Click here to load reader
Upload
hafiz-al-din
View
270
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Terdapat 4 tuntutan kesemuanya... http://tenteramaya.blogspot.com/
Citation preview
1
http://sahabatrakyatmy.blogspot.com/2014/03/tuntutan-tuntutan-pilihan-raya-kecil.html
Tuntutan-Tuntutan
Pilihan Raya Kecil Kajang 2014
8 Mac 2014
Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Kajang akan berlangsung pada 11
Mac, manakala hari pengundian pula jatuh pada 23 Mac. PRK luar jangkaan ini harus
diberi perhatian khas oleh rakyat seluruh negara. Kami, semua pertubuhan dan
individu yang endos dokumen ini dengan ini menyampaikan hasrat kami kepada
semua calon PRK ini, para pemimpin parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat,
serta rakyat semua lapisan semua bangsa yang prihatin terhadap masa depan politik
negara kita.
Klik pemerintah Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh UMNO meneruskan
pemerintahan selepas PRU 13. Ketidakpuasan dan emosi penentangan rakyat makin
hari makin membara kerana kehidupan rakyat semakin menderita, sementara harga
barangan melambung tinggi. Klik pemerintah hegemoni UMNO-BN yang berniat
untuk mengelirukan kesedaran rakyat terhadap punca kesengsaraan kehidupan dan
mengalihkan tumpuan rakyat terhadap matlamat reformasi demokratik masyarakat
terus mengapi-apikan dan membesar-besarkan isu perkauman dan agama sehingga
mencetusnya krisis larangan penggunaan perkataan “Allah” oleh penganut bukan
Islam.
Konflik sosial tersebut semakin kritikal dan matlamat perjuangan juga semakin jelas.
Pada saat-saat genting sebegini, Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan
Rakyat (PR) dan pemimpin ‘de facto’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah
merancangkan PRK Kajang dengan sengajanya. PRK ini sangat penting sama ada
2
dalam perjuangan politik dalaman parti mahupun diluar parti bagi pihak Anwar dan
elit politik PKR tertentu. Malah, Anwar sanggup meletakkan dirinya sebagai calon
dalam PRK ini dan memimpin rakyat seluruh negara menuju satu medan perjuangan
yang dianggapnya mempunyai makna politik nasional. Maka, tidak hairan isu
kewujudan dan makna PRK ini diambil berat atau dipersoalkan oleh rakyat semua
kaum di samping dibincang atau dikritik oleh individu-individu demokratik dan NGO-
NGO.
Memandangkan PKR memberi dua alasan iaitu, (i) untuk membendung serangan
perkauman dan keagamaan daripada BN, dan (ii) menjadikan Selangor sebagai batu
loncatan untuk menuju ke Putrajaya untuk membalas keraguan rakyat semua bangsa
terhadap makna dan keperluan PRK Kajang ini; Parti-parti lain dalam PR iaitu
Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut menyokong
pendirian Anwar Ibrahim dan PKR terhadap PRK Kajang yang dinyatakan di atas,
kami berpendapat rakyat semua bangsa seluruh negara dan pertubuhan-pertubuhan
masyarakat (termasuk pertubuhan tradisional seperti pertubuhan perniagaan, kesatuan
sekerja, pertubuhan yang berdasarkan asal-usul, pertubuhan kebudayaan dan
pendidikan dan lain-lain) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) moden seperti
pertubuhan yang memperjuangkan and melindungi hak asasi manusia, wanita, alam
sekitar, agama dan sebagainya harus menyertai PRK ini dengan aktif. Pertubuhan-
pertubuhan tersebut boleh menyertai PRK ini, secara bebas dan berotonomi, dengan
menyuarakan tuntutan-tuntutan yang melindungi hak dan kebajikan asas masyarakat
yang mereka wakili yang seiring dengan kepentingan bersama rakyat semua bangsa.
Pada masa yang sama, pertubuhan-pertubuhan tersebut harus menggemblengkan
rakyat untuk menunjukkan kuasa rakyat bagi mendesak calon dan parti atau barisan
yang diwakili oleh calon tersebut menerima dan kemudiannya menunaikan tuntutan-
tuntutan tersebut. Kita berharap gerakan reformasi demokratik yang dipelopor oleh
rakyat jelata akan mencapai satu milestone yang baru. Kami percaya bahawa rakyat
merupakan kuasa utama yang mencipta sejarah.
