15
KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN/ LESTARI Pembangunan mapan atau lestari bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan datang ( Bruntland Report, 1987). Kelestarian merupakan satu paradigma pemikiran masa depan (futuristik) dengan aspek-aspek keseimbangan persekitaran, sosial dan ekonomi diambil kira dalam merancang pembangunan dan penaik tarafan kualiti kehidupan. Pembangunan Mapan adalah suatu pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992) . Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995). Pembangunan mapan juga merujuk kepada perangkaan langkah- langkah yang perlu diambil perhatian dan tindakan hari ini demi memastikan supaya isu alam sekitar yang bersifat global seperti tukaran cuaca, kesan rumah hijau, tekanan sosial dan

KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN/ LESTARI

Pembangunan mapan atau lestari bermaksud pembangunan yang memenuhi

keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi

akan datang ( Bruntland Report, 1987). Kelestarian merupakan satu paradigma

pemikiran masa depan (futuristik) dengan aspek-aspek keseimbangan persekitaran,

sosial dan ekonomi diambil kira dalam merancang pembangunan dan penaik tarafan

kualiti kehidupan. Pembangunan Mapan adalah suatu pembangunan yang

dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan

keperluan pada masa akan datang.

Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil

kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan

serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan

sekelilingnya.(White & Whitney, 1992) . Pembangunan bandar yang mampan

perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam,

kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai

pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru

itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan

daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity

sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995).

Pembangunan mapan juga merujuk kepada perangkaan langkah-langkah

yang perlu diambil perhatian dan tindakan hari ini demi memastikan supaya isu alam

sekitar yang bersifat global seperti tukaran cuaca, kesan rumah hijau, tekanan sosial

dan sebagainya yang dideritai hari ini tidak sesekali menjejas dan mengancam

kehidupan masa hadapan.

Menurut pandangan Dr. Jose Goldemberg iaitu Profesor di Universiti Saõ

Paulo, Brazil terdapat dua konsep penting yang diketengahkan dalam definisi

pembangunan lestari. Iaitu yang pertama ialah konsep ‘keperluan’ yang secara

khususnya merujuk kepada keperluan asas untuk kehidupan manusia pada masa

kini dan akan datang. Kedua ialah konsep atau idea mengenai keterbatasan atau

dalam bahasa inggeris dikenali sebagai ‘limitation’. Iaitu keterbatasan sesuatu

sumber yang dipengaruhi oleh teknologi, dan organisasi sosial serta kemampuanya

untuk memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang.

Page 2: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

Konklusinya, pembangunan mapan atau lestari mempunyai banyak konsep

dan pelbagai pandangan daripada pengkaji, pensyarah, dan sebagainya. Tetapi, kita

dapat gambarkan bahawa pembangunan lestari atau mapan adalah berkait rapat

dengan penjaga alam sekitar untuk pada masa kini dan akan datang. Hal ini kerana

kerajaan takut kita akan kehilangan sebuah Negara yang aman dan damai.

MATLAMAT PEMBANGUNAN MAPAN ATAU LESTARI

RAJAH 1: MATLAMAT PEMBANGUNAN MAPAN/ LESTARI

Rajah di atas menunjukkan beberapa matlamat pembangunan mapan yang

ingin dicapai oleh kerajaan. Matlamatnya ialah penyertaan politik, kesaksamaan

sosial, kualiti alam sekitar, pembangunan fizikal dan pemuliharaan sumber.

Pemuliharan sumber ialah memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi

PEMBANGUNAN MAPAN

PEMULIHARAAN SUMBER PEMBANGUNAN FIZIKAL

KESAKSAMAAN SOSIALPENYERTAAN POLITIK

KUALITI ALAM SEKITAR

Page 3: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif,

pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian

sumber semula jadi. Pemuliharan merangkumi penggantian sumber, perubahan

dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada fakor ‘intangible’ seperti

nilai keselesaan dan nilai warisan.

Dari segi pembangunan fizikal pula ia memastikan pembangunan alam bina

akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah

seimbang dan saling memanfaatkan. Membantu menyedarkan komuniti tentang

peluang yang terdapat di kawasan tersebut serta meminimumkan pembaziran

sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah

kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan

sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai

dan kehilangan pekerjaan.

