10
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM BAHAGIAN 3 : KESEJAHTERAAN SOSIAL “AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL” NUR HIDAYAH BINTI SHAMSUDIN A149018

Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

BAHAGIAN 3 : KESEJAHTERAAN SOSIAL

“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL”NUR HIDAYAH BINTI SHAMSUDIN

A149018

Page 2: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

APA ITU PEMBANGUNAN SOSIAL?Pembangunan sosial adalah satu proses di mana pembangunan yang fokus utamanya adalah kepada

manusia serta sistem sosialnya.

Page 3: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

AMALAN TERBAIK UNTUK PEMBANGUNAN SOSIAL

ROHANIAH FIZIKAL PEMBANGUNAN SOSIAL

Untuk mencapai pembangunan sosial, usaha yang dilakukan harus seimbang dari segi aspek rohaniah & fizikal.

Page 4: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

ROHANIAH MENJAGA HUBUNGAN DENGAN PENCIPTA

Ia merupakan amalan yang paling asas bagi setiap individu. Menjaga hubungan dengan pencipta seperti

melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah amat dituntut dalam ajaran Islam.

Konsep pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan tauhid iaitu meletakkan Allah sebagai pemilik

mutlak ke atas segala sumber di alam semesta ini. Apabila konsep ini diterap dalam kehidupan setiap ahli

masyarakat, maka ia akan dapat mengurangkan gejala-gejala negatif atau masalah sosial. Contohnya,

rasuah, kadar jenayah & maksiat. Oleh itu, secara tidak langsung ia dapat menjana sebuah persekitaran

masyarakat yang hidup dalam suasana yang postif lalu menyumbang kepada pembangunan sosial.

Page 5: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN

Proses pembelajaran terbahagi kepada dua : secara formal & tidak formal. Kedua-duanya berperanan dalam membentuk dan mencorak mentaliti masyarakat ke arah yang lebih baik.

• Pembelajaran formal: melibatkan institusi-institusi seperti sekolah, maktab dan universiti. Pembelajaran adalah berlandaskan silibus yang ditetapkan berdasarkan subjek-subjek tertentu. Subjek dan silibus juga memainkan peranan dapat memberi membentuk mentaliti yang positif keatas seseorang individu. Contohnya, subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sivik & Kewarganegaraan, Hubungan Etnik dan sebagainya dapat memberi input-input yang positif kepada minda para pelajar. Maka, ia dapat menyumbang kepada pembangunan rohaniah masyarakat.

Page 6: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

• Pembelajaran tidak formal: Proses pembelajaran tidak formal berlaku secara tanpa sedar. Ia berlaku kebiasaanya melalui agen sosialisasi seperti ibu bapa, keluarga , rakan sebaya atau masyarakat setempat. Agen sosialisasi juga berperanan dalam membentuk pemikiran seseorang individu. Sebagai contoh, institusi keluarga menjadi asas penting terutamanya ibu bapa dalam mencorakkan perwatakan serta sikap anak-anak. Oleh itu, pemerkasaan institusi keluarga dapat menyumbang kepada pembangunan sosial.

Page 7: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

FIZIKAL

MASJIDMasjid merupakan tempat beribadat bagi muslim. Masjid juga mempunyai pelbagai kegunaan antaranya sebagai

pusat pembangunan komuniti. Kewujudan masjid adalah simbolik untuk mengutuhkan hubungan antara manusia dengan Allah dan juga hubungan antara manusia dengan masyarakat setempat. Bukan sahaja program-program

agama yang dijalankan di masjid malah program kemasyarakatan juga turut dilakukan di kawasan masjid. Contohnya, perlaksanaan perpustakaan masjid yang menggalakkan masyarakat untuk menambah informasi. Di luar negara,

masjid juga menyediakan perkhidmatan (penyediaan tempat) untuk mengadakan majlis tertentu seperti perkelahan, meraikan sesuatu sambutan, seminar akademik dan pelbagai lagi.

Contohnya di:

• The Islamic Center of Southen California• Islamic Cultural Community Center, Masjid Al-Huda

Page 8: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

http : / / i c sconl i ne. or g/ se rvi ce s/ soc i al

Page 9: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

MEMBANTU ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

Anak yatim dan fakir miskin tergolong dalam kumpulan masyarakat yang memerlukan bantuan. Kedua-dua golongan ini perlu dibantu bagi mengelakkan masalah sosial seperti situasi lambakan gelandangan. Hal ini akan

menghalang usaha kearah pembangunan sosial.

• Anak Yatim: memastikan anak yatim dipelihara serta mendapat hak dengan sewajarnya tidak kira di rumah kebajikan atau penjaga yang telah dipertanggungjawabkan. Jika tidak, mereka ini berkemungkinan untuk terlibat dengan gelandangan, aktiviti mengemis dan juga berkemungkinan untuk menjadi mangsa sindiket penculikan atau pemerdagangan manusia.

• Fakir Miskin: mereka ini bukan sahaja perlu diberi bantuan (kewangan / barangan keperluan) semata-mata namun harus juga diberi ruang pekerjaan supaya mereka dapat berdikari dalam meningkatkan pendapatan isi rumah masing-masing. Secara tidak langsung, mereka ini dapat meningkatkan kualiti taraf hidup ke satu tingkat yang lebih baik. Bukan itu sahaja, kebergantungan kepada kerajaan juga dapat dikurangkan serta dana tersebut dapat dialihkan kepada isu yang lebih memerlukan untuk pembangunan sosial.

Page 10: Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

KESIMPULAN

Aspek rohaniah dan fizikal amat penting dalam pembangunan sosial. Mempunyai masyarakat yang memiliki mentaliti kelas pertama

berlandaskan tauhid adalah satu pencapaian terbaik kerana ia akan menyumbang kepada pembangunan yang mapan. Seterusnya,

ditambahkan lagi dengan pembangunan berbentuk fizikal seperti rumah ibadat, rumah kebajikan dan lain-lain yang menjadi pelengkap kepada pembangunan sosial. Oleh itu, usaha menambahbaik dalam

kedua-dua aspek perlulah diseimbangkan bagi mencapai serta mengekalkan pembangunan sosial.