Kami berpendapat bahawa Anwar Ibrahim selaku calon PRK Kajang dan Perdana
Menteri in waiting yang bersedia menawan Putrajaya dan PR yang dipimpin oleh
beliau, tidak harus bersikap sepertimana dalam PRU 13 yang mengagungkan
pemimpin politik dan golongan elit politik. Mereka tidak harus menggunakan
deklarasi yang berbunga-bunga tetapi tidak praktikal dan membawa makna yang
samar-samar, sebaliknya harus endos tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh
pertubuhan masyarakat (tidak terhad kepada tuntutan ini) secara ikhlas. Dengan itu,
barulah dapat menunjukkan keikhlasan PR dalam mereformasikan sistem sedia ada
dan seterusnya memenangi keyakinan rakyat seluruh negara terhadap mereka. Jika
tidak, pengundi-pengundi Kajang mahupun pengundi seluruh negara pasti akan
3
membuat keputusan dan balasan yang bijak dalam PRK Kajang dan PRK-PRK lain,
malahan dalam pilihan raya umum yang akan datang!
Tuntutan pertama : menghapuskan penindasan agama,
melaksanakan kesamarataan bangsa
Klik pemerintah Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan wajah sebenar hegemoni
perkauman mereka yang menyalahgunakan jentera negara dan menindas hak asasi
rakyat semua kaum hanya 9 bulan selepas PRU13. Insiden menghalang rakyat bukan
Muslim di Semenanjung Malaysia mengguna perkataan “Allah” dan serbuan Jabatan
Agama Islam Selangor (Jais) ke Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan merampas lebih
daripada 300 buah bible versi Bahasa Melayu dan Bahasa Iban serta menahan dua
pegawai PBM ke balai polis untuk siasatan akhir-akhir ini jelas merupakan tindakan
klik pemerintah BN membelakangkan hak bebas beragama yang diperuntukkan dalam
“Perlembagaan Persekutuan” dan memperalatkan sistem keagamaan yang telah
mengalami pengislaman yang lengkap, untuk mengukuhkan sumber undi dan
kedudukan memerintah mereka. Klik pemerintah BN turut cuba menindas mana-mana
kuasa politik yang berani untuk menentang dalam hal ini melalui ugutan perkauman
mereka.
Oleh itu, parti dalam Pakatan Rakyat (PR) harus menyahut ugutan perkauman UMNO
dengan balasan secara terus dan terbuka. Sebaliknya, jika membenarkan klik
hegemoni UMNO untuk terus berleluasa, adat resam dan agama rakyat semua kaum
terutamanya kaum minoriti pasti akan terus dihakis dan ditindas.
Oleh itu, kita menuntut calon-calon untuk mempertahankan hak kebebasan beragama
orang bukan Islam dengan menentang secara jelas dan terbuka undang-undang Islam
diguna pakai ke atas orang bukan Islam, langkah-langkah khusus seperti berikut:
(1) Menyokong cadangan pindaan ke atas Enakmen Agama Bukan Islam Selangor
(Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang dikemukakan oleh tiga
ADUN DAP Selangor.
(2) Memelihara kepercayaan, agama dan adat resam bangsa minority, memastikan
penganut semua agama mempunyai hak yang sama untuk menganut mana-mana
agama, dan menyediakan dana untuk membantu mereka mengikut keperluan bagi
pengubahsuaian, pengembangan atau memperuntukkan tanah untuk membina tempat
ibadat baru.
4
(3) Melayan tempat ibadat semua agama dengan adil dan saksama, seperti
menyenaraikan dengan jelas dan terbuka syarat-syarat dan garis panduan bagi lokasi
dan bangunan yang hendak dijadikan atau menukar menjadi tempat-tempat ibadat.
Meluluskan permohonan yang telah memenuhi syarat kelayakan untuk
bertukar daripada tujuan bukan agama untuk tujuan agama.
Tuntutan kedua : Pilihan raya yang Adil dan Bersih
Berbanding dengan pilihan raya yang lepas, masih banyak aduan tentang penipuan
dalam PRU 13. Ini menunjukkan kedegilan dan keangkuhan klik pemerintah BN yang
terus mengabaikan tuntutan reformasi sistem pilihan raya yang dikemukakan oleh
rakyat. Selepas PRU, BERSIH 2.0 telah menubuhkan ‘Tribunal rakyat’ yang terdiri
daripada enam orang pakar dari dalam dan luar negeri. Tribunal ini bertanggungjawab
menjalankan siasatan sama ada penyelewengan dalam pengendalian kerangka
perundangan, manipulasi undi dan prosedur pentadbiran berlaku dalam PRU 13.
Tribunal rakyat juga akan melihat dalam ketepatan peranan SPR dalam PRU kali ini.
Keputusan dan cadangan siasatan dan analisis diumumkan oleh BERSIH 2.0.
