9
KOD DAN NAMA KURSUS : (LMCP1552) PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM NAMA PENSYARAH : PROF. DATO IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT NAMA PELAJAR DAN NO.MATRIK: DAYANGKU NOOR JUANA BINTI AWANGKU ABDULLAH (A155675) TAHUN PENGAJIAN : TAHUN DUA BAHAGIAN 3: KESEJAHTERAAN SOSIAL TUGASAN: LAPORAN RINGKAS TENTANG AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL (WAKAF PENDIDIKAN TINGGI)

Pembangunan mapan dalam

Embed Size (px)

Citation preview

KOD DAN NAMA KURSUS :(LMCP1552) PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH :PROF. DATO IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

NAMA PELAJAR DAN NO.MATRIK:

DAYANGKU NOOR JUANA BINTI AWANGKU ABDULLAH(A155675)

TAHUN PENGAJIAN :TAHUN DUA

BAHAGIAN 3: KESEJAHTERAAN SOSIAL

TUGASAN: LAPORAN RINGKAS TENTANG AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL (WAKAF PENDIDIKAN TINGGI)

WAKAF PENDIDIKAN

TINGGI

KONSEP WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIAWakaf dari segi bahasa bermaksud terhenti atau tertahan. Dari segi istilah pula, wakaf ditakrifkan sebagai “apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaatnya untuk apa-apa tujuan khairat sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas berdasarkan hukum syarak menurut Seksyen 2(1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Perkataan wakaf ini membawa erti sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai atau keperluan yang berkaitan dengan agama Islam” (Kamus Dewan, 2007)

Wakaf pendidikan adalah merupakan sesuatu harta, barangan, aset atau tunai yang diberikan kepada sektor pendidikan atau sesebuah institusi pendidikan sama ada secara berterusan atau tidak demi untuk kepentingan dan manfaat awam. Wakaf pendidikan diwujudkan untuk kelangsungan pembangunan ekonomi khususnya dalam bidang pendidikan dan membentuk dana berterusan tanpa terlalu bergantung kepada dana yang diberikan oleh kerajaan.

PENSYARIATAN WAKAFKeharusan beramal dengan wakaf diperakui di dalam al-quran, as sunnah dan ijmak. a. Al-Qur’anWakaf tidak disebutkan secara sorih dalam al-Qur’an, akan tetapi wakaf termasuk dalam keumuman ayat-ayat yang memerintahkan umat Islam untuk berbuat baik, atau ayat-ayat yang memerintahkan umat Islam berderma untuk kebaikan. Diantara ayat-ayat tersebut adalah:Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:“….dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”.Surah Al-Baqarah (2): 280

Ayat ini memerintahkan bersedekah secara mutlak,dan wakaf merupakan satu bentuk sedekah. Seorang sahabat Rasululah saw, Abu Talhah mewakafkan kebun Bairuhā`miliknya setelah mendengar bacaan ayat 92 surah Ali Imran. b. Hadis Nabi“Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: apabila seorang manusia mati segala amalannya akan terputus kecuali tiga hal: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang soleh yang mendoakannya”.( Hadith Muslim (1631) dalam Kitab Wasiat Bab Pahala Yang diterima oleh Manusia Setelah Mati).

PENSYARIATAN WAKAF

Ijma’

Menurut Imam al-Qurthubi para sahabat sepakat dengan keharusan wakaf, bahkan ramai diantara mereka yang berwakaf. Menurut Imam al-Qurthubi, Abu Bakar, Umar,Uthmān, ’Ali, Aisyah, Fatimah, Amr Ibn al-Ash, Ibn al-Zubair dan Jābir mewakafkan harta mereka dan wakaf-wakaf mereka di Madinah sangat terkenal. Ibn Hazm menyatakan bahwa wakaf-wakaf para sahabat di Madinah sangat terkenal seperti matahari yang tidak ada seorangpun tidak mengetahuinya.Ibnu Qudamah menukil perkataan Jabir yang menyatakan bahwa tidak ada satupun dari para sahabatyang memiliki kemampuan yang tidak berwakaf, dan ini disepakati mereka, tidak ada yang mengingkarinya, maka keharusan berwakaf merupakan ijma’ mereka

