17
Disclaimer The contents herein do not represent the Organizers’ or Kelab Penyokong Dinar’s official position and solely reflects the Author’s personal opinion. You may reuse the contents provided proper credit is attributed to the Author. The Author reserves all rights to the presentation slides save for usage for educational purposes only. 1

[Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

  • Upload
    dyanacd

  • View
    499

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

Disclaimer

• The contents herein do not represent theOrganizers’ or Kelab Penyokong Dinar’s officialposition and solely reflects the Author’spersonal opinion.

• You may reuse the contents provided propercredit is attributed to the Author.

• The Author reserves all rights to thepresentation slides save for usage foreducational purposes only.

1

Page 2: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

MataWang di DalamSorotan Ringkas

2

Haji Abdullah Zaidi Hassan

Penyelidik

Perpustakaan Islam Nur Az-Zahrah, Kelantan

Minisiri Dinar Emas 1

Bilik Redang, Aras 3, PWTC, Kuala Lumpur, Rabu, 22 Disember 2010

“Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah”

Anjuran Bersama: Persatuan Ulama’ Malaysia & Al-Qafilah International

Page 3: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• Terdapat riwayat di dalam kitab Islahu al-Mal ( (اصلح المال bagi Imam IbnuAbi ad-Dunya yang menyebut pada riwayat yang ke-79:

• ال تصلح المعيشة اال : ضرب وقال , أول من ضرب الدنانير والدراهم آدم: كعب االحبار يقولبهما

• Kaab al-Ahbar berkata: Yang terawal menempa dinar-dinar dan dinar-dinar adalah Adam. Dan baginda bersabda: Tiada yang dapatmengelukkan kehidupan kecuali dengan keduanya

• 2-Di dalam perbincangan feqah , terdapat takrif bagi matawang (nuqd: النقد ( antara lainnya:

• هو الدينار أو الدرهم فقط ويقال النقدان أي العملتان الذهبية والفضية أما المتعارف عليه فى عصرنا فيسمى باألوراق النقديهة وهو المال الذي وضع بين الناس وضعا عاما ليكون الغرض

أو لألبرارء من -سواء أكانت سلعا أم خدمات -األول منه التوصل الى حاجات الحياة لدين • Nuqd adalah dinar dan dirham sahaja. Disebut ‘an-naqdan [dua

matawang] bermaksud dua yang gunakan [iaitu] daripada emas danperak. Sementara apa yang dikenali di zaman kita ini sebagai ‘wangkertas’, ianya adalah harta yang diposisikan di antara manusia sebagaiperanan amnya yang mempunyai tujuan utama sebagai penyambung[untuk menyampaikan kepada] hajat-hajat dalam kehidupan-semadajualbeli atau perkhidmatan atau menyelesaikan hutang. احكام تغير العملة

30:النقدية واثرها في تسرير القرض ص

3

Page 4: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 1-Syaikh Daud Abdullah al-Fatani di dalam kitabnya Bughyatu at-Tullab بغية الطالب)) menyebut:

• Ini suatu bab pada menyatakan zakat nuqd [matawang] iaitu emas dan perak. Dan iaitu lawan ‘arad dan dain yakni matabenda dan hutang, dan jikalau ada emas danperak yang hancur yang belum lagi ditukulkan dia sekalipun. (Maka adalah) nuqd[matawang] itu setengah daripada yang terlebih mulia yang diberi Allah Ta’alani’mat atas segala hamba-Nya kerana dengan keduanya itu yang mendirikan duniadan menghantarkan[menyempurnakan] segala kelakuan segala makhluk. Makabahawa sanya segala hajat manusia itu banyak, dan sekeliannya disampaikandengan nuqd itu, bersalahan dengan yang lain daripada keduanya daripadasegala harta. (Maka barang siapa) menjadikan bendaharaan [simpanan] keduanyamaka sanya telah ia membatalkan hikmah dijadi kerananya; maka seumpamaorang yang mempenjara qadi negeri dan menegahkan dia daripada menghukumantara manusia akan hajat mereka itu. (Dan dalilnya) dahulu daripada ijma’ Firman Allah Ta’ala: (والذين يكنزون الذهب والفضة ) hingga akhir ayat: Bermula orangyang membendaharaan emas dan perak hingga akhir ayat. Dan hadith NabiSallalahu ‘alaihi wasallam