Namun, SPR yang dikuasai oleh klik pemerintah BN terus memperkecilkan Tribunal
rakyat yang mempunyai perwakilan dan yang berwibawa ini. SPR enggan menghantar
wakil untuk menghadiri sidang Tribunal yang berlangsung selama lima hari dengan
alasan bahawa terdapat agenda politik di sebalik Tribunal tersebut. Ini membuktikan
klik pemerintah UMNO-BN tidak ikhlas langsung untuk mereformasi sistem pilihan
raya negara kita.
Kami menyokong lapan tuntutan pilihan raya yang adil dan bersih yang disuarakan
oleh BERSIH 2.0 mewakili rakyat semua bangsa. Kesemua tuntutan yang adil dan
saksama ini masih merupakan aspirasi bersama dan matlamat perjuangan rakyat
semua bangsa sehingga kini. Selain itu, kami turut memberi sokongan terhadap seruan
BERSIH 2.0 bahawa semua anggota SPR wajib meletak jawatan. Kami menuntut agar
SPR yang baru menerima wakil dari BERSIH 2.0 sebagai anggotanya untuk meraih
kepercayaan dan sokongan rakyat semua bangsa.
Kami juga menuntut reformasi dijalankan terhadap ketidakadilan dalam
persempadanan kawasan pilihan raya dan jumlah pengundi dalam satu-satu kawasan
pilihan raya. Peraturan yang ditetapkan semasa kemerdekaan negara iaitu perbezaan
jumlah pengundi antara kawasan pilihan raya tidak harus melebihi 15
peratus (%) patut dipulihkan semula.
5
Tuntutan ketiga : Mansuhkan “Dasar Ekonomi Baru” (DEB) dan
“Sistem Kuota Bumiputera”
Selepas Peristiwa “Mei 13” berlaku pada tahun 1969, “institusionalisasi perkauman”
telah berakar dan mengujudkan satu keadaan fait akompli di negara kita. Keadaan ini
telah memudahkan klik pemerintah hegemoni UMNO melancarkan DEB dan agenda-
agenda berkaitan dengan sesuka hati. Selama ini, di sebelah tangan, klik hegemoni
UMNO mempergunakan jentera pemerintahan negara dan akta yang zalim seperti ISA
(digantikan dengan akta lain walaupun telah dimansuhkan), Akta Hasutan, Akta
Rahsia Rasmi (OSA) dan sebagainya untuk mempertahankan pelaksanaan sistem
perkauman negara kita. Penggunaan akta-akta zalim menyebabkan mana-mana pihak
yang berbeza pandangan atau berani menentang sentiasa menghadapi risiko ditahan
atau didakwa. Di sebelah tangan yang lain, klik hegemoni UMNO secara terang-
terang menipu sokongan massa Melayu dengan slogan mempertahankan “Ketuanan
Melayu” untuk mengukuhkan kedudukan memerintah mereka. Ini telah menghalang
rakyat berbilang bangsa terutamanya massa Melayu dari memahami fenomena dan
sifat asas diskriminasi dan penindasan yang berfahaman perkauman Malaysia.
Fakta membuktikan bahawa pelaksanaan DEB sejak tahun 1970-an dan dasar-dasar
lanjutan atas nama berlainan hanya merupakan kaedah utama klik pemerintah BN dan
kroni-kroninya merampas sumber kekayaan untuk memenuhi kepentingan sendiri. Ia
telah menghasilkan satu kelas kapitalis Melayu dan segelintir kapitalis besar Melayu
yang kaya-raya manakala massa Melayu umum tetap hidup merana dan menderita.
“Sistem kuota bumiputera” pula seolah-olah menawarkan peluang dan kepentingan
yang terhad kepada masyarakat Melayu. Sebenarnya, ia hanya alat yang digunakan
oleh klik pemerintah hegemoni UMNO untuk membius massa Melayu dan
memecahkan perpaduan antara rakyat semua bangsa.
Kami menuntut agar DEB dan “Sistem kuota bumiputera” dimansuhkan. Hanya
dengan cara ini, penghijrahan cendekiawan dan modal negara kita ke luar negeri
(brain drain) dapat dihentikan, dan sebaliknya cendekiawan dan modal luar negeri
akan masuk ke negara kita, untuk memajukan negara dan masyarakat.
Tuntutan keempat : Layanan samarata kepada Pendidikan
Bahasa Ibunda Semua Bangsa
Klik pemerintah UMNO-BN melaksanakan dasar penindasan dan asimilasi kaum
secara paksaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 56 tahun yang lepas. Oleh
itu, rakyat semua bangsa yang berada di kedudukan diperintah telah dilayan secara
6
tidak samarata dan tidak berpatutan dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan,
pendidikan, agama, kepercayaan, pembangunan sosial dan sebagainya selama ini.
