Upload
sandhrigah-krishnan
View
82
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Pensyarah:PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABD LATIF BIN HJ
GAPOR
Disediakan olehSANDHRIGAH A/P KRISHNAN
M20132001995
TUGASAN 1- Ulasan Jurnal
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan
PelajarTahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK,
SPT,dan SPP) Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia
KPT 6044 – PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
Kajian ini telah dijalankan oleh Janarthini A/P Krishnan, Mohd Nihra
Haruzuan Mohamad Said, dan Noor Azean Atan, dan Johari Hassan dari
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini telah
diterbitkan dalam Journal of Social Science, Volume 3, Sept 2011, Page 206-
225/ ISSN: 2231-7333
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir
Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM dan
mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa
menggunakan e-pembelajaran.
Obektif 1 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM menggunakan e-pembelajaran dari segi lima aspek iaitu peranan pengajar, persekitaran pembelajaran, peralatan pembelajaran, kandungan kursus, dan proses e-pembelajaran.
Objektif 2Mengenalpasti perbandingan min diantara demografi seperti jantina, kursus dan bangsa dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran kalangan pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM.
Objektif 3Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM semasa menggunakan e-pembelajaran.
Kaedah yang digunakan untuk mengkaji persoalan kajian ialah satu tinjaunan deskriptif yang berbentuk soal selidik sebagai alat kajian yang digunakan untuk mendapat ukuran kuantitatif. Perisian SPSS (Statistical Packages For Social Science) digunakan bagi memproses dan menganalisis data.
Kajian ini dijalankan di UTM yang berpusat di Skudai, Johor. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPT, SPK dan SPP) Fakulti Pendidikan.
Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik, iaitu bahagian A yang mengandungi demografi responden, bahagian B pula mempunyai item-item bagi faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran. Akhir sekali, bahagian C pula mengandungi item-item bagi masalah yang dihadapi semasa menggunakan e-pembelajaran.
PERSOALAN KAJIAN 1
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun
akhir Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM
menggunakan e-pembelajaran dari segi lima aspek iaitu
peranan pengajar, kandungan kursus, peralatan
pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan proses e-
pembelajaran?
PERSOALAN KAJIAN 2
Adakah terdapat perbandingan min diantara demografi
seperti jantina, kursus dan bangsa dengan faktor-faktor
penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun
akhir, Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM?
PERSOALAN KAJIAN 3
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
tahun akhir, Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan,
UTM semasa menggunakan e-pembelajaran?
1. Analisis kajian menunjukkan daripada lima faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran didapati faktor kandungan kursus mencatat min yang paling tinggi iaitu 3.81. Adalah didapati item-item yang mengandungi kenyataan bahawa responden mengakses e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus berada pada tahap tinggi. Kebanyakkan pelajar menggunakan e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus yang disediakan adalah sesuai, bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka (tugasan, kuiz, ujian dan lain-lain).
2.Didapati bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan mencatat min yang tertinggi bagi faktor kandungan kursus yang mempengaruhi pembelajaran menggunakan e-pembelejaran.
3.Kajian ini juga mendapati pelajar lelaki kurang setuju dengan faktor pengajar yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran.
4.Kajian ini juga mendapati pelajar perempuan kurang bersetuju dengan faktor peralatan pembelajaran mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran.
5. Analisis kajian menunjukkan bahawa masalah luaran seperti server down, database error, virus dan juga pengajar jarang mengemaskini nota merupakan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar SPK, SPT, dan SPP menggunakan e-pembelajaran. Manakala masalah dalaman seperti minat, pembahagian masa, masalah login, dan maklum balas yang negatif diberikan oleh rakan-rakan dalam aktiviti peer tidak menjadi satu masalah serius bagi responden menggunakan e-pembelajaran
Pembelajaran berasaskan teknologi adalah sesuai bagi
proses pembelajaran yang menggunakan teknologi
multimedia untuk membantu dan memudahkan pelajar,
sambil pengajar sebagai fasilitator.
Mohd Nihra Haruzuan B. Mohamad Said & Janarthini A/P Krishnan, 2011, Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT,dan SPP) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/11779/1/Faktor.pdf
TAMATTAMAT