Matlamat kesaksamaan sosial adalah untuk mengelakkan pembangunan

yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta

menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Ia

juga mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu

dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan. Dari segi kualiti alam

sekitar pula untuk megelakkan pencemaran alam, ,melindungi kapasiti ekosistem

dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau

menjejaskan kualiti kehidupan. Ia juga untuk mengurangkan atau mengubah proses

pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara

pembuangan dan pelupusan sampah juga harus dititikberatkan. Akhi.r sekali ialah

penyertaan politik yang menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat

keputusan

Page 4: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN MAPAN

Terdapat beberapa ciri tentang pembangunan mapan. Antaranya adalah

seperti berikut:

a) Alam Sekitar

Pembangunan yang benar-benar mengambilkira akibat kegiatan manusia

terhadap alam sekitar dan kesihatan.

b) Kesaksamaan Sosial

Pembangunan yang menyumbangkan kepada pemerolehan dan kawalan

sumber yang wajar.

c) Ekonomi Manusia

Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu masyarakat  memenuhi

keperluan asas.

d) Masa Hadapan

Memastikan keputusan yang diambil tidak menjejaskan kepentingan generasi

masa depan.

e) Penyertaan

Proses yang membolehkan seluruh masyarakat terlibat ; dan

f) Tindakan Tempatan Memberi Impak Global:

Pembangunan tempatan yang menyumbang kepada resolusi isu global

Page 5: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

TIGA DASAR PEMBANGUNAN MAPAN

Pembangunan mapan menumpukan tiga dasar utama iaitu alam semula jadi,

ekonomi dan social. Dasar alam sekitar selalunya menumpukan perhatian kepada

beberapa isu seperti pencemaran tanah, pengedaran udara, pengeluaran gas dari

system rumah hijau dan sebagainya. Lazimnya, konsep ini dikaitkan dengan suatu

bentuk pembangunan seimbang. Ekonomi tumbuh segar bagi membina kekayaan.

Kekayaan pula digunakan untuk membangunkan jati diri masyarakat. Dalam masa

yang sama alam sekitar yang masih segar perlu dijaga dan dipelihara sementara

yang rosak dipulihara. Ini supaya nikmat kemajuan masa kini boleh pula dinikmati

oleh generasi akan datang.

PEMBANGUNAN MAPAN

ALAM SEMULA JADI

SOSIAL

EKONOMI

Page 6: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

Gambar rajah di atas menunjukkan perkaitaan antara tiga dasar utama

pembangunan mapan iaitu social, ekonomi dan alam semula jadi.

Page 7: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

ASPEK EKONOMI

Kemajuan ekonomi sering dinilai dalam hal kesejahteraan yang diukur sebagai

kemahuan untuk membayar barangan dan perkhidmatan yang digunakan

(Munasinghe, 2007). Dengan demikian,banyak dasar ekonomi biasanya berusaha

untuk meningkatkan pendapatan, dan menggalakkan lebih cekap pengeluaran dan

pengambilan barang dan perkhidmatan. Konsep moden yang mendasari

keberlanjutan ekonomi berusaha untuk memaksimumkan aliran pendapatan yang

boleh dihasilkan sementara sekurang-kurangnya menjaga stok aset (atau modal)

yang menghasilkan ini bermanfaat output. Fisher (1965) telah mendefinisikan modal

sebagai instrumen saham yang ada pada masa kini, dan pendapatan sebagai aliran

perkhidmatan mengalir dari saham kekayaan. Pada tahun 1946, Hicks berpendapat

bahawa pengambilan maksimum lestari rakyat adalah jumlah bahawa mereka boleh

mengambil tanpa memiskinkan diri mereka sendiri. kecekapan ekonomi memainkan

peranan penting dalam memastikan pengambilan dan pengeluaran yang optimum.

Kecekapan ekonomi membantu memaksimumkan pendapatan. Hal ini memainkan

peranan penting dalam memastikan pengambilan optimum dan pengeluaran.