• ما من صاحب ذهب وال ورق ال يؤدى منها حقها اال اذا كان يوم القيامة صفحت من نار فأحمى عليها فى نار جهنم فيكوى بها جبينه وجنبه وظهره كلما برت أعيدت فى يوم كان مقداره خمسين ألف سنةMaksudnya emas dan perak (terutama dinar dan dirham) hendaklah beredar didalam masyarakat, paling kurang dikeluarkan zakat bagi keduanya, sertapengedarannya itu untuk menetapi tujuan keduanya sebagai nuqd.

• والذين يكنزون الذهب والفضة والينفقونها في سبيل هللا فبشرهم بعذاب أليم • )24: التوبة(•

4

Page 5: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• Syaikh Daud Abdullah al-Fatani juga membuat perbandingan antara dirham Islam dengan matawang yang lain yang terdapat pada zamannya:

• (Dan yang) 200 dirham jika ditimbang dengan Rial Maryami 24 Rial kerana tiap-tiap Satu Rial Maryami delapan dirham se-thuluth [8 1/3 dirham] dan jika dengan Rial Fransah [Peranchis] berat 22 Rial dan dua dirham, kerana serial Fransah berat 9 dirham taqriban, seperti kara ahlu al-khibrah.

5

Page 6: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 5. Syaikh Muhammad Arshad bin Abdullah al-Banjari menyebut didalam kitabnya Sabilu al-Muhtadi سبيل المهتدين ) ) di dalam BabZakat an-Nuqd:

• Dan makruh bagi sultan berbuat dinar atau dirham atau barang sebaginya yang bercampur dengan tembaga atau lainnya dan jikalau ada ia laku sekalipun tetapi sah jual beli dengan dia. (Dan demikian lagi) makruh bagi yang lain daripada sultan berbuat dinar atau dirham atau barang sebaginya semada diperbuatnya itu bercampur atau tiada bercampur tetapi jika ada diperbuatnya itu bercampur dan adalah campurannya itu terbanyak daripada campuran perbuatan sultan, maka iaitu haram jua

• Syaikh Muhammad Arshad juga membincangkan bagaimana mahu ditentukan kepingan dinar yang bercampur antara emas dan perak;iaitu dengan mengambil emas dan perak yang tulin dan mempunyai timbangan yang sama dan dimasukkan emas tersebut di bejana air dan ditandakan paras air, kemudian dimasukkan perak tersebut di dalam bejana dan ditandakan paras air. Kata Syaikh jirimperak lebih besar daripada jirim emas. [Specific gravity emas lebihtinggi dariapada perak], Kemudian amsukkan kepingan yang ingindiperiksa itu ke dalam bejana, dan tandakan paras air, dari situ dapatlah ditentukan logam mana yang terlebih banyak padakepingan itu.

6

Page 7: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 6-.Syaikh Abdullah bin Umar al-‘Amoudi di dalamkitabnya Umdatu at-Talibin :(عمدة الطالبين)

• اعلم أنه ال يجزئ اخراج الفلوس من النحاس عن زكاة التقدين وال عن غيرهما وان راجت رواج النقد كما ال يجزئ احدهما عن اآلخر وكذا ال يجزئ اخراج النوط المعروف المتعامل به اآلن عنهما فال يجزئ عن الذهب اال ذهب وال عن الفضة اال فضة وهللا أعلم

• “ketahuilah sesungguhnya ia tidak memadaimengeluarkan wang (fulus) dari tembaga untuk zakat 2 nuqd (dinar dan dirham), dan tidak juga dari selaindaripada keduanya, walaupun ianya berlakusebagaimana berlakunya nuqd, sebagaimana tidakmemadai salah satu daripada keduanya (dinar dandirham untuk dikeluarkan zakat) untuk yang satu lagi. Demikianlah tiada memadai mengeluarkan naut yang dikenali dan digunakan sekarang daripada keduanya, tiada memadai (zakat) emas kecuali dengan emas, tiada daripada pereak kecuali perak’ Wallahu ‘alam.”