RUKUN WAKAF

1) Pewakaf (waqif)- orang yang memberikan atau menyerahkan harta miliknya untuk dijadikan harta wakaf- seseorang yang merdeka dan pemilik sebenar harta yang hendak diwakafkan, berakal, cukup umur (baligh) atau cerdik, bukan bawah sekatan undang-undang

2) Harta yang diwakafkan (Mauquf)Harta alih bermaksud harta yang boleh diubah kedudukannya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut keperluanharta tidak alih bermaksud harta yang tidak boleh atau tidak mungkin dialihkan daripada satu tempat ke suatu tempat yang lain.harta yang hendak diwakafkan mestilah berbentuk objek tertentu, mestilahmilik pewakaf dan boleh dipindahmilikkan, mestilah boleh digunakan selama-lamanya dan diharuskan oleh syarak.

3)Penerima Harta Wakaf (Mauquf Alaih)• I

ndividu, sekumpulan individu atau organisasi yang diberikan atau menerima manfaat daripada harta wakaf tersebut.

• Pertama, ialah penerima wakaf yang dikhususkan yang terdiri daripada orang perseorangan atau kumpulan tertentu yang dimaksudkan oleh pewakaf.

• Kedua, penerima wakaf yang umum, iaitu penerima wakaf yang tidak dikhususkan serta bersifat umum seperti fakir miskin, ulama dan lain-lain.

4) Akad Wakaf (Sighah)Akad wakaf ialah diucapkan oleh pewakaf ketika menyerahkan harta wakafnya kepada seseorang atau pihak yang ditentukan. Akad wakaf ini boleh dialakukan sama ada lisan, tulisan atau isyarat bagi pihak yang tidak mampu menyampaikan dengan cara lain.

Kepentingan wakaf

pendidikan Amalan wakaf pendidikan tinggi wajar

untuk diperluas kepada ianya memberikan

banyak manfaat kepada negara

Penyediaan daripada wakaf pendidikan ini menyediakan

peluang dan kemudahan orang ramai untuk mendapatkan ilmu

pengetahuan ke tahap yang lebih tinggi

Wakaf pendidikan tinggi

adalah asset penting dalam pembangunan

ekonomi pendidikan masyarakat

Wakaf pendidikan ini juga sekaligus dapat membantu melahirkan generasi yang

cemerlang dan berilmu serta berdaya saing dalam

pendidikan

Wakaf pendidikan tinggi juga

membuka peluang masyarakat untuk

menuntut ilmu dan membantu golongan tidak berkemampuan

Kemajuan dalam wakaf pendidikan menjadikan

sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara lain dalam pendidikan dan maju seiring dengan negara lain

Cadangan penambaikan

wakaf di Malaysia

Mempromosikan tentang wakaf melalui media massa. Mengadakan program dan aktiviti serta pencerahan tentang konsep wakaf atau wakaf pendidikan tinggi

secara terbuka kepada masyarakat atau mahasiswa Kaedah penyebaran dan pendedahan maklumat bebrbentuk seminar dan semua yang hadir untuk

membuka minda mereka mengenai wakaf dan memberi ruang untuk mereka berfikir bagi menyelesaikan persoalan wakaf

Di samping itu, responden mencadangkan pihak bertanggungjawab agar Mengadakan seminar dengan menghantar ejen-ejen tertentu ke pusat-pusat pengajian untuk memberi

penerangan dengan melalui taklimat berkenaan tentang wakaf. Responden mencadangkan agar pihak tertentu boleh mengiklankan program wakaf ini di laman-laman web

seperti mudah.com dan lain-lain Oleh itu, pihak wakaf boleh menggunakan kemudahan internet untuk mencipta web seperti wakaf.com

bagi memudahkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentangnya dengan mudah Mengedarkan risalah menegenai wakaf pendidikan kepada pelajar. Memberikan pendedahan umum berkaitan wakaf kepada masyarakat umum termasuklah ke seluruh

masyarakat luar bandar khususnya yang tinggal di kawasan petempatan pendalaman.

TERIMA KASIHSEMOGA BERMANFAAT