Mereka yang berpendapat berbeza atau yang berani menentang akan ditindas dan
dianiaya. Antaranya, perjuangan masyarakat Tiong Hua menuntut menghidupkan dan
membangunkan pendidikan Bahasa Ibunda
termasuk institusi pendidikan tinggi masih dikenangi, keadaan pendidikan Bahasa
Tamil yang semakin merosot pula amat mendukacitakan, pendidikan Bahasa Ibunda
kaum minoriti yang lain (contohnya kaum Iban di Sarawak dan kaum Kadazan-Dusun
di Sabah) sudah hampir pupus.
Di satu segi, klik pemerintah BN cuba sedaya-upaya untuk menghapuskan pendidikan
bahasa Cina dan Tamil demi melaksanakan pendidikan nasional yang hanya
mengagung-agungkan Bahasa Melayu secara menyeluruh, di segi yang lain, untuk
mempertahankan pemerintahan selama-lamanya, pemerintah menggunakan
peruntukan kerajaan (sebenarnya merupakan cukai yang disumbang oleh rakyat)
untuk membantu sekolah rendah Cina (dan Tamil), beri janji atau melaksanakan
tuntutan tertentu bangsa Tiong Hua (dan India) agar memancing undi dan sokongan
masyarakat Tiong Hua (dan India). Oleh itu, peluang untuk sekolah bahasa Cina
(Tamil) memperoleh peruntukan kerajaan dan masyarakat Tiong Hua (India)
mencapai tuntutan tertentu adalah lebih tinggi dalam tempoh pilihan raya umum atau
pilihan raya kecil. Namun, pembangunan lestari pendidikan Bahasa Cina (Tamil) tidak
dapat dijamin.
Kami menuntut:
(1) Menyokong tiga tuntutan yang dikemukakan oleh Persekutuan Persatuan-
Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) sempena pilihanraya kecil
Kajang, iaitu: (i) Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) secara menyeluruh,
(ii) Meluluskan dan memperuntukkan tanah untuk pembinaan Sekolah Menengah Yu
Hua, Kajang, dan (iii) Membantu menyelesaikan isu tanah Universiti Kolej New Era
di Sepang yang telah berlarutan selama 14 tahun.
(2) Mansuhkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) , dan mengganti dengan satu akta
baru yang terbuka dan berbilang yang melayan pendidikan bahasa ibunda semua
bangsa dengan samarata, dan mampu menghasilkan modal insan celik pelbagai bahasa
bermutu tinggi demi pendidikan negara, pembangunan masyarakat dan perkembangan
ekonomi.
(3) Memperuntukkan peruntukan secara sistematik kepada sekolah-sekolah bahasa
Cina dan Tamil, serta sekolah bangsa minoriti lain (seperti Iban, Kadazan-Dusun),
7
untuk mengatasi rintangan dan dilema yang dihadapi oleh pendidikan bahasa ibunda
bangsa minoriti dalam usaha menghidupkan dan membangunkan sekolahsekolah
bahasa masing-masing.
(4) Peruntukkan tanah untuk kesemua 60 buah sekolah bahasa Cina persendirian
(Chinese Independent School) supaya sekolah-sekolah ini boleh terus berkembang
dengan dana yang dijana daripada tanah yang diperuntukkan.
(5) Menyokong tuntutan masyarakat India untuk membina sekolah menengah Bahasa
Tamil.
Pertubuhan-pertubuhan yang endors 联署组织::::
Sahabat Rakyat Working Committee (Pertubuhan yang memulakan usaha untuk
mendapat sokongan)
人民之友工委会(发起单位)
Bahagian Belia Dewan Perhimpunan China Melaka
马六甲中华大会堂青年团(甲华堂青)
Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂青年团(隆雪华青)
Demokrat-demokrat yang endors 联署民主人士::::
Bock Tai Hee 莫泰熙 Chuah Seong Hoo 蔡尚諨
Dan Ek 陈益 Kho Wan Loy 许元龙
Koh Ban Tong 许万忠
Lim Ming King 林明镜
Lin Choon Tat 林今达(彼岸)
Loo Kun Ying 卢观英
Low Toh Nam 刘道南
Tam Foon Meng 谭力铭
8
Tan Seng Hin 陈成兴
Wong Chiew Huart 黄招发 Yang Tzuo Sern 杨佐胜 Yang Yin Chong 杨应俊 Yen Boon Chen 阮文琼