7

Page 8: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 7-.Syaikh Daud bin Abdullah al-Fatani menyebut dalam babzakat az-Zahab wa al-Fiddah dalam kitab Furu al- Masail:

• Sebab dinamakan zahab ( ذهب ) itu zahab keranabahawasanya يذهب وال يبقى) ) yakni: “hilang tiada kekal”, danfiddah kerana bahawasanya تنفض وال يبقى) ) yakni:”menghabiskan dan tiada kekal”.Dan dinamakan yang sudah ditukul itu dinar dan daripada fiddah dirham, keranaakhir ‘dinar’ itu ‘nar’ (نار ) dan akhir ‘dirham’ itu ‘hamm’ ( هم) dan dinasyidkan setengah ulama’ katanya:

• والهم اخر هذا الدرهم الجارى* النار اخر ديبار نطقت به • معذب القلب بين الهم والنار* والمرء بينهما مالم يكن ورعا • Ertinya:• Bermula ‘nar’ itu akhir dinar dituturi dengan dia* dan

hamm akhir dirham dilakukan• Dan seorang antara keduanya selama tiada ada wara’nya*

diseksa bagi hatinya antara dukacita dan nar*

8

Page 9: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 9-Di dalam kitab Kifayatu al-Akhyar (-كفاية األخيار)karangan Imam Taqiyuddin al-Husaini , yang telahditerjemahkan oleh Syed Ahmad Semaitmenyebut:

• Mengenai kebolehan membuat perhiasandengan dirham dan dinar yang dilubangi dandigantungkan di kalung, ada 2 wajah. Yang ashahyang tersebut dalam kitab asal ar-Raudah adalahharam. Imam Nawawi mengatakan dalamsyarah al-Muhadzdzab pada bab ‘Barang-barangyang diperbolehkan memakainya’. Imam Rafi’Ijuga menganggap shahih bahwa perhiasaan yang demikian itu tidak boleh, tetapi permasalahannyatidak demikian. Tetapi yang ashahnya adalahboleh

9

Page 10: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 10-Syaikh Daud bin Abdullah al-Fatani menyebut dalam Nahju ar-Ragibin wa Sabilu al-Muttaqin

• نحج الراغيبن وسبيل المتقين ) ) ditepi kitab Bughyah:• (Dan) telah memfatwa oleh Syaikh Balqini dengan harus

mengeluarkan pitis atau wang yakni tembaga atau timah belanjanegeri daripada zakat emas dan perak dan zakat perniagaan, danberkata ia: “bahawa sanya aku ‘itiqadkan sahnya dan aku amaldengan dia pada diriku dan jikalau menyalahi mazhabimam Shafi’iesekalipun”. Dikatanya bagi fulus itu yakni pitis atau wangituterlebih memberi manafaat bagi segala orang yang mustahiqqindan lebih mudah bagi mereka itu, sekira-kira terhenti ambil danmemberi barang yang sukar pada emas dan perak pada belanjasebab banyak yang bercampur pada keduanya, tiada pada pitis danwang, maka didapat pada setengah ketika dapat pada belanjaperak dan emas ada bercampuran, maka dikembalikan kepadanya, maka tiada dapat seseorang yang mengantikan dia.

• (Dan) ditanya orang akan Abdul Rahman anak Ziyad az-Zubaidiiaitu faqir [faqih?] yang ‘allamah negeri Zubaid, “adakah harustaqlid kata Imam Balqini yang tersebut atau tiada?”. Makadijawabnya dengan harus dan luas bagi orang yang hendak taqlidmengikut akan dia kerana ia imam mujtahid daripada ahlimengeluarkan masaalah dan merajihkan ia”. (m/s 180-181 jilid2)

10

Page 11: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 12-. Syaikh Muhammad Najib al-Muti’ie didalam ta’liqnya kepadakitab al-Majmu , jilid 5:m/s496 telah menyebut tentangkeistimewaan matawang emas dan perak:

• (1)-Tetap dan tidak berubah sifat keduanya dengan disentuh air atau udara, tidak seperti galian yang lainnnya.

• (2)-Secara relatifnya harga keduanya stabil, kerana sekiranyamatawang tidak tetap dan merubah-ubah; ini akan memberi kesankepada kehidupan bermasyarat dan ekonomi.

• (3)-Ianya sama di pelusuk dunia, tanpa dapat dibezakan emasAustralia, Nigeria atau lainnya serta mempunyai nilai harga yang sama pasaran-pasaran dunia.

• (4)-Ianya boleh diserpihkan dan nilai serpihan itu masih kekal.• (5)-Boleh dijadikan perhiasan bagi wanita• (6)-Sukar untuk berlaku penipuan kerana mudahnya kaedah

membezakan emas dan perak yang tulen daripada yang tiruan, umpama mungkin sahaja dengan melihat dan mendengar emas danperak itu apabila dijatuhkan.

11

Page 12: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• Perkara yang hamper sama disebut oleh Dr.Ahmad Ibrahim, antarakeistimewaan matawang emas dan perak adalah:

• (1)-Sifat semulajadi yang ada pada emas dan perak menjadi tarikan bagikebanyakan manusia, manusia berahi kepada keduanya sebagai perhiasandan barang kemas. Ini menyababkan ianya diterima oleh semua manusia.

• (2)-Sedang dibawa. Walaupun jumlah nilainya yang mahal tetapi ianyamasih ringan dan bersaiz kecil.Perkara ini tidak terdapat pada tembagadan besi.

• (3)-Ianya sejahtera daripada binasa , tidak berkarat sebagaimana besi. • (4)-Ianya boleh diserpihkan tanpa mengurangkan nilai pada serpihan itu,

yang terserpih dan yang tidak di nilai (berdasarkan berat). Tidak umpamaberlian, berlian saiz besar harganya berlainan dengan berlian saiz kecil.

• (5)-Emas dan perak walaupun darimana tempat asalnya adalah sama, iamenyebabkan muamalat yang melibatkan emas dan perak walaupun dimana dapat dijalankan atas asas yang sama.

• (6)-Keadaan emas dan perak yang sekata, tidak seperti permata yang mempunyai warna dan corak-corak yang berbeza. Ini menyenangkanuntuk pakar membezakan antara emas perak yang asli daripada yang tiruan.

• (7)-Nilai keduanya tetap secara nisbahnya berbanding dengan baranganlainnya. Emas dan perak semenaj awal sejarah tidak mengalami naik-turunnilai secara mendadak, (apa yang nampak sebagai naik turun nilaikeduanya sekarang itu sebenarnya naik-turun nilai matawang sesebuahNegara).

12

Page 13: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• Beliau mendatangkan pendapat Imam Maqrizi yang mengatakan perbuatan menerima fulus sebagai matawangadalah bid’ah dan kefasadan dan tidak mempunyai asasdalam ajaran Nabi dan Syari’ah. Kerosakan yang dikaitkandengan penggunaan matawang selain emas perak adalahkerugian kepada pemilik harta, merosakkan nilai wang, mahal harga barangan, terputusnya bekalan barangan dankerosakan yang lain.