Masalah timbul dalam mengenalpasti jenis-jenis pengeluaran, alam, manusia dan

modal sosial yang harus dijaga dan substitusi mereka. Di Malaysia, di bawah

kerjasama antarabangsa pembangunan kapasiti, pendidikan, latihan dan program

peningkatan kesedaran sedang disusun oleh Program Kerjasama Teknik Malaysia

dan National Institute of Public Pentadbiran untuk melatih para pegawai dari negara-

negara membangun yang lain di ekonomi dan pengurusan alam sekitar. Kemudian,

Jabatan Alam Sekitar (DOE) adalah yang ditubuhkan untuk menangani masalah-

masalah persekitaran sebagai badan penyelarasan yang mengawasi pelaksanaan

Pilihan Kadar Efektif Common Scheme (CEPT).

Page 8: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

ASPEK SOSIAL

Pembangunan sosial biasanya merujuk pada perbaikan di kedua-dua

kesejahteraan individu dan kesejahteraan sosial secara keseluruhan dihasilkan dari

peningkatan modal sosial - biasanya, akumulasi kapasiti membolehkan individu dan

masyarakat untuk bekerja sama (Munasinghe, 2007). Kuantiti dan kualiti interaksi

sosial yang mendasari kewujudan manusia menentukan stok modal sosial. Dengan

demikian, modal sosial berkembang dengan menggunakan lebih besar dan

mengikis melalui tidak digunakan, dan ia tidak seperti modal ekonomi dan

persekitaran, yang disusutkan dengan menggunakan. Modal sosial merupakan

sumber daya yang orang memanfaatkan dalam mengejar aspirasi mereka dan

dikembangkan melalui rangkaian dan hubungan, keahlian kumpulan yang lebih

formal dan hubungan kepercayaan, timbal balik, dan pertukaran (Munasinghe,

2007).

ASPEK ALAM SEMULA JADI

Pembangunan dalam erti persekitaran menjadi perhatian baru yang berkaitan

dengan perlu menguruskan sumber daya alam yang langka secara bijaksana kerana

manusia kesejahteraan akhirnya bergantung pada perkhidmatan -perkhidmatan

ekologi. Mengabaikan batas ekologi dalam boleh merosakkan prospek jangka

panjang untuk pembangunan (Munasinghe, 2007). Keberlanjutan persekitaran

tertumpu pada viabilitas keseluruhan dan fungsi sistem alam. Untuk sistem ekologi,

keberlanjutan ditakrifkan dengan menyeluruh, multi-skala, dinamik mengukur, hirarki

ketahanan, keaktifan dan organisasi. Ketahanan adalah kemampuan ekosistem

untuk bertahan walaupun luaran goncangan atau gangguan, yakni, jumlah gangguan

yang akan menyebabkan ekosistem beralih dari satu keadaan sistem yang lain.

Sesuatu keadaan ekosistem ditakrifkan oleh struktur dalaman dan set proses saling

menguatkan. Keaktifan dikaitkan dengan primer produktiviti atau pertumbuhan suatu

ekosistem. Organisasi bergantung pada kompleksitas dan struktur sistem.

Page 9: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

PELAKSANAAN PEMBANGUNAN MAPAN/LESTARI

Pembangunan mapan atau lestari dilaksanakan di pelbagai peringkat.

Antaranya di peringkat sekolah, industri, bandar, dan sebagainya.

PERINGKAT BANDAR

Pembangunan mapan dalam bentuk bandar lestari dilaksana dengan

meneliti melalui konsep bandar berdaya huni (livable city). Konsep daya huni

(livable) digembleng untuk meneliti aspek kelestarian bandar dalam konteks

pembangunan lestari memberi makna bahawa penduduknya sentiasa ceria, sibuk

dengan pelbagai aktiviti ekonomi, sosial dan fizikal yang segar, hening kehijauan,

selamat, menarik dan sihat. Maka tumpuan adalah terhadap masyarakat dan

kehidupan harian sebagaimana yang dijelmakan dalam aspek pemikiran urbanisme

baru. Ciri-ciri daya huni itu dirungkai menerusi kesan tindakan penduduk dalam

kawasan perbandaran yang menggunakan perkhidmatan bandar setiap hari.

Pendekatan itu membolehkan pemerhatian dibuat menerusi ruang dan masa dalam

jangka singkat seperti dalam satu putaran harian.

