

kuat. Bentuknya yang nipis memudahkan

banyak masuk kedalam kayak berbanding

beg udara.

Page 34: kayak

c) Polisterin

Bahan yang amat polpular digunakan

dalam kayak buatan tempatan. Harganya

amat murah dan mempunyai daya

apungan yang tinggi serta boleh

menyokong bahagian geladak atas dan

bawah dengan baik. Kekurangan ialah

rapuh dan mudah rosak.

Page 35: kayak

13. DECK EYE/ EYE CLEAT

Lubang atau besi yang terdapat di atas

geladak berfungsi untuk mengikat towline di

kawasan atas geladak.

14. EYE PIT

Lubang yang terdapat di hujumg bow dan

stern sesetengah jenis kayak. Berfungsi untuk

memegang loop atau toggle yang dipasang

padanya.

Page 36: kayak

15. HATCHES

Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck.

Fungsinya ialah untuk menyimpan peratlatan diri dan

perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan

bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.

16. BACK STRAP

Sejenis tali dan lapisan getah yang diikatkan pada bahagian

belakang tempat duduk. Ia mempunyai berbagai-bagai

bentuk. Ia memberikan keselesaan kepada pedayung untuk

untuk menyandarkan bahagian mereka sewaktu berdayung.

Ia juga bertinbdak sebagai alat keselamatan yang berfungsi

melindungi bahagian belakang pendayung tercedera akibat

hentakan dari belakang.

Page 37: kayak

PENDAYUNG

Berfungsi untuk mengerakkan kayak dan untuk mempratikkan teknik-teknik kayak.

Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya berlawanan kedudukan. Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap mata dayung yang berada di udara sewatu berdayung.

Page 38: kayak

Anatomi Pendayung

1. Blade (Bilah mata dayung)kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.

2. Tip (Pelindung mata dayung)kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Berfungsi untuk melindungi mata dayung dari kerosakkan akibat hentakan. (tidak semua pendayung mempunyai tip)

Page 39: kayak

3. Shaft/Loom/Bar (batang pendayung)bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

4. Neck (Leher pendayung)bahagian percantuman antara blade dan shaft.

5. Drip ring (bulatan getah)diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsinya ialah untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memeliki drip ring.

Page 40: kayak

6. Front of blade (muka dayung)bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Symmetrical Shape Asymmetrical Shape

Page 41: kayak

Bahan Buatan Pendayung

Kayu Plywood Fibreglass Kevlar/karbon Plastik

Page 42: kayak
Page 43: kayak

Jaket Keselamatan

Ia merupakan alatan keselamatan yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Terdapat dua jenis alatan apungan yang popular digunakan dalam aktiviti berkayak iaitu jaket keselamatan dan buoyancy aid.

Page 44: kayak

1. Jaket keselamatanBahan apungan yang disarungkan melalui bahagian kepala dan menggunakan bahan luaran seperti udara atau pun gas. Didalam air, ia akan mengapungkan dalam kedudukan 45 darjah dengan muka menghadap ke atas. Ia mempunyai daya apungan yang tinggi dan dalam jangka masa yang lama iaitu selama beberapa hari bergantung kepada jenis gas yang digunakan.

Page 45: kayak

2. Buoyancy aidbahan bantuan apungan. Berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.