• Sementara pendapat kedua disandarkan kepada Imam IbnTaimiyyah dan Imam Ibnu Hazm, Imam Ibn Hazmmenyebut: “Segala sesuatu yang boleh dijual, maka iaadalah nilai, dan kami tidak mengerti dari mana terjadinyapembatasan anda pada nuqd hanya pada emas dan perak, pada hal tiada nas dalam demikian itu, dan tidak terdapatpendapat seorangpun dari ahli Islam”. Pendapat kedua inibanyak bersandar kepada peristiwa yang Saiyyidina Umarpernah mencadangkan untuk menyediakan dirham darikulit unta, hanya cadangan itu ditolak oleh para sahabatkerana bimbangkan kekurangan unta untuk kegunaan.

13

Page 14: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 14-Di dalam buku Al- Mua’malat al-Maliyyah al- Mu’asirah fi Mizanal-Feqhi al-Islami :

• المعامالت المالية المعاصرة في ميران الفقه االسالمي .Membincang tentangperkembangan al-fulus sebagai matawang ketiga selepas dinar dandirham. Disebut:

• الدينار يمكن أن يؤخذ من عدد أكبر ,والفلوس عملة نحاسية , ظهرت الفلوس ..بعد مدةولكن الدرهم اذا أردنا أقل منه فما كنا نجد عملة أقل اال أجزاءه كالنصف . من الدراهم

الفلوس .. في التطبيق العملي, وهنا بدأ الخالف يظهر..فبدأت تظهر الفلوس . والربع فهل ينفذ عليها حكم الذهب ..أتأخذ حكم الذهب والفضة؛ أم ال تأخذ؟ ما دامت أثمانا ,

والفضة؟ سئل األمام مالك عن ذلك• بعد ان بين -انظروا الى ما قاله امام دار الهجرة -وارجو ان نالحظ هنا كيف كنا فقهاؤنا

..ان فلوس تأخذ نفس الحكم مادامت أثمانا• ) فتكون مثل الدنانير والداهم( لو ان الناس اتخذوا الجلود حتى يكون لها سكة وعين : قال

اي ال بد ان يكون القبض في المجلس) اي نسيئة وتأجيال(لكرهتها ان تباع نظرة • Kemudian diikuti perbincangan yang menarik tentang tentang fulus

itu ‘harga’ atau tidak. Fulus dari tembaga mempunyai nilai yang sangat rendah sehingga dikatakan:

• ولذلك كلمة المفلس تطلق على من يملك اال الفلوس • Orang yang muflis itu ialah seoarang yang tiada mempunyai

sesuatu kecuali fulus14

Page 15: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 16- Terdapat catitan tentang pencerobohan terhadap ketulenanemas-perak pada dinar dan dirham, selain terdapat manipulasigolongan pedagang dalam menentukan nilai kedua nuqd ini. Antaralain terdapat di kalangan ulama tafsir , seperti terdapat dalam tafsiral-Jalalayn dan Tafsir Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat 48 Surahan-Naml:

• وكان فى المدينة تسعة رهط يفسدون فى األرض وال يصلحون • “Dan terdapat 9 orang lelaki di kota itu yang melakukan kefasadan

di bumi dan mereka tidak melakukan kebaikan”• Disebut bahawa 9 orang lelaki ini menguasai pentadbiran dan

ekonomi kota Thamud tersebut. Mereka melakukan kefasadanterhadap dirham. Imam Malik berkata: “memotong emas dan perak(pada dinar dan dirham) merupakan melakukan kefasadan di bumi.

• Begitu juga catitan bahawa di zaman Ayubiyyah, dinar tidak begitutersebar. Yang tersebar adalah dirham dan fulus tembaga. Inidikatakan kerana ekonomi di zaman itu tidak begitu teguh, sertaterapat aktiviti menyorok emas untuk kemudiannya dijual padaharga yang tinggi.

15

Page 16: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• 17- Sesudah mengikut perbincangan ulama dan cendiakawan Islam tentangpersoalan matawang, kita dapati:

• a- Terdapat khilaf di antara ulama yang mengharuskan pengunaan matawangselain daripada emas dan perak.