Kumpulan penyelidik yang menggelarkan kumpulannya sebagai Kumpulan

Penyelidikan Pembandaran Lestari (Sustainable Urbanization Research Group), di

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) kini secara berterusan dan aktif melihat isu-isu pembangunan dan

pembandaran mapan serta meneroka makna dan permasalahan yang berkait

dengannya melalui konsep bandar berdaya huni tadi. Konsep ini yang diartikulasikan

menerusi keberdayahuniannya yang menjadikan bandar itu lebih "hidup dan

menceriakan" penghuninya dari semua lapisan etnik dan peringkat umur. Sesuatu

bandar itu sewajarnya bersih, penuh kehijauan, sihat, selamat, mempunyai daya

tarikan sosioekonomi, wujud pertumbuhan ekonomi dan sebagainya.

Semua komponen ini apabila wujudnya akan membawa kepada

kesejahteraan bandar. Dalam mengartikulasikan bandar berdaya huni ini,

kepentingan pelbagai pihak diambil kira untuk membolehkan pengumpulan

Page 10: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

maklumat dan data yang lebih menyeluruh dari alam sekitar tabii, alam sekitar

binaan, aktiviti ekonomi, dan aspek sosio-budaya masyarakatnya. Konsep daya huni

bandar ini juga cuba melewati aras antara disiplin dan transdisiplin dalam

penghayatan dan pengukuran bandar berdaya huni dan memenuhi hasrat besar

negara untuk mencapai kesejahteraan yang diidamkan.

PERINGKAT SEKOLAH

(i) PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAPAN

Pendidikan untuk pembangunan lestari merujuk kepada pembelajaran yang

diperlukan untuk mengekalkan dan memperbaiki kualiti hidup untuk generasi masa

depan. Menurut Rohaty (2005),

“ Education for sustainable development is a way of ensuring a better

quality of life for everyone now and the future generation to come. It is a

dynamic process which enables all people to realize their potential and

improve their quality of life un ways which simultaneously protect and

enhances the earth’s support systems”

Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi pendidikan untuk

mencari keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi

bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semula jadi. Amalan –

amalan dalam pendidikan untuk pembangunan lestari ialah penyertaan awam dalam

membuat keputusan secara berkesan, kolabaratif, dan rakan kongsi secara silang

sector.

Pendidikan lestari bermaksud satu proses pembelajaran seumur hidup yang

dapat menghasilkan masyarakat bermaklumat dan mengambil bahagian dalam ciri-

ciri kemahiran dalam penyelesaian masalah dan sebagainya. Pendidikan lestari

dapat membantu pelajar dari segi mendapat pengetahuan dan makna tentang

perkembangan lestari secara umum dan dalam bidang profesion mereka. Di

samping itu, mereka juga melatih dalam kemahiran-kemahiran, cara-cara dan teknik-

teknik untuk membantu pekerjaan dan bidang profesion mereka dan

mengembangkan sikap positif mereka ke arah kepentingan pembangunan lestari.

Page 11: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

Secara amnya, pendidikan dan kesedaran yang mendalam tentang konsep

kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari bertujuan untuk membentuk

dan memupuk sikap keperihatian terhadap alam sekitar. Alam sekitar dan

pembangunan akan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan di pelbagai peringkat

pendidikan iaitu peringkat rendah hingga peringkat tinggi.

(ii) SEKOLAH LESTARI

Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pendekatan

menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga,

komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Konsep ini

juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum,

kokurikulum dan penghijauan di sekolah. Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar

adalah payung kepada aktiviti-aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan

dilaksanakan. Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar merupakan pusat

pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan

masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.

Antara objektif sekolah lestari ialah memupuk nilai murni alam sekitar di

kalangan warga sekolah. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah tentang

kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Menggalakkan warga

sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan. Meningkatkan

kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam

sekitar dan mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga

sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

Pelaksanaan sekolah lestari ini juga akan menganugerahkan sijil sekolah

lestari kepada mana-mana sekolah yang mematuhi kriteria-kriteria atau cirri-ciri

sekolah lestari. Semua sekolah digalakkan untuk menyertai pertandingan sekolah

lestari ini.

Page 12: KONSEP PEMBANGUNAN MAPAN

RAJAH 1

RAJAH 2