• b- Begitu juga terdapat khilaf di kalangan ulama yang menerima ‘fulus’ (selainemas dan perak) sebagai matawang, semada hukum nuqd (emas dan perak) ituturut berlaku ke atas fulus atau tidak; ini berkaitan dengan riba, zakat dan jualantempah.

• c--Hampir semuanya ulama sepakat yang sebaik-baik matawang adalah nuqd emasdan perak; kedua jenis matawang ini mempunyai kelebihannya yang tersendiriyang tidak akan kita dapati pada matawang daripada jenis yang lainnya.

• d-Nuqd emas dan perak hendaklah diwujudkan secara bersama di dalammasyarakat kita, walaupun kedua jenis nuqd ini adalah matawang yang bebas diantara satu sama lainya. (Two independent currencies). Kewujudan kedua nuqd inidapat saling memperkukuhkan system kewangan dan ekonomi ummah.

• e-Penggunaan nuqd emas dan perak dapat mengelak inflasi secara relative-nyadan mengelak inflasi pada skala mengatasi setempat (beyond locality)nya. Bagaimanapun akan terjadi inflasi apabila terdapat permintaan melebihi velocity nuqd. Seumpama harga diyyat telah dinaikkan di zaman Khalifah Umar al-Khattabberbanding di zaman Rasulullah memandangkan harga unta telah meningkat.

• f-Nuqd emas dan perak secara bersama dapat mengatasi manipulasi pedagangmatawang, nilai matawang bukan ditentukan oleh kuasa pemerentah sertaspekulasi pasaran kewangan semasa. Ianya juga mengatasi masalah lupus-gunaoleh mana-mana kuasa. Emas dan perak akan mempunyai harga selagi manusiamempunyai kehendak dan keinginan.

16

Page 17: [Topik 6] Mata Wang di Dalam Sorotan Ringkas (Abdullah Zaidi Hassan)

• g-Ummah hendaklah berusaha untuk kembali menggunakan nuqd emas dan perakyang diterima keabsahannya oleh ulama dan ummah semenjak seawalnya, ianyadapat melindungi ummah daripada petaka ketidak-tentuan kewangan.

• h-Terdapat sikap yang kerterlaluan sesetengah pihak yang menidakkan fulus(matawang selain emas dan perak) serta mengharamkan (menganggapmaksiat)penggunaan fulus, masyarakat perlu diberi penjelasan tentang keluasanperbincangan ulama dalam tajuk ini, serta kita dapat bersikap lebih berlapangdada dalam meneliti perbezaan pendapat di kalangan ulama.

• i-Ketidak-adilan system kewangan semasa, dengan manipulasi pihak berkuasakewangan, antara lain menunjukkan kelemahan intrinsic system matawang yang ada. Bagaimanapun unsur-unsur penganiayaan yang ada dalam system hendaklahdikenal-pasti dan diperelukkan sedaya mampu. Sikap menolak secara total segalabentuk pembaikan system kewangan termasuk, bank yang berusaha untukmematuhi syariaat adalah kegopohan intellectual.

• j- Kajian yang menyeluruh dan adil hendaklah diteruskan dalam rangka memahamikelemahan-serta keterbatasan perlaksanaan matawang emas dan perak yang telahdialami oleh negara-negara dunia sebelum wabak matawang kertas mencengkamseterusnya menguasai keseluruhan matawang dunia. Hal ini sangat mustahaksupaya kita tidak akan mengulangi kelemahan dan keterbatasan yang mereka telahalami serta akan menyedarkan kita yang penggunaan nuqd emas dan perakbukanlah nirvana ekonomi yang kosong daripada samsara ekonomi. Tetapi ianyasebahagian daripada unsur-unsur yang perlu ada untuk keadilan dan kelestarianekonomi